ANALISIS KEPELBAGAIAN FUNGSI DAN MAKNA KATA PARTIKEL

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENGHARGAAN., para sahabat dan tabi`in. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan

BUTIRAN PERIBADI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

1083 ANALISIS KEPELBAGAIAN FUNGSI DAN MAKNA KATA PARTIKEL Nor Azhan Norul Azmi, Normah Husin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor norazhan@kuis.edu.my ABSTRAK Perkataan dalam bahasa Arab terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata partikel. Perkataan ini menurut (Lindawati 2006) adalah daripada kumpulan bahasa yang boleh berdiri dengan sendiri, simbol kepada makna tertentu dan berasal daripada morfem tunggal. Kata partikel dalam ilmu linguistik merupakan salah satu jenis perkataan dalam bahasa Arab selain daripada kata nama dan kata kerja. Kata nama dan kata kerja mempunyai makna tersendiri dan boleh berdiri dengan sendiri dalam sesuatu ayat. Walaubagaimanapun, kata partikel tidak berfungsi sama sekali jika diletak bersendirian dalam ayat. Taryudi Waryanto (2012) telah mengkaji mengenai partikel ب /bi/ dan mendapati bahawa partikel ini seperti juga yang lain tidak mempunyai fungsi dalam sesuatu ayat kecuali bergabung dengan kata kerja atau kata nama. Dalam setiap satu kata partikel, kadang-kadang ia memberi fungsi dan makna yang pelbagai. Kata partikel ini juga mempunyai maksud, jenis dan fungsi yang tersendiri (Rayza Purwo Fachruzi 2016), bergantung kepada makna yang ingin disampaikan. Kajian ini cuba untuk mendedahkan setiap makna, fungsi, jenis, laras bahasa dan gaya terjemahan kata partikel. Demikian, ia diharap dapat menyumbang kepada hasil dapatan baharu terhadap kajian leksikografi dalam dunia bahasa Arab khususnya. Ia juga dilihat akan dapat memberi impak positif dalam kajian linguistik bahasa Arab terhadap aspek fungsi sesuatu kaedah nahu dan terjemahannya. Kata kunci: Kata Partikel, Fungsi, Makna, Terjemahan, Laras Bahasa 1. PENDAHULUAN Syeikh Muhammad Idris Abdul Raof al-marbawi (SMIM) merupakan seorang tokoh agamawan yang tidak asing lagi di Tanah Melayu pada suatu masa dahulu. Beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang bahasa, tafsir, hadis, fiqh dan tasawwuf. Karya-karya beliau juga telah menjadi rujukan bagi banyak pihak yang ingin mendalami ilmu agama Islam dan bahasa Arab. Antara karya tulisan SMIM dalam tafsir ialah Tafsir Surah Yasin dan Tafsir al-marbawi Juzuk Alif Lam Mim (Mustaffi & Abdul Manan 2009). Antara lain SMIM telah menghasilkan karya terjemahan terhadap kitab hadis iaitu Bulugh al-maram min Adillah al-ahkam (Najahudin Lateh 2009). Beliau juga tokoh agama yang masyhur di negeri Perak khususnya dalam bidang penajian Islam (Nor Azlida binti Aziz 2010). Dalam bidang bahasa, SMIM telah menghasilkan sebuah kamus dwibahasa Arab-Melayu yang diberi nama Kamus Idris Al-Marbawi (). Ia begitu sinonim dengan pelajar yang mempelajari bahasa Arab di Malaysia baik di peringkat sekolah mahupun universiti sehinggalah sekarang. Mengikut H. Ilyas Rifa i & M.A (t.t), kamus merupakan bahan rujukan utama bagi pelajar untuk mengetahui kosa kata baharu, makna dan juga huraian lain yang berkaitan dengan perkataan tertentu. Jadi, pemilihan kamus yang baik amat perlu bagi proses pemikiran pelajar itu sendiri. Di antara ciri-ciri kamus yang baik adalah laras bahasa yang terpuji serta elemen budaya dan agama yang tinggi. Jadi, tidak hairanlah jika mendapat tempat di hati pelajar memandangkan SMIM cukup dikenali dengan kewibawaan dalam pemikiran dan ilmu yang luas. Matlamat kajian adalah untuk memperkenalkan karya tulisan SMIM dan mengenalpasti bentuk terjemahan serta jenis kata partikel yang digunakan. Perbincangan juga memfokuskan secara khusus kepada laras bahasa yang digunakan oleh SMIM dalam karya beliau tersebut. Menurut Faisal Bin Ahmad Shah (2010), SMIM telah menerima pendidikan di tiga tempat yang berlainan iaitu Mekah, Tanah Melayu dan Mesir. Justeru, 677

sudah tentu pemikiran beliau terhadap sesuatu isu dan permasalahan agama dan masyarakat ditentukan oleh faktor perbezaan iklim pendidikan ini juga. 2. PERMASALAHAN KAJIAN Sepanjang pemerhatian pengkaji tiada kajian dibuat terhadap corak pemikiran SMIM kecuali kajian oleh Nor Azlida binti Aziz (2010) dengan tajuk Metodologi Pentafsiran Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi dalam Kitab Tafsir Quran Marbawi di peringkat Ijazah Sarjana dengan tumpuan kajian terhadap metode pentafsiran SMIM dalam kitab tafsir beliau. Kajian ini telah menumpukan kepada aspek metodologi pentafsiran beliau dalam surah al-fatihah, surah al-baqarah dan surah Yasin. Para pelajar dan juga pencinta bahasa Arab juga perlu mendapat manfaat daripada buah fikiran SMIM dalam bahasa terutamanya kaedah terjemahan, cara penulisan kamus, gaya bahasa, keutamaan dalam memiliih kosa kata dalam kamus dan sebagainya. Antara keperluan kajian terhadap pemikiran SMIM dalam bahasa Arab ialah seperti metodologi terjemahan, gaya bahasa dan budaya Melayu yang diserap masuk dalam penulisan. Antara tujuan utama SMIM menulis adalah untuk memajukan bangsa Melayu. Beliau beranggapan apabila seseorang pelajar mempelajari bahasa Arab, mereka perlu menjadikan kamus sebagai bahan rujukan asas sama seperti keperluan mereka untuk mendalami ilmu nahu dan sorf (Al-Marbawi 1998). Kamus Idris Al-Marbawi menggunakan laras bahasa lama yang mana ia perlu dimurnikan dengan laras bahasa baharu bagi kelangsungannya dalam dunia pembelajaran bahasa Arab. Jika ditinjau kamus tersebut telah dicetak dengan cetakan ketiga pada 1998 melalui terjemahan BA-BM dengan tulisan Jawi. Pada masa kini, pelajar lebih cenderung untuk merujuk kamus dalam tulisan Rumi memandangkan penggunaannya amat luas sekali dalam mata pelajaran lain juga. Kamus ini juga masih digunapakai dalam versi tulisan Jawi, di mana ia perlu kepada transliterasi daripada Jawi ke Rumi. Menurut Faisal bin Ahmad Shah (2010), SMIM telah menghasilkan tiga buah kitab hadis yang popular iaitu Bahr al-madhi, Bulugh al-marâm dan Kitab Idangan Guru Shahîh Bukhârî dan Muslim. Karya-karya ini begitu popular dalam kalangan penuntut ilmu pengajian Islam. Banyak kajian telah dijalankan terhadap karya-karya tersebut, akan tetapi tiada satu pun karya SMIM tentang ilmu bahasa Arab yang dikaji. Pemikiran seseorang terzahir daripada budaya dan bahasa, ini kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain seperti Teori Perkembangan Kognitif oleh Vygotsky. SMIM juga mempunyai tahap pemikiran dan bahasa yang berbeza disebabkan oleh faktor di mana beliau sendiri lahir serta membesar dalam lingkungan budaya dan bahasa Arab sehingga umur beliau mencecah 10 tahun (Faisal Bin Ahmad Shah 2010). Bahasa juga sering kali dikaitkan dengan pemikiran dan ilmu pengetahuan seseorang. Bahasa yang sempurna dengan laras yang cantik dan sesuai mendorong kepada keberkesanan sesuatu ucapan dan perbincangan. Namun, jika ditinjau, terdapat banyak kekeliruan dalam penggunaan bahasa contohnya dalam fungsi semantik. Bahasa Arab juga tidak terkecuali daripada fenomena ini. Contohnya ia boleh didapati dalam penggunaan partikel atau dikenali dengan Huruf al-ma ani melalui percakapan dan penulisan dalam kalangan penutur bahasa kedua. Ini kerana fungsi partikel boleh berubah apabila digunakan dengan kata kerja dan kata nama. Mengikut Taryudi Waryanto (2012), makna kata kerja akan berubah apabila partikel digunakan selepasnya, manakala fonem akhir kata nama 678

akan berubah apabila partikel digunakan sebelumnya. 3. OBJEKTIF Melalui kajian ini, beberapa objektif kajian telah digariskan supaya persoalan kajian dapat dijawab dengan tepat dan perbincangan dapatan tertumpu kepada objektif sahaja. Berikut merupakan objektif khusus dalam kajian ini: 1. Mengenalpasti jenis kata partikel dalam. 2. Mengenalpasti makna kata partikel dalam. 3. Membandingkan kepelbagaian fungsi dan makna kata partikel dalam dan kamus moden. 4. BATASAN KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada bahan kepustakaan iaitu karya SMIM dalam Kamus Idris Al-Marbawi terhadap corak terjemahan beliau terhadap kata partikel. Analisis kajian hanya terbatas kepada bentuk terjemahan dari segi jenis dan makna dalam kata partikel sahaja. Perbandingan dibuat dengan Kamus Besar Arab-Melayu Dewan yang menjadi kamus terkenal di Malaysia pada hari ini. Ini kerana kedua-dua kamus ini adalah hasil karya dan pemikiran orang Melayu sendiri dalam penguasaan bahasa Arab untuk anak-anak tempatan khususnya. Demikian, kajian ini tidak langsung menyentuh mengenai aspek terjemahan dan tatabahasa lain yang terdapat dalam kedua-dua kamus tersebut. 5. KAJIAN LITERATUR 5.1 Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi Mengikut Faisal bin Ahmad Shah (2010), nama lengkap SMIM ialah Mohamed Idris bin Abdul Raof al-marbawi al-azhari dan diberi gelaran sebagai al-marbawi kerana tempat asal keluarga beliau ialah di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar Perak. Disebabkan oleh ketokohan dan sumbangan beliau dalam bidang agama, beliau telah dianugerahkan sebagai tokoh Ma al Hijrah yang pertama (Al-Marbawi 1998). SMIM juga banyak dicorakkan oleh tuan gurunya iaitu Tok Kenali, contohnya cara pengajaran ilmu Nahu dan Sorf semasa beliau menuntut ilmu di pondok Kenali dan Masjid Besar Al-Muhammadi (Al-Marbawi 1998). Kamus Idris Al-Marbawi yang dihasilkan pada 1927 juga telah menjadikan SMIM masyhur sehingga sekarang (Nor Azlida binti Aziz 2010) dalam sumbangan beliau terhadap ilmu bahasa Arab. 5.2 Kamus Idris Al-Marbawi () Kamus Idris Al-Marbawi () telah dimurnikan semula oleh Syeikh Abdullah Al- Qari bin Haji Soleh Kenali atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Kenali pada tahun 1415 Hijri. Cetakan ketiga telah mengalami beberapa pembetulan, pembaharuan kata dan ejaan baharu berdasarkan kepada resolusi Seminar Warisan Kata-kata Melayu anjuran Pusat Islam Malaysia yang telah diadakan pada 7 September 1991 (Al-Marbawi 1998). Kamus ini juga disertakan dengan gambarnya sekali dalam sebahagian perkataan yang terkandung di dalamnya. Selain itu, kamus cetakan ketiga ini juga mempunyai dua bahagian di mana terdapat 18,000 perkataan Arab dan 700 perkataan bergambar. Ia juga telah dilengkapi dengan kaedah penggunaan kamus untuk menyenangkan pengguna dalam merujuk perkataan yang tidak diketahui maknanya. Kaedah penggunaan kamus yang dimaksudkan ini ada 7 jenis kesemuanya, iaitu: Kaedah : Mencari makna perkataan berdasarkan kepada susunan abjad 679

pertama seperti Alif, Ba, Ta sehingga akhir. Kaedah kedua : Penggunan boleh membaca dengan dua bacaan yang berlainan apabila menemui sesuatu huruf dalam perkataan diletakkan dengan dua baris pada masa yang sama. Kaedah ketiga : Terdapat juga singkatan perkataan yang merujuk kepada makna yang diberikan diambil daripada ayat Al-Quran dan Hadith, jadi penulis mendatangkan singkatan tersendiri bagi kedua-dua sumber tadi. Kaedah keempat : Gambar yang disertakan dengan makna berfungsi untuk memberi maksud yang lebih jelas dan menggantikan huraian yang panjang. Kaedah kelima : Perkataan yang tidak diletakkan baris (perkataan ulangan) disebut dengan bacaan yang sama dengan perkataan yang sebelumnya yang telah dibariskan. Kaedah keenam Kaedah ketujuh : Terdapat istilah Halal atau Haram dalam kamus ini, yang mana ia merujuk kepada perselisihan pandangan dalam kalangan ulama dalam hukumnya. : Terdapat judul buku yang tidak lengkap, jadi pengguna boleh merujuk judul terbabit pada halaman kaedah penggunaan. adalah kamus tunggal bergambar yang paling lengkap di Nusantara sehinggalah penerbitan kamus baharu di Indonesia iaitu Kamus Al-Munawwir pada tahun 1984. juga mendapat pengaruh daripada bahasa Indonesia disebabkan kehidupan dan pergaulan SMIM dengan orang-orang Indonesia di Kota Kaherah semasa menuntut ilmu di sana. Ini dapat dilihat pada beberapa perkataan contohnya bikin (buat), permisi (izin) dan lain-lain lagi Al-Marbawi 1998). Antara lain juga terpengaruh dengan bahasa Melayu daerah Perak seperti bunyur (empuk) dan perit (tengit). 5.3 Kamus Besar Arab-Melayu Dewan () Kamus Besar Arab-Melayu Dewan adalah sebuah kamus yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada edisi pertama iaitu tahun 2006, diikuti dengan edisi kedua pada 2014 dan ketiga pada 2015. Kamus ini mengandungi 54,000 entri di mana setiap daripadanya mempunyai makna dalam bahasa Melayu, huraian dan contoh. Contoh ini diambil dari sumber asli seperti ayat Al-Quran, hadis mahupun teks klasik Arab. Kamus ini juga disusun berpandukan beberapa kamus Arab terkenal yang lain seperti Al- Mu jam Al-Wasit, Al-Munjid dan Mu jam Al-Asasi Al-Arabi. Penulis kamus ini adalah dalam kalangan ahli akademik di university-universiti Malaysia yang diketuai oleh Haji Osman bin Haji Khalid (mantan Prof. Madya di Fakulti Pengajian Islam, UKM). Antara penulis-penulis lain ialah Prof. Madya Dr. Abdul Halim Muhammadi (UKM), Dr. Abdul Halim bin Muhammad (UPM), Prof. Madya Dr. Hasan Basri Awang Mat Dahan (UM), Dr. Badrul Munir bin Mohd Nor (KUIM), dan Dr. Ahmad Hanafi Muhammad Ali serta Muhammad Syukri bin Hamzah (UKM) (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2015). 5.4 Kata Partikel Atau Huruf Al-Ma ani Perkataan dalam bahasa Arab terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata partikel. Perkataan ini menurut (Lindawati 2006) adalah daripada kumpulan bahasa yang boleh berdiri dengan sendiri, simbol kepada makna tertentu dan berasal daripada morfem tunggal. 680

Kata partikel dalam ilmu linguistik merupakan salah satu jenis perkataan dalam bahasa Arab selain daripada kata nama dan kata kerja. Kata nama dan kata kerja mempunyai makna tersendiri dan boleh berdiri dengan sendiri dalam sesuatu ayat. Walaubagaimanapun, kata partikel tidak berfungsi sama sekali jika diletak bersendirian dalam ayat. Taryudi Waryanto (2012) telah mengkaji mengenai partikel ب /bi/ dan mendapati bahawa partikel ini seperti juga yang lain tidak mempunyai fungsi dalam sesuatu ayat kecuali bergabung dengan kata kerja atau kata nama. Demikian, partikel ini mempunyai kaitan yang rapat dengan ilmu sintaksis di mana terdapat hubungan antara partikel dengan perkataan-perkataan lain dalam ayat (Rayza Purwo Fachruzi 2016). Dalam setiap satu kata partikel, kadang-kadang ia memberi fungsi dan makna yang pelbagai. Kata partikel ini juga mempunyai maksud, jenis dan fungsi yang tersendiri (Rayza Purwo Fachruzi 2016), bergantung kepada makna yang ingin disampaikan. 5. PERBINCANGAN Dengan kerana didalam ب Mengambil/berpegang dengan demi Dengannya/bersamanya Jadual 1: Huruf Ba dan Makna Dengan Dengan sebab Demi tuhan, demi Allah )حرف جر( باهلل االستعانة السببية الظرفية اإللصاق القسم التعدية Jadual 1 menunjukkan perbezaan bilangan yang ketara antara dan. mendefinikan makna Ba dengan tiga makna iaitu: dengan, dengan sebab (kerana) dan demi. Manakala pula mengeluarkan tiga makna baharu selain dari iaitu: di dalam, mengambil/berpegang dengan dan dengannya/bersamanya. Kata sendi nama Atas atau di atas Kerana atau di atas bersama daripada namun dengan ketika على kerana Kena apakah? Apalah sebab? Dengan segeranya, bangat-bangat Dengan serta merta Serta kasihnya Pada waktu tidur على atas بمعنى ألجل على ما على عجل على الفور على حبه على حين غفلة 681

terhadap Di dalam masa si anu Dengan perlahanlahan Lazim olehmu, ambil olehmu Tidak mengapa, tak apa Oleh yang demikian, menurut di atas Jadual 2: Huruf Ala dan Makna على عهد فالن على مهل عليك ما عليك من بناء عليه telah menghasilkan dua belas definisi huruf Ala, manakala sebanyak lapan sahaja dalam jadual 2. menjelaskan setiap makna dengan contoh yang dibawa dengan gabungan perkataan lain yang sesuai. Ada empat persamaan makna dalam kedua-dua kamus ini iaitu makna: atas, kerana, serta/bersama, dengan dan ketika. Tiada terjemahan dibuat terhadap huruf ini عن kerana Tidak berapa lama Jadual 3: Huruf An dan Makna عن Daripada عن عن )ألجل( kepada عن قريب Jika dilihat pada jadual 3, tiada sebarang terjemahan dan makna dihasilkan daripada untuk huruf An. Manakala telah mengeluarkan makna bagi huruf An dengan empat makna iaitu: daripada, kerana, kepada dan juga tidak berapa lama (dengan gabungan perkataan lain). Tiada terjemahan dibuat terhadap huruf ini في Di dalam Pada waktu Di Kerana Kepada Atas Antara في طائر في قفص قمت في طلوع الفجر قابلته في السوق عوقب في ذنبه ر د يد ه في جيبه قابلته في الطريق ليس فيهم أحد 682

Serta Sementara kali Jadual 4: Huruf Fi dan Makna جاء األمير في موكبه في حياتي ستة في عشرة Jadual 4 menunjukkan tiada sebarang makna dihasilkan oleh untuk huruf Fi. mendefinisikan huruf Fi dengan sepuluh makna iaitu: di dalam, pada waktu, di, kerana, kepada, atas, antara, serta, sementara dan kali. Hak khusus milik sebab Menguatkan lagi penafian dengan didahului "ما" dengan kepada Di atas pada tentang pertukaran Pujian adalah untuk Allah Syurga itu untuk orang Mukmin Baginya apa yang ada dilangit dan dibumi Kami turunkan kepada engkau Al- Quran supaya engkau menjelaskan kepada manusia. Dan Allah tidak ingin memperlihatkan kepada kamu perkara ghaib Sesungguhnya tuhan kamu telah mewahyukan kepadanya Mereka menyungkur di atas muka Dan kami akan meletakkan neraca keadilan pada hari Kiamat. Dan orang kafir berkata kepada orang beriman sekiranya ia satu kebaikan nescaya mereka tidak mendahului kita tentangnya. Ia dikutip oleh ل 683 Kerana, supaya Hendaklah memperbuat ia ل بمعنى ألجل ليفعل

sumpah Taajub/kagum Kata kerja transitif keurga Firaun supaya dia bertukar menjadi seteru kepada mereka. Demi Allah Alagkah malam yang engakau hadapi Apakah yang mengasihkannya terhadap Bakar? Jadual 5: Huruf Lam dan Makna Jadual 5 di atas menunjukkan telah memberi dua definisi bagi huruf Lam iaitu: kerana/supaya dan hendaklah. Manakala mendefinisikan huruf Lam kepada tiga belas dengan fungsi yang berbeza bagi setiap satu makna. Sehingga Untuk Pergi jauh dari aku Sempurna puasa sehingga waktu malam إلى Kepada, sampai, sama, serta Hingga, sampai إلى إلى أن إليك إليك هذا إليك عني إليك هذا إليك عني Kepada engkau Ambil olehmu akan ini Jauhlah kamu daripadaku Jadual 6: Huruf Ila dan Makna Jadual 6 menunjukkan memberi definisi huruf Ila kepada empat jenis iaitu: hingga, kepada, oleh dan daripada. Menurut pula, huruf Ila memberi makna: sehingga, untuk dan pergi jauh. Ada perbezaan laras bahasa yang membawa erti yang sama seperti (oleh) manakala (untuk). Selain itu, ada persamaan dalam laras dan makna iaitu (daripadaku) dan (dari aku). permulaan Setengah keterangan Dia telah sakit semenjak hari Jumaat. Setengah daripada mereka ada yang lulus dan setengah daripada mereka ada yang gagal. Apa yang Allah kurniakan kepada manusia daripada م ن Setengah dari mereka itu orang yang baik Daripada, dari masa, dari semenjak م ن منهم من أحسن 684

Sebagai alasan Badal/ganti perbezaan Penegasan umum rahmat. Kerana kesalahan mereka, mereka telah tengelam. Adakah kamu redha dengan kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat. Allah tahu siapa perosak dan siapa pembuat kebaikan ما من جاءني أحد Jadual 7: Huruf Min dan Makna Dalam jadual 7 dapat diperhatikan memberi tiga takrif huruf Min iaitu: daripada, dari semenjak dan setengah. Manakala pula memberikan takrif huruf ini kepada tujuh fungsi iaitu: permulaan, setengah, keterangan, sebagai alasan, ganti, perbezaan dan penegasan umum. Sendi kata yang menunjukkan bilangan yang Jarang kali, kerap kali, boleh jadi banyak atau sedikit mengikut konteks ayat. Jadual 8: Huruf Rubba dan Makna رب ر ب Jadual 8 pula menunjukkan terdapat persamaan antara dan dalam mendefinisikan makna huruf Rubba iaitu kerap kali serta menunjukkan bilangan sedikit atau banyak. Ia berlaku hanya pada laras bahasa yang diguna tetapi tidak pada fungsi. ك Perumpamaan atau perbandingan Seumpama, seperti, laksana Jadual 9: Huruf Kaf dan Makna ك Dalam jadual 9 ini juga memberi definisi dan fungsi yang sama antara kedua-dua kamus dan. Makna dan fungsi juga sama dengan perbezaan laras bahasa antara keduaduanya. Cuma dapat diperhatikan menggunakan perkataan laksana dan seumpama yang biasa ditemui dalam teks puisi, agama dan klasik. pula memberi fungsi sahaja untuk penggunaan huruf Kaf ini. 6. PENUTUP Kesimpulannya, kajian terhadap pemikiran SMIM harus dijalankan untuk sumbangan yang lebih berfokus kepada cara pemikiran orang Melayu terhadap sesuatu isu masyarakat, agama, budaya dan penggunaan bahasa terutama terjemahan mereka dalam bahasa asing. Ini kerana, aktiviti terjemahan umpamanya mampu untuk memindahkan ketamadunan sesuatu bangsa kepada bangsa yang lain (Mohd Sukki Othman 2011). Begitu juga dengan adat, budaya dan pemikiran orang Melayu mampu untuk dipindahkan dalam bentuk 685

terjemahan teks seperti yang dilakukan oleh SMIM daripada kemampuan berbahasa Arab yang dimiliki beliau. Setiap tokoh, ulama dan pemimpin silam menjadi idola dalam kalangan pelajar, masyarakat dan pengkaji dalam pelbagai disiplin ilmu. Ini kerana, ilmu, pengalaman dan pemikiran tokoh-tokoh inilah yang menjadi menyumbang kepada pembangunan masyarakat sehingga hari ini. Justeru, kajian perbandingan ini juga perlu diteruskan dengan kajian yang lebih berfokus kepada bidang perkamusan melalui terjemahan, laras bahasa kamus, pendekatan istilah yang digunakan dan lain-lain. Ini kerana, usaha dan pemikiran cendikiawan Melayu berbeza daripada generasi ke generasi yang lain. Maka, sudah pasti idea, kajian dan buah fikiran yang dihasilkan menterjemahkan budaya, ilmu dan ketamadunan mengikut era mereka hidup. Ilmu dalam menghasilkan kamus yang baik perlu diteruskan kerana bahasa dan istilah akan terus mengalami perubahan dengan percambahan teknologi dan pembangunan semasa. Justeru, wajarlah sekiranya lebih banyak kajian dilakukan untuk menghasilkan kamus yang boleh menjana pembangunan umat Melayu khususnya dalam pemerolehan bahasa Arab. 7. RUJUKAN Aji Akbar Sadewo. 2012. Partikel /مثلل Miθlu/ Dan /ك Ka/ Bermakna Penyerupaan Dalam Bahasa Arab (Tinjauan Sintaksis Dan Semantik). Students e-journals, Vol 1, No 1. Faisal bin Ahmad Shah. 2010. Syaikh Mohamed Idris Al-Marbawi: Kontribusinya dalam Fiqh al-hadîs. MIQOT Vol. XXXIV No. 1 Januari-Jun. Jabatan al-qur an dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia. H. Ilyas Rifa i, M.A. t.t. Mengenal Kamus Arab-Indonesia Mahmud Yunus. Jelani Harun. 2008. Kajian Naskhah Undang-Undang Adat Melayu di London. Sari 26 (2008), 127-148. Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. 2015. Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Keempat Kamus Pelajar Edisi Kedua Mohd Sukki Othman. 2011. Contributions of Translations Activities In Malay, Chinese and Indian Civilization. Studies in Literature And Language. Vol. 2, No. 2, 2011, pp. 100-103. Muammar Ghaddafi Hanafiah & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. 2015. Kontroversi Program I Want To Touch A Dog Dalam Media Kontemporari Daripada Perspektif Melayu. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, Jilid 31(2) 2015: 195-210 Muhammad Idris Al-Marbawi. 1998. Kamus Idris Al-Marbawi: Arab Melayu. Cetakan Ketiga 1998. Darul Nu man, Kuala Lumpur, Malaysia. Mustaffi bin Abdullah & Abdul Manan Syafi. 2009. Khazanah Tafsir Di Nusantara: Penelitian terhadap Tokoh dan Karyanya di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, dan Thailand. Kontekstualita Vol.25 No. 1, Juli 2009. Najahudin Lateh. 2009. Metodologi Syeikh Idris al-marbawi dalam Karya Terjemah Bulugh al-maram : Analisa Kitab al-taharah (Pensyarah Universiti Teknologi MARA) [Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Ketamadunan Islam pada 8-9 Disember 2009 di Hotel Casuarina, Ipoh Perak]. 686

Nor Azlida Binti Aziz. 2010. Metodologi Pentafsiran Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi Dalam Kitab Tafsir Quran Marbawi. Disertasi Sarjana. Jabatan Al-Quran dan Al- Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Rayza Purwo Fachruzi. 2016. Penggunaan Fungsi Charf Lam Dalam Surat Ali-Imran. Journal of Arabic Learning and Teaching. Lisanul Arab 5 (1). Taryudi Waryanto. 2012. Korelasi Partikel ب /Bi/ Dengan Verba Dan Nomina Bahasa Arab (Tinjauan Sintaksis Dan Semantik). Students e-journals, Vol 1, No 1. Vera John-Steiner & Holbrook Mahn. 2011. Sociocultural Approaches To Learning And Development: A Vygotskian Framework. Journal of Educational Psychologist. Volume 31, 1996 - Issue 3-4. Zulkifley Hamid & Muammar Ghaddafi Hanafiah. 2016. Pemikiran Belia Malaysia: Pengaruh Umur, Etnisiti dan Status Ekonomi. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 12 issue 11 (92-102). 687