BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR. Menganggu Keseimbangan Ekosistem

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

Penjenamaan Tempat (Place Banding) dan Faedah kepada Sektor Pelancongan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PENGHARGAAN. Mohd Al Hafiz Bin Adnan Jabtan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. iii

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

BAB 1 : PENGENALAN. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai destinasi

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

KEPUASAN PELANCONG TERHADAP SERVICESCAPE DI PELANCONGAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER)

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Perubahan Konsentrasi Ruangan Penduduk Semenanjung Malaysia

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN ISLAM:

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Isu dan Pengurusan Sisa Pepejal di Pulau Pangkor, Perak

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MODAL INSAN KOPERASI :

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH): KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI SEIMBANG UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA.

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

KERTAS KONSEP SEMINAR PELANCONGAN IMT-GT MEMANFAATKAN POTENSI PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PERTUMBUHAN BARU DI BAWAH KERANGKA KERJA PELANCONGAN IMT-GT

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Transcription:

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN 6.1 PENDAHULUAN Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak bermulanya tamadun bangsa. Manusia secara fitrahnya bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan pelbagai tujuan seperti perdagangan, mencari ilmu, menziarahi saudara dan sebagainya. Ia sebenarnya telah merangkumi definisi pelancongan itu sendiri. Manakala, ajaran Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk pergi melancong. Malahan terdapat banyak ayat-ayat al-quran yang menganjurkan umat Islam agar keluar melancong dan mengembara melihat kehebatan serta kebesaran ciptaan Ilahi. Para tokoh Islam terdahulu turut mengembara dan melancong ke seluruh pelusuk dunia untuk pelbagai tujuan. Cendekiawan Islam seperti Imam al-bukhari, Imam Muslim, Imam Shafie, Imam Nawawi, dan lain-lain telah mengembara keserata pelusuk dunia untuk mencari ilmu. Justeru, pelancongan dalam Islam adalah diharuskan dan ia merupakan satu ibadah disisi Allah s.w.t selagi ia tidak melanggar hukum dan syariat Islam. Industri pelancongan negara dilihat telah mengalami perkembangan yang pesat. Kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peruntukan dan membuat pelaburan yang tinggi telah memberikan kesan yang positif terhadap industri tersebut. 191

Bermula sejak RMK-2 (1971-1975) sehingga RMK-9 (2006-2010), kerajaan telah menyediakan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 4212.08 juta bagi membangunkan industri pelancongan negara. 1 Hasil daripada pelaburan yang dijalankan tersebut, ia telah memberi pulangan yang positif kepada pendapatan negara. Pada tahun 2009, sektor pelancongan telah menyumbang sebanyak 36.9% kepada keluaran Negara kasar (KNK). 2 Hal ini membuktikan bahawa, sektor pelancongan merupakan satu sektor yang penting dan menjadi satu faktor pemangkin ekonomi negara. 6.2 : RUMUSAN ANALISIS KAJIAN TERHADAP DASAR DAN STRATEGI PEMBANGUNAN PELANCONGAN LANGKAWI DARI PERSPEKTIF EKONOMI ISLAM Perkembangan pesat industri pelancongan negara berkait rapat dengan dasar dan strategi pembangunan pelancongan yang dilaksanakan. Fokus kajian ini tertumpu kepada pelaksanaan dasar-dasar pembangunan pelancongan dan strategi yang dilaksanakan di Langkawi serta menganasisnya dari perspektif pembangunan mengikut sistem ekonomi Islam. Secara umumnya, setiap dasar dan strategi yang dilaksanakan di Langkawi adalah bertujuan untuk membangunkan dan merancakkan lagi industri pelancongan di pulau berkenaan. 1 Azizan Marzuki (2010), Tourism Development In Malaysia. A Review On Federal Government Policies, Journal Theoretical And Empirical Reseaches In Urban Management, v.5 (2010), no.8(17), November, pp 85-97. 2 Unit Perancangan Ekonomi (2010), Program transformasi Ekonomi : hala Tuju Untuk Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, h 341. 192

Dasar bebas cukai merupakan pengecualian cukai terhadap barangan yang diimport dari luar negara untuk dibawa masuk ke Langkawi. Barangan tersebut dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding di tempat-tempat yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga barangan yang tidak halal dan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat turut dijual dengan harga yang murah. Ia sekaligus memudahkan dan menggalakkan orang ramai untuk membelinya. Justeru, pelaksanaan dasar dan strategi bebas cukai tersebut didapati tidak selari dengan apa yang disarankan dalam Islam. Penjualan barangan yang tidak halal atau tidak patuh shari ah perlulah ditarik balik pengecualian cukai terhadapnya. Ia bertujuan untuk menjadikan barangan tersebut menjadi lebih mahal dan terkawal. Kerajaan dan pihak berkuasa perlu melakukan penambahbaikan terhadap strategi pelaksanaan dasar bebas cukai tersebut agar ia selaras dengan apa yang disarankan dalam Islam. Dasar dan strategi Eko-pelancongan pula memberi peluang kepada para pelancong menghayati dan menerokai alam semulajadi yang terdapat yang di pulau peranginan tersebut. Dasar tersebut turut mendedahkan para pelancong kepada budaya masyarakat setempat. Aspek penjagaan dan pemeliharaan alam semulajadi turut diambil berat oleh pihak berkuasa tempatan dalam usaha mengekalkan keindahan Langkawi. Dasar dan strategi yang dijalankan tersebut juga turut memberi manfaat ekonomi kepada penduduk setempat. Oleh itu, dasar eko-pelancongan yang dijalankan di Langkawi dilihat tidak melangar syariat Islam dan pelaksanaannya perlu kepada pemantauan yang berterusan daripada pihak berkuasa. 193

Seterusnya, pelaksanaan dasar dan strategi sukan dan acara adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Langkawi berasaskan program tertentu sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Para delegasi yang berkunjung untuk sesuatu acara secara tidak langsung menjadi pelancong dan turut menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan. Disamping itu, ia juga dapat mempromosikan pulau berkenaan di mata dunia melalui liputan berita oleh para wartawan. Oleh itu, pelaksanaan dasar tersebut dilihat tidak menyalahi dengan apa yang disarankan dalam pembangunan pelancongan menurut sistem ekonomi Islam. Dasar dan strategi Malaysia Rumah Keduaku dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan rakyat atau pelancong asing untuk menetap bersama-sama penduduk tempatan. Ia membolehkan mereka menyelami budaya dan cara hidup penduduk setempat. Kajian ini mendapati pelaksanaan dasar dan strategi tersebut di Langkawi memberikan kesan yang kurang baik seperti penjualan tanah rizab penduduk setempat, pertembungan budaya yang negatif dan penularan gejala yang tidak sihat. Oleh itu, pelaksanaan dasar tersebut dilihat tidak menepati dengan saranan pembangunan pelancongan dari perspektif ekonomi Islam. Pelaksanaan dasar tersebut juga perlu mengambil kira beberapa aspek lain bagi menjaga kepentingan dan maslahah penduduk tempatan. Dasar dan strategi Pembangunan Pelancongan Baru Langkawi pula bertujuan untuk membangunkan dan merancakkan lagi industri pelancongan di Langkawi. Beberapa strategi dan produk baru dicadangkan untuk dilaksanakan bagi merancakkan industri 194

tersebut sekaligus menarik lebih ramai kemasukan pelancong ke Langkawi. Kajian ini mendapati bahawa beberapa strategi dan rancangan kerajaan dalam dasar tersebut perlu diberi perhatian agar strategi pelaksanaannya dapat selari dengan kehendak dan perinsip shari ah. Seterusnya, penginapan dan hotel di Langkawi adalah sebanyak 94 buah. Walaubagaimanapun, hanya 8 buah dari keseluruhan jumlah tersebut mempunyai sijil akuan halal daripada pihak JAKIM. Ketiadaan dan keenganan pihak pengurusan hotel untuk mendapat status pengesahan halal boleh menyebabkan pengguna ragu-ragu terhadap penyedian makanan di sesebuah hotel penginapan. Justeru, kajian ini mendapati hotel dan penginapan yang wujud di Langkawi masih tidak menepati kehendak dan saranan pembangunan pelancongan Islam. Pembinaan hotel yang berkonsepkan Islamik dari pelbagai aspek termasuklah makanan, bilik tidur, suasana dan kondisi hotel perlu diwujudkan di pusat peranginan tersebut sebagai altenatif kepada para pelancong yang berkunjung. 6.3 : SARANAN DAN CADANGAN Perkembangan industri pelancongan di Langkawi merupakan satu fenomena yang baik. Dasar-dasar dan strategi yang dijalankan di pusat peranginan tersebut pada asalnya adalah bertujuan untuk merancakkan dan meningkatkan lagi sektor pelancongan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan wujud dalam pelaksanaan dasar tersebut serta pelaksanaannya yang bertentangan dengan apa yang 195

disarankan oleh Islam. Oleh itu, kajian ini menggariskan beberapa cadangan kepada pihak-pihak tertentu untuk penambahbaikan kepada dasar dan strategi yang telah dijalankan tersebut. 6.3.1: Kerajaan Kerajaan perlulah membangunkan model pelancongan Islam di Langkawi. Pusat peranginan tersebut dilihat mampu menjadi pelopor kepada sektor pelancongan Islam dengan peningkatan kemasukan pelancong Muslim terutamanya dari negara timur tengah. Ciri-ciri pelancongan Islam seperti wujudnya penginapan dan hotel Islamik, penyedian makanan yang halal, hiburan yang tidak melampau dan terkawal serta lainlain lagi perlu dibangunkan di pusat peranginan tersebut. Oleh itu, model pelancongan Langkawi yang lebih bersifat alam semulajadi dan Islamik mampu memberi kelainan kepada para pelancong serta mampu memberi saingan terhadap pusat pelancongan yang lain seperti Phuket dan Bali yang lebih berasaskan percutian hiburan. Seterusnya, kerajaan perlu meningkatkan lagi kemudahan perkhidmatan pengangkutan dan perhubungan. Setakat ini, jalan perhubungan ke Langkawi adalah melalui jalan laut dan udara sahaja. Kemudahan terminal ferry penumpang di kuala Kedah dan Kuala Perlis dilihat sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan kemasukan pelancong. Keadaan akan bertambah sesak dan padat apabila tiba waktu perayaan dan musim cuti sekolah. Ia memberi kesulitan kepada para pelancong yang ingin bercuti serta memberi imej yang kurang baik terhadap industri pelancongan negara terutamanya di mata 196

pelancong asing. Oleh itu, kerajaan perlulah mengambil langkah segera memperbesarkan terminal ferry di Kuala Kedah dan Kuala Perlis untuk kelancaran dan keselesaan para pelancong. Kerajaan juga perlulah melihat kembali pelaksanaan dasar Malaysia Rumah Keduaku yang dijalankan di Langkawi kerana pelaksanaanya dilihat banyak memberi mafsadah atau perkara yang tidak baik kepada masyarakat. Pelancong asing yang ingin menyertai program tersebut hanya boleh menyewa rumah sedia ada milik penduduk tempatan dalam tempoh masa tertentu (homestay). Penjualan tanah milik penduduk tempatan perlulah dihentikan bagi menjamin kepentingan aset dan warisan untuk generasi akan datang. Kerajaan juga perlulah menyemak kembali dasar dan strategi pembangunan pelancongan yang dijalankan di Langkawi agar ia selaras dengan syariat Islam seperti menghapuskan perkara yang bertentangan dengan Islam. 6.3.2 : Pihak Swasta dan para pelabur. Pihak swasta dan pelabur disarankan agar meningkatkan pelaburan dengan membina beberapa hotel atau penginapan untuk para pelancong yang mematuhi prinsip-prinsip Islam di Langkawi. Hotel atau penginapan yang Islamik ini perlu dibangunkan agar ia dapat memberi pilihan kepada para pelancong dalam memilih penginapan percutian mereka. Disamping itu, pelaksanaan konsep penginapan sedemikian rupa mampu menonjolkan kebaikan dan imej Islam itu sendiri. 197

Pihak swasta dicadangkan agar membina beberapa produk pelancongan baru yang berkonsep Islam seperti muzium kesenian dan kebudayaan Islam serta menaiktaraf produk pelancongan sedia ada. Produk-produk tersebut perlulah lengkap dengan ciri-ciri Islamik seperti kemudahan untuk umat Islam beribadat, bentuk senibina Islam, pekerja yang menutup aurat dan lain-lain lagi. Dengan adanya produk-produk tersebut, ia bukan sahaja mampu menyegarkan lagi industri pelancongan Langkawi dengan adanya daya tarikan baru malah ia turut memberi kelainan dan keunikan tersendiri kepada Langkawi. 6.3.3 : Penduduk Tempatan Penduduk Langkawi perlulah mempunyai jati diri yang tinggi agar tidak mudah terpengaruh dan terjebak dengan budaya negatif yang mungkin dibawa bersama pelancong asing ke Langkawi. Asas didikan agama yang kuat perlulah diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak agar perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam dapat dihindari. Penduduk tempatan khususnya umat Islam juga perlulah berhatihati dalam memilih pekerjaan dalam sektor pelancongan. Pekerjaan di premis-premis yang menjual arak, pusat urut unisex, kelab malam dan lain-lain lagi perlu dielakkan agar pendapatan yang diperolehi bersih dan terhindar dari perkara yang haram. Disamping itu, masyarakat setempat perlulah saling membantu dan berkerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras gejala negatif yang menular dalam masyarakat. Penduduk tempatan juga haruslah mempunyai kesedaran sivik yang tinggi terhadap 198

kebersihan dan menjaga keindahan alam semulajadi yang sedia ada daripada rosak dan tercemar. Kempen kesedaran penjagaan alam sekitar perlu dijalankan di sekolah-sekolah dalam usaha mendidik generasi baru agar mencintai alam semulajadi. Ia penting dalam usaha mengekal keindahan Langkawi serta menjaga kelangsungan industri pelancongan di Pulau berkenaan. Masyarakat Langkawi perlulah mengambil peluang terhadap perkembangan industri pelancongan dengan melibatkan diri dalam sektor berkenaan. Penglibatan penduduk tempatan dalam sektor tersebut dilihat mampu menjana pendapatan dan meningkatkan lagi taraf ekonomi masing-masing. 6.3.4 : Ahli Akademik dan Para Penyelidik Para penyelidik dan ahli akademik dicadangkan agar melakukan kajian yang lebih mendalam terhadap pembangunan pelancongan Islam supaya satu model pelancongan bercirikan shariah yang lebih lengkap dapat dikemukan dan diaplikasikan. Para penyelidik dan ahli akademik juga perlu membuat lebih banyak kajian dan penyelidikan dalam bidang pelancongan khususnya bidang pelancongan Islam di Langkawi agar ia mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan sektor pelancongan di pulau tersebut. 199

6.4 : KESIMPULAN Kesimpulannya, industri pelancongan di Langkawi dilihat semakin berkembang pesat dan mampu bersaing dengan pusat-pusat peranginan terkemuka yang lain di dunia. Pada asalnya, semua dasar dan strategi perancangan yang dijalankan di Langkawi adalah bertujuan untuk merancakkan lagi industri pelancongan di pulau tersebut. Walaubagaimanapun terdapat juga dasar dan strategi pembangunan pelancongan yang dilaksanakan di Langkawi bertentangan dengan saranan dan syariat Islam. Kerajaan dan pihak berkuasa perlu melakukan penambahbaikan terhadap dasar dan strategi yang didapati tidak selaras dengan apa yang disarankan Islam tersebut. Komitmen dan usaha yang lebih gigih perlu dilakukan oleh semua pihak termasuklah pihak kerajaan, pihak swasta, dan orang ramai untuk merealisasikan model dan konsep pelancongan Islam di Langkawi. Oleh itu, pembangunan dan pelaksanaan dasar pelancongan yang dijalankan di pulau tersebut perlulah mengambil kira pelbagai aspek terutamanya penerapan nilainilai Islam dan pembangunan sosial yang seimbang. Pelaksanaan konsep pelancongan bercirikan Islam yang shumul di Langkawi mampu memberikan keunikan tersendiri serta mampu menarik lebih ramai kemasukan para pelancong tanpa mengira latar belakang agama. 200