PEMBENTUKAN PERSONALITI GURU AGAMA SEBAGAI ROLE MODEL DALAM MASYARAKAT

Similar documents
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

PENGHAYATAN AGAMA (RELIGIOSITI) DALAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN MELAYU 1

Takrifan Etika ethos

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Penghayatan Agama (Religiositi) dalam Pembangunan Keusahawanan

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

Amar Makruf Nahi Mungkar

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

TEORI MASLOW DAN KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM (Maslow s Theory and its Relation to Muslim s Life)

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PRINSIP ASAS LATIHAN DALAM ISLAM KE ARAH PENINGKATAN PRESTASI KERJA GURU

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Menjana Budaya Ilmu di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Satu Anjakan Paradigma

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Konsep Ta dib Menurut Pandangan Cendekiawan Islam

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

Transcription:

Volume: 2 Issue: 6 [December, 2017] pp. 254-263] Journal of Islamic, Social, Economics and Development eissn: 0128-1755 Journal website: www.jised.com PEMBENTUKAN PERSONALITI GURU AGAMA SEBAGAI ROLE MODEL DALAM MASYARAKAT Solahuddin Abdul Hamid 1 dan Nor Azzuwal Kila 2 1 Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia. Email: solah@uum.edu.my 2 Calon Program Doktor Falsafah, Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia. Berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara Changloon Kedah. Email: azwakila@yahoo.com Accepted date: 30 October 2017 Published date: 11 January 2018 To cite this document: Hamid, S. A. & Kila, N. A. (2017). Pembentukan Personaliti Guru Agama Sebagai Role Model Dalam Masyarakat. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 2(6), 254-263. Abstrak: Pengenalan serta deskripsi tugas sesuatu pekerjaan biasanya berdasarkan kepada jenis pekerjaan yang dilakukan. Jika terlibat dengan dunia pertanian, biasanya individu tersebut akan dikenali sebagai petani dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pertanian. Begitu juga jika berkecimpung dalam dunia pendidikan, ia akan dikenali sebagai pendidik serta terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan begitulah seterusnya. Personaliti individu merupakan antara faktor yang mempengaruhi keefisienan sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Namun, apabila kerjaya tersebut dikaitkan dengan Islam, maka segala pemikiran, inovasi dan tingkah laku mereka perlu bergerak secara holistik berdasarkan petunjuk Islam. Artikel yang berkonsepkan teoritikal ini akan menghuraikan ciri-ciri asas bagi pembentukan personaliti guru pendidikan Islam. Huraian persoalan teoretikal tersebut adalah berasaskan piawaian yang telah ditetapkan oleh al-quran, Hadith, pandangan para intelektual Islam serta berasaskan kepada kajian-kajian kopseptual dan empirikal supaya kerangka perbincangan yang terhasil adalah selari dengan tasawur Islam dan konteks semasa. Kata Kunci: Personaliti, Guru Pendidikan Islam, Role Model 254

CONSTRUCTING PERSONALITY OF RELIGIOUS TEACHER AS ROLE MODEL IN SOCIETY Solahuddin Abdul Hamid 1 dan Nor Azzuwal Kila 2 1 Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia. Email: solah@uum.edu.my 2 Calon Program Doktor Falsafah, Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia. Berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara Changloon Kedah. Email: azwakila@yahoo.com Abstract: Identification and description of the job tasks is usually based on the type of work performed. If it is involved with the agriculture, the individual will usually be known as a farmer by doing various agricultural-related activities. Similarly, if involved in education, it will be known as an educator with teaching and learning activities, and so on. Individual personalities are among the factors that affect the efficiency of the work performed. However, when his career is associated with Islam, then all thinking, innovation and behaviors they need to move in a holistic manner based on the instructions of Islam. The theoretical concept of this article will describe the basic features of personality formation teacher of Islamic education. The question of theoretical description is based on the standards set by the Quran, Hadith, Islamic intellectuals and opinion-based studies and empirical conceptual so that the resulting discussion framework is in line with Islamic beliefs and current context. Keywords: Personality, Islamic Education Teacher, Role Model Pendahuluan Konsep pendidikan dalam Islam tidak sekadar memindahkan pengetahuan bagi mengembangkan seluruh potensi psikomotor, kognitif dan afektif murid sahaja. Pendidikan adalah suatu proses secara berterusan untuk merubah, melatih, mendidik akal, jasmani dan rohani manusia supaya berfikiran dan bertingkah laku selari dengan tugas dualistik mereka sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Tiga kategori yang saling berkait rapat dan saling memerlukan dalam proses pendidikan adalah pengajar, kandungan dan pelajar. Artikel ini akan membincangkan satu sahaja daripada ketiga-ketiga kategori tersebut iaitu pengajar atau pendidik dalam konteks pembentukan personaliti guru pendidikan Islam secara umum. Pemilihan guru-guru agama kerana mereka bukan sekadar menerima gaji untuk menyampaikan ilmu di sekolah, malahan personaliti dan tingkah laku mereka turut menjadi perhatian dan teladan kepada anak didik serta masyarakat di sekeliling terutamanya dalam konteks kehidupan beragama. Guru-guru agama dalam konteks ini merujuk kepada mereka yang mengajar subjek yang berkaitan Islam sama ada di sekolah, institut pengajian tinggi, masjid, surau atau di mana-mana sahaja. Dalam erti kata lain, guru-guru agama juga turut bertindak sebagai antara faktor yang mempengaruhi perubahan dalam masyarakat. 255

Sorotan Karya Personaliti merupakan salah satu cabang daripada disiplin ilmu psikologi yang mengkaji pelbagai ciri persamaan dan perbezaan yang wujud antara manusia. Pelbagai ciri yang membentuk personaliti seseorang individu adalah berbeza antara satu sama lain. Antara kepelbagaian ciri tersebut seperti sifat, cara nilai, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya yang melibatkan aspek luaran seperti fizikal dan tingkah laku (Schultz & Schultz, 2001). Selain ciri-ciri tersebut, Mahmood Nazar Mohamad (2005) menambah seperti cara berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain-lainnya yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Sarjana psikologi berbeza pandangan sama ada setiap ciri personaliti tersebut adalah stabil dan tidak berubah secara mendadak atau tidak kekal dalam keadaan yang statik di mana sentiasa berubah mengikut peranan, jangkaan dan kesan persekitaran manusia. Personaliti Dalam Islam Malik Badri (1979) berpendapat, perbincangan teori berkaitan personaliti menjadi satu subjek yang agak sukar jika ditinjau daripada sudut tasawur Islam semata-mata. Namun, beliau menekankan bahawa al-quran dan Hadith telah menjelaskan sejumlah konsep khusus yang mendasari tingkah laku manusia sama ada secara individu atau kolektif. Ini kerana, belum terdapat perbahasan tentang sebuah teori personaliti yang bersifat Islam secara tepat dalam kalangan sarjana Islam (Saiyad Fareed Ahmad, 2009). Berdasarkan tasawur Islam, personaliti juga dikenali sebagai akhlak atau sahsiah. Akhlak adalah berasal daripada istilah bahasa Arab, khuluq, khulqun atau khuluqun yang sinonim dengan al-sajiyyah )السجية( yang bererti tabiat, perangai dan tingkahlaku. Manakala khalq bererti ciptaan atau keindahan manusia pada bentuk lahiriyahnya (fizikal). Khuluq merujuk kepada keadaan rohani yang sepatutnya terbentuk dengan sebaik-baiknya. Akhlak adalah jamak kepada perkataan khuluq yang merujuk kepada tingkahlaku, perangai, tabiat, berbentuk keperibadian atau kebiasaan dan kehendak. Ibn Manzur (1996) dalam Lisan al-arab mendefinisikan personaliti atau akhlak sebagai tingkah laku seseorang yang telah menjadi tabiat dan merupakan suatu gambaran bagi menunjukkan zahir dan batin seseorang. Dari sudut istilah, Muhammad bin Abu Bakr bin Abd al-qadir al-razi (1981) menyatakan khuluq bermaksud adat, perangai, maruah dan agama. Manakala Abd al-latif Muhammad al- Abd (1985) berpendapat, ia adalah satu kuasa yang mampu mengeluarkan segala tingkahlaku dengan mudah tanpa perlu kepada fikiran dan pengamatan. Pendapat tersebut selari dengan Ibn Miskawyh (t.t.) yang berpendapat akhlak adalah keadaan jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran dan penelitian. Walaupun ia merupakan sesuatu yang boleh diusahakan, tetapi sebahagian besar daripadanya adalah berasal dari tabiat badan, latihan dan kebiasaan. Manakala Imam al- Ghazali (1996) menganalogikan akhlak sebagai satu keadaan yang tertanam dalam jiwa, berfungsi menggerakkan sebarang tingkahlaku individu dengan mudah tanpa perlu kepada proses berfikir atau membuat pertimbangan. Jika tingkahlaku yang terhasil adalah baik dan terpuji pada pandangan akal dan syarak, maka ia dinamakan sebagai akhlak yang baik (hasanah). Sebaliknya, tingkahlaku yang buruk dikenali sebagai akhlak yang keji (madhmumah). Tingkahlaku yang terhasil juga boleh dikatakan sebagai fitrah perangai dan sifat semulajadi manusia. 256

Personaliti dan Pendidikan Setiap pekerjaan memerlukan kriteria personaliti pekerja dan profesionalisme kerja yang tersendiri. Pendidikan berakar umbi daripada perkataan didik yang bererti pelihara, ajar dan jaga. Manakala profesionalisme pula merujuk kepada profesion yang terkandung dalam kategori pekerjaan. Nilai-nilai profesional pula merujuk kepada piawaian etika dan teknikal dalam sesuatu pekerjaan (Gewirtz et al. 2009). Menurut Syed Muhammad Naquib al-attas (1999), pendidikan adalah suatu proses iaitu memasukkan sesuatu ke dalam diri manusia. Proses merujuk kepada kaedah pengajaran yang digunakan, manakala sesuatu pula merujuk kepada kandungan pengajaran. Manusia adalah objek terakhir sebagai penerima kaedah dan bahan kandungan tersebut. Setelah dijadikan analogi, pendidikan boleh dihuraikan sebagai satu proses yang berterusan untuk menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan pertumbuhan bakat manusia dengan rapi supaya dapat melahirkan orang yang berilmu, baik tingkah laku dan dapat mengekalkan nilai-nilai budaya dalam kalangan masyarakat. Proses pendidikan secara berterusan ini juga sebagai terjemahan kepada Falsafah Pendidikan Islam (FPI) yang menyatakan bahawa: Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan berdasarkan al-quran dan al-sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar, negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat. Implikasi daripada FPI tersebut, proses pendidikan boleh dirumuskan sebagai membentuk keperibadian yang holistik dan sempurna merangkumi pelbagai dimensi yang berhubung dengan jasmani, rohani, akal, amalan dan sosial manusia bagi menjamin mereka memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Menurut Mohd Kamal Hassan (1988), Pendidikan Islam mengambil kira keseluruhan aspek kehidupan manusia, fizikal dan spiritual, intelektual dan moral, individu dan sosial; bukan untuk mengurangkan keupayaannya, tetapi untuk meningkatkan, menggerakkan dan menyempurnakannya agar bersesuaian dengan fitrah manusia. Dalam erti kata lain, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu yang ingin disampaikan, malahan perlu juga pembentukan personaliti yang bersesuaian sebagai penanda aras profesionalisme sebagai pendidik dan role model. Namun, peranan dan kewibawaan guru dalam usaha membentuk pelajar yang berilmu dan bertakwa kepada Allah S.W.T turut menjadi persoalan. Keraguan tersebut turut dinyatakan oleh Tamuri (2004) bahawa krisis akhlak pelajar yang berlaku turut mempunyai hubungan dengan personaliti guru yang dipamerkan kerana pemikiran dan tingkah laku tersebut mampu mempengaruhi pembentukan peribadi pelajar. Menurut Rohana Hamzah et al., (2013), penampilan personaliti guru Pendidikan Islam juga antara punca hilangnya keberkatan ilmu dan tarbiyah yang disampaikan. Berdasarkan dapatan kajian, Kamarul Azmi (2011) merumuskan bahawa masih kurangnya kualiti dan personaliti guru Pendidikan Islam berbanding tuntutan agama Islam itu sendiri. Guru pendidikan Islam sentiasa menjadi penanda aras kepada keperibadian contoh Islam dalam kalangan pelajar dan rakan sekerja serta pihak pentadbir. Justeru, mereka tidak boleh lari daripada berpersonaliti dengan baik untuk menjadi guru Islam di khalayak ramai khususnya di sekolah. Menurut Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary (2010), masih terdapat aspek-aspek negatif 257

yang diamalkan oleh guru Pendidikan Islam. Antaranya, terlalu garang, suka memarahi tanpa usul periksa, gemar menghina dan mengutuk pelajar dan ego terhadap diri sendiri. Dalam konteks tasawur Islam, guru atau pendidik bukan sekadar pekerja atau kakitangan kerajaan yang dibayar gaji untuk menyampaikan ilmu semata-mata. Guru adalah role model kepada murid-murid dan masyarakat. Tingkah laku mereka sama ada di dalam atau di luar kelas turut melambangkan keunggulan mereka sebagai seorang guru dan agen perubahan dalam masyarakat (Ab Halim Tamuri dan Mohamad Khairul Azman Ajuhary, 2010). Dalam era globalisasi dan perkembangan pesat ICT, bidang pendidikan turut mendapat manfaat yang cukup besar. Selain memudahkan urusan, konsep pendidikan juga menjadi semakin mudah. Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh berjalan tanpa kehadiran guru dengan mengaplikasikan perkembangan teknologi sedia ada. Namun, realitinya, matlamat dan konsep subjek-subjek dalam Pendidikan Islam adalah tidak semudah itu. Ini kerana, guru-guru agama tidak sekadar memindahkan ilmu pengetahuan semata-mata, malahan yang lebih utama adalah menanam nilai bagi membentuk personaliti dan keterampilan pelajar semasa proses pembelajaran dan kehidupan sepanjang hayatnya. Proses pembelajaran tersebut yang bersumberkan ilmu naqli dan ilmu aqli adalah bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T sebagai jaminan kejayaan di dunia dan akhirat. Justeru, kehadiran guru sebagai role model adalah sangat signifikan dengan hasil pembelajaran yang ingin diterapkan. Ibnu Sahnun (1968) adalah antara tokoh pemikir Islam klasik yang sangat mengambil berat terhadap isu pendidikan. Dalam karyanya Adab al-muallimin, pemikiran pendidikan beliau ketengahkan meliputi perbahasan yang sangat luas. Buku ini telah menjadi rujukan bagi banyak ulama dan dianggap buku pertama yang membahas tentang pendidikan secara terpisah dari cabang keilmuan lainnya seperti mazhab-mazhab dan falsafah. Dalam buku tersebut, beliau menekankan kepentingan guru memiliki sahsiah atau berpersonaliti seperti ikhlas, bertakwa, menepati masa, prihatin, amanah dan bertanggungjawab. Beliau juga menyatakan terdapat larangan yang perlu dielakkan oleh para guru seperti tidak boleh mementingkan diri; tidak boleh mendapatkan kekayaan melalui usaha anak didik dan tidak boleh meninggalkan tanggungjawab untuk keperluan peribadi. Dalam konteks empirikal, kajian yang dilakukan oleh Mas Ayu Othman dan Fatimah Wati Halim (2014) terhadap 204 kakitangan akademik daripada 13 fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati personaliti adalah faktor peramal yang baik kepada penilaian prestasi kerja berkesan dalam kalangan responden yang dikaji. Terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti yang diukur seperti keterbukaan, kehematan, ekstraversi, kepersetujuan dan neurotesisme dengan kualiti kehidupan bekerja sampel. Manakala kajian yang dilakukan oleh Barling dan Boswell (1995) dalam Mas Ayu Othman dan Fatimah Wati Halim (2014) mendapati bahawa individu yang mempunyai ciri-ciri seperti tidak sabar, bercakap lantang dan cepat, agresif, cemas akan lebih mudah terdedah kepada tekanan berbanding dengan individu yang menunjukkan ciri-ciri bertentangan dengan personaliti tersebut. Kajian Hanim dan Siti Maisarah (2011) pula mendapati, guru sebagai pendidik mempunyai hubungan yang positif dengan penentuan iklim sekolah melalui sistem, tatacara, undang-undang dan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan kreativiti pendidik tersebut. Sekolah yang didokongi oleh para pendidik yang berpandangan jauh, berakhlak mulia, berfikiran positif akan mengeluarkan produk sekolah yang menjadi baik. Manakala kajian Jasmi et al. (2009), merumuskan bahawa guru Pendidikan Islam perlu mempunyai penampilan dan akhlak yang baik. Antaranya, tidak memperkecilkan kebolehan 258

murid, bersikap penyayang, mesra dengan pelajar serta tidak berbohong. Personaliti dan tingkah laku yang baik adalah sangat penting dimiliki oleh para guru Pendidikan Islam kerana mereka adalah role model kepada para pelajar dan masyarakat sekeliling. Justeru, selain menyampaikan ilmu para guru seharusnya perlu bijak menyesuaikan tret-tret personaliti dengan persekitaran tugasnya supaya dapat mengelak daripada tekanan kerja yan tinggi dan menikmati kualiti kehidupan yang tinggi. Huraian personaliti guru perlu dilakukan kerana ia merujuk kepada sifat-sifat individu yang bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu, malahan menjadi contoh ikutan dan bertindak sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Selain itu, melalui kajian personaliti, manusia juga dapat difahami dengan lebih mendalam serta dapat mengenalpasti perbezaan yang wujud antara satu individu dengan yang lain. Metodologi Kajian Artikel yang berkonsepkan teoritikal ini akan menganalisis personaliti para pendidik khususnya guru-guru yang mengajar subjek berkaitan Islam. Huraian persoalan teoretikal gagasan tersebut adalah berasaskan piawaian yang telah ditetapkan oleh al-quran dan Hadith. Asas kepada perbincangan personaliti ini adalah sepertimana yang terangkum dalam surah al- Jumuah, (62):2 yang menekan pendidikan secara holistik sesuatu tujuan kejadian manusia di atas muka bumi ini. Pandangan para intelektual Islam juga diambilkira supaya kerangka pemikiran dan perbincangan yang terhasil bukan sahaja selari dengan tasawur Islam, malahan turut mewakili orientasi pemikiran dan tingkah laku dan sesuatu masyarakat. Ini kerana, worldview yang terbentuk ini merupakan asas serta lambang kepada pembentukan kesenian, falsafah, pemikiran, manifestasi, nilai, pengetahuan, etika dan estetika, kesusasteraan, sosioekonomi, kepercayaan, undang-undang serta corak kehidupan sesebuah masyarakat. Analisis Dan Perbincangan Dalam Islam, konsep pendidikan merujuk kepada perkataan tarbiyyah, ta lim dan tadris (Hasan Langgulung, 1987). Syed Muhammad Naquib al-attas (1979) menggunakan istilah ta dib bagi menterjemahkan pendidikan dalam Islam kerana maksudnya yang lebih luas. Huraian istilah ta dib juga merangkumi pelbagai konsep lain dalam pendidikan seperti tarbiyyah (pengasuhan) dan ta lim (pemindahan ilmu). Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), personaliti beradab itu sendiri adalah manifestasi daripada seorang individu yang berilmu kerana struktur konsep ta dib sudah mengandungi unsur ilmu ( ilm), pengajaran (ta lim) dan penyuburan yang baik (tarbiyyah) sehingga tidak perlu lagi dikatakan konsep pendidikan dalam Islam mengandungi tema konsep yang barangkai iaitu tarbiyyah, ta lim dan ta dib. Asas utama kepada pembentukan matlamat dan personaliti pendidik dalam Islam adalah seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud: Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-nya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat) serta mengajarkan mereka Kitab Allah (al- Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum 259

syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad s.a.w) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (surah al-jumu ah (62):2) Ibn Katsir (1992) menjelaskan, oleh kerana terdapat penyelewengan kepercayaan yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s (tauhid) menjadi politheisme, maka Allah S.W.T mengutuskan Rasulullah s.a.w yang berasal daripada kaum mereka sendiri (Arab) untuk menyucikan (dari syirik, hawa nafsu, penyakit hati dan sebagainya) serta mengajarkan mereka al-quran dan hikmah. Manakala dalam Tafsir al-jalalain menyatakan Dialah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf iaitu bangsa Arab seorang Rasul dari kalangan mereka iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang mempunyai peranan membacakan kepada mereka ayat-ayat-nya (al- Quran), menyucikan mereka daripada sifat musyrik, mengajar mereka kitab (al-quran) serta hikmah iaitu hukum yang terdapat dalam al-quran dan Hadith. Masyarakat sebelum kedatangan baginda s.a.w adalah berada dalam kesesatan yang nyata. Manakala Sayyid Qutb (1992) menyatakan bahawa proses penyucian yang diseru dan ditanam oleh Rasulullah s.a.w adalah melibatkan penyucian hati nurani dan perasaan, amalan, tingkah laku, kehidupan berumah tangga serta bermasyarakat secara menyeluruh dan sempurna berasaskan akidah, syariah dan akhlak. Allah S.W.T mengirimkan seorang Rasul di tengah-tengah mereka (masyarakat Badwi di Semenanjung Jazirah Arab) untuk membacakan ayat-ayat Allah S.W.T (al-quran), mensucikan mereka, mengajarkan mereka tentang kitab suci al-quran dan hikmah (al-sunnah). Sebelum kedatangan baginda, mereka berada dalam kesesatan yang nyata. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, istilah ta dib itu sendiri sudah merangkumi keperluan ilmu pengetahuan ( ilm), pengajaran (ta lim) dan penjagaan yan baik (tarbiyyah). Pendidikan sebagai ta dib tidak difahami sekadar menyampaikan ilmu semata-mata. Malahan, manifetasi daripada ilmu yang disampaikan tersebut perlu diterjemahkan dengan penerapan adab dalam kalangan manusia yang menerimanya. Justeru, Syed Muhammad Naquib al-attas (1999) menyatakan istilah ta dib merupakan istilah yang tepat kerana ia mencerminkan konsep pendidikan Islam yang berasaskan sumber yang qat ie iaitu berasakan wahyu (revealed knowledge). Hadith tersebut juga membuktikan bahawa ta dib merupakan proses yang membentuk manusia berilmu, beradab dan berakhlak mulia. Wan Mohd Nor Wan Daud (1998) telah merumuskan makna pendidikan kepada ta dib dengan merujuk kepada tingkah laku mendisiplinkan jiwa dan minda; pencarian kualiti sifat jiwa dan minda; perilaku yang benar dan sesuai; ilmu yang dapat menyelamatkan manusia; pengenalan dan pengakuan kedudukan sesuatu secara benar dan tepat; kaedah mengetahui yang menghasilkan kedudukan secara tepat dan benar; jelmaan keadilan sebagaimana yang dihasilkan oleh kebijaksanaan (hikmah). Lanjutan itu, melalui pelbagai konsep yang terangkum dalam Pendidikan Islam, maka pengenalan dan peranan para gurunya juga terangkum dalam istilah-istilah pendidikan tersebut. Antaranya, al-murabbi, al-mu allim, al-muaddib. Ketiga-tiga istilah ini menekankan peranan guru dalam aspek pembangunan akhlak (Ab Halim Tamuri dan Mohamad Khairul Azman Ajuhary, 2010). Selain istilah-istilah yang disepakati tersebut, terdapat juga dalam kalangan ulama yang menghasilkan karya pendidikan telah menggunakan istilah al- alim, alfaqih, al-syaikh, al-mursyid atau al-mudarris berdasarkan pengamatan mereka terhadap praktis kenabian dalam bidang pendidikan. Kepelbagaian istilah tersebut adalah bagi menggambarkan personaliti guru Pendidikan Islam sebagai role model yang berkeupayaan untuk mengubahkan pemikiran dan tingkah laku masyarakat. Ciri-ciri keperibadian guru 260

terhadap tugasnya dalam Pendidikan Islam adalah berdasarkan keempat-empat ciri yang dinyatakan dalam surah al-jumu ah, (62):2 iaitu pembacaan dan penghayatan al-quran (tilawat al-ayat), penyucian jiwa (tazkiyat al-nafs), pemindahan ilmu (al-ta lim) dan pembudayaan kebijaksanaan (al-hikmah) (Abdul Muhsein Sulaiman, 2014). Kepelbagaian istilah ini juga menunjukkan kedinamikan pendidikan Islam yang bersifat holistik dan saling lengkap melengkapi matlamatnya dalam jangka masa pendek di dunia dan jangka masa panjang di akhirat kelak. Secara umumnya, Islam mempunyai tiga cabang utama iaitu akidah sebagai teras dan tunjang yang menjadi pegangan hidup, syariah sebagai merupakan amalan hidup yang mencorakkan tingkahlaku dan akhlak sebagai etika hidup yang merupakan manifestasi daripada akidah yang jelas dan Syariah yang mantap (Badran Abu al- Aynayn Badran, 1972). Oleh kerana akhlak sebagai manifestasi sahsiah individu merupakan salah satu daripada cabang utama dalam syariat Islam, maka tidak mungkin aktiviti pendidikan dalam Islam dapat dipisahkan daripada nilai-nilai akhlak. Pada masa yang sama, tasawur Islam juga menekankan bahawa motivasi untuk belajar sahaja tidak tidak mencukupi. Motivasi tersebut perlu dibimbing dan diatur untuk ditujukan ke suatu arah tertentu, dikawal, diarah, disusun dan lain-lain bagi membentuk disiplin supaya ia berjalan menuju ke arah matlamat yang ditetapkan. Hasan Langgulung (2004) menjelaskan, istilah disiplin tidak hanya terkandung makna sekatan, tetapi juga pendidikan dan latihan. Apa yang diperlukan adalah penghayatan agama untuk membentuk masyarakat yang bermotivasi dan berdisiplin. Lanjutan itu, dengan pelbagai kemajuan teknologi dan kemudahan yang ada, hubungan secara bersemuka antara pengajar, kandungan ajaran dan pelajar tetap diperlukan. Guru Pendidikan Islam perlu menyampaikan ilmu dan membentuk personaliti islamik dalam kalangan anak didiknya. Maka seharusnya, para pendidik menampilkan personaliti yang berpaksikan kepada nilai-nilai agama dan dan mengelak daripada unsur-unsur negatif seperti melakukan perbuatan maksiat, tidak jujur, tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Ini kerana personaliti guru Pendidikan Islam turut mempengaruhi tingkahlaku anak didiknya dan masyarakat sekitar. Para pendidik juga perlu bijak menyesuaikan personalitinya dengan menunjukkan teladan yang baik sama ada ketika berada di persekitaran tugas atau dalam kelompok masyarakat. Berdasarkan tasawur Islam, adab adalah sangat penting bagi memperolehi keberkatan ilmu. Rumusan Peranan guru-guru dalam Pendidikan Islam adalah bersifat komprehensif dan integral dalam memupuk nilai-nilai yang hakiki dalam kalangan manusia. Pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu kepada para pelajar supaya mendapat ilmu sebagai persediaan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik bagi memenuhi keperluan kebendaan di dunia. Sebaliknya, matlamat akhir pendidikan Islam adalah supaya manusia memiliki akidah yang jelas dan kukuh sebagai pegangan hidup, hidup berteraskan syariah yang mencorakkan tingkahlaku dan akhlak sebagai etika hidup yang merupakan manifestasi daripada akidah yang jelas dan Syariah yang mantap. Justeru, keberadaan guru sebagai role model adalah sangatlah penting. Selain proses memindahkan ilmu secara formal, guru juga perlu memainkan peranan penting menanamkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan, mendidik serta mendorong pelajar menjadi insan yang taat kepada perintah agama yakni dengan menunaikan apa yang diperintahkan serta meninggalkan apa yang ditegah. Proses membangun masyarakat yang kukuh dan konsisten memerlukan dua elemen penting iaitu agama sebagai unsur tetap 261

dan fleksibiliti proses pembangunannya. Guru juga perlu mempunyai pemikiran dan bertingkah laku selaras dengan syariat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sesi pembelajaran. Seorang guru juga seharusnya berpersonaliti sabar, ikhlas dan gigih dalam menyampaikan ilmu kepada kejayaan seseorang murid juga bergantung kepada keperibadian gurunya. Rujukan Abd al-latif Muhammad al- Abd. (1985). al-akhlaq fi al-islam, c. 2, Maktabah Dar al- Ulum. Abdul Muhsein Sulaiman. (2014). Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Akhlak Murid Dari Aspek Hubungan Guru-Murid Berasaskan Abu Talib al-makki (386H/996M). Tesis Doktor Falsafah. Institut Pengajian Siswazah: Universiti Malaya. Ab Halim Tamuri dan Mohamad Khairul Azman Ajuhary. (2010). Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Muallim. Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (1): 43-56. Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaludin, Zamri Abdul Rahim, Khadijah Abdul Razak. (2004). Laporan Penyelidikan Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam ke Atas Pembangunan diri Pelajar. Universiti Kebangsaan Malaysia: Fakulti Pendidikan. Badran, Abu al- Aynayn Badran. (1972). al-shari ah al-islamiyyah, Iskandariah: Mu assasah Shabab al-jami ah. Gewirtz, S., Mohany, P., Hextall, I. & Cribb, A. (2009), Changing Teacher Professionalism: International Trends, Challenges and Ways Forword. New York:Routledege. al-ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1996). Ihya Ulum al-din, j. 3. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. Hanim dan Siti Maisarah. (2011). Sikap Guru terhadap Faktor Penentu Iklim Sekolah di Sebuah Sekolah Menengah Swasta di Daerah Johor Bahru. Retrieved September 10, 2017 : http://eprints.utm.my/11701/1/sikap_guru_terhadap_faktor_penentu_iklim_sekolah_di_se buah.pdf Hasan Langgulung. (2004). Manusia dan Pendidikan, Satu Analisa Psikologis, Filsafat dan Pendidikan, Jakarta: Pustaka al-husna Baru. Ibn Katsir, Abi al-fida Ismail bin Katsir. (1992). Tafsir al-quran al- Azim, juz. 4, Beirut: Dar al-ma rifah. Ibn Manzur. (1996). Lisan al- Arab (tashih) Amin Muhammad Abd Wahhab wa Muhammad al-sadiq al- Ubaydi, c. 1. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. Ibn Miskawayh, A. (t.t.). Tahdhib al-akhlaq, Beirut: Manshurat Dar Maktabat al-hayah. Kamarul Azmi Jasmi, Abdul Halim Tamuri dan Mohd Hamzah. (2009). Sifat dan Peranan Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan Hubungannya Dengan Motivasi Pelajar. Jurnal Teknologi. 51 (E). 57-71. Kamarul Azmi Jasmi. (2011). Pendidikan Islam: Cabaran Alaf Baru. Seminar Pendidikan Islam al-madrasah, 30 Oktober 2011. Universiti Malaya: Akedemi Pengajian Islam. Mahmood Nazar Mohamad. (2005). Pengantar Psikologi, Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Malik Badri. (1986). Dilema Psikologi Muslim (terj.) Siti Zainab Luxfiati, Jakarta: Pustaka Firdaus. 262

Mas Ayu Othman dan Fatimah Wati Halim. (2014). Pengaruh Personaliti Terhadap Penilaian Prestasi Kerja Berkesan Kakitangan Akademik UKM. Jurnal Psikologi Malaysia. 28 (2), (2014):63-84. Mohd Kamal Hassan (1988), Pendidikan dan Pembangunan, Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Muhammad bin Abu Bakr bin Abd al-qadir al-razi. (1981). Mukhtar al-sihah, Beirut: Dar al-fikr. Muhammad Sahnun (1968). Adab al-mu allimin, Cairo: Darul Ma arif. Rohana Hamzah, Tengku Norzaini Tengku Ibrahim, Sarimah Ismail, Ros Eliana Ahmad Zuki. (2013). Pembangunan Jiwa Pendidik dalam Kalangan Bakal Pendidik. Jurnal Teknologi, 61(1), pp. 27 31. Saiyad Fareed Ahmad. (2009). The Islamic Personality: A Sequential Model, dalam Amber Haque dan Yasien Mohamed (eds), Psychology of Personality, Islamic Perspective, Singapura: Cengage-Learning Asia Pte Ltd. al-sayyid Ali Fadl Allah al-husni. (1978). al-akhlaq al-islamiyyah, c. 2, Beirut: Dar al- Darura. Sayyid Qutb. (1992). Fi Zilal al-quran, juz. 6. Kaherah: Dar al-syuruq. Syed Muhammad Naquib al-attas. (1999). The Concept of Educational in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: ISTAC. Wan Mohd Nor Wan Daud. (1998). The Educational Philosophy & Practice of Syed Muhd Naquib al-attas, Kuala Lumpur: ISTAC. Wan Mohd Nor Wan Daud. (2005). Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam: Syed M. Naquib al-attas satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 263