Pengaruh Strategi Ketenteraan Rom dalam Ketenteraan Uthmaniah : Perspektif British

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

BAB I PENDAHULUAN. Syed Othman Syed Omar, Rejimen Askar Melayu Diraja , Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, 2005, hlm., ix.

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

The Reformation Era of the Ottoman Government in Early 19 th Century A.D. Era Pembaharuan Kerajaan Uthmaniyah Pada Abad Ke-19 Masehi

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KEBANGKITAN KUASA KETENTERAAN CHINA PASCA PERANG DINGIN: ANCAMAN ATAU AMAN? (China s Post Cold War military rise: Peace or Threat?

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN IRAN - ARAB SAUDI DAN KESTABILAN RANTAU TIMUR TENGAH IRAN SAUDI ARABIA RELATIONS AND THE MIDDLE EAST STABILITY

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

A New Deal for Asia Apakah Deal Itu? A New Deal for Asia - What is the Deal?

Journal of Nusantara Studies (JONUS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.

Journal of Nusantara Studies (JONUS)

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Globalisasi. 2000), ms Thomas L Friedman, The Lexus and the Olive Tree: Understanding Globalization, Anchor Publisher (New York,

Transcription:

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 107 Pengaruh Strategi Ketenteraan Rom dalam Ketenteraan Uthmaniah 1620-1699: Perspektif British MUHAMMAD NAIM FAKHIRIN REZANI 1 Abstrak Kajian ini bertujuan untuk memperincikan dan membincangkan tentang pengaruh strategi dan dasar ketenteraan Rom dalam ketenteraan Uthmaniah dalam tempoh 1620-1699. Empayar Rom merupakan sebuah kerajaan yang mempunyai ketenteraan yang kuat dan memiliki tanah jajahan seluas 4 400 000 kilometer persegi. Empayar Rom kemudiannya bersaing dengan Empayar Uthmaniah terutamanya dari segi ketenteraan. Kekuataan ketenteraan Empayar Rom telah dijadikan asas oleh Empayar Uthmaniah yang kemudiannya muncul sebagai sebuah empayar yang besar merentasi dari benua Asia kepada benua Eropah sehingga tahun 1922. Kekuatan ketenteraan Uthmaniah ini kemudiannya dilihat oleh British sebagai sebuah ancaman untuk empayar mereka. Oleh itu dalam rekod British, mereka menyebut bahawa, ketenteraan Uthmaniah adalah ketenteraan Rom kerana Uthmaniah memiliki persamaan strategi ketenteraan dengan ketenteraan Rom. Isu pokok yang dibincangkan melalui artikel ini untuk melihat pengaruh ketenteraan Rom dalam ketenteraan Uthmaniah dalam tempoh 1620-1699. Artikel ini ditulis dengan melakukan penelitian sumber primer daripada Public Record Office di Kew Garden dan Arkib Singapura dan juga kajian perpustakaan di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Dapatan daripada artikel ini menjelaskan pengaruh ketenteraan Rom dalam ketenteraan Uthmaniah berdasarkan kepada perspketif daripada British. Kata Kunci: Peperangan, Politik, Strategi, British, Turki Uthmaniah, Empayar Rom Pengenalan Sejarah ketenteraan Empayar Uthmaniyyah boleh dibahagikan dalam tiga tempoh utama. Iaitu antara tahun 1300-1453, semasa kejatuhan Kota Constantinople, tempoh perkembangan ketenteraan 1453-1857 dan tempoh kejatuhan antara tahun 1857 sehingga 1922. 2 Sepanjang tempoh abad ke-17, tentera Uthmaniah telah melakukan ekspedisi ketenteraan dan perluasan kuasa 1 Pensyarah, Universiti Malaya, naim_fakhirin@yahoo.com

108 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 sehingga ke Eropah Timur dan hampir menewaskan kuasa-kuasa besar yang lain di Eropah, terutamanya Empayar Austria dan Rusia. 3 Perluasan kuasa yang telah dilakukan oleh Empayar Uthmaniah ini dilihat oleh Britain sebagai sebuah ancaman yang akan meruntuhkan empayar mereka jika perkara ini tidak ditangani. Ketua Menteri Britain ketika itu, Thomas Wentworth menyatakan tentang kebimbangan kebangkitan tentera Uthmaniah di benua Eropah. Beliau telah menghantar perisik untuk mengintip tentang strategi yang dilakukan oleh ketenteraan Uthmaniah di Turki. 4 Dalam mesyuarat tentera yang dinyatakan pada 12 Mei 1672, Ketua Tentera Britain, Richard Cromwell mengatakan bahawa, strategi yang banyak digunakan oleh tentera Uthmaniah adalah berdasarkan kepada strategi ketenteraan daripada Empayar Rom. Berdasarkan kepada hasil risikan yang dilakukan oleh Britain ini, mereka mula melakukan tindakan dan perubahan terhadap politik dan ketenteraan mereka untuk mengimbangi kekuatan dan ekspedisi yang dilakukan oleh tentera Empayar Uthmaniah. 5 Pengaruh Ketenteraan Rom dalam Strategi Ketenteraan Uthmaniah Dalam memperkuatkan ketenteraan Empayar Uthmaniah, mereka telah melakukan strategi yang sama dilakukan oleh tentera Rom. 6 Perkara ini dilihat mula berlaku setelah kuasa Uthmaniah berjaya mengalahkan Empayar Byzantine dan merampas Kota Constantinople. Strategi ketenteraan yang dilakukan oleh Uthmaniah mengandungi beberapa strategi utama. Antaranya adalah strateginya Grandstand. 7 Strategi ini adalah berdasarkan kepada cadangan dan arahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melancarkan matlamat politik melalui pilihan ketenteraan dan proses diplomasi yang diutamakan oleh keputusan yang dibuat oleh Sultan, penasihat Diraja dan juga pembesar-pembesar Uthmaniah. 8 Ekspedisi ketenteraan ini kebiasaanya disokong oleh beberapa peringkat yang lain seperti, strategi operasi iaitu penyelarasan dan gabungan angkatan tentera dan taktik mereka untuk matlamat daripada strategi menyeluruh dan taktik ketenteraan secara kecil iaitu kaedah untuk penglibatan tentera dalam usaha untuk mengalahkan musuh. 9 Melihat kepada kegemilangan yang pernah dicapai oleh Empayar Rom ini, Sultan Suleiman II ketika itu, telah melakukan rommbakan terhadap ketenteraan Uthmaniah dan menggabungkan taktikal yang pernah dilakukan oleh Empayar Rom semasa zaman kegemilangan mereka dengan taktikal ketenteraan pada zaman tersebut. 10

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 109 Melantik Pakar Luar untuk Ketenteraan Dalam tempoh 1620-an, Sultan Murad IV telah mengambil inisiatif untuk memperbaharui ketenteraan Uthmaniah. Tempoh ini merupakan tempoh pembaharuan terhadap unit tentera Janissari. 11 Pakar-pakar ketenteraan daripada seluaruh negara-negara Eropah telah dibawa ke Turki dan dilantik sebagai penasihat tetapi kebolehan mereka untuk menggubal perubahan pada organisasi tentera adalah terhad. 12 Sebuah Dikri Diraja telah dikeluarkan oleh Sultan Murad IV tentang perubahan dalam ketenteraan. Dalam dikri tersebut menyatakan bahawa Empayar Uthmaniah membuat banyak usaha untuk merekrut pakar-pakar Perancis untuk pemodenan ketenteraan. 13 Usaha Sultan Murad IV, ditentang oleh golongan Tanzimat Awal pada peringkat awal, namun akhirnya terpaksa akur dengan keputusan Sultan kerana pemodenan ini dilakukan untuk kententeraan Empayar Uthmaniah. 14 Seorang Pegawai Tentera Perancis telah dijemput khas oleh Sultan Murad IV iaitu Claude-Alexandre de Bonneval ke Istanbul. 15 Beliau kemudiannya telah memeluk agama Islam dan terus menetap di Turki. Sepanjang penglibatan beliau dalam unit ketenteraan, beliau berusaha untuk memodenkan tentera Uthmaniah. Antara tindakan yang dilakukan oleh beliau ialah mewujudkan bengkel penghasilan meriam, serbuk peledak dan dan berkhidmat sebagai guru di akademi kejuruteraan tentera. 16 Selain itu juga, Empayar Uthmaniah turut mendapatkan khidmat seorang lagi bekas pegawai tentera Perancis iaitu François Baron de Tott. 17 Kehadiran de Tott ini merupakan jemputan yang telah dilakukan oleh Sultan Murad IV. 18 Baginda telah menulis surat kepada de Tott untuk mendapatkan khidmatnya sebagai pakar ketenteraan untuk Empayar Uthmaniah. 19 Penglibatan de Tott dalam pemodenan ketenteraan Uthmaniah dilihat telah berjaya membina kilang untuk menghasilkan meriam laras. Sumbangan utama yang dilakukan oleh de Tott untuk ketenteraan Uthmaniah adalah mencipta meriam boleh alih. Penciptaan meriam ini dilihat telah banyak membantu ekspedisi ketenteraan Uthmaniah di Afrika secara khususnya. Selain itu juga, de Tott turut membantu dalam pertahanan Kota Istanbul. Dalam perkara ini, beliau telah membina kubu di Bosphorus. 20 Hubungan antara Uthmaniah dengan Perancis dilihat semakin kukuh apabila Sultan Murad IV menghantar surat kepada Raja Louis XIII. Dalam surat tersebut, Sultan Murad IV memohon supaya dikirimkan seorang pegawai tentera dan kerajaan Uthmaniyyah akan membayar kesemua perbelanjaan pegawai tersebut. 21 Pada tahun 1795, seorang pegawai tentera Perancis telah dihantar ke Istanbul iaitu Napoleon Bonaparte. Jemputan Napoleon ke Turki dilihat sebagai langkah kanan yang dilaksanakan oleh Uthmaniah kerana Napoleon sebelum ini adalah seorang pakar dalam strategi ketenteraan Perancis. 22 Napoleon kemudiannya telah memperkenalkan strategi tentera yang baru kepada Uthmaniah iaitu strategi kepungan dengan pemanah. 23

110 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Mengenai perkara ini, unit armada Britain menyatakan bahawa, perlantikan pakar luar ini dilakukan untuk memperkuatkan ketenteraaan Uthmaniah. Dalam laporan tersebut juga menyatakan bahawa, Uthmaniah bukan sahaja megimport pakar daripada negara luar, malah memperkukuhkan hubungan bilateral dengan Perancis. Dalam sepucuk surat yang dinyatakan oleh Ketua Kapal Perang Britain, Francis Drake, strategi yang digunakan oleh Uthmaniah ini merupakan strategi daripada tentera Rom. 24 Empayar Rom pernah mendapatkan khidmat daripada Ketua Turus Angkatan Tentera Empayar Greek dalam usaha untuk mendapatkan taktikal yang lebih jitu semasa peperangan dalam usaha untuk mengembangkan kuasa mereka di peringkat Asia Timur. 25 Menurut Profesor Mesut Uyar, strategi mengimport pakar luar untuk memperkemaskan organisasi ketenteraan ini dilakukan untuk mencampur aduk kekuatan sedia ada dengan pengaruh luar. 26 Hal ini yang telah menjadi kebimbangan Britain. Britain melihat perkembangan ini sebagai sebuah ancaman untuk mereka. Raja Britain, Raja George, telah menghantar sebuah surat kepada Raja Perancis supaya menghentikan kerjasama dengan Uthmaniah kerana pada pengakhirannya, ia akan menimbulkan bencana kepada benua Eropah, khususnya dalam proses Kristianisasi. 27 Kelengkapan Untuk Askar Dalam sistem ketenteraan Rom, mereka begitu menitikberatkan tentang kelengkapan senjata yang ada pada seorang askar. Menurut Raja Rom, Romulus Augustulus, kekuatan yang ada pada seorang tentera akan menzahirkan kepada kemenangan untuk Rom. 28 Uthmaniah melihat perkara ini adalah sebuah yang baik untuk persediaan tentera mereka. Sebelum zaman pemerintahan Sultan Murad IV, tentera Uthmaniah hanya dibekalkan dengan pemanah, baju perisai dan sedikit makanan sahaja. 29 Sultan Murad IV kemudian telah mengeluarkan pekeliling supaya kelengkapan tentera diperkemaskan semula selaras dengan kehendak peperangan semasa. Setelah perbincangan dilakukan oleh peringkat istana, setiap anggota tentera akan dilengkapkan dengan beberapa peralatan kelengkapan yang baru. Antaranya adalah kelengkapan perisai yang meliputi seluruh tubuh, yang mempunyai berat dalam lingkungan 27 kilogram perisai, senjata dan peralatanperalatan yang lain. Setiap tentera bukan sahaja akan dilengkapi dengan peralatan memanah, tetapi mempunyai senjata pedang, bekalan makanan. 30 Terdapat juga alat-alat untuk menggali dan membina kubu. Untuk baju perisai pula, setiap askar akan dilindungi dengan besi pertahanan yang mempunyai bentu rod T atau Y, yang digantung pada bahagian bahu dan dada. Selain itu juga, perubahan yang telah dilakukan oleh tentera Uthmaniah turut dilihat kepada persediaan anggota tentera iaitu setiap tentera perlu membawa bekalan makanan untuk selama lima hari yang terdiri daripada gandum, kekacang,

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 111 kelalang minyak dan peralatan memasak untuk hidangan, seperti cawan, dan pisau. Barang-barang peribadi ketenteraan seperti topi keledar, sarung kaki dan celana untuk cuaca sejuk dan selimut turut dibekal oleh kerajaan Uthmaniah. 31 Perubahan terhadap tentera yang dilakukan oleh Sultan Murad IV ini mendapat perhatian yang khusus daripada Britain dan juga sekutu mereka iaitu Empayar Austria. Dalam perutusan surat antara Raja George, England dan Raja Charles III, Austria, Britain telah menyatakan bahawa, pembaharuan yang telah dilakukan oleh tentera Uthmaniah dan Sultan Murad IV ini merupakan strategi yang pernah digunakan oleh tentera Rom ketika mereka memperluaskan wilayah mereka di Afrika. 32 Raja George turut menyatakan bahawa, Sultan Murad IV telah menggunakan khidmat daripada keluarga bekas tentera Rom sebagai penasihat untuk menstrukuturkan ketenteraan mereka iaitu Marcus Flavius. 33 Perubahan terhadap tentera Uthmaniah ini telah mendatangkan kebimbangan kepada kuasa-kuasa besar Eropah khusunya buat Britain. Dalam perutusan yang dihantar oleh Sultan Murad IV daripada Uthmaniah kepada Raja George, England, mereka menyatakan bahawa, perluasan kuasa yang akan dilakukan oleh Uthmaniah di Eropah Timur adalah untuk kesejahteraan rakyat dan juga penyebaran agama di kawasan tersebut tanpa sebarang halangan. 34 Walupun mendapat surat yang sedemikian daripada Sultan Murad IV, ianya tidak mendiamkan England dalam melakukan persediaan untuk menghadapi serangan daripada tentera Uthmaniah. Latihan Tentera Dari masa ke semasa, sistem ketenteraan, peralatan dan peranan mengalami perubahan tetapi di seluruh perjalanan sejarah Uthmaniah, ia sentiasa kekal berdisiplin dan profesional. Askar daripada tentera Uthmaniah akan menjalani latihan biasa untuk setiap tentera dianjurkan dari mengumpul pergerakan, senjata, pembentukan berarak dan latihan taktikal. 35 Menurut Sultan Murad IV, semasa latihan awal empat bulan terhadap anggota strategi Uthmaniah, mereka akan diajar dengan kemahiran berarak terlebih dahulu kerana mana-mana perpecahan dalam unit pembentukan perarakan tentera semasa diserang mush akan mengakibatkan kekalahan pada peringkat awal. 36 Fokus terhadap barisan awal kepada pembentukan tentera semasa berarak ini merupakan strategi yang diterapkan oleh tentera Rom dalam beberapa siri peperangan yang dihadapi oleh mereka. Sultan Murad IV semasa pemerintahannya gemar mengadaptasi strategi daripada Rom kerana Baginda menghormati kekuatan yang dimiliki oleh tentera Rom. 37 Latihan tentera daripada Rom ini bukan sahaja telah dipelajari oleh tentera Uthmaniah, malah mereka telah telah mengaplikasikanya dalam ekspedisi ketenteraan yang dilakukan di Eropah Timur. 38 Selain itu juga, latihan ketenteraan yang disertai oleh tentera Uthmaniah juga dapat dilihat melalui latihan untuk menggunakan pelbagai jenis senjata.

112 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Sebelum ini, tentera Uthmaniah telah membentuk beberapa pasukan untuk setiap jenis senjata, misalnya pasukan memanah, pasukan meriam dan juga pasukan serangan gerilla. 39 Selepas berlakunya perubahan, Sultan Murad IV mahu setiap tenteranya menguasai semua senjata-senjata yang dimiliki oleh Uthmaniah. Latihan penggunaan senjata ini kebiasaannya dilakukan selepas musim dingin dingin berakhir. 40 Semua unit tentera telah dilatih melalui teras dengan semua senjata mereka kerana mereka boleh mempertahankan diri mereka di belakang perisai besar mereka (scuta) untuk menikam musuh. 41 Tujuan utama Sultan Murad IV mengarahkan semua tentera Uthmaniah memperlajari semua unit senjata yang dimilki oleh Uthmaniah adalah untuk memudahkan serangan yang akan dilakukan. 42 Baginda juga menyatakan bahawa, setiap tentera Uthmaniah perlu mempunyai menguasai pelbagai teknik kerana kelebihan yang dimiliki oleh tentera Uthmaniah akan mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat pada tentera musuh. Latihan baru yang seterusnya, adalah latihan yang bercorak sparring atau perlawanan secara bergusti antara tentera. Dalam latihan yang dilikukan ini, tentera Uthmaniah bukan sahaja akan bergusti, malah akan memegang senjata kayu yang sama berat dengan badan mereka. 43 Tujuan untuk memegang kayu ini adalah untuk menyeimbangkan berat badan dan kayu yang dipegang oleh mereka. Sultan Murad IV telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membina dewan berbumbung untuk membolehkan latihan ini akan berterusan sepanjang musim sejuk. 44 Perubahan terhadap corak latihan tentera ini di bawakan oleh bekas pegawai tentera Rusia iaitu Vladimir Aleksrokov. Beliau telah banyak membantu ekspedisi ketenteraan yang dilakukan oleh Rusia dan dipanggil oleh Sultan Murad IV untuk membantu membentuk latihan baru kepada tentera Uthmaniah. 45 Pada akhir latihan anggota tentera akan diterapkan dengan sumpah setia kepada Uthmaniah atau kemudian untuk Sultan. Askar-askar yang turut serta dalam ekspedisi ketenteraan akan diberi penghormatan yang tertinggi daripada Sultan sendiri. 46 Tujuan utama Sultan Murad IV bertindak sedemikian adalah untuk menanam semangat juang yang tinggi kepada semua tentera Uthmaniah agar mereka dapat membawa pulang kemenangan dan dapat merasakan bahawa perjuangan yang dilakukan oleh mereka dihargai oleh seluruh rakyat di Turki dan Sultannya sendiri. 47 Secara asasnya, persamaan antara latihan tentera Rom dan Uthmaniah ini dapat dilihat dengan jelas selepas Sultan Murad IV melaksanakan beberapa perubahan terhadap organisasi ketenteraan Uthmaniah. Faktor utama perubahan yang dilakukan oleh Sultan Murad IV terhadap ketenteraan Uthmaniah disebabkan oleh untuk melindungi wilayahnya daripada diserang oleh kuasakuasa Eropah yang lain. Setelah Uthmaniah menguasai Kota Konstantinople, banyak kuasa-kuasa besar mencuba untuk mendapatkan semula wilayah tersebut sebagai pusat untuk Kristian Katolik. Namun percubaan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Eropah gagal kerana kekuatan yang dimiliki oleh

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 113 Uthmaniah. Kekuatan tentera yang dimiliki oleh Uthmaniah ini dilihat sebagai ancaman kepada Britain sehingga memaksa Raja George I bertindak untuk mengatasi kekuatan yang dimiliki oleh Uthmaniah. Organisasi dan Struktur Tentera Dalam usaha untuk memodenkan tentera Sultan Murad IV turut melakukan perubahan terhadap organisasi pentadbiran tentera. Perubahan yang dilakukan oleh Sultan Murad IV ini bertujuan untuk mestrukturkan semula unit tentera Uthmaniah. 48 Usaha yang dilakukan oleh Sultan Murad IV ini kemudian disambung oleh Sultan yang seterusnya iaitu Sultan Suleiman II. Sultan Suleiman II, melakukan perubahan terhadap semua unit tentera termasuk dengan organisasi peringkat atas dan Baginda sendiri yang akan mengetuai komander tentera. 49 Perubahan yang dilakukan oleh Sultan Suleiman II ini dilakukan bukan kerana tentera Uthmaniah ketika itu berada dalam keadaan lemah, tetapi perubahan yang dilakukan ini untuk menyaingi kekuatan yang dimiliki oleh tentera negara-negara Eropah yang lain seperti Britain, Rusia dan Austria. 50 Perubahan yang dilakukan dalam organisasi tentera ini dapat dilihat apabila tentera akan diletakkan dalam sebuah unit tentera yang digelarkan dengan Orta. Orta ini akan diketuai oleh Corbaci. Kesemua Orta bersama-sama terdiri daripada tentera Janissary dan organisasi yang dinamakan Ocak. Semasa zaman Sultan Murad IV dan Sultan Suleiman II, jumlah Orta ini telah diperingkatkan sehingga 296 Orta. 51 Walaupun Sultan merupakan pemerintah tertinggi tentera Uthmaniah dan Janissaries khususnya, kesemua Orta yang terdapat dalam sistem peperangan diketuai oleh seorang komander atau dikenali dengan Aga. Orta ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Cemaat, unit tentera depan dan Beyluks, tentera yang mengawasi Sultan. 52 Orta seterusnya dibahagikan kepada tiga bahagian, yang seterusnya telah berpecah kepada dua bahagian dalam perkiraan 60-100 orang setiap kumpulan. Orta pertama dalam kumpulan depan, iaitu Cemaat yang biasanya yang paling kuat, dengan kakitangan sepenuhnya melengkapkan dan dengan yang paling mahir, tentera yang berpengalaman. Beberapa tentera dikumpulkan bersama terdiri kuasa bidang tersendiri seperti pemanah dan meriam. 53 Walaupun perubahan organisasi ketenteraan ini dilakukan pada 1654, namun perubahan ini dilihat mempunyai persamaan dengan organisasi ketenteraan yang dimiliki oleh Empayar Rom. Semasa mesyuarat bersama dengan Ketua Unit Janissari, Bekri Mustafa Pasha, Sultan Suleiman II menyatakan bahawa, organisasi tentera Uthmaniah mengambil pengajaran dan tatktikal daripada Rom kerana mereka sebuah empayar yang hebat dan menguasai seluruh benua Eropah. 54 Organisasi tentera Uthmaniah juga telah menggunakan beberapa khidmat pegawai-pegawai tentera daripada Eropah. Walau bagaimanapun, menurut Sultan Suleiman II, perubahan yang dilakukan

114 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 ini menjadikan organisasi tentera Uthmaniah berbeza dengan organisasi tentera Austria dan juga Rusia secara keseluruhannya. 55 Tindakan Britain Penstrukturan Ketenteraan Laut Tindakan yang telah dilakukan oleh Uthmaniah dalam menstrukturkan unit tentera mereka mendapat perhatian yang khusus daripada Britain. Ketua Menteri Britain dalam mesyuarat tentera pada 27 Mei 1636 menyatakan bahawa, Britain juga perlu menstrukturkan semula organisasi ketenteraan supaya dapat mengimbangi kekuatan yang dimiliki oleh Uthmaniah. 56 Antara cadangan yang telah dinyatakan oleh Thomas Wentworth adalah menubuhkan unit tentera laut. penubuhan tentera laut ini akan dilakukan atas nama Raja Britain iaitu Tentera Laut Diraja. Cadangan daripada Ketua Menteri ini telah diterima dengan sebulat suara termasuklah persetujuan daripada Raja Charles I. 57 Penubuhan Tentera Laut Diraja dan organisasi sendiri, dengan kelengkapan teras kekal kapal perang yang dibina khas telah dilakukan melalui dana kewangan yang diperolehi daripada Raja Charles I. 58 Baginda telah memberi sumbangan sebanyak $720 622 untuk membina beberapa kapal laut untuk peperangan. Kewujudan semula Tentera Laut Diraja ini berbeza dengan tentera laut sebelum ini kerana ia tidak lagi menjadi milikan peribadi raja yang memerintah, dan sebaliknya menjadi sebuah institusi milik negara dengan gelaran Tentera Laut Diraja. 59 Ujian pertama untuk kekuatan Tentera Laut Diraja ini berlaku pada tahun 1688, setelah Sepanyol menghantar armada laut mereka untuk menentang England semasa pedagang-pedangang daripada Belanda diserang oleh kapalkapal England. 60 Serangan daripada England ini menyebabkan berlakunya pemberontakan di kawasan Timur Laut England dan menyebabkan berlakunya sebuah kebakaran yang besar di sekitar pelabuhan-pelabuhan utama Selat Inggeris. 61 Kapal daripada Sepanyol belayar dari Lisbon, merancang untuk menyerang London tetapi rancangan ini gagal kerana Tentera Laut Diraja telah mematahkan serangan semasa kapal-kapal daripada Sepanyol ini tiba di Selat Inggeris. Kejayaan pertama Tentera Laut Diraja ini menunjukkan bahawa unit tentera yang ditubuhkan ini berupaya untuk melindungi England daripada serangan musuh. 62 Selain itu juga, penstrukturan Tentera Laut Diraja ini juga dapat dilihat pada penambahan bilangan kapal perang. Semasa abad ke-17, kuasa tentera laut England bimbang dengan ancaman daripada tentera Uthmaniah kerana mereka telah bergerak sehingga ke ke Cyprus dan menguasai kawasan ini. 63 Dalam laporan yang dinyatakan kepada Raja Charles I, kawasan Cyprus kemudiannya telah dijadikan sebagai negara Islam oleh Uthmaniah. Keadaan ini secara tidak

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 115 langsung telah menggusarkan pentadbiran di London. 64 Ekoran daripada keadaan yang berlaku ini, Charles I telah melaksanakan program utama untuk pembangunan kapal perang dan mewujudkan satu kumpulan kapal perang kecil yang memiliki kuasa meriam. Raja Charles I turut menambah dana untuk membiayai armada laut dan memberi sumbangan kepada keluarga mereka yang berkhidmat sebagai tentera laut. 65 Selain itu juga, Raja Charles I telah memperkenalkan Akta Pelayaran pada 1653. Akta ini memberi penekanan bahawa, semua unit tentera laut Britain perlu memahami teknik untuk megawal kapal dan ilmu pelayaran. 66 Penambahbaikan terhadap Tentera Laut Diraja ini membuahkan hasil apabila England telah memenangi dalam sebuah pertempuran laut dengan Perancis pada tahun 1653 di Portland. 67 Perubahan yang telah dilakukan oleh pemerintah England ini dilihat bukan sahaja telah mempertingkatkan kekuatan mereka, malah dapat megimbangi kekuatan tentera yang dimiliki oleh Uthnaniah. Menurut Profesor Kemal Harpat, kekuatan yang dimiliki oleh Uthmaniah secara asasnya telah menggusarkan pemimpin-pemimpin di Eropah. Kelebihan utama tentera Uthmaniah adalah semasa peperangan berlaku secara gerila dan mereka kebiasaannya akan melancarkan serangan secara gerila. Oleh itu kebangkitan Uthmaniah ini dilihat sebagai ancaman kepada negara-negara Eropah, mereka bimbang tentera Uthmaniah akan melakukan ekspedisi ketenteraan secara besar-besaran. Ketua Menteri England, Thomas Wentworth menyatakan bahawa, kekuatan yang dimiliki oleh tentera Uthmaniah ini perlu dilihat dalam setiap aspek supaya keselamatan di Eropah terjamin. Jalinan Hubungan dengan Kuasa-kuasa Eropah Kejatuhan Kota Constantinople pada tahun 1453 telah membuka mata pemimpin Britain tentang kebangkitan Uthmaniah sebagai kuasa terulung di Eropah. Menurut keterangan daripada Ketua Menteri Britain, untuk menangani kebangkitan kuasa Uthmaniah, mereka perlu menjalinkan hubungan bilateral dengan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Pengukuhan hubungan dengan negaranegara Eropah secara asasnya akan menjamin keselamatan benua tersebut daripada ancaman tentera Uthmaniah. 68 Dalam usaha untuk menyekat kebangkitan kuasa Uthmaniah di Eropah, British telah mengadakan rundingan dengan Rusia mengenai hal ini. Hubungan antara Britain dan Rusia bermula seawal tahun 1553 apabila seorang pegawai kerajaan Britain, Richard Chansellor tiba di Arkhangelsk, semasa Britain di bawah pemerintahan Permaisuri Mary I manakala Russia dibawah pemerintahan Tsar Ivan Ivan IV Vasilyevich. 69 Ketua Menteri Britain pada tahun 1627 menyatakan bahawa, rundingan antara Rusia dan Britain dilakukan terlebih dahulu kerana Uthmaniah kerap kali cuba memasuki benua Eropah melalui bahagian Timur yang dilihat oleh mereka, sebuah kawasan yang lemah dan tidak mempunyai sistem pertahanan yang kukuh. 70

116 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 Operasi perluasan kuasa yang dilakukan oleh tentera Uthmaniah di Eropah Timur telah dilihat oleh Ketua Menteri Britain sebagai ancaman yang besar. Sebuah perjanjian telah ditandatangani bersama dengan Rusia pada tahun 10 April 1651, iaitu Pengisytiharaan Ochakov 1651. Dalam perjanjian ini, British dan Rusia telah menyatakan persetujuan untuk menjaga kawasan Eropah Timur, sehingga Laut Hitam dan kawasan Balkan daripada ekspedisi ketenteraan Uthmaniah. Ketua Menteri Britain, Thomas Wentworth menyatakan bahawa, pihak kerajaan akan menghantar tentera mereka dan kapal perang jika tentera Uthmaniah memasuki kawasan laut Hitam. 71 Secara asasnya untuk menyekat kemaraan Uthmaniah di kawasan Eropah Timur, British telah menggunakan Rusia sebagai zon penampan untuk keselamatan mereka. Walaupun tidak mempunyai perjanjian secara bertulis antara Rusia dan Britain mengenai perkara ini, namun Rusia juga menitikberatkan mengenai keselamatan dan juga kedaulatan negara mereka. Jika Uthmaniah memasuki kawasan Eropah Timur, Rusia akan menurunkan tentera mereka terlebih dahulu. Melalui pakatan antara Rusia dan Britain ini, keselamatan benua Eropah dilihat lebih terjamin daripada diserang oleh tentera Uthmaniah. Kesimpulan Secara asasnya, kebangkitan yang telah dilakukan Empayar Uthmaniah disebabkan pemodenan yang telah dilakukan terhadap ketenteraan mereka. Dalam usaha menstrukturkan semula tentera yang dilakukan oleh Sultan Murad IV, baginda telah menggunakan organisasi tentera daripada Empayar Rom. Tentera Rom menjadi model kepada pemodenan tentera yang dilakukan oleh Sultan Murad IV kerana Rom pernah berkuasa sebagai empayar yang besar, mernagkumi tanah jajahan daripada Eropah sehingga ke Afrika. Untuk memperkukuhkan Uthmaniah sebagai sebuah kuasa dunia, Sultan Murad IV bukan sahaja telah membentuk pasukan Janissary atau Inkisyariah dengan latihan dan teknik-teknik peperangan yang baru, malah mendapat kerjasama daripada bekas pegawai-pegawai tentera daripada negara Barat. Pada zaman Sultan Murad IV, peluasan wilayah ke Eropah bermula. Pasukan Janissary terus menakluki negara-negara di Eropah Timur seperti Cyprus, Bulgaria dan juga Albania. Pasukan Janissary yang dibentuk oleh Sultan Murad IV merupakan pasukan kuat yang berjaya menakluki wilayah lain dan meluaskan kekuasaan kerajaan Uthmaniyah. Keadaan yang berlaku ini menyebabkan Britain mula melakukan perubahan terhadap tentera mereka. Britain bukan sahaja menghalang perdagangan dengan Uthmaniah untuk melumpuhkan ekonomi, malah turut menubuhkan pakatan dengan Rusia dan juga Austria untuk menghancurkan empayar Uthmaniah.

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 117 Nota Hujung 1 Pensyarah, Universiti Malaya, naim_fakhirin@yahoo.com 2 James Philip Morier, Memoir Of A Campaign With The Ottoman Army In Egypt, From February to July 1800, New York: Oxford University Press, 1995, hlm. 39. 3 Ibid, hlm. 43. 4 Halil Inalcik, An Economic and Social History of the Ottoman Empire, London: MacMillan Publishers, 1978, hlm. 117. 5 Ibid, hlm. 124. 6 Edwards Erickson, A Military History of the Ottomans: From Osman to Ataturk, Sydney: Greenwood Publishing Group, hlm. 119. 7 Ibid, hlm. 128. 8 Ibid, hlm. 131. 9 Anouck Gabriela, Order And Compromise: Government Practices in Ottoman Empire, 1600-1820, London: Oxford University Press, hlm. 122. 10 Ibid, hlm. 129. 11 Gabor Agoston, Guns For The Sultan: Military Power And The Weapons Industry In The Ottoman Empire 1637-1920, New York: Oxford University Press, hlm. 29. 12 Ibid, hlm. 31. 13 Ibid, hlm. 36. 14 Ibid, hlm. 39. 15 James Reid, Crisis of the Ottoman Empire: Prelude to Collapse 1639-1878, Berlin: Franz Steiner Publishers Inc. 189. 16 Ibid, hlm. 191. 17 Geza David, Ottomans, Hungarians, and Habsburgs in Central Europe: The Military Confines, London: Oxford University Press, 1990, hlm. 28. 18 Geza David, Ottomans, Hungarians, and Habsburgs in Central Europe: The Military Confines, London: Oxford University Press, 1990, hlm. 28. 19 Ibid, hlm. 31. 20 Ibid, hlm. 39. 21 Marian Kent, The Great Powers and the End of the Ottoman Empire 1600-1698, London: Frank Cass Publishers, hlm. 141. 22 Ibid, hlm. 149. 23 Ibid, hlm. 151. 24 PRO 30/25/18, Report on Constantinople and the Ottoman Empire. 25 Ibid. 26 Mesut Uyar, A Military History of the Ottomans: From Osman to Atatürk, London: Pleager Security International Publishers, 1981, hlm. 21. 27 PRO 30/24/11, Corresspondence England And France: Ottoman Empire. 28 Valerie A. Maxfield, The Military Decorations of the Roman Army, California: California University Press, 1991, hlm. 190. 29 David Nicolle, Cross and Crescent in the Balkans: The Ottoman Conquest of Southeastern Europe (14th - 15th Centuries), London: Manchester University Press, 2010, hlm. 107. 30 Ibid, hlm. 119. 31 Ibid, hlm. 121. 32 Virginia Aksan, Ottoman Wars: 1600-1860: An Empire Besieged, London: Pearson Education Ltd, 2001, hlm. 135.

118 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 33 PRO 30/21/19, England-Austria Reaction Ottoman Military. 34 PRO 30/22/18, Advice From Duke Of Ormond: Ottoman Empire. 35 Jason Godwin, Ottoman Military Development 1620-1750, New York: MacMillan Publishers, 2001, hlm. 119. 36 Jason Godwin, Ottoman Military Development 1620-1750, New York: MacMillan Publishers, 2001, hlm. 39. 37 Ibid, hlm. 43. 38 Ibid, hlm. 49. 39 Joseph Anderson, A History Of Ottoman Military 1550-1670, London: Cambridge University Press, 1999, hlm. 119. 40 Ibid, hlm. 125. 41 Ibid, hlm. 129. 42 Ibid, hlm. 131. 43 Jason Godwin, Ottoman Military Development 1620-1750, New York: MacMillan Publishers, 2001, hlm. 44. 44 Ibid, hlm. 49. 45 Ibid, hlm. 51. 46 Ibid, hlm. 53. 47 Ibid, hlm. 57. 48 Elena Marushiakova, Military Tactical In Turkish Army 1720-1890, London: Cambridge University Press, 2003, hlm. 69. 49 Ibid, hlm. 72. 50 Ibid, hlm. 79. 51 Elena Marushiakova, Military Tactical In Turkish Army 1720-1890, London: Cambridge University Press, 2003, hlm. 90. 52 Ibid, hlm. 93. 53 Ibid, hlm. 95. 54 PRO 30/34/16, Ottoman Militrary Tactical Correspondence. 55 Ibid. 56 E 101/676/51, William Lowndes, Secretary To The Treasury, Army And Navy Accounts 57 Ibid. 58 SP 80/26/99, Secretaries of State: State Papers Foreign, Ottoman Empire Battles And Campaign. 59 Ibid. 60 Ibid. 61 CLA 050/05/008, Military and Naval Navy; Proclamation by the King commanding all Seamen and Marimers to repair to the ships on which they are listed. 62 Ibid. 63 Shawn Grimes, Strategy and War Planning in the British Navy, 1587-1918, London: Boydell Press, 2010, hlm. 212. 64 Ibid, hlm. 217. 65 Ibid, hlm. 219. 66 Clive Wilkinson, The British Navy And The State In The Sixhteenth Century, London: Oxford University Press, 1999, hlm. 21. 67 Clive Wilkinson, The British Navy And The State In The Sixhteenth Century, London: Oxford University Press, 1999, hlm. 39.

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 119 68 Martin Howard, Sustaining the Fleet, 1593-1815: War, the British Navy and the Contractor State, London: Farank And Cass Publishers, hlm. 119. 69 Martin Howard, Sustaining the Fleet, 1593-1815: War, the British Navy and the Contractor State, London: Farank And Cass Publishers, hlm. 119. 70 Ibid, hlm. 125. 71 Ibid, hlm. 129. Rujukan Aksan, Virginia. Ottoman Wars: 1600-1860: An Empire Besieged. London: Pearson Education Ltd. Anderson, Joseph. A History Of Ottoman Military 1550-1670, London: Cambridge University Press. Anouck, Gabriela. Order And Compromise: Government Practices in Ottoman Empire, 1600-1820, London: Oxford University Press. CLA 050/05/008, Military and Naval Navy; Proclamation by the King commanding all Seamen and Marimers to repair to the ships on which they are listed. David, Geza. Ottomans, Hungarians, and Habsburgs in Central Europe: The Military Confines. London: Oxford University Press. E 101/676/51, William Lowndes, Secretary To The Treasury, Army And Navy Accounts Edwards, Erickson. A Military History of the Ottomans: From Osman to Ataturk. Sydney: Greenwood Publishing Group. Gabor, Agoston. Guns For The Sultan: Military Power And The Weapons Industry In The Ottoman Empire 1637-1920. New York: Oxford University Press. Godwin, Jason. Ottoman Military Development 1620-1750, New York: MacMillan Publishers. Grimes, Shawn. Strategy and War Planning in the British Navy, 1587-1918, London: Boydell Press. Howard, Martin. Sustaining the Fleet, 1593-1815: War, the British Navy and the Contractor State. London: Farank And Cass Publishers. Inalcik, Halil. An Economic and Social History of the Ottoman Empire. London: MacMillan Publishers, 1978. Kent, Marian, The Great Powers and the End of the Ottoman Empire 1600-1698. London: Frank Cass Publishers. Marushiakova, Elena. Military Tactical In Turkish Army 1720-1890, London: Cambridge University Press. Maxfield, A. Valerie. The Military Decorations of the Roman Army. California: California University Press. Nicolle, David. Cross and Crescent in the Balkans: The Ottoman Conquest of Southeastern Europe (14th - 15th Centuries). London: Manchester University Press. P. M, James. Memoir Of A Campaign With The Ottoman Army In Egypt, From February to July 1800. New York: Oxford University Press. PRO 30/21/19, England-Austria Reaction Ottoman Military. PRO 30/22/18, Advice From Duke Of Ormond: Ottoman Empire. PRO 30/24/11, Corresspondence England And France: Ottoman Empire.

120 Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 PRO 30/25/18, Report on Constantinople and the Ottoman Empire. PRO 30/34/16, Ottoman Militrary Tactical Correspondence. Reid, James. Crisis of the Ottoman Empire: Prelude to Collapse 1639-1878. Berlin: Franz Steiner Publishers Inc. SP 80/26/99, Secretaries of State: State Papers Foreign, Ottoman Empire Battles And Campaign. Uyar, Mesut. A Military History of the Ottomans: From Osman to Atatürk. London: Pleager Security International Publishers. Wilkinson, Clive. The British Navy And The State In The Sixhteenth Century. London: Oxford University Press.