DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN [PERBICARAAN JENAYAH NO. 45A-87-08/2015] PENDAKWA RAYA LWN

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: P-05(M) /2015 ANTARA DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

Abdulloh Saofi v Pendakwa Raya

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

Sekaligus membuktikan pihak berkuasa tidak sekadar memberi. amaran.sebaliknya serius mempertahankan keselamatan awam.

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

Pendakwa Raya v Rosman Bin Saprey and Another Appeal

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4-708/12 ANTARA ABDUL MANAF BIN HASSAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

*PMY1NOMFRM* Notification For Appointment Of Nominees And Trustees Pemberitahuan Perlantikan Penama-penama Dan Pemegang-pemegang Amanah.

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

THE CONCEPT OF CRIMINOLOGY {BATHIL) IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

PENILAIAN PENGETAHUAN

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO: KES: 13(25)(24)/4-1230/13 DI ANTARA WAN NAJIB BIN WAN MOHD NASIR DAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Diputuskan: [Permohonan plaintif ditolak dengan kos] [Nota Pengarang: Plaintif telah merayu kepada Mahkamah Agung melalui MARS ]

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BAHAGIAN RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: D-02(IM)(NCVC) /2017 ANTARA

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

Transcription:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN [PERBICARAAN JENAYAH NO. 45A-87-08/2015] PENDAKWA RAYA LWN 1. OGUGUA CHIBUZO MARCELLUS 2. OKEKE TOCHUKWU BLESSED 3. SAMUEL BOATENG ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Ketiga-tiga Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan pertuduhan berkaitan (P2) diperturunkan seperti berikut: - Pertuduhan (P2): Bahawa kamu lanjutan dari niat bersama kamu semua, pada 4/12/2014 jam lebih kurang 5.10 petang bertempat di Pejabat narkotik IPD Petaling Jaya, di dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 735.10 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. 1

FAKTA KES [2] Pada 14/12/2014, bertindak atas maklumat yang diterima oleh Syarikat Kurier SF Express, Insp Mohd Faizal bin Jamaludin (SP3) bersama anggotanya telah pergi ke Syarikat Kurier tersebut dan menjumpai satu bungkusan (P35) yang disyaki mengandungi dadah. Bungkusan itu dihantar kepada penama Abbas Hasan di alamat Block C, Mentari Court, Taman Seri Mentari, Petaling Jaya oleh Lisa yang beralamat di negara China. [3] SP3 memeriksa bungkusan itu dari luar dan bungkusan itu (P35) masih dalam keadaan bersil. SP3 telah memberikan arahan supaya bungkusan itu untuk dihantar kepada penama Abbas Hasan di alamat seperti yang tercatit oleh D/KPL Raziman bin Ramlee (SP6) yang akan menyamar sebagai pemandu Syarikat Kurier bersama seorang pemandu sebenar bagi syarikat tersebut iaitu Muqtadir. [4] Pada hari yang sama jam lebih kurang 3.15 petang, SP3 dan anggota tangkapan telah membuat pemerhatian di hadapan Block C, Mentari Court Apartment. Apabila SP6 dan Muqtadir sampai di Tower A di hadapan stesen pegawai keselamatan, Muqtadir menelefon nombor telefon 011-33364908 yang tercatat di Air Way Bill No. 902058148868 (P21) dan telah dimaklumkan untuk menunggu di Tower C. [5] Setelah menunggu selama 5 minit, Muqtadir menelefon sekali lagi nombor telefon tersebut untuk memberitahunya telah sampai di Tower C. Kemudian, Tertuduh Pertama muncul dan mengetuk cermin van tersebut. SP6 bertanyakan Tertuduh Pertama sama ada beliau bernama Abbas Hasan dan Tertuduh Pertama mengangguk kepalanya lalu menurunkan tandatangan bersama 2

nombor paspotnya pada salinan Air Way Bill [nota konsainan] (P21) yang diserahkan oleh SP6 selepas menerima bungkusan tersebut (P35). [6] Menurut D/KPL Muhd Ridzuan (SP4), beliau melihat Tertuduh Pertama seorang diri datang mendekati van SF Express manakala Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga sedang berdiri di tepi tiang Tower C. SP4 juga mengesahkan telah melihat SP6 menyerahkan bungkusan (P35) kepada Tertuduh Pertama. Selepas itu Tertuduh Pertama dilihat oleh SP4 telah membawa bungkusan itu (P35) menuju ke Tower C, SP4 telah memaklumkan perkara ini kepada SP3 melalui walkie talkie. [7] Setelah menerima makluman ini, SP3 mengarahkan anggotanya untuk menyerbu dan menangkap ketiga-tiga Tertuduh tersebut. Dalam serbuan, SP3 dan SP4 melihat Tertuduh Pertama yang membawa bungkusan (P35) telah mencampak P35 itu ke jalan dan melarikan diri. Sementara itu. Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga juga kelihatan melarikan diri ke arah berlainan. Walau bagaimanapun, kesemua Tertuduh berjaya ditangkap dan ditahan akhirnya setelah adegan kejar mengejar berlaku. [8] SP3 kemudian mengambil P35 di atas jalan yang berhadapan dengan lobi Tower C dan membawanya ke Ibu Pejabat Narkotik Petaling Jaya untuk pemeriksaan lanjut. Dari hasil pemeriksaannya, didapati di dalam P35 terdapat 5 bungkusan yang mengandungi dadah yang diletakkan di dalam mesin kirakira duit [P31(1-5)] dan juga 10 bungkusan yang mengandungi dadah yang disimpan di dalam 10 kotak adapter [P33(1-10)]. [9] Insp Shaiful Nizam (SP8) iaitu Pegawai Penyiasat kes ini setelah menerima barang kes daripada SP3, telah menyimpan barang kes di dalam pejabatnya yang berkunci dan sehinggalah pada 9/12/2014 SP8 telah mengeluarkan barang kes untuk dihantar ke 3

Jabatan Kimia Petaling Jaya. Pada 26/3/2015, SP8 menerima kembali barang kes yang bersil bersama laporan kimia (P23) daripada ahli kimia iaitu Pn Suhana binti Ismail (SP2). Hasil analisa seperti dalam keterangan yang telah diberikan oleh SP2 dalam perbicaraan telah menunjukkan secara kukuh bahawa barang kes tersebut mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 735.1 gram, sepertimana yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN MILIKAN MENS REA KE ATAS BUNGKUSAN (P35) [10] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa sekadar membuktikan elemen Tertuduh yang mempunyai kawalan atau jagaan secara fizikal ke atas barang dadah adalah tidak memadai, dan pihak Pendakwaan hendaklah juga membuktikan Tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap kewujudan dadah tersebut (Chan Pean Leon v. PP [1956] 22 MLJ 237; Leow Nghee Lim v. R [1956] 22 MLJ 28). [11] Mahkamah ini mendengar hujahan kedua-dua pihak dan membuat dapatan seperti berikut. Tertuduh Pertama [12] Mahkamah ini menerima keterangan terus (direct evidence) berdasarkan keadaan sekeliling di dalam kes ini yang mana proses Tertuduh Pertama menerima bungkusan (P35) tersebut telah disaksikan oleh SP6 yang menyamar sebagai salah seorang pemandu van Syarikat Kurier terlibat dan anggota tangkapan di 4

tempat kejadian termasuklah SP3, SP4 dan D/Sjn Gunachandran (SP5). Mahkamah ini memetik prinsip yang diputuskan di dalam kes Gunalan A/L Ramachandran & Ors v. PP [2004] 4 MLJ 489 seperti berikut:- Knowledge is to be inferred from the fact and the surrounding circumstances of the case. (Penekanan ditambah) [13] Mahkamah ini menerima keterangan SP6, SP3 dan SP4 yang merupakan pengawai penguatkuasa yang menjalankan tugasannya dan tidak didapati mempunyai sebarang kepentingan atau perhubungan dengan mana-mana Tertuduh di dalam kes ini. Atas keterangan tersebut, Tertuduh Pertama berseorangan menuju ke van SF Express dan mengangguk kepalanya apabila SP6 menanyakan sama ada beliau bernama Abbas Hasan. Selepas itu, Tertuduh Pertama menandatangani dan menulis nombor paspotnya di atas Airway Bill yang diserahkan oleh SP6. Kemudian, Tertuduh Pertama menerima bungkusan (P35) dan pulang ke lobi Tower C, Mentari Court Apartment. [14] Seterusnya, Mahkamah ini mempertimbangkan kelakuan Tertuduh Pertama yang mencampak P35 apabila serbuan dilakukan oleh SP3. Pada hemat Mahkamah ini, perbuatan Tertuduh Pertama tersebut yang disusuli dengan tindakan melarikan diri dan meronta-ronta semasa ditahan oleh SP3 semata-mata bukanlah perkara muktamad atas kebersalahannya kerana Mahkamah ini sedar dan bersetuju dengan penghakiman yang diperincikan di dalam kes Ibrahim Mohamad v. PP [2011] 4 CLJ 113, yang menyatakan seorang yang tidak bersalah juga mungkin melarikan diri dalam keadaan ketakutan, seperti berikut: - [17] This is because even an innocent man may feel panickly and try to evade arrest when wrongly suspected of 5

committing a crime. It is a common instinct of selfpreservation (Penekanan ditambah) [15] Mahkamah ini sebenarnya mengambil kira semua aspek kelakuan Tertuduh Pertama yang mencampak bungkusan (P35) dan melarikan diri bersama dengan perbuatannya sebelum mengambilnya daripada SP6 yang telah mengakui dirinya adalah penerima bungkusan tersebut yang bernama Abbas Hasan. Di peringkat ini, Tertuduh Pertama didapati mengakui bungkusan tersebut adalah miliknya dan bukanlah mengambilnya bagi pihak Abbas Hasan atau orang lain. 15.1 Mahkamah ini mengambil kesempatan ini untuk membezakan kes PP v. Tan Tatt Eek [2005] 4 CLJ 460 yang menjelaskan reaksi Tertuduh yang kelihatan membawa beg plastik dan terkejut sebelum mencampak beg tersebut adalah tidak mencukupi untuk Mahkamah membuat inferens bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap kandungan beg plastik tersebut. Pada pandangan Mahkamah ini, tindakan dan reaksi Tertuduh dalam kes tersebut hanya bermula dari membawa beg plastik dan melepaskannya apabila dalam ketakutan; 15.2 Sebaliknya di dalam kes ini, Mahkamah ini mengambil kira rentetan peristiwa dalam satu transaksi yang mana Tertuduh Pertama yang sengaja menunggu di alamat penerima yang didapati bukan alamat yang kononnya diduduki oleh penama Abbas Hasan dan kemudiannya telah menyamar sebagai Abbas Hasan bagi menerima bungkusan (P35) dari SP6. Tertuduh Pertama diberikan peluang untuk menjelaskan sama ada beliau adalah Abbas Hasan tetapi beliau memilih untuk mengakui dirinya sebagai Abbas Hasan. Sekiranya Tertuduh Pertama tidak 6

mengetahui kandungan dalam bungkusan (P35) adalah sesuatu yang terlarang atau tujuannya mengambil bagi pihak Abbas Hasan, kenapakah beliau perlu dan bertindak merahsiakan identitinya dan menyamar dirinya sebagai Abbas Hasan untuk menerima bungkusan itu? Fakta ini dilihat bersama kelakuan Tertuduh Pertama yang kemudiannya mencampakkan P35 dan cuba melarikan diri sebaik sahaja diserbu oleh polis menunjukkan beliau mengetahui bahawa kandungan dalam P35 adalah barang dadah; dan 15.3 Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima keterangan mengenai aspek kelakuan dan reaksi Tertuduh Pertama bermula dari menerima panggilan telefon, menetapkan tempat van menunggunya, berjalan ke arah van, menyembunyikan identitinya dan menerima bungkusan (P35) di alamat yang tidak didiami oleh Abbas Hasan dan selanjutnya mencampaknya semasa diserbu serta cuba melarikan diri sebagai keterangan yang relevan di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 untuk menunjukkan secara munasabah Tertuduh Pertama mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan mengenai bungkusan (P35) yang mengandungi dadah. Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga [16] Mahkamah ini setelah mendengar hujahan pihak Pendakwaan dan Peguambela bagi pihak Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga dan menimbangkan keterangan yang ada memutuskan bahawa Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga tersebut tidak mempunyai niat bersama dengan Tertuduh Pertama mempunyai 7

kawalan, jagaan atau pengetahuan ke atas bungkusan (P35) dan kandungannya. [17] Adalah tidak dipertikaikan bahawa Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga juga mencuba untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa dalam proses tangkapan tetapi keterangan ini adalah tidak mencukupi untuk memutuskan kedua-dua mereka mempunyai pengetahuan mengenai kandungan di dalam bungkusan (P35), seperti apa yang dinyatakan dalam kes Ibrahim Mohamad (supra). [18] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa tiada keterangan yang menunjukkan Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga mempunyai milikan mens rea ke atas bungkusan (P35) itu kerana hanya Tertuduh Pertama yang pergi dan mengambilnya daripada SP6. Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga didapati berada di pintu masuk, Tower C setelah menemani dan berjalan bersama Tertuduh Pertama selepas turun daripada bangunan tersebut dan berhenti setakat itu. [19] Tambahan pula, Mahkamah ini menghalusi fakta kes ini dan mendapati Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga tidak menunjukkan tindak tanduk untuk bersesama dengan Tertuduh Pertama melakukan perbuatan lanjut yang membolehkan inferens niat bersama seperti pergi mengambil bungkusan (P35) bersamasama Tertuduh Pertama atau contohnya pada bila-bila masa memberikan sebarang isyarat atau perbuatan lain setelah Tertuduh Pertama menerima bungkusan (P35) selain daripada menunggu Tertuduh Pertama kembali selepas pergi mengambil bungkusan (P35) tersebut. Justeru itu, dari keadaan kes ini, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa tidak ada inferens yang munasabah terdapatnya perancangan terlebih dahulu antara Tertuduh Pertama dengan mereka berdua (Tan Hung Thiam & 8

Anor v. PP [1991] 2 MLJ 137; Mimi Wong & Anor v. PP [1972] 2 MLJ 75; Public Prosecutor v. Krishna Rao [2000] 1 MLJ 274). TERTUDUH PERTAMA MENGEDAR DADAH [20] Mahkamah ini telah mengamati keterangan yang relevan sebelum membuat dapatan berkenaan iaitu: - 19.1 SP2, ahli kimia yang mengesahkan bahawa berat bersih dadah berbahaya jenis Methamphetamine yang diperolehi dari bungkusan (P35) adalah sebanyak 735.10 gram yang telah melebih berat yang diperuntukkan di bawah Seksyen 37(da)(xvi) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebanyak 14.7 kali ganda. Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima pakai anggapan pengedaran di bawah Seksyen 37(da)(xvi) tersebut untuk menunjukkan Tertuduh Pertama mempunyai pemilikan dengan pengetahuan bagi tujuan mengedar dadah berbahaya tersebut; dan 19.2 Jika sekalipun anggapan di bawah seksyen 37(da)(xvi) Akta Dadah Berbahaya 1952 tersebut tidak digunakan, Mahkamah ini juga berpuas hati berdasarkan kuantiti dadah terlibat adalah amat banyak yang mana secara munasabahnya bukanlah untuk kegunaan sendiri Tertuduh Pertama. Ini mewajarkan Mahkamah ini untuk membuat inferens bahawa Tertuduh Pertama bertujuan mengedar dadah tersebut di negara ini (Mohamad Yazri Minhat v. PP [2003] 2 CLJ 65; Ong Ah Chuan v. Public Prosecutor; Koh Chai Cheng v. Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64; [1980] 1 LNS 181). Maka, Mahkamah ini memutuskan perbuatan Tertuduh Pertama seperti di atas secara keseluruhannya juga telah tergolong dalam maksud mengedar di bawah seksyen 2, Akta Dadah Berbahaya 1952. 9

ISU KARAKTER ABBAS HASAN [21] Dalam perbicaraan ini semasa di peringkat kes Pendakwaan, Peguambela bagi pihak Tertuduh Pertama telah membangkitkan isu mengenai karakter penama Abbas Hasan adalah benarbenar wujud dan Tertuduh Pertama sebenarnya hanya menerima bungkusan (P35) itu bagi pihak Abbas Hasan tanpa mengetahui kandungan di dalam P35. Secara rumusannya, Tertuduh Pertama mendakwa dirinya adalah pembawa yang tidak bersalah. [22] Mahkamah ini menghalusi keterangan dari fakta kes ini yang membolehkan inferens dibuat bahawa Tertuduh Pertama tidak pernah menafikan bahawa dirinya bukan Abbas Hasan ketika ditanya oleh SP6. Bukan itu sahaja, Tertuduh Pertama telah mengangguk kepalanya bagi menjawab pertanyaan SP6 pada masa material itu adalah memadai untuk menunjukkan beliau telah menyamar dan mengakui dirinya sebagai Abbas Hasan bagi tujuan menerima bungkusan (P35) tersebut. [23] Diteliti pula keterangan oleh penyewa rumah bernama Vyncliff Jazz Mojuga (SP7) di alamat penerima yang dinyatakan di nota konsainan (P21), beliau menyatakan telah menduduki rumah tersebut selama 10 bulan sebelum tarikh kejadian dan tidak pernah mendengar penama Abbas Hasan. Ini menunjukkan Abbas Hasan tidak tinggal dan tidak wujud di alamat yang tercatit pada nota kosainan. [24] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini mendapati Pegawai Penyiasat (SP8) juga telah menjalankan siasatan yang sewajarnya seperti menghantar nombor paspot (P81) yang ditulis oleh Tertuduh Pertama pada eksibit P21 ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk semakan. Namun begitu, dari hasil semakan 10

(P82) telah menunjukkan tiada rekod pergerakan keluar atau masuk yang melibatkan subjek dengan nombor paspot tersebut. 23.1 Pihak Peguambela membangkitkan adalah kecuaian SP8 yang tidak memasukkan penama Abbas Hasan semasa membuat semakan ke Jabatan Imigresen Malaysia yang mungkin boleh menambahkan peluang untuk mengesan Abbas Hasan ; 23.2 Dalam konteks ini, Mahkamah ini ingin menegaskan bahawa kegagalan Tertuduh Pertama untuk membekalkan maklumat yang relevan tentang penama Abbas Hasan iaitu tempat tinggalnya dan nombor telefon yang boleh menghubunginya telah mengakibatkan SP8 tidak dapat melakukan siasatan secara menyeluruh. Hakikatnya, dengan adanya nama sahaja adalah mustahil dan merupakan usaha sia-sia bagi mengesan penama Abbas Hasan di Malaysia, ataupun di seluruh dunia; dan 23.3 Mahkamah ini bersetuju dengan penghakiman di dalam kes Modjtaba Hosseinzadeh Majid v. PP [2015] 1 LNS 434 seperti berikut: - [24] At the end of this exercise, the learned trial judge had come to the conclusion that Abu Dzal was a fictitious person, conveniently created by both the appellants as an afterthought. It was indeed incredible, as was found by the learned trial Judge that neither one of the appellants was able to furnish the full name and the basic full particulars of Abu Dzal to the Investigating Officer. Abu Dzal was supposed to have stayed on the same street as the Appellants in Tehran in Iran, and yet they expected the Investigating Officer to launch a full 11

scale investigations into tracing the so-called Abu Dzal in Iran... (penekanan ditambah) [25] Selain itu, SP8 telah menyiasat nombor telefon 011-33364908 yang digunakan oleh pemandu Muqtadir untuk menghubungi Abbas Hasan apabila tiba di Mentari Court Apartment. Berlandaskan laporan dari Digi Centre (P80) yang diterima, nombor tersebut adalah didaftarkan di bawah pemilik bernama Tharu Kumal Naulin yang menunjukkan berkuatkuasa mulai 11/5/2015. Mahkamah ini mendapati dakwaan Pihak Peguambela adalah tidak berasas apabila mengatakan terdapat kelompangan atas kes Pendakwaan akibat kegagalan memanggil penama Tharu Kumal Naulin tersebut kerana secara munasabahnya penama ini tiada kena-mengena dengan kes ini yang berlaku pada 4/12/2014 iaitu sebelum beliau dijadikan pemilik kepada nombor telefon itu. [26] Dengan itu, Mahkamah ini mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan seperti di atas dan membuat dapatan bahawa dakwaan Tertuduh Pertama mengenai penama Abbas Hasan adalah berunsur dakwaan semata-mata oleh Tertuduh Pertama kerana siasatan secara menyeluruh telah dijalankan oleh SP8 dan ternyata bahawa Abbas Hasan wujud atas nama yang tercatit di atas bungkusan (P35) dan tidak menjejaskan Kes Pendakwaan bagi memenuhi pembuktian kes prima facie. KES PRIMA FACIE [27] Mahkamah ini telah membuat penilaian secara maksima ke atas keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang dikemukakan di akhir kes Pendakwaan dan mendapati bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie bagi pertuduhan (P2) terhadap Tertuduh Pertama (Looi Kow Chai [2003] 1 CLJ 12

734; Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301; Junaidi bin Abdullah v. PP [1993] 3 MLJ 217). Tertuduh Pertama dipanggil untuk membela diri atas Pertuduhan (P2). [28] Manakala, Mahkamah ini memutuskan bahawa Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga tidak mempunyai niat bersama dengan Tertuduh Pertama ke atas kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap kandungan bungkusan (P35) dan oleh yang demikian tiada kes prima facie terbukti terhadap mereka berdua. Mahkamah ini memerintahkan supaya melepas dan membebaskan Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga tanpa dipanggil untuk membela diri. KES PEMBELAAN [29] Tertuduh Pertama setelah dipanggil untuk membela diri bagi pertuduhan (P2), telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi sebagai SD1, antara lainnya, menyatakan seperti berikut: - 29.1 SD1 merupakan Warganegara Nigeria dan merupakan seorang pelajar yang sedang belajar Bahasa French di Kolej SLC, Malaysia pada masa kejadian. SD1 berumur 31 tahun dan bercadang untuk melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Mechanincal Engineering ; 29.2 SD1 telah menyewa unit no. E-15-23 di Mentari Court Apartment bersama Tertuduh Kedua. Ketika menyewa di alamat tersebut, SD1 telah mengenali seorang bernama Abbas Hasan, yang juga tinggal di Mentari Court, selama lebih kurang 6 bulan sebelum tarikh kejadian; 29.3 Pada tarikh kejadian, Abbas Hasan telah menelefon SD1 pada jam lebih kurang 3.00 petang untuk meminta bantuan 13

SD1 menerima bungkusan (P35) bagi pihaknya dari Syarikat Kurier SF Express kerana beliau tidak berada di rumah pada ketika itu. Abbas Hasan telahpun memberikan nombor paspotnya kepada SD1 untuk pengesahan dan SD1 telah menghafalkannya; 29.4 SD1 telah memberitahu kepada Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga yang turut bersamanya bahawa Abbas Hasan memintanya untuk menerima bungkusan (P35) di hadapan lobi Block C, Mentari Court Apartment. Selanjutnya, SD1 menyuruh Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga untuk menemaninya turun ke lobi; 29.5 Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga telah mengikuti SD1 dan menunggu SD1 di pintu masuk, Tower C manakala SD1 berjalan seorang diri pergi menghampiri tempat duduk penumpang hadapan dalam van SF Express dan mengetuk tingkapnya. SP6 yang menyamar sebagai penghantar kurier bertanyakan SD1 sama ada beliau bernama Abbas Hasan dan SD1 mengakui dirinya adalah penama yang dikatakan oleh SP6 tersebut; 29.6 Kemudian, setelah disuruh oleh SP6, SD1 pun menulis nombor paspot yang diberikan oleh Abbas Hasan di nota konsainan (P21) dan menandatanganinya sebagai tanda penerimaan bungkusan (P35); dan 29.7 SD1 selepas itu membawa P35 dan berjalan sebanyak 3 langkah sebelum beliau melihat terdapatnya seramai 9 10 orang pegawai tangkapan menuju terhadapnya dari pelbagai sudut. SD1 terkejut dan bungkusan (P35) telah terlepas dari tangannya. SD1 kemudian ditahan. 14

DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [30] Mahkamah ini telah menilai keterangan pembelaan dan meneliti semula keterangan pendakwaan sebelum membuat dapatan seterusnya. Mahkamah ini selanjutnya menolak pembelaan SD1 yang mendakwa dirinya sebagai pembawa tidak bersalah dan alasan-alasannya adalah seperti berikut: - 30.1 Penama Abbas Hasan, jika benar-benar wujud, boleh mengaturkan masa lain untuk menerima sendiri bungkusan (P35) daripada Syarikat Kurier SF Express dan tidak perlu meminta bantuan SD1 dan dakwaan SD1 yang dia diminta untuk menerima bungkusan itu bagi pihak Abbas Hasan adalah tidak munasabah; 30.2 Penama Abbas Hasan, jika benar-benar wujud, yang telah menentukan tempat penghantaran bagi menerima bungkusan (P35) dan beliau juga boleh memaklumkan tentang status SD1 yang akan menerima bagi pihaknya. Sebaliknya, SD1 mengakui dirinya adalah Abbas Hasan apabila menerima bungkusan itu. Tiada keterangan di dalam perbicaraan ini bahawa ada permintaan untuk orang lain menerima bungkusan itu bagi pihak Abbas Hasan ; 30.3 Mahkamah ini mengambil kira perbuatan SD1 yang boleh menghafalkan nombor paspot yang dicattitkan pada nota konsainan oleh SD1, yang kononnya dikatakan milik penama Abbas Hasan tetapi berdasarkan semakan Imigresen (P82) telah menunjukkan nombor paspot tersebut adalah tidak ada dalam rekod pangkalan data dan dengan ini tidak boleh diketahui sama ada terdapatnya pergerakan masuk atau keluar subjek berkaitan. Mahkamah 15

ini mendapati nombor paspot yang ditulis oleh SD1 sendiri itu adalah rekaannya sahaja; 30.4 Mengenai isu bungkusan (P35) yang dihujah terlepas dari tangan SD1 dan bukanlah SD1 yang mencampaknya dengan sengaja, Mahkamah ini mendapati sekiranya benar bungkusan (P35) terjatuh tentunya SD1 akan mengutip P35 dari lantai (jalan) semula namun saksi pendakwaan dengan jelas menyatakan telah melihat SD1 mencampakkannya dan cuba untuk melarikan dirinya tetapi gagal apabila ditahan serta-merta oleh anggota serbuan; dan 30.5 Mahkamah ini mendapati kegagalan SD1 yang membekalkan nombor telefon atau alamat yang boleh menghubungi Abbas Hasan walaupun telah berkenalan selama 6 bulan adalah menyebabkan keterangannya mengenai kewujudan karakter Abbas Hasan boleh dipertikaikan dan oleh itu diputuskan bahawa Abbas Hasan adalah watak fiksyen yang direka dari imaginasi SD1. [31] Pihak Pembelaan mengulangi hujahan dimana kegagalan SP8 menyatakan nama Abbas Hasan untuk semakan Imigresen dan kegagalan Pendakwaan memanggil pemilik nombor telefon 011-33364908 sebagai saksi telah memudaratkan kes Pendakwaan tetapi Mahkamah ini mengekalkan pendiriannya yang telah dijelaskan sepertimana sebelum ini. [32] Pihak Pembelaan di peringkat ini telah menekankan ada kemungkinan terdapatnya pihak lain selain daripada ketiga-tiga Tertuduh di dalam kes ini kerana SP8 gagal memperolehi nombor 011-33364908 tersebut daripada 8 buah telefon bimbit yang dirampas daripada mereka bertiga. Namun begitu, Mahkamah ini mendapati hujahan ini adalah tidak bermerit 16

memandangkan nombor tersebut telah disahkan baru didaftar pada tahun 2015 atas nama yang tidak ada kaitan langsung dengan kes ini. [33] Malah, Pihak Pembelaan berhujah apabila SD1 direman di dalam Penjara Sg Buloh, beliau telah bertemu dengan kawannya yang bernama Chibuike dan dimaklumkan bahawa Abbas Hasan tidak lagi tinggal di Mentari Court Apartment serta telah menukarkan nombor telefon. Namun, keterangan ini tidak berguna terhadap kes pembelaannya kerana ia berunsur dakwaan kosong semata-mata dan afterthought kerana tidak pernah dibangkitkan sebelum pembelaan. [34] Dinyatakan di dalam kes Ahmad bin Ibrahim v. Public Prosecutor [2012] 6 MLJ 305; [2012] 7 CLJ 445, Mahkamah ini memetik petikan seperti berikut: - [10] Turning now to the third ground, it was argued by learned counsel that the learned High Court judge had failed to appreciate the evidence given by the appellant that he was an innocent carrier of the bag containing the cannabis for Iskandar and that the appellant had only momentary custody and control of the bag without knowledge that the bag contained cannabis. According to the appellant, there was a lack of judicial appreciation of the defence of the appellant. A defence of innocent carrier refers to a state of affairs where an accused person acknowledges carrying, for example a bag, as in the case before us, containing the dangerous drugs but disputes having knowledge of the drugs. Whether it will succeed or not would very much depend on the facts of each case. In considering this ground, we had scrutinised with care the judgment of the learned High Court judge (Penekanan ditambah) 17

[35] Daripada fakta kes ini, Mahkamah ini mendapati asas pembelaan SD1 sebagai pembawa tidak bersalah tidak boleh diterima kerana adalah tidak munasabah bagi SD1 yang dikatakan sentiasa bertemu dan telah berkawan selama 6 bulan dengan Abbas Hasan yang juga tinggal di Mentari Court pada ketika itu, kenapa pula SD1 gagal membekalkan maklumat yang lanjut berkenaannya untuk SP8 menjalankan siasatan. Jika benar SD1 mengambil bungkusan bagi pihak Abbas Hasan sudah tentunya SD1 tahu bagaimana dan dimana hendak diserahkan bungkusan itu kepada Abbas Hasan dan maklumat ini boleh diberikan kepada SP8. [36] Mahkamah ini mempunyai kewajipan untuk menilai keterangan pembelaan walaupun yang tiada kredibiliti (Ganapathy A/L Rengasamy v. PP [1998] 2 MLJ 577). Setelah menilai dengan berhati-hati, Mahkamah ini mendapati pihak Pembelaan telah gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan bahawa SD1 pada hakikat sebenarnya mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang disimpan dengan rapi di dalam bungkusan (P35) dan mendapatkannya untuk tujuan pengedaran. Alasannya menerima bungkusan (P35) bagi pihak Abbas Hasan adalah merupakan cerita rekaan SD1 yang tidak boleh dipercayai. KEPUTUSAN MAHKAMAH INI [37] Setelah memberi pertimbangan kepada keseluruhan keterangan dalam kes ini dan berdasarkan alasan-alasan yang dihuraikan seperti di atas, Mahkamah ini mendapati Tertuduh Pertama bersalah dan mensabitkannya atas pertuduhan (P2) iaitu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Mahkamah ini 18

menjatuhkan hukuman mati mandatori tersebut ke atas Tertuduh Pertama. Bertarikh: 8 OGOS 2017 (ZULKIFLI BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Perintah dijatuhkan di mahkamah terbuka terhadap tertuduh kedua dan tertuduh ketiga: 18 APRIL 2017 Perintah dijatuhkan di mahkamah terbuka terhadap tertuduh pertama: 20 JUN 2017 KAUNSEL: Bagi pihak pendakwaan - DPP Rozana Husin; Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor; Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Tingkat 4 Podium Utara Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Bagi pihak tertuduh pertama - Jay Moy; T/n Sivananthan Suite No. 1, L17-01, PJX Tower No. 16A, Persiaran Barat 46050 Petaling Jaya Selangor 19

Bagi pihak tertuduh kedua dan tertuduh ketiga - Sivananthan & Low Huey Theng; T/n Sivananthan Suite No. 1, L17-01, PJX Tower No. 16A, Persiaran Barat 46050 Petaling Jaya Selangor Kes-kes yang dirujuk: Chan Pean Leon v. PP [1956] 22 MLJ 237 Leow Nghee Lim v. R [1956] 22 MLJ 28 Gunalan A/L Ramachandran & Ors v. PP [2004] 4 MLJ 489 Ibrahim Mohamad v. PP [2011] 4 CLJ 113 PP v. Tan Tatt Eek [2005] 4 CLJ 460 Tan Hung Thiam & Anor v. PP [1991] 2 MLJ 137 Mimi Wong & Anor v. PP [1972] 2 MLJ 75 Public Prosecutor v. Krishna Rao [2000] 1 MLJ 274 Mohamad Yazri Minhat v. PP [2003] 2 CLJ 65 Ong Ah Chuan v. Public Prosecutor; Koh Chai Cheng v. Public Prosecutor [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64 Modjtaba Hosseinzadeh Majid v. PP [2015] 1 LNS 434 Looi Kow Chai [2003] 1 CLJ 734 Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301 Junaidi bin Abdullah v. PP [1993] 3 MLJ 217 20

Ahmad bin Ibrahim v. Public Prosecutor [2012] 6 MLJ 305; [2012] 7 CLJ 445 Ganapathy A/L Rengasamy v. PP [1998] 2 MLJ 577 Perundangan yang dirujuk: Akta Keterangan 1950, s. 8 Akta Dadah Berbahaya 1952, ss. 2, 37(da)(xvi), 39B(1)(a), Jadual Pertama 21