TERMA DAN SYARAT. PROGRAM SAHABAT AGRO (AgroPrimaS)

Similar documents
SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

BAHASA MALAYSIA TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED. 1. Perluasan Perkhidmatan DAN KEISTIMEWAAN

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Plat Kaca Terma & Syarat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT PENGENDALIAN AKAUN MATA WANG ASING (Layak menerima perlindungan PIDM)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT AKAUN PULANGAN PENDAPATAN TETAP-i MATA WANG ASING (FCFRIA-i)

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SURAT TAWARAN. No. Ruj. Bank : Tarikh : Kepada : : Tuan/Puan, PER : Permohonan untuk kemudahan [FacilityAlternateDescription]

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

Permohonan Kemudahan Pembiayaan Peribadi

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

*PMY1NOMFRM* Notification For Appointment Of Nominees And Trustees Pemberitahuan Perlantikan Penama-penama Dan Pemegang-pemegang Amanah.

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Polisi ipad Pensyarah

Kebakaran Tarif Terma & Syarat

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

Terma dan Syarat Am Jualan Donaldson Company Inc.

PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

Skim Kemasukan Hospital Dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) Terma & Syarat

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH KEDOKTORAN) 2017

Pemandu Bas Terma & Syarat

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

UNILEVER TOTAL HAIR 2017 TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Rakan Pemandu Nilai Yang Dipersetujui Terma & Syarat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PENILAIAN PENGETAHUAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PA Care Terma & Syarat

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Liberty 100 Years Care Pelan Perubatan Kesihatan Major. Terma & Syarat

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W) A Member Of The Pacific & Orient Group Website:

AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN A IR (PELESENAN) 2007

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

POS Rakan Penunggang Motosikal Terma & Syarat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

Dengan PRUcancer plan, saya boleh berada di sisi keluarga saya untuk selama yang mungkin.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SPECIAL CARE PA Terma & Syarat

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

Polisi Wang Terma & Syarat

Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

KURSUS PASCA PERALIHAN KERJAYA (PERSARAAN) TAHUN 2017 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

2.1 Arahan kerja ini merupakan sebahagian daripada Proses Tuntutan Hasil/ Amanah (Rujuk : PA/UPKK.BEND/002/KL)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Kecurian Terma & Syarat

as-salihin Perkhidmatan yang disediakan

Borang Permohonan Pembiayaan Saham Korporat

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

Transcription:

TERMA DAN SYARAT PROGRAM SAHABAT AGRO (AgroPrimaS) PENTING : SILA BACA KESELURUHAN TERMA DAN SYARAT DENGAN TELITI DAN PASTIKAN ANDA MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TERSEBUT DI BAWAH Perjanjian Keahlian Dokumen ini ialah kontrak antara anda, ( Ahli ) dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) ( Bank ) dan mengandungi terma dan syarat yang mengikat kedua-dua pihak. Program Sahabat Agro akan bermula pada Mac 2016 dan kontrak ini adalah berkuatkuasa pada tarikh tersebut. 1. DEFINISI Ahli Bank Ganjaran Kakitangan Pemohon Penama Perujuk Prinsip Hibah Mu allaqah (Hibah Bersyarat) Produk Berkaitan Rangkaian Merujuk kepada individu atau bukan individu (pertubuhan, persatuan, kelab, koperasi, perniagaan tunggal, perniagaan perkongsian atau syarikat) yang didaftarkan untuk keahlian di bawah Program Sahabat Agro Merujuk kepada Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) yang mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 3, Bangunan Agrobank, Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur Merujuk kepada insentif tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun Ahli sepertimana klausa 5 Merujuk kepada mana-mana kakitangan yang berkhidmat dengan Bank Merujuk kepada pihak yang membuat permohonan untuk menjadi Ahli Merujuk kepada penama yang dinamakan oleh Ahli dan telah didaftarkan sebagai Ahli. Merujuk kepada Ahli yang merujukkan Pemohon kepada Program Sahabat Agro. Merujuk kepada prinsip pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang dengan dikaitkan atau disyaratkan berlakunya sesuatu perkara. Menerusi konsep ini, pemberian hibah/hadiah hanya akan berlaku apabila syarat yang ditetapkan sudah berlaku. Merujuk kepada produk yang terlibat dalam urusan Program Sahabat Agro di mana pihak Bank akan berkongsi sebahagian daripada perolehan pendapatan bersih produk dengan Ahli Merujuk kepada rangkaian/kumpulan Ahli berserta kesemua Rujukan yang Halaman 1 daripada 11

Rujukan dirujuk oleh Ahli tersebut Merujuk kepada Pemohon yang dirujuk dan didaftarkan oleh seorang Ahli sebagai Ahli atau Bukan Ahli di dalam Rangkaian Ahli tersebut Program Sahabat Agro adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Bank di mana para Ahli yang menyertai Program Sahabat Agro mendapat peluang untuk memperolehi Ganjaran dengan merujukkan pelanggan kepada Bank. Ganjaran akan diberikan kepada Ahli bagi setiap Rujukan yang melanggan Produk Berkaitan yang ditawarkan oleh Bank. Penyertaan Ahli-ahli adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank.Melalui penyertaan dalam Program Sahabat Agro ini, para Ahli bersetuju untuk memenuhi keperluan terma dan syarat-syarat dan/keperluan tambahannya atau perubahan yang dilakukan sebagaimana yang dipersetujui dan diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Bank. Keputusan Bank adalah muktamad dalam semua perkara yang berkaitan dengan Program Sahabat Agro ini. 2. PRINSIP SYARIAH 2.1 Prinsip Syariah yang diamalkan di dalam Program Sahabat Agro ini adalah prinsip Hibah Mu allaqah (Hibah Bersyarat). 2.2 Berdasarkan prinsip Hibah Mu allaqah, Pihak Bank akan memberikan hibah kepada Ahli yang berjaya memenuhi segala terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Bank. 3. KEAHLIAN 3.1 Kelayakan i. Program Sahabat Agro adalah terbuka kepada individu warganegara Malaysia, residen tetap dan bukan warganegara yang bermaustatin di Malaysia dan mempunyai pasport bersama pas untuk tinggal di Malaysia tidak kurang daripada dua belas (12) bulan samada pelanggan sediada Bank atau tidak dan juga Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ Koperasi/ Perniagaan Tunggal/ Perniagaan Perkongsian/ Syarikat yang didaftarkan. Kakitangan Bank tidak dibenarkan menyertai program ini. i Berumur 18 tahun dan ke atas. iv. Pemohon hendaklah terlebih dahulu telah membuka dan/atau mempunyai Akaun Deposit Berjangka (Program AgroPrimaS) di Bank dan mengekalkan baki minimum berjumlah RM 500.00 di dalam akaun tersebut.kegagalan untuk membuka dan/atau mempunyai akaun tersebutakan menyebabkan permohonan untuk menjadi Ahli atau Bukan Ahli ditolak. Halaman 2 daripada 11

v. Pemohon hendaklah terlebih dahulu telah membuka dan/atau mempunyai Akaun Simpanan/Akaun GIRO di Bank bagi tujuan pembayaran Ganjaran. (Deposit minimum yang diperlukan bagi pembukaan akaun adalah tertakluk kepada polisi produk yang telah ditetapkan oleh pihak Bank) 3.2 Pendaftaran i. Pemohon yang ingin mendaftar sebagai Ahli perlu menghadirkan diri ke mana-mana cawangan Bank untuk proses pendaftaran. Pemohon yang ingin mendaftar perlu memahami, menyempurnakan dan menyerahkan beberapa dokumen yang relevan bagi Program Sahabat Agro kepada Bank sebelum diterima menjadi Ahli -: a. Borang Penyertaan Program Sahabat Agro Borang ini perlu diisi dan ditandatangani oleh Pemohon dan Perujuk serta diserahkan kepada Bank semasa proses pendaftaran bagi memudahkan proses pendaftaran Ahli dan Perujuk di dalam sistem. b. Terma dan Syarat Merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di bawah. c. Lembaran Maklumat Produk (Program AgroPrimaS) Dokumen yang menerangkan tentang program AgroPrimaS yang dipromosikan melalui Program Sahabat Agro. 3.3 Tempoh keahlian i. Tempoh keahlian bagi Program Sahabat Agro (AgroPrimaS) adalah berdasarkan kitaran 12 bulan. Tempoh keahlian bermula daripada tarikh kelulusan keahlian di dalam SARMS. i Buat masa ini, tiada Yuran Tahunan yang dikenakan kepada Ahli dan keahlian Ahli di dalam Program Sahabat Agro akan diperbaharui secara automatik di dalam SARMS. Notifikasi melalui SMS akan dihantar kepada Ahli apabila keahlian diperbaharui. 3.4 Yuran/Fi/Bayaran i. Yuran/fi/bayaran yang terlibat di dalam Program Sahabat Agro adalah seperti di bawah -: Jenis Yuran/Fi/Bayaran Jumlah (RM) Butiran Lain-lain Yuran/Fi yang (Tertakluk kepada jumlah Yuran/Fi yang dikenakan adalah melibatkan yuran/fi yang dikenakan berdasarkan terma dan syarat bagi AgroprimaS** oleh pihak Bank. pembukaan Akaun Deposit Berjangka (Program AgroPrimaS) Halaman 3 daripada 11

Pihak Bank juga menjual barangan Sahabat Agro kepada Ahli yang berminat untuk membelinya. Harga jualan barangan** yang dimaksudkan adalah tertakluk kepada harga yang telah ditetapkan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa. **Yuran/fi/bayaran yang dikenakan seperti di atas adalah tertakluk kepada caj GST sebanyak 6%. i Bank berhak melakukan set-off pada akaun Ahli bagi menyelesaikan apa-apa tunggakan bayaran (any amount due) Ahli dengan Bank termasuk dan tidak terhad kepada Yuran/Fi/Bayaran seperti di atas dan lain-lain. 3.5 Penamatan/Pembatalan Keahlian i. Pihak Bank boleh menamatkan/membatalkan keahlian secara automatik atas sebarang sebab jika Ahli gagal mematuhi Terma dan Syarat berikut -: a. Gagal untuk bertindak jujur dan memberikan sebarang maklumat palsu kepada Bank ; atau b. Memberikan gambaran yang salah mengenai Bank kepada mana-mana pihak yang terlibat atau berminat menyertai Program Sahabat Agro ; atau c. Terlibat dalam sebarang aktiviti penipuan di bawah Program Sahabat Agro; atau d. Gagal mematuhi mana-mana terma dan syarat Perjanjian Penamatan tersebut akan menyebabkan kesemua Ganjaran Ahli yang terkumpul tidak layak diterima oleh Ahli. Ahli boleh pada bila-bila masa menamatkan keahliannya secara sukarela dan dengan itu tidak lagi layak memperolehi Ganjaran bermula dari tarikh penamatan tersebut. Bagi proses penamatan keahlian oleh Ahli, Ahli dikehendaki untuk menghadirkan diri ke mana-mana cawangan Agrobank dan mengisi Borang Penamatan Keahlian Program Sahabat Agro untuk tujuan kemaskini di pihak Bank. i Sekiranya bekas Ahli mendaftar semula di dalam Program Sahabat Agro ini, sebarang Ganjaran dan keistimewaan yang dinikmati di dalam keahlian yang telah ditamatkan tidak akan dibawa ke dalam keahlian baru yang didaftarkan. iv. Ahli mempunyai pilihan untuk mengekalkan atau menutup Akaun Deposit Berjangka (Program AgroPrimaS) yang telah didaftarkan sepanjang keahlian Ahli di dalam Program Sahabat Agro selepas penamatan keahlian berlaku. Sekiranya Ahli mengekalkan akaun tersebut, Perujuk Ahli masih lagi layak untuk menerima Ganjaran sekiranya akaun tersebut mempunyai nilai deposit yang layak untuk dikira bagi pemberian Ganjaran. Halaman 4 daripada 11

4. KATEGORI KEAHLIAN DAN SISTEM RANGKAIAN RUJUKAN 4.1 Ahli Program Sahabat Agro akan dikelaskan seperti berikut -: Kategori Keahlian Klasik** Emas Platinum Kriteria Pengelasan Diberikan kepada Ahli baru yang mendaftar dan Ahli mengekalkan sekurang-kurangnya 1 orang Ahli di dalam 4 peringkat dalam Rangkaian beliau Mengekalkan sekurang-kurangnya 10 orang Ahli kategori Klasik atau lebih di dalam 4 peringkat dalam Rangkaian beliau Mengekalkan sekurang-kurangnya 3 orang Ahli kategori Emas atau lebih di dalam 4 peringkat dalam Rangkaian beliau Peratusan Ganjaran Yang Layak Diterima daripada Jumlah Keseluruhan Ganjaran 1.40% setahun 50%* 75%* 100%* * Bank berhak mengubah nilai peratusan Ganjaran mengikut budi bicara Bank dari semasa ke semasa sama ada bagi tujuan promosi atau lain-lain tujuan. ** Ahli kategori Klasik hanya akan mula menerima Ganjaran (50% iaitu peratusan Ganjaran yang layak diterima daripada Jumlah keseluruhan Ganjaran 1.400% setahun) apabila beliau mula merujuk dan mengekalkan sekurang-kurangnya satu (1) orang ahli di dalam 4 peringkat dalam Rangkaian beliau. 4.2 Ahli-ahli berpeluang memperolehi Ganjaran penuh dengan merujukkan Pemohon kepada pihak Bank untuk menjadi Ahli dan menjadi Rujukan di Rangkaian mereka (tertakluk kepada terma dan syarat keahlian). Pihak Bank mempunyai hak untuk menolak sebarang Pemohon tanpa memberikan sebarang penjelasan. 4.3 Sekiranya terdapat Ahli lain merujukkan Pemohon dengan nombor keahlian yang sama, pihak Bank hanya akan memproses borang daripada Pemohon yang didaftarkan atau diterima lebih awal. 5. GANJARAN 5.1 Pemohon yang layak dan dirujukkan mesti memenuhi keperluan Bank terutamanya dari segi kelayakan yang melibatkan Produk Berkaitan.Ganjaran tidak akan diberikan kepada Ahli sekiranya Pemohon yang dirujukkan tidak memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank. Halaman 5 daripada 11

5.2 Ahli layak untuk menerima Ganjaran bagi setiap Rujukan di dalam Rangkaiannya apabila Ahli membuat deposit minimum RM 500.00 di dalam Akaun Deposit Berjangka (Program AgroPrimaS) dan mengekalkan baki di dalam akaun tersebutsebanyak RM 500.00 sepanjang keahlian. 5.3 Ahli layak untuk menerima Ganjaran bagi setiap Rujukan di dalam Rangkaiannya apabila Ahli mengekalkan keahlian di dalam Program Sahabat Agro. 5.4 Ahli layak untuk menerima Ganjaran bagi setiap Rujukan di dalam Rangkaiannya selagi Ahli dan Rujukan mematuhi segala terma dan syarat bagi Program Sahabat Agro. 5.5 Pengiraan nilai deposit Ahli yang layak dikira bagi pengiraan Ganjaran adalah tertakluk kepada mekanisma yang telah ditetapkan oleh pihak Bank. (Penerangan mengenai formula pengiraan boleh dirujuk kepada Jadual 1) 5.6 Ganjaran akan dibayar kepada Ahli mengikut peratusan Ganjaran yang layak diterima bagi setiap kategori keahlian. 5.7 Bagi tujuan Ganjaran yang diperoleh dalam sistem Rangkaian Rujukan, Peringkat Rangkaian akan berakhir selepas peringkat ke-4 bagi Ahli. 5.8 Jika Ahli pada mana-mana empat (4) peringkat mematuhi segala terma dan syarat serta mengekalkan deposit mengikut ketetapan Bank, sebahagian daripada nilai deposit yang layak dikira bagi pengiraan Ganjaran yang dilakukan oleh Ahli iaitu sebanyak 1.40% SETAHUN* akan dibahagikan secara peratusan kepada empat (4) peringkat di atasnya. Nilai peratusan yang dinyatakan di atas adalah seperti di bawah : Peringkat Rangkaian Peratusan Ganjaran Peringkat 1 30%* Peringkat 2 25%* Peringkat 3 23%* Peringkat 4 22%* * Bank berhak mengubah nilai peratusan Ganjaran mengikut budi bicara Bank dari semasa ke semasa sama ada bagi tujuan promosi atau lain-lain tujuan. 5.9 Ganjaran dihitung dan dikreditkan terus kepada Ahli dalam Ringgit Malaysia (RM) setiap bulan ke dalam akaun Ahli selepas proses pengiraan dilakukan oleh sistem. Ganjaran tidak boleh ditukar milik atau digantikan dengan sebarang pertimbangan lain. 5.10 Ganjaran adalah milik Ahli dan tidak boleh digabungkan dengan Ganjaran yang diperoleh atau bakal diterima oleh Ahli lain dan penggantian atau pemindahan Ganjaran kepada Ahli lain adalah Halaman 6 daripada 11

tidak dibenarkan. Sekiranya Ahli mempunyai lebih daripada satu keahlian, Ganjaran yang diterima adalah tertakluk kepada status semasa keahlian tersebut; sama ada layak atau tidak untuk menerima Ganjaran. 5.11 Sebarang cukai yang timbul disebabkan penyertaan Ahli di dalam Program Sahabat Agro adalah di bawah tangungan Ahli sendiri. 5.12 Jika berlakunya kematian Ahli, pihak Bank akan mengikut prosedur semasa Bank bagi mengendalikan akaun melibatkan si mati bagi nilai deposit yang terdapat di dalam Akaun Deposit Berjangka (Program AgroPrimaS) milik Ahli. Bagi Ganjaran yang terkumpul daripada keahlian si mati, rujukan perlu dilakukan kepada klausa 6 di dalam Terma dan Syarat Program Sahabat Agro ini. 5.13 Jumlah Ganjaran yang diterima serta bilangan Ahli dalam rangkaian kumpulan akan dicatatkan di dalam Portal Sahabat Agro (Portal Ahli) yang boleh dilayari melalui servis perbankan Agronet. Ini merupakan satu sistem yang disediakan kepada Ahli bagi memudahkan Ahli menyemak maklumat Ahli berkaitan dengan Program Sahabat Agro. 6. PINDAHMILIK KEAHLIAN SETELAH KEMATIAN AHLI 6.1 Ahli dibenarkan untuk pindahmilik keahlian mereka kepada Penama yang dinamakan oleh Ahli. 6.2 Ahli diberikan pilihan untuk menamakan Penama atau tidak semasa atau selepas proses pendaftaran keahlian. Penama yang dinamakan oleh Ahli hendaklah mempunyai akaun simpanan/giro bersama pihak Bank. 6.3 Ahli diminta untuk mengisi Borang Penamaan Pindahmilik Keahlian Program Sahabat Agro semasa atau selepas proses pendaftaran keahlian dilakukan oleh Ahli di mana-mana cawangan Agrobank. Ahli juga dibenarkan untuk menukar Penama sepanjang keahlian Ahli dengan mengisi Borang Penamaan Pindahmilik Keahlian Program Sahabat Agro. 6.4 Penama yang dinamakan oleh Ahli layak untuk menerima sebarang Ganjaran dan keistimewaan daripada keahlian yang telah dipindahmilik setelah Ahli meninggal dunia. Akan tetapi, Penama tidak dibenarkan untuk mengembangkan keahlian yang telah dipindahmilik. 6.5 Adalah menjadi tanggungjawab kepada Ahli untuk memaklumkan kepada penama bahawa beliau telah didaftarkan sebagai penama kepada keahlian Ahli sekiranya Ahli telah meninggal dunia. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan/kerugian/musibah yang ditanggung oleh penama sekiranya Ahli tidak berbuat demikian. Halaman 7 daripada 11

6.6 Sekiranya berlaku kematian kepada Ahli dan perkara tersebut dimaklumkan kepada pihak Bank berdasarkan polisi semasa Bank, sistem secara automatik akan melakukan kemaskini ke atas keahlian si mati dengan menukar keahlian kepada penama yang telah didaftarkan oleh Ahli. 6.7 Sekiranya Ahli meninggal dunia dan tidak mencalonkan sebarang penama bagi keahlian mereka, Bank secara automatik akan memberhentikan pembayaran Ganjaran kepada akaun Ahli. 7. ADUAN 7.1 Sekiranya Ahli mempunyai sebarang aduan yang berkaitan dengan Program Sahabat Agro, pihak pengadu boleh menghubungi pihak Bank di : Agrobank, Corporate Communications & Public Relations Department, Bangunan Agrobank, Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur Telefon : 1-300-88-2476 Faks : 603-2691 7790 E-mel : customer@agrobank.com.my 7.2 Sekiranya aduan berkaitan dengan Program Sahabat Agro tidak diselesaikan oleh pihak Bank, pengadu boleh menghubungi pihak Bank Negara Malaysia Link atau TELELINK di : Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur Telefon : 1-300-88-5465 Faks : 603-2174 1515 E-mel : bnmtelelink@bnm.gov.my 8. PERUNTUKAN UMUM 8.1 Pihak Bank mempunyai hak untuk menangguh atau menamatkan Program Sahabat Agro pada bila-bila masa dengan memberikan notis tiga (3) bulan terlebih dahulu. 8.2 Ahli membenarkan pihak Bank berkongsi maklumat yang berkaitan dengan Program Sahabat Agro dengan Rujukan di dalam Rangkaian Ahli, cawangan Bank dan pihak-pihak lain yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan Program Sahabat Agro. 8.3 Ahli perlu memastikan bahawa kesemua maklumat peribadi yang diberikan adalah benar dan tepat. Sebarang perubahan pada maklumat peribadi mereka harus dimaklumkan dan dikemaskini di mana-mana cawangan Bank terdekat. 8.4 Bank berhak mengubah, menambah atau meminda Terma dan Syarat ini yang hendaklah dimaklumkan kepada Ahli melalui notis makluman. Sekiranya Ahli tidak bersetuju dengan sebarang Halaman 8 daripada 11

perubahan, penambahan atau pemindaan yang dilakukan ke atas Terma dan Syarat, Ahli tersebut harus membatalkan keahliannya dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan notis makluman tersebut. Sekiranya Ahli tidak berbuat demikian, Ahli dianggap menerima dan bersetuju dengan perubahan, penambahan dan/atau pembetulan tersebut. 8.5 Liabiliti Bank berhubung Terma dan Syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada pengecualian dan limitasi berikut :- i. Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh sebarang punca di luar kawalan Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan pada sistem pemprosesan data; Jika Ganjaran yang dikreditkan ke dalam akaun Ahli adalah hasil kesilapan Bank, liabiliti Bank akan dihadkan untuk membetulkan kesalahan tersebut; i Tiada sebarang maklumat dalam Terma dan Syarat ini yang boleh mengecualikan atau menghadkan liabiliti Bank jika berlakunya sebarang kerugian yang disebabkan oleh kecuaian atau penipuan dalam Bank. 8.6 Sebarang maklum balas, notis, permintaan dan tuntutan yang ingin diberi ataupun dilakukan di bawah Terma dan Syarat ini hendaklah secara bertulis dan dianggap memenuhi keperluan di sisi undang-undang :- i. Jika ia dikirimkan oleh pihak pertama melalui pos biasa kepada alamat pihak kedua atau ke alamat lain yang dimaklumkan kepada pihak pertama, lima (5) hari selepas tarikh penghantaran; atau Jika ia disampaikan secara serahan tangan kepada parti kedua pada hari penghantaran. 8.7 Tiada kegagalan atau kelewatan oleh pihak Bank dalam perlaksanaan ataupun bagi menggunakan sebarang hak, kuasa, atau pemulihan yang menjadi tanggungan Bank di bawah terma dan syaratsayarat ini boleh menggugat sebarang hak, kuasa atau pemulihan atau dianggap sebagai suatu alasan membatalkan kuasa Bank atau membawa kepada pembatalan kuasa Bank secara keseluruhan atau sebahagian. Segala hak dan pemulihan yang tercatat di sini adalah berkuatkuasa secara keseluruhan dan tidak tertakluk kepada sebarang hak atau ketetapan undang-undang. 8.8 Sebarang peruntukan dalam Terma dan Syarat ini yang didapati tidak sah, atau tidak dapat dikuatkuasakan ataupun dilarang, tidak akan menjejaskan kesahihan atau penguatkuasaan peruntukan-peruntukan yang lain. 8.9 Terma-terma dan Syarat ini hendaklah tertakluk kepada, dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut Undang-undang Malaysia dan kaedah-kaedah, peraturan dan garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM) dan badan-badan lain yang berkaitan, yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa (termasuk pindaan, pengubahsuaian, peningkatan, pertukaran, penggantian yang dibuat daripadanya) selagi tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Syariah. Kedua-dua pihak bersetuju untuk tertakluk di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia. Halaman 9 daripada 11

8.10 Jika Pemohon/Ahli/Rujukan adalah satu Pertubuhan/Persatuan/Kelab/Koperasi/Perniagaan Tunggal, Perniagaan Perkongsian/Syarikat yang didaftarkan, segala undang-undang di Malaysia yang terpakai bagi Pertubuhan/Persatuan/Kelab/Koperasi/Perniagaan Tunggal, Perniagaan Perkongsian/Syarikat yang didaftarkan adalah turut terpakai di bawah Terma dan Syarat ini. 8.11 Jika terdapat sebarang perselisihan faham antara mana-mana Ahli, keputusan Bank adalah muktamad dan mematuhi Prinsip Syariah. Jadual 1 1) Pengiraan Ganjaran (Item yang diambil kira) i. Bagi Program SAHABAT AGRO, pihak bank telah bersetuju untuk memberikan Ganjaran sebanyak 1.400% daripada nilai deposit yang layak untuk dikira bagi pemberian Ganjaran berdasarkan Rangkaian Rujukan Ahli. Item-item yang diambil kira bagi pengiraan nilai deposit yang layak untuk dikira bagi pemberian Ganjaran berdasarkan Rangkaian Rujukan Ahli adalah seperti berikut : a) Stored Average Credit Balance of Saving Account/Giro Account i. Pelanggan Baru Bank Bagi Pelanggan Baru Bank, Ahli akan bermula dengan nilai sifar (0). Pelanggan Sediaada Bank Bagi Pelanggan Sediaada Bank, sistem akan mengambil kira purata Average Credit Balance bagi semua akaun simpanan/giro pelanggan yang ada bagi tempoh 6 bulan sebelum program ini dilaksanakan. b) AgroPrimaS Average Credit Balance (Month End) Pihak Bank akan mengira average credit balance bagi akaun AgroPrimaS Ahli setiap bulan. c) All saving/giro Average Credit Balance (Month End) Pihak Bank akan mengira average credit balance bagi semua akaun simpanan/giro milik Ahli setiap bulan. 2) Pengiraan Ganjaran (Formula dan Pengiraan) i. Item-item yang diambil kira seperti di atas : A B1 B2 AgroprimaS Average Credit Balance (Month End) Stored Average Credit Balance of Saving/Giro account All Saving/Giro Account Average Credit Balance (Month End) Formula bagi pengiraan deposit yang layak untuk dikira bagi pemberian Ganjaran adalah A +B2 B1 Halaman 10 daripada 11

i Terdapat dua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank di dalam pengiraan ini iaitu -: a. Ganjaran hanya akan dikira sekiranya terdapat peningkatan kepada nilai deposit iaitu apabila AgroprimaS Average Credit Balance (Month End) ditolak dengan Stored Average Credit Balance of Saving/Giro Account memberikan nilai positif. b. Sekiranya nilai yang layak dikira bagi pemberian Ganjaran adalah lebih tinggi daripada nilai average credit balance Akaun AgroPrimaS Ahli maka nilai yang lebih rendah di antara kedua-dua nilai yang akan diambil kira oleh pihak Bank. c. Contoh bagi pengiraan yang dinyatakan seperti di atas adalah seperti berikut : Item Jumlah AgroprimaS Average Credit Balance (Month End) RM 6,000.00 Stored Average Credit Balance of Saving/Giro RM 4,000.00 account All Saving/Giro Account Average Credit Balance RM 5,000.00 (Month End) Berdasarkan formula di atas: RM 6,000 + RM 5,000 RM 4,000 = RM 7,000 Akan tetapi, dengan merujuk peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank, nilai deposit yang layak untuk dikira bagi pemberian Ganjaran RM 6,000dan bukannya RM 7,000. Halaman 11 daripada 11