GARIS PANDUAN PENDAFTARAN NAMA PERNIAGAAN

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PERMOHONAN PERTUKARAN MAJIKAN

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P005

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

LAWS OF BRUNEI CHAPTER 183 HALAL MEAT

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

MALAYSIA. Warta Kerajaan SERI PADUKA BAGINDA DITERBITKAN DENGAN KUASA HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY RANG UNDANG-UNDANG

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

UNIVERSITY OF MALAYA

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

PENILAIAN PENGETAHUAN

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN A IR (PELESENAN) 2007

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

THE CONCEPT OF CRIMINOLOGY {BATHIL) IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/ TAMBAHAN DOKUMEN (CPD) Peneraju Proses: Pejabat Naib Canselor, (Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH KEDOKTORAN) 2017

2.1 Arahan kerja ini merupakan sebahagian daripada Proses Tuntutan Hasil/ Amanah (Rujuk : PA/UPKK.BEND/002/KL)

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Borang Permohonan Pembiayaan Saham Korporat

1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Transcription:

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN NAMA PERNIAGAAN 1. PENDAHULUAN 1.1 Nama perniagaan merupakan gaya atau tajuk yang digunakan bagi pengenalan sesuatu perniagaan yang dijalankan. 1.2 Nama perniagaan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu: Nama sendiri: Menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan. Kategori ini tidak perlu semakan untuk kelulusan. Contoh Ruslan Bin Mohamad, Lee Yng Fei dan Sharmila A/P Avaniappan. Nama tred: Nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering dan ABS Unggul Enterprise. 2. PROSEDUR PENGENDALIAN PERMOHONAN NAMA Proses Permohonan Nama Perniagaan Permohonan untuk carian nama mesti dibuat menggunakan Borang PNA42. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap. Jika nama yang dipohon mengandungi perkataan yang memerlukan kelululusan YB Menteri, Pemohon perlu melengkapkan maklumat dan melampirkan dokumen sokongan untuk kelulusan YB Menteri. 3. PANDUAN PERTIMBANGAN PERMOHONAN KELULUSAN NAMA PERNIAGAAN Mematuhi Peruntukan Undang-Undang/Akta

Menamakan perniagaan mestilah tidak bertentangan dengan perlembagaan, undang-undang dan tidak mempunyai unsur negatif. Nama perniagaan tidak boleh menggunakan perkataan yang dilarang oleh undang-undang berikut: Kaedah 15, Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 (Lihat perkara 5); Warta Kerajaan Bil. 716, Akta Syarikat 1965 (Lihat perkara 6); dan (c) Peruntukan undang-undang lain mengenai larangan penggunaan perkataan tertentu tanpa kebenaran pihak yang mentadbir dan mengawalselia undang-undang berkenaan. 4. PRINSIP-PRINSIP MENAMAKAN PERNIAGAAN 4.1 Penggunaan Bahasa Dan Ejaan Yang Betul Nama hendaklah menggunakan laras Bahasa dan ejaan yang betul. Penggunaan campuran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah dibenarkan jika penggunaannya adalah untuk menggambarkan jenis perniagaan dan mestilah mengikut laras Bahasa yang betul; Padu Construction bukan Construction Padu Kedai Dobi Power bukan Power Kedai Dobi Sekiranya nama mengandungi perkataan yang bukan dari Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau rekaan, makna atau asal usul perkataan tersebut hendaklah diberikan. 4.2 Nama Yang Tidak Terlalu Umum

Nama yang dipohon mestilah mempunyai nama identiti dan tidak terlalu umum. Nama adalah dianggap umum jika menggunakan perkataan biasa (common words) atau hanya menunjukkan aktiviti; Technology Resources 4.3 Tidak Menyerupai Nama Perniagaan Yang Telah Didaftarkan Atau Dalam Simpanan Nama Perniagaan adalah dikatakan sama/serupa jika hanya dibezakan oleh penggunaan perkataan atau simbol yang berikut: Simbol & atau huruf/abjad N, atau perkataan dan atau and ; Light & Easy Trading = Light N Easy Trading Light and Easy Trading = Light Easy Trading Penggunaan simbol. (noktah) atau - (sempang); A-B-C Trading = A.B.C. Trading ABC Resources = A.B.C. Resources (c) Mengandungi perkataan-perkataan yang membawa maksud yang sama; Builder= Build Forwarding = Forwarders (d) Perbezaan daripada segi kata ganda (Plural Version) atau kata imbuhan; ABC Services = ABC Service ABC Technology = ABC Technologies

ABC Publish = ABC Publishing ABC Trade = ABC Trading (e) Perbezaan hanya perkataan New atau Baru ; Golden Dynamic Trading = New Golden Dynamic Trading Perusahaan Dinamik = Perusahaan Dinamik Baru (f) Nama Perniagaan adalah dianggap berbeza dan tidak sama jika mempunyai perbezaan huruf atau susun kata; Blue Star Trading tidak sama dengan Star Blue Trading CM World Trading tidak sama dengan CMT World Trading MCY Tech tidak sama dengan MYC Tech (g) Perkataan biasa yang digabungkan adalah dianggap perkataan biasa dan tidak sama jika keseluruhan nama tidak sama; Setiabudi Maju Services tidak sama dengan Setiabudi Jaya Services 4.4 Bukan Nama-Nama Yang Kurang Sopan, Menghina atau Mengelirukan Dari Segi Identiti Dan Objek Nama yang dicadangkan tidak mengandungi atau mempunyai unsur-unsur berikut: Nama yang mempunyai unsur-unsur nama yang lucah atau dianggap menghina atau mencerca; dan Sesuatu nama dianggap mengelirukan dari segi identiti dan objek jika nama yang dipohon tidak seiring dengan jenis perniagaan; Restoran Maju (Menjalankan aktiviti menjual pakaian) Karate Academy (Menjalankan aktiviti menjual makanan)

4.5 Mematuhi Prinsip-Prinsip Umum Lain Yang Ditetapkan Perkataan yang menyentuh atau melambangkan unsur-unsur keagamaan atau kepercayaan atau melambangkan unsur sesuatu agama tidak dibenarkan; Alkarim, Alqudus, Almuhaimin Lord Sri Shiva Resources Mekah Great God Enterprise Penggunaan nama diri dibenarkan dalam keadaan berikut: (i) Penggunaan nama tokoh-tokoh terkenal perlu mendapat kebenaran daripada individu berkenaan atau waris; (ii) Nama-nama yang dikaitkan dengan tokoh sejarah dalam dan luar negara yang sedia dikenali umum di bidang masing-masing seperti nama Ibnu Sina, Cheng Ho, Marco Polo, Raffles, Parameswara, Hang Tuah dan seumpamanya; (iii) Nama yang merujuk kepada nama diri pemilik nama individu yang bersesuaian; (iv) Menggunakan nama penuh pemilik sahaja dibenarkan sekiranya nama mengandungi perkataan yang diwartakan seperti Putera/Puteri/ Raja; Raja Gopal a/l Muthusamy Enterprise bukannya Raja Enterprise (c) Nama yang mengandungi perkataan yang boleh dikelirukan sebagai jenis identiti di bawah undang-undang atau NGO/NPO seperti Company, Co. Corporation, Perbadanan, Syarikat Yayasan, Foundation Kelab, Persatuan dan lain-lain

seumpamanya tidak dibenarkan digunakan sebagai nama perniagaan; (d) Tidak dibenarkan menggunakan nama yang ada kaitan dengan singkatan nama badan-badan berkanun, syarikat-syarikat atau agensi kerajaan termasuk: (i) Singkatan nama institusi-institusi pengajian tinggi; UiTM, UTM, UM, UKM, UPM, UUM, USM, UIA, UNIMAS, UMS, UIAM,UPSI,UMT,UMP,UTEM,UNIMAP dan lain-lain seumpamanya. (ii) Singkatan nama agensi-agensi kerajaan Persekutuan atau Negeri dan Syarikat Milik Kerajaan (GLC); SSM, CCM, JKR, JPA, JPM, BNM, KPDNKK, SEDC, PKEN, SIRIM, TNB, PNB, FELDA, FELCRA, PETRONAS, SKM, MYCC, MIDA, KWSP, LHDN, PERKESO, MARDI, RISDA dan seumpamanya. (e) Tidak dibenarkan menggunakan perkataan yang dikawal dan dihadkan penggunaan kerana kepentingan nasional atau awam termasuk: (i) Perkataan-perkataan daripada slogan-slogan kerajaan seperti 1 Malaysia, Wawasan 2020, Malaysia Boleh dan lain-lain yang diperkenalkan dari semasa ke semasa; dan (ii) Nama singkatan yang boleh dikelirukan dengan nama-nama syarikat multi-nasional yang dikenali umum seperti PNB, ICI, Kulim Hi-Tech Cyber MSC / Multimedia Super Corridor atau Koridor Raya Multimedia dan lain-lain;

(f) Nama-nama yang ada kaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal oleh agensi pekerjaan atau oleh sesuatu profesion yang tidak dibenarkan; Arkitek, Jurutera, Doktor, Farmasi dan lain-lain (g) Penggunaan simbol dibenarkan dalam nama perniagaan kepada 5 simbol sahaja dan mestilah bersesuaian dengan penggunaannya iaitu: (i) Simbol & atau huruf N untuk menggantikan perkataan dan, and ; D&T Services (ii) Simbol. ( noktah ); A.B.C Trade. (iii) Simbol - (sempang/hyphen). Dibenarkan hanya bagi perkataan yang sememangnya berbentuk kata ganda; Kupu-Kupu Design Focus Re-Engineering Perkataan yang mempunyai unsur jamak tidak perlu digandakan kerana tanpa menggandakan sudah memadai untuk menunjukkan jamak; Kedai Barang Logam Jati Pusat Alat Sukan Kencana, (iv) Simbol ( ) tanda kurungan.

Penggunaan tanda kurungan dibenarkan dalam keadaan dan maksud yang sesuai; ZY Advertising (2014) ZY Advertising (Bangsar) (v) Simbol ( apostrophe ) dibenarkan bagi penggunaan yang sesuai; Dato Afiq Success Construction Sa diah Binti Muhammad Enterprise (h) Penggunaan angka/nombor (Numeric) dibenarkan bagi penggunaan yang bersesuaian; 123 Maju Enterprise Maju Hijau 1 Enterprise (i) Penggunaan huruf/abjad (Alphabet) dibenarkan bagi penggunaan yang sesuai; ABCY Construction ABCY Trading CNMM Development (j) Perkataan Malaysia atau nama negeri di awal nama tidak dibenarkan kecuali terdapat kepentingan Kerajaan Persekutuan/Negeri atau mendapat persetujuan dari pihak yang berkenaan; Malaysia Handicraft Center Malaysia Trading

Perkataan ini boleh digunakan dalam keadaan berikut : Atiqah Kain Songket Terengganu (k) Gabungan nama/perkataan yang mengandungi perkataan yang diwartakan hendaklah mendapat kelulusan YB Menteri; DanaRakyat Consultant RoyalHotel (l) Penggunaan nama tempat hendaklah diikuti dengan keterangan perniagaan; dan Contoh : Teluk Intan Marketing Ipoh Sweet & Candy Store (m) Penggunaan semula nama perniagaan yang telah luput/ditamatkan: (i) Dibenar selepas 12 bulan dari tarikh tamat tarikh atau luput perniagaan tersebut; dan (ii) Dibenar tanpa had jika perniagaan telah ditamatkan melalui Borang C. 5 KAEDAH 15, KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1957 Nama-Nama yang tidak boleh didaftarkan kecuali dengan kelulusan Menteri (1) Kecuali dengan kelulusan Menteri, tiada perniagaan boleh didaftarkan dengan suatu nama yang: Mengandungi mana-mana perkataan yang mencadangkan perhubungan dengan Yang di Pertuan Agong, Raja Permaisuri

Agong atau Raja sesebuah Negeri atau seorang kerabat Diraja atau naungan diraja termasuk perkataan-perkataan Diraja atau mana-mana ungkapan persamaan yang mengandungi makna yang sama; (c) Mengandungi mana-mana perkataan yang mencadangkan perhubungan dengan Jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri, badan berkuasa, pihak berkuasa atau agensi atau mana-mana perbadanan atau lain-lain pihak berkuasa tempatan, termasuk perkataan-perkataan seperti Persekutuan, Negeri atau Kebangsaan ; Mengandungi mana-mana perkataan yang mencadangkan perhubungan dengan mana-mana kerajaan Asean, Komenwel atau lain-lain kerajaan asing atau dengan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu atau lain-lain organisasi antarabangsa; (d) Mengandungi perkataan-perkataan Chartered atau manamana perkataan-perkataan yang mencadangkan perhubungan dengan mana-mana Pertubuhan atau badan yang diperbadankan oleh Royal Charter ; (e) Mengandungi perkataan-perkataan Persatuan Kesatuan, Yayasan, Amanah, Angkatan, Koperasi, Antarabangsa atau mana-mana ungkapan yang mengandungi makna yang sama; (f) Mengandungi mana-mana perkataan yang buruk atau yang mungkin menyinggung perasaan masyarakat; (g) Mengandungi mana-mana perkataan yang mengelirukan tentang jenis, skop atau kepentingan perniagaan yang dijalankan atau yang akan dijalankan di bawah nama tersebut;

(h) Mengandungi mana-mana perkataan yang menyinggung perasaan mana-mana kaum atau agama. (2) Pendaftar dengan kebenaran Menteri boleh menghadkan penggunaan apa-apa nama lain yang pada pendapatnya adalah tidak wajar dan Pendaftar hendaklah menyebabkan nama-nama tersebut disiarkan di dalam Warta. 6. WARTA KERAJAAN BIL 716 BERTARIKH 30 JANUARI 1997 Arahan Menteri di bawah Seksyen 22(1) dan 341 Akta Syarikat 1965 Menurut peruntukan di bawah seksyen 22(1) dan 341 Akta Syarikat 1965, Menteri mengarahkan Pendaftar Syarikat supaya tidak menerima untuk pendaftaran nama sesebuah syarikat atau syarikat asing sekiranya nama itu suatu nama ataupun nama daripada jenis yang disebutkan di dalam Jadual melainkan kelulusan Menteri telah diperolehi terlebih dahulu. JADUAL Nama-nama yang membayangkan kaitan dengan ahli Keluarga Diraja atau naungan Diraja termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan seperti Diraja, Raja, Permaisuri, Putera, Puteri, Mahkota, Raja Muda atau Yang/Maha Mulia ; Nama-nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Jabatan Kerajaan Negeri atau Persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa atau agensi kerajaan atau mana-mana majlis perbandaran ataupun pihak berkuasa tempatan yang lain termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan seperti Persekutuan, Negeri atau Nasional ;

(c) Nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Kerajaan Negara Asean, Komanwel atau kerajaan asing atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana pertubuhan antarabangsa atau kartel termasuk nama yang mengandungi perkataan seperti ASEAN, UNESCO, NATO, EEC atau OPEC ; (d) Nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu parti politik, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi atau persatuan pembinaan; (e) Nama yang termasuk perkataan yang berikut atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya: Amanah, Amanah Saham, Bank, Bursa, Bumiputra, Biro, Buatan Malaysia, Dewan Perniagaan dan Perindustrian, Dewan Pengeluaran, Eksekutor, Harga Patut, Institut, Insurans, Jaminan, Jurubank, Kewangan, Khazanah, Kredit, Kolej, Majlis, Pengguna, Pelaburan, Pejabat Pendaftaran, Pajakan, Perdana, Tauliah, Tabung, Universiti, Urusan Bank atau Yayasan ; (f) Nama yang mengelirukan dari segi identiti, jenis, objek atau tujuan sesebuah syarikat atau yang mengelirukan dengan apa jua cara lain; (g) Nama yang mencerca atau yang mungkin dianggap menghina oleh orang-orang awam; dan (h) Nama yang (i) diterjemahkan daripada nama syarikat atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta; atau

(ii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama mana-mana syarikat tempatan atau syarikat asing lain yang didaftarkan di bawah Akta; atau (iii) mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama yang telah disimpan bagi tujuan penubuhan suatu syarikat baru atau pendaftaran suatu syarikat asing ataupun bagi tujuan penukaran nama suatu syarikat tempatan atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta.