PEMERKASAAN SISTEM ZAKAT DI MALAYSIA: PERMASALAHAN DAN CADANGAN PELAKSANAAN

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Mohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

THE 5 th ISDEV INTERNATIONAL ISLAMIC DEVELOPMENT MANAGEMENT CONFERENCE (IDMAC 2011) Islamic Marketing & Asset Management DECEMBER 2011

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

PROGRAM USAHAWAN BAGI MEMPERKASAKAN EKONOMI GOLONGAN ASNAF: PEMANTAUAN DARI APLIKASI MYEMA ABSTRACT

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Mohd Suffian Mohamed Esa Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Ali Mohd Noor Universiti Kebangsaan Malaysia

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Prosiding SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA. 22 Mac Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

HALANGAN EKONOMI DALAM MENUNAIKAN TUNTUTAN ZAKAT DI KALANGAN OKU PENGLIHATAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN FAKTOR PERSEKITARAN TERHADAP PEMATUHAN ZAKAT PENDAPATAN

The Comparison Between Zakat for Income and Income Tax: Perceptions of Academician in The State of Perak

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Nur Aliah Mohd Sukeri 1 Zulaikha Mohd Hanafiah 2 Hairunnizam Wahid 3

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Transcription:

PEMERKASAAN SISTEM ZAKAT DI MALAYSIA: PERMASALAHAN DAN CADANGAN PELAKSANAAN Muhammad Nur Aiman Bin Zulkifli 1 Nur Fatihah Binti Lockman 2 Filzah Farah Binti Zainoddin 3 Fakulti Undang Undang, Governan Dan Hubungan Antarabangsa Kolej Universiti Islam Melaka ABSTRAK Zakat merupakan rukun islam keempat yang wajib ditunaikan oleh umat islam serta mempunyai dalil-dalil yang qat ie tentang pensyariatannya. Zakat merupakan satu wadah pemangkin ekonomi islam. Zakat berpotensi mengurangkan jurang kemiskinan di samping mengukuhkan kedudukan ekonomi umat islam setempat. Pelbagai permasalahan telah dikaji dan beberapa faktor telah dikesan. Antara faktor utama ialah masyarakat itu sendiri tidak mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai zakat seperti yang termaktub dalam syariat islam. Kini dengan adanya pelbagai teknik pembayaran zakat, namun ianya masih belum memberi impak yang memuaskan kepada masyarakat dan Negara. Objektif kajian ini dibahagikan kepada dua. Pertama adalah untuk menyelaraskan sistem kutipan zakat di setiap negeri. Kedua, menguatkuasakan undang-undang kepada golongan yang enggan membayar zakat. Soal selidik bagi kajian ini telah dilakukan untuk mengumpul data dan sampel yang dijalankan secara menemubual masyarakat yang terdiri daripada pelbagai strata. Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah kefahaman masyarakat mengenai pelaksanaan sistem zakat yang merupakan tunjang utama dalam usaha memperkasakan sistem zakat di Malaysia. Kata Kunci : Zakat, Pemerkasaan Zakat, Sistem Zakat, Permasalahan, Cadangan 1 Mahasiswa Diploma Syariah, Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa 2 Mahasiswi Diploma Syariah, Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa 3 Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa

PENDAHULUAN Taraf kehidupan umat Islam yang melibatkan lapan golongan yang disebut di dalam al-quran iaitu fakir, miskin, amil, muaalaf, riqab, gharimin, fi sabilillah dan ibnu sabil dapat ditingkatkan dengan pelaksanaan zakat kerana ianya merupakan salah satu hasil kewangan Islam yang telah disyariatkan. Jasni Sulong dan Anwar Mohd Ali (2012) menyatakan bahawa zakat dapat membasmi kemiskinan antara sesama komuniti, menerap budaya tolong-menolong dan meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat daripada sudut ekonomi melalui sistem penggiliran atau tampungan kewangan. Perintah kewajipan zakat mempunyai ketertinggian sebagai mana perintah kewajipan solat. Oleh itu, zakat merupakan rukun Islam keempat yang menjadi satu kewajipan kepada umat Islam untuk membayarnya setelah mencapai kadar dan syarat-syarat tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan. Antara syarat wajib zakat ialah Islam, memiliki nisab, cukup haul setelah setahun atas pemilikan nisab, merdeka dan sempurna milik. Pembayaran zakat dapat menyucikan diri seseorang itu daripada sikap tamak dan sikap dengki sesama manusia. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan surah at-taubah ayat 103 yang menyatakan Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk). Pengenalan zakat di Malaysia telah wujud setelah datangnya Islam ke Tanah Melayu. Namun, maklumat secara terperinci mengenai zakat amatlah berkurangan. Hal ini kerana pentadbiran zakat itu sendiri tidak ditadbir secara tersusun di bawah bidang kuasa kerajaan atau pemerintah Shofian Ahmad dan Amir Husin Mohd Nor (2002). Menurut Muhsin Nor Paizin (2014) perlaksanaan dan pengurusan zakat adalah dilakukan secara tradisi kampung iaitu masyarakat menyerahkan harta zakat kepada guru-guru agama yang bertindak sebagai amil bagi sesuatu kawasan dan mengagihkannya kepada asnaf mengikut keperluan yang ada. Kini, perlaksanaan dan pengurusan zakat telah diuruskan oleh Pusat Kutipan Zakat dibawah pengawasan Majlis Agama Islam Negeri. Oleh yang demikian, setiap negeri mempunyai pengurusan dan enakmen yang berbeza kerana pentadbiran zakat diletakkan di bawah kuasa negeri. Hal ini menyebabkan berlaku beberapa faktor terhadap permasalahan yang timbul dalam konteks kutipan. Antara faktor yang dapat dikesan adalah sistem pentadbiran yang tidak selaras dan penguatkuasaan undang-undang. Objektif dan tujuan penulisan ini adalah untuk mengkaji

sejauh mana keberkesanan sistem zakat yang telah diamalkan di Malaysia kini. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk melihat pemerkasaan kepada undang-undang mengenai zakat itu sendiri. PERMASALAHAN SISTEM PENTADBIRAN ZAKAT Permasalahan utama yang menjadi penghalang kepada keberkesanan zakat terhadap ekonomi umat islam ialah sistem zakat itu sendiri. Sistem zakat di Malaysia masih jelas akan kelemahannya pentadbiran sistem zakat di Malaysia. Hal ini kerana, setiap negeri mempunyai sistem pentadbiran yang berbeza-beza. Oleh itu, dapat dilihat setiap negeri mempunyai nisab zakat yang berbeza. Hal ini mengakibatkan masyarakat mengambil kesempatan untuk memilih negeri yang mempunyai nisab yang lebih rendah kerana setiap negeri tidak memperuntukkan pekeliling kepada masyarakat untuk membayar zakat di tempat asalnya. Justeru itu, akan menyebabkan kutipan zakat di negeri-negeri tidak teratur. Selain itu, prosedur zakat yang terlampau banyak menyebabkan masyarakat kurang gemar untuk memohon zakat. Masyarakat juga perlu mengisi borang untuk memohon zakat. Perkara sebegini menyebabkan masyarakat yang buta huruf mengalami kesukaran untuk mengisi borang-borang tersebut. KURANG PENDEDAHAN TERHADAP ZAKAT Seterusnya, kesedaran dan pendidikan mengenai zakat amatlah kurang diaplikasikan kepada masyarakat islam di Malaysia. Kesedaran dan pendidikan yang menjadi permasalahan dalam kajian ini bukanlah tertumpu kepada zakat fitrah. Namun kajian ini lebih menekankan kesedaran dan pendidikan masyarakat terhadap zakat harta seperti zakat emas dan perak, zakat perniagaan, zakat pertanian dan sebagainya. Hal ini kerana, zakat fitrah secara umumnya masyarakat tidak akan ketinggalan untuk membayarnya di bulan Ramadan kerana sering diuar-uarkan di dalam media massa dan media cetak. Permasalahannya zakat harta ini sering dilupakan kerana masyarakat beranggapan zakat hanyalah tertakluk kepada zakat fitrah sahaja. Perkara ini dapat dibuktikan melalui soal selidik yang telah dijalankan kepada masyarakat mengenai zakat yang mereka ketahui.

DAPATAN KAJIAN Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diedarkan ke seluruh negeri di semenanjung Malaysia. Sebanyak 1000 helai borang selidik yang telah diedarkan. Namun, borang soal selidik yang telah dipulangkan adalah sebanyak 700 helai. Setelah ditapis borang soal selidik yang diterima, sejumlah 200 borang selidik telah rosak kerana tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Oleh itu, jumlah keseluruhan soal selidik yang digunakan untuk analisis adalah 500 orang responden. Kemudian profil responden dibentuk untuk melihat ciri - ciri responden dalam kajian ini. Ianya adalah untuk mengenal pasti dan memberi gambaran secara jelas mengenai responden. Jadual satu menunjukkan profil responden melalui hasil kajian yang diperolehi. Berdasarkan jadual 1 sebanyak (47.5%) orang responden lelaki dan (52.5%) orang responden perempuan. Lingkungan umur bagi 30 tahun sehingga 40 sebanyak (20.5%), 41 hingga 50 tahun seramai (40.8%) dan 51 dan keatas (38.7%). Merujuk kepada jadual satu, didapati responden terdiri daripada empat tahap pendidikan iaitu bermula pada tahap yang paling rendah kepada tahap yang paling tinggi. Pada tahap yang terendah iaitu sebanyak (14.5%) responden mempunyai pendidikan pada tahap SPM/SPMV. Katogeri yang seterusnya menunjukkan secara majoriti responden mempunyai pendidikan di peringkat IPT dengan (56.4%) responden yang mempunyai tahap pendidikan di tahap STAM/Diploma/STPM/ASASI dan yang setaraf. Sebanyak (19.7%) orang pemegang Ijazah Sarjana Muda dan sebanyak (9.4%) responden pemegang Sarjana/PHD. Bagi profil pekerjaan pula hasil analisis menunjukkan sebanyak (57.3%) responden penjawat kerajaan, sebanyak (20.2%) responden penjawat swasta, sebanyak (22.5%) orang bekerja sendiri, CIRI RESPONDEN KATEGORI RESPONDEN PERARUSAN JANTINA LELAKI 47.50% PEREMPUAN 52.50% 30-40 TAHUN 20.50% UMUR 41-50 TAHUN 40.80% > 51 TAHUN 38.70% SPM / SPMV 14.50%

PENDIDIKAN Diploma / STAM/ ASASI dan yang setaraf 56.40% IJAZAH SARJANA MUDA 19.70% IJAZAH SARJANA DAN PHD 38.70% PENJAWAT KERAJAAN 57.30% PEKERJAAN PENJAWAT SWASTA 20.20% BEKERJA SENDIRI 22.50% JADUAL 1 : PROFIL RESPONDEN Berdasarkan jadual dua, satu analisis mengenai keterangan responden yang diuji berdasarkan jumlah soal selidik telah dijalankan. Keterangan yang pertama ialah mengenai kepercayaan masyarakat mengenai amil-amil zakat di Malaysia. Sebanyak 29.50% masyarakat mempercayai amil-amil zakat tetapi, sebanyak 70.50% masyarakat tidak mempercayai amil-amil zakat. Hal ini menyumbang kepada pembayaran zakat terus kepada asnaf berlaku berterusan sehingga kini. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, didapati 59.20% responden yang membayar zakat terus kepada asnaf tanpa melalui pusat kutipan zakat. Seterusnya, terdapat 64.70% masyarakat yang meragui sistem pentadbiran zakat. Perkara ini juga telah menyumbang kepada cadangan perubahan yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan zakat dalam mentadbir zakat. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, sebanyak 79.80% masyarakat yang inginkan perubahan yang drastik dilakukan. Akhir sekali, terdapat 79.30% masyarakat yang tidak mengetahui undang-undang mengenai zakat. Hal ini juga turut menyumbang kepada ketidakpatuhan masyarakat mengenai enakmen yang telah ditetapkan oleh setiap negeri. KETERANGAN JUMLAH UNDIAN YA TIDAK KEPERCAYAAN TERHADAP AGEN-AGEN ZAKAT 29.50% 70.50% PEMBAYARAN TERUS KEPADA ASNAF 59.20% 40.80% KEWAJARAN MERAGUI SISTEM ZAKAT 64.70% 35.30% PERUBAHAN DALAM PENTADBIRAN SISTEM ZAKAT 79.80% 20.20% PENGETAHUAN UNDANG-UNDANG MENGENAI ZAKAT 20.70% 79.30% JADUAL 2: ANALISIS KETERANGAN RESPONDEN

Melalui hasil penyelidikan kami terhadap responden, didapati bahawa rakyat kini kurang pendidikan mengenai zakat itu sendiri. Hasil daripada borang selidik yang kami jalankan, kami mendapati bahawa ilmu mengenai zakat ini kurang dalam kalangan individu. Namun, jika dilihat semula kepada dasar pensyariatan zakat adalah wajib dan merupakan fardhu ain. Di sini tidak seharusnya berlaku pengecualian dalam pengetahuan mengenai zakat. Isu tanggungjawab kepada agama seharusnya tidak berlaku sebarang pengecualian tanpa alasan yang kukuh dan dibenarkan syarak. Berbalik kepada hasil kajian kami menunjukkan bahawa majoriti 500 responden mengetahui zakat fitrah, zakat pendapatan 326 responden, zakat emas dan perak seramai 170 responden, zakat ternakan seramai 185 responden, zakat pertanian seramai 291 responden, zakat perniagaan seramai 395 responden, zakat wang simpanan seramai 240 orang responden, zakat saham seramai 379 orang responden, zakat rikaz seramai 86 orang responden dan zakat KWSP hanya 127 responden sahaja. Statistik ini menunjukkan bahawa masyarakat kita tidak terdedah secara menyeluruh ilmu mengenai jenis-jenis zakat yang terdapat di Malaysia. Perkara ini membantutkan keberkesanan mekanisma zakat di negara kita. JENIS-JENIS ZAKAT YANG DIKETAHUI OLEH RESPONDEN JENIS ZAKAT JUMLAH ZAKAT FITRAH 500 ZAKAT PENDAPATAN/ GAJI 326 ZAKAT EMAS DAN PERAK 170 ZAKAT PERNIAGAAN 395 ZAKAT PERTANIAN 291 ZAKAT TERNAKAN 185 ZAKAT WANG SIMPANAN 240 ZAKAT SAHAM 379 ZAKAT RIKAZ 86 ZAKAT KWSP 127 JADUAL 3: PENGETAHUAN RESPONDEN

CADANGAN MENYELARASKAN SISTEM ZAKAT Dewasa ini terdapat beberapa masalah dihadapi oleh institusi zakat di setiap negeri. Masalah ini berpunca daripada pengurusan zakat yang efisyen. Justeru, bagi menyelesaikan masalah yang timbul maka setiap pusat kutipan zakat di setiap negeri perlulah diselaraskan dengan menggunakan satu sistem yang sama. Hal ini dapat memastikan semua pusat zakat yang terdapat di setiap negeri lebih terurus dan efisyen. Perkara pertama yang harus dilaksanakan adalah menyelaraskan nisab zakat di seluruh negeri negeri. Perkara sebegini dapat memudahkan masyarakat untuk membayar zakat seperti yang telah disyariatkan. Menyelaraskan nisab zakat dapat mengelakkan pengusaha-pengusaha syarikat yang mempunyai cawangan di setiap negeri keliru mengenai nisab zakat yang telah ditetapkan dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tidak membayar zakat. Justeru itu, pihak-pihak yang berkuasa seperti majlis agama Islam, jabatan agama Islam dan pusat kutipan zakat setiap negeri perlulah berganding bahu untuk menyelaraskan nisab tersebut. Selain itu, dicadangkan agar pusat zakat di negeri-negeri mengurangkan prosedur untuk memohon zakat. Hal ini kerana, ianya akan membuatkan masyarakat berasa terbeban kerana terpaksa menunggu masa yang agak lama untuk pengesahan kelulusan permohonan tersebut. Perkara sedemikian akan menjadikan masyarakat tidak mahu untuk memohon zakat kerana proses yang membebankan terutamanya masyarakat di kawasan luar bandar kerana segelintir di antara mereka yang buta huruf. Perkara sebegini akan menyukarkan masyarakat untuk mengisi borang-borang tersebut. Oleh itu, pihak zakat perlulah bekerjasama dengan penghulu kampung untuk mendapatkan maklumat mengenai penduduk yang memerlukan zakat. Ini akan memudahkan masyarakat yang memerlukan bantuan zakat untuk memohon zakat kerana pihak zakat sendiri telah mempunyai maklumat pemohon. Pihak zakat juga perlulah menyediakan seorang pegawai untuk membantu golongan yang buta huruf untuk mengisi borang-borang zakat

MEMPERKASAKAN KUALITI PERKHIDMATAN Institusi zakat yang ditubuhkan perlulah mempunyai kakitangan dan pegawai yang berpendidikan dan mempunyai bidang kuasa yang khusus supaya kerja yang dilakukan akan menjadi lebih proaktif dan efektif. Oleh itu, latihan perlulah diberikan kepada kakitangan kerana ianya penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agar prestasi kerja dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Setiap institusi zakat perlu mengaturkan program dan kursus berkenaan zakat dan pengurusannya kepada setiap kakitangannya supaya dapat meningkatkan kredibiliti dan daya produktiviti. Seterusnya, pegawai-pegawai zakat yang terlatih dan diiktiraf oleh setiap negeri perlulah menghadirkan diri ke syarikat-syarikat untuk memberi makumat mengenai zakat dari segi pengiraan dan pembayaran. Hal ini juga diperlukan pegawai-pegawai zakat yang mahir dalam bidang perakaunan dan kewangan. Dengan adanya ilmu pengetahuan secara langsung, para usahawan dapat menyediakan peruntukan syarikat untuk membayar zakat yang mana bukan hanya kepada pemilik syarikat tetapi kepada pekerjanya sekali. Oleh itu, kewajipan terhadap zakat pendapatan ke atas individu telah dilaksanakan. Memberi kaunseling kepada masyarakat yang ditangkap kerana tidak membayar zakat. Kaunselor mestilah mempunyai fahaman yang jelas mengenai zakat itu sendiri. Antara kaedah kaunseling yang boleh dijalankan adalah kaedah pemulihan. Kaedah pemulihan ini lebih kepada memperbetulkan persepsi dan kefahaman masyarakat mengenai kewajipan membayar zakat. Oleh yang demikian kaunselor perlulah menyediakan satu terapi untuk menyelesaikan masalah tersebut. MEMPERKASAKAN DAN MENAMBAH ENAKMEN BERKAITAN ZAKAT Undang-undang dan penguatkuasaan zakat merupakan suatu instrumen yang digunakan bagi memastikan kutipan zakat Kamil Md. Idris (2006).Cadangan yang seterusnya adalah dengan mewujudkan satu enakmen mengenai pembayaran zakat di negeri-negeri. Hal sebegini dapat memastikan masyarakat yang sepatutnya melunaskan zakat dapat menunaikannya setelah cukup syarat. Hal ini kerana, dapat dilihat bahawa setiap negeri telah mempunyai undang-undang zakat tersendiri. Kebanyakkan undang-undang yang terdapat di negeri-negeri hanyalah mengenai kuasa memungut zakat dan fitrah. Namun, kesalahan mengenai masyarakat yang tidak membayar zakat dan penyelewengan zakat tidak diperuntukkan sama sekali. Oleh yang

demikian, badan perundangan perlulah mewujudkan satu enakmen di negeri masing-masing mengenai kesalahan tidak membayar zakat. Melihat kepada bidang kuasa mahkamah syariah yang terhad, dicadangkan agar mahkamah syariah berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan perkara mengenai penyelewengan wang zakat. Hal ini kerana, secara amnya dapat dilihat bahawa mahkamah hanya memperuntukkan hukuman bagi perkara-perkara yang berkaitan pemungutan atau penyerahan hasil pungutan zakat dan fitrah. Justeru itu, dapat dilihat melalui kes seorang bekas amil dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM19,510. Redzuan, sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim sebanyak RM19,510 dengan menyalahgunakan wang itu untuk kegunaannya sendiri (UTUSAN 1/11/2011). Oleh itu, dapat dilihat dengan jelas bahawa perkara sebegini perlu diambil berat dan tindakan segera oleh badan-badan perundangan kerana masalah yang berlaku adalah berkaitan dengan kewangan orang Islam itu sendiri. KESIMPULAN Daripada kajian yang telah dibuat dapat disimpulkan bahawa undang-undang mengenai pentdbiran perlulah diletakkan secara keseluruhannya dan selaras di antara kerajaan negeri agar pentadbiran zakat di Malaysia akan menjadi lebih mantap dan efisyen. Selain itu, pelaksanaan zakat tidaklah hanya tertakluk kepada institusi-institusi di bawah Majlis Agama Islam sahaja malah kita perlulah melibatkan organisasi yang lain seperti SSM, LHDM, KASTAM, PDRM dan sebagainya. Selain itu pengaplikasian undang undang tersebut hendaklah dilaksanakan dengan cekap, telus dan tegas. Undang undang tersebut tidak seharusnya hanya satu penulisan di atas lembaran tanpa ada pelaksanaan yang sewajarnya seperti yang berlaku di Negara kita kini. Oleh itu, tampuk kepimpinan pentadbiran Negara kita harus sedar akan kepentingan penguatkuasaan undang undang dalam memperkasakan sistem zakat di Malaysia. Justeru itu, institusi pengurusan zakat pada masa kini juga memerlukan pengurus yang mempunyai ilmuilmu lain seperti pengurusan, keusahawanan, teknologi dan sebagainya.

BIBILIOGRAFI Al-Quran Abdul Hamid Mohd Hassan. (1998). Antara Zakat dan Cukai Pendapatan : Satu Analisis Penyelarasan. Kertas Kerja dibentang dalam Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan di Pusat Matrikulasi USM, 5-6 November 1998. Eza Ellany Abdul Lateff & Mohd Rizal Palil. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat pendapatan di Malaysia. Prosiding Perkem VI. Jilid 1(2011) 148-159: 12. Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor & Sanep Ahmad. (2005). Kesedaran Membayar Zakat: Apakah penentuannya?. IJMS 12 (2), 171-189 (2005). Kamil Md. Idris (2006). Kesan Persepsi Undang-Undang dan Penguatkuasaan Zakat terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. REKAYASA Journal of ethics, legal and governance Vol. 2, 2006 (32-41). hlm. 32-36 Muhammad Azam Hussain & Zuryati Mohamed Yusoff. (2005). Undang-undang Zakat di Negeri Kedah. The Malaysian Jurnal of Islamic Sciences. Vol 4.(2005). Muhsin Nor Paizin (2014). Amalan Dakwah Zakat Di Wilayah Persekutuan Malaysia: Satu Pemerhatian. Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization icasic 2014. Hlm. 482-489. Muhsin Nor Paizin. (2013). Perlaksanaan Zakat di Wilayah Persekutuan: Satu Pemerhatian Terhadap Operasi Kutipan dan Agihan Zakat. Jurnal Hadhari 6(2) (2013). 97-11:15. Nuruul Hidayah Mansor, Asmak Ab. Rahman & Nurzahidah Haji Jaafar. (2014). Memperkasa Zakat Pertanian Sebagai Pelan Pembanggunan Masyarakat Melayu. Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014) (e-isbn 978-967-13087-1- 4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. :16. Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid, Adnan Mohamad (2006). Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. IJMS 13 (2). hlm. 175-196

Shofian Ahmad & Amir Husin Mohd. Nor. (2002). Zakat: Membangun Ummah. Edisi pertama. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ishak Din, Haron Din & Abu Hassan Din al-hafiz. 1995. Soal Jawab Fiqh Harian. Hlm. 217. Shah Alam: Penerbitan Hizbi. Mohd Yusuf Islahi. Everyday Fiqh. 1994. Terj. Abdul Aziz Kamal. Ed ketiga. Jil II. Hlm.7. Delhi : Maktaba Zikra. Muhammad Sharif Chaudhry, M.A., LLB., Ph.D. 2012. Sistem Ekonomi Islam Prinsip Dasar. Terj. Suherman Rosyidi. Bil.20. Edisi Pertama. Bab 4. Hlm. 79. Jakarta: Kencana Prenada Media Group. Mustafa Al-Khin, Mustafa Al-bugha & Ali Al-Syarbaji. Manhaj Fiqh Al-Syafi i. 2003. Penyunting : Shahwan Bin Mansor & Ahmad Murad bin Ariffin. Terj : Mohd Yusof bin Ahmad, Abdul Kudos bin Othman, Jamil bin Abdul Wahab & Zulkifli bin Muhammad al-bakri. Jil II. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Nur Azura Sanusi. 2015. Aplikasi Zakat Dalam Ekonomi Islam. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: DBP Surtahman Kastin Hasan ar-rajaie. 2013. Ekonomi Islam Perlakuan Pengguna, Pengeluar dan Pasaran. Edisi Pertama. Petaling Jaya: DBP. Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi. 2013. Fiqh 4 Mazhab. Terj. H.M. Yusuf Sinaga Lc.MA, H.M. Abdurrahman Saleh SIregar Lc, MA & H. Muhammad Zuhirsyan Lc. MA. Kitab Zakat. Hlm.674-715. Edisi ke-empat. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Bekas amil pecah amanah dipenjara dan disebat. (1 November 2011). Utusan Malaysia.