POLISI PERSEMBAHAN KESENIAN DI BAWAH KELOLAAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KAJIAN ORNAMENTASI DALAM MUZIK MELAYU ASLI : PERMAINAN VIOLIN GAYA HAMZAH DOLMAT NIK SHAREENA ROSNY BINTI MOHD ROSLY

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PENGADAPTASIAN TEKNIK NYANYIAN BEL CANTO DALAM LAGU MELAYU ASLI SARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

REKA BENTUK CORAK GEOMETRI ISLAM PADA SENI BINA MASJID NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA NORLIS BINTI ISMAIL

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

Transcription:

POLISI PERSEMBAHAN KESENIAN DI BAWAH KELOLAAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NORHAYATI BINTI YUSOFF 27510 Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2013

POLISI PERSEMBAHAN KESENIAN DI BAWAH KELOLAAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NORHAYATI BINTI YUSOFF Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2013

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: POLISI PERSEMBAHAN KESENIAN DI BAWAH KELOLAAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SESI PENGAJIAN : 2012 / 2013 Saya NORHAYATI BINTI YUSOFF mengaku membenarkan *tesis ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 5. **sila tandakan SULIT SULIT TERHA TERHAD TIDAK TIDAK TERHAD (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh: (TANDATANGAN PENULIS) Tarikh: (TANDATANGAN PENYELIA) Tarikh : Alamat tetap: No. 7 Kampung Sri Sepuluh 18000 Kuala Krai Kelantan Catatan:* Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika tesis/laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

PENGAKUAN Projek bertajuk Polisi Persembahan Kesenian di bawah Kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini telah disediakan oleh Norhayati binti Yusoff dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni. Diterima untuk diperiksa oleh: (Tn.Hj.Mohd Ghazali bin Abdullah) Tarikh: i

PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Bersyukur saya kehadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan Penyelidikan Tahun Akhir Pengurusan Seni. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn. Haji Mohd Ghazali bin Abdullah yang merupakan selaku penyelia untuk penyelidikan ini yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Di samping itu, penghargaan terima kasih juga diucapakan kepada pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Agensi Pusat Pengggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini. Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan ini juga turut ditujukan kepada ahli keluarga yang tercinta terutama bonda tercinta Pn. Kiah binti Mail atas sokongan langsung dan tidak langsung yang telah diberikan dalam menyiapkan penyelidikan ini.. tanpa berkat dan doa mereka tidak mungkin saya berjaya menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar sokongan serta kepada saya dalam menyiapkan penyelidikan ini. Akhir kata dari saya, terima kasih atas segalanya. Selamat maju jaya. Jasa kalian amat dihargai Sekian, terima kasih. ii

ISI KANDUNGAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI FOTO SENARAI JADUAL SENARAI CARTA SENARAI SINGKATAN ABSTRAK ABSTRACT i ii iii vii vii viii viii viii-ix x xi BAB SATU: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 1-4 1.3 Permasalahan Kajian 5-7 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kerangka Kajian 8-10 1.7 Skop Kajian 11 1.8 Kepentingan Kajian 11 1.9 Batasan Kajian 12 1.10 Penyampaian kajian 12-13 iii

BAB DUA: SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pengenalan 14 2.2 Konsep Polisi 14-15 2.3 Ciri-Ciri Polisi 2.3.1 Syarat Pakaian Artis 15 2.3.2 Tarikh, Hari dan Masa Persembahan 15-16 2.3.3 Tempat Duduk Penonton 16 2.3.4 Jenis Persembahan 16-17 2.4 Konsep Seni Persembahan 17-18 2.5 Prinsip-Prinsip Seni Persembahan 2.5.1 Pentas 18-19 2.5.2 Penonton 19 2.5.3 Kumpulan Kesenian 19-20 2.5.4 Peraturan Persembahan 20-21 2.5.5 Pengurus Persembahan 22 2.6 Peranan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah 22-23 Persekutuan Kuala Lumpur 2.7 Kesimpulan 23 BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 24 3.2 Reka Bentuk dan Starategi Kajian 3.2.1 Reka Bentuk Kajian 24-25 3.2.2 Strategi Kajian 26 3.2.2.1 Peringkat I Kajian Awal 27 3.2.2.2 Peringkat II Pengumpulan Maklumat 27 iv

3.2.2.3 Peringkat III Analisis 27-28 3.2.2.4 Peringkat IV Penemuan Kajian 28 3.3 Lokasi Kajian 28 3.4 Prosedur dan Proses Pengumpulan Data 28-29 3.5 Jenis Data dan Sumber Data 3.5.1 Data Primer 30 3.5.2 Data Sekunder 30 3.6 Kaedah dan teknik Pengmpulan Data Primer 3.6.1 Temubual 30-31 3.6.2 Pemerhatian 31 3.7 Kaedah dan Teknik Pengumpulan Data Sekunder 3.7.1 Kajian Kepustakaan 31-32 3.7.2 Internet 32 3.8 Populasi 32 3.9 Persampelan 33 3.10 Instrumen Kajian 33-34 3.11 Penganalisisan Data 34 3.12 Kesimpulan 34 BAB EMPAT: ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 35 4.2 Mengenalpasti Peraturan dan Penguatkuasaan Polisi Persembahan 35-48 Kesenian di bawah Kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 4.3 Menghuraikan Program dan Aktiviti Kesenian di bawah 48-65 Kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. v

4.4 Menganalisis Kaedah Permohonan dan Proses Pengeluaran 65-80 Lesen Hiburan dan Persembahan Artis Luar Negara. 4.5 Kesimpulan 80 BAB LIMA: CADANGAN DAN RUMUSAN 5.1 Pengenalan 81 5.2 Rumusan 81-84 5.3 Penemuan Kajian 84-85 5.4 Cadangan Kepada Organisasi 85-86 5.5 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 86-87 5.6 Kesimpulan 87 RUJUKAN 88-89 LAMPIRAN LAMPIRAN A 90-92 LAMPIRAN B 93-116 LAMPIRAN C 117-123 LAMPIRAN D 124-141 LAMPIRAN E 142-158 LAMPIRAN F 159 LAMPIRAN G 160 LAMPIRAN H 161 LAMPIRAN I 162-166 LAMPIRAN J 167-168 LAMPIRAN K 169 LAMPIRAN L 170 LAMPIRAN M 171 vi

LAMPIRAN N 172-181 LAMPIRAN O 182 LAMPIRAN P 183-195 LAMPIRAN Q 196-197 SENARAI RAJAH PERKARA RAJAH 1.1 Carta Organisasi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian 5 Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur RAJAH 1.2 Kerangka Teori 8 RAJAH 3.1 Carta Aliran Kajian 26 RAJAH 3.2 Proses Pengumpulan Data 29 SENARAI FOTO PERKARA FOTO 4.1 Evolusi Muzik 53 FOTO 4.2 Seni Budaya Aidilfitri : Pemimpin Bersama Rakyat 54 FOTO 4.3 Bengkel Produksi 54 FOTO 4.4 Ekspresi Seni Kuala Lumpur 55 FOTO 4.5 Miss Tourism Malaysia 2012 63 FOTO 4.6 Inspitari 2012 63 FOTO 4.7 Apresiasi Seni Budaya 2012 64 FOTO 4.8 Senam Seni Sihat 1 Malaysia 64 vii

SENARAI JADUAL PERKARA JADUAL 4.1 Jumlah Wang Cagaran Lesen Hiburan Semasa 39-40 JADUAL 4.2 Program dan Aktiviti Kesenian Pada Tahun 2011 48-49 JADUAL 4.3 Program dan Aktiviti Kesenian Pada Tahun 2012 55-57 JADUAL 4.4 Agensi Penerima Pertama Kementerian Penerangan, 69 Komunikasi dan Kebudayaan JADUAL 4.5 Agensi Penerima Kedua- Polis Diraja Malaysia 70 JADUAL 4.6 Agensi Penerima Ketiga- Lembaga Hasil Dalam Negeri 70 JADUAL 4.7 Agensi Penerima Keempat Jabatan Imigresen Malaysia 71 SENARAI CARTA PERKARA CARTA 4.1 Aliran Kerja Memproses Permohonan Lesen Hiburan 73 Semasa CARTA 4.2 Aliran Kerja Memproses Permohonan Persembahan Artis 77 Luar Negara SENARAI SINGKATAN JKKN WPKL DBKL PUSPAL Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara viii

KEKKWA KPKKW JK-PUSPAL JK-RAYUAN LHDN PLIK KPKK PALMA PDRM PKMA PMS UNIMAS ROS ASWARA Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan PersembahanArtis Luar Negara Jawatankuasa Rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri Pas Lawatan Ikhtisas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Pertandingan Nyayian Lagu Melayu Antarabangsa Polis Diraja Malaysia Pusat Khidmat Maklumat Akademik Program Merakyatkan Seni Universiti Malaysia Sarawak Registry of Societies Akademi Seni Budaya Seni Warisan Kebangsaan ix

ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenalpasti, menghuraikan, menganalisis polisi seni yang diamalkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Objektif kajian yang ingin dicapai ialah untuk mengenalpasti peraturan dan penguatkuasaan polisi seni persembahan; menghuraikan program dan aktiviti kesenian di bawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur; dan menganalisis kaedah permohonan dan perjalanan pengeluaran sesuatu lesen hiburan dan persembahan Artis Luar Negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temubual terhadap pekerja di tiga jabatan yang terlibat iaitu Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Bahagian Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). Selain itu, kaedah penontonan video dan foto persembahan kesenian di bawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dapatan kajian bahawa setiap persembahan yang berpermit dapat dilaksanakan dengan teratur dan sistematik dan keselamatan fizikal manusia terkawal. x

ABSTRACT This research aims to identifying, describing, analyzing art policy adopted by the National Culture and Arts Department, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. The objectives of the research are to identify the rules and enforcement policies of the performing arts; describe the activities and programme of performing arts, and to analyze the application method and the way issuing entertainment license and Performance by Foreign Artistes. This research uses a qualitative method of interviewing staff in the three departments involved which are the Department of National Culture and Arts, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Licensing Division City Hall, and the Committee of the Central Agency for Application for Filming and Performance by Foreign Artistes (PUSPAL). In addition, video and photo viewing method of performing arts under the Department of National Culture and Arts Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur are using too. The research finding showed that each presentation with license was well-managed, systematic and human safety was controlled. xi

BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam Bab Satu pengkaji akan menerangkan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan, polisi di Malaysia, dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN,WPKL). Melalui bab ini juga, pengkaji turut menjelaskan tentang permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kerangka kajian yang digunakan oleh pengkaji, skop kajian pengkaji, batasan kajian pengkaji, kepentingan kajian yang dilakukan dan penyampaian kajian iaitu pemaparan tentang elemen yang terdapat dalam setiap bab. 1.2 Latar Belakang Kajian Menurut Dasar Kebudayaan Kebangsaan, kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan 1

perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia dan dasar ini dapat dijadikan garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti sesebuah negara. Pewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah berteraskan kepada tiga prinsip utama iaitu (1) berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini, (2) unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar, (3) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan. Pewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini juga bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dasar ini digubal bagi mencapai ketiga-ketiga objektif yang telah ditetapkan iaitu (1) mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, (2) memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan dan (3) memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dan pembangunan sosioekonomi. Polisi merupakan satu peraturan atau undang-undang yang diwujudkan untuk mencapai satu arah atau tujuan tertentu. Ahmad Atory Hussin (2008) menyatakan bahawa polisi awam dirumus secara sistematik serta dinilai oleh pihak berkuasa dalam sistem politik sesebuah negara seperti wakil rakyat, hakim, eksekutif dan pentadbir. Polisi awam juga akan berubah-ubah mengikut impak yang diperolehi daripada pelaksanaan polisi tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa, terdapat pelbagai bentuk atau jenis polisi di Malaysia iaitu polisi bukan benda, polisi berbentuk institusi, polisi berbentuk konsep dan polisi berbentuk projek, program atau benda. 2

Menurut Chan Mee Chin (2007), JKKN merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang bertanggungjawab melaksanakan aktivit-aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia. Pewujudan JKKN adalah bermula pada tahun 1953 sebagai satu bahagian di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dan pada tahun 1964 pula kementerian ini telah ditukarkan di bawah Kementerian Penerangan. Beliau menjelaskan lagi bahawa, pada tahun 1971, telah berlakunya penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan hal ini telah menyebabkan bahagian kebudayaan dipindahkan sekali lagi di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1972. Pada tahun 1987, komponen kebudayaan telah dipindahkan daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan digandingkan dengan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia dan dengan itu terciptanya sebuah kementerian baru iaitu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Kementerian ini telah dimantapkan lagi dengan pemberian nama baru iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Pada tahun 2004, bahagian kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) dan pada tahun 2005 pula jabatan ini telah di naik taraf kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). JKKN kemudiannya telah mewujudkan beberapa bahagian baru iaitu bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan. Pada tahun 2008, JKKN telah diiktiraf sebagai salah satu agensi dibawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW) dan dipindahkan pula di bawah KPKK hingga sekarang. Menurut sumber yang didapati di JKKN, WPKL merupakan salah sebuah badan kerajaan yang berperanan penting dalam memperkukuh seni budaya negara. 3

JKKN, WPKL telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan terletak di Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur. Visi JKKN, WPKL adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya berteraskan gagasan 1 Malaysia dan misi jabatan pula ialah untuk mempergiatkan usaha mengekal dan memulihara seni budaya, mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui usaha memupuk, membimbing, merakyat dan menyemarkkan seni budaya serta menggalak dan meluaskan promosi seni budaya. Terdapat empat bahagian atau sektor kebudayaan yang bertanggungjawab dalam membuat perancangan, penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan dalam setiap program atau aktiviti di bawah kelolaan JKKN, WPKL. Antara bahagian atau sektor tersebut ialah Bahagian Bimbingan Seni Budaya/Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Pengembangan Budaya/Pengukuhan Seni Budaya, Bahagian Pengembangan Seni/Pembangunan Produk/Dokumentasi dan Penerbitan/Promosi, dan Bahagian Pembangunan Produksi dan Artistik. Kesemua bahagian ini berperanan dalam melaksanakan program atau aktiviti kesenian kepada masyarakat. Antara program yang dianjurkan ialah Program Merakyatkan Seni, Jom!!..Semarak Seni, Bengkel Kemahiran dan sebagainya. 4

CARTA ORGANISASI JKKN, WPKL PENGARAH MOHAMAD RAIZULI BIN MAT JUSOH B48 SETIAUSAHA PEJABAT N27 KOSONG TIMBALAN PENGARAH MOHAMMAD HASNIMIZAN BIN ISHAK B41 SEKTOR KEBUDAYAAN & KESENIAN KETUA SEKTOR : MUHAMMAD HASNIMIZAN BIN ISHAK (TIMBALAN PENGARAH) B41 SEKTOR PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR KETUA SEKTOR ; SOMIRA BT ABD RAHMAN (PENOLONG PENGARAH) B32 BAHAGIAN BIMBINGAN SENI BUDAYA / PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN KETUA : SOMIRA BINTI ABD RAHMAN NOR FAZILLA BINTI ISA B17 INTAN RAFINI BT AHMAD RAZALI (PEM.PBSB) SITI SHAHIRAH BT ABD KHIR (PEM. PBSB) BAHAGIAN PENGEMBANGAN SENI / PEMBANGUNAN PRODUK / DOKUMENTASI & PENERBITAN /PROMOSI ILI NADIA BINTI KHAIRUDDIN (PEGAWAI KEBUDAYAAN) B27 BAHAGIAN PENTADBIRAN MUHAMMAD FIZRY B MD REJAB (SPS 27) MOHD HEZRI BIN HADLIS (PTP/O N17) NURUL HIDAYAH RAZALI (PTP/O N17) ISMAIL B MOHAMAD HASHIM (PEMANDU R3) LUKMAN HAKIM LUBIS B MOHAMMED (PAP) BAHAGIAN KEWANGAN FAUZIAH BT AHMED (PT KEW) W17 BAHAGIAN PENGEMBANGAN BUDAYA/ PENGUKUHAN SENI BUDAYA HASMADI BIN HASSAN (PEGAWAI KEBUDAYAAN) B27 BAHAGIAN PEMBANGUNAN PRODUKSI & ARTISTIK RAZIS B BASIR B27 (Ditempatkan Secara Pentadbiran di Ibu Pejabat) RAZIFF B ABD RAHMAN B27 WAN MOHD FAIDZ B WAN HUSAIN B17 BAHAGIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PEN. JURUTERA ( ELEKTRIK) J29 KOSONG HASMIDI B. TEN AWANG @ MOHD AMIN (JURUTEKNIK) J17 Rajah 1.1: Carta Organisasi JKKN, WPKL Sumber: JKKN, WPKL 1.3 Permasalahan Kajian Sesebuah persembahan kesenian di bawah kelolaan JKKN, WPKL hendaklah mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Polisi ini adalah tertakluk kepada Akta Hiburan, WPKL 1992 dan Kaedah-Kaedah Hiburan, WPKL 1993. Mengikut Akta Hiburan, WPKL 1992 dan Kaedah-Kaedah Hiburan, WPKL 1993, menetapkan semua jenis hiburan awam mesti mempunyai lesen. 5

Mengikut Akta Hiburan, WPKL 1992 dan Kaedah-Kaedah Hiburan, WPKL 1993, hiburan ditakrifkan sebagai apa-apa permainan atau apa-apa juga hiburan yang diadakan untuk orang ramai. Hiburan juga termasuk segala jenis pameran, pertunjukan, pementasan, sukan atau apa juga corak hiburan diadakan di mana-mana tempat yang orang ramai dibenarkan masuk dengan atau tanpa bayaran wang atau balasan-balasan yang lain. Jenis-jenis hiburan yang memerlukan lesen adalah seperti wayang gambar, majlis tari menari, muzik dan nyanyian, pementasan, pemeran, taman hiburan, pertunjukan fesyen, ratu cantik dan sebagainya. Jabatan yang bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan lesen hiburan adalah Jabatan Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Semua permohonan lesen mesti dikemukakan kepada Jabatan Perlesenan DBKL sekurangkurangnya 14 hari sebelum berlangsungnya pertunjukan atau persembahan kesenian. Tempoh ini dikenakan adalah bertujuan untuk memberi masa kepada agensi-agensi luar seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengemukakan ulasan atau maklumbalas bagi sesuatu permohonan. Di samping itu, tempoh ini juga akan digunakan oleh Jabatan Perlesenan DBKL untuk melakukan siasatan tapak bagi memastikan kesesuaian lokasi bagi sesuatu permohonan yang dikemukan. Pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan persembahan Artis Luar Negara pula adalah Agensi Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). Permohonan berkaitan persembahan Artis Luar Negara hendaklah dikemukakan kepada agensi PUSPAL selewat-lewatnya 30 hari sebelum acara atau program diadakan. Hal ini kerana, permohonan lesen persembahan Artis Luar Negara adalah rumit dan melibatkan beberapa agensi lain iaitu PDRM Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Imegresen Malaysia. Proses mendapatkan kelulusan lesen bagi persembahan Artis Luar Negara juga rumit kerana ia 6

memerlukan pihak Jawatankuasa PUSPAL (JK-PUSPAL) untuk bersidang bagi meneliti segala impak yang akan timbul daripada program atau persembahan tersebut. Sesuatu permohonan lesen hiburan dan persembahan Artis Luar Negara adalah perlu mengikut kaedah permohonan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perlesenan DBKL dan PUSPAL. Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses bagi pengeluaran lesen tersebut. Kebanyakan masyarakat Malaysia tidak mengetahui tentang peraturan, kaedah permohonan lesen serta proses pengeluaran lesen bagi persembahan kesenian. Bertepatan dengan tajuk kajian pengkaji iaitu Polisi Persembahan Kesenian di bawah Kelolaan JKKN, WPKL yang diyakini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang perkara tersebut. 1.4 Objektif Kajian Dalam Penyelidikan ini iaitu Polisi Persembahan Kesenian di bawah Kelolaan JKKN, WPKL, penyelidik telah menetapkan tiga objektif penyelidikan dalam mendapatkan hasil di akhir penyelidikan: 1.4.1 Mengenalpasti peraturan dan penguatkuasaan polisi persembahan kesenian di bawah kelolaan JKKN, WPKL. 1.4.2 Menghuraikan program dan aktiviti kesenian di bawah kelolaan JKKN, WPKL. 1.4.3 Menganalisis kaedah permohonan dan perjalanan pengeluaran sesuatu lesen hiburan dan persembahan Artis Luar Negara. 7

1.5 Persoalan Kajian Dalam penyelidikan ini, pengkaji meletakkan tiga persoalan kajian. Antara persoalan kajian ialah seperti berikut: 1.5.1 Apakah peraturan dan penguatkuasaan polisi persembahan kesenian di bawah kelolaan JKKN, WPKL? 1.5.2 Apakah program dan aktiviti kesenian di bawah kelolaan JKKN, WPKL? 1.5.3 Bagaimanakah kaedah permohonan dan perjalanan pengeluaran sesuatu lesen hiburan dan persembahan Artis Luar Negara? 1.6 Kerangka Kajian Syarat Pakaian Artis Tarikh Hari&Masa Persembahan Polisi Persembahan Kesenian di bawah kelolaan JKKN,WPKL Jenis Persembahan Tempat Duduk Penonton Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Sumber; Kajian Pengkaji Berdasarkan Rajah 1.2, ia menunjukkan kerangka konsep yang digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis fenomena kajian iaitu tentang Polisi Persembahan Kesenian di bawah kelolaan JKKN, WPKL. Kerangka konsep ini dilihat bersesuaian dengan JKKN, WPKL yang merupakan sebuah agensi yang berperanan dalam 8

menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia. Pengkaji telah menetapkan empat elemen terhadap kerangka konsep ini iaitu syarat pakaian artis, tarikh, hari dan masa persembahan, tempat duduk penonton dan jenis persembahan. Pengkaji melihat keempat-empat elemen ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain dalam mengadakan sesuatu persembahan kesenian. Elemen syarat pakaian artis yang dinyatakan dalam kerangka konsep adalah merujuk kepada syarat yang harus dipatuhi oleh artis semasa membuat persembahan. Dalam kajian ini pengkaji merujuk kepada artis yang membuat persembahan di dalam program atau aktiviti yang diadakan oleh pihak JKKN, WPKL. Pihak penganjur iaitu JKKN, WPKL hendaklah memastikan artis yang dijemput untuk membuat persembahan mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan iaitu bagi artis wanita hendaklah menutup dari pangkal buah dada hingga bawah lutut dan bagi lelaki pula hendaklah menutup badan dari dada ke paras lutut. Etika berpakaian sopan dalam sesuatu persembahan hiburan adalah termaktub di dalam Kaedah 23, di bawah Kaedah-Kaedah Hiburan, WPKL 1993. Elemen seterusnya ialah tarikh, hari dan masa persembahan yang akan diadakan. Tarikh, hari dan masa persembahan ini merujuk kepada tarikh, hari dan waktu yang perlu dipatuhi oleh pihak penganjur iaitu JKKN, WPKL dalam mengadakan persembahan kesenian. Akta Hiburan, WPKL 1992 menjelaskan bahawa Pihak penganjur boleh mengadakan persembahan kesenian pada setiap hari iaitu daripada hari Ahad hingga Sabtu. Waktu persembahan pula hendaklah tidak melebihi jam 12 tengah malam. Hal ini menjelaskan bahawa polisi persembahan hiburan WPKL menegah atau melarang sebarang persembahan selepas jam 12 tengah malam. Waktu untuk memulakan persembahan pula tidak dihadkan untuk pihak penganjur dan pihak penganjur boleh memulakan persembahan pada bila-bila 9

masa sahaja. Tarikh, hari dan masa ini akan ditulis pada lesen hiburan yang dikeluarkan kepada penganjur iaitu JKKN, WPKL dan lesen hiburan tersebut hanya berkuatkuasa pada tarikh, hari dan masa yang dinyatakan sahaja. Elemen tempat duduk penonton pula merujuk kepada susunan tempat duduk penonton semasa persembahan diadakan. Polisi persembahan hiburan WPKL tidak mewajibkan pihak penganjur iaitu JKKN, WPKL untuk menggabungkan atau mengasingkan tempat duduk penonton lelaki dan penonton wanita. Susunan tempat duduk penonton adalah bergantung kepada pihak penganjur itu sendiri sama ada hendak menggabungkan atau mengasingkan tempat duduk penonton lelaki dan penonton wanita dalam persembahan yang dianjurkan. Percampuran tempat duduk antara penonton lelaki dan penonton wanita adalah tidak menjadi satu kesalahan kepada pihak penganjur. Kesesuaian dan keselesaan tempat duduk penonton juga adalah mengikut citarasa penonton itu sendiri. Akhir sekali ialah elemen jenis persembahan. Elemen jenis persembahan ini adalah merujuk kepada jenis persembahan yang boleh diadakan oleh pihak penganjur iaitu JKKN, WPKL. Polisi persembahan hiburan WPKL tidak menghalang atau menegah jenis persembahan yang akan diadakan oleh penganjur. Walaupun begitu, persembahan yang akan diadakan hendaklah bebas daripada unsur-unsur seks dan sensitiviti masyarakat Malaysia. Hal ini menjelaskan bahawa pelbagai jenis persembahan kesenian boleh diadakan oleh pihak JKKN, WPKL asalkan ianya tidak mengandungi unsur-unsur seks dan menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. Penolakan dan pembatalan lesen hiburan secara serta merta boleh dilakukan sekiranya persembahan yang diadakan oleh pihak penganjur mengandungi unsurunsur yang sedemikian. 10