Administrative Policy Bahasa Malaysian translation from English original

Similar documents
SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PENILAIAN PENGETAHUAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Pendahuluan. Kod Tatalaku

Telekom Malaysia Berhad

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

BERSIH 2.0 KOD ETIKA PENGLIBATAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-13 DAN GARIS PANDUAN KERAJAAN SEMENTARA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

TATAETIKA dan TATA AMALAN PERNIAGAAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAHASA MALAYSIA TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED. 1. Perluasan Perkhidmatan DAN KEISTIMEWAAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Takrifan Etika ethos

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

TOPIC 8 THE MORAL DIMENSIONS OF AN ECONOMIC SYSTEM (DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

TATAKELAKUAN RESPONSIBLE BUSINESS ALLIANCE

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

SEMINAR PEBANDINGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN AKTA PELINDUNGAN PERMBERI MAKLUMAT 2010.

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Polisi ipad Pensyarah

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

Plat Kaca Terma & Syarat

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Undang-Undang di Malaysia dan Jaminan Hak Orang Kurang Upaya untuk Bekerja

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT PENGENDALIAN AKAUN MATA WANG ASING (Layak menerima perlindungan PIDM)

PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Kebakaran Tarif Terma & Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT AKAUN PULANGAN PENDAPATAN TETAP-i MATA WANG ASING (FCFRIA-i)

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

as-salihin Perkhidmatan yang disediakan

RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO SYARIAH INSTITUSI KEWANGAN ISLAM: APLIKASI GLOBAL BAGI MENANGANI RISIKO KETIDAKPATUHAN SYARIAH

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM

PERKONGSIAN PENGETAHUAN DI KALANGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA. LOW HOCK HENG SITI ZALEHA OMAIN PM Dr HISHAMUDDIN MD SOM

Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

Transcription:

Tatakelakuan Semua unit Misi KONE ialah untuk memperbaiki aliran kehidupan bandar. Visi kami ialah untuk menyampaikan pengalaman Aliran Insan MANUSIA, memberikan kemudahan dan keberkesanan dan pengalaman kepada para pengguna dan pelanggan meliputi penuh kitaran hidup bangunan. Perniagaan kita berdasarkan kejujuran, integriti dan keadilan. Ini bukan sahaja apa yang dijangkakan oleh para pelanggan dan rakan niaga ke atas kita, tetapi ia juga cara kita mewujudkan persekitaran kerja yang baik untuk semua orang di KONE. Tatakelakuan ini menjelaskan cara kita menjalankan perniagaan kita dengan cara bertanggungjawab dan beretika untuk memenangi dan mengekalkan kepercayaan pelanggan. Ia juga direka untuk membantu para pekerja membuat keputusan yang betul dalam persekitaran kerja seharian bagi seluruh operasi global KONE. Tatakelakuan menetapkan kelakuan yang dijangkakan daripada para pekerja KONE dan syarikat KONE manakala juga menangani tingkah laku yang tidak dapat diterima. Semua pekerja KONE harus membaca, memahami dan mematuhi polisi yang ditetapkan di bawah. Tata kelakuan ini diguna pakai di seluruh KONE, termasuk semua anak syarikat, cawangan dan entiti lain di mana KONE mempunyai kawalan ke atas pengurusan. Tatakelakuan ini boleh didapati di laman sesawang kami www.kone.com. 1. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN MASYARAKAT KONE komited terhadap pematuhan sepenuhnya terhadap semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai. Tatakelakuan ini bukan pengganti mahupun dianggap sebagai menggantikan undang-undang dan peraturan tempatan. Tatakelakuan ini mewakili prinsip dan standard tingkah laku yang tidak bercirikan undang-undang. KONE mesti peka terhadap norma dan amalan budaya lazim di setiap negara yang ia menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun, jika norma dan amalan budaya tersebut bercanggah dengan semangat Tatakelakuan ini, maka Tatakelakuan ini harus dipatuhi. Jika berasa ragu-ragu, para pekerja harus mendapatkan panduan lanjut daripada Fungsi Pematuhan KONE. 2. PERSEKITARAN KERJA KONE berusaha untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran di mana setiap pekerja dinilai sebagai seorang individu dan boleh bekerja sepenuh potensinya. KONE menghormati hak asasi manusia seperti yang ditetapkan dalam Deklarasi Universal Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia dan hak buruh asas seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Dalam konteks aktivitinya, KONE menghormati kebebasan berpersatuan dan hak terhadap perundingan bersama. Terutama dimana hak sedemikian disekat oleh undang-undang tempatan, KONE menggalakkan para pekerja untuk berdialog dengan pihak pengurusan dan melaporkan sebarang rungutan.

2.1 Tanpa Diskriminasi Semua kakitangan KONE harus dilayan secara adil dan sama rata oleh pihak pengurusan serta rakan sekerja. KONE komited terhadap polisi peluang saksama yang melarang apa jua jenis diskriminasi. Kepelbagaian digalakkan dan dihargai. Semua keputusan mengenai pekerja individu harus berdasarkan merit, sebagai contoh keupayaan, kecekapan, kemahiran dan pencapaian. Dalam membuat keputusan, tiada sebarang perkaitan dengan jantina, usia, agama, status perkhawinan, orientasi seksual, pendapat politik atau asal usul negara atau ciri-ciri menyerupai bagi pekerja.ja. Objektif dan niat KONE adalah untuk menempatkan pekerja di tempat yang bersesuaian mengikut kebolehan mereka. 2.2 Keselamatan dan Kesihatan Setiap pekerja KONE berhak kepada persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Setiap pekerja KONE bertanggungjawab bagi - mematuhi arahan keselamatan dan proses KONE, - menggunakan alat perlindungan peribadi dan - membetulkan pelencongan yang dikenal pasti daripada proses keselamatan KONE. Semua pekerja KONE digalakkan untuk melaporkan isu keselamatan yang menjejaskan pekerja KONE yang lain atau penggunaan peralatan KONE kepada pegawai atasan atau Pengurus Keselamatan unit. Isu ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam Polisi Keselamatan KONE. 2.3 Kebebasan daripada Tingkah Laku Tidak Wajar dan Gangguan Seksual KONE percaya bahawa setiap pekerja berhak untuk bebas daripada pencabulan kewibawaan peribadi. Sebarang jenis gangguan, tanpa mengambil kira niat, secara langsung atau tidak langsung, fizikal atau lisan, adalah dilarang. Tingkah laku yang tidak menyenangkan atau mengganggu tidak akan diterima. Perkara di atas lebih behubung kait dengan gangguan seksual oleh mana-mana pihak, termasuk pegawai atasan, rakan sekerja, pelanggan atau pembekal ini tidak akan diterima dalam apa jua keadaan. Gangguan seksual mungkin muncul dalam bentuk tingkah laku seksual yang tidak diingini atau komen seksual semasa atau selepas waktu bekerja. Walau bagaimanapun, KONE tidak dapat memberi tindak balas terhadap gangguan yang tidak diketahuinya. Mangsa atau pemerhati tingkah laku yang mereka percayai merupakan gangguan adalah digalakkan untuk menghubungi Sumber Manusia tempatan mereka atau Fungsi Pematuhan KONE. 2.4 Buruh Paksa atau Kanak-kanak KONE tidak menggunakan buruh paksa atau kanak-kanak, mahupun mengikat kontrak dengan pembekal atau kontraktor yang menggunakan perkhidmatan mereka.

2.5 E-mel dan Sumber Komputer Sekali sekala para pekerja boleh menggunakan komputer dan alat komunikasi yang disediakan oleh KONE termasuk sistem e-mel, bagi perkara peribadi tetapi penggunaan peribadi harus pada tahap yang minimum. Semua alat komunikasi dan komputer KONE harus digunakan secara bertanggungjawab, profesional dan mengikut polisi syarikat. Alat komunikasi dan komputer KONE tidak harus digunakan sama sekali untuk aktiviti haram, penipuan atau berniat jahat, mahupun untuk komunikasi atau menyimpan bahan tidak menyenangkan, lucah (cth., pornografi) atau politik. 3. PERSAINGAN YANG ADIL Undang-undang persaingan dan Polisi Pematuhan Persaingan KONE melarang perbincangan, komunikasi, perjanjian dan persepakatan dengan pesaing berkenaan harga, polisi menetapkan harga, diskaun, promosi, terma dan syarat jualan, belian, pasaran kawasan, kos pengeluaran, pengedaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, jualan alat ganti dan jualan dan belian lain daripada pesaing berhubung dengan urusan biasa perniagaan adalah secara semula jadi sah dan dapat diterima. Perbincangan dengan pesaing harus diadakan melalui forum yang sah, seperti persatuan industri antarabangsa dan tempatan. Walau bagaimanapun. tajuk perbincangan tidak harus sama sekali membincangkan isu-isu yang boleh dianggap mencabuli undang-undang persaingan. Isu ini dibincangkan dengan lebih terperinci dalam Polisi Pematuhan Persaingan KONE. 4. PERSEKITARAN DAN KELESTARIAN Kelestarian termasuk tanggungjawab bagi ekonomi, kesan persekitaran dan sosial daripada operasi KONE. KONE menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian berprestasi tinggi yang bertanggungjawab, berkesan dari sudut persekitaran dan selamat. KONE berusaha untuk terus memperbaiki perkhidmatan dan penyelesaian seperti itu dengan mengambil kira persekitaran dan keselamatan. Para pekerja KONE mempunyai tanggungjawab untuk mempertimbangkan kesan ke atas persekitaran dalam apa jua yang dilakukannya. Setiap pekerja KONE mesti secara aktif mencari jalan untuk bekerja dengan pembekal dan pelanggan KONE untuk mencegah atau mengurangkan sisa dan bahan cemar yang berkaitan dengan operasi perniagaan. 5. PEMASARAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN Kenyataan, komunikasi, perwakilan dan pensijilan yang disediakan kepada pelanggan dan rakan niaga haruslah benar dan betul. KONE tidak memperkecil sebarang produk, perkhidmatan atau pekerja pesaingnya. Semua produk kita mesti mematuhi semua peraturan yang berkenaan yang mengawal kualiti dan keselamatan serta janji yang kita buat mengenainya.

6. RISIKO DAN KONFLIK 6.1 Percanggahan Kepentingan KONE mengharapkan pekerjanya setia dan membuat keputusan perniagaan demi kepentingan KONE. Pekerja KONE mesti mengelakkan semua percanggahan konflik iaitu situasi di mana kepentingan peribadi mereka mungkin atau kelihatan bercanggah dengan kepentingan KONE. Percanggahan kepentingan boleh berlaku, sebagai contoh, apabila: - saudara rapat seorang pekerja ialah seorang pembekal, pelanggan atau pesaing KONE atau pekerja syarikat tersebut - seorang pekerja atau saudara rapat seorang pekerja mempunyai kepentingan besar dalam syarikat yang menjalankan perniagaan dengan KONE - seorang pekerja mempunyai pekerjaan di luar atau aktiviti lain dengan syarikat yang bersaing atau yang menjalankan perniagaan dengan KONE - seorang pekerja mempunyai hubungan peribadi dengan rakan sekerja dalam jawatan pengurusan atau bawahan secara langsung atau tidak langsung - seorang pekerja berusaha untuk mengetengahkan kepentingan seorang rakan atau saudara dengan cara yang tidak wajar Pekerja KONE mesti mendedahkan semua percanggahan kepentingan yang berpotensi dan sebenar secara bertulis kepada penyelia mereka dan jabatan Sumber Manusia tempatan. 6.2 Keahlian Lembaga dan Pekerjaan Luar Mana-mana pekerja KONE yang ingin melibatkan diri dalam peluang pekerjaan luar atau mempunyai kepentingan pengurusan di luar mesti mendedahkan niat ini kepada KONE. Aktiviti seperti itu boleh diterima dengan syarat ia tidak menjejaskan tanggungjawab pekerja itu atau mewujudkan percanggahan kepentingan yang berpotensi atau jelas. Aktiviti seperti itu mesti mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada penyelia pekerja tersebut. 6.3 Pelaburan Kakitangan mesti mengisytihar kepada KONE sebarang kepentingan kewangan, secara langsung atau tidak langsung, yang dimiliki oleh mereka atau anggota keluarga terdekat mereka dalam mana-mana syarikat atau organisasi yang bersaing dengan KONE atau yang menjalankan perniagaan dengan KONE, tidak termasuk kepentingan kewangan semata-mata dalam syarikat yang didagangkan atau disenaraikan di bursa awam. 6.4 Bayaran atau Faedah yang Tidak Wajar KONE melaksanakan toleransi sifar terhadap rasuah, sama ada dalam sektor awam atau swasta. Rasuah, hadiah, bantuan atau bayaran, secara langsung atau tidak langsung tidak boleh diberikan kepada atau untuk faedah mana-mana pihak ketiga (termasuk mana-mana wakil atau kakitangan kerajaan, kesatuan sekerja,pelanggan atau pembekal semasa atau prospektif atau wakil atau pekerja mereka) bagi tujuan memperoleh faedah dalam apa jua bentuk dengan cara yang tidak wajar, mahupun mana-mana pekerja KONE menerima bayaran, hadiah, bantuan atau faedah yang tidak wajar daripada sebarang sumber sama ada secara langsung atau tidak langsung.

6.5 Perniagaan Hadiah dan Hospitaliti Korporat Hadiah perniagaan dan hospitaliti korporat boleh ditawarkan dan diterima sebagai tindakan sopan yang membantu memupuk hubungan antara pihak, dengan syarat ia mematuhi undang-undang yang berkenaan dan tidak melanggar Tatakelakuan ini. Hadiah perniagaan yang sederhana dengan nilai yang berpatutan boleh diterima dan diberikan. Hadiah dan faedah yang tidak berpatutan dari segi sifat, kekerapan atau nilai adalah dilarang. Hadiah tunai dalam apa jua jumlah dan mata wang, tidak boleh diterima atau diberikan. Hiburan berkaitan perniagaan yang berpatutan dan hospitaliti korporat lain boleh diterima sekiranya ia satu kelaziman. Hiburan seperti itu termasuk, sebagai contoh, majlis resepsi atau sosial yang dihadiri untuk kepentingan KONE. Oleh itu pekerja KONE boleh menerima pelawaan makan perniagaan yang sesuai daripada pembekal, penyedia khidmat atau entiti yang sedang berusaha menjalankan perniagaan dengan KONE. Apabila menghiburkan pelanggan kita, wakil KONE mesti sentiasa hadir. Hadiah perniagaan dan hospitaliti korporat - tidak harus mempengaruhi keputusan perniagaan pekerja KONE - tidak harus membuat seseorang pekerja atau KONE terhutang budi - harus mewakili kesopanan perniagaan yang lazim - berpatutan dari segi nilai dan kekerapan - tidak harus ditawarkan untuk memperoleh kelebihan yang tidak sewajarnya - tidak harus diterima jika sifat, nilai atau masa faedah atau hospitaliti korporat yang ditawarkan atau diterima boleh menimbulkan syak dalam mempengaruhi keputusan perniagaan atau kelulusan pihak berkuasa secara tidak wajar. Jika seseorang pekerja KONE ditawarkan atau menerima permintaan untuk sebarang hadiah atau hiburan yang melanggar peraturan ini, dia mesti memaklumkan pengurusnya tanpa berlengah. Prinsip-prinsip di atas juga diguna pakai untuk hadiah perniagaan dan hospitaliti korporat yang ditawarkan kepada anggota keluarga pekerja KONE berhubung dengan perniagaan KONE. Garis panduan tempatan yang lebih terperinci boleh diguna pakai terhadap pekerja KONE di negara atau kawasan/fungsi perniagaan tertentu. 6.6 Anti penipuan Dana dan harta syarikat mesti sentiasa digunakan dengan cara yang bertanggungjawab dan bagi tujuan yang dicadangkan dan sah. Sebarang maklumat yang diberikan kepada KONE semasa meminta pembayaran balik atau pampasan kos, faedah atau kelulusan kerana menggunakan harta KONE mesti sentiasa tepat dan boleh dipercayai. Sebarang jenis pencurian, penipuan, penyelewengan atau penyalahgunaan harta KONE adalah dilarang.

6.7 Sumbangan dan Aktiviti Politik KONE menghormati dan menghargai kebebasan setiap pekerja KONE untuk memilih pandangan politik. Walau bagaimanapun, untuk memastikan rakan sekerja tidak tersinggung dengan kakitangan KONE yang meluahkan pandangan politik mereka, premis dan acara yang berkaitan dengan pekerjaan KONE hendaklah bebas daripada aktiviti politik dan luahan fahaman politik. Dana dan sumber KONE tidak harus disumbangkan secara langsung atau tidak langsung kepada kempen politik, parti politik atau calon atau pegawai awam atau sesiapa yang berkaitan dengan mereka tanpa memperoleh kelulusan terlebih dahulu daripada Fungsi Undang-undang Global KONE. Pekerja KONE harus memastikan bahawa pendapat atau aktiviti politik peribadi mereka tidak mewakili KONE. 7. MENANGANI MAKLUMAT 7.1 Keselamatan Maklumat dan Hak Harta Intelek Maklumat ialah aset korporat yang berharga. KONE menjaga kerahsiaan, kewibawaan dan ketersediaan maklumat proprietarinya. Semua pekerja KONE bertanggungjawab memberi perlindungan yang sempurna kepada aset KONE, termasuk harta intelek dan maklumat sulit. Maklumat seperti itu harus diurus, digunakan, didedahkan dan diedarkan mengikut polisi KONE yang berkenaan. Pekerja KONE hendaklah menghormati hak harta intelek dan maklumat bukan awam pihak lain dan mengurus maklumat seperti itu mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan serta syarat-syarat kontrak. 7.2 Perlindungan Data KONE komited untuk melindungi data peribadi. Data peribadi bermakna sebarang maklumat berhubung dengan seseorang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti. Sebarang pemprosesan data pekerja, pelanggan, pembekal atau data peribadi lain di KONE mestilah sah, adil dan telus berhubung dengan individu yang berkenaan. Selain itu, data peribadi hendaklah diproses mengikut polisi, garis panduan dan perundangan KONE yang berkenaan. 7.3 Maklumat Dalam dan Perdagangan Saham Adalah haram dan melanggar polisi KONE bagi mana-mana pekerjanya untuk mendapat keuntungan dengan menyalahgunakan maklumat yang tidak didedahkan berhubung dengan KONE atau sebarang syarikat yang berurusan dengan KONE. Menggunakan sebarang maklumat seperti itu bagi faedah mana-mana pihak ketiga turut dilarang. Sehingga didedahkan kepada orang awam, maklumat penting berkenaan KONE atau perniagaannya ialah maklumat dalam. Pekerja KONE dengan maklumat dalam tertakluk kepada undangundang perdagangan orang dalam berhubung dengan belian atau jualan saham KONE dan komunikasi dengan orang lain mengenai perkara yang sama. Isu ini dibincangkan dengan lebih terperinci dalam peraturan orang dalam KONE.

7.4 Pelaporan Kewangan Semua Pelaporan Korporat KONE dalam setiap unit KONE mesti mengikuti piawaian perakaunan KONE (KAS) dan peraturan lain yang berkenaan dan tepat serta boleh dipercayai dalam semua aspek penting. Semua aset dan liabiliti KONE mesti direkodkan dengan sewajarnya dan pelaporan kewangan dan/atau rekod kewangan tidak harus mengandungi sebarang entri atau maklumat yang salah, mengelirukan atau palsu. Semua pemfailan dan penyata kewangan berkanun serta penyata kewangan KONE yang disatukan mesti mematuhi undang-undang, peraturan dan piawaian yang berkenaan dengan jenis pelaporan tertentu. 8. PEMBEKAL DAN RAKAN NIAGA KONE mahu menjadi rakan niaga yang menarik dan mencari hubungan yang boleh dipercayai dan adil untuk faedah bersama KONE dan pembekal, penyedia khidmat, subkontraktor dan rakan niaganya yang lain. KONE berurusan secara adil dengan pembekal dan rakan niaganya. Tindakan yang tidak sesuai atau usaha yang tidak wajar untuk mempengaruhi keputusan bahagian pembelian KONE oleh pembekal atau rakan niaganya menjadi alasan bagi penolakan atau pemberhentian perjanjian sedia ada. KONE mengharapkan semua pembekal, pengedar dan agennya untuk mematuhi Tatakelakuan yang ditetapkan secara berasingan bagi pembekal dan pengedar. Pengaturan rundingan dan agensi mestilah secara bertulis, berpatutan dari segi jumlahnya dan mencerminkan kerja sebenar yang dijalankan bagi pihak KONE. 9. MELAPORKAN PELANGGARAN DAN SEKATAN KONE mempunyai polisi Toleransi Sifar bagi pelanggaran Tatakelakuan ini. Kegagalan untuk mematuhi atau mengarahkan atau memaksa pekerja lain atau pembekal atau rakan niaga KONE melanggar Tatakelakuan ini menyebabkan tindakan disiplin yang wajar akan diambil, sehingga kemungkinan pemecatan dan pembayaran ke atas kerugian. Pelanggaran tertentu yang bersifat jenayah juga boleh membawa kepada isbat jenayah. Semua pekerja KONE bertanggungjawab melaporkan apa-apa pelanggaran sebenar atau potensi pelanggaran Tatakelakuan ini kepada pengurusan tempatan, Fungsi Undang-undang atau Fungsi Pematuhan KONE. Sebagai pilihan lain, para pekerja boleh melaporkan kebimbangan secara atas talian atau melalui panggilan telefon melalui talian Pematuhan KONE yang tersedia dalam bahasa tempatan dan boleh digunakan secara tanpa nama yang dibenarkan menurut undang-undang tempatan. Lihat intranet global untuk mendapatkan butiran hubungan. Kesemua komunikasi berhubung dengan pelanggaran Tatakelakuan yang sebenar atau potensi pelanggaran akan dirahsiakan di mana mungkin. KONE tidak bertoleransi terhadap apa-apa bentuk tindakan balas terhadap mana-mana individu yang melaporkan pelanggaran Tatakelakuan ini dengan jujur. Tindakan menghalang seseorang pekerja daripada melaporkan pelanggaran Tatakelakuan ini adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan disiplin.

10. PERTANYAAN DAN NASIHAT Mana-mana pekerja yang mempunyai kebimbangan berkenaan pematuhan, atau ada pertanyaan berkenaan Tatakelakuan ini digalakkan untuk berbincang dengan penyelia beliau atau pengurusan tempatan atau berhubung terus dengan Fungsi Pematuhan KONE atau jabatan undang-undang atau Sumber Manusia tempatan atau global untuk mendapatkan bantuan.