MINI KOLOKIUM KUIS BS 4205 23 SEPT 2014 - SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )
BIDANG PENYELIDIKAN BIDANG : USULUDDIN (ISLAMIYYAT) PENGKHUSUSAN : TAFSIR LATARBELAKANG PENDIDIKAN B.A TAFSIR WA HADITH UNIV AL-AZHAR BELAJAR M.A DI AL-AZHAR TAPI TAK LULUS (TAFSIR WA ULUM AL-QURAN ) M.A USULUDDIN UNIV MALAYA PENGKHUSUSAN TAFSIR
TAJUK PENYELIDIKAN PENDEKATAN SURAH AL-NUR DALAM MENANGANI GEJALA ZINA DALAM MASYARAKAT: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA KITAB TAFSIR FI ZILAL AL-QURAN DAN AL-TAFSIR AL-MUNIR
NAMA PENYELIA PERTAMA DR ZIKMAL FUAD BIN MUHAMMAD Ketua Jabatan Dakwah Dan Pengurusan AKADEMI ISLAM KUIS No. Year Qualificatio n Institution Field 1 2011 Ph.D UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Dakwah & Kepimpinan 2 2002 Master UNIV ISLAM NEGERI SYARIF HIDAYATULLAH Sastera Pengajian Islam 3 1998 Bachelor SEK TINGGI ILMU AGAMA ISLAM AL-HIKMAH Pengajian Islam
NAMA PENYELIA KEDUA/BERSAMA PROF. MADYA DR. ADNAN BIN MOHAMED YUSOFF Profesor Madya Ds54 Faculty Of Quranic And Sunnah Studies Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan No. Year Qualification Institution Field 1 2005 Ph.D UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Pengajian Quran dan Sunnah 2 2000 Master AL AL- BAYT UNIVERSITY, JORDAN Pengajian Al-Quran 3 1993 Bachelor UNIVERSITY OF JORDAN, JORDAN Usuluddin
SEMESTER DAN TAHUN KEMASUKAN SEMESTER KEDUA ( I 2014 / 2015 ) TAHUN KEMASUKAN SESI II 2013 / 2014 ( NOVEMBER 2013 ) Hampir setahun
TAHAP KAJIAN (AWAL) Kajian di peringkat awalan iaitu dalam pembikinan bab satu dan pencarian literatur kajian Faktor berlakunya jenayah zina Usaha-usaha mencegah dan mengubati Ayat-ayat yang berkaitan dengan zina dalam surah al-nur Biodata Sayyid Qutb dan Dr Wahbah al-zuhaili Metode dalam Tafsir Fi Zilal al-quran dan al-tafsir al-munir
TAJUK PENYELIDIKAN PENDEKATAN SURAH AL-NUR DALAM MENANGANI GEJALA ZINA DALAM MASYARAKAT: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA KITAB TAFSIR FI ZILAL AL-QURAN DAN AL-TAFSIR AL-MUNIR
LIMITASI KAJIAN Kajian tertumpu kepada ayat-ayat dalam surah al-nur yang mempunyai kaitan dengan zina sama ada adab-adab atau cara mencegah untuk mengelakkan diri daripada terjebak atau hukum-hukum yang perlu dilaksanakan terhadap penzina. Membuat perbandingan antara Tafsir Fi Zilal al-quran dan al-tafsir al-munir dengan menyentuh manhaj dan gaya persembahan yang digunakan ketika menafsir surah al-nur dan hubungkaitnya dengan jenayah zina
PERSOALAN KAJIAN Apakah faktor utama yang menyebabkan maksiat zina masih lagi berleluasa? Apakah pendekatan yang digunakan oleh surah al- Nur dalam menangani masalah zina? Apakah perbezaan dan persamaan antara kitab tafsir Fi Zilal al-quran dan al-tafsir al-munir dari sudut tema dan metode serta gaya persembahan? Bagaimanakah cara untuk mengaplikasikan manhaj yang ada dalam surah al-nur agar ianya berkesan dan boleh mengurangkan wujudnya pelbagai masalah sosial terutamanya zina.
OBJEKTIF KAJIAN Menjelaskan faktor utama yang menyebabkan maksiat zina masih lagi berleluasa. Menerangkan pendekatan surah al-nur dalam menangani masalah zina. Mengetahui perbezaan dan persamaan antara kitab tafsir Fi Zilal al-quran dan al-tafsir al-munir dari sudut cara huraiannya, gaya persembahan, noktahnoktah penting yang diutarakan serta kesesuaiannya dalam menangani gejala zina. Menjelaskan cara untuk mengaplikasikan manhaj yang ada dalam surah al-nur agar ianya berkesan dan boleh mengurangkan wujudnya pelbagai masalah sosial terutamanya zina.
REKA BENTUK KAJIAN Kajian berasaskan kepada kaedah maktabi (perpustakaan) dimana pencarian maklumat dan data lebih tertumpu kepada bahan-bahan bercetak terutama kitab-kitab dan teks klasik Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu data-data utama yang dikumpul tidak berbentuk nombor dan tidak dianalisis menggunakan pendekatan statistik
REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini juga dikelaskan sebagai content analysis. Analisis kandungan adalah salah satu kajian analisis terhadap istilah-istilah, teks-teks, frasa-frasa, konsep-konsep dan seumpamanya yang terkandung dalam bahan-bahan bercetak seperti buku, kitab, jurnal, akhbar, laporan bertulis dan seumpamanya ataupun bahan elektronik seperti rancangan televisyen, radio, cakera padat dan seumpamanya Kajian perbandingan
KEPENTINGAN KAJIAN. Diharapkan akan dapat menyumbang kepada perkembangan disiplin ilmu dengan mendedahkan cara atau bagaimana Islam menangani masalah zina dengan menjadikan surah al-nur sebagai panduan utama. Pendedahan ini diharapkan dapat membantu ibubapa dan masyarakat mencegah dari awal lagi
.KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini juga penting untuk melihat perbezaan dan kesepaduan bentuk atau cara persembahan atau metode yang terdapat dalam kitab Tafsir Fi Zilal al-quran dan al-tafsir al-munir. Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan satu modul atau bahan ceramah atau motivasi kepada masyarakat di semua peringkat seperti kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa dalam menangani masalah zina
SEKIAN TERIMA KASIH
FAKTOR BERLELUASA JENAYAH ZINA DALAM MASYARAKAT - TIADA AMARAN TENTANG PELAKSANAAN HUDUD KEPADA PENZINA - TIDAK MENGAMALKAN ADAB MEMINTA IZIN KELUAR MASUK RUMAH - TIDAK MENJAGA PANDANGAN - TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA - MENYUKARKAN URUSAN PERKAHWINAN 1 MELETAKKAN MAHAR YANG TINGGI 2 MELARANG ANAK DARIPADA BERKAHWIN PADA USIA MUDA 3 KEENGGANAN IBUBAPA MEMBANTU ANAK YANG INGIN BERKAHWIN SEBELUM ANAK MEMPUNYAI PEKERJAAN - KURANGNYA AMALAN BERPUASA UNTUK MENGEKANG HAWA NAFSU - KEJAHILAN SUAMI ISTERI TENTANG HAK DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA - HILANGNYA SIFAT AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR DLL
KERTAS KERJA ICPR LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH ZINA DALAM SURAH AL-NUR. SOROTAN TERHADAP KITAB MIFTAH KUNUZ FI ZILAL AL-QUR AN