Pengurusan Islam Pemankin Ekonomi Ummat. Oleh

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Amar Makruf Nahi Mungkar

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Takrifan Etika ethos

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

Menjana Budaya Ilmu di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Satu Anjakan Paradigma

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

THE 5 th ISDEV INTERNATIONAL ISLAMIC DEVELOPMENT MANAGEMENT CONFERENCE (IDMAC 2011) Islamic Marketing & Asset Management DECEMBER 2011

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

KEWANGAN ISLAM DAN MAQASID AL-SHARIAH

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

Gagasan Keadilan daripada Kesaksamaan Sebagai Asas Idea Keadilan Rawls

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Bab 6. Wasatiyyah Ialah Keseimbangan Dalam Beragama Bukan Kesederhanaan

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

Ulasan Buku / Book Review

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERKONGSIAN PENGETAHUAN DI KALANGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA. LOW HOCK HENG SITI ZALEHA OMAIN PM Dr HISHAMUDDIN MD SOM

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Transcription:

Pengurusan Islam Pemankin Ekonomi Ummat Oleh Dr. Muhamadul Bakir Hj. Yaakub Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab, IRKHS, International Islamic Universiti Malaysia (UIAM) Dan Pn. Khatijah Othman Jabatan Dakwah dan Pengurusan, FKP, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) [1]

Pengurusan Islam Pemankin Ekonomi Ummat Dr. Muhamadul Bakir Hj. Yaakub (UIAM) Dan Pn. Khatijah Othman (USIM) Abstrak Pengurusan Islam secara amnya merupakan satu awlawiyat penting dalam pembangunan Umat seperti yang telah ditunjukan oleh Piagam Madinah. Menganalisa keadaan semasa yang berlaku dalam masyarakat Ummat Islam diseluruh dunia, jelas sekali bahawa konsep pengurusan Islam masih lagi kabur dalam pemikiran kebanyakan Ummat. Keadaan ini menjadikan pelaksanaannya masih jauh untuk dicapai, apatah lagi untuk menjadi pemankin kepada masa depan yang lebih cemerlang kepada Ummat ini. Kertas kerja ini akan berusaha untuk memaparkan Tasawwur Islami yang berkaitan dengan konsep pengurusan dalam kehidupan sesaorang Muslim. Paparan ini amat penting bagi mengetengahkan persoalan makanisma yang boleh mengembalikan keupayaan Ummah untuk kembali menjadi Ummat contoh kepada manusia sejagat; Ummat yang berjaya dalam kehidupan ini, dan juga berjaya dalam kehidupan di Akhirat nanti. Seterusnya, kertas kerja ini akan berusaha menggariskan beberapa konsep asas kepengurusan Islam yang boleh diaplikasikan oleh Ummat Islam di era globalisasi yang penuh mencabar ini. Garis panduan ini adalah amat penting dalam usaha kita untuk memankinkan ekonomi Ummat dan menjadikan mereka mempunyai daya saying dan jati diri yang kuat dalam mengharungi cabaran-cabaran semasa dan mendatang. 1. Pendahuluan Apabilah kita berbicara persoalan pengurusan Islam untuk Umat Islam, ianya bukanlah merupakan satu persoalan baru dalam kontek negara kita Malaysia. Sebagai contohnya, Wan Liz Ozman pada tahun 1996 telah membincangkan dengan terperinci berkenaan dengan dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam agenda pembangunan negara. Dasar ini telah pun diperkenalkan oleh pihak kerajaan sejak dari tahun 1985. Dasar ini juga bolehlah dianggap sebagai paksi kepada usaha kerajaan menyuburkan kehidupan beragama di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya di kalangan penganut Islam. Di antara program-program yang telah dijalankan adalah seperti kursus pembangunan jati diri, bena insan, kekeluargaan Islam, mativasi keagamaan. Kerajaan juga menerbitkan pelbagai jenis buku paduan mengenainya, terutamanya berkenaan dengan nilai, norma, etika profesional dan perkhidmatan (1982). Sebagai saorang Muslim, kita melihat bahawa setiap tindak tanduk kita seharuslah sejajar dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam. Dalam kontek ini, pengurusan perjalan hidup dan aktiviti berekonomi juga adalah semestinya berlandaskan garis panduan yang telah ditunjukan oleh Islam. Apa yang menjadi persoalan kita disini, ialah apa yang kita faham dari petunjuk dan garis panduan yang telah diberikan oleh Islam dalam berekonomi? Seterusnya, bagaimana pula petunjuk dan garis panduan yang kita fahami itu dilaksanakan dalam realiti kehidupan kita? Kenapa pula pengurusan konvensional menjadi begitu dominon dalam masyarakat Islam? Kenapa pula Islam sebagai satu model [2]

pengurusan yang unggul diketepikan oleh Ummah sendiri? Siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal ini? Bagaimanakah pula jalan penyelesaian yang harus diambil? Dalam konteks Islam, peranan dan kepentingan pengurusan mempunyai pertalian yang amat rapat dengan setiap aktiviti keagamaan Islam itu sendiri, sama ada dari sudut ibadat seperti yang terdapat dalam pergerakan dan peraturan solat, puasa, zakat dan juga haji. Secara ringkasnya, konsep dan ciri-ciri pengurusan kehidupan keislaman itu sendiri telah pun terserlah sejak dari bermulanya kerajaan Madinah seperti yang tersurat dalam Piagam Madinah. Dalam piagam ini, perhubungan antara angota masyarakat telah diatur dengan sebaiknya, dimana ianya telah memenuhi keperluan, tuntutan dan prinsip-prinsip keagamaan Islam sepenuhnya. Dalam mana-mana sistem kemasyarakatan pun, pengurusan sememangnya merupakan ciri yang amat dominan bagi menentukan keupayaan anggota sesabuah masyarakat dalam meneruskan tamadun dan socio-ekonomi mereka. Hal ini kerana pengurusanlah yang menjadi penentu bagaimana sesebuah institusi masyarakat itu akan berinteraksi sesama mereka dalam menentukan arus perjalanan kehidupan bersocial mereka. Kertas kerja ini mengandaikan bahawa bentuk pengurusan dalam sesabuah masyarakat akan mempengruhi bentuk pertumbuhan dan pembangunan socio-ekonomi masyarakat tersebut. Hakikat inilah yang ingin diketengahkan disini bagi memperlihatkan betapa sesuatu konsep pengurusan menghasilkan natijahnya yang tersendiri. Sungguh pun, untuk mempengaruhi pembangunan sesabuah masyarakat bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana, sesaorang atau sesuatu kelompok masyarakat itu perlu mempunyai ciri-ciri kepengurusan tersendiri yang menjadikannya berpengaruh dan dicontohi oleh kelompok masyarakat yang lain pula. Pada dasarnya, penggunaan istilah Pengurusan Islam dalam kertas kerja ini adalah bermaksud satu kajian mengenai persoalan pengurusan ekonomi Ummah secara Islam. Dengan kata lain, bagaimana Islam mengajar Ummah-Nya menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi? Ia juga bermaksud tata cara yang dimiliki oleh sesaorang Islam dalam menjayakan sesuatu aktiviti pembangunan ekonomi. Apakah tata-cara itu tepat mengikut peraturan dan semangat ke-islaman? Sekalipun persoalan-persoalan yang berbangkit dalam kertas kerja ini agak luas, pelbagai dan teoris sifatnya. Tetapi, ianya boleh difahami sebagai satu percubaan untuk memaparkan bentuk-bentuk perbezaan yang wujud antara Pengurusan Islam dengan Pengurusan Konventional. Ini tidaklah pula bermakna bahawa kertas kerja yang ringkas ini mesti memperbincangkan semua hal yang berkaitan dengan persoalan Pengurusan Islam secara menyeluruh dan terperinci. Objektif utama kertas kerja ini ditulis ialah untuk memperbincangkan konsep Pengurusan Islam melalui pendekatan falsafah ke-islaman yang bersifat Fitrah kewujudan yang membawa kepada penciptaan manusia dimuka bumi ini. Contohnya, Rasulallah (saw) bersabda (terjemahannya): Setiap kamu adalah pengurus. Dan setiap pengurus bertanggungjawab tentang kepengurusannya. Imam itu pengurus, bertanggungjawab tentang kepengurusannya. Laki-laki itu pengurus dalam keluarganya, bertanggung jawab tentang kepengurusannya. Wanita itu pengurus dalam rumah tangganya, dan bertanggung jawab tentang kepengurusannya. Saorang buruh itu juga merupakan pengurus bagi harta majikannya, bertanggung jawab tentang kepengurusannya. (Bukhari dan Muslim) [3]

Hadith diatas dengan tegasnya menyatakan bahawa setiap seorang daripada kalangan kita ini adalah merupakan saorang pengurus, dan setiap orang daripada kita pula mahu atau tidak akan dipertanggungjawabkan atas setaip pengurusan yang kita lakukan disepanjang hayat kita. Dalam konteks ini, masej utama yang ingin disampaikan oleh Rasulallah kepada Ummat-Nya ialah: 1- Setiap individu itu adalah merupakan saorang pengurus. 2- Keduanya ialah soal pertangungjawaban amanah yang dipikul oleh setiap kita adalah amat besar lagi serius. Dari Hadith diatas, jelaslah bahawa setiap individu Ummah tidak dapat melarikan diri daripada memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah (swt) keatas diri kita. Dengan ini juga, kita semua adalah dituntut untuk melaksanakan amanah itu mengikut tata-cara yang telah ditetapkan oleh Allah (swt). Dengan kata lain, semua kita mestilah berusaha untuk menjadi saorang Pengurus Islam yang berjaya. Sementara untuk berjaya pula, semua kita harus tahu dan mengenali apakah itu yang dimaksudkan dengan Pengurusan Islam, serta bagaimana menjadi saorang pengamal Pengurus Islam. 1 2. Pengurusan Islam Sungguh pun konsep Pengurusan Islam merupakan satu konsep umum yang mudah difahami oleh kebanyakkan orang, tetapi pengertiannya yang khusus agak sukar untuk difahami dan juga diaplikasikan. Lebih dari itu, kertas kerja ini berpendapat bahawa istilah Pengurusan Islam ini adalah merupakan satu istilah yang unik lagi komprehensive. Ini kerana istilah ini tidak hanya diguna pakai untuk menggambarkan perihal sesuatu penomena yang bersifat duniawi semata-mata, seperti yang terdapat dalam istilah-istilah yang diguna pakai dalam pengamalan konvensional. 2.1. Definasi Pengurusan Islam Persoalan apakah itu pengurusan bukanlah satu persoalan yang mudah untuk dihuraikan. Ianya boleh dilihat dan difahami dari pelbagai aspek dan juga jenis aktiviti pengurusannya. Jelasnya, istilah pengurusan merupakan satu istilah yang luas penggunaannya. Lantaran itu, pengertian istilah ini menjadi rumit dan pelbagai. Antaranya, pengurusan didefinasikan sebagai satu bentuk pengklasifikasian aktiviti elit sesuatu masyarakat. Dari satu sudut yang lain pula, ianya boleh diertikan sebagai satu seni untuk mencapai sesuatu matlamat (seperti maklumat, perancangan, perubahan, kejayaan dan lainnya) melalui perantaraan orang lain. Pengurusan juga merangkumi keadaan-keadaan yang tidak adanya perancangan, pengaturan, kepimpinan, penyelarasan, pengawalan dan seumpamanya (lihat Steve 1987). 1. Adnan Alias (2002: 21) menyatakan, Tiada agama selain Islam yang begitu mendorong pengnutnya untuk berniaga sehinggakan berniaga itu dikategorikan oleh Islam sebagai frdhu kifayah. Bukan hanya setakat mendorong, Islam juga telah menggariskan rangka jelas untuk manusia berkeusahawan. Dengan keistimewaan kedudukan perniagaan dalam Islam, tidak hairanlah jika sejarah pengembngn agama ini berkaitan antara keduanya. Tidak juga menghairankan jika dalam sejarah Islam terdapat banyak contoh-contoh usahawan yang baik. Tidak ada pengasas agama lain yang mereka sendiri adalah usahawan, sedangkan dalam Islam Nabi Besar-Nya Muhammad (saw) sendiri adalah merupakan usahawan contoh. [4]

Ada pun Pengurusan Islam ianya amat berbeza dengan konsep umum dalam pengurusan. Ini kerana ianya adalah merupakan satu konsep pengurusan yang bersandarkan kepada pengertian bahawa sesaorang manusia itu adalah merupakan khalifah Allah (swt) di bumi-nya, iaitu sesaorang yang berperanan sebagai pengurus khazanah Allah (swt) di muka bumi ini. Ini bererti semua manusia secara Fitrah -nya adalah berpotensi menjadi pengurus Allah (swt). Apabila sesaorang melakukan pengurusan secara Islam ini bererti ianya adalah merupakan pengurus khazanah Allah (swt). Sesungguhnya paksi kepada pengurusan Islam ialah pesanaliti insan yang diberi gelaran Khalifah, yang mengurus aktiviti kehidupan dirinya dan juga Ummah dalam ruang lingkupnya yang menyeluruh. Ianya bukan hanya setakat memenuhi tuntutan keperluan peribadi, keluarga, dan bangsa, tetapi meliputi kepentingan dan keperluan Ummah sejagat. 2.2. Ciri-ciri Pengurusan Islam Pengurusan Islam seperti yang telah dinyatakan diatas, merupakan satu bentuk pengurusan yang bersifat penyempurnaan Amanah Allah (swt). Saorang Pengurus Muslim adalah merupakan sesaorang yang melaksanakan ciri-ciri Pengurusan Islam sepenuhnya. Ini bererti, setiap orang adalah berpotensi untuk menjadi Pengurus Khazanah Allah (swt). Namun hal ini akan kekal berupa satu potensi sahaja sekiranya sesaorang itu tidak melengkapkan dirinya untuk memenuhi tuntutan kelayakan sebagai Pengurus Khazanah Allah (swt). Lantaran itu, bagi membolehkan potensi ini terus berkembang dan membentuk satu anjakan baru dalam sistem pengurusan sesaorang ciri-ciri Pengurusan Islam haruslah menjadi asas kepada tatacara pengurusan yang dilakukan oleh sesaorang itu. Apabila ciri-ciri ini telah dilaksanakan oleh sesaorang itu maka secara automatik terpancar dari dalam dirinya persanaliti Pengurus Islam. Dengan kata lain, semua manusia secara potensial (bil-quwwah), diciptakan untuk menjadi pengurus (khalifatullah). Namun agar potensi tersebut menjadi nyata (bil-fi li), terdapat sejumlah kriteria yang harus dimilikinya, yang antaranya ialah: Berilmu, Berwawasan, Realistik, Terancang, Berhemah lagi Hikmah (lihat Model Perlakuan Usahawan Mukmin dalam Adnan Alias, 2002: 21). 1. Pengurusan Berilmu Ilmu memainkan peranan yang amat penting dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan pengurusan. Tanpa ilmu, tugasan akan tergendala dan pengurusan akan pincang. Allah (swt) berfirman dalam Al-Quran: Adakah sama orang yang berilmu itu berbanding dengan orang yang tidak berilmu?"(qs. Al-Zumur : 9). Allah (swt) mengangkat orang-orang yang berilmu itu beberapa darajat kebesaran"(qs. Al-Mujadalah : 11). Ilmu yang disebutkan disini merangkumi persoalan ilmu duniawi dan juga ukrawi. Ini kerana Islam tidak pernah memisahkan dunia dengan akhirat. Sebaliknya, Islam mengajar kita bahawa dunia ini adalah merupakan jambatan keakhirat. Lantaran ini, perkara utama yang telah ditekankan oleh Islam kepada Ummatnya ialah menuntut Ilmu seperti yang tersurat dalam surah (Al-Qalam). Ini kerana, Islam mahukan semua Ummat nya hidup dalam ilmu dan mengurus secara ilmu. Dengan ini juga, Pengurusan Islam adalah merupakan satu pengurusan yang berilmu, dimana kriteria pertama ini adalah merupakan intisari kepada firman Allah (swt) yang bermaksud: [5]

Dia mengajarkan kepada Adam asma (nama benda-benda) semuanya, kemudian dia mempertunjukkannya kepada para malaikat. Lalu Allah berfirman (kepada para malaikat), Sebutkanlah kepada-ku asma-asma itu, jika kalian memang benar?"(qs. Al- Baqarah : 31). Para mufasir berbeda pendapat tentang pengertian asma yang tercantum pada ayat di atas. Walaupun mereka berbeda pendapat tentang makna asma, tetapi yang pasti (al-qadru al-mutayaqqan) dan yang tidak diperselisihkan lagi adalah, bahwa Adam as. Dibekali dengan keupayaan mencari ilmu pengetahuan, dimana keupayaan inilah yang tidak dimiliki oleh para malaikat. Ini bererti, untuk sesaorang itu menjadi Pengurus Khazanah Allah (swt), ia semestinya merupakan saorang yang berilmu. Manusia yang tidak berilmu, tidak akan berupaya untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah (swt). Dengan kata lain, sesaorang Pengurus Islam adalah saorang yang memiliki ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya, dia tidak akan membuat sesuatu (seperti membuat belian saham) secara rambang atau serkap jarang. Sebaliknya dia merupakan saorang yang tahu apa yang sedang dan seharusnya dilakukan dalam menjana keupayaan ekonomi yang ada ditangannya. 2. Pengurusan Berwawasan Saorang Pengurus Islam merupakan saorang yang mempunyai ke Imanan yang kukuh dalam dirinya. Ke Imanan ini menjadikan dirinya saorang yang berpandangan jauh dan berwawasan dalam perjalanan hidup dan juga setiap aktiviti ekonomi yang diusahakannya. 2 Pengertian ini jelas boleh dihayati daripada firman Allah (swt) yang bermaksud: "Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan beramal shaleh (kebaikan), bahwa Dia akan menjadikan mereka sebagai Pengurus di bumi, Sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka sebagai Pengurus. 2. Sungguh pun Iman merupakan hak individu (human right), tetapi ianya berkait rapat dengan tanggung jawab social (social commitment). Keimanan epistemik adalah merupakan satu keimanan yang terbena diatas pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh setiap manusia. Daripada hakikat inilah Allah (swt) menganugerahkan Mukjizat kepada setiap Rasul (saw) yang diutuskan kepada sesuatu kaum. Penyaksian sesuatu Mukjizat sewajarnya cukup untuk sesaorang itu menginsafi kebenaran sesuatu pengalaman yang dilaluinya serta membandingkan kebatilan sesuatu pengalaman yang juga telah dilaluinya. Perbezaan pengalaman dan persekitaran menyebabkan berbeza pula konsep-kensep keimanan yang dimiliki oleh manusia. Dari sinilah terbentuknya pelbagai agama dikalangan masyarakat manusia. Ada kelompuk manusia yang melalui pengalaman fizikal, dan ada pula yang melaluinya dalam bentuk fizikal dan spiritual. Hasil daripada pengalaman-pengalaman itu tadi maka terbentuklah wawasanwawasan yang realistik dalam kehidupan sesabuah masyarakat (yang dikenali juga sebagai tamadun). Sesungguhnya, dengan menganalisa sesuatu mukjizat itu sesaorang manusia mampu mengenali kebenaran yang mutlak dan membezakannya daripada kebatilan yang penuh dengan kepura-puraan (Lihat Muhamadul Bakir, 2007). [6]

Sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama mereka, yang telah diridhai- Nya untuk mereka, serta Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka menjadi aman setelah mereka ketakutan. Mereka akan menyembah-ku dan tidak menyengutukan apapun dengan-ku. Dan barang siapa kafir setelah itu, maka mereka adalah orang-orang yang fasik." (QS. An-Nur : 55). Dalam ayat tersebut, jelas sekali Allah berjanji akan menjadikan hamba-hamba-nya sebagai khalifah yang akan berjaya dalam usaha dan pengurusannya didunia dan juga di-akhirat. Sesungguhnya, sesaorang yang beriman sahaja yang akan merancang untuk Akhirat, sebagaimana sesaorang yang berwawasan sahaja yang akan merancang kejayaan dunia. 3. Pengurusan Realistik (Amali) Saorang Pengurus Islam juga merupakan saorang yang bersikap realistik (ia itu berkerja secara amli dan bukan hanya bertiori semata-mata). Nilai ini sebenarnya merupakan satu urutan implikasi daripada keimanan yang ada dalam diri sesaorang. Dengan kata lain, keimanan yang dimilikinya itu telah menjadikan dirinya saorang yang bersikap realistik dalam setiap tindak tanduk pengurusannya. Pengertian ini boleh dihayati dengan jelas daripada firman Allah (swt) yang bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh,...." (QS. Al- Asr : 1-3). Saorang pengurus Islam sedar bahawa segala usaha yang dilakukan oleh sesaorang akan hanya membawa erti dalam realit apabila ianya memberi manfaat kepada orang lain. Dengan kesedaran ini, pengurus Islam tidak akan melakukan sesuatu yang tidak realistik. 4. Pengurusan Terancang Saorang Pengurus Islam juga merupakan saorang yang mengurus secara terancang (ia itu mengurus secara benar, jujur, tepat dan sekala). Segala keputusan yang dibuat adalah berdasarkan ilmu pengetahuan (seperti yang telah dibincangkan dalam ciri 1), serta bersih daripada segala bentuk kepentingan hawa nafsu. Sifat ini menjadikannya saorang konsistent dan tidak mudah hanyut dibawa arus perasaan dan was-was syaitan seperti yang tercatit dalam Al-Quran, surah Al-Nas. Dengan kata lain, pengurusannya adalah merupakan satu bentuk pengurusan yang berinteggriti. Pengertian ini boleh dihayati dengan jelas daripada firman Allah (swt) yang bermaksud: "Wahai Dawud, Kami jadikan engkau sebagai khalifah di bumi, maka buatlah keputusan dengan benar dan janganlah mengikuti hawa nafsu, karena hawa nafsu akan menyesatkanmu dari jalan Allah." (QS. Shad : 26). Saorang pengurus Islam akan sentiasa mempastikan bahawa keputusan yang diambilnya adalah satu keputusan yang telah melalui satu proses perancangan yang jelas. Dia tidak akan membiarkan hawa nafsunya mempermainkan dirinya dalam membuat sesuatu keputusan. Sebaliknya, dia akan sentiasa [7]

berpegang kepada prinsip-prinsip yang teguh sebelum membuat sesuatu keputusan dan perubahan keatas sesuatu hal yang mendatang. 5. Pengurusan Berhimah dan Berhikmah Islam itu sendiri pada dasarnya adalah diturunkan untuk memandu manusia mengurus perjalanan hidup mereka kearah kebaikan. Syariatnya menggariskan tatacara pengurusan setiap perkara yang diperlukan oleh manusia, sama ada dalam hal berkeluarga, bermasyarakat, berniaga dan yang lainnya adalah berlandaskan kepada konsep berhimah dan berhikmah. Oleh yang demikian, dalam pengurusan Islam, semua pehak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti kehidupan (lebih-lebih lagi dalam persoalan yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi dan kepentingan Ummah) adalah dituntut melaksanakan tanggungjawah pengurusan secara berhimah lagi berhikmah. Pengertian ini boleh dihayati dengan jelas daripada firman Allah (swt) yang bermaksud: "Seru kepada jalan Tuhan mu dengan cara yang Hikmah dan Mau izah Hasanah. Dan perbincangkanlah sebarang issu yang berbangkit dengan cara yang paling baik." (QS. Al- Nahl : 125). berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (QS. Al- Asr : 1-3). Sepertimana mereka juga dituntut melaksanakan tugasan nasihat menasihati serta Amar Ma ruf dan Nahi Munkar seperti yang tersebut dalam banyak Hadith-hadith Rasulullah (saw) yang menuntut ummatnya melaksanakan tugasan Islah sesama Umat Islam. Ini bererti, sesaorang pengurus Islam akan sentiasa mempastikan bahawa dia melaksanakan pengurusan secara berhimah dan berhikmah. Dia senentiasa mencari kebenaran dan berlapang dada menerima segala bentuk nasihat yang benar. [8]

Kesimpulan Dari perbincangan diatas, secara amnya, kertas kerja ini berpandangan bahawa Ummat Islam perlu membangunkan model pelaksanaan Sistem Pengurusan Islam yang sesuai untuk masa kini. Model itu pula mestilah berpaksikan kepada konsep-konsep utama Islam sebagai Addin, ia itu satu cara hidup yang comprehensive, dimana Islam telah meletakan manusia dimuka bumi ini dengan satu tugas ia itu mengurus khazanah bumi ini mengikut ketentuan Allah (swt). Dengan ini, Islam melihat fungsi pengurusan bukan sahaja dalam lingkungan setempat, bahkan juga meliputi persoalan sejagat, hari ini dan juga hari Akhirat. Disamping itu pula, kertas kerja ini juga berpendapat pentingnya bagi saorang pengurus Muslim itu mengaplikasikan konsep pengurusan berhimah lagi berhikmah. Dalam beberapa siri perbincangan dengan cendiakawan Muslim, sering kali penulis mendengar ungkapan yang mengatakan orang bukan Islam lebih banyak berhimah lagi berhikmah dalam berurusan jika dibandingkan dengan orang Islam itu sendiri. Untuk melihat kejayaan gerakan memankinkan ekonomi Ummah, prasyarat utamanya ialah kesedaran yang penuh dari kalangan umat Islam bahawa mereka semua adalah merupakan pengurus khazanah Allah (swt) di bumi ini. Konsep ini akan menuntut setiap individu melaksanakan tugasan mereka sepenuh daya dan upaya serta mengelakkan mereka daripada terjebak dalam pelbagai bentuk kepincangan dan penyelewingan dalam pengurusan ekonomi mereka. Seterusny, kertas kerja ini menjelaskan lima (5) kriteria asas untuk menjadi garis pengukur dalam menjalankan tugasan sebagai pengurus khazanah Allah (swt). Rujukan Al-Quran Al-Karim Buku-buku Hadith Nabi Muhamad (saw) Abdul Sami Al-Misri, Perniagaan dalam Islam, (Terjemahan) Ahmad Hj. Hasbullah, 1993. Adnan Alias & Mohamad Dahlan Ibrahim, Keusahawan Islam, Prentice Hall, Kuala Lumpur, 2002. Firdaus Efendi & Yudhi Komaruddin, 10 Petunjuk Membangun Bisnis Islam, NM Press, Jakarta, 2004. Muhamadul Bakir, Religious Belief System from an Islamic Perspective, dalam Kulliyyah Research Bulletin vol. 2, March 2007. Rafik Issa Beekun, Islamic Business Ethics, Interntion Institute of Islamic Thought, Virgini, U.S.A. 1997. Sheikh Ghazali Abd and Zambry Abdul Kadir (eds), Pengurusan Perniagaan Islam, Hizbi Shah Alam, Malaysia, 1991. Steve Jefferys, Management and Managed, Cambidge University Press, 1987. Wan Liz Ozman, Pengurusan Islam Abad Ke-21, Utusan Publication, 1996. [9]