TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

Similar documents
Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN MEMPELAJARI BAHASA AL-QURAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Berbantukan Mufradat dan Uslub Al-Quran

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Khairun Nisaa bt Mohd Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

PENGHARGAAN., para sahabat dan tabi`in. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

Pembangunan Laman Sesawang Kemahiran Mendengar Bahasa Arab (Maharat al-istima wa al-fahm): Mendokong Dasar e-pembelajaran di UKM

Kata kunci: Akhbar; keperluan; remaja; berita; penerimaan akhbar oleh remaja

-*.- Program Pensiswa

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

Transcription:

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID Ahmad Redzaudin Ghazali, Dr. Md Noor Hussin, Dr. Khairatul Aqmar Abd Latif, Mohammad Rofian Ismail, Wan Muhammad Akhyar Ab Shatar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Prof Madya Dr Saupi Man Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ABSTRAK Bahasa Arab merupakan bahasa ilmu yang perlu dipelajari oleh semua peringkat samada secara formal atau tidak formal. Kebiasaannya bahasa arab diajarkan serta dipelajari di institusi-institusi pendidikan; sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi. Namun, Bahasa arab juga turut diajarkan dan dipelajari di kalangan masyarakat awam di masjid-masjid atau surau-surau. Justeru, makalah ini akan melihat tahap penguasaan Bahasa arab di kalangan masyarakat awam yang mempelajarinya di masjid berasarkan kepada edaran soal selidik yang telah dibuat kepada beberapa buah masjid yang terpilih. Kata Kunci: Penguasaan bahasa arab, masyarakat awam, pembelajaran bahasa arab di masjid 1.0 Pengenalan Menurut Hassan (2007), bahasa merupakan satu daripada aspek yang sangat penting dalam sesebuah ketamadunan. Ia dilambangkan sebagai alat budaya, alat pemikiran, alat ilmu dan alat kemajuan dalam sesebuah tamadun. Satu sifat yang sangat istimewa pada bahasa iaitu ia mempunyai ruh yang menjadikannya hidup dan berkembang seiring dengan peredaran serta kesesuaian zaman. Bahasa menjadi asas utama dalam aktiviti intelektual manusia kerana dengan bahasa manusia mampu menterjemah pemikiran, idea malah perasaan dalam tindak tanduk mereka (Muhmmad Izuan Abd Gani, 2007). Dewasa ini, kesedaran terhadap kepentingan ilmu bahasa arab mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan dewasa bagi memudahkan pemahaman agama, seterusnya dapat mereka aplikasikan dalam urusan kehidupan seperti ibadah, komunikasi dan sebagainya (Farhana Idris & Munirah Azrae, 2015). h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s. n e t Page 68

Pembelajaran bahasa arab bukan hanya menjadi hak eksklusif kepada golongan pelajar di institusi pengajian, sebaliknya ia perlu diajarkan kepada semua pihak baik belia mahupun golongan berusia. Atas kesedaran ini, pihak pengurusan masjid mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas pengajian arab bagi membantu mereka mendalami bahasa syurga ini. Antara bentuk kelas-kelas yang disediakan seperti kelas percuma, pengajian bersiri berbayar, kuliah secara terbuka dan lainlain lagi. Pelbagai pendekatan dan modul yang ditawarkan baik tenaga pengajar mahupun pihak pengurusan masjid bagi melahirkan komuniti masyarakat yang celik dan fasih bahasa arab. Namun demikian, yang menjadi perbincangan disini adalah sejauh mana kesedaran masyarakat terhadap bahasa arab, apakah masyarakat beranggapan bahawa perlunya pengajian bahasa arab dijalankan dan kepentingannya dalam kehidupan, adakah masyarakat menguasai bahasa arab dengan baik dan seumpamanya. 2.0 Tujuan dan Metode Kajian Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang dibahagikan kepada lima perkara utama iaitu Bahagian A, B, C, D dan E. Bahagian A adalah berkaitan demografi responden. Bahagian B mengandungi soalan berkaitan dengan kesedaran terhadap pengajaran bahasa arab. Bahagian C pula adalah berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran bahasa arab. Bahagian D berkaitan dengan kekuatan dan kelemahan pengajaran bahasa arab. Manakala Bahagian E adalah berkaitan dengan tahap penguasaan bahasa arab. 3.0 Literatur Kajian Bahasa arab adalah bahasa ilmu (Hassan Basri & Ahmad Zailani, 2005). Dengan menguasai bahasa Arab juga akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian al-quran, hadis Rasulullah dan kitab-kitab muktabar para ulama silam yang kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Kemahiran bahasa Arab juga membolehkan kita memahami maksud setiap bacaan di dalam sembahyang, doadoa, wirid, zikir dan sebagainya (Naimah et.al, 2009) di mana sebahagian besar umat Islam tidak tahu pengertiannya walaupun sudah berpuluh tahun mengamalnya hatta ada yang tidak tahu pengertian doa iftitah dan qunud yang dibaca setiap hari dalam sembahyang (Mohd Puzhi, 2010). h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s. n e t Page 69

Ilmu tatabahasa arab merupakan ilmu yang paling penting dalam Islam kerana sumber asli ajaran Islam berbahasa arab. Tanpa mempelajari bahasa arab dengan baik, mana mungkin seseorang itu akan mampu memahami ajaran Islam dengan sempurna. Kejahilan dan kelemahan umat Islam mendalami bahasa Arab akan hanya mewujudkan sebuah masyarakat tidak kreatif, kurang dinamik dan pak turut yang hanya menuturkan sesuatu yang tidak difahami seumpama burung kakak tua yang bijak berbicara. Oleh yang demikian, umat Islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-quran ini sebaik mungkin (H. Salimudin A.Rahman 2007). Bahasa Arab adalah bahasa umat Islam. Dengan jumlah umat Islam yang kini mencecah 1.6 bilion orang di seluruh dunia, membuktikan bahasa ini diucapkan setiap hari di dalam amalan ritual dan muamalah umat Islam secara global. Kebolehan berbahasa Arab membolehkan kita berkomunikasi dengan saudara seislam di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Arab dan dapat mengenali mereka secara lebih dekat serta mengikat silatulrahim sesama umat Islam. Seterusnya, bahasa arab juga mempunyai nilai komersial yang tinggi dan berdaya saing serta mampu menandingi bahasa dunia lain seperti bahasa Inggeris, Perancis, Rusia dan sebagainya. Nilai ekonomi yang terdapat pada bahasa Arab membolehkannya diiktiraf sebagai salah satu bahasa utama dan terpenting di dunia serta telah menarik ramai orang mempelajarinya. Bagi umat Islam, bahasa Arab adalah bahasa perpaduan dan penyatuan. Walaupun tidak semua negara Islam menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, namun begitu bahasa Arab tetap memainkan peranan penting di dalam sistem pemerintahan negara dan struktur masyarakat terutamanya di kalangan negara anggota OIC. Melalui medium Bahasa Arab juga negara Islam di seluruh dunia dapat mewujudkan kerjasama dan perkongsian ekonomi, teknologi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya secara yang lebih akomodatif dan progresif bagi mendepani segala anasir-anasir negatif yang boleh mengganggu-gugat kestabilan Islam. Inisiatif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran memperkenalkan program J-QAF iaitu sistem pendidikan jawi, al-quran, bahasa Arab dan tulisan Jawi secara yang lebih efektif di sekolahsekolah rendah mampu memperkasakan penguasaan dan kemahiran bahasa Arab di kalangan rakyat Malaysia, di samping program bahasa Arab yang turut disediakan di peringkat sekolah menengah dan yang lebih tinggi hampir semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara adalah momentum positif kepada bahasa arab. h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s. n e t Page 70

Kajian Ismail et.al (2013) mendapati penerimaan pelajar sekolah rendah terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa arab adalah lebih baik. Naimah et.al (2009) menyifatkan para pelajar adalah golongan yang bernasib baik kerana mendapat persediaan awal dalam bahasa arab, lebih-lebih lagi kerana kandungan modul di institusi pengajian mempunyai nilai bahasa yang lebih tinggi dengan tahap kesukaran yang lebih kompleks berbanding pengajian orang dewasa. Antara modul pendidikan bahasa arab untuk golongan dewasa adalah Al-Furqan yang mana mula mendapat publisitinya sejak tahun 2007. Modul ini berobjektifkan pemahaman tafsir al-quran, dan ia bertujuan menyangkal pendapat masyarakat bahawa bahasa arab adalah sesuatu yang sukar dipelajari. Walaupun lebih sukar bagi mereka untuk mempelajari bahasa arab, itu tidak akan menjadi masalah kepada mereka kerana mereka akan belajar disebabkan dorongan dalaman ataupun luaran tertentu yang akan menjadikan mereka belajar secara sukarela tanpa sebarang paksaan (Husaini, Che Radiah & Nik Farhan, 2015). Suhaila Zailani et.al, (2012) berpendapat pembelajaran dan pengajaran bahasa arab ini perlu diketengahkan dalam bentuk persembahan yang ringkas serta mudah untuk difahami demi membentuk suatu tanggapan di mata orang awam berkenaan bahasa arab yang ingin dipelajari adalah mudah dan senang difahami. 4.0 Dapatan Kajian 4.1 Demografi Responden Sebanyak 20 borang soal selidik yang telah diedarkan dan dianalisa dengan menggunakan perisian Statitiscal Package for Social Sciences (SPSS 21). Ujian kebolehpercayaan dilakukan pada setiap pembolehubah yang dikaji dengan menganalisa nilai. Daripada nilai Cronbach s Alpha bagi pembolehubah yang terlibat adalah sebanyak 0.671, menunjukkan jumlah kebolehpercayaan yang sederhana. Analisis deskriptif frekuensi peratusan digunakan untuk menerangkan profil responden dan mengkaji item-item soal selidik yang lain. JADUAL 1: Profil sampel mengikut jantina, umur, taraf pendidikan, tempoh mempelajari bahasa arab dan tahap penguasaan bahasa arab sampel Faktor Kategori N Peratus Jantina Lelaki Perempuan 11 09 55.0 45.0 Umur 25 ke bawah 20 100 Taraf pendidikan Sarjana Muda 15 75.0 h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s. n e t Page 71

Diploma 5 25.0 Pengalaman mempelajari bahasa arab 1-2 tahun 3-5 tahun 6 tahun keatas 5 7 8 25.0 35.0 40.0 Tahap penguasaan bahasa arab Baik Sederhana Lemah Sederhana Lemah 2 10 4 4 10.0 50.0 20.0 20.0 Jumlah 20 100 Berdasarkan jadual 1 kajian di laksanakan kepada seramai 11 orang responden (55.0%) lelaki dan 9 orang (45.0%) responden perempuan. Dari segi umur, kesemua responden yang terlibat dalam kajian ini berumur 25 tahun ke bawah iaitu seramai 20 orang (100.0% ). Merujuk kepada taraf pendidikan pula seramai 15 responden (75.0%) adalah graduan sarjana muda, dan selebihnya 5 orang (25.0%) daripada responden tersebut merupakan graduan diploma. Dari segi pengalaman mempelajari bahasa arab, 5 orang responden (25.0%) telah mempelajari Bahasa arab dalam lingkungan masa 1 hingga 2 tahun, 7 orang (35.0%) telah mempelajari bahasa arab antara 3 hingga ke 5 tahun, manakala 8 orang (40.%) responden telah mempelajari bahasa arab selama 6 tahun ke atas. Merujuk kepada tahap penguasaan Bahasa arab, seramai 2 orang responden (10.0%) mengatakan penguasaan bahasa arab mereka berada pada tahap yang baik, 10 orang (50.0%) responden berada di tahap yang sederhana, manakala 4 orang responden sederhana lemah dan baki 4 orang responden lemah penguasaan bahasa arabnya (20.0%). 4.2 Pelaksanaan Pengajaran Bahasa Arab Di Masjid Analisis keseluruhan item Kesedaran mencatatkan peratusan jawapan yang konsisten tinggi bagi pilihan jawapan sangat setuju iaitu; saya berpandangan bahawa bahasa arab adalah penting untuk Muslim (95.8%), saya perlukan bahasa arab untuk memahami Al-Quran (95.3%), saya perlukan bahasa arab untuk tujuan Ibadah (97.4%), saya sedar saya perlu mempelajari bahasa arab (95.3%), saya mempelajari bahasa arab atas kesedaran sendiri (93.2%), dan saya memperuntukkan masa tertentu untuk mempelajari bahasa arab (96.6%). h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s. n e t Page 72

Analisis keseluruhan item Pelaksanaan menunjukkan peratusan yang berbeza bagi setiap item iaitu; pembelajaran bahasa arab memenuhi keinginan dan kehendak saya (STS = 61.6%, TS = 17.4%, KS = 11.8%, S = 1.8%, SS = 7.4% ), saya memberikan komitmen sepenuhnya dalam kelas bahasa arab (STS = 46.3%, TS = 17.1%, KS = 14.5%, S = 10.0%, SS = 12.1% ), saya berpandangan modul yang disediakan adalah sesuai dengan pembelajaran (STS = 62.%, TS = 16.6%, KS = 14.7%, S = 4.2%, SS = 2.4% ), saya dapat memahami dengan baik apa yang diajarkan (STS = 81.1%, TS = 11.1%, KS = 5.5%, S = 1.3%, SS = 1.1% ), saya dapat mengikuti dengan baik kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PNP) (STS = 51.1%, TS = 21.1%, KS = 18.2%, S = 2.9%, SS = 6.8% ), terdapat penilaian yang sesuai bagi modul yang digunakan (STS = 27.6%, TS = 18.4%, KS = 34.2%, S = 9.5%, SS = 10.3% ), dan saya mendapat faedah daripada penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) (STS = 78.7%, TS = 11.8%, KS = 7.4%, S = 0.5%, SS = 1.6% ). Manakala analisis keseluruhan Kekuatan dan Kelemahan turut mencatatkan variasi peratusan bagi setiap item iaitu; saya seronok dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa arab (STS = 79.6%, TS = 14.5%, KS = 7.1%, S = 0.8%, SS = 1.1% ), modul yang digunakan membantu meningkatkan kefahaman bahasa saya (STS = 79.7%, TS = 11.8%, KS = 6.8%, S = 0.3%, SS = 1.3% ), kaedah yang digunakan membantu meningkatkan kefahaman bahasa arab saya (STS = 71.8%, TS = 18.4%, KS = 8.7%, S = 0.3%, SS = 0.8% ), penilaian yang digunakan dapat mengukur kefahaman bahasa saya (STS = 77.1%, TS = 11.8%, KS = 8.2%, S = 1.8%, SS = 1.1% ), pengajar menggunakan bahasa arab sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (STS = 73.2%, TS = 11.8%, KS = 11.1%, S = 1.6%, SS = 2.4% ), pengajar mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran (STS = 82.4%, TS = 9.7%, KS = 6.1%, S = 1.1%, SS = 0.8% ), dan saya mampu menggunakan dan memanfaatkan bahasa arab yang dipelajari (STS = 89.7%, TS = 5.8%, KS = 2.9%, S = 1.1%, SS = 0.5% ). Bagi analisis keseluruhan item Tahap Kemahiran dalam Bahasa Arab pula, peratusan bagi setiap item adalah seperti berikut; kemahiran membaca dalam bahasa arab (STS = 82.6%, TS = 8.4%, KS = 7.6%, S = 0.3%, SS = 1.1% ), kemahiran menulis dalam bahasa arab (STS = 85.8%, TS = 8.9%, KS = 4.5%, S = 0.5%, SS = 0.3% ), kemahiran mendengar dalam bahasa arab (STS = 72.6%, TS = 12.6%, KS = 12.1%, S = 2.4%, SS = 0.3% ), dan kemahiran bercakap dalam bahasa arab (STS = 57.4%, TS = 15.5%, KS = 15.0%, S = 8.4%, SS = 3.7% ). h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s. n e t Page 73

5.0 Rumusan dan Cadangan Secara ringkasnya, kajian lanjutan perlu dijalankan bagi memperoleh dapatan yang lebih mapan dan konkrit agar dapat mencadangkan kaedah pengajaran yang lebih baik disamping dapat memperkayakan kesedaran masyarakat terhadap pembelajaran bahasa arab di masjid. 6.0 Rujukan Farhana Idris & Munirah Azrae. 2015. Keberkesanan Pengajaran Bahasa Arab Untuk Pemahaman Ayat Al-Quran. E-Prosiding International Conference on Social Science Research (ICSSR 2015). m/s 890. Diambil pada TARIKH BILA daripada www.worldconference.net Hassan Ahmad. 2007. Bahasa dan Tamadun Manusia, Kolum Bahasa Penjana Minda, Berita Harian, 25 Januari 2007. Hassan Basri, A.M.D & Mohd Azhar, Z. (2005). Pengajaran Bahasa Arab untuk Tujuan Khusus: Satu Pandangan Awal. Diambil pada TARIKH BILA, dari www.eprints.um.edu.my Husaini, K., Nik Radiah, M. & Nik Farhan (2015). Analisis Keperluan Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Warga Emas. E-Prosiding 2 nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization (2015). 731-746. Diambil pada TARIKH BILA daripada www.worldconference.net H. Salimudin A.Rahman. 2007. Tatabahasa Arab untuk Mempelajari Al-Quran. Sinar Baru Algensindo Bandung. Muhammad Izuan Abd Gani, Radziah Ismail, Adibah Sulaiman, Sulhah Ramli. 2015. Penerapan Aspek Penjiwaan Bahasa Arab dalam Pengajaran & Pembelajaran (P&P): Kajian Terhadap Guru Bahasa di USIM. Nilai: PENERBIT USIM?? Mohd Puzhi, U. & Muhammad Seman. 2010. Al-Arabiyyah li Al-Ibadah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Naimah, et.al. 2009. Tinjauan Terhadap Keperluan Pembelajaran Bahasa Arab untuk Tujuan Agama (BATA) dikalangan Masyarakat Islam. Institute of Research Development and Commercialization. UiTM. h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s. n e t Page 74

PAbd al-salam Tawilah. 2000. Athar al-lughah fi Ikhtilaf al-mujtahidin. Cet 2. Kaherah: Dar al-salam. Suhaila Zailani, Salamiah Ab. Ghani, Ummu Hani Hj Hashim, Khazri Osman, Zainuddin Ismail, Hakim Zainal. 2012. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Menerusi Al-Quran. E-Prosiding Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR 12). AMBIL BILA?? Zamri Mohamad, 2003. Bahasa Arab, Bahasa Syurga Yang Mempengaruhi Dunia. Utusan Malaysia, 10 Jun "Menghayati Sejarah Tulisan Bahasa Arab dan Tulisan Jawi", Utusan Malaysia, 2 Mac 2006 h t t p : / / w o r l d c o n f e r e n c e s. n e t Page 75