DIALOG AGAMA LWN DIALOG KEHIDUPAN: MEMBINA KEFAHAMAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG BERBEZA KEPERCAYAAN.

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SOCIAL SCIENCES & TECHNOLOGY

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik

Ulasan Buku / Book Review

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Persepsi Wanita Buddha dan Wanita Muslim terhadap Dialog Agama: Kajian di Kuala Lumpur

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

BUTIRAN PERIBADI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

16 Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

PEMBENTANGAN PSM AHIBS UTM SPACE

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

Jurnal Hadhari 6 (2) (2014) AHMAD FAIZUDDIN RAMLI 1, 2 ABSTRAK

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

BAB 1 PENDAHULUAN. Bab ini menjelaskan mengenai pentingnya menyusun draf pengkajian untuk

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Takrifan Etika ethos

Transcription:

DIALOG AGAMA LWN DIALOG KEHIDUPAN: MEMBINA KEFAHAMAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG BERBEZA KEPERCAYAAN. Azarudin Bin Awang Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam, UiTM Terengganu azaru154@tganu.uitm.edu.my Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Universiti Malaya ijamh@um.edu.my Abstract We explain the importance of religious dialogue in a plural society as different aspects of human life covering religion, culture, race and skin colour often led to a conflict. In the context of the relationship between religion, dialogue of faith becomes a medium for fostering unity in the life of multi-ethnic society. The early development of religious dialogue in the West aims to erode the bad perspective on Christianity. Various proactive action have been done by Christians to be entrenched religious dialogue, especially in relations with the Muslim world. In the early stages, religious leaders only focus on the form of a formal dialogue. Dialogue of life be a choice in resolving issues involving the conflict between religion and culture in a multi-ethnic society. Through shared activities, dialogue of life can provide an understanding to multireligious communities and cultures to respect, appreciate and tolerate each other. Key words: Religious Dialogue, Dialogue of Life, Intercultural Dialogue. Abstrak Kami menjelaskan kepentingan dialog agama dalam masyarakat yang jamak memandangkan perbezaan kehidupan manusia yang meliputi aspek agama, budaya, bangsa dan warna kulit sering kali mengundang kepada [1]

konflik. Dalam konteks hubungan antara agama, dialog agama menjadi wahana bagi memupuk perpaduan dalam kehidupan masyarakat multietnik. Perkembangan awal dialog agama di Barat adalah bertujuan menghakis perspektif buruk terhadap agama Kristian. Pelbagai langkah yang pro-aktif telah dilakukan oleh Kristian dengan membudaya dialog agama khususnya dalam menjalin hubungan dengan dunia Islam. Pada peringkat awal, pemimpin agama hanya memberi fokus terhadap bentuk dialog yang berlaku secara formal. Dialog kehidupan menjadi pilihan dalam menangani isu-isu yang melibatkan konflik antara agama dan budaya dalam masyarakat multi etnik. Melalui perkongsian kegiatan, dialog kehidupan mampu memberi kefahaman kepada masyarakat yang beraneka agama dan budaya untuk saling menghormati, menghargai dan bertoleransi antara satu dengan lain. Dialog kehidupan menjadi alternatif pilihan dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan konflik antara agama dan budaya dalam masyarakat multi-etnik. Kata Kunci : Dialog Agama, Dialog Kehidupan, Dialog Antarabudaya. 1. Pendahuluan Kewujudan kehidupan masyarakat jamak dalam pelbagai ragam bentuknya, amat memerlukan kepada dialog. Manakala pegangan manusia terhadap konsep ketuhanan yang beraneka menjadi pemisah dalam kehidupan beragama dan ritual peribadatan. Setiap manusia yang beragama perlu menyedari bahawa pluraliti dalam kehidupan manusia boleh diintegrasikan melalui dialog antara agama. Manakala perbezaan yang wujud dalam kehidupan manusia tidak boleh dilakukan melalui kaedah pemaksaan terhadap orang lain agar menerima atau meyakini seperti apa yang kita alami. Dengan itu, dialog dilihat sebagai satu wadah agar konsep saling hormat-menghormati, sayang menyayangi dan saling mempercayai dapat dijalinkan dengan baik. 2. Sejarah Perkembangan Dialog Agama Catatan awal menyebut bahawa kemunculan dialog antara agama di Barat bermula melalui pertemuan para penganut yang berbeza pada tahun 1893 di Chicago, Amerika Syarikat. Masyarakat Barat yang beragama Kristian dan Yahudi merasakan bahawa agama-agama yang wujud di sebelah Timur begitu asing kepada mereka. Selanjutnya, The World s Parliament of Religions (Parlimen Agama Sedunia) ditubuhkan pada 11 September 1893 dengan John Henry Barrows dilantik sebagai pengerusi pertama. Pada peringkat awal, pertemuan masyarakat yang berbilang agama ini [2]

cuba mencari jalan bagi mengurangkan jurang pemisahan antara penganut agama Timur dan Barat. Rentetan itu juga, didapati melalui beberapa siri pertemuan agamawan Kristian misalnya Persidangan Dakwah Dunia (World Missionary Conference) yang berlangsung di Edinburgh 1910 merumuskan agar Kristian perlu berkongsi berkaitan dengan wujudnya nilai rohani, agama dan kepercayaan yang lain di dunia ini (Pratt 2010 : 104). Berdasarkan gambaran di atas, bermula abad ke-19 lagi agamawan Kristian mula menekankan kepentingan pendekatan hubungan yang berhati-hati dengan masyarakat yang berbeza agama dengan tidak mengganggu atau memusnahkan kepercayaan, ritual dan budaya mereka. Lantaran itu, hasil dari Vatican Council (1962-1965), lahir satu peristiharan yang membahaskan secara jelas tentang hubungan antara Kristian dengan bukan Kristian. Nostra Aetate (28 Oktober 1965) merupakan dokumen yang telah menjadi rujukan utama kepada gerejagereja Kristian sehingga ke hari ini. Justeru, gagasan gereja yang dulu bersifat eksklusif yang berpandangan bahawa di luar gereja tidak ada keselamatan (Extra ecclesiam nulla salus) sekarang berubah menjadi inclusive (membuka ruang kepada agama-agama lain) (Pratt 2010:105). Berdasarkan kepada hakikat ini, menunjukkan bahawa perkembangan ini memberi desakan kepada ahli teologi Kristian untuk menilai semula dasar eksklusif Kristian. Kesannya aliran Kristian Katolik Romawi mula membuka dasar tutup pintunya dengan bersikap positif terhadap agama lain. Langkah ini juga diikuti oleh aliran Kristian Protestan yang menggalakkan agar dilakukan dialog dengan agama lain bermula tahuntahun 1970-an (Azmil 2008:142). Seterusnya pada Januari 1963, hasil daripada persidangan Vatikan II, John XXIII dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara agama dan kepercayaan telah menubuhkan Urusetia Untuk Kesatuan Umat Kristian atau SPUC (Secretariat for the Promotion of the Unity of Christians). Seterusnya beberapa jawatankuasa khusus bagi menangani usaha menjalin dialog dengan masyarakat Yahudi, Gereja Ortodoks, Gereja Anglican, Gereja Metodhist, dan Gereja Kristian seluruh dunia juga ditubuhkan. Sementara itu jawatankuasa yang khusus untuk menjalinkan hubungan dialog dengan masyarakat bukan Kristian (Secretariat for Non-Christians) ditubuhkan pada tahun 1964. Di sinilah bermulanya dialog agama dengan masyarakat yang beragama Buddha, Hindu, dan Islam. Menjelang tahun 1990, urusetia ini diganti dengan nama Urusetia Dialog Antara Agama (Secretariat for Interreligious Dialogue) (Pratt 2010:108-109). Berdasarkan perkembangan ini, kemunculan dialog agama berperanan mengendur ketegangan yang [3]

berlaku di dunia Kristian selepas Perang Dunia Kedua. Masyarakat Kristian akhirnya menerima hakikat bahawa pada realitinya wujud kepelbagaian kepercayaan lain di dunia ini. Oleh itu, dialog berperanan menyuburkan kerjasama, saling faham memahami dan sikap toleransi antara penganut agama yang berlainan. Kesimpulannya, dialog agama adalah satu pendekatan dalam dunia Kristian bagi menghilangkan prasangka buruk penganut agama lain terhadap agama mereka. Dalam masa yang sama, dialog agama dijadikan satu cara bagaimana Kristian memulihkan imejnya kembali dan seterusnya mendekatkan agama ini kepada masyarakat bukan Kristian. Dengan kata lain, dialog agama mempunyai wawasan untuk menghapuskan salah faham dan mendekatkan jurang pemisahan kerana perbezaan-perbezaan yang tertentu. Perkembangan dialog agama di Barat ini sangat berkait rapat dengan perkembangan agama Kristian itu sendiri. Dari aspek fungsional pula, dialog antara agama dilihat berperanan mengendurkan ketegangan yang berlaku dalam dunia Kristian setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua. Melalui dialog antara agama, setiap agama dilihat mempunyai kemutlakan yang tersendiri yang sama sekali tidak memusnahkan kepercayaan lain. Atas dasar inilah Hans Kung (1998:65) seorang Profesor dalam bidang ecumenical theology dan pengasas etika global, mengatakan seperti berikut : There will be no peace between the civilizations without a peace between religions and there will be no peace between the religions without a dialogue between the religions. [Terj: Tiadalah keamanan antara peradaban tanpa keamanan antara agama dan tiadalah keamanan antara agama tanpa dialog antara agama] Harus diakui bahawa pandangan Hans Kung ini menjelaskan bahawa keharmonian, kedamaian dan perpaduan antara masyarakat yang berbeza agama, budaya dan pemikiran hanya boleh berlaku melalui hubungan yang baik antara agama. Apatah lagi konflik yang berpunca dari masalah agama sebelum ini telah banyak memusnahkan harta dan jiwa manusia. 3. Dialog Agama Antara Islam-Kristian Oleh kerana agama Islam, Kristian dan Yahudi merupakan agama yang bersifat monotheisme dan bersumberkan ajaran wahyu, dengan itu ia saling berkait antara satu sama lain. Malah dalam al-qur aan, terdapat [4]

ayat-ayat yang menceritakan secara khusus tentang hubung kait agama Kristian dan Yahudi dengan Islam misalnya surah Ali Umran (3) : ayat 64 (ringkasnya, 3:64) yang bermaksud : - Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kata yang sama, antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah melainkan Allah, dan bahawa kita tidak menyekutukan sesuatu dengan-nya, dan janganlah sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain sebagai pemelihara-pemelihara, selain daripada Allah." Dan jika mereka berpaling, katakanlah, "Saksilah bahawa kami adalah Muslim. " (al- Qur aan 3:64) Firman Allah dalam surah al-nisa (4) pula pada ayat 163 yang bermaksud : "Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya dan Nabi Isa dan Nabi Ayub dan Nabi Yunus dan Nabi Harun dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur " (al- Qur aan 4:163) Ayat-ayat di atas dapat dijelaskan bahawa hubungan Islam dengan Yahudi dan Kristian merupakan suatu kesinambungan tradisi monoteistik manakala Islam merupakan titik puncak dari tradisi monoteistik. Malahan Islam membuka pintu interaksi seluas-luasnya dengan syarat hubungan yang dijalinkan semestinya berdasarkan atas konsep mengajak kepada kebaikan dan menghindari kejahatan. Ini juga disebut dalam firman Allah dalam surah al-maaidah (5) ayat 2: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya). (al-qur aan 5:2) Munurut Munawar (2000:17) sekiranya diteliti sejarah penaklukan kota Jurusalem oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Sayyidina Umar al-khattab, masyarakat bukan Islam diberi jaminan kebebasan beragama. Dialog yang berlaku di antara khalifah dan paderi Jurusalem misalnya telah membuahkan persefahaman sebagaimana berikut :- [5]

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Piagam ini diberikan oleh Umar, Hamba Allah dan pemimpin kaum yang beriman, kepada rakyat Aelia. Ia memberikan jaminan keamanan bagi jiwa dan harta mereka, gereja dan salib mereka, yang kecil dan yang besar dan pemeluk agama Kristian. Gereja mereka tidak akan diambil ataupun dihancurkan, isi ataupun kandungannya, salib atau harta miliknya, tidak akan dikurangi dengan cara apa pun. Mereka tidak dipaksa dalam segala hal agama mereka dan mereka tidak akan diganggu. Pengajaran di atas menunjukkan bahawa pemimpin awal Islam telah menterjemahkan toleransi agama melalui hubungan yang baik dan pemberian hak-hak kehidupan kepada penganut agama lain walaupun mereka tinggal dalam kelompok masyarakat Muslim. Dalam erti kata lain, Islam melihat bentuk dialog agama mampu mengikis prasangka buruk agama lain terhadap Islam kerana perbezaan agama dan budaya. Sedangkan pada pihak yang lain melihat dialog dilihat bukanlah wahana bagi memupuk kesefahaman dan toleransi. Ini disokong dengan kenyataan Munawar (2000:23) yang menjelaskan seperti berikut : Jika pada masa lalu dialog didominasi oleh polemik Kristian dan tak adanya bantahan dari kalangan orang Islam, maka beberapa waktu yang lalu telah ditandai dengan inisiatif yang tampak pada sebahagian orang Kristian untuk membuka pintu dialog dengan masyarakat Muslim. Sehubungan dengan itu juga apabila berakhirnya era penjajahan, dunia Kristian melihat perlunya dilakukan hubungan baik dengan penganut agama yang lain. Dalam konteks hubungan dengan masyarakat beragama Islam, Peristiharan Majlis Vatikan II menggariskan agar dilakukan dialog antara Islam dengan Kristian. Natijahnya, berlaku dialog Muslim-Kristian 1976 di Tripoli yang merupakan pertemuan formal pertama membincangkan permasalahan manusia dalam kaca mata agama masing-masing. Selanjutnya, pada tahun 1981, Pusat Pengajian Islam Dan Kristian ditubuhkan di Selly Oak Colleges di Birmingham. Bagi masyarakat Kristian, dialog antara agama dilihat mampu memberi kefahaman terhadap budaya hidup dan agama masyarakat Islam dengan lebih dekat (Munawar 2000:39). Oleh itu beberapa langkah yang proaktif telah dilakukan oleh Kristian bagi membudaya dialog agama dalam menjalin hubungan dengan dunia Islam. Walaupun dialog agama dikatakan berkembang selari dengan perkembangan agama Kristian, namun budaya dialog dalam kehidupan beragama telah lama diaplikasikan oleh Islam. Bertitik tolak daripada hubungan dengan masyarakat Kristian, dapat dijelaskan bahawa Islam melihat ruang untuk [6]

hidup dalam suasana harmoni juga terbuka luas kepada masyarakat bukan Islam yang lain. 4. Kepentingan Dialog Agama Dalam Konteks Negara Berbilang Kaum Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Badawi (2005:3) menyatakan bahawa dialog dan persefahaman merupakan prasyarat untuk membina hubungan yang adil antara budaya dan peradaban kerana ia membolehkan kita memahami perbezaan dan persamaan. Malah setiap pemimpin agama perlu mencari jalan mengabung ajaran-ajaran yang boleh membawa kepada keamanan dan toleransi dan kehidupan. Lebihlebih lagi Malaysia yang bersifat majmuk maka integrasi nilai yang baik sangatlah penting dalam proses mencapai pembangunan. Oleh itu, sesuai dengan situasi negara Malaysia yang merangkumi masyarakat yang pelbagai agama dan etnik, hubungan kaum melalui pendekatan dialog mampu memupuk nilai perpaduan dan toleransi. Justeru, beberapa kaedah khusus boleh digunakan bagi memupuk dialog antara agama dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan budaya. Antaranya menurut Muhamad Razak (2006) penganjuran wacana dan seminar, penerbitan risalah dan buku berkaitan sebagai bahan bacaan awam yang melibatkan pelbagai masyarakat sesungguhnya memberi kesan yang tersendiri. Amalan perkongsian kebudayaan seperti persembahan kesenian dan hiburan dapat mengetengahkan nilai kerjasama, bantu membantu dan saling menghargai antara satu sama lain. Begitu juga menerusi pertandingan sukan persahabatan, dapat mempertingkatkan hubungan kekitaan dan bukan kerana merebut sesuatu hadiah lumayan sahaja. Walaupun pelbagai bentuk dialog boleh diketengahkan, harus diingatkan bahawa adab dan tertib dalam dialog perlu diutamakan supaya perbincangan tidak pula membawa kepada keadaan yang boleh memburuk-burukkan agama lain. Justeru, bagi menjamin keberhasilan dialog, penglibatan semua pihak sama ada individu, masyarakat, pemimpin, BBK (Badan Bukan Kerajaan) dan badan-badan kerajaan sangat diperlukan. Antara kegiatan kebudayaan lain yang boleh memberi kesan yang bermakna dan mendalam ialah kerjasama dalam bidang kerja amal. Misalnya usaha dan kerjasama dalam mempertingkatkan tahap ilmu dan pendidikan, kesedaran pengguna dan alam sekitar serta menyebarluaskan maklumat tentang bahaya penyakit atau cara hidup yang membahayakan. [7]

Justeru itu peserta dialog perlu didedahkan tentang kepentingan untuk berkongsi perasaan dan pengalaman kerana ia merupakan antara ciri asas dalam memupuk perdamaian yang hakiki (Muhammad Razak 2006). Kurang pekanya terhadap budaya orang lain menyebabkan timbulnya konflik perkauman pada 13 Mei 1969, peristiwa kampung Medan dan sebagainya. Justeru, Jabatan Perpaduan Negara yang diperkenalkan dan diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan merupakan satu langkah bagaimana dialog dalam bentuk kehidupan seharian diolah melalui perkongsian budaya dan difahami secara bersama (Shamsul Amri 2011:18-19). Pengenalan kerajaan terhadap dasar yang melibatkan semua kaum ini, secara tidak langsung merangsang aktiviti dialog dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Amalan kunjung mengunjungi pada musim perayaan, perkongsian menu masakan dan gaya berpakaian telah merapatkan lagi hubungan antara kaum walaupun sebelum ini amalan sebegini agak sukar diterjemahkan. Mohd Farid (2008:3-4) yang menyatakan bahawa dialog dapat menjelaskan kebenaran agama masing-masing dan mengelakkan salah faham di kalangan penganut agama lain yang seterusnya akan membentuk jalinan persefahaman. Malah ia mampu menjamin kelangsungan keharmonian dalam kehidupan bersama (kewujudan bersama penuh aman). Justeru, dialog bukan memaksa seseorang menyerap kepercayaan orang lain, tetapi melalui dialog, prasangka antara masyarakat yang berbilang agama dan budaya dapat dikikis dan sikap saling faham-memahami dapat dijalinkan. Pada masa yang sama ia mampu membantu membina keharmonian melalui pencarian titik persamaan dalam agama dan budaya yang berbeza. Dengan itu, masyarakat hidup sejahtera dan bebas mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa dibelenggu kerisauan. Ahmad Ubaidillah (2011:4) menjelaskan bahawa dialog mampu mentransformasikan sifat keras, taasub, konservatif, melihat ke dalam (inward-looking), berakal budi tertutup, etnosentrik dan militan menjadi lunak, terbuka, berakal-budi terbuka, melihat keluar (outward-looking), toleransi dan berperwatakan jamak. Hasilnya akan lahir masyarakat yang saling menghargai, mencintai dan empati antara satu sama lain. Selain itu juga, akan timbul kesedaran bahawa watak kekerasan dan konservatif akan melahirkan permusuhan dan bencana kepada manusia. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, menunjukkan bahawa dialog agama yang dilakukan secara jujur dan kesediaan menerima kelemahan masing-masing merupakan langkah yang mampu [8]

menyelesaikan banyak masalah. Dalam rangka mencipta kesedaran kolektif ini ada hal-hal yang harus dilakukan secara bersama, ada yang tidak perlu dilakukan dan ada pula harus dihormati. Dialog antara agama dilihat sebagai satu tuntutan utama pada masa kini kerana kepentingannya yang tersendiri. Di samping bertujuan sebagai jalan pelerai terhadap sebarang bentuk pertembungan, tujuan besar lain daripada kegiatan dialog ialah bagi menggembleng seluruh kekuatan yang berunsurkan keagamaan di dalam satu bentuk pergerakan yang seiring dan terarah. Justeru, dialog antara agama dan budaya ini mempunyai beberapa kepentingan, antaranya dialog mampu, i. membina potensi perdamaian dalam konflik yang berlaku ii. menjelaskan kebenaran agama masing-masing dan mengelakkan salah faham di kalangan penganut agama lain. iii. menjamin kelangsungan keharmonian hidup bersama dengan mengikis sikap prejudis dan rasa kekitaan iv. mentransformasikan sifat-sifat yang ekstrem yang ada dalam diri. Dalam konteks yang lebih khusus, Samwini (2010) menjelaskan bahawa melalui dialog kehidupan, masyarakat yang berbeza agama dan budaya hidup dengan penuh toleransi dan aman. Mereka juga mampu tinggal bersama dan terbuka menerima perbezaan budaya hidup yang ada pada orang lain dengan. Dalam kata lain, konflik yang berpunca daripada perbezaan budaya hidup dapat dikesan dan dicegah dengan lebih awal sebelum ia merebak ke peringkat yang sukar dibendung. Dialog kehidupan bukan hanya memupuk hubungan antara etnik malah dalam perihal yang tertentu ia memainkan peranan penting bagi membetulkan salah faham dalam kalangan ahli keluarga terhadap fenomena konversi agama. Justeru, masyarakat non-muslim dapat memahami Islam melalui pelaksanaan amalan agama Islam seperti solat, berpuasa, memakai hijab dan sebagainya yang dilakukan oleh ahli keluarga yang memeluk Islam melalui pengalaman tinggal bersama. Secara jelasnya, dialog kehidupan dilihat mampu menjadi tali penghubung antara masyarakat Muslim dengan masyarakat bukan Muslim melalui perantaraan saudara baru. Dengan kata lain, dialog kehidupan mampu menyelesaikan kekaburan dan kekeliruan tentang Islam yang timbul dalam kalangan masyarakat asal khususnya melalui pengalaman tinggal bersama, perkongsian aktiviti, perkongsian budaya dan sebagainya. Dalam aspek yang lain, dialog kehidupan mampu menyelesaikan isu-isu keluarga yang berlatar belakang budaya, etnik dan agama yang berbeza (Suraya 2010:167-168). [9]

5. Dialog Agama dan Bentuk-Bentuknya Dalam tulisan Syed Abedin (2000:65) beliau menjelaskan bahawa dialog agama merupakan suatu proses apabila manusia dari pelbagai latar belakang agama berkumpul, mengakui identiti dan integriti keimanan antara satu sama lain, mereka berpegangan tangan atas suatu persamaan dan rasa hormat untuk menghilangkan ancaman yang menghalang manusia. Azmil (2006:136) menjelaskan bahawa tiga motif utama dilakukan dialog antara agama, iaitu untuk persefahaman, konversi dan membincangkan tentang doktrin agama. Justeru, perkembangan semasa menyaksikan bahawa gerakan dialog dengan agama-agama lain telah, sedang dan pasti akan dirintis di mana-mana, bermula dari peringkat yang paling bawah iaitu keluarga, kampung, dan desa sehinggalah ke peringkat yang lebih luas nasional dan internasional. Dengan itu, berdasarkan kepada perkembangan di atas juga, dialog agama boleh dibahagikan kepada empat bentuk iaitu dialog kehidupan, dialog karya (dialog tindakan bersama), dialog pengalaman agama dan dialog teologi (Suraya 2010:134-138, Rahimin 2011 Shaharom 2005:82-84). 1. Dialog Karya Dialog karya adalah dialog yang merupakan tindakan atau kerjasama yang lebih mendalam dengan para pengikut agama-agama lain. Sasaran yang hendak diraih jelas dan tegas, iaitu bertujuan untuk membangunkan dan mempertingkatkan martabat manusia. Bentuk dialog semacam ini kerap-kali berlangsung dalam kerangka kerjasama organisasi-organisasi internasional, misalnya masyarakat Kristian dan pengikut agama lain bekerjasama menghadapi masalah-masalah dunia semasa (Moore 2005, Argon 2009). Lantaran itu Azizan (2008) menjelaskan bahawa peserta dialog disatukan oleh matlamat sepunya yang ingin dicapai walaupun mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Menurut Shaharom (2005:83) dialog pada peringkat ini bertujuan meningkatkan darjat, nilai dan kemuliaan umat manusia. Pelbagai kerjasama yang boleh dilakukan oleh pemeluk agama bagi mengatasi masalah bersama seperti kemiskinan, gejala sosial dan pendidikan. Tegasnya, dalam tahap ini, kita sering diajak dan didorong untuk bekerjasama bagi membangunkan kepentingan bersama atau kepentingan yang lebih luas. Misalnya manusia yang pelbagai agama bekerjasama dalam kegiatan sosial kemasyarakatan, kegiatan sosial karitatif, kegiatan rekreatif, dan sebagainya. Dalam kegiatan-kegiatan seperti itu, nilai-nilai seperti saling mengenal dan saling menghargai akan lahir. Menurut [10]

Rahimin (2011), dialog melalui tindakan bersama ini berlaku apabila setiap penganut bersepakat merancang atau melaksanakan tindakan untuk semua pihak sama ada ia dilakukan oleh BBK Islam atau bukan Islam seperti masalah yang berkaitan tentang kemanusiaan, isu Palestin, dadah, SKID/AIDS dan sebagainya. Oleh itu, dapat dijelaskan bahawa bentuk dialog karya atau tindakan bersama ini berlaku dalam kalangan golongan elit dan terikat kepada prinsip-prinsip dialog yang tertentu. Kerap kali isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan sosial semasa menjadi topik perbincangan utama. Justeru, penglibatan badan-badan pelbagai agama dalam dialog ini merintis kepada pelbagai bentuk kerjasama bagi kepentingan bersama. 2. Dialog Pengalaman Iman Dialog pengalaman iman atau pengalaman keagamaan merupakan dialog peringkat yang paling tinggi. Dialog pada peringkat ini bertujuan untuk memajukan penghayatan nilai-nilai keimanan dan kerohanian masingmasing. Justeru, perkongsian aspek-aspek keagamaan dalam kehidupan manusia boleh memperkayakan nilai keimanan. Persamaan dalam pengalaman, wawasan dan misi dalam kalangan kehidupan masyarakat yang pelbagai agama membuka ruang kepada orang lain agar dapat saling mempelajari, saling meneguhkan dan saling memperkaya antara satu sama lain. Antara bentuk-bentuk dialog pengalaman agama ialah doa, meditasi, bertafakur, berpuasa dan menziarahi tempat ibadah. Sebagai contoh sami Buddhis dan Hindu tinggal bersama-sama di tempat pertapaan bagi memperoleh pengalaman keyakinan dan mempelajari kehidupan seharian pendeta lain di tempat pertapaan (Shaharom 2005:83). Rahimin (2011) menyatakan bahawa dialog pada peringkat ini dikenali juga sebagai dialog melalui wacana intelektual berlaku sama ada melibatkan dua agama atau lebih. Jelasnya, dialog yang berlaku pada peringkat ini melibatkan golongan pemimpin dalam kalangan agamawan. Upacara seperti sembahyang jenazah atau berdoa mengikut kepercayaan agama masingmasing pada tempat yang sama kerana sesuatu peristiwa menunjukkan bahawa dialog agama pada tahap ini berlaku dalam kehidupan masyarakat Muslim dan bukan Islam. 3. Dialog Teologi Secara umumnya dialog teologi melibatkan pakar-pakar agamawan bagi mencari kefahaman yang mendalam terhadap penghormatan agama dan menghargai nilai-nilai spiritual agama lain. Dialog pada peringkat ini [11]

juga dikenali sebagai wacana dialog tidak hanya melibatkan dua pihak sahaja, kadang-kadang melibatkan tiga kelompok agama atau lebih manakala peserta dialog sama ada bersifat individu atau kelompok. Isuisu yang dibahaskan lebih mengkhususkan terhadap konsep-konsep agama yang terdapat dalam sesuatu agama secara perbandingan (Argon 2009). Misalnya dialog teologi di antara Islam dan Kristian membincangkan tentang peranan misionari dan dakwah, konsep toleransi agama dan media, peranan imam dan paderi; dan sebagainya. Manakala dialog Kristian dan Buddha misalnya akan membincangkan manusia dan kebebasan, kemuncak realiti kehidupan manusia, konsep nirwana dan sebagainya. Sekiranya dialog ini berhasil, setiap peserta perlu mengikuti syarat tersebut dan menjauhi sebarang bentuk polemik. Fitzgerald (2005) menjelaskan bahawa walaupun kadang-kala dialog yang dicapai tidak mendapat persetujuan sepenuhnya, namun asas-asas perbincangan menunjukkan dialog pada peringkat ini juga sedang mendapat perhatian. Dialog teologi juga merupakan satu bentuk dialog yang bersifat formal yang berlaku khususnya dalam kalangan elit pakar agama. Apa yang membezakan dialog pengalaman iman dan dialog teologi ini ialah, dialog pengalaman iman menjelaskan pengamalan aplikasi agama dalam kehidupan ahli agama manakala dialog teologi membicarakan konsep asas sesuatu agama. Justeru, juga dialog teologi bukan sahaja mengharmonikan semua kepercayaan tetapi dalam masa yang sama ia memberi pengiktirafan bahawa setiap pengamal kerohanian mempunyai komitmen dan keyakinan yang mutlak sedangkan keyakinan tersebut wujud dalam suasana yang berbeza. 4. Dialog Kehidupan Mengikut Azizan (2008), di dalam kehidupan seharian masyarakat pelbagai kaum dan agama saling memperkaya fahaman masing-masing dengan mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan tradisi mereka melalui proses bekerjasama, berkomunikasi dan hidup bersama sama di dalam konteks pekerjaan, sekolah, hospital, penggunaan kenderaan awam dan lain-lain. Lantaran itu, Fitzgerald (2005) menjelaskan bahawa dialog kehidupan berlaku dalam semua kelompok manusia dan ia merupakan peringkat dialog yang paling mendasar. Dalam kehidupan bersama dengan penganut agama yang lain, kita tentu berusaha untuk bertegur sapa, bergaul, saling mendukung dan saling membantu antara satu sama lain. Hal itu dilakukan bukan saja demi tuntutan sopan santun dan etika pergaulan, tetapi juga tuntutan agama kita. Oleh itu dapat dijelaskan dialog dalam bentuk ini berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat biasa yang berbeza kerana kepercayaan, adat resam dan bahasa. [12]

6. Perbahasan Dialog Kehidupan Dalam Kalangan Sarjana Kajian secara sistematik tentang dialog kehidupan banyak diketengahkan oleh sarjana dalam bidang kajian agama sama ada di dalam atau di luar negara. Secara umumnya kajian tentang dialog kehidupan sebagai salah satu bentuk dialog agama dibicarakan dalam konteks hubungan masyarakat yang berbeza agama dan budaya. Dialog kehidupan dibahaskan berdasarkan kepada penekanan tema-tema berikut : 1. Dialog Yang Berlaku Secara Tidak Formal Shaharom (2005:82) menjelaskan dialog seharian dikenali juga sebagai dialog kehidupan yang melibatkan masyarakat pelbagai agama dan keyakinan, mereka hidup bersama dan bekerjasama tanpa keperluan kepada diskusi yang formal. Dalam konteks negara Malaysia, dialog berlangsung dalam keadaan merakyatkan masyarakat pelbagai kaum. Misalnya amalan ziarah atau berkunjung ke rumah rakan, jiran atau keluarga yang berbeza agama dan budaya, seseorang dapat mengenal budaya orang lain lebih dekat seperti tradisi menerima tetamu, budaya berjabat tangan dan bersalaman, adab makan dan sebagainya (Samwini 2010). Berbeza dengan bentuk dialog agama yang lain, dialog kehidupan tidak memerlukan kerangka khusus. Oleh itu, setiap manusia boleh melibatkan diri dalam dialog kehidupan dengan syarat ia mestilah bersandarkan kepada kejujuran. 2. Dialog Budaya Rahimin (2011) menjelaskan bahawa antara bentuk-bentuk dialog agama yang berlaku di Malaysia ialah dialog kehidupan iaitu apabila anggota masyarakat yang berbeza terpaksa menerima atau berusaha untuk hidup bersama di luar batasan kelompok sendiri tanpa dibatasi oleh ruang lingkup agama. Mereka mampu hidup berjiran, bergotong royong dan berkongsi kesedihan atau kedukaan. Pengalaman di Malaysia masyarakat Baba Nyonya menyerap budaya masyarakat tempatan dan mengikis budaya asal mereka menunjukkan dialog kehidupan telah lama diaplikasi di Malaysia. Dialog kehidupan juga dikenali sebagai dialog budaya hanya melibatkan pengalaman kehidupan beragama yang memaparkan perkongsian nilai secara bersama. Wujudnya suasana interaksi seharian kerana adanya hubungan kekeluargaan, persahabatan dan perkongsian aktiviti mendedahkan masyarakat yang pelbagai agama kepada dialog kehidupan (Khadijah & Suraya 2010:201). [13]

Ini sebagaimana dijelaskan oleh Council of Europe Ministers (2008:46) : Public authorities and all social actors are invited to develop intercultural dialogue in the spaces of everyday life and in the framework of the respect of fundamental freedoms. There are an unlimited number of possibilities for creating such spaces [Terj.: Pewibawa awam dan semua penindak sosial diundang membangunkan dialog antarabudaya dalam ruang-ruang kehidupan harian dan dalam kerangka kerja daripada hormatan kebebasan asasi. Ada sebilangan tidak terhad kemungkinan untuk mencipta ruang-ruang sedemikian itu]. Berdasarkan definisi yang dikemukakan oleh tulisan di atas dapat dijelaskan bahawa antara tujuan dialog kehidupan ialah perkongsian dalam aktiviti kehidupan manusia yang amat memerlukan kerjasama secara timbal balik. Satu pihak melihat bagaimana budaya masyarakat lain boleh diaplikasikan, manakala pihak yang lain menjelaskan norma kehidupannya melalui kegiatan seharian. Justeru, dialog kehidupan melibatkan dua proses, dua individu, dua kumpulan yang berbeza budaya hidup atau kepercayaan melalui perkongsian kegiatan secara jujur. 3. Dialog Pengalaman Hidup Seharian Masyarakat Awam Dialog kehidupan merupakan dialog yang berlangsung pada peringkat mendasar yang berlaku dalam kalangan bukan elit. Dalam dialog ini, wujudnya unsur-unsur interaksi kelaziman yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia, pertemuan antara satu sama lain dan melibatkan golongan bukan elit masyarakat (Suraya 2010). Ini juga dijelaskan oleh Ramble & Raja (2011) : Dialogue at grassroots means communication between two persons, two communities, two caste groups, or people from two nations who are not intellectuals or leaders, but ordinary members of their group [Terj.: Dialog di peringkat akar umbi bermaksud komunikasi antara dua orang, dua masyarakat, dua kumpulan kasta, atau individu dari kedua-dua negara yang bukan terdiri dari golongan intelektual atau pemimpin, tetapi ahli biasa kumpulan mereka ] Selain daripada itu, Sequeira (2007) menjelaskan seperti berikut : Dialogue of life is what happens in our day-to-day life among people of different religions in their homes, workplaces & neighborhoods. It is a mother teaching her children to love all [14]

irrespective of their religions, a taxi driver, a teacher, a public servant, serving people irrespective of their religions. [Terj.: Dialog kehidupan adalah apa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari kita di kalangan masyarakat yang pelbagai agama di rumah mereka, tempat kerja & kejiranan. Ia adalah seperti seorang ibu mengajar anak-anaknya untuk mengasihi semua tanpa perkiraan agama mereka, pemandu teksi, guru, atau seorang penjawat awam, yang berkhidmat untuk rakyat tanpa pertimbangan agama mereka ] Definisi yang dikemukakan oleh Suraya, Ramble & Raja dan Sequeira di atas menjelaskan bahawa dialog kehidupan berlaku dalam kehidupan masyarakat awam yang berbeza kepercayaan. Interaksi boleh berlaku di pelbagai tempat dan pada semua peringkat manusia membuka ruang yang luas untuk mereka berkongsi pengalaman hidup beragama secara tidak dirancang. Natijahnya, melalui dialog kehidupan seharian, masyarakat awam yang berbeza anutan kepercayaan bersama-sama berkongsi kegembiraan dan kesedihan dalam semua lapangan kehidupan sama ada di sekolah, pusat pengajian tinggi, pusat perniagaan, di padang permainan atau di pejabat. 4. Dialog Perkongsian Kegiatan Selain itu, Suraya (2010:294) dalam kajiannya menjelaskan bahawa dialog kehidupan merupakan perkongsian sambutan hari kebesaran seperti dalam menyambut perayaan dan upacara perkahwinan yang bukan hanya berlaku dalam kehidupan masyarakat yang berbeza agama tetapi ia juga berlangsung dalam keluarga yang mempunyai anutan kepercayaan yang pelbagai. Troll (2008) dalam syarahan umumnya menjelaskan bahawa dialog kehidupan lazimnya berlaku dalam masyarakat yang tinggal setempat dan diolah dalam bentuk penglibatan aktiviti bersama berteraskan konsep hormat menghormati dan faham memahami antara saru sama lain. Kuester (2004:78-79), pula menyatakan bahawa dialog kehidupan merupakan pertemuan bersama dalam kehidupan sehari-hari, wujudnya sikap keterbukaan dan perkongsian pengalaman antara dua pihak yang berbeza agama dan budaya. Carten (2002:8) juga menjelaskan sebagaimana katanya : However, there is another aspect of interreligious dialogue that takes place in the day-to-day interactions among people of various faith traditions. We call this a dialogue of life. This dialogue takes place not in meetings or assemblies but in the everyday encounters between peoples of good will. [15]

[Terj.: Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi aspek dialog antara agama yang berlaku dalam interaksi sehari-hari di kalangan rakyat pelbagai kepercayaan. Kita mendefinasikannya sebagai dialog kehidupan. Dialog ini berlaku tidak dalam mesyuarat atau perhimpunan tetapi dalam pertemuan setiap hari di kalangan orang-orang yang mempunyai niat baik.] Oleh itu, dialog yang tidak memerlukan perbincangan yang formal ini membicarakan pelbagai aktiviti agama atau budaya kehidupan seharian seperti pengalaman solat, sambutan perayaan, adab perkahwinan dan sebagainya mampu membuka ruang kerjasama yang lebih menyeluruh. Mengambil kira definisi yang dikemukakan di atas juga, dapat dikatakan bahawa dialog kehidupan merupakan satu aktiviti perkongsian perasaan suka dan duka. Masyarakat yang berbeza agama bersama-sama meraikan kegembiraan atau kesedihan kerana sesuatu peristiwa. Justeru, dialog kehidupan mampu mengikis sikap prejudis, rasis, melampau dan kepentingan diri dalam kalangan masyarakat yang berbeza agama dan budaya. Berdasarkan keempat-empat definisi dialog kehidupan di atas, dapat dijelaskan bahawa ia berlangsung dalam suasana tidak formal yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza kepercayaan dan kebudayaan. Berbeza dengan dialog agama yang lain, dialog kehidupan berlaku dalam kalangan masyarakat awam biasa dan berlaku secara spontan walhal dialog teologi, dialog karya dan dialog pengalaman iman dipelopori oleh golongan agamawan atau ahli akademik dan berlaku secara terancang. Tujuan dialog kehidupan juga adalah memupuk sikap saling kenal-mengenal antara masyarakat yang pelbagai kepercayaan dan budaya. Menurut Samwini (2010), dialog kehidupan merupakan satu misi (mission) mencari kedamaian dengan membina hubungan antara dua kelompok yang berbeza kepercayaan atau budaya. Dialog kehidupan bukanlah bersifat evangelism atau bersifat dakwah yang ingin mengajak orang lain kepada kepercayaan masing-masing. Dialog kehidupan melalui pengalaman tinggal bersama dan interaksi seharian membuka ruang masyarakat yang berbeza agama saling memahami, mempelajari dan memupuk nilai kasih sayang antara satu sama lain (Suraya 2010:312). Suatu hal yang pasti dialog kehidupan berlaku tanpa dibatasi tempat yang khusus manakala titik persefahaman dicapai melalui aktiviti kerjasama yang berlaku tanpa dirancang. Setiap manusia diberi ruang untuk memahami kepercayaan dan pemikiran orang lain melalui konsep perkongsian dan kerjasama. Mengambil kira definisi yang dikemukakan di atas, dapat dikatakan bahawa di Malaysia dialog kehidupan berlaku [16]

dalam dua suasana. Pertamanya, dialog kehidupan sesama agama seperti Melayu, Jawa, Bugis, Banjar, India Muslim, Cina Muslim kerana setiap etnik ini mempunyai budaya dan cara hidup yang berbeza. Perkongsian aktiviti yang berlaku adalah bertujuan menjelaskan budaya, norma dan adat resam etnik masing-masing. Suasana yang kedua ialah dialog kehidupan juga berlangsung antara kelompok etnik yang berbeza agama iaitu Melayu (Islam), Cina (Buddha), India (Hindu) dan Iban (Kristian) kerana setiap etnik ini mempunyai pegangan agama yang tersendiri. Selain menjelaskan budaya dan adat resam, setiap peserta berperanan menjelaskan nilai amalan agama yang dilakukan kepada masyarakat lain. 7. Metodologi Dialog Kehidupan Istilah dialog kehidupan agak jarang didengar manakala masih belum banyak kajian peringkat tinggi yang mengetengahkan dialog kehidupan sama ada di luar atau di dalam negara sebagai subjek kajian. Pun begitu beberapa orang sarjana telah mengetengahkan beberapa metode yang digunakan dalam dialog kehidupan. Tulisan Khadijah dan Suraya (2010:202) menjelaskan bahawa konsep ragam pertontonan (performing mode), iaitu menggabungjalinkan hubungan perkataan, tindakan dan konteks sebagai landasan kepada dialog kehidupan. Secara khususnya, ia dijelaskan seperti berikut: 1. Perkongsian Pengalaman Melalui Penceritaan Khadijah dan Suraya (2010:203) menjelaskan bahawa metode dialog kehidupan berbentuk perkongsian pengalaman beragama melalui bentuk penceritaan. Setiap peserta menceritakan tentang latar belakang, sejarah hidup dan pengalaman hidup beragama masing-masing. Selain dapat membina hubungan yang lebih baik, peserta dialog kehidupan diperkaya tentang maklumat kehidupan keagamaan orang lain. Berkaitan dengan ini juga Patel drk. (2008:2) menyatakan bahawa Interfaith Youth Core di Chicago yang terdiri daripada remaja Yahudi, Kristian dan Islam berkongsi pengalaman beragama masing-masing melalui periwayatan (storytelling). Selain memberi maklumat dan kefahaman amalan agama orang lain, metode pengisahan pengalaman beragama ini juga memberi kesedaran kepada setiap peserta tentang peri pentingnya tanggungjawab beragama, mempertahankan amalan yang diwarisi, di samping ia dapat menonjolkan identiti agama masing-masing. Melalui metodologi penceritaan pengalaman hidup beragama, setiap peserta mengenal nilainilai yang boleh dikongsi bersama. Justeru, metode penceritaan naratif ini menjadi jambatan awal bagi membina hubungan antara agama sebelum ia dibincangkan dalam dialog agama yang lebih formal. [17]

Patel drk. (2008:12-13) juga menjelaskan kaedah penceritaan dialog kehidupan yang berlangsung dalam keadaan lebih formal banyak bergantung kepada peranan fasilitator yang mengendalikan program tersebut. Matlamat dialog kehidupan berorientasikan penceritaan pengalaman hidup adalah untuk membina hubungan yang baik antara peserta yang terlibat. Selain itu, dialog kehidupan yang berorientasikan pengalaman hidup ini tidak dibatasi oleh ruang dan waktu yang tertentu. Penceritaan menggambarkan sikap dan nilai kerukunan hidup bersama walaupun berbeza kepercayaan atau budaya (Khadijah & Suraya 2010:207). Kaedah dialog kehidupan sebegini boleh diketengahkan dalam hubungan antara penganut pelbagai agama dalam rutin hidup seharian, sambutan perayaan, pelaksanaan amalan-amalan agama dan sebagainya. Hakikatnya, dialog kehidupan dalam bentuk ini bersifat semula jadi, berlaku secara spontan dan; melibatkan hati, perasaan dan minda para peserta. Lebih jauh lagi, nilai-nilai kejujuran seseorang dalam mengaplikasikan toleransi dan persefahaman dapat dilihat dan dimanifestasikan. 2. Perkongsian Pengalaman Melalui Penglibatan Kegiatan Aktiviti yang dijalankan meliputi pendedahan yang menyentuh tentang budaya dan agama masing-masing. Misalnya melalui aktiviti Spiritual Camp 2009 anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia dan Malaysia Young Movement (MYM) yang merupakan organisasi belia Cina dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Aktiviti yang dijalankan melibatkan pendedahan budaya dan agama masing-masing. Golongan belia Islam mendapat pendedahan tentang senaman Tai Chi yang merupakan ritual yang sering kali ditonjolkan dalam peribadatan agama Buddha. Manakala golongan belia Cina yang beragama Buddha didedahkan tentang pelaksanaan amalan solat secara individu dan berjemaah oleh belia-belia Islam (Muhammad Nur 1997:1-3). Perkongsian pengalaman hidup bukan hanya berlaku dalam konteks antara agama malah dalam konteks sesama agama yang berbeza agama turut berlaku. Misalnya Malam Tautan Kasih dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu dengan kerjasama Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Terengganu, bersempena menyambut sambutan Tahun Baru Cina. Program yang dianjurkan ini disertai oleh masyarakat Cina, Cina Muslim, Melayu dan wakil dari Persatuan Kristian Terengganu. Penglibatan masyarakat Cina Muslim dalam kebudayaan mereka seperti tarian singa, makan menggunakan chopstik dapat memberi kefahaman kepada [18]

masyarakat Cina asal bahawa penukaran agama tidak akan menghapuskan budaya asal. Manakala kepada masyarakat Melayu, pendedahan sedemikian memberi kefahaman bahawa memeluk Islam bukan bermakna seseorang itu menjadi Melayu (Abdul Halim 2012, temu bual). Justeru, dialog kehidupan yang berlaku secara terancang telah memaparkan pengalaman dua bangsa dalam bentuk formal. Menurut Khadijah & Suraya (2010:205), dialog agama yang disertai golongan awam ini telah dapat membina hubungan antara agama. Melalui perkongsian aktiviti setiap peserta akan memahami, mempelajari dan seterusnya menghargai cara hidup yang pelbagai dengan menerapkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupannya (Marcia 2004:39). Berdasarkan kenyataan di atas, dapat dijelaskan bahawa melalui penglibatan kegiatan silang budaya ini, masyarakat yang berbeza etnik akan lebih memahami budaya dan agama lain dengan baik. Setiap individu akan lebih mendalami aspek peribadatan yang terkandung di dalam kehidupan masyarakat yang berbeza agama dan budaya. Malah lebih jauh lagi program sedemikian juga dapat mempromosi serta mempertingkatkan proses integrasi pada peringkat nasional. Kaedah dialog kehidupan yang berbentuk penceritaan dan perkongsian kegiatan ini boleh diketengahkan dalam rutin amalan biasa masyarakat majmuk seperti gotong royong, sambutan hari kebesaran agama, program-program yang bersifat kebudayaan dan sebagainya. Melalui pengalaman yang diperoleh, pastinya setiap peserta akan merasai aktiviti yang merentasi budaya dan agama yang dapat meningkatkan semangat perpaduan dan bekerjasama. Melalui gabungan kaedah yang diketengahkan dalam dialog kehidupan, dapat dijelaskan bahawa nilai-nilai dan tingkah laku peserta dialog memberi kefahaman kepada penganut agama lain melalui interaksi yang bersifat bukan lisan. Sikap keterbukaan peserta dialog dalam memberi pendedahan tradisi agama membuka ruang kepada orang lain untuk memahami agama yang pelbagai. Justeru itu melalui pendekatan penceritaan dan penglibatan aktiviti secara bersama, jalinan dialog kehidupan boleh diaplikasikan dalam bentuk formal atau informal ke atas semua lapisan masyarakat. 8. Kesimpulan Dalam konteks kehidupan masyarakat yang pelbagai kepercayaan dan budaya, dialog inter dan intra agama dilihat satu disiplin yang perlu diberi perhatian. Prospek dialog agama tidak terarah kepada peringkat formal sahaja yang hanya melibatkan ahli akademik, ahli politik dan [19]

agamawan, malahan diskusi agama pada peringkat yang dianggotai oleh pelbagai peringkat masyarakat bawahan juga dilihat sebagai suatu keperluan yang mendesak. Apalagi banyak tragedi perselisihan antara agama dan kaum disebabkan oleh isu-isu yang berlangsung dalam kehidupan seharian. Oleh kerana ruang pertembungan budaya dan agama terbuka luas dalam kehidupan, situasi ini menuntut nilai toleransi, sifat keterbukaan dan menerima perbezaan hidup dipupuk bermula dari peringkat akar umbi masyarakat. Rujukan Abdul Halim. 2010. Temu bual dengan Abdul Halim Lim Abdul Rahman merupakan pengetua Kompleks Darul Hidayah pada pukul 9.00 pagi pada 26 Mac 2012 di Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu. Abdullah Badawi. 2005. Dialog Peradaban Wahana Persefahaman Dalam Dialog Peradaban: Peranan Dan Kepentingannya di Malaysia. Kuala Lumpur :Pusat Dialog Peradaban, UM. Ahmad Ubaidillah. 2011. Dialog Bukan Sekadar Wacana: Pelajaran Berharga Dari Gus Dur.Bogor : Pusat Studi Pesantren. Argon K. 2009. Strategies for Interreligious and Inter-Muslim Dialogue: A Proposed Methodology. Journal of Muslim Minority Affairs 29 (3) September 2009:363. Azizan B. 2008. Peranan Dialog Peradaban Di Dalam Wacana Tamadun Malaysia Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban. Universiti Malaya, Jilid 1. Azmil Z.A. 2008. Fenomena Kerencaman Agama Dan Alternatif Usuluddin Terhadap Pendekatan Dialog Antara Agama. Dalam Konsep Asas Islam Dan Hubungan Antara Agama. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Carten F.R.J. 2002. Dialogue Of Life Encountering Buddhism And Shintoism In Japan. Scarboro Missions/September 2002:8. Council of Europe Ministers of Foreign Affairs at their 118th Ministerial Session. 2008. White Paper on Intercultural Dialogue Living Together As Equals in Dignity (Strasbourg, 7 May 2008). Fitzgerald M.L. 2005. The Catholic Church and Interreligious Dialogue. Buletin 75. October 2005. [20]

Hans Küng 1998. A Global Ethic For Global Politics and Economics. Oxford University Press: New York. Khadijah M.H. @ K. dan Suraya S. 2010. Peranan Sekolah Agama Dalam Jalinan Dialog Kehidupan Ummah di Malaysia. Dalam Mustafa A. & Faisal A.S. Kemelut Peradaban Remaja di Malaysia. Kuala Lumpur : Jabatan al-qur an dan al-hadith, Universiti Malaya. Kuester V. 2004. Who, With Whom, About What? Exploring the Landscape of Inter Religious Dialogue Exchange 33 (1) : 73-92. Marcia H. 2004. Muslims in the Performative Mode : A Reflection on Muslim-Christian Dialogue. The Muslim World 94,3. Mohd Farid S. 2008. Muzakarah Pendisiplinan Dialog Antara Agama dan Peradaban pada 22 Januari, 2008. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Moore J.F. 2005. Interreligious Dialogue As An Evolutionary Process Zygon 40 (2) : 382. Muhamad Razak I. 2006. Memasyarakatkan Budaya Dialog. Berita Harian, 19 April 2006.. 2006. Merancakkan Dialog Antara Agama. Berita Harian, 5 Jun 2006. Muhammad Nur M. 1997. Inter-Civilization Dialogue at the Community Level: The Case of Malaysia Society. Kertas Kerja Seminar Civilisational Dialogue Present Realities, Future Possibilities, 15-17th Sept. Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya. Munawar A.A. 2000. Dialog Muslim-Kristen dalam Sejarah. Dalam Dialog Muslim-Kristen Dulu Sekarang Dan Esok.Yogjakarta : Pustaka Qalam. Patel E., Kunze A. & Silverman N. 2008. Storytelling As A Key Methodology for Interfaith Youth Work. Dalam May R.K. (Pnyut.), Interfaith Dialogue at the Grass Roots. Pennsylvania : Ecumenical Press. Pratt D. 2010. Interreligious Dialogue: Ecumenical Engagement in Interfaith Action Springer Science + Business Media B.V : New Zealand. Rahimin A. 2011. Dialog Antara Agama: Realiti Dan Prospek Di Malaysia dalam Kajian Malaysia 29 (2):98. [21]

Ramble A. (Rev.) & Raja J. (Rev.) 2011. Towards a Christian Theology of Dialogue Communication at Grassroots in a Multi-Religious Context. Rethinking mission, South Asia Journal of Beliefs & Values 32 (1) : 85 93. Samwini N.I. 2010. Islam and Western type of Education in a Religiously Pluralistic African Society: The Case of Ghana. ORITA: Ibadan Journal of Religious Studies, University of Ibadan Publication. XLII/2 December: 49-66. Sequeira O. 2007. Interreligious Dialogue. http://www.anubhavworldocd. org/article 17.html (10.12.2011). Shaharom TM S. 2005. Dialog Peradaban Dan Agama di Malaysia : Praktik Dan Kerelevenannya Hari Ini. Dalam Islam Dan Dialog Peradaban Satu Perspektif. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Shamsul Amri B. 2011. Hubungan Etnik Di Malaysia. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Suraya S. 2010 : Dialog Kehidupan Dalam Hubungan Antara Agama di Sabah; Kajian Pengalaman Saudara Baru. Tesis D. Fal. Universiti Malaya. Syed Abedin Z. 2000. Kaum Beriman Dan Peningkatan saling Percaya dalam Sejarah dalam Dialog Muslim-Kristen Dulu Sekarang Dan Esok.Yogjakarta : Pustaka Qalam Terjemahan Al-Qur an 2011. http://www.alquran-melayu.com/ oleh Almarhum Sheikh Abdullah Basmeih. Kitab asal terjemahan Rumi, dinamakan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Troll C.W. 2008. Dialogue and Truth-Claims in Christianity and Islam. Syarahan Umum di Pusat Dialog Peradapan.Universiti Malaya pada 20 November 2008. [22]