MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN

Similar documents
AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

Pendekatan Pengajaran dalam Kalangan Pensyarah Tahfiz Al-Quran di Malaysia

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Tahap Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Berbantukan Mufradat dan Uslub Al-Quran

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

Kata kunci: Akhbar; keperluan; remaja; berita; penerimaan akhbar oleh remaja

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP KONSEP PENDIDIKAN QIRAAT: SATU KAJIAN DI DQ DAN MTQN

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

Pembangunan Laman Sesawang Kemahiran Mendengar Bahasa Arab (Maharat al-istima wa al-fahm): Mendokong Dasar e-pembelajaran di UKM

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

*Corresponding author. Keywords: Students Perception, hadith status, textbook, Islamic Educational, Form One and 2 KBSM, SMAP Kajang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual

Transcription:

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN Editor : Zulkifli Mohd Yakub Haji Mohd Yusoff Nordin Ahmad Editor Bersama : Ahmad Yussuf Muhamad Alihanafiah Norasid Selamat Amir Adama Bamba Mohd Zainudin Wan Yusoff Sukhairu Sulaiman Darul Quran JAKIM Centre of Quranic Research (CQR) Universiti Malaya

MEMPERKASA GENERASI PENGHAFAZ AL-QURAN Hak Cipta Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Centre of Quranic Research (CQR) 2016. Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara gambar atau rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Darul Quran JAKIM dan Centre of Quranic Research (CQR) terlebih dahulu. Perpustakaan Negara Malaysia ISBN 978-983-43708-1-7 Editor : Mohd Yakub Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Nordin Ahmad Editor Bersama : Ahmad Yussuf, Selamat Amir, Muhamad Alihanafiah Norasid, Adama Bamba, Mohd Zainudin Wan Yusoff, Shahrulkarnain Mohd Nazir, Sukhairu Sulaiman Diterbitkan oleh : DARUL QURAN JAKIM Jalan Hamzah, Ampang Pecah 44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor. Tel : 03 6036 5333 Dengan kerjasama : CENTRE OF QURANIC RESEARCH (CQR) Level 13, Wisma R&D University of Malaya, Jalan Pantai Bharu 59990 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel : 03 2246 3340/ 03 2246 3342 2

KANDUNGAN Prakata... 4 Pembangunan Sistem Pendidikan Guru Tahfiz Di Malaysia Ke Arah Melahirkan Tenaga Kerja Terlatih... 5 Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Ta Alim, Kg. Tengah, Kluang... 10 Pengayaan, Pengukuhan Dan Pemulihan Dalam Pembelajaran Tahfiz Al-Qur an: Kajian Di Beberapa Sekolah Tahfiz Terpilih Di Kelantan... 23 Metod Pengajian Tahfiz Di Singapura: Kajian Darul Quran Singapura... 35 Hafazan Al-Quran Di USIM Dan UKM: Kajian Terhadap Silibus Takhasus Al-Quran Dan Sunnah... 46 Kesan Bacaan atau Hafazan Al Quran Terhadap Kesihatan dan Tahap kecerdasan... 55 Inovasi Modul Hafazan Al Quran Berkonsepkan Neurofisiologi (Nadi Al Baghdadi)... 61 Sistem Kawalan Kualiti Huffaz... 65 Kaedah Pentaksiran Dalam Pendidikan Tahfiz : Ke Arah Melahirkan Huffaz Berkualiti Tinggi... 72 Pelaksanaan Modul Pengajaran Tahfiz (Modul Quranik) Di MRSM Ulul Albab... 76 Tahap Penggunaan Alat Bantu Hafazan (ABH) Dalam Kalangan Pensyarah Tahfiz Al-Quran Di Malaysia... 87 Program Persijilan Takhassus Al-Quran Dan Pra Tahfiz (START): Pengalaman Pusat Islam Universiti Sains Malaysia... 97 Amalan Spritual Menghafaz Al-Quran dan Pencapaian Akademik Pelajar IMTIAZ Negeri Terengganu... 103 Pelaksanaan Mata Pelajaran Hifz Al-Quran Berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab: Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur... 116 Metode Menghafal Al-Qur an Saat Kuliah... 129 Pembangunan Kurikulum Pendidikan Tahfiz: Prinsip Dan Kaedah Dalam Membina Kurikulum Tahfiz Al-Quran.... 145 Kaedah Hafazan Al-Quran Deobandy Di Malaysia: Satu Analisis... 154 Sistem Pendidikan Dan Pengajaran Al-Quran Untuk Pelajar Pintar Berbakat: Inovasi Di Kolej Permata Insan... 161 Sumbangan Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman Dalam Pengajaran Golongan Hafiz Al- Quran... 173 Cabaran Pengajian Golongan Hafiz Al-Quran Di Kalangan Orang Kurang Upaya Penglihatan Di Malaysia... 183 Institusi Tahfiz Di Malaysia: Prospek Dan Cabaran... 194 Penghayatan Konsep Hamlah Al-Quran Dari Perspektif Adab Dan Akhlak Dalam Kalangan Huffaz: Satu Kajian Untuk Pengukuhan Hafazan... 202 Method Of Al-Quran Memorization Reinforcement Sulaimaniyyah Technique... 218 3

TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU HAFAZAN (ABH) DALAM KALANGAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA Mohamad Marzuqi Abdul Rahim 1 Azmil Hashim 2 Wahyu Hidayat 3 Ahmad Yussuf 4 Abd Hadi Borham 5 ABSTRAK Kertas ini bertujuan membincangkan tahap penggunaan alat bantu hafazan dalam kalangan pensyarah institusi Tahfiz Al-Quran di Malaysia. Kajian telah dilaksanakan di empat buah institusi tahfiz zon tengah. Data diperolehi melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada pelajar di institusi tahfiz tersebut. Sampel kajian ialah sebanyak 386 orang responden yang telah memberi maklum balas kepada soal selidik. Data yang diperolehi kemudiannya diproses menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 21.00 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan ABH dalam kalangan pensyarah adalah sederhana rendah dengan nilai min (2.92). Implikasi kajian merumuskan tahap penggunaan (ABH) perlu dipergiatkan dan dilakukan anjakan supaya pendidikan tahfiz al-quran di Malaysia seiring dengan perkembangan pendidikan semasa dan beroleh kecemerlangan. Kata Kunci: Alat Bantuan Hafazan, Pensyarah, Tahfiz Al-Quran. PENGENALAN Sejarah telah mencatatkan pendidikan tahfiz al-quran merupakan pendidikan yang terawal di dalam pendidikan Islam. Rasulullah SAW telah menyampai dan mengajarkan al-quran kepada para sahabat berpaksikan kepada kaedah hafazan sebagai kaedah yang utama. (Al-Habash, 1987). Dalam masa yang sama Allah SWT telah mempermudahkan kepada manusia untuk menghafaz al-quran seperti firman Allah: Bermaksud : Dan demi sesungguhnya, Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (Surah al-qamar 54:17) Kemudahan ini adalah bertujuan memelihara isi kandungannya supaya al-quran terpelihara dari segala bentuk penyelewengan dan perubahan seperti firman Allah: Bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah al-hijr 15:9) 1 Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, E-mail: marzuqi@fsk.upsi.edu.my. 2 Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, E-mail: azmil@fsk.upsi.edu.my. 3 Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, E-mail: wahyu@fsk.upsi.edu.my. 4 Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, E-mail: amdysf@um.edu.my. 5 Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, E-mail: abdhadi.borham@fsk.upsi.edu.my. 87

Al-Sayuti (1987) menegaskan hal ini adalah untuk mencegah terputusnya jumlah kemutawatiran al-quran. Walaupun menghafaz telah dipermudahkan oleh Allah SWT kepada manusia, namun proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz perlu kepada kesepaduan pendekatan, amalan pengajaran, penggunaan ABH, interaksi atau adab yang telah disentuh oleh tokoh pendidikan tahfiz bagi meningkatkan lagi kualiti pembelajaran tahfiz al-quran demi mencapai pencapaian tahfiz yang berkesan (Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, & Misnan Jemali, 2013) Di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-quran penggunaan alat bantu hafazan (ABH) merupakan sebahagian daripada usaha pensyarah untuk menghasilkan pembelajaran efektif bagi melonjakkan kejayaan di dalam pencapaian hafazan al-quran. Ini adalah kerana pembelajaran dianggap efektif apabila guru dapat mengujudkan PdP yang bersifat interaktif (Kamrul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, 2007). Semua bentuk pembelajaran termasuk pembelajaran tahfiz al-quran memerlukan alat dan teknologi bagi memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh dan deria pendengaran (Ahmad Mohd Salleh 2004). Hal ini dijelaskan lagi oleh Al-Ahwani (1955) yang menyatakan proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz melalui empat perkara iaitu melihat, mendengar membaca dan menulis. Pandangan ini disokong oleh Muhammad Muhsin (1994) yang menegaskan bahawa di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz terdapat alat yang boleh membantu menghafaz al-quran. Justeru, alat bantu hafazan al-quran terdiri daripada empat kategori iaitu bahan yang dilihat, bahan yang didengar, bahan yang dibaca dan bahan yang ditulis. ABH dalam bentuk bahan yang didengar sebagai contoh adalah amat mustahak dalam proses menghafaz al-quran. Teknik mendengar iaitu mendengar bacaan guru dan mengikut bacaan tersebut sehingga menghafaz ayat tersebut atau merakam ayat-ayat al-quran yang akan dihafaz kemudian mendengarnya melalui audio. Contohnya bacaan terbaik yang boleh diikuti ialah bacaan Syeikhul Maqari Mahmud Khalil al-khusori dari Mesir (Darul Quran 2007b). Kaedah ini telah juga telah disarankan oleh Abu al-fida (2006) dengan menyatakan bahawa penggunaan teknologi moden sebagai alat bantuan di dalam proses menghafaz. Pelajar boleh mendengar bacaan melalui audio dan menghafaz serta merakamkan bacaan melalui alat bantuan seperti kaset, mp3 dan sebagainya. Menurut Al-Rabie (2008) pengajaran adalah satu perancangan menjayakan proses pembelajaran bagi satu tempoh yang ditetapkan. Pensyarah harus merancang penggunaan alat yang sesuai dan efektif dalam pengajarannya. Al-Quran amat menitikberatkan perancangan sehingga umat Islam diseru untuk membuat persiapan fizikal dan mental untuk mencapai sesuatu matlamat sebagaimana firman Allah و ل و أ ر اد وا ال خ ر وج أل ع د وا ل ه ع د ة و ل ك ن ك ر ه للا انب ع اث ه م ف ث ب ط ه م و ق يل اق ع د وا م ع ال ق اع د ي ن Bermaksud: Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkannya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal". (Surah al-taubah: 46) Oleh itu untuk mencapai matlamat pendidikan tahfiz, persiapan dalam bentuk ABH adalah selari dengan seruan Allah SWT supaya kita membuat perancangan yang rapi dan teliti. Pengajaran juga tidak boleh statik dan harus berkembang seiring dengan perkembangan (Al-Tal, 1997; Al-Khatib A., 2009) Oleh kerana amalan pengajaran guru atau pensyarah amat penting kepada proses pembelajaran pelajar, maka pengajaran yang berstruktur dan direka bentuk dalam satu set prosedur yang bersepadu daripada pendekatan, kaedah pengajaran, alat bantu mengajar, penaksiran dan lain-lain harus difikirkan dan dibina untuk pelajar mencapai hasil 88

pembelajaran yang memberangsangkan (Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, & Misnan Jemali, 2013; Railgeluth,1983 ; Ismail Md Zain, 1994) MASALAH KAJIAN Proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-quran biasanya melibatkan saiz kelas yang kecil iaitu jumlah pelajar tidak melebihi 15 orang (Marzuqi, 2008). Nisbah seorang pensyarah hafiz untuk 15 belas orang pelajar ini dan diperuntukkan masa 2 jam setiap hari untuk proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz (Darul Quran, 2007). Namun saiz kelas yang kecil bukan bermakna pengajaran tahfiz tidak memerlukan penggunaan ABH atau inovasi pengajaran. Jika setiap hari pensyarah menggunakan kaedah dan strategi yang statik serta kaku, berkemungkinan perasaan bosan akan timbul dalam diri pelajar. Hal ini ditegaskan oleh Al-Tal (1997) dan Al-Khatib (2009) di mana pengajaran tidak boleh statik dan harus berkembang seiring dengan perkembangan semasa kerana ia memberi kesan langsung kepada proses pembelajaran pelajar. Laporan Azmil dan Misnan (2014) menunjukkan penggunaan ABH dalam kalangan pensyarah tahfiz adalah sangat kurang dan terhad walaupun mereka mengetahui kepentingannya dan peranannya. Penggunaan hanya pada ABH asas iaitu buku rekod kehadiran dan buku rekod tasmi serta mushaf al-quran dan mushaf kecil (poket). Amalan pengajaran kebanyakan guru juga masih bersifat tradisional tanpa memanfaatkan ABM (Ab. Halim Tamuri et.al, 2006). Hal ini dikatakan berpunca daripada salah faham atau memandang ringan fungsi ABM dalam meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran (Farrant, 1977). Penggunaan alat elektronik terutama berorientasikan ICT seperti OHP, LCD, komputer, laptop, software al-quran, CD al- Quran, CD interaktif, kaset al-quran dan pita rakaman hampir tidak dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz (Azmil Hashim & Misnan Jemali, 2014). Dapatan ini disokong oleh (Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri, 2010) yang menyatakan penggunaan ABM berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan guru j-qaf masih pada min yang rendah. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini pada umumnya adalah bertujuan melihat tahap penggunaan ABH dalam kalangan pensyarah maahad-maahad tahfiz di Malaysia. Bagi menjalankan kajian pengkaji telah menentukan objektif kajian seperti berikut: 1) Mengetahui sejauh mana tahap penggunaan ABH yang diamalkan oleh pensyarah Darul Quran dan maahad-maahad tahfiz al-quran dalam pengajaran dan pembelajaran. 2) Mengukur perbezaan yang signifikan pada pemboleh ubah jantina dan jenis institusi tahfiz dan semester pengajian terhadap tahap penggunaan ABH. METODOLOGI KAJIAN Bagi mencapai objektif kajian penulis menjalankan kajian deskriptif dan inferensi yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Soal selidik yang telah diubah suai daripada kajian lepas digunakan untuk mengutip data dalam kalangan pelajar. Populasi kajian bagi empat buah institusi tahfiz di Darul Quran dan MTQN berjumlah (635) orang dan melibatkan sampel yang dipilih secara rawak berstruktur sebanyak (386) orang pelajar. Bagi menentukan kesahan dalaman, soal selidik yang dibina telah dirujuk kepada beberapa orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang masing-masing yang terdiri daripada kepakaran dalam bidang pengurusan pendidikan, pendidikan tahfiz, pendidikan Islam dan penyelidikan. 89

Manakala kebolehpercayaan item- item dalam soal selidik ini telah dilakukan satu analisis data untuk mendapatkan nilai alpha Cronbach. Didapati instrumen soal selidik pensyarah terhadap tahap amalan pengajaran mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu nilai alpha Cronbach 0.93 seperti ditunjukkan dalam Jadual (1). Jadual ini menunjukkan bahawa instrumen tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Indikator Jadual 1: Nilai Kebolehpercayaan Sangat Tinggi 0.90-1.00 Tinggi 0.70-0.89 Sederhana 0.30-0.69 Rendah 0.00-0.30 Sumber: Brymen & Cramer (1999) Nilai alpha Cronbach Proses penganalisisan data-data kuantitatif ini dilakukan secara deskriptif melalui analisis berkomputer menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 2.0. Statistik deskriptif yang digunakan ialah frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawaian. Penyelidik menghuraikan analisis deskriptif ini dengan menggunakan jadual interpretasi min tingkah laku afektif yang telah dirumuskan oleh Nunally (1978) seperti ditunjukkan dalam Jadual (2) Jadual ini juga digunakan oleh Norasmah Othman (2001), Nik Mohd. Rahimi (2004), Azhar Ahmad (2006), Zawawi (2008) dan Mohd. Aderi (2008) dalam kajian mereka. Interpretasi terhadap min disusun mengikut turutan menurun dari min yang paling tinggi hingga kepada min yang paling rendah. Jadual 2 : Interpretasi Min Dimensi Tingkah Laku Afektif DAPATAN KAJIAN Skor min 4.01-5.00 3.01-4.00 2.01-3.00 Interpretasi Tinggi Sederhana Tinggi Sederhana Rendah 1.01-2.00 Rendah Demografi Pensyarah Tahfiz Al-Quran Sumber: Nunally (1978) Demografi responden dalam kalangan pelajar tahfiz al-quran dalam kajian ini merangkumi pemboleh ubah jantina, jenis institusi dan semester pengajian seperti jadual (3). Daripada 386 orang pelajar yang menjadi responden di Darul Quran JAKIM dan MTQN jumlah pelajar lelaki dan perempuan hampir sama iaitu seramai 205 orang (53.1%) pelajar lelaki dan 181 orang (46.9%). pelajar perempuan. Sementara itu jumlah pelajar di Darul Quran adalah lebih besar dari pelajar MTQN iaitu 230 orang pensyarah di Darul Quran JAKIM (59.6%) dan 156 orang pelajar dari MTQN (40.4%). Pecahan pelajar mengikut semester pula menunjukkan majoriti pelajar dari semester 3 seramai 244 orang (63.2%), sementara hanya 142 pelajar dari semester 5 (36.8%). Jadual 3: Taburan responden pelajar tahfiz mengikut kategori 90

Pemboleh ubah Kategori Kekerapan % Jantina Institusi Semester Pengajian Lelaki 205 53.1 Perempuan 181 46.9 Darul Quran 230 59.6 MTQN 156 40.4 Tiga (3) 244 63.2 Lima (5) 142 36.8 Penggunaan ABH dalam Kalangan Pensyarah Tahfiz Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan penggunaan alat bantu hafazan di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-quran dari persepsi pelajar mencatatkan min 2.92 dan sisihan piawai 0.95 berada pada tahap sederhana rendah. Jadual 4.5 menunjukkan min, sisihan piawai dan interpretasi min penggunaan alat bantu hafazan dalam gaya pengajaran tahfiz al-quran dari persepsi pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa dua item penggunaan ABH dalam pengajaran tahfiz mencatatkan interpretasi min pada tahap tinggi, dua item mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana tinggi dan baki enam item mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana rendah. Dua item yang mencatatkan interpretasi min pada tahap tinggi ialah item Mengemaskini buku rekod kehadiran pelajar (min=4.06, sp=1.22), dan item Mengemaskini buku rekod tasmi / rekod mengajar (min=4.03, sp=1.09) Dua item lagi mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana tinggi iaitu item Menggunakan mashaf khas sebagai teks rujukan al-quran dan terjemahan. (min=3.64, sp=1.17), dan item Menyediakan bahan yang secukupnya sebelum beliau memulakan pengajaran (min=3.22, sp=1.32) Manakala enam item mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana rendah iaitu item Menentukan kadar muka surat atau ayat yang perlu ditalaqqi oleh pelajar (min=2.81, sp=1.50) item Menggunakan bahan rujukan tambahan di dalam pengajaran tema makna ayat al-quran (min=2.49, sp=1.34), item Mengedarkan ringkasan atau nota sebagai bahan rujukan tambahan kepada pelajar(min=2.37, sp=1.36) item Menggunakan kemudahan perpustakaan untuk mencari bahan tambahan pengajaran (min=2.36, sp=1.31) dan item Menggunakan majalah atau akhbar sebagai bahan pengajarannya (min=2.11, sp=1.28) dan item Menggunakan audio video untuk menunjukkan cara sebutan dan contoh bacaan qari terkenal (min=2.07, sp=1.27) Jadual 4 : Penggunaan Alat Bantu Hafazan dalam Pengajaran Tahfiz % Bil Item Pengajaran Kerap dan Sangat kerap Min S.P Interpretasi 1 2 Mengemas kini buku rekod kehadiran pelajar Mengemas kini buku rekod tasmi / rekod mengajar 68.2% 4.06 1.12 Tinggi 68.7% 4.03 1.09 Tinggi 91

Bil 3 4 5 6 7 8 9 10 Item Pengajaran Menggunakan mashaf khas sebagai teks rujukan al-quran dan terjemahan Menyediakan bahan yang secukupnya sebelum beliau memulakan pengajaran. Menentukan kadar muka surat atau ayat yang perlu ditalaqqi oleh pelajar Menggunakan bahan rujukan tambahan di dalam pengajaran tema makna ayat al- Quran Mengedarkan ringkasan atau nota sebagai bahan rujukan tambahan kepada pelajar Menggunakan kemudahan perpustakaan untuk mencari bahan tambahan pengajaran Menggunakan majalah atau akhbar sebagai bahan pengajarannya Menggunakan audio video untuk menunjukkan cara sebutan dan contoh bacaan qari terkenal % Kerap dan Sangat kerap Min S.P Interpretasi 66.3% 3.64 1.17 Sederhana Tinggi 46.1% 3.22 1.32 Sederhana Tinggi 38.6% 2.81 1.50 Sederhana Rendah 56.2% 2.49 1.34 Sederhana Rendah 23.6% 2.37 1.36 Sederhana Rendah 21% 2.36 1.31 Sederhana Rendah 17.9% 2.11 1.28 Sederhana Rendah 16.3% 2.07 1.27 Sederhana Rendah Keseluruhan 2.92 0.95 Sederhana Rendah Perbezaan Penggunaan ABH Berdasarkan Demografi Pensyarah Tahfiz Hasil Analisis Varian Sehala bagi menguji skor min dan sisihan piawai amalan penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah berdasarkan demografi jantina, jenis institut, dan semester pengajian adalah seperti jadual (5) Jadual 5: Analisa perbezaan min penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah mengikut demografi Jantina Lelaki Min 2.93 Sp 1.02 Perempuan Min 2.90 Sp.86 Jenis Institut Darul Quran Min 2.98 Sp.93 MTQN Min 2.81 Sp.97 92

Semester Tiga (3) Min 3.09 Sp.91 Lima (5) Min 2.70 Sp.97 Bagi menerangkan perbezaan yang signifikan di antara nilai min pemboleh ubah jantina, jenis institut, dan semester pengajian, analisis linear univariet dijalankan dan hasilnya adalah seperti jadual (6) Jadual 6: Analisis linear Univariet Persepsi Pensyarah terhadap amalan pengajaran berdasarkan pemboleh ubah jantina, jenis institut dan semester pengajian Kesan utama Jumlah Kuasa Dua Darjah Kebebasan Min Dua Kuasa Nilai F Signifikan Jantina.512 1.512.579.447 Jenis Institut 1.776 1 1.776 2.009.157 Semester 9.202 1 9.202 10.407.001* Ralat 337.766 382.884 Jumlah 3634.090 386 Signifikan pada aras p<0.05 Hasil análisis ujian linear univariet daripada jadual di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah berdasarkan jantina pensyarah (F(1, 386) =0.579, p=0.447). Ini bermakna tahap penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan adalah sama. Perbandingan persepsi pensyarah terhadap penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah berdasarkan Jenis institusi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah berdasarkan jenis institut (F(1, 386) =2.009, p=0.157). Ini bermakna tahap penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah di Darul Quran dan MTQN adalah sama. Manakala hasil analisis ujian linear univariet pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah berdasarkan semester pengajian (F(1, 386)= 10.407, p=0.001), Ini bermakna pensyarah yang mengajar semester 3 menggunakan ABH lebih kerap (min=3.09) berbanding pensyarah yang mengajar semester 5 (min=2.70) dari persepsi pelajar. PERBINCANGAN Mushaf al-quran al-karim merupakan bahan utama di dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-quran (Muhammad Muhsin 1994; Abu al-wafa 1999; Al-Syarbini 2004; Abu al-fida 2006). Namun begitu terdapat pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran lain yang boleh digunakan oleh pensyarah dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz al- Quran. Bahan yang dilihat dan dibaca seperti mushaf al-quran, komputer, slide, kad imbasan, white board, kitab-kitab tafsir dan sebagainya. Bahan yang didengar iaitu kaset mp3, cd, video, komputer, pita rakaman dan sebagainya. Bahan yang ditulis termasuk juga pen, kertas, white board, marker 93

pen dan sebagainya. Kepelbagaian bahan bantu mengajar akan dapat menarik minat pelajar kepada pelajar, memberi fokus, memberi gambaran jelas sesuatu teori dan konsep, menimbulkan keseronokan dan menghilangkan bosan kerana sesuatu yang baru didedahkan kepada pelajar setiap kali penyampaian PdP (Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan, 2007) Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan ABH dalam gaya pengajaran tahfiz al-quran yang diutamakan oleh pensyarah ialah mengemaskini buku rekod kehadiran pelajar dan mengemaskini buku rekod tasmi atau rekod mengajar. Ia tidak lebih dari kawalan rekod hafazan semata-mata. Dapatan ini selari dengan Azmil dan Misnan (2013) yang melaporkan bahawa majoriti pensyarah hanya menggunakan ABH yang paling asas walaupun mereka mengetahui kepentingan mempelbagaikan ABH dalam menggalakkan pembelajaran pelajar. Kajian juga mendapati bahawa penggunaan ABH dalam pengajaran tahfiz al-quran yang kurang diberi perhatian oleh pensyarah ialah menggunakan bahan bercetak seperti majalah atau akhbar sebagai bahan pengajarannya. pensyarah sepatutnya dapat mengaitkan isu-isu pembelajaran tahfiz melalui sumber bahan bercetak yang pelbagai supaya pengetahuan dan kemahiran pelajar dapat diperluaskan. Ini mungkin disebabkan salah faham dan memandang ringan kebanyakan guru kepada fungsi alat bantu mengajar sebagaimana yang dinyatakan oleh (Farrant, 1977). Sementara itu penggunaan media selain bahan bercetak berada pada tahap yang paling rendah. Ia seolah-olah menunjukkan jarang atau tidak pernah menggunakan audio video untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. perkara ini amat merugikan kerana terdapat terlalu banyak sumber audio dan video yang boleh membantu pembelajaran hafazan seperti cara sebutan dan contoh bacaan qari terkenal, penerangan tajwid, tarannum, teknik menghafaz dan lain-lain. keadaan ini membawa kepada terbatasnya penggunaan deria untuk pembelajaran hafazan al-quran sedangkan penggunaan pelbagai deria telah disyorkan oleh Ahmad Mohd Salleh (2004), Al-Ahwani (1955), Muhammad Muhsin (1994) dan Abu al-fida (2006). Secara umumnya penggunaan ABH dalam pengajaran tahfiz mencatatkan keputusan sederhana rendah bagi kategori kelas pelajar perempuan atau kelas pelajar lelaki. Begitu juga penggunaan ABH di Darul Quran dan MTQN berada pada tahap yang rendah. Penggunaan ABH nampaknya hanya berbeza bagi semester yang terkini. Ini berkemungkinan para pensyarah pada semester 3 lebih cenderung menggunakan ABH dalam pengajaran mereka. Namun secara keseluruhannya kajian menunjukkan elemen ABH memerlukan kepada usaha yang inovatif dan perubahan yang besar dengan mengoptimumkan penggunaan kemudahan ABH supaya objektif dan matlamat pendidikan tahfiz tercapai dengan jayanya. IMPLIKASI KAJIAN Penggunaan ABH secara umumnya berada pada tahap yang sangat kritikal dan memerlukan kepada satu usaha inovatif dan perubahan yang besar. Perubahan secara neomobilistik perlu dilakukan dalam penggunaan ABH yang mana secara keseluruhannya sangat kritikal. Pengunaan ABH bersifat elektronik dan berbentuk teknologi maklumat perlu dilakukan satu perubahan besar dan perlu dikemas kini secara total dan menyeluruh tehadap sistem pendidikan tahfiz. Ianya amat kurang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-quran. Ini adalah berpunca daripada fungsi dan peranannya kurang mendapat pendedahan yang sewajarnya kepada pelaksana kurikulum. Tambahan pula pendekatan secara tradisional lebih diminati dan diyakini oleh pelaksana kurikulum Hasil kajian ini telah membawa kepada implikasi terhadap amalan pengajaran tahfiz. Penggunaan ABH yang menunjukkkan keperluan kepada perubahan neomobilistik. Ini membawa pengertian bahawa penggunaan ABH memerlukan satu inovasi dengan melakukan perubahan secara besar-besaran. Pensyarah perlu terus digalakkan menambah pengetahuan dan kemahiran 94

dalam menyediakan dan menggunakan ABH dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan institusi tahfiz juga perlu mempersiapkan prasarana yang sesuai serta memudahkan pensyarah menggunakan ABH dalam pengajaran tahfiz. KESIMPULAN Kajian ini memberi gambaran penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah tahfiz dari maklumbalas pelajar yang banyak menerima impak lansung sekiranya aspek ABH dikesampingkan. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan penggunaan ABH dalam pengajaran pensyarah tahfiz adalah sederhana rendah dan perlu dipertingkatkan, sementara beberapa kelemahan seperti kurangnya penggunaan teknologi dalam pengajaran, kurangnya penggunaan sumber rujukan yang pelbagai perlu diatasi bagi menongkah cabaran pendidikan semasa ke arah memperkasakan pendidikan tahfiz. RUJUKAN Al-Quran Abu Al-Fida, Muhammad izzat. (2006). Kaifa nahfazul Quran. Kaherah: Darul Salam Ab. Halim Tamuri, Khadijah. Abadul Razak. (2006). Kajian Amalan Pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah rendah dan Menengah. Prosiding Seminar IRPA RMK-8, Kategori ERK 2006. 11. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam falsafah, sejarah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Al-Ahwani, Ahmad Fuad. (1995). At tarbiyyah fil islam aw ta alim fi ra yil Qabisi. Kaherah: Darul Fikr al-araby. Al-Habash, As-Syeikh Muhammad. (1987). Kaifa tahfaz al-quran. Beirut: Dar al- Khair. Al-Khatib, Ahmed. (2009). Al-Taalim al-aliy: al-isykaliyyat wa tahdiyyat. Irbid : Alamul kutub alhadith. Al-Qabisi, Abi Hasan Ali Muhammad bin Khalaf. (1955). Ar risalah al mufassolah li ahwal al mua llimin wa ahkam al- mua llimin wa mutallimin. Kaherah: Dar Ehya al Kutub al Arabiyyah. Al-Rabie, Saied bin Hamad. (2008). Taa'lim al-aliy fi asri al-ma'rifah. Amman: Dar el-syuruq. Al-Sayuti, Jalaluddin Abdul Rahman. (1987). Al-Itqan fi ulumil Quran. Maktabah Mustafa al-bab al-halaby. Al-Syarbini, Ibrahim Abdul Muni m. (2004). As-Sabil ila al-jinan bi Bayan Kaifa Yuhfazul Quran. Zaqaziq: Dar Ibnu Kathir. Al-Tal, Said Musyrif. (1997). Qawaid al-tadris fi al-jamiah. Amman: Dar al-fikir li al-tibaah wa al-nasyr. Azmil Hashim, & Misnan Jemali. (2014). Kajian Mengenai Hubungan antara Teknik Pembelajaran Tahfiz dengan Pencapaian Hafazan al-quran Para Pelajar. Jurnal Perspektif, 6(2), 15-25. Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, & Misnan Jemali. (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education, 1(1), 28-39. Brymen, A. & Cramer, D. (1999). Quantitative data analysis with SPSS Release 8 for Windows: A guide for social scientists. London: Routledge. 95

Darul Quran (2007). Kaedah hafazan al-quran. Selangor. Medan Hikmah Sdn. Bhd. Farrant, J.S. (1977). Prinsip dan amali pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Ismail Md Zain. (1997). Keberkesanan reka bentuk pengajaran bersistem di kalangan pelajarpelajar sekolah menengah. Tesis PHD yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). Amalan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam kalangn guru cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74. Kamrul Azmi Jasmi, & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah P&P (ed. Ke-2). Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Izham Mohd Hamzah, & Noraini Attan. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi, 46, 45-60. Mohamad Marzuqi Abd Rahim. (2008). Pengajaran mata pelajaran hafazan al-quran: suatu kajian maahad tahfiz al-quran zon tengah. Laporan Projek Sarjana,Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris Muhammad Muhsin Syeikh Ahmad. 1994. Al-Quran dan cara-cara menghafaz. Shah Alam: Perpustakaan Darul Quran. Nunally, J. C. 1978. Psycometric theory. New York: Mc. Graw Hill Book Company. Reigeluth, C. M. and Stein, F. S. (1983). Instructional design theories and models: an overview of their current states. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Shalaby, Ahmad. (1978). At-Tarbiyah al-islamiyyah nuzumuha wafalasifatuha. Mesir: Maktabah an-nahdah al-misriyyah. Siti Fatimah Ahmad, & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsis guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-qaf. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 53-64. Sufean Hussin, Shahril Marzuki, Ahmad Zabidi, Habib Md. Som, & Alina Ranee. (2005). Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Pahang: PTS Sdn Bhd. 96