PANDANGAN GERAKAN ISLAM LIBERAL TERHADAP HAK ASASI WANITA NUR RAIHAN BINTI NORDIN

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

BUTIRAN PERIBADI

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Transcription:

PANDANGAN GERAKAN ISLAM LIBERAL TERHADAP HAK ASASI WANITA NUR RAIHAN BINTI NORDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19: 16 (Pind. l/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS' JUDUL: PANDANGAN GERAKAN ISLAM LIBERAL TER}IADAP HAK ASASI WANITA SESI PENGAJIAN : 2OO7 / 2OO8 SAYA: NUR RAIHAN BINTI NORDIN (HURUF BESAR) mengakumembenarkantesis(psiw@)*inidisimpandiperpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: L Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tuiuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / 1 SULIT T (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMr 1972) TERIIAI) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERIIAD Disahkan oleh : PENULIS) ALAMAT TETAP: NO. 40. JALAN SIAKAP I7l39. SEKSYEN 17.40200 SHAH ALAM. SELANGOR DARULEHSAN. Tarikh :28 APRIL 2008 DR. FARAHWAHIDA BT. MOHD YUSOF Nama Penvelia Tarikh : 28 APNL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan tl.* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daxipada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan ternpoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secaxa penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (psm).

"Saya akui batrawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ljaahsarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)." Tandatangan : - $ It I'[.Qr-.t e -, :: r Nama Penyelia : DR. FARAHWAHIDA BT. MOHD YUSOF Tarikh : 1,5' o4 ' o8

PANDANGAN GERAKAN ISLAM LIBERAL TERHADAP HAK ASASI WANITA NUR RAIHAN BINTI NORDIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2008

lv " Saya akui karya ini adalatr hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telatr saya jelaskan sumbernya". ( Tandatangan, W,nl Nama Penulis : NUR RAIHAN BT. NORDIN Tarikh ' 2s'o4'ot

v DEDIKASI Andainya ada pahala dalam penghasilan kajian ilmiah ini, ku hadiahkannya buat: Baginda Rasulullah s.a.w dan keluarganya; Yang telah mengenalkan diriku tentang Iman dan Islam, Para sahabat Baginda yang telah membuka jalan; perintis tamadun Islam. Ayahanda & Bonda tercinta : Nordin B. Hj. Kassan dan Rosnani Bt. Hj. Sanusi, Doa..Pengorbanan..Semangat & Kasih sayang kalian Buat aku teguh di sini. Adinda yang dikasihi : Mohd Azim dan Mohd Zaim, Gurau senda, senyum dan tangis bersulam menjadi satu. Tidak lupa buat Pensyarah dan Guru... Kalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu, Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang pernah ku pelajari... Buat Sahabat-Sahabat sejatiku Kak Ida, akhawat, dan rakan-rakan seperjuangan... Terima kasih di atas ukhuwwahfillah ini... Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya... Ya Allah! Kurniakan kepada kami kefahaman, kejelasan dan keyakinan, Kepintaran, kekuatan, kesungguhan dan keikhlasan, Untuk membela perjuangan, Sebelum dijemput kematian... Matikan kami dalam ketinggian iman, Syahidkan kami dalam perjuangan... Ameen...

vi PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan bagi keluarga dan sahabat Baginda. Alhamdulillah, berkat inayah-nya dapatlah penulis menyiapkan dengan jayanya penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr. Farahwahida Bt. Mohd Yusof selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah beliau curahkan akan mendapat balasan keberkatan daripada Allah S.W.T. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa serta keluarga yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan. Begitu juga kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Terima kasih diucapkan di atas tunjuk ajar, kerjasama yang baik, perkongsian idea dan pandangan serta kritikan yang membina agar kajian ilmiah ini dapat dihasilkan dengan baik dan sempurna. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya. Semoga beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.

vii ABSTRAK Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui Pandangan Gerakan Islam Liberal terhadap Hak Asasi Wanita. Objektif kajian ini juga mengemukakan sejarah perkembangan gerakan Islam Liberal, mengkaji pandangan gerakan Islam Liberal terhadap Hak Asasi Wanita dan mengetahui pandangan Islam terhadap Hak Asasi Wanita yang diperjuangkan oleh gerakan Islam Liberal. Di antara metodologi yang digunakan untuk mendapakan data bagi kajian ilmiah ini ialah Metode Penentuan Subjek, Metode Pengumpulan Data serta Metode Analisis Data. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran Islam Liberal berfungsi untuk membebaskan pemikiran umat Islam yang kononnya kolot dan jumud kepada pemikiran yang lebih moden bersesuaian dengan peningkatan intelektual masyarakat Islam masa kini. Dari aspek luaran, aliran ini seolah-olah memperjuangkan apa yang dituntut oleh syariat Islam, namun pada hakikatnya mereka begitu lantang mempertikai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Mereka juga menjadikan golongan wanita antara sasaran utama dengan menyebarkan isu-isu kontroversi berkenaan wanita dalam dalam usaha meraih pengaruh dari kaum hawa. Jadi dapatan kajian ini telah mengemukakan garis panduan serta hukumhukum syarak berkaitan dengan isu-isu yang dikontroversikan oleh gerakan ini terhadap wanita berdasarkan dalil al-quran dan as-sunnah serta pandangan ulama dan intelektual Islam.

viii ABSTRACT This research is conducted in order to know the views of Islamic Liberalism movement Towards Women s Right. The objective of this survey is to show the history development, to study and to know the views of the Islamic Liberalism movement towards Women s Right. Among the metodology used to obtain the data for this erudite research is the Subject Decisive Metode, Data Compilation Metode and Data Analysis Metode. Over all, the product of this survey shows that the function of the Islamic Liberalism movement is to give freedom to the Muslim way of thinking that was so called out dated or old fashioned to sophisticated thinking equivalent to the increased of muslims intellectuality as to date. From the exterior espect, this movement is as if tought to what ever claimed by the syariat, but the actual fact is their outroar pertaining to matters is viceversa. Women s seems to be their target for these controversial issue regarding women in order to obtain support from them. As a result, a guideline syariah law guidelines was drawn regarding to controversial issues of this movement towards women according to al-quran and al- Sunnah and views from ulama and Islamic Intellectual.

ix KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI SINGKATAN ii iii iv v vi vii viii ix xiv BAHAGIAN SATU PENDAHULUAN BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7

x 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Batasan Kajian 9 1.8 Definisi Istilah 9 1.8.1 Gerakan 10 1.8.2 Islam Liberal 10 1.8.3 Hak Asasi Wanita 11 1.9 Kesimpulan 12 BAHAGIAN DUA SOROTAN KAJIAN BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Hak Asasi Manusia Dari Perspektif Barat dan Islam 15 2.3 Definisi Islam Liberal 17 2.4 Sejarah Perkembangan Islam Liberal 18 2.5 Ciri-Ciri Islam Liberal 20 2.5.1 Pengaruh Sekularisme 21 2.5.2 Tumpuan Pada Nilai Akal 21 2.5.3 Kebebasan Berijtihad dan Penolakan Autoriti Agama 21 2.5.4 Konsep Pluralisme Agama 22 2.5.5 Penolakan Terhadap Syariah Islam 23

xi 2.6 Pertubuhan Islam Liberal dan Tokoh-Tokoh Yang Mempertahankan Hak Asasi Wanita 24 2.6.1 Pertubuhan Islam Liberal Yang Mempertahankan Hak Asasi Wanita 24 2.6.2 Tokoh-Tokoh Islam Liberal Yang Mempertahankan Hak Asasi Wanita 27 2.7 Pandangan Islam Liberal Terhadap Hak Asasi Wanita 32 2.7.1 Feminisme dan Genderisme 33 2.7.2 Aurat Wanita 34 2.7.3 Poligami 37 2.7.4 Moral Sebagai Hak Individu 40 2.8 Kajian Lepas 42 2.9 Kesimpulan 43 BAHAGIAN TIGA METODOLOGI KAJIAN BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 45 3.2 Metode Penentuan Subjek 46 3.3 Metode Pengumpulan Data 47 3.3.1 Metode Historik 47 3.3.2 Metode Dokumentasi 48 3.4 Metode Analisis Data 50 3.4.1 Metode Induktif 50 3.4.2 Metode Deduktif 51

xii 3.4.3 Metode Komparatif 51 3.5 Kesimpulan 52 BAHAGIAN EMPAT ANALISIS KAJIAN BAB 4 ANALISIS KAJIAN 4.1 Pengenalan 53 4.2 Kedudukan Wanita Dalam Islam 53 4.3 Pandangan Islam Terhadap Hak Asasi Wanita 56 4.3.1 Hak Wanita Dalam Politik 56 4.3.2 Hak Wanita Dalam Memilih Pekerjaan 60 4.3.3 Hak dan Kewajiban Menuntut Ilmu 61 4.4 Hak Asasi Wanita Menurut Islam Liberal Dari Perspektif Islam 63 4.4.1 Feminisme dan Genderisme 63 4.4.2 Aurat Wanita 67 4.4.3 Poligami 73 4.4.4 Moral Sebagai Hak Individu 78 4.5 Kesimpulan 86

xiii BAHAGIAN LIMA PENUTUP BAB 5 PENUTUP 5.1 Pengenalan 87 5.2 Kesimpulan 87 5.3 Saranan 89 BIBLIOGRAFI 96

xiv SENARAI SINGKATAN ABIM AS AWAM BBC CAR Dr. ed. EUKI EXCO Hj. Ibid. IKIM ISTAC JAIS JAKIM JAWI JIL JIM MFK MUI NGO OIC Angkatan Belia Islam Malaysia Amerika Syarikat All Women s Action Society British Broadcasting Kempen Warganegara Menangani Isu Rogol Doktor Editor Enakmen Undang-Undang Islam Majlis Mesyuarat Kerajaan Haji (Latin: Ibidem) pada tempat, kitab atau halaman yang sama Institut Kefahaman Islam Malaysia Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa Jabatan Agama Islam Selangor Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Jaringan Islam Liberal Jamaah Islah Malaysia Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Ulama Islam Indonesia Non Govermental Organisation (Pertubuhan Bukan Kerajaan) Pertubuhan Negara-negara Islam

xv PhD Prof. PSM s.a.w. S.W.T SIS SPI t.t. UDHR UIAM UIDHR Doctor of Phillosophy (Ijazah Doktor Falsafah) Profesor Projek Sarjana Muda Sallallahu Alayhi Wassalam Subhanahu Wa Ta ala Sisters In Islam Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Tanpa Tahun Universal Declaration of Human Rights (Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universal Islamic Declaration of Human Rights (Perisytiharan Hak Asasi Manusia Oleh Majlis Islam Sedunia)

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dewasa ini perkataan Islam seringkali disandarkan dengan pelbagai perkataan seperti Islam Progresif, Islam Moderat, Islam Kontemporar, Islam Hadhari dan akhir-akhir ini Islam Liberal. Perkembangan ideologi Islam Liberal semakin menular di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan keadaannya semakin membimbangkan. Pemikiran Islam Liberal ini pada dasarnya berakar pada idea kebebasan tanpa sekatan, baik dalam bidang agama, ekonomi, sosial, politik dan perundangan. Bagi mereka, individu lebih penting daripada masyarakat. Masyarakat wujud untuk individu dan individu bebas dari ikatan agama (Harussani Hj Zakaria, 2006: 21). Menurut Fellow Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (Istac), Prof. Dr. Muhammad Uthman el-muhammady (2005: 7), jika dilihat dari sudut intelektual, Islam Liberal merupakan suatu aliran yang sedang dipromosikan oleh Barat dan setiap umat Islam perlu menyedarinya agar tidak terperangkap dalam Islam Liberal yang bersifat liberal dalam kehidupan seharian sebagaimana pandangannya: Pada asasnya perkataan liberal dalam kehidupan seharian bukanlah satu perkataan negatif malah ia adalah suatu kelebihan dan sangat dianjurkan oleh Islam. Sikap bertoleransi, mengambil kira

( 2 kepentingan orang lain dan bersikap mengalah kepada perbalahan adalah sifat liberal yang positif. Ini berbeza dengan aliran Islam Liberal yang diperkenalkan Barat yang tidak mengiktiraf dan menghormati huraian ilmu Islam klasik serta tidak mahu tunduk kepada autoriti yang ada seperti ulama Usuluddin, imam mujtahid dalam menerangkan ilmu feqah dan ulama sufi dalam soal kerohanian. Golongan ini sebaliknya lebih senang dengan pentafsiran sendiri, berdasarkan akal semata-mata dan hanya memilih mana-mana huraian yang bersesuaian dengan logik akal, kononnya bagi mengikuti dan menyesuaikan dengan perkembangan semasa Fahaman ini kerap kali menyalahgunakan dalil al-quran dan hadis dalam menafsirkan sesuatu permasalahan. Antara dalil yang seringkali diguna pakai oleh kelompok ini ialah : È Ïe$!$# Îû oν#t ø.î) Iω Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) (Surah al-baqarah: 256) Seringkali ayat ini digunakan sebagai senjata utama oleh golongan yang berminat mengubahsuai lantas membawa perubahan dalam peraturan dan perundangan Islam. Mereka berpendapat perundangan Islam tidak berperikemanusiaan, kejam dan tidak bertamadun lantaran ia tidak boleh dipaksakan ke atas mereka yang enggan menerimanya (Abu Bakar Ismail, 2005: 14). Selain itu, mereka juga cuba menggembar-gemburkan fahaman pluralisme dalam beragama iaitu tidak wajar menganggap penganut agama lain sebagai kafir. Sesungguhnya fahaman ini amat bertentangan dengan asas tauhid di dalam Islam yang secara tegas Allah S.W.T menyebut:

3... ÞΟ n=ó M}$# «!$# y ΨÏã š Ïe$!$# βî) Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (Surah Ali Imran: 19) Firman Allah S.W.T lagi : z ÏΒ Íοt ÅzFψ$# Îû uθèδuρ çμ ΨÏΒ Ÿ t6ø)ムn=sù $YΨƒÏŠ ÄΝ n=ó M}$# u ö xî Æ tgö;tƒ tβuρ z ƒì Å y ø9$# Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Surah Ali Imran : 85) Pandangan Gerakan Islam Liberal berhubung Hak Asasi Wanita pula lebih tertumpu kepada perkara yang diharamkan di dalam Islam, tetapi dihalalkan oleh gerakan ini, begitu juga sebaliknya. Wanita merupakan golongan yang mudah dipengaruhi, seringkali menjadi sasaran gerakan Barat dalam menyebarkan ideologi liberal mereka. Kedudukan wanita seringkali dieksploitasi oleh Barat sehingga mendatangkan kemudaratan dalam masyarakat bahkan ternyata bertentangan dengan agama. Oleh yang demikian, fahaman Islam Liberal di dunia Islam perlu dilihat sebagai satu ancaman. Ini telah dibuktikan oleh sejarah kerana fahaman atau ideologi merupakan satu cara yang efektif untuk melemahkan umat Islam dengan menghancurkan mereka dari dalam dengan menjauhkan umat Islam daripada ajarannya. Sejarah perang salib membuktikan umat Islam tidak dapat dikalahkan melalui senjata dan peperangan. Oleh itu pihak Barat menggunakan cara imperialisme pemikiran dengan membawa produk baru yang dinamakan Islam Liberal (Harussani Hj. Zakaria, 2006: 20).

4 1.2 Latar Belakang Masalah Setakat ini tidak ada satu definisi kukuh diberikan pada perkataan Islam Liberal dan ia adalah satu perkataan asing dalam kamus pemikiran Islam. Dr. Yusuf al-qaradawi dalam bukunya Min Fiqh al-daulah Fi al-lslam (1996) menghujahkan bahawa semua penisbahan Islam kepada perkataan-perkataan lain seperti Islam politik, Islam kanan, Islam kiri dan lain-lain adalah unsur asing dalam pemikiran Islam. Ia merupakan perancangan musuh-musuh Islam untuk memecahbelahkan Islam mengikut pembahagian berbeza. Malangnya, ada di kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan rentak musuh-musuh Islam ini lantas menamakan diri mereka dengan pelbagai gelaran Islam. Gerakan Islam Liberal misalnya, semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya di kalangan golongan yang berfikiran liberal serta menerima pakai budaya Barat yang menyelinap masuk dalam kehidupan masyarakat kini. Bagi golongan wanita terutamanya yang kurang mendapat pendidikan agama yang secukupnya, pastinya mereka semakin berani untuk bertindak menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam seperti membuka aurat, pergaulan bebas, perzinaan dan sebagainya. Perkara-perkara sebegini dianggap sebagai hak kebebasan wanita yang dipelopori Barat. Kelompok ini mendesak agar perkara terlarang dalam Islam dihalalkan seperti berpasangan antara lelaki dan perempuan tanpa batas serta mendedahkan aurat. Kesannya, golongan Islam Liberal akan dianggap sebagai peneraju dalam memberikan logo halal kepada apa sahaja perlakuan songsang dari landasan Islam, sekalipun keluar daripada agama Islam. Dikhuatiri teori salah sebegini akan memberikan impak yang besar kepada umat Islam di kemudian hari. Menurut Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan yang juga pendakwah bebas, Haji Mohd Nazri Chik, kosa kata Islam Liberal itu sendiri tidak tepat kerana maksud kalimah Islam amat bertentangan dengan maksud liberal. Oleh itu, apabila penentangan dibuat kepada satu pemikiran

5 bernama Islam Liberal, ia tidak bermaksud mengiktirafnya sebagai satu pemikiran dalam Islam. Walaupun terdapat sekumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri pemikiran tertentu menamakan diri mereka sebagai Islam Liberal, ia tetap tidak diiktiraf sebagai satu pemikiran dalam Islam. Selain itu, jika sesuatu perkumpulan tidak menamakan kumpulan mereka sebagai Islam Liberal, namun jika corak pemikiran mereka selari dengan kumpulan Islam Liberal, maka pemikiran mereka tidak dikategorikan sebagai pemikiran Islam (Muhammad Azman Hj. Mohd Nawi, 2005: 6). Contohnya di Indonesia ada kumpulan individu yang menamakan diri mereka Jaringan Islam Liberal (JIL) seperti Nurcholis Madjid, Djohan Efendi, Ahmad Wahid, Harun Nasution dan lain-lain (http://www.islamlib.com/id). Sungguhpun begitu, dari aspek persejarahan, Islam Liberal ini telah bermula lebih awal daripada penubuhan JIL di Indonesia. Charles Kurzman dalam bukunya Liberal Islam: A Source Book (2001) menjelaskan sebagai satu bentuk pemikiran, Islam Liberal telah wujud sejak abad ke-18 iaitu bermulanya keruntuhan Dinasti Shafawi dan Mughal, Turki Uthmani sewaktu kalangan ulama dalam dinasti tersebut mengadakan gerakan kembali kepada al-quran dan al-sunnah. Selain itu, Barat juga sengaja melontarkan pelbagai istilah dalam mengembangkan ideologi mereka. Ianya bertujuan bagi meragukan keyakinan umat terhadap pemikiran Islam serta melakukan permainan istilah yang berbahaya sematamata kerana kebimbangan mereka melihat kebangkitan umat melalui ideologi Islam. Mereka menonjolkan pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak asasi manusia, kebebasan, globalisasi dan sebagainya. Termasuk dalam hal ini istilah yang sangat asing iaitu Islam Liberal. Hubungan dan pengaruh pemikiran Barat seperti sekuralisme, orientalisme dan pasca modenisme juga amat sinonim dengan Islam Liberal. Namun dapat dikatakan bahawa pengaruh pemikiran postmodernism lebih ketara di dalam pemikiran Islam Liberal. Secara literal, gerakan Islam Liberal telah mula mengorak langkah mengetengahkan persoalan emansipasi wanita, persamaan hak antara lelaki dan wanita, hak-hak asasi wanita dan ternyata Islam Liberal dilihat lebih radikal dari

6 corak pemikiran modenisme Islam. Ini menyebabkan masyarakat perlu melihat perkara ini sebagai satu bentuk ancaman kerana ia menimbulkan kontroversi dan kekeliruan terhadap dunia Islam. 1.3 Pernyataan Masalah Kehadiran Gerakan Islam Liberal dalam masyarakat Islam telah mengundang pelbagai kesan kepada masyarakat. Bagi golongan wanita, mereka seringkali disogokkan dengan tanggapan negatif tentang ajaran yang dianjurkan oleh Islam. Pelbagai pihak telah memperkatakan tentang hak-hak wanita, kesamarataan dan kebebasan (Women s Liberation). Mereka termasuklah golongan orientalis yang sentiasa berusaha untuk memberikan gambaran yang buruk terhadap hak-hak wanita dalam Islam. Hal ini seolah-olah ingin menunjukkan bahawa hak golongan wanita dalam Islam telah dirampas dan dicabul (Abdul Manan Bin Ismail, 2006: 6). Selain itu, golongan ini sudah mula menganjurkan pergerakan pembebasan wanita dan ia mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk kaum lelaki. Istilah pembebasan di sini bermaksud (pada awal sejarahnya) membebaskan diri daripada kezaliman khasnya dari kongkongan peraturan-peraturan agama Institusi Gereja Katolik Rom. Gerakan Pembebasan Wanita lahir di Amerika dan Eropah. Kebanyakannya diketuai oleh bangsa Yahudi atau mereka berfahaman Sosialisme (Marxisme) seperti Betty Freiden (1921M) dan Germaine Greer (1971M) (Sulaiman Nordin, 1997: 122). Tidak dinafikan, tuntutan untuk mendapatkan hak-hak asasi bagi wanita merupakan satu perkara yang harus disokong dan perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Namun, jika ia dilakukan tanpa merujuk kepada al-quran dan al-sunnah, pergerakan ini pastinya akan meruntuhkan masyarakat. Ternyata gerakan ini diterajui oleh gerakan Iluminati (Sulaiman Noordin, 1997: 148) bagi tujuan batil. Pembebasan wanita kebanyakannya bertujuan untuk membebaskan diri daripada peraturan nilai agama Antaranya hak sama rata wanita dengan lelaki, kewajipan

7 menutup aurat yang dikatakan menindas kaum wanita mahupun persoalan poligami yang melibatkan hukum Allah S.W.T. Melihat kepada permasalahan ini, pengkaji memikirkan perlunya satu kajian dilaksanakan dalam mengkaji permasalah ini dengan lebih dekat. 1.4 Objektif Kajian Dalam melaksanakan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian memandangkan ia berfungsi sebagai satu kerangka rujukan bagi memastikan perlaksanaan kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:- 1.4.1 Mengetahui sejarah perkembangan gerakan Islam Liberal. 1.4.2 Mengkaji pandangan gerakan Islam Liberal terhadap Hak Asasi Wanita. 1.4.3 Mengetahui pandangan Islam terhadap Hak Asasi Wanita yang diperjuangkan oleh gerakan Islam Liberal. 1.5 Persoalan Kajian Secara umumnya, kajian ini untuk mengetahui pandangan Gerakan Islam Liberal terhadap Hak Asasi Wanita. Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut:- 1.5.1 Bagaimanakah sejarah perkembangan gerakan Islam Liberal? 1.5.2 Apakah pandangan gerakan Islam Liberal terhadap Hak Asasi Wanita?

8 1.5.3 Apakah pandangan Islam terhadap Hak Asasi Wanita yang diperjuangkan oleh gerakan Islam Liberal?