KEPENTINGAN TAKWIM HIJRI DALAM PERMASALAHAN FIQH DI MALAYSIA: KAJIAN TERHADAP PENGAMALAN PENGIRAAN TEMPOH HAWL DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Similar documents
NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PROCEEDINGS OF 2ND UUM INT.ERNA~IONA lb IC BUSINESS MJXNAGEMENTr DNFERENCE 20~ 8 (IBM 2018)

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Tanggungjawab dan Pelaksanaan Zakat Kalangan Minoriti Muslim Thailand

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

ZAKAT PERAK: ASAS KEWAJIPAN DAN AMALAN DI MALAYSIA

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

Konsep dan Pihak yang Bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

SOLAT SUBUH BERJEMAAH DALAM KALANGAN MAHASISWA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) : SATU PEMERHATIAN

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Metodologi Pengiraan Zakat bagi Institusi Kewangan Islam: Satu Analisis

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

Current Methods of Business Zakat Accounting in Malaysia

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Analisis Pandangan Ulama Fiqh Mengenai Kesan Kematian (Al-Maut) Terhadap Akad Jual Beli

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Transcription:

KEPENTINGAN TAKWIM HIJRI DALAM PERMASALAHAN FIQH DI MALAYSIA: KAJIAN TERHADAP PENGAMALAN PENGIRAAN TEMPOH HAWL DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA Abstrak Radzuan Bin Nordin 1, Ab Rahim Bin Ibrahim 1 Persoalan takwim hijri bukan hanya dilihat dari sudut kaedah pembentukannya sahaja, malah yang paling utama ialah penggunaannya dalam permasalahan yang ada kaitan secara langsung dengan fiqh. Tulisan ini cuba menjelaskan kepentingan sebenar takwim hijri dalam permasalahan fiqh yang difokuskan secara khusus kepada tempoh hawl dalam pelaksanaan zakat. Perbezaan hari antara takwim hijri dan masihi perlu dikaji dan difahami agar pelaksanaan ibadat yang berkaitan tempoh masa dapat mencapai maqasid syariah. Pengamalan agensi agama seperti Pusat zakat yang berurusan dengan perkiraan tempoh hawl masih tidak menggunakan takwim hijri sepenuhnya. Tulisan ini diharapkan dapat menyelesaikan kekeliruan masyarakat tentang isu berkaitan kepentingan takwim hijri dalam permasalahan fiqh semasa untuk membolehkan masyarakat Islam melaksanakan perintah Allah swt mengikut ketentuan yang sebenarnya. Kata Kunci: takwim hijri, maqasid syariah, zakat, hawl 1 Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Emel: radzuan@utem.edu.my 29

The importance of Hijri Calendar in Fiqh In Malaysia: The study of the Calculation Period Hawl Practice in Management of Zakat in Malaysia Abstract Hijri calendar is not just a point of its methods of formation but the most important is its use in the existing problems directly related to the fiqh. This paper attempts to explain the true significance of the problems of fiqh Hijri calendar that is focused specifically on the hawl in the implementation of zakat. The difference between the period of Hijri calendar and the AD should be studied and understood in applying ibadah to achieve the objectives of the syariah. Practicing religious agencies such as Pusat Zakat that deals with the hawl arrangement is still not fully apply the Hijri calendar. This paper is expected to answer the current fiqh issues in Hijri Calender in order to let Muslims follow the right path. Keywords: Hijri Calendar, Maqasid Syariah, Zakat, hawl PENDAHULUAN Takwim hijri merupakan salah satu dari takwim al-qamari yang digunakan oleh masyarakat Islam. Ia merujuk kepada peredaran bulan mengelilingi bumi dan antara nama lain bagi takwim hijri ialah takwim al-islami. Masyarakat Islam menggunakan takwim al-qamari sejak permulaan dakwah Rasulullah s.a.w hinggalah hijrahnya baginda ke Madinah al-munawwarah. Riwayat yang masyhur berkaitan penetapan tarikh hijri adalah berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah al-rashidin yang kedua iaitu c Umar ibn al-khattab (586 644M). Pada tahun ke tujuh belas hijrah, beliau telah mengutus dokumen kepada Gabenornya Abu Musa al-asy c ari di Basrah dengan bertarikhkan bulan Sya c ban sahaja. Abu Musa al- Asy c ari telah membalas dan bertanya kepada c Umar: Sesungguhnya telah datang kepada kami satu dokumen tanpa tarikh dari Amir al-mukminin. Kami telah membacanya bertarikhkan Sya c ban dan kami tidak pasti adakah ianya Sya c ban yang kami berada sekarang atau Sya c ban tahun lepas 1. Kedatangan surat Abu Musa al-asy c ari tersebut menyebabkan c Umar mengumpulkan para sahabat dan golongan cendiakawan bagi menetapkan tarikh 1 Al- c Askari, Abu Hilal al-hasan ibn c Abd Allah ibn Sahl. (1997). al-awa il, c. 1, Beirut: 30 Dar al-kutub al- c Ilmiyyah, h. 109

Kepentingan Takwim Hijri Dalam Permasalahan Fiqh Di Malaysia: Kajian Terhadap Pengamalan Pengiraan Tempoh Hawl Dalam Pengurusan Zakat Di Malaysia Radzuan Bin Nordin 1, Ab Rahim Bin Ibrahim 1 permulaan tahun. Perjumpaan ini telah berlaku pada hari Rabu 20 Jamadil Akhir 17 Hijrah bersamaan 8 Julai 638 Masihi 1. Mereka telah berselisih dalam menentukan sesuatu peristiwa sebagai permulaan tahun. Pelbagai buah fikiran telah dilontarkan oleh para sahabat; ada yang mahu menjadikan hari kelahiran Nabi dan hari kewafatan Nabi sebagai permulaan tarikh. Mereka telah menerima pendapat c Umar, c Uthman dan c Ali yang melihat hijrah Nabi s.a.w sebagai permulaan tarikh al-qamari. c Umar berkata: Hijrah telah memisahkan antara kebenaran dan kebatilan, maka jadikanlah ianya sebagai permulaan tarikh. Mereka bersetuju memilih hijrah sebagai asas penetapan tarikh ketika Rasulullah s.a.w telah sempurna sampai ke Quba pada hari Isnin 8 Rabi c al-awwal tahun 1 Hijrah bersamaan 20 September 622 Masihi 2. Menurut Prof. Tuan Hj. Abdul Halim bin Mohamed Tahir; jika dikirakan ke belakang berdasarkan ru yah, maka 1 Muharram bagi tahun pertama hijriah ( 1 Muharram 0001 H ) jatuh pada hari jumaat 16 Julai 622 M 3. Ini kerana para sahabat bersetuju bahawa permulaan bulan Muharram tahun pertama hijrah tersebut bermula 67 hari sebelum Rasulullah s.a.w sampai ke Madinah 4. PERSOALAN FIQH YANG ADA KAITAN DENGAN TAKWIM HIJRI Umumnya takwim masihi digunakan secara meluas di Malaysia dalam pelbagai urusan seharian mencakupi ekonomi, perundangan, politik hingga kepada hubungan antarabangsa. Berbanding takwim hijri hanya digunakan dalam skop yang amat terhad terutamanya berkaitan tiga bulan sahaja iaitu Ramadan, Syawwal dan Zu al-hijjah. Kepentingan takwim hijri dan kesan pelaksanaan takwim dalam menyelesaikan beberapa permasalahan fiqh semasa amat perlu untuk dibincang, dikaji dan dikemaskinikan seiringan dengan maqasid al-syar c iyyah. Antara persoalan fiqh yang mempunyai hubungkait dengan penggunaan takwim hijri adalah persoalan tempoh hawl, tempoh iddah, tempoh mengandung, baligh, hadanah, penyusuan dan hukum hakam yang merujuk kepada perkiraan umur samada yang melibatkan manusia atau binatang ternakan. Seterusnya tulisan ini akan melihat pelaksanaan tempoh hawl dalam pengeluaran zakat harta semasa. Tambahan pula ianya melibatkan agensi-agensi agama yang akan memberi impak besar terhadap pengamalan fiqh sebenar. Persoalan hawl dalam pelaksanaan zakat harta akan dianalisa berdasarkan pengiraan hari dalam takwim hijri. Untuk itu tulisan ini akan mengetengahkan 1 c Ali Abandah. (1998). op.cit., h. 352 2 Ibid 3 Abdul Hamid bin Mohamed Tahir. (1999). Kajian ke arah Pembentukan Takwim Hijriyyah Imkanur Rukyah bagi Negara Malaysia (Himpunan kertas kerja Muzakarah Falak Syarie Pegawai-Pegawai Agama Seluruh Malaysia 1997) JAKIM, h. 33. ; Muhammad Basil al-ta i (2003), op.cit., h. 250 4 Mujahid, c Imad. (2001). op.cit., h. 121 31

perbezaan peratusan pengeluaran zakat harta antara takwim hijri dan masihi merujuk kepada pelaksanaan yang diamalkan di Pusat Zakat Melaka. PENGERTIAN DAN DALIL PENSYARIATAN HAWL Hawl dari segi bahasa bermaksud tahun 1 dan dari segi istilah ia bermaksud tempoh masa setahun qamari yang dijadikan sebagai syarat mengeluarkan zakat 2. Ia merupakan syarat wajib mengeluarkan zakat pada beberapa jenis harta yang mesti dikeluarkan oleh pemiliknya setelah berlalu tempoh setahun 3. Walaupun para ulama mensyaratkan tempoh hawl ini, namun ianya hanya terpakai pada harta emas, perak dan segala harta yang mengandungi maksud keduanya seperti wang, perniagaan dan ternakan kecuali tumbuhan, buah-buahan dan galian 4. Antara dalil yang diambil oleh para ulama dalam mensyaratkan tempoh hawl bagi zakat emas, perak, perniagaan dan ternakan ialah beberapa hadis dan riwayat yang merujuk secara terus kepada tempoh hawl. Antara hadis dan riwayat tersebut ialah: i. Hadis riwayat ibn c Umar, Rasulullah SAW telah bersabda: ال زكاة في مال حتى يحول عليه الحول 5 Bermaksud Tidak dikenakan zakat terhadap harta sehinggalah berlalu tempoh hawl ii. Rasulullah SAW menghantar wakil-wakilnya pada setiap tahun untuk mengutip zakat. Begitu juga amalan Khulafa al-rashidin selepas kewafatan baginda. Ini dibuktikan dalam riwayat Saib Ibn Yazid, 1 Sa c id Abu Jayyib. (1988). al-qamus al-fiqhi Lughatan wa Istilahan. c. 2. Dimashq: Dar al- Fikr, h. 106 2 Ibn c Abidin, Muhammad Amin Ibn c Umar Ibn c Abd al- c Aziz. (2000). Hasyiyah Ibn c Abidin, j. 5, Dimashq: Dar al-thaqafah wa al-turath, h. 423 ; al-zuhayli, Wahbah (1989), op.cit., j. 2, h. 744 ; al-bayjuri, Ibrahim (t.th), Hasyiyah al-bayjuri c ala Sharh al- c Allamah Ibn al-qasim al-ghazzi c ala Matn al-shaykh Abi Shuja c, j. 1, Dar Ihya al-kutub, h. 262 3 Al-Zuhayli, Wahbah. (1989). op.cit., j. 2, h. 745 ; Mustafa Adib Kalkal. (1992). op.cit., h. 280 ; al-muzini, Ahmad c Abd al- c Aziz. (1984). al-murshid fi Ahkam al-zakah, c. 1. Kuwayt: Pengedar Zat al-salasil, h. 65 4 Al-Zuhayli, Wahbah. (1989). op.cit., j. 2, h. 745 Ada juga yang membahagikan harta kepada dua: bersifat modal dan bersifat pendapatan. Bersifat modal seperti binatang, wang dan barang dagangan, manakala bersifat pendapatan seperti hasil tanaman, hasil galian, harta karun dan sebagainya. Lihat Mahmood Zuhdi Hj. Abd. Majid (1995), Sumber-sumber zakat: Huraian Berasaskan Realiti Semasa di Malaysia. Jurnal Syariah, jil. 3, API UM, Januari 1995, h. 62 5 Al-Bayhaqi, Abu Bakr Ahmad Ibn al-husayn Ibn c Ali. (1999). al-sunan al-kubra, tahqiq: Muhammad c Abd al-qadir c Ata, j. 4. Beirut: Dar al-kutub al- c Ilmiyyah, h. 160 ; Ibadi, Muhammad Syams al-haq. (1995). c Awn al-ma c bud Sharh Sunan Abi Dawud, j. 4, Beirut: Dar al-fikr, h. 329, Kitab al-zakah, hadis no 1570 32

Kepentingan Takwim Hijri Dalam Permasalahan Fiqh Di Malaysia: Kajian Terhadap Pengamalan Pengiraan Tempoh Hawl Dalam Pengurusan Zakat Di Malaysia Radzuan Bin Nordin 1, Ab Rahim Bin Ibrahim 1 beliau telah berkata: Aku telah mendengar c Uthman Ibn c Affan berkata: Ini adalah bulan zakat kamu. Sesiapa yang mempunyai hutang maka sempurnakanlah dahulu sehingga kamu mampu mengeluarkan zakat harta kamu. Sesiapa yang tidak mampu (tidak cukup nisab) tidak akan diwajibkan zakat. Sesiapa yang telah mengeluarkan zakat, maka tidak akan diwajibkan lagi sehingga datang tahun hadapan 1 PERMULAAN DAN AKHIR TEMPOH HAWL Secara asasnya permulaan tempoh hawl dikira setelah mencukupi nisab 2. Ini bermaksud hawl pada emas dan perak tidak akan bermula kecuali jika pemilik sudah memiliki 20 dinar emas atau 200 dirham perak 3. Demikian juga pada haiwan ternakan yang mempunyai nisab tertentu seperti 5 ekor bagi unta, 30 ekor bagi lembu atau 40 ekor bagi kambing 4. Penentuan akhir tempoh hawl adalah berbeza mengikut perbezaan permulaan tempoh hawl. Sekiranya permulaan tempoh hawl bermula dari awal bulan hijri, maka tempoh akhirnya adalah setelah berlalunya dua belas bulan genap. Pengiraan hendaklah dilakukan berdasarkan bulan hijri (fasa bulan) tanpa terikat dengan jumlah hari dalam sebulan. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT: Bermaksud Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan dihormati Surah al-tawbah (9) : 36 1 Abu c Ubayd, al-qasim Ibn Salam. (1968). Kitab al-amwal, c. 1 Qaherah: Maktabat al- Kulliyah al-azhariyyah, h. 555 2 Ialah kadar harta yang mewajibkan pengeluaran zakat. Lihat Sa c id Abu Jayyib. (1988). op.cit., h. 353 3 Nisab emas ialah sebanyak 20 dinar bersamaan timbangan semasa 84,72 gram emas, manakala nisab perak ialah sebanyak 200 dirham perak bersamaan timbangan semasa 595 gram perak. Walaubagaimanapun kadar emas dan perak ini akan berubah ubah mengikut pasaran semasa. Lihat al- Qaradawi. (2002). op.cit., h. 301 4 Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya Ibn Sharf al-nawawi al-dimashqi. (2000). Rawdah al-talibin, tahqiq: al-shaykh c Adil Ahmad c Abd al-mawjud, al-shaykh c Ali Muhammad c Iwad, j. 2, Beirut: Dar al-kutub al- c Ilmiyyah, h. 474-486 ; Mustafa Adib Kalkal. (1992). op.cit., h. 282-284 33

Sepertimana jika tempoh hawl bermula dari permulaan bulan Muharam, maka ianya akan berakhir di penghujung bulan Zu al-hijjah dalam tahun yang sama. Jumlah hari dalam sebulan adalah tidak diambil kira. Walaupun begitu menurut pandangan Prof. Dr Hashim Jamil 1, adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya pembayar zakat bersandarkan kepada takwim masihi dalam menetapkan tempoh hawl pengeluaran zakat. Walau bagaimanapun perkiraan hari dan peratus pengeluaran zakat hendaklah dikaji semula agar ianya benar-benar bertepatan dengan maqasid syari c ah dalam pelaksanaan zakat 2. Sebagaimana umum mengetahui sekiranya tempoh hawl adalah bersandarkan kepada takwim al-qamari, maka peratus pengeluaran zakat ialah sebanyak 2.5%. Pengeluaran zakat sebanyak ini adalah berdasarkan hadis riwayat c Ali ibn Abu Talib bahawa Nabi SAW telah bersabda: إذا كاوت لك مائتا دزهم وحال عليها الحىل ففيها خمسة دزاهم وليس عليك شئ يعىي في الرهب حتى يكىن لك عشسون ديىازا, فإذا كاوت عشسون ديىازا وحال 3 عليها الحىل ففيها وصف ديىاز Bermaksud: Jika kamu mempunyai 200 dirham dan berlalu ke atasnya tempoh setahun, maka zakatnya sebanyak 5 dirham. Tidak diwajibkan zakat ke atas kamu (pada emas) sehingga sampai jumlahnya 20 dinar. Jika sampai 20 dinar dan berlalu ke atasnya tempoh setahun maka zakatnya sebanyak setengah dinar Berdasarkan hadis di atas didapati dengan jelas kadar yang diwajibkan untuk pengeluaran zakat emas dan perak ialah sebanyak 2.5 % daripada jumlah simpanan yang telah mencukupi nisabnya. Pengiraan peratus untuk 200 dirham = 2.5 % X 200 = 2.5 X 200 100 = 0.02500 X 200 = 5 Dirham 1 Prof. Dr Hashim Jamil adalah Pensyarah di Fakulti al-syari c ah wa al-dirasat al- Islamiyyah Universiti of Sharjah UAE. Merupakan ahli jawatankuasa Majma c al-fiqh al-islamiy hingga sekarang. 2 Hashim Jamil, Profesor di Fakulti al-syari c ah wa al-dirasat al-islamiyyah, Universiti of Sharjah UAE. Temubual pada 27 Julai 2008 3 Al-Syawkani. (2003). op.cit., j.4, h. 199; c Ibadi, Muhammad Shams al-haq. (1995). op.cit., j. 4, Kitab al-zakah, Hadis no 1570, h. 329 34

Kepentingan Takwim Hijri Dalam Permasalahan Fiqh Di Malaysia: Kajian Terhadap Pengamalan Pengiraan Tempoh Hawl Dalam Pengurusan Zakat Di Malaysia Radzuan Bin Nordin 1, Ab Rahim Bin Ibrahim 1 Pengiraan peratus untuk 20 dinar = 2.5 % X 20 = 2.5 X 20 100 = 0.02500 X 20 = 0.5 Dinar Jumlah 2.5% itu adalah jumlah yang dikenakan berdasarkan tempoh hawl setahun hijri dan bukannya masihi. Ini dibuktikan dengan pengertian hawl dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn c Umar merujuk kepada Sabda Rasulullah SAW Tidak dikenakan zakat pada harta sehinggalah berlalu tempoh hawl 1. Merujuk kepada maksud hawl dalam hadis riwayat Ibn c Umar itu, Dr. Wahbah al-zuhayli menyatakan semua ulama sepakat mengatakan bahawa pengertian hawl itu adalah tempoh setahun hijri dan bukannya masihi 2. Oleh itu tidak dinafikan maksud hawl dalam hadis c Ali Ibn Abi Talib di atas juga adalah merujuk kepada tempoh setahun al-qamari dan kadar pengeluaran zakatnya ialah sebanyak 2.5 % dari jumlah simpanan yang telah mencukupi nisab. Kiraan peratus pembayaran zakat berdasarkan takwim hijri dan masihi adalah seperti berikut: Takwim yang digunakan : Takwim hijri Jumlah hari : 354.3670662 Peratus zakat setahun : 2.5% Peratus zakat sehari : 2.5% 2.5 100 = 0.025 : 0.025 354.3670662 Peratus zakat sehari : 0.000071% Sebagaimana telah dinyatakan, adalah harus menggunakan takwim masihi dalam menetapkan tempoh hawl, namun perbezaan 11 hari dalam setahun mestilah diambilkira dalam membuat perkiraan peratus pembayaran zakat. Harus diambil perhatian, kecuaian pengiraan 11 hari ini akan menyebabkan dalam tempoh 33 tahun masihi, seseorang itu akan tertinggal setahun tidak membayar zakat. Perkiraannya adalah seperti berikut: Takwim yang digunakan : Takwim masihi Jumlah hari : 365.25 Peratus dikenakan zakat : 2.5 x 365.25 354.3670662 : 2.5767 % Peratus dibulatkan : 2.577 % 1 Al-Bayhaqi. (1999). op.cit., j. 4, h. 160; Ibadi, Muhammad Syams al-haq (1995), op.cit., j. 4, h. 329 2 Al-Zuhayli, Wahbah. (1989). op.cit., j. 2, h. 744 35

Berdasarkan perkiraan di atas ianya akan dapat membantu masyarakat Islam dalam kemelut pengeluaran zakat yang melibatkan takwim. Berkemungkinan juga masyarakat Islam dan pihak berwajib tidak peka dengan perkiraan ini, malah ianya dibiarkan begitu sahaja tanpa dibuat kajian semula. Diharapkan pihak berwajib mampu mengetengahkan perkiraan ini agar tidak berlaku penafian pembayaran setahun dalam tempoh 33 tahun masihi dan dua tahun dalam tempoh 66 tahun masihi. Oleh itu sekiranya pembayaran zakat berdasarkan takwim hijri, maka peratusnya ialah 2.5 % dari jumlah harta yang dikenakan zakat dan sekiranya pembayaran zakat berdasarkan takwim masihi, maka peratusnya ialah 2.577 %. Lebihan sebanyak 0.077 % bayaran zakat yang dikenakan dalam penggunaan takwim masihi ini adalah bertujuan untuk memastikan ianya dapat menyelesaikan ketinggalan sekali bayaran dalam tempoh 33 tahun masihi. Walaupun 0.077% merupakan suatu pertambahan yang kecil tetapi jika melibatkan ratusan juta ringgit, ianya membawa kepada perbezaan bayaran yang amat besar 1. PENGAMALAN PUSAT ZAKAT DI MALAYSIA BERKAITAN TEMPOH HAWL Pengamalan pengurusan zakat di Malaysia menggunapakai pengiraan takwim masihi dalam menentukan hawl zakat dan kadarnya. Menurut pandangan Dr. Mujaini Tarimin berdasarkan kajiannya, kadar yang perlu digunakan dalam menentukan jumlah zakat yang perlu dibayar adalah 2.5% sahaja sama ada penzakat itu menggunakan hawl setahun al-qamari ataupun setahun masihi. Alasan beliau adalah: i. Hukum kadar zakat adalah tetap justeru penzakat tidak dapat mengubahkannya. ii. Jika kadar 2.5% ini digunakan, ia sebenarnya telah membayar zakat ke atas lebihan pendapatannya tadi bahkan bersifat advanced. Beliau telah memberikan contoh; jika pendapatan seseorang itu berjumlah RM 5,000.00 sebulan, bermakna pendapatannya adalah RM 60,000.00 dalam tempoh setahun. Akan tetapi jika pengiraan berdasarkan kepada tahun hijri, asas pendapatannya adalah sebanyak RM 58191.78 sahaja setahun dan bukannya RM 60,000.00. Oleh kerana asas pendapatan yang dikira adalah sebanyak RM 60,000.00, maka lebihan sebanyak RM 1808.22 telah diambilkira. Ini bermakna jika seseorang itu menggunakan kadar 2.577%, bererti terdapat unsur pengiraan dua kali bagi sebahagian pendapatan ataupun terdapat unsur terlebih bayaran. Kedua-dua unsur tersebut memang bertentangan dengan syariat zakat dan perlu ditegah 2. 1 Lihat muka surat 264-266 2 Mujaini Tarimin (t.th), Zakat Pendapatan; Hukum dan Persoalannya, Kuala Lumpur: Khaisha Services Sdn. Bhd. H. 142-143 36

Kepentingan Takwim Hijri Dalam Permasalahan Fiqh Di Malaysia: Kajian Terhadap Pengamalan Pengiraan Tempoh Hawl Dalam Pengurusan Zakat Di Malaysia Radzuan Bin Nordin 1, Ab Rahim Bin Ibrahim 1 Walaupun begitu kita perlu melihat kesan penggunaan takwim dan implikasi kewangan hasil dari perbezaan hari antara dua takwim yang berbeza. Pada dasarnya takwim hijri harus diutamakan dalam pembayaran zakat dan kadar pengeluarannya ialah sebanyak 2.5 %. Namun sekiranya pengiraan zakat adalah menggunakan takwim masihi, perkiraan hari dan peratus pengeluaran zakat hendaklah dikaji semula agar ianya benar-benar bertepatan dengan maqasid syari c ah dalam pelaksanaan zakat sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Prof Hashim Jamil. Oleh itu peratus yang sepatutnya berdasarkan lebihan hari tahun masihi adalah sebanyak 2.577 % berdasarkan alasan-alasan berikut: i. Pengiraan tersebut berkemungkinan boleh dilaksanakan pada pengeluaran zakat pendapatan sahaja 1. Ini kerana gaji seseorang adalah tetap dan mampu dibuat pengiraan untuk jumlah setahun. Namun pengiraan tersebut tidak mungkin dilakukan terhadap zakat harta yang lain seperti simpanan, ternakan dan perniagaan. Dalam zakat simpanan contohnya; wang simpanan adalah tidak tetap. Berkemungkinan berlakunya simpanan pada bulan pertama sahaja dan tidak berlaku pada bulan-bulan berikutnya. Dalam kes seperti ini tidak timbul persoalan berkaitan asas simpanan, lebihan dan advanced dalam pembayaran zakat. ii. Tidak dinafikan hukum kadar zakat sudah tetap dan kadar yang perlu dikeluarkan adalah sebanyak 2.5 %. Ini adalah hukum asal berdasarkan pengiraan takwim hijri. Merujuk kepada maksud hawl dalam hadis riwayat Ibn c Umar, Dr. Wahbah al-zuhayli menyatakan semua ulama sepakat membawa pengertian hawl itu kepada tempoh setahun hijri dan bukannya masihi 2. Oleh itu sekiranya tempoh hawl adalah merujuk kepada takwim masihi, maka perlu penambahan 0.077 % untuk mengelakkan keciciran pengeluaran zakat bagi tambahan 11 hari dalam takwim Masihi. iii. Dakwaan berlakunya pengiraan dua kali dalam penggunaan takwim hijri dalam pengeluaran zakat adalah tidak benar sama sekali. Dalam zakat simpanan, apa yang perlu untuk pengeluaran zakat ialah hawl dan nisab. Sekiranya nisab sudah mencukupi berdasarkan hawl hijri atau masihi, maka pengiraan boleh dibuat sekali sahaja. Jika syarat ini telah dipenuhi, zakat wajib dikeluarkan. Alasan-alasan yang telah diberikan merujuk kepada perbezaan jumlah bayaran zakat yang dikeluarkan berdasarkan jumlah peratusan akan memberikan kesan yang besar kepada hasil pendapatan dari pungutan zakat. Merujuk kepada perbezaan hari dalam setahun antara takwim masihi dan takwim hijri adalah 1 Hukum zakat pendapatan masih menjadi pertikaian di antara fuqaha, malah di Malaysia sendiri pun masih ada negeri yang belum mewartakan kewajipan zakat pendapatan. Oleh itu pengiraan peratus nisbah zakat yang dikeluarkan tidak boleh dijadikan panduan kepada pengeluaran zakat harta yang lain. 2 Al-Zuhayli, Wahbah. (1986). op.cit., j. 2, h. 744 37

sebanyak 10 atau 11 hari. Dalam pembayaran zakat, penggunaan takwim mestilah seiringan dengan peratus yang telah nyatakan. Ketidakseiringan ini akan memberikan kesan yang amat besar terhadap kewajipan dan tanggungjawab pengeluaran zakat umat Islam di Malaysia khasnya. Jika zakat dikaitkan dengan ibadat, maka ianya hendaklah dilakukan secara tepat dan sempurna. Jika solat zohor sebanyak 4 rakaat ditunaikan dengan 3 rakaat sahaja, maka sudah tentu solat tersebut tidak sah. Begitu juga dengan bayaran zakat bagi harta sebanyak satu juta ringgit yang sepatutnya ditunaikan sebanyak RM 25,770.00 tetapi hanya dibayar sebanyak RM 25,000.00 sahaja. Sudah pasti bayaran zakat tersebut tidak sah dan tidak mencapai hikmah pembersihan harta. Ini dibuktikan dengan pembayaran zakat sebanyak satu juta ringgit sepertimana di sebelah: Takwim masihi = RM 1,000,000.00 x 2.577 % = RM 25,770.00 Takwim hijri = RM 1,000,000.00 x 2.5 % = RM 25,000.00 Perbezaan bayaran = RM 25,770.00 - RM 25,000.00 = RM 770.00 Perkiraan di atas jelas menunjukkan jika zakat dibayar berdasarkan takwim masihi dengan peratus 2.5% sahaja, maka akan berlaku pengurangan sebanyak RM 770.00 dan ianya akan menjadi hutang terhadap hak Allah SWT. Perbezaan menjadi lebih jelas jika pembayaran zakat melibatkan jumlah yang lebih besar. Jika satu juta perbezaannya adalah sebanyak RM 770.00, apa akan jadi jika melibatkan puluhan atau ratusan juta ringgit? Bukti yang lebih jelas lagi ialah pembayaran zakat perniagaan yang telah ditunaikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tahun kewangan berakhir 2007/2008. Bagi tahun tersebut bayaran zakat perniagaan adalah dikira berdasarkan keuntungan perniagaan sebanyak RM 6,261,019.20 dan bayaran zakat adalah sebanyak RM 156,525.48 serta takwim yang digunakan ialah takwim masihi 1. Lihat perbezaan pembayaran zakat berdasarkan penggunaan takwim seperti di sebelah; Takwim masihi = RM 6, 261,019.200 x 2.577 % = RM 161,346.46 Takwim hijri = RM 6, 261,019.200 x 2.5 % = RM 156,525.48 Perbezaan bayaran = RM 161,346.4647 - RM 156,525.48 = RM 4,820.98 Perkiraan di atas jelas menunjukkan jumlah zakat yang telah dibayar oleh pihak TNB adalah tidak menepati kehendak maqasid syari c ah. Walaupun takwim masihi diharuskan dalam perkiraan tempoh hawl dalam pembayaran zakat, namun 1 Utusan Malaysia. 28hb. Mei 2009. "TNB bayar zakat perniagaan RM156,525.48" 38

Kepentingan Takwim Hijri Dalam Permasalahan Fiqh Di Malaysia: Kajian Terhadap Pengamalan Pengiraan Tempoh Hawl Dalam Pengurusan Zakat Di Malaysia Radzuan Bin Nordin 1, Ab Rahim Bin Ibrahim 1 peratus yang digunakan masih 2.5% sepertimana perkiraan takwim hijri. Dalam keadaan ini, pembayaran zakat sepatutnya adalah berdasarkan peratusan 2.577%. Oleh kerana itu didapati berlaku pengurangan bayaran zakat sebanyak RM 4,820.98 dan ianya akan menjadi hutang terhadap hak Allah SWT. Jika dalam tempoh setahun berlaku pengurangan pembayaran zakat sebanyak RM 4,820.98, maka berapa banyakkah hutang TNB terhadap hak Allah SWT dalam tempoh 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya? Persoalan yang timbul juga ialah bagaimanakah pembayaran zakat yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar yang lain termasuk juga pembayaran zakat oleh pihak perbankan di Malaysia. Apakah takwim yang digunakan dan berpakah peratusan bayaran yang telah dibuat? KESIMPULAN Hasil dari perbincangan berkaitan takwim hijri dan hawl zakat merujuk kepada pengamalannya di Malaysia, dua hujah penting mengapa perlunya pertambahan peratus pembayaran zakat jika menggunakan takwim al-syamsi iaitu: i. Jika tidak dilakukan penambahan kepada 0.077% untuk 11 hari dalam takwim masihi, ianya akan menjadi hutang yang mesti ditanggung oleh pembayar zakat. Hutang ini akan dihisab di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. Ini berdasarkan hadis: 1 فديه هللا أحق Bermaksud Hak Allah SWT lebih utama untuk ditunaikan ii. Jika berlaku syak wasangka dalam ibadat, maka wajib mengambil jalan tengah yang lebih yakin ( األحوط ). Begitu juga dalam masalah peratus pembayaran zakat, jika perkiraan tempoh hawl berdasarkan takwim masihi mendatangkan masalah atau kekeliruan, maka jalan tengah yang lebih selamat ialah dengan menaikkan peratusannya kepada 2.577%. Oleh itu jika mengambil jalan tengah yang lebih yakin ( األحوط ), maka sudah tentu ianya dapat mengelakkan tanggungan zimmah ke atas hak Allah SWT. Oleh itu adalah penting untuk kita kembali kepada penggunaan takwim hijri bagi memudahkan pelaksanaan ibadat terutamanya bagi pengiraan kadar peratusan zakat kerana ia melibatkan implikasi kewangan. 1 Al-Suyuti, al-hafiz Jalal al-din al-suyuti. (1999). op.cit., j. 5, h. 125; Mustafa Dib al- Bugha. (2000). op.cit,. h. 353 39

RUJUKAN Abdul Hamid bin Mohamed Tahir (1999), Kajian ke arah Pembentukan Takwim Hijriyyah Imkanur Rukyah bagi Negara Malaysia (Himpunan kertas kerja Muzakarah Falak Syarie Pegawai-Pegawai Agama Seluruh Malaysia 1997) JAKIM Abu c Ubayd, al-qasim Ibn Salam (1968), Kitab al-amwal, c. 1 Qaherah: Maktabat al-kulliyah al-azhariyyah c Ali Abandah. (1998). al-falak wa al-anwa c fi al-turath. Beirut: al-maktabah al- Wataniyyah. al- c Askari, Abu Hilal al-hasan ibn c Abd Allah ibn Sahl. (1997). al-awa il, c. 1. Beirut: Dar al-kutub al- c Ilmiyyah al-bayhaqi, Abu Bakr Ahmad Ibn al-husayn Ibn c Ali. (1999). al-sunan al-kubra. tahqiq: Muhammad c Abd al-qadir c Ata, j. 4. Beirut: Dar al-kutub alc Ilmiyyah al-bayjuri, Ibrahim. (t.th). Hasyiyah al-bayjuri c ala Sharh al- c Allamah Ibn al- Qasim al-ghazzi c ala Matn al-shaykh Abi Shuja c.j. 1, Dar Ihya al-kutub al-muzini, Ahmad c Abd al- c Aziz. (1984). al-murshid fi Ahkam al-zakah. c. 1. Kuwayt: Pengedar Zat al-salasil al-nawawi, Abu Zakariyya Yahya Ibn Sharf al-nawawi al-dimashqi. (2000). Rawdah al-talibin, tahqiq: al-shaykh c Adil Ahmad c Abd al-mawjud, al- Shaykh c Ali Muhammad c Iwad, j. 2, Beirut: Dar al-kutub al- c Ilmiyyah al- Qaradawi. (2002). Fiqh al-zakah: Dirasah Muqaranah li Ahkamiha wa Falsafatiha fi Dhaw al-qur an wa al-sunnah. Beirut: Mu assasat al-risalah al-syawkani, Muhammad ibn c Ali ibn Muhammad. (2003). Nayl al-awtar Sharh Muntaqa al-ikhbar min Ahadis Sa c id al-akhyar. al-riyad: Dar c Alam al- Kutub al-suyuti, al-hafiz Jalal al-din c Abd al-rahman ibn Abu Bakr. (1999). Sunan al- Nasai bi Sharh al-hafiz Jalal al-din al-suyuti wa Hasyiyah al-imam al- Sanadi. tahqiq: Maktab al-tahqiq al-turath al-islami, 5 j, Beirut: Dar al- Ma c rifah 40

Kepentingan Takwim Hijri Dalam Permasalahan Fiqh Di Malaysia: Kajian Terhadap Pengamalan Pengiraan Tempoh Hawl Dalam Pengurusan Zakat Di Malaysia Radzuan Bin Nordin 1, Ab Rahim Bin Ibrahim 1 al-zuhayli, Wahbah. (1989). al-fiqh al-islami wa Adillatuh. 8 j, c. 3. Dimashq: Dar al-fikr. Hashim Jamil adalah Pensyarah di Fakulti al-syari c ah wa al-dirasat al-islamiyyah Universiti of Sharjah UAE. Merupakan ahli jawatankuasa Majma c al-fiqh al-islamiy hingga sekarang. Hashim Jamil, Profesor di Fakulti al-syari c ah wa al-dirasat al-islamiyyah, Universiti of Sharjah UAE. Temubual pada 27 Julai 2008 Ibadi, Muhammad Syams al-haq. (1995). c Awn al-ma c bud Sharh Sunan Abi Dawud. j. 4. Beirut: Dar al-fikr, h. 329, Kitab al-zakah, hadis no 1570 Ibn c Abidin, Muhammad Amin Ibn c Umar Ibn c Abd al- c Aziz. (2000). Hasyiyah Ibn c Abidin, j. 5, Dimashq: Dar al-thaqafah wa al-turath, h. 423 Mahmood Zuhdi Hj. Abd. Majid. (1995). Sumber-sumber Zakat: Huraian Berasaskan Realiti Semasa di Malaysia. Jurnal Syariah, jil. 3, API UM, Januari 1995, h. 62 al-ta i, Muhammad Basil. (2003). c Ilm al-falak wa al-taqawim, c. 1. Beirut: Dar al-nafa is li-al-tiba c ah wa al-tawzi c Mujahid, c Imad c Abd al- c Aziz. (2001). Tarikh c Ilm al-falak min c Asr al-ahramat ila c Asr al-fada, c. 1, c Amman: Dar al-faris li al-nasyr wa al-tawzi c Mujaini Tarimin. (t.th). Zakat Pendapatan; Hukum dan Persoalannya. Kuala Lumpur: Khaisha Services Sdn. Bhd. Mustafa al-khind, Mustafa Dib al-bugha (Dr), c Ali al-sharbiji. (1987). al-fiqh al- Manhaji c ala Madhhab al-shafi c i, c.1. Dimashq: Dar al-qalam li al-tiba c ah wa al-nasyr wa al-tawzi c Mustafa Adib Kalkal. (1992). al-fiqh al-mubassat fi Madhhab al-syafi c i, c. 5, Dimashq: al-maktabah al- c Arabiyyah Sa c id Abu Jayyib. (1988). al-qamus al-fiqhi Lughatan wa Istilahan. c. 2. Dimashq: Dar al-fikr Utusan Malaysia. 28hb. Mei 2009. "TNB bayar zakat perniagaan RM156, 525.48" 41

42