LOKALISASI PENGAGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN KHIDMAT SOSIAL Satu Tinjauan Awal di Malaysia

Similar documents
LOKALISASI PENGAGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN KHIDMAT SOSIAL: SATU TINJAUAN AWAL 1

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

JURNAL PENGURUSAN JAWHAR

Prosiding SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA. 22 Mac Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

Mohd Suffian Mohamed Esa Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Ali Mohd Noor Universiti Kebangsaan Malaysia

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PENSWASTAAN INSTITUSI ZAKAT DAN KESANNYA TERHADAP PEMBAYARAN SECARA FORMAL DI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

CADANGAN MEWUJUDKAN LOGO PENGIKTIRAFAN ZAKAT PERNIAGAAN: KAJIAN TERHADAP USAHAWAN MUSLIM DI SELANGOR

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Ahmad Fahme, M.A., Mohd Faisol, I., Muhammad Ridhwan, A.A., & Fuadah, J.

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

MODEL PEMBANGUNAN USAHAWAN ASNAF MAIDAM (PUASMA)

PELABURAN DANA SEDEKAH MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PROSIDING PERKEM 10, (2015) ISSN: X

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

Mohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Kewangan Sosial Islam ISLAMIC SOCIAL FINANCE

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

Transcription:

LOKALISASI PENGAGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN KHIDMAT SOSIAL Satu Tinjauan Awal di Malaysia Hairunnizam Wahid Sanep Ahmad Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, 436 Bangi, Selangor, MALAYSIA hairun@ukm.my; nep@ukm.my Abstrak Tidak semua penerima zakat sesuai terlibat secara langsung dalam bidang keusahawanan anjuran institusi zakat. Terdapat antara mereka gagal mendapatkan bantuan modal zakat tetapi mempunyai sikap ingin berubah tetapi tiada ruang untuk bertindak sedemikian dan mampu bekerja mencari rezeki namun masih menerima bantuan kewangan zakat secara bulanan. Oleh itu kajian ini mencadangkan penawaran khidmat sosial berasaskan komuniti oleh asnaf terutamanya golongan fakir dan miskin berdasarkan potensi diri mereka di lokaliti tertentu. Kebaikan kaedah ini bukan sahaja dapat mengurangkan sikap meminta-minta wang zakat oleh asnaf daripada pusat zakat, malah ia berkemungkinan akan mengubah sikap mereka ke arah yang lebih positif dalam hidup sesuai dengan potensi mereka ada. Ia juga dapat mewujudkan proses sosialisasi antara asnaf, amil dan masyarakat di lokaliti berkenaan. Daripada aspek ekonomi, bantuan zakat di cadangkan berubah kepada konsep elaun khidmat sosial iaitu daripada konsep bayaran pindahan yang tidak produktif kepada konsep upah yang merupakan ganjaran atas sumbangan tenaga yang produktif. Ini berkemungkinan akan mengubah pemikiran mereka bercita-cita menjadi pembayar zakat dan sekiranya tercapai bakal menyumbang kepada pendapatan negara. Kajian mendapati majoriti asnaf berminat menyertai khidmat sosial di beberapa negeri yang dikaji. Walaupun konsep ini telah cuba dilaksanakan oleh beberapa institusi zakat sebelum ini, namun perlaksanaan konsep ini amat kuat bergantung kepada keupayaan pihak institusi zakat terutamanya amil untuk memantau dan melancarkan program ini agar menjadi lebih efisien dan berkesan. Ini amat berkait rapat dengan konsep lokalisasi pengurusan zakat berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat sebelum ini. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut di cadangkan dalam kajian ini. Kata Kunci: Lokalisasi Pengagihan Zakat, Fakir dan Miskin, Khidmat Sosial, Zakat Produktif Radiah Abdul Kader Jabatan Ekonomi, Fakulti ekonomi & Pengurusan University Malaya, 563 Kuala Lumpur, MALAYSIA radiah@um.edu.my I. PENGENALAN Rasulullah s.a.w bersabda, Demi Allah, sekiranya salah seorang di antara kamu ambil tali (pergi mencari kayu api) lalu dipikul kayu api itu atas bahunya (untuk dijual) adalah lebih baik baginya daripada ia datang meminta kepada seseorang, sama ada diberi atau tidak (HR Syaikhan dan Termizi) Tidak halal sedekah kepada orang kaya dan tidak (halal juga) kepada orang yang mampu (bekerja) (HR Muslim, Abu Daud dan Termizi) Dalam menangani dan mengatasi masalah kemiskinan di kalangan masyarakat, Islam bukan sahaja berharap kepada pengumpulan zakat dan sedekah daripada golongan berada semata-mata, tetapi secara lebih bijak Islam menyarankan dan menegaskan supaya golongan miskin terus berusaha dan bekerja untuk memperoleh rezeki yang halal dan baik hasil daripada usaha sendiri dan tidak atau sentiasa berharap kepada belas kasihan orang lain sahaja []. Malah adalah dikatakan tidak sempurna rukun Islam seseorang sekiranya sentiasa bercita-cita menjadi penerima zakat dan belum bercita-cita menjadi pembayar zakat. Kajian ini mencadangkan supaya diwujudkan satu program khidmat sosial untuk asnaf fakir dan miskin yang tidak berminat untuk menyertai program keusahawanan anjuran institusi zakat atau mereka yang gagal mendapat bantuan modal untuk program keusahawanan zakat. Khidmat sosial yang dicadangkan adalah berasaskan budaya dan modal manusia komuniti tertentu agar pelaksanaannya akan menjadi Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (25), khidmat sosial adalah kerja dan lain-lain untuk memenuhi keperluan orang ramai dan lain-lain, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, maklumat, dsb); berkhidmat. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kepada) tanah air; [36]

lebih berkesan dan bermanfaat. Petugas dan pemantau program ini adalah terdiri daripada amil tetap yang terdiri daripada mereka yang disegani dan diyakini seperti imam dan di tempatkan di lokaliti tertentu yang berpejabat di masjid mukim atau daerah [4]. Cadangan ini berkemungkinan akan memastikan pengagihan zakat menjadi lebih optimum dan cekap serta dapat dimanfaatkan memandangkan terdapat surplus dana zakat di beberapa negeri tertentu setiap tahun [8]. Rasional: Kewajipan zakat kepada individu Muslim adalah sama sepertimana kefarduan solat untuk menjadi seorang Islam yang sempurna. Ia mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam dan sering digandingkan perkataannya dengan solat di dalam Al-Quran [24]. Zakat wajib dikeluarkan ke atas beberapa jenis harta yang telah ditetapkan setelah memenuhi syarat dan tempoh tertentu. Kewajipannya mempunyai pelbagai objektif sosio-ekonomi yang positif bukan sahaja kepada penerima zakat bahkan kepada pembayar zakat dan masyarakat keseluruhannya. Secara umumnya zakat dapat mengukuhkan sistem jaminan sosial dan ia merupakan langkah awal yang sepatutnya ditangani dengan baik untuk menuju kepada satu sistem ekonomi Islam yang sempurna. Namun begitu sikap masyarakat Islam terutamanya penerima zakat yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin dikatakan masih tidak berubah malah mempunyai pemikiran yang bersifat tertutup, malas, tiada mempunyai sikap jati diri, kurang berwawasan, tahap disiplin diri yang rendah serta kurangnya minat dan sedaya upaya cuba mengelat untuk mengikuti program keusahawanan anjuran institusi zakat negeri. Ini disebabkan oleh banyak faktor antaranya kebanyakan asnaf tidak mendapat pendedahan kepada maklumat luar yang mencukupi, mempunyai pergaulan yang agak terbatas dengan masyarakat luar serta terhad perhubungannya dengan anggota keluarga dan jiran tetangga berdekatan sahaja. Kesannya mereka amat kurang mengetahui perkembangan dan kemajuan semasa yang berlaku di sekeliling mereka dan akhirnya sukar untuk berubah sikap dan ingin sentiasa kekal dalam status quo mereka [2,3]. Kajian ini berpendapat, sebarang perubahan diri asnaf perlu bermula di peringkat mukim, iaitu melalui proses sosialisasi antara masyarakat Islam setempat dengan asnaf tersebut dan inisiatif ini perlu dimulakan dan diaktifkan oleh amil yang dilantik di peringkat mukim tersebut. Terdapat juga kajian yang mencadangkan ia perlu dilakukan bermula daripada institusi masjid [4]. Ini adalah kerana ia merupakan institusi utama umat Islam berkumpul untuk melaksanakan pelbagai aktiviti ibadah dan kedudukan logistiknya yang strategik dan hampir dengan masyarakat. Turut dicadangkan kuasa mengutip dan mengagihkan zakat perlu diturunkan kepada amil yang dilantik secara tetap dan profesional oleh institusi zakat negeri kepada institusi masjid memandangkan amil tersebut lebih memahami dan mengenali secara dekat latarbelakang sosioekonomi dan budaya penduduk tempatan di lokaliti tersebut [4]. Keadaan semasa yang sering dibangkitkan oleh masyarakat menunjukkan asnaf zakat terutamanya golongan fakir dan miskin masih kekal di takuk lama malah bilangan isi rumah miskin sentiasa meningkat dari tahun ke tahun walaupun telah banyak program pembasmian kemiskinan dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun pihak institusi zakat. Mengapakah fenomena ini terus berlaku? Walaupun ia berkemungkinan disebabkan oleh banyak faktor luaran seperti faktor kemelesetan ekonomi, peluang pekerjaan yang terhad, faktor politik dan sebagainya namun adakah golongan fakir dan miskin hanya menunggu nasib dan takdir mereka berubah di masa hadapan tanpa melakukan sesuatu usaha? Adakah mereka sudah berputus asa dengan keadaan ekonomi mereka sekarang? Banyak kajian berpendapat faktor sikap adalah faktor utama mereka sentiasa berada dalam keadaan kemiskinan sedangkan ini merupakan faktor yang bersifat dalaman yang mampu mereka mengubahnya berbanding faktor luaran yang di luar jangkauan dan kemampuan untuk mengawalnya [5,6]. Program pembangunan modal insan untuk asnaf fakir dan miskin telah mula diberi penekanan oleh institusi zakat untuk meningkatkan motivasi, jati diri dan kerohanian [7], namun sejauh manakah ia berjaya masih belum dapat dibuktikan lagi. Terdapat kajian lain melihat sejauh manakah kejayaan bantuan modal zakat terhadap perubahan hidup asnaf dalam aspek pencapaian maqasid syariah di Malaysia [8]. Namun apa yang penting, kajian ini berpendapat setiap individu asnaf mempunyai potensi dan kelebihan masing-masing yang tersendiri dan sebarang perubahan sikap asnaf juga perlu dibangunkan berdasarkan potensi dan kelebihan mereka yang ada dan di masa yang sama sedaya upaya mengurangkan kelemahan yang ada di dalam diri mereka sendiri. Proses perubahan ini berkemungkinan dapat dibantu oleh amil lokal secara profesional di lokaliti tertentu. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah strategi membasmi kemiskinan bukan hanya melihat bagaimana mengharapkan peningkatan dana daripada pelbagai bentuk sumbangan wajib dan sunat seperti, sedekah, waqaf dan zakat daripada golongan kaya sahaja, tetapi Islam melihat penyelesaian masalah ini lebih jauh ke hadapan lagi di mana pihak institusi berkenaan perlu bijak memastikan masyarakat Islam terutamanya golongan fakir dan miskin terus berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh rezeki yang halal daripada usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain []. Kebanyakan institusi zakat negeri banyak menekankan bidang keusahawanan, mikro kredit Islam dan zakat-mikro kredit [5,9] dan ia dikatakan adalah antara pendekatan semasa yang baik menurut ramai pengkaji untuk mengubah nasib golongan fakir dan miskin pada masa kini namun pendekatan ini mungkin sesuai dilakukan oleh mereka yang amat berminat dalam keusahawanan dan mempunyai latar belakang yang signifikan untuk berubah seperti faktor pendidikan, lokasi penempatan dan sebagainya [6]. Namun persoalannya apakah jenis pekerjaan yang sesuai dilakukan terutamanya golongan yang lemah seperti ibu tua, ibu tunggal, pesara di usia muda,

orang kelainan upaya, anak yatim dan sebagainya yang mempunyai keterbatasan masa, tenaga serta keupayaan? Adalah perlu dinyatakan di sini aktiviti khidmat sosial berkaitan komuniti merupakan salah satu pendekatan dan strategi membasmi kemiskinan yang telah dilakukan di negara maju dan sedang membangun dan ia sering dikaitkan dengan proses pendidikan yang menjurus kepada kaedah mengatasi masalah di kalangan golongan miskin dan mengatasi masalah sosial di kalangan golongan miskin []. Terdapat juga kajian cuba mengaitkan pengurangan kemiskinan dengan khidmat sosial berorientasikan komuniti. Kajian tersebut menekankan kepada peranan satu unit pasukan sosial yang bekerja secara sukarela di komuniti tertentu untuk memastikan program pembasmian kemiskinan tersebut tercapai. Ini disebabkan oleh perhubungan yang rapat serta interaksi dua hala yang berkesan antara pasukan sosial dan golongan sasaran iaitu kumpulan miskin []. Walau bagaimanapun terdapat juga kajian mendapati penyertaan mereka termasuklah NGO-NGO yang dilantik oleh kerajaan tidak berjaya sepenuhnya berperanan sebagai pasukan sosial membantu kerajaan mengatasi masalah kemiskinan [2]. Namun begitu terdapat juga cadangan secara teori untuk mewujudkan perusahaan berasaskan komuniti dan mencadangkan jenis perniagaan di komuniti tertentu yang berasaskan kepada budaya komuniti dan modal insan tertentu untuk dilaksanakan oleh kumpulan miskin yang akhirnya akan mewujudkan satu bentuk perusahaan berasaskan ciri-ciri komuniti tertentu [3]. Namun begitu untuk melaksanakan konsep ini, faktor insentif dan keupayaan golongan miskin bekerja perlu diambil kira untuk memastikan kejayaan program tersebut [4]. Apa yang penting sebenarnya kejayaan program ini berkait rapat dengan keupayaan sistem penyampaian institusi kerajaan dan komitmen serta sikap golongan miskin [2]. Oleh itu dalam sistem zakat yang akan dibincangkan selanjutnya perlu melihat kepada kesanggupan dan keupayaan amil melaksanakan program ini serta sikap dan persetujuan asnaf terutamanya fakir dan miskin dalam melaksanakan program ini. II. KAJIAN LEPAS Banyak kajian lepas membincangkan aspek kutipan serta pengagihan zakat, terutamanya membincangkan masalah pengagihan yang menunjukkan pembayar zakat masih lagi kurang berpuas hati dalam aspek pengagihan zakat oleh institusi zakat [5,6,7,8,9] termasuklah pembayar zakat di kalangan kumpulan akademik [2]. Kebanyakkan kajian ini mendapati sekiranya institusi zakat tidak memberi perhatian sepenuhnya, ia akan mewujudkan beberapa isu yang lain seperti membayar zakat kepada asnaf secara tidak formal atau secara langsung dan terus kepada asnaf zakat [2,6,7,8]. Walaupun bagi sesetengah pendapat fuqaha tindakan ini adalah diharuskan, namun ia akan menimbulkan isu yang lain seperti pengagihan zakat hanya tertumpu pada asnaf fakir dan miskin sahaja dan mengabaikan enam lagi asnaf yang lain disebabkan masalah kekurangan maklumat [9]. Ini kerana pembayar zakat tiada maklumat berkenaan asnaf selain asnaf fakir dan miskin. Tambahan lagi pembayaran zakat secara tidak formal akan menyebabkan sistem perekodan jumlah kutipan dan agihan zakat di setiap negeri tidak akan dinyatakan dalam laporan zakat yang kemungkinan akan menunjukkan jumlah kutipan zakat yang banyak jika diambil kira jumlah pembayaran zakat secara tidak formal [7]. Antara isu yang sering dibangkitkan adalah berkait rapat dengan masalah yang belum selesai seperti isu lebihan wang zakat setelah diagihkan setiap tahun [6]. Antara cadangan yang perlu dipertimbangkan ialah kaedah lokalisasi zakat untuk mengatasi masalah ini [22,23,6] kerana kebanyakan kajian telah menunjukkan kaedah ini telah dipraktikkan dengan jayanya di zaman Rasulullah s.a.w lagi dan semestinya ia mempunyai banyak kelebihan. Terdapat kajian telah mencadangkan konsep ini secara teoretis kerana ia telah dipraktikkan pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat kajian mencadangkan pelaksanaan kaedah lokalisasi zakat dalam aspek kutipan dan pengagihan di lokaliti berkenaan [6,24] Kajian tersebut telah merumuskan beberapa hujah menyokong konsep lokalisasi iaitu () semua kaum lebih berhak terhadap sedekahnya sehingga mereka merasa berkecukupan dengannya, (2) orang tempatan lebih berhak ke atas zakat kerana untuk menghormati ketetanggaan, (3) dekatnya tempat tinggal mereka dengan tempat tinggal orang-orang kaya dan sekiranya petugas tidak mengetahui kewujudan golongan miskin sehingga ia membawa sedekah ke tempat lain, padahal penduduk asal memerlukannya, maka si penguasa harus mengembalikan kepada mereka. Konsep ini adalah seiring dengan apa yang telah dilakukan oleh khalifah Umar bin Abdul Aziz sebagaimana difatwakan oleh Said bin Jubair [6]. Isu sikap asnaf penerima zakat terutamanya golongan fakir dan miskin juga sering dibincangkan oleh banyak kajian dan ia dikatakan berkait rapat dengan masalah pemberian bantuan modal zakat untuk program keusahawanan. Golongan asnaf ini sering dikaitkan dengan sikap yang negatif dan tidak bertanggungjawab terhadap bantuan modal zakat. Ini ditambah lagi hampir 3 peratus perniagaan oleh asnaf dikategorikan sebagai gagal [25] dan faktor kegagalan ini disumbangkan oleh sikap negatif dan tidak bertanggungjawab mereka mengelolakan bantuan zakat. Antara faktor lain penyumbang kegagalan bantuan modal zakat ialah nilai keagamaan yang rendah atau miskin jiwa [26,9], nilai bantuan modal yang kurang sesuai [27] serta pelbagai aspek yang berkaitan latar belakang responden [28,6]. Setakat ini tiada kajian secara khusus dilakukan untuk melihat sejauh manakah kesan bantuan zakat terhadap golongan asnaf fakir miskin yang tidak layak menerima bantuan modal zakat. Adakah mereka mempunyai sikap yang sama dengan asnaf yang menerima bantuan modal zakat? Kajian ini berpendapat golongan yang tidak layak menerima bantuan modal zakat perlu diberi peluang dengan potensi yang ada dalam diri mereka walaupun tidak berkaitan secara langsung dengan bidang keusahawanan. Aktiviti khidmat sosial dalam mengurangkan kemiskinan yang mereka alami berkemungkinan boleh direalisasikan oleh pusat zakat namun

setakat ini tiada kajian yang khusus membincangkan aspek ini. Sekiranya ia dilaksanakan, timbul masalah lain iaitu siapa pula yang akan memantau khidmat asnaf? Aktiviti khidmat sosial sebenarnya berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan dan kajian ini berpendapat ia perlu dilaksanakan melalui institusi masjid dengan pemantauan amil setiap mukim yang dilantik secara khusus untuk mukim tersebut. Jawatan amil tetap di setiap mukim perlu dilantik oleh pihak kerajaan negeri bergaji dan berjawatan tetap dan ini berkemungkinan dapat mengatasi masalah pemantauan kerana perhubungan yang lebih dekat [4]. Institusi masjid amat sesuai dijadikan institusi cawangan pusat zakat untuk mengatasi masalah kecekapan dan keefisienan pengagihan zakat [4]. Al-Quran sendiri menyebut tentang zakat sebanyak 82 kali bersama kewajipan mendirikan solat menunjukkan betapa pentingnya amalan rukun Islam yang keempat ini. Oleh kerana perkataan solat dan zakat banyak dinyatakan secara seiring dalam Al-Quran, kedua-dua ibadah khusus ini amat signifikan dikaitkan dengan institusi masjid bersandarkan firman Allah s.w.t dalam surah At-Taubah ayat 8 bermaksud; Sesungguhnya orang yang wajar mengimarahkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan kepada hari Akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat dan ia tidak takut kecuali Allah, semoga mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat hidayat. [29] Penjelasan ayat Al-Quran di atas jelas menunjukkan masjid mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sejarah di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa Al-Rasyidin telah menggambarkan peranan masjid sebagai tempat berlakunya majlis syura berkaitan urusan peperangan, berlangsungnya perjanjian-perjanjian, persetujuan damai, mengadakan bai ah kepada pemimpin Islam, menyebarkan ilmu pengetahuan, memberi kesedaran kepada orang ramai tentang tanggungjawab mereka menunaikan zakat serta sedekah dan membahagikan kutipan zakat kepada yang berhak dan pelbagai aktiviti lain [3]. Ini juga menjelaskan peranan masjid yang signifikan dalam aspek pengurusan zakat sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Jika dilihat kepada sejarah pada zaman Rasulullah s.a.w dalam urusan pengurusan zakat, kutipan dan pengagihan zakat secara prinsipnya dilaksanakan dalam lokaliti yang sama, bermaksud zakat dikutip dan diagihkan juga di kawasan yang sama dan tiada lebihan zakat di bawa kepada kerajaan pusat. Tambahan lagi tiada fakta atau laporan menunjukkan lebihan dana atau zakat diagihkan ke kawasan yang lain ketika zaman Rasulullah s.a.w. Pada zaman tersebut, Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara di Madinah yang pada ketika itu merupakan satu kerajaan yang kecil telah menggunakan khidmat amil untuk mengutip dan mengagihkan zakat. Malah pada ketika itu, terdapat ramai tenaga manusia bersifat sukarela berkhidmat dan sumbangan kewangan oleh masyarakat adalah sangat baik kerana masyarakat Islam pada ketika itu sangat tinggi kepercayaan dan keimanannya. Ini menjadikan sistem zakat pada zaman tersebut sangat berjaya dan berkesan [3]. Oleh itu adalah jelas menunjukkan peranan masjid adalah luas dan kajian ini mencadangkan ia patut diperluaskan kepada aspek pengurusan khidmat sosial seperti dicadangkan sebelum ini. III METODOLOGI Kaedah Pensampelan: Pensampelan dilakukan secara rawak ke atas 687 penerima zakat di enam buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan Kedah. Setiap negeri diwakili oleh bilangan individu yang berbeza secara umumnya bergantung kepada saiz penduduk (lihat Jadual ). Sampel Kajian: Responden terdiri daripada penerima zakat iaitu asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan kewangan bulanan dan makanan bulanan mewakili sampel penerima zakat. Asnaf ini dipilih kerana ia mewakili asnaf zakat yang terbesar iaitu hampir 5 peratus berbanding asnaf yang lain [9]. Manakala amil pula terdiri daripada amil tetap dan sementara yang mengutip zakat fitrah pada bulan Ramadan di masjid tertentu. Perlu dijelaskan negeri Selangor dan Pulau Pinang merupakan negeri yang telah mengkorporatkan kutipan dan pengagihan zakat manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka adalah negeri yang mengkorporatkan kutipan zakat tetapi pengagihan zakat masih lagi di bawah tanggungjawab baitulmal negeri manakala Terengganu dan Kedah adalah negeri yang tidak mengkorporatkan kutipan dan pengagihan zakat [32]. Perbezaan struktur pengurusan zakat antara negeri yang dikaji akan memberikan hasil keputusan kajian seimbang antara ketiga-tiga kategori pengurusan zakat. [Masukkan Jadual ] Berdasarkan Jadual 2, hampir 24.7 peratus adalah terdiri daripada responden di negeri yang telah mengkorporatkan pengurusan zakat sepenuhnya, 35.4 peratus terdiri daripada responden di negeri yang mengkorporatkan bahagian kutipan zakat manakala 39.9 peratus di negeri yang langsung tidak mengkorporatkan pengurusan zakat. [Masukkan Jadual 2] Spesifikasi Model: Analisis regresi logistik akan digunakan untuk melihat apakah faktor penentu kebarangkalian asnaf atau penerima zakat berminat menyertai khidmat sosial ataupun tidak. Dalam membentuk model regresi, pembolehubahpembolehubah bebas yang berhubung dengan pembolehubah bersandar secara teori perlu dimasukkan. Spesifikasi model merangkumi fungsi persamaan model. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini berbentuk dwikotomi iaitu sama ada penerima zakat berminat ingin menyertai atau tidak berminat menyertai khidmat sosial anjuran pusat zakat negeri. Memandangkan pembolehubah bersandar berbentuk dwikotomi dan pembolehubah bebas yang digunakan kebanyakannya berbentuk dami maka model ini sesuai dianggarkan dengan menggunakan model logit binomial.

Model yang dianggarkan secara umumnya adalah seperti berikut : P i = E( Y = /X ) = / ( e -z ) () Di mana: P i adalah kebarangkalian bagi responden berminat menyertai khidmat sosial iaitu Y = dan Y = bagi responden yang tidak berminat menyertai khidmat sosial. Berdasarkan persamaan (), kajian ini akan menguji beberapa pembolehubah yang dijangkakan mempengaruhi penyertaan khidmat sosial iaitu : Z i = X 2 X 2 3 X 3 i X i (2) Di mana Z i adalah satu fungsi f(x) dengan X adalah pembolehubah bebas yang dijangkakan iaitu jantina, umur, taraf pendidikan, jumlah pendapatan bulanan, jumlah zakat diterima, tempoh masa menerima zakat, kategori institusi zakat, nilai keagamaan asnaf dan akhirnya elaun khidmat sosial. Dengan ini, berpandukan kepada persamaan (2), model khusus yang akan dianggarkan dalam kajian ini ialah : L = In (P i / ( -P i ) = X 2 X 2 3 X 3 4 X 4 5 X 5 6 X 6 7 X 7 8 X 8 9 X 9 (3) Di mana; L adalah log bagi nisbah odds berminat menyertai khidmat sosial atau tidak X adalah dami jantina; = untuk lelaki, untuk wanita X 2 adalah umur responden X 3 adalah dami tahap pendidikan; = untuk bersekolah, untuk tidak bersekolah X 4 adalah jumlah pendapatan sebulan X 5 adalah jumlah zakat diterima sebulan X 6 adalah tempoh masa zakat diterima X 7 adalah dami institusi zakat; = untuk korporat sama ada kutipan atau agihan zakat atau kedua-duanya sekali, untuk langsung tidak korporat pengurusan zakat X 8 adalah nilai keagamaan asnaf X 9 adalah elaun khidmat sosial, = jika setuju elaun lebih tinggi daripada zakat, untuk tidak setuju Pembolehubah bersandar adalah bernilai jika responden menyatakan berminat menyertai khidmat sosial anjuran pusat zakat negeri. Ia memberi nilai jika responden tidak berminat menyertai khidmat sosial. Kesemua pembolehubah dalam persamaan (3) akan diuji untuk menentukan manakah pembolehubah yang signifikan mempengaruhi minat menyertai khidmat sosial. IV. HASIL KAJIAN Jadual 3 menunjukkan latar belakang responden dalam aspek jantina, umur dan tahap pendidikan. Didapati, jantina lelaki dan perempuan adalah hampir seimbang dalam kajian ini, manakala dalam aspek umur, majoriti responden adalah berumur antara 46 tahun hingga 55 tahun. Walaupun hampir 6.5 peratus responden berumur melebihi 46 tahun dan ke atas, namun terdapat hampir 39.5 peratus responden berumur kurang daripada 45 tahun yang dikategorikan masih kuat untuk bekerja. Manakala dalam aspek tahap pendidikan pula, majoriti mereka bersekolah walaupun sekurang-kurangnya di tahap sekolah rendah iaitu sebanyak 83.6 peratus berbanding tidak bersekolah sebanyak 6.4 peratus.. [Masukkan Jadual 3] Berdasarkan Jadual 4, majoriti responden adalah mereka yang menerima zakat antara 3 hingga 5 tahun iaitu sebanyak 38.8 peratus dan hanya 7.9 peratus sahaja responden menerima zakat melebihi 8 tahun. Manakala dalam aspek jumlah bantuan zakat sebulan, majoriti menerima antara RM2 hingga RM3 sebulan dan hanya.2 peratus menerima bantuan zakat melebihi RM8. Perbezaan jumlah zakat adalah bergantung pada had kifayah setiap asnaf termasuklah bilangan tanggungan mereka dan sekiranya ada isi rumah yang kelainan upaya (OKU) [Masukkan Jadual 4] Manakala berdasarkan Jadual 5, majoriti responden berminat melibatkan diri dengan khidmat sosial iaitu sebanyak 82.6 peratus berbanding mereka yang tidak berminat berjumlah 7.4 peratus. Namun kajian ini mendapati di negeri Melaka, majoriti responden tidak berminat terlibat dengan khidmat sosial (66.%) berbanding yang berminat (33.9%). Kajian mendapati negeri yang mengkorporatkan pengurusan zakat sepenuhnya, responden di negeri tersebut berminat peratus menyertai khidmat sosial. [Masukkan Jadual 5] Berdasarkan Jadual 6, majoriti responden bersetuju menerima elaun khidmat sosial untuk digantikan bantuan zakat bulanan iaitu sebanyak 84.6 peratus berbanding tidak bersetuju (5.4%). Hanya negeri Melaka yang menunjukkan peratusan tidak bersetuju melebihi bersetuju iaitu 5.2 peratus berbanding 48.8 peratus. [Masukkan Jadual 6] Jadual 7 menunjukkan penilaian terhadap kesesuaian model logit kepada data yang telah dikutip daripada responden. Ia membandingkan nilai yang dijangkakan daripada pembolehubah bersandar iaitu pembayaran zakat dengan nilai sebenar data yang diperhatikan. Jadual klasifikasi tersebut menunjukkan model ini meramal dengan betul 94.2 peratus daripada pemerhatian sebenar. Model ini juga berupaya untuk meramal mereka yang membayar zakat berbanding tidak membayar zakat. Perlu diingatkan bahawa jumlah yang membayar zakat dan yang tidak membayar zakat adalah tidak begitu seimbang. Dengan lain perkataan walaupun model ini berjaya meramal dengan betul lebih dari 5 peratus, namun pemerhatian dengan betul tidak seharusnya digunakan sebagai ukuran kesesuaian model. Oleh itu dalam kajian ini, kriteria

kemungkinan bernisbah [33] akan digunakan seperti persamaan berikut: C prop = p 2 ( - p) 2 (4) Apabila kriteria ini digunakan untuk sampel dengan nisbah 82.6 peratus dan 7.4 peratus (lihat Jadual 5), tahap yang harus digunakan untuk menguji kesesuaian model ialah 89.42 peratus. Jadual 7 jelas menunjukkan keupayaan model yang dianggar meramal dengan betul 94.2 peratus daripada pemerhatian sebenar mengatasi tahap yang diperlukan untuk kesesuaian model. [Masukkan Jadual 7] Hasil kajian ini menunjukkan terdapat 2 pembolehubah yang signifikan mempengaruhi penerima zakat terutamanya golongan fakir dan miskin berminat menyertai khidmat sosial iaitu pembolehubah tahap pendidikan dan pemberian elaun atas khidmat sosial oleh institusi zakat. Apa yang menariknya kedua-dua pembolehubah ini signifikan mempengaruhi minat menyertai khidmat sosial pada aras keertian %. Magnitud pengaruh pembolehubah tersebut dapat dilihat dengan mudah daripada Jadual 8. Kedua-dua pembolehubah berhubungan secara positif dengan minat menyertai khidmat sosial. Bagi pembolehubah tahap pendidikan nilai log nisbah odds adalah.9 dan berhubungan positif pada nilai exp koefisien 6.696. Ia menunjukkan terdapat kebarangkalian jika pembolehubah tahap pendidikan meningkat sebanyak peratus, kebarangkalian asnaf minat menyertai khidmat sosial akan meningkat sebanyak 569.6 peratus. Manakala pembolehubah elaun khidmat sosial pula, nilai log nisbah odds adalah.462 di mana nilai exp koefisien ialah 4.35. Ini bermakna jika pembolehubah elaun khidmat sosial meningkat sebanyak peratus, maka minat menyertai khidmat sosial oleh asnaf tersebut akan meningkat sebanyak 33.5 peratus. Walau bagaimanapun pemboleh ubah lain didapati tidak signifikan mempengaruhi minat menyertai khidmat sosial. Kajian ini juga mendapati kesan pengaruh tahap pendidikan adalah lebih besar berbanding pengaruh persetujuan elaun khidmat sosial berdasarkan nilai koefisiennya yang lebih besar. Nilai log nisbah odds tahap pendidikan adalah.9 lebih besar daripada persetujuan menerima elaun khidmat sosial iaitu.462. [Masukkan Jadual 8] Berdasarkan Jadual 9, majoriti responden berminat menyertai khidmat sosial disebabkan oleh mereka ingin menyumbang tenaga kepada masyarakat. Ini jelas menunjukkan asnaf terutamanya golongan fakir dan miskin ingin turut serta membantu masyarakat dengan kemampuan yang mereka ada. Ia ditunjukkan sebanyak 7.6 peratus responden ingin turut serta menyumbang sesuatu kepada masyarakat terutamanya di kampung masing-masing. Mereka juga berminat kerana ada kemahiran yang tersendiri walaupun tahap pendidikan mereka yang rendah. Kemahiran dan pengalaman mereka ada walaupun kecil tetapi sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh masyarakat seperti kemahiran menjahit pakaian, memasak dan sebagainya dan ia disumbangkan sebanyak 5.7 peratus daripada keseluruhan faktor. Akhirnya hanya 2.9 peratus responden ingin turut serta menyumbang kepada masyarakat kerana rasa bersalah tanpa membuat sebarang usaha dan hanya menanti wang zakat setiap bulan. Ini sebenarnya menunjukkan wujud kesedaran di kalangan mereka ingin turut serta menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam masyarakat. [Masukkan Jadual 9] Merujuk kepada Jadual, majoriti asnaf fakir dan miskin berminat melibatkan diri dalam mengajar para ibu menjahit dan membuat kuih (28.3 %), diikuti membersihkan masjid atau tanah perkuburan (22.5 %) dan ketiganya pertukangan kayu iaitu 6.8 peratus serta mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran (5.6 %). Terdapat.2 peratus responden ingin terlibat dalam lain-lain kemahiran seperti membantu memasak di masjid yang juga merupakan satu kegiatan yang baik terutamanya membantu pihak masjid dalam menguruskan program-program masjid. [Masukkan Jadual ] Berdasarkan Jadual, didapati majoriti amil menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan konsep lokalisasi umumnya dan aktiviti khidmat sosial secara khususnya. Sebanyak 95.4 peratus amil sanggup menghadapi tambahan tugasan sebagai amil sekiranya konsep lokalisasi dilaksanakan seperti mengenal pasti potensi asnaf zakat, menziarahi asnaf secara kerap, mengadakan pelbagai aktiviti dan program keagamaan di masjid untuk masyarakat setempat khususnya dan golongan asnaf fakir dan miskin umumnya. Tugas yang bertambah perlu seiring dengan kenaikan ganjaran atas sumbangan amil. Majoriti bersetuju elaun amil ditingkatkan sekiranya konsep lokalisasi dilaksanakan di mana 88.3 peratus bersetuju berbanding.7 peratus tidak setuju kerana mereka ikhlas ingin membantu institusi zakat. Manakala amil sementara ini sekiranya diserap ke jawatan tetap dan diurus secara profesional, majoriti mereka juga bersetuju iaitu hampir 79. peratus berbanding 2.9 peratus tidak setuju. Secara umumnya golongan amil sebagai pelaksana program aktiviti sosial dapat dilakukan memandangkan majoriti daripada mereka ingin terlibat secara langsung melaksanakan konsep lokalisasi pengagihan zakat. [Masukkan Jadual ] V. CADANGAN DAN IMPLIKASI DASAR Asnaf sebenarnya ingin mengubah diri mereka ke arah yang positif. Namun perlu difahami perubahan ini memerlukan masa yang amat panjang kerana ia melibatkan perubahan sikap dan budaya hidup seseorang terutamanya mereka yang fakir dan miskin. Momentum perubahan ini perlu dirangsang melalui program yang berguna dan bermanfaat anjuran institusi zakat terutamanya menumpukan kepada aspek pendidikan asnaf terutamanya aspek keagamaan [4] terlebih dahulu. Pada masa kini, program keusahawanan anjuran institusi zakat adalah satu program yang baik untuk mengubah hidup mereka keluar daripada kemiskinan melalui bantuan

modal zakat, namun tidak semua asnaf ingin menceburi bidang keusahawanan memandangkan cabaran yang besar bakal ditempuhi oleh asnaf dan program ini sesuai dilakukan oleh golongan yang berlatarbelakangkan pendidikan, golongan lelaki kerana kebiasaannya kerana bertindak sebagai ketua keluarga, berdedikasi dan belum mencapai usia tua. Alternatifnya pihak institusi zakat perlu juga memberi perhatian kepada golongan kedua iaitu berlatarbelakangkan tidak dan kurang berpendidikan, ibu tunggal yang sudah tua atau mempunyai anak yang masih kecil dan sebagainya yang dikatakan tidak berpotensi menjadi usahawan. Kajian ini mencadangkan mereka patut diberikan dan dimantapkan dengan program keagamaan [4], program meningkatkan kemahiran dan potensi diri yang mereka ada dan seterusnya di beri peluang menjalankan kegiatan yang bersifat kemasyarakatan serta diberi elaun sebagai ganti zakat bulanan atau elaun tambahan kepada jumlah bantuan zakat bulanan sebagai insentif untuk memotivasikan mereka [4] untuk sekurang-kurangnya melakukan sesuatu pekerjaan sosial di lokaliti mereka. Sekurang-kurangnya mereka dapat menyumbang sedikit tenaga kepada masyarakat. Kajian mendapati majoriti asnaf berminat menyertai khidmat sosial. Walaupun mereka mempunyai tahap pendidikan yang rendah berbanding masyarakat sekeliling, namun mereka sebenarnya mempunyai kemahiran individu yang tersendiri yang boleh disumbangkan kepada masyarakat. Apa yang boleh diketengahkan di sini, institusi zakat perlu memikirkan satu mekanisme yang baik untuk membolehkan pihak asnaf terutamanya golongan fakir dan miskin dapat menyumbangkan tenaga mereka kepada masyarakat terutamanya yang melibatkan aktiviti dan program sosial atau kemasyarakatan. Anjurkan kursus kemahiran berdasarkan kemahiran dan potensi yang mereka ada dan bukan sematamata tertumpu kepada kursus keusahawanan. Kebaikan daripada pelaksanaan program ini, asnaf dapat berubah sikap ke arah perubahan kendiri yang positif secara perlahan-lahan mengikut potensi yang mereka ada. Keduanya mereka boleh berubah sikap dengan bergaul rapat dengan masyarakat mengikut potensi dan kemahiran yang mereka miliki. Masyarakat boleh mendapat manfaat daripada kemahiran yang mereka ada terutamanya aktiviti masyarakat yang memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi tetapi berkemungkinan dapat dikurangkan melalui dana kutipan zakat. Pelaksanaan program ini dapat dilakukan secara efisien sekiranya wujudnya satu pemantauan yang rapat di peringkat mukim atau kampung. Oleh itu peranan amil mukim amat penting untuk menjayakan program ini memandangkan amil mukim adalah mereka yang rapat dengan masyarakat setempat, biasanya terdiri daripada imam atau jawatankuasa masjid yang mengenali modal insan penduduk kampung secara lebih dekat serta mengenali nilai budaya tempatan [34]. Kajian ini mencadangkan pelaksanaan konsep lokalisasi pengagihan zakat dilakukan di peringkat lokaliti atau mukim tertentu oleh amil di peringkat lokal dan diuruskan di masjid mukim tersebut. Amil yang dilantik perlulah berjawatan tetap dan pilih di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi dan profesional, mempunyai pengetahuan agama yang baik dan sebagainya agar jawatan amil akan menjadi satu jawatan yang profesional dan mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan zakat terutamanya di peringkat mukim atau kampung [4]. VI KESIMPULAN Pihak institusi perlu melakukan perubahan dalam program berkaitan aspek pengagihan zakat untuk memastikan keberkesanan pengagihan zakat terhadap golongan sasaran iaitu asnaf fakir dan miskin. Latar belakang golongan ini perlu dikenal pasti secara lebih dekat agar bantuan zakat yang diberikan mengikut potensi serta keupayaan mereka untuk berubah. Asnaf zakat perlu di tanam untuk berubah ke arah menjadi pembayar zakat pada masa akan datang dan mengikis sikap ingin kekal status quo sebagai penerima zakat sematamata. Program khidmat sosial dicadangkan dilakukan terhadap asnaf yang berminat serta mempunyai keupayaan serta potensi tertentu yang sesuai dengan diri mereka dan dipantau oleh amil di lokaliti dan komuniti tertentu. Ini diharapkan akan mengubah sikap mereka menjadi positif sekurang-kurangnya dapat melibatkan diri serta menyumbang tenaga dalam kegiatan kemasyarakatan. Ini amat bermanfaat kepada diri mereka bukan sahaja berasa diperlukan malah dicadangkan diberikan elaun tertentu melebihi bantuan bulanan zakat. Ini bakal mewujudkan satu transformasi sikap penerima zakat serta menyumbang kepada pendapatan negara. RUJUKAN [] Salahuddin A-Munjid (988) Masyarakat Islam di bawah Naungan Keadilan Che Yusuf Che Mamat (terj.). Kuala Lumpur: Dewan pustaka Fajar. [2] Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi & Adibah Hasanah Abd Halim. Mobilisasi Zakat Dalam Pewujudan Usahawan Asnaf: Satu Tinjauan. Shariah Journal, 6 (Special Edition). Kuala Lumpur: Academy of Islamic Studies, University of Malaya. 28. 567-584. [3] Mohamed Izam B. Mohamed Yusof. (2). Pengurusan Zakat Di Negeri Selangor : Mengorak Langkah Meneraju Perubahan. The 4th Isdev International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2) Zakat Transformation: From Subsistence To Productive. Universiti Sains Malaysia Penang, Malaysia. 2 22 Disember 2. Anjuran: Islamic Development Management Studies (ISDEV) [4] Hairunnizam Wahid, Radiah Abdul Kader & Sanep Ahmad (2). Localization of Zakat Distribution and The Role of Mosque: Perceptions of Amil and Zakat Recipients in Malaysia. International Zakat Conference: Sustainable Zakat Development in the Poverty Alleviation and Improvement of Welfare of the Ummah 2. Bogor, Indonesia [5] Patmawati Ibrahim dan Ruziah Ghazali (2). Zakah As An Instrument For Islamic Micro-Finance to The Productive Zakah Recipients. International Zakat Conference: Sustainable Zakat Development in the Poverty Alleviation and Improvement of Welfare of the Ummah 2. Bogor, Indonesia Anjuran World Zakat Forum [6] Raudha Md Ramli, Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid and Farra Muna Harun (2). Understanding asnaf attitude: Malaysia s experience in quest for an effective zakat distribution programme. International Zakat Conference: Sustainable Zakat Development in the Poverty Alleviation and Improvement of Welfare of the Ummah 2. Bogor, Indonesia Anjuran World Zakat Forum [7] Ahmad Shahir Makhtar dan Shofian Ahmad (2). Transformasi Pengurusan Zakat Di Malaysia dalam The 4th Isdev International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2) Zakat

Transformation: From Subsistence To Productive. Universiti Sains Malaysia Penang, Malaysia. 2 22 Disember 2. Anjuran: Islamic Development Management Studies (ISDEV) [8] Rosbi Abdul Rahman dan Sanep Ahmad (2). Keperluan Asas Berdasarkan Maqosid Al-syariah: Kearah Pencapaian Matlamat dan Penilaian Komprehensif Agihan Zakat. The 4th Isdev International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2) Zakat Transformation: From Subsistence To Productive. Universiti Sains Malaysia Penang, Malaysia. 2 22 Disember 2. Anjuran: Islamic Development Management Studies (ISDEV) [9] Norma Md Saad dan Jarita Duasa. An Exploratory Study On Zakat As A Source Of Fund For Islamic Microfinancing. International Zakat Conference: Sustainable Zakat Development in the Poverty Alleviation and Improvement of Welfare of the Ummah 2. Bogor, Indonesia Anjuran World Zakat Forum. [] Gronbjerg, Kirsten A, Street, D dan Suttles, Gerald D. (978). Poverty and social change. United States: The University of Chicago [] Mantle, G dan Backwith, D. (2). Poverty and social work. British Journal of Social Work. 4: 238-2397 [2] Ullah Ahsan A.K.M dan Routray J.K (27) Rural poverty alleviation through NGO interventions in Bangladesh: How far is the achievement? International Journal of Social Economics Vol. 34 No. 4. pp. 237-248 [3] Peredo, A. M., & Chrisman, J. J. 26. Toward a Theory of Community- Based Enterprise. Academy of Management Review, 3(2): 39-328. [4] Besley, T dan Coate, S. (992) Workfare versus Welfare: Incentive Arguments for Work Requirements in Poverty-Alleviation Programs. The American Economic Review, Vol. 82, No. (Mar, 992), pp. 249-26 [5] Mohamed Dahan Abdul Latif (998) Zakat management and administration in Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar of zakat and Taxation di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. [6] Muhammad Syukri Salleh (26). Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan Teoritis. dalam Hailani & Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia [7] Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad (26). Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of Management Studies 3 (2), 75-96. [8] Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad and Radiah Abdul Kader (29). Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat di Malaysia: Mengapakah Masyarakat Islam Tidak Berpuashati? Jurnal Syariah. 7 () 29: 89-2 [9] Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2). Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR. 4() 2: 4-7 [2] Anuar Muhamad, (28). Perception Of Academicians Toward Zakat Administration Particularly Zakat Distribution: The Case Of Selangor And Kelantan. IIUM. Unpublished [2] Aidit Ghazali (989).Fenomenon pembayaran zakat melalui saluran tidak rasmi: satu analisis empirik. Mohd Ali Baharum (ed.) Zakat ditinjau dari perspektif sosial, undang-undang dan taksiran. Kuala Lumpur: Dunia Press Sdn. Bhd [22] Abdul Aziz Muhammad, (993), Zakat and Rural Development in Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing. [23] Khaf, Monzer (995). Zakat: Unsolved Issues in contemporary Fiqh. Sadeq et. al (eds.) Development and Finance in Islam. Kuala Lumpur: Zafar Press Pte. Ltd. [24] Qardawi, Yusof. (996). Hukum zakat-studi komparatif mengenai status dan filasafat zakat berdasarkan Quran dan hadis. Salman Harun et.al. (Terj.) Indonesia: Penerbit Litera AntarNusa. [25] Patmawati Ibrahim (29). Poverty success Story: Testimony From ex- Zakat Recipients. Projek Penyelidikan Jangka Pendek (PJP) Universiti Malaya, 28. (FS55/28C). Laporan awal projek penyelidikan diserah kepada, IPPP University Malaya.(tidak diterbitkan). [26] Muhammad Syukri Salleh (29), "Melayu-Islam dan Sumber Kekuatan yang Diabaikan", Kalthum Ibrahim, et al. (eds.). Dunia Melayu dan Islam Satu Wacana. Bangi : Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. [27] Aniza Hussin, Sanep Ahmad. (29). Perbezaan Bantuan Modal Zakat dan Kesannya ke atas Kejayaan Usahawan asnaf di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Malaysia-Indonesia International Conference on Economics, Management and Accounting 2. Anjuran bersama Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Syiah Kuala Banda Acheh, Universitas Bangkulu, Universitas Muhammadiah Sukarta dan Universiti Pertanian Bogor. 25-26 November, 2. [28] Rosbi Abd Rahman. (2). Keberkesanan bantuan modal zakat ke arah peningkatan taraf sosio ekonomi golongan asnaf fakir dan miskin. Thesis PHD. Uniiversiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Selangor (tidak diterbitkan). [29] Qutb, Sayid (2). Tafsir Fi Zilalil Qur an. (terj.) Yusoff Zaky Hj Yacob. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn Bhd. [3] Mokhtar, Shaik Ali Mohammad (23). Peranan Masjid dalam Islam.(Terj.) Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. [3] Khaf, Monzer (999). The performance of the institution of zakat in Theory and practice. International conference on Islamic economics towards the 2 st Century, Kuala Lumpur, April 26-3, 999. [32] Pusat Pungutan Zakat-MAWIP (28). Laporan Zakat 28. [33] Hair F.J, Black W.C, Babin B.J, Anderson, R.E & Tatham, R.L. (26). Multivariate Data Analysis. 6 th edition. United States: Prentice Hall. [34] Muhammad Yasir Yusuf (2). Pengagihan Zakat Produktif Mengikut Pendekatan Maqasid Syari ah Dan Konsep CSR: Suatu Cadangan. The 4th Isdev International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2) Zakat Transformation: From Subsistence To Productive. Universiti Sains Malaysia Penang, Malaysia. 2 22 Disember 2. Anjuran: Islamic Development Management Studies (ISDEV) [35] Kamus Dewan Edisi Empat (25). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jadual : Responden Negeri Frekuensi Selangor 69 (.) Pulau Pinang (4.7) WP Kuala Lumpur 3 (8.9) Melaka 3 (6.4) Terengganu 7 (24.9) Kedah 3 (5.) 687 (.) Nota: ( ) peratusan daripada jumlah keseluruhan Ujian Pearson χ 2 adalah signifikan pada aras keertian % Jadual 2: Kategori Institusi zakat Kategori Frekuensi Korporat sepenuhnya 7 (24.7) Korporat sebahagiannya 2 243 (35.4) Tidak korporat 3 274 (39.9) 687 (.) Nota: ( ) peratusan daripada jumlah keseluruhan Selangor & Pulau Pinang 2 WP Kuala Lumpur & Melaka 3 Terengganu & Kedah Ujian Pearson χ 2 adalah signifikan pada aras keertian % Jadual 3: Latar belakang responden Item Kekerapan Peratusan Jantina Lelaki Perempuan 35 336 686 5. 49.. Umur kurang 25 tahun 25-35 tahun 36-45 tahun 46-55 tahun lebih 56 tahun Tahap Pendidikan Tidak bersekolah Bersekolah Pekerjaan Tidak bekerja bekerja 56 98 242 8 686 2 573 685 24 445 685.5 8.2 28.9 35.3 26.2. 6.4 83.6. 35. 65..

Jadual 4: Tempoh masa dan bantuan zakat Negeri % Pulau WP Kuala Pinang Lumpur Melaka Terengganu Kedah Selangor Tempoh masa Kurang 3 tahun 28 6 7 75 5 254 37.3 3-5 tahun 3 33 54 7 67 59 264 38.8 6-8 tahun 33 4 29 9 6. lebih 8 tahun - 35 2 5-54 7.9 zakat diterima sebulan RM-RM2 RM2-RM3 RM3-RM4 RM4-RM5 RM5-RM6 RM6-RM7 RM7-RM8 lebih RM8 3 7 26 6 5 2 69 Nota: Ujian Pearson χ 2 adalah signifikan pada % 2 2 39 4 9 5 98 5 26 4 6 3 6 2 8 28 7 3 2 52 63 2 36 33 2 3 34 86 93 2 7 38 23 8 673 9.9 27.6 3.8 7.8.5 5.6 3.4.2. Negeri Selangor Pulau Pinang WP Kuala Lumpur Melaka Terengganu Kedah Jadual 5: Berminat khidmat sosial Berminat Tidak berminat 69 (.) (.) 8 (83.) 37 (33.9) 46 (85.9) 2 (99.) 563 (82.6) (.) (.) 22 (7.) 72 (66.) 24 (4.) (.) 9 (7.4) 69 (.) (.) 3 (.) 9 (.) 7 (.) 3 (.) 682 (.) Jadual 6: Persetujuan Zakat diganti elaun khidmat sosial Negeri Setuju Tidak setuju Selangor Pulau Pinang WP Kuala Lumpur Melaka Terengganu Kedah 69 (.) 99 (99.) 75 (63.) 2 (48.8) 44 (84.2) 3 (.) 5 (84.6) (.) (.) 44 (37.) 2 (5.2) 27 (5.8) (.) 93 (5.4) 69 (.) (.) 9 (.) 4 (.) 7 (.) 3 (.) 63 (.)

Pemerhatian Jadual 7: Jadual Klasifikasi Regresi Logistik berminat tidak berminat Diramalkan berminat tidak berminat 54 3 3 9 Nota: Nilai batasan adalah.5 Minat khidmat sosial = 99.4 %; tidak Minat khidmat sosial = 22.5% dan keseluruhan = 94.2 % Jadual 8: Hasil Regresi konstan Jantina () Umur Tahap pendidikan () Pendapatan zakat diterima Tempoh terima zakat Korporat () Nilai keagamaan Elaun khidmat sosial () Jangkaan(/-) Koefisien (β) Ralat piawai Statistik Wald Exp koefisien (β).257 -.96 -.54.9* -.53.26 -.23.3 -.2.462*.64.39.269.458.23.39.96.45.2.452.588.25.327 7.22.67.36.79.444.7.482 3.55.822.857 6.696.949.27.86.35.998 4.35 Nota : Pearson Goodness of fit (χ 2 ) : 24.85* df=8 p<.2 Pseudo R 2 Cox and Snell :.87 Nagelkerke :.22 () Pemboleh ubah dami * Signifikan pada aras keertian % ( =.) Jadual 9: Faktor ingin menyertai khidmat sosial No. Faktor-faktor Peratus. 2. 3. 4. Ingin menyumbang tenaga kepada masyarakat Ada kemahiran yang terpendam Rasa bersalah kerana terima zakat tanpa melakukan apa-apa lain-lain sebab 7.6 5.7 2.9.8. Jadual : Jenis kegiatan pilihan khidmat sosial No. Faktor-faktor Peratus. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran Mengajar kanak-kanak ilmu fardu ain Mengajar para ibu menjahit atau membuat kuih Membersihkan kawasan sekolah atau tadika Membersihkan kawasan masjid atau perkuburan Pertukangan kayu Kraf tangan lain-lain kemahiran 5.6 3.3 28.3 9. 22.5 6.8 6..2.

Selangor Pulau Pinang WP Kuala Lumpur Melaka Terengganu Kedah Jadual : Persetujuan amil terhadap konsep lokalisasi Bertambah tanggungjawab sebagai amil Tambahan elaun untuk amil Amil profesional sepenuh masa Sanggup Tidak sanggup Minat Tidak minat Minat Tidak Minat 2 5 62 34 8 5 39 (95.4) 6 6 7 9 (4.6) Nota: Ujian Pearson χ 2 adalah signifikan pada % ( ) peratusan daripada jumlah keseluruhan responden 2 5 6 3 48 5 353 (88.3) 4 6 37 47 (.7) 82 5 56 25 46 5 3 (79.) 3 9 3 82 (2.9)