SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PEMERKASAAN SISTEM ZAKAT DI MALAYSIA: PERMASALAHAN DAN CADANGAN PELAKSANAAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

JURNAL PENGURUSAN JAWHAR

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Konsep dan Pihak yang Bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat

KONSEP HISBAH DAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM MAIS DAN JAIS DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

THE 5 th ISDEV INTERNATIONAL ISLAMIC DEVELOPMENT MANAGEMENT CONFERENCE (IDMAC 2011) Islamic Marketing & Asset Management DECEMBER 2011

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Prosiding SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA. 22 Mac Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PELABURAN DANA SEDEKAH MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Jurnal Pengurusan JAWHAR LEMBAGA EDITOR

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Kewangan Sosial Islam ISLAMIC SOCIAL FINANCE

KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA MELALUI PENGALAMAN PENUBUHAN BANK ISLAM

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Tanggungjawab dan Pelaksanaan Zakat Kalangan Minoriti Muslim Thailand

MODEL PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

Kewangan Sosial Islam ISLAMIC SOCIAL FINANCE

Transcription:

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL Azman Ab. Rahman Profesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. E-mel: azman@usim.edu.my Hairunnizam Wahid Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. E-mel: hairun@ukm.edu.my Hairullfazli Mohammad Som Pensyarah, Fakulti Syariah & Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. E-mel: hairullfazli@kuis.edu.my Abstrak Institusi masjid merupakan satu institusi yang penting dalam menjayakan agenda pengurusan zakat terutamanya melalui cadangan perlaksanaan konsep penyetempatan pengagihan zakat. Peranan institusi masjid perlu diperluaskan dan diperhebatkan lagi kerana banyak masalah telah muncul dalam aspek ekonomi, politik dan sosial di dalam masyarakat adalah disebabkan antaranya masyarakat semakin menjauhi masjid. Masjid di samping sebagai pusat kegiatan ibadah, juga sebagai pusat kegiatan sosial ekonomi. Justeru, artikel ini akan membincangkan sejarah lokalisasi pengurusan masjid dalam Islam. Artikel ini juga akan memfokuskan sejarah malan lokalisasi pengurusan masjid di Malaysia termasuk di Indonesia, Singapura dan Brunei. Hasil kajian mendapati bahawa secara praktikalnya, konsep lokalisasi masjid dapat dilaksanakan dengan cadangan perlaksanaan program khidmat sosial oleh asnaf zakat oleh institusi zakat melalui institusi masjid melalui amil profesional yang dilantik di peringkat mukim atau kampung. Diharapkan artikel ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat dan pihak berautoriti dalam memperkasakan pengurusan zakat khsususnya dalam konteks pendekata masjid. 1. Pengenalan Sejarah zakat telah bermula sejak zaman permulaan Islam di Makkah, namun perintah diwajibkan zakat pada masa tersebut adalah secara umum. Ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan perintah wajib menunaikan zakat juga tidak dinyatakan secara terperinci tentang jenis-jenis harta benda dan jumlah yang diwajibkan zakat. Zakat pada ketika itu ditunaikan sekadar mengikut timbang rasa orang-orang Islam dan kemurahan hati mereka. Setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dan terbentuknya umat Islam dan negara Islam pada tahun yang kedua hijrah, zakat disyariatkan dalam bentuk yang lengkap dan sempurna iaitu telah ditetapkan secara terperinci berkaitan jenis-jenis harta benda dan jumlah yang wajib dikeluarkan zakat, asnaf atau golongan yang berhak menerimanya serta hal-hal lain yang penting berkaitan dengannya (Mastika Hadis Jilid 3, JAKIM). Sejarah Islam mencatatkan bahawa masjid telah menjadi pusat operasi hal ehwal berkaitan baitulmal khususnya yang melibatkan pengurusan zakat. Baginda Rasulullah SAW mentadbir segala urusan negara seperti menyusun dan merancang pelbagai peraturan serta menyelesaikan segala masalah umat semuanya di masjid (Sidi Ghazalba, 1975). 43

2. Perbincangan 2.1 Sejarah Lokalisasi Pengurusan Zakat di Masjid dalam Islam Jika dilihat daripada sejarah pada zaman Rasulullah s.a.w, kutipan dan pengagihan zakat secara prinsipnya dilaksanakan dalam lokaliti yang sama iaitu melalui masjid kerana pada ketika itu harta-harta terutamanya zakat dikumpulkan di masjid menjadikan masjid sebagai institusi baitulmal pertama dalam sejarah Islam. Pengajaran dalam sirah ini memberikan beberapa implikasi penting. Pertamanya kewujudan satu bentuk institusi zakat iaitu kerajaan Islam yang mengutip dan mengagihkan zakat. Institusi zakat atau baitulmal yang diwujudkan oleh kerajaan mempunyai kuasa untuk mengutip dan mengagihkan zakat. Fakta ini disokong oleh pendapat majoriti para fuqaha bahawa pembayaran zakat perlu dilakukan kepada baitulmal kerana beberapa alasan termasuklah peranan baitulmal yang mampu dan berupaya mengagihkan zakat dengan lebih berkesan kepada asnaf zakat seperti dinyatakan dalam al- Quran. Kedua ialah konsep lokalisasi atau lokaliti yang telah dilaksanakan pada zaman tersebut. Hasil kerajaan telah dibelanjakan dan diagihkan secara cekap dan efisien dalam sistem zakat dan juga percukaian. Dana zakat bukan sahaja telah diagihkan dengan cekap malah ia telah diagihkan dengan cepat dan efisien selepas zakat dikutip. Ketiga, peranan amil sangat penting dalam mengagihkan zakat. Keempat, peranan masjid yang amat besar pada ketika itu menguruskan perbendaharaan negara terutamanya dana zakat. Faktor inilah antara kunci kejayaan pengurusan zakat pada ketika itu. Tadbir urus kutipan dan agihan zakat kepada para asnaf ketika zaman Rasulullah SAW secara asasnya adalah dilaksanakan di masjid. Hal demikian kerana pada ketika itu setiap harta yang diperoleh, terutamanya zakat akan dikumpulkan di masjid dan sekaligus dapat menjadikan masjid sebagai institusi baitulmal pertama dalam sejarah Islam (Hairunnizam Wahid, 2012). Malah dikatakan bahawa tidak ada fakta atau laporan yang menunjukkan lebihan dana atau zakat diagihkan ke kawasan yang lain ketika zaman Rasulullah SAW (Kahf 1999).Pada zaman Rasulullah SAW, masjid berperanan besar dalam setiap aspek bukan sahaja dalam soal ibadat, malah dalam soal yang berkaitan ekonomi, politik, dan juga sosial. Masjid merupakan salah satu pusat yang penting di mana keimamanan seseorang bermula dengan masjid. seperti yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Masjid dikenali sebagai satu institusi yang amat penting dalam sejarah Islam. Ia bukan sekadar merupakan satu tempat bagi umat Islam melakukan ibadat-ibadat khusus seperti solat, membaca al-qur an, berzikir dan seumpamanya, namun ia juga telah dijadikan sebagai pusat pembangunan masyarakat Islam yang lebih menyeluruh. Usaha pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk membentuk masyarakat dan negara Islam di Madinah ialah mendirikan masjid. Menurut Ibnu Hisham, pada zaman tersebut masjid telah berkembang sehingga mencapai 18 buah dan terus meningkat selepas itu (Mokhtar, 2003). Masjid Nabawi di Madinah telah menjadi nadi kepada segala kegiatan penting pada zaman Rasulullah SAW di mana baginda mendidik umatnya supaya dapat mengatur urusan hidup dan urusan agama pada peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Masjid telah memainkan peranan yang amat luas yang mencakupi aspek-aspek ibadat, ilmu, politik, ekonomi, ketenteraan, pentadbiran, pembentukan dasar negara, perhubungan antara negara dan sebagainya. Pada era pemerintahan Saidina Umar bin Khattab, pengumpulan dana zakat adalah begitu banyak sehingga beliau mengambil keputusan untuk menyimpan lebihan daripada dana zakat tersebut untuk keperluan darurat. Oleh yang demikian, Baitul Mal secara rasmi telah ditubuhkan bagi menguruskan dana zakat tersebut. Fungsi utama Baitul Mal adalah 44

sebagai salah satu lembaga atau bendahara negara yang memfokuskan kepada hal ehwal kewangan. Lembaga ini wujud pada masa awal Islam yang berperanan sebagai lembaga kewangan Islam pada masa itu. Pengurusan zakat pada masa awal Islam dilakukan oleh penguasa atau pihak yang menggantikan penguasa, seperti Baitul Mal. Baitul Mal melakukan pungutan zakat dengan cara muzakki (pembayar zakat) secara sukarela menyerahkan zakatnya kepada institusi Baitul Mal. Pengumpulan zakat seperti ini berlaku sebagaimana yang telah dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW, kerana pada waktu itu umat Islam dengan sukarela menyerahkan zakatnya kepada Rasulullah SAW. Pungutan zakat dalam Islam adalah menjadi tugas kerajaan atau lembaga yang diwakilkan oleh kerajaan. Hal ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan mementingkan kemaslahatan dalam Islam. Dengan salah satu pertimbangan tersebut, maka kerajaan membuat inisiatif untuk mengawal pengurusan zakat oleh negara, dengan tujuan untuk meningkatkan peranan negara dalam menguruskan zakat untuk mewujudkan keberkesanan pengagihan zakat. Peranan masjid pada zaman Rasulullah SAW adalah amat besar dalam menguruskan perbendaharaan negara, terutamanya berkaitan dengan dana zakat. Tadbir urus zakat di masjid telah membuktikan bahawa pengurusan dana zakat bukan sahaja dapat diagihkan dengan telus dan cekap, malah ia dapat diagihkan dengan cepat dan efisien selepas zakat dikutip. Perkara ini merupakan antara kunci kejayaan pengurusan zakat pada ketika itu. Semasa zaman kegemilangan Islam, institusi masjid berperanan sebagai pusat pentadbiran kerajaan Islam dalam pelbagai aspek. Namun pada masa kini, kepelbagaian peranan masjid telah diambil alih oleh institusi, kementerian, lembaga, pusat dan sebagainya yang diwujudkan oleh pihak kerajaan (Fidlizan dan Mohd Yahya, 2009). Akhirnya institusi masjid hanya dilihat tidak lebih sebagai pusat beribadah dan aktiviti-aktiviti keagamaan. Peranan masjid sebagai pemangkin kepada sosio-ekonomi ummah perlu diketengahkan bagi mengembalikan keyakinan orang ramai serta kegemilangan institusi masjid seperti zaman Rasulullah SAW yang terdahulu. Oleh itu, peranan masjid dalam dalam masyarakat Islam amat baik untuk dikaji dan diteliti supaya dapat meninggikan syiar Islam. Antara permasalahan yang seringkali timbul adalah tentang wujudnya masalah dalam pengagihan zakat oleh institusi zakat. Perkara ini kerana jurang perhubungan antara pihak pengurusan zakat dengan asnaf sehingga setiap tahun pasti akan berlakunya lebihan zakat yang tidak dapat diagihkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Pihak pengurusan zakat juga tidak dapat mengenal pasti secara tepat golongan yang selayaknya untuk mendapatkan zakat sehingga masih ada golongan asnaf yang masih hidup dalam serba kekurangan. Agihan zakat yang tidak adil ini gagal untuk mencapai kebajikan sosial masyarakat. Hal ini kerana, semakin luas kawasan yang dipertanggungjawab oleh sesebuah pusat pengurusan zakat. Maka, semakin luas jurang perhubungan antara asnaf dan pengurusan zakat dan perkara ini semakin rumit jika pengurusan zakat diurus secara berpusat. Oleh itu, masjid dicadangkan sebagai pusat pengurusan zakat kerana ia merupakan institusi Islam yang sangat penting bermula pada zaman Rasulullah SAW sehingga pada hari ini. Peranan masjid perlu diperluaskan dan diperhebatkan lagi kerana banyak masalah telah muncul dalam aspek ekonomi, politik dan juga sosial. 2.2 Sejarah Lokalisasi Pengurusan Zakat di Masjid di Malaysia Institusi pengurusan zakat di Malaysia adalah sebuah institusi kewangan yang bertanggungjawab terhadap segala kutipan zakat fitrah dan zakat harta. Institusi ini berada di 45

bawah pentadbiran Majlis Agama Islam di setiap negeri. Pengurusan zakat di Malaysia telah bermula sejak era pre-kolonial lagi. Pada ketika itu pengurusan zakat belum ditadbir secara formal dan golongan pembayar zakat akan membayar zakat kepada ustaz atau guru agama (bertindak sebagai amil) dan mereka akan mengagihkannya kepada asnaf yang layak. Ini menunjukkan pembayar zakat sangat yakin dengan ustaz-ustaz dan guru agama sebagai amil mereka pada ketika itu (Abdul-Wahab et.al, 1995). Ciri-ciri peribadi yang ada pada para ustaz dan guru yang bertanggungjawab pada ketika itu menjadi asas mengapa pembayar zakat sangat yakin dan seolah-olah berpuas hati dengan tugas mereka sebagai amil. Manakala ketika zaman kolonial atau penjajahan, pengurusan zakat diletakkan di bawah bidangkuasa Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu. Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu pula memberikan dan menyerahkan kuasa bagi mengutip zakat kepada imam-imam masjid di kampung dan seterusnya imam-imam masjid akan menyerahkan kutipan zakat tersebut kepada kerajaan sebagai salah satu sumber kewangan dalam pentadbiran Islam. Pembayaran zakat melalui imam masjid juga menunjukkan keyakinan terhadap peribadi imam yang dapat menguruskan zakat dengan baik. Pada era penjajahan ini, amalan kutipan zakat jelas menggambarkan bahawa imam-imam masjid turut memainkan peranan yang penting dalam mengurus tadbir hal ehwal zakat di masjid-masjid. Imam-imam masjid mempunyai ciri-ciri peribadi dan akhlak yang mulia dalam masyarakat yang menjadi salah satu faktor penting kebolehpercayaan kerajaan dalam menyerahkan tugasan menguruskan zakat di kawasan kampung melalui medium perantaraan sebuah masjid sebagai tempat berkumpulnya umat Islam dalam melaksanakan ibadah. Pengurusan harta Islam diserahkan sepenuhnya kepada para imam yang diberi kepercayaan untuk menjaga dan menguruskan harta mereka. Pelbagai aktiviti pembangunan masyarakat meliputi segala aspek kehidupan telah dilaksanakan dan dipusatkan di masjid (Mohamad Tajuddin, 1999). Demikian juga dengan urusan perbendaharaan negara, idea-idea ekonomi serta pelbagai urusan yang berkaitan dengannya turut dibicarakan di masjid. Masjid turut berfungsi sebagai pusat perjalanan dakwah lslamiah dan tapak latihan bagi para pendakwah yang berjuang di jalan Allah SWT (Mohamad Tajuddin, 1999). 2.3 Sejarah Lokalisasi Pengurusan Zakat Di Masjid di Asia Tenggara Negara-negara lain di Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei juga turut menjadikan masjid sebagai salah satu tempat urusan utama dalam menguruskan harta umat Islam seperti urusan zakat dan faraid. Pengurusan zakat di Indonesia turut dipengaruhi oleh faktor penjajahan oleh pihak Belanda dan Jepun. Setelah Islam berkembang dengan pesat di Acheh, pihak Belanda mengalami masalah yang besar dalam menawan kawasan Acheh disebabkan oleh faktor agama yang dipegang kuat oleh orang Islam di Acheh. Seterusnya pihak Belanda mengambil pendekatan yang berbeza dalam siri menawan beberapa tempat lain di Indonesia iaitu dengan memisahkan urusan dalam bidang keagamaan daripada urusan kehidupan. Dr. C. Snouck Hurgronye merupakan penasihat urusan pribumi dan Islam dan telah banyak memberikan nasihat kepada pejabat daerah dan pihak atasan melalui suratsuratnya yang pengurusan hal ehwal masjid, pernikahan dan zakat. Pengurusan zakat termasuk dalam Ordinan Pemerintahan Hindia Belanda, Nombor 6200 pada 28 Februari 1905. Ordinan ini menetapkan peraturan bahawa pemerintah tidak boleh campur tangan dalam urusan pentadbiran zakat dan menyerahkan sepenuhnya kepada masyarakat berlandaskan hukum syarak. Justeru pada awal kemerdekaan Indonesia, pengurusan zakat masih dipegang oleh individu, pihak masjid dan lembaga pendidikan. Pada tahun 1964, kemeterian agama 46

Indonesia mula menyusun rancangan undang-undang tentang pelaksanaan zakat dan juga pembahagian zakat serta pembentukan baitul mal. Manakala pada tahun 1991, keputusan yang dibuat oleh menteri agama bersama menteri dalam negeri telah bersetuju dengan penubuhan Badan Amil Zakat Infaq dan Shadaqah (BAZIS) untuk mengurus tadbir kutipan zakat di pelbagai peringkat. Singapura merupakan sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk beragama Islam yang sangat sedikit dan majoriti penduduknya adalah berbangsa Cina. Singapura yang dipimpin oleh pemimpin yang bukan beragama Islam tidak memiliki undang-undang khusus dan jelas yang mengatur atau mengurus kutipan dan agihan zakat. Kesedaran rakyat Singapura beragama Islam tentang pengeluaran zakat bermula sejak tahun 1974 dan kutipan zakat dilaksanakan secara sukarela sehingga diurus sepenuhnya oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah memilih beberapa buah masjid di Singapura sebagai sebuah Pusat Pungutan Zakat(PPZ). Terdapat 69 buah masjid di Singapura dan hanya 21 buah masjid sahaja yang dilantik oleh MUIS untuk menjadi Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok, Masjid As-Syakirin dan Masjid As-Syafaah masing-masing menyediakan khidmat nasihat, kursus dan forum khas tentang faraid. Program-program ini merupakan sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh kebanyakan masjid di Singapura dalam memberi kefahaman faraid kepada masyarakat (Intajalle & Abdullah, 2014). Pengurusan zakat di negara Brunei Darussalam adalah di bawah pimpinan sultan Brunei sebagai ketua negara dan juga ketua agama iaitu Kebawah Duli Yang Maka Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Masyarakat Brunei menunaikan zakat secara tradisi iaitu dengan memberikan zakat kepada orang yang berpengaruh dalam masyarakat seperti pegawai-pegawai masjid, guru-guru agama dan guru-guru al-quran. Keadaan ini berlanjutan secara turun temurun sehingga wujudnya pengurusan zakat yang lebih teratur berlandaskan undang-undang pada tahun 1955. Majlis Ugama Islam Brunei telah dibentuk di bawah undang-undang No. 20/1955 dan merupakan satu badan atau organisasi yang menguruskan kutipan dan agihan zakat di Brunei Darussalam. 3. Kesimpulan Peranan yang telah dimainkan oleh institusi masjid pada zaman Rasulullah SAW merupakan satu contoh ideal pembangunan syiar Islam yang perlu dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat dunia Islam pada masa kini. Walau bagaimanapun, masjid lebih cenderung digunakan sebagai rumah ibadah semata-mata untuk beribadat. Namun, terdapat juga beberapa masjid di Malaysia dan juga di asia yang meluaskan skop penggunaan masjid dengan membuka kaunter mini agihan zakat, tempat penganjuran majlis keraian, perpustakaan, rumah musafir dan sebagainya. Walau bagaimanapun, fungsi masjid pada masa kini adalah berbeza sekali dengan fungsi masjid pada zaman Rasulullah SAW. Fungsi masjid pada zaman Rasulullah SAW terkenal sebagai tempat menyebarkan ilmu Islam, tempat pengagihan zakat dan sadaqah, tempat perjumpaan delegasi kedutaan asing, tempat mesyuarat ahli-ahli politik, tempat penjara bagi orang-orang kafir, tempat riadah dan sebagainya. Perkara ini secara tidak langsung telah melambangkan peranan masjid adalah cukup besar dan ia seharusnya diperkasakan bagi institusi masjid pada masa kini. Justeru, fungsi masjid harus diperluas perlaksanaannya antaranya dengan menjadikannya sebagai pusat utama dalam pengurusan zakat. 47

RUJUKAN Abdul-Wahab, Mohamed et al., (1995) Malaysia (A Case study of Zakat Management), in: el-ashker and Sirajul Haq (eds.), Institutional Framework of Zakat: Dimensions and Implications,Jeddah, IRTI/ IDB, p. 297-378. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2012). Melokalisasikan Urus Tadbir Pengagihan Zakat: Peranan Institusi Masjid di Malaysia. Asian Journal of Accounting and Governance. 3, 71-83. Khaf, Monzer (1999). The performance of the institution of zakat in Theory and practice. International conference on Islamic economics towards the 21 st Century, Kuala Lumpur, April 26-30, 1999. Mokhtar, Shaik Ali Mohammad (2003). Peranan Masjid dalam Islam. (Terj.) Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Sidi Gazalba. (1976). Masyarakat Islam.Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 48