LOKALISASI PENGAGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN KHIDMAT SOSIAL: SATU TINJAUAN AWAL 1

Similar documents
LOKALISASI PENGAGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN KHIDMAT SOSIAL Satu Tinjauan Awal di Malaysia

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

Prosiding SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA. 22 Mac Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

JURNAL PENGURUSAN JAWHAR

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

Mohd Suffian Mohamed Esa Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Ali Mohd Noor Universiti Kebangsaan Malaysia

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENSWASTAAN INSTITUSI ZAKAT DAN KESANNYA TERHADAP PEMBAYARAN SECARA FORMAL DI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

CADANGAN MEWUJUDKAN LOGO PENGIKTIRAFAN ZAKAT PERNIAGAAN: KAJIAN TERHADAP USAHAWAN MUSLIM DI SELANGOR

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Ahmad Fahme, M.A., Mohd Faisol, I., Muhammad Ridhwan, A.A., & Fuadah, J.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROSIDING PERKEM 10, (2015) ISSN: X

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

MODEL PEMBANGUNAN USAHAWAN ASNAF MAIDAM (PUASMA)

Kewangan Sosial Islam ISLAMIC SOCIAL FINANCE

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Mohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

PELABURAN DANA SEDEKAH MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

AISYAH ABDUL-RAHMAN & WAJEEHA ZULKIFLY ABSTRAK. Kata kunci: Pengurusan Kewangan, Pengetahuan kewangan, Pengurusan Perbelanjaan, Sumber Pembiayaan

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Transcription:

LOKALISASI PENGAGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN KHIDMAT SOSIAL: SATU TINJAUAN AWAL 1 PENDAHULUAN Hairunnizam Wahid 2 Sanep Ahmad 3 Pusat pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, 436 Bangi, Selangor Radiah Abdul Kader 4 Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, 563 Kuala Lumpur Abstrak Ramai asnaf fakir dan miskin layak dikategorikan sebagai mampu bekerja tetapi masih meminta-minta bantuan zakat malah masih tidak berpuas hati terhadap kecukupan bantuan zakat. Oleh itu kajian ini mencadangkan satu kaedah baru pengagihan zakat iaitu menawarkan satu pekerjaan yang berkaitan khidmat sosial berasaskan komuniti seperti membersihkan masjid dan sekolah agama, mengajar mengaji Al-Quran dan sebagainya dan dicadangkan asnaf yang berminat tidak perlu menerima bantuan bulanan zakat tetapi bakal mendapat upah atau elaun bulanan sekurang-kurangnya sama atau lebih tinggi daripada bantuan zakat bulanan. Kebaikan kaedah ini bukan sahaja mengelakkan budaya meminta-minta asnaf daripada pusat zakat, malah ia berkemungkinan akan mengubah sikap mereka ke arah positif dalam hidup seperti ingin meneroka peluang pekerjaan yang sesuai dengan potensi diri mereka dan di masa yang sama meningkatkan penyertaan sosial asnaf bersama-sama masyarakat kampung. Tambahan lagi dalam aspek ekonomi, bantuan zakat tersebut telah berubah daripada konsep bayaran pindahan yang tidak produktif kepada upah yang merupakan ganjaran atas sumbangan tenaga yang produktif. Ini akhirnya bukan sahaja berkemungkinan akan mengubah nasib mereka menjadi pembayar zakat, malah menyumbang kepada pendapatan negara. Kajian mendapati majoriti asnaf berminat menyertai khidmat sosial di beberapa negeri yang dikaji. Namun perlaksanaan konsep ini amat bergantung kepada keupayaan pihak institusi zakat terutamanya amil untuk memantau dan melancarkan program ini agar menjadi lebih berkesan. Ini amat berkait rapat dengan konsep lokalisasi pengurusan zakat berdasarkan beberapa kajian sebelum ini. Beberapa cadangan dan implikasi dasar telah di cadangkan dalam kajian ini. Kata Kunci: Lokalisasi Pengagihan Zakat, Fakir dan Miskin, Khidmat Sosial, Zakat Produktif 1 Kertas Kerja di Persidangan MICEMA 211 Borderless Economy: Opportunities and Challenges for Business in Southeast Asia, 13-14 Oktober, 211, University of Bengkulu, Bengkulu, Indonesia. Merupakan sebahagian daripada penyelidikan di bawah geran UKM-GUP-JKKBG-8-3-9. 2 Pensyarah, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM. Calon PhD Ekonomi UM 3 Profesor Madya (PhD) Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM 4 Profesor Madya (PhD) Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM 457 P a g e

Rasulullah s.a.w bersabda, Demi Allah, sekiranya salah seorang di antara kamu ambil tali (pergi mencari kayu api) lalu dipikul kayu api itu atas bahunya (untuk dijual) adalah lebih baik baginya daripada ia datang meminta kepada seseorang, sama ada diberi atau tidak (HR Syaikhan dan Termizi) Sekiranya kamu tahu apa yang ada dalam perbuatan meminta, maka tiada seorang pun akan pergi meminta sesuatu dari seorang lain Tidak halal sedekah kepada orang kaya dan tidak (halal juga) kepada orang yang mampu (bekerja) (HR Muslim, Abu Daud dan Termizi) Dalam menghadapi dan mengatasi masalah kemiskinan dalam masyarakat, Islam tidak sahaja berharap kepada zakat dan sedekah daripada golongan berada semata-mata, tetapi secara lebih bijak Islam menegaskan supaya si miskin terus berusaha dan bekerja untuk memperoleh rezeki yang halal dan baik hasil daripada titik peluh sendiri dan tidak berharap atau sentiasa berharap kepada belas kasihan orang sahaja (Salahuddin, 1998; h.131). Malah dikatakan tidak sempurna Islam seseorang sekiranya sentiasa bercita-cita menjadi penerima zakat dan belum bercita-cita menjadi pembayar zakat. Kajian ini menunjukkan sebanyak 35 peratus responden adalah mereka yang tidak bekerja dan juga pesara. Ini jelas menggambarkan ramai antara mereka tidak bekerja tetapi menerima bantuan kewangan zakat secara bulanan. Kajian ini mencadangkan program khidmat sosial 5 untuk asnaf fakir dan miskin yang tidak berminat untuk menyertai program keusahawanan anjuran institusi zakat atau mereka yang gagal mendapat bantuan modal untuk program keusahawanan zakat. Khidmat sosial ini dicadangkan adalah berasakan budaya dan modal manusia komuniti tertentu agar pelaksanaannya akan menjadi lebih berkesan dan bermanfaat. Petugas dan pemantau program ini adalah terdiri daripada amil tetap dan penduduk tempatan yang di tempatkan di lokaliti tertentu yang berpejabat di masjid mukim atau daerah. RASIONAL Kewajipan zakat kepada individu Muslim adalah sama sepertimana kefarduan solat untuk menjadi seorang Islam yang sempurna. Ia mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam dan sering digandingkan perkataannya dengan solat di dalam Al-Quran. Zakat wajib dikeluarkan ke atas beberapa jenis harta yang telah ditetapkan setelah memenuhi syarat dan tempoh tertentu. Kewajipannya mempunyai pelbagai objektif sosio-ekonomi yang positif bukan sahaja kepada penerima zakat bahkan kepada pembayar zakat dan masyarakat keseluruhannya. Secara umumnya zakat dapat mengukuhkan sistem jaminan sosial dan ia merupakan langkah awal yang sepatutnya ditangani dengan baik untuk menuju satu sistem ekonomi Islam yang sempurna. Namun begitu sikap masyarakat Islam terutamanya penerima zakat yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin dikatakan masih tidak berubah malah dikatakan mempunyai pemikiran yang bersifat tertutup, malas, tiada mempunyai sikap jati diri, kurang berwawasan, 5 Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (25), khidmat sosial adalah kerja dan lain-lain untuk memenuhi keperluan orang ramai dan lain-lain, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, maklumat, dsb); berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kepada) tanah air; 458 P a g e

tahap disiplin yang rendah serta kurangnya minat untuk mengikuti program keusahawanan anjuran pusat zakat negeri. Ini disebabkan banyak faktor antaranya kebanyakan asnaf tidak mendapat pendedahan kepada maklumat luar yang mencukupi, mempunyai pergaulan yang agak terbatas serta terhad perhubungannya dengan anggota keluarga dan jiran tetangga berdekatan sahaja. Kesannya mereka kurang mengetahui perkembangan dan kemajuan semasa yang berlaku dan akhirnya berkemungkinan mereka agar sukar untuk berubah dan ingin sentiasa kekal dalam status quo mereka (Mohamed Izam, 211; dan Mohd Abd Wahab Fatoni dan Adibah; 28). Kajian ini berpendapat, sebarang perubahan diri asnaf perlu bermula di peringkat mukim, iaitu melalui proses sosialisasi antara masyarakat Islam setempat dengan asnaf tersebut dan inisiatif ini perlu dimulakan dan dilakukan oleh amil yang dilantik di peringkat mukim tersebut. Terdapat juga kajian yang mencadangkan is perlu dilakukan bermula daripada institusi masjid (Hairunnizam et.al; 211). Ini adalah kerana ia merupakan institusi utama umat Islam berkumpul untuk pelbagai aktiviti ibadah dan ditambah lagi kedudukan logistiknya yang hampir dengan masyarakat. Malah kajian tersebut juga mencadangkan kuasa mengutip dan mengagihkan zakat perlu diturunkan kepada amil yang dilantik melalui proses penurunan kuasa daripada pusat zakat negeri kepada institusi masjid memandangkan amil tersebut lebih memahami dan mengenali sosio-ekonomi dan budaya penduduk tempatan di lokaliti tersebut. Keadaan semasa yang sering dibangkitkan oleh masyarakat menunjukkan asnaf zakat terutamanya golongan fakir dan miskin masih di takuk lama malah bilangan isi rumah miskin sentiasa meningkat walaupun telah banyak program pembasmian kemiskinan dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun pihak institusi zakat. Mengapakah fenomena ini berlaku? Walaupun ia berkemungkinan disebabkan oleh banyak faktor luaran seperti faktor kemelesetan ekonomi, peluang pekerjaan yang terhad, faktor politik dan sebagainya namun adakah golongan fakir dan miskin hanya menunggu nasib dan takdir mereka berubah di masa hadapan tanpa melakukan sesuatu usaha. Adakah mereka sudah berputus asa dengan keadaan mereka sekarang? Banyak kajian berpendapat faktor sikap adalah faktor utama mereka sentiasa berada dalam keadaan kemiskinan sedangkan inilah faktor bersifat dalaman yang mampu mereka mengubahnya berbanding faktor luaran yang di luar kemampuan untuk mengawalnya (Patmawati dan Ruziah, 211; dan Raudha et.al, 211). Program pembangunan insan untuk asnaf fakir dan miskin telah mula diberi penekanan oleh institusi zakat untuk meningkatkan motivasi, jati diri dan kerohanian (Ahmad Shahir dan Shofian, 21), namun sejauh manakah ia berjaya masih belum dapat dibuktikan lagi. Terdapat kajian lain melihat sejauh manakah kejayaan bantuan modal zakat terhadap perubahan hidup asnaf dalam aspek pencapaian maqasid syariah di Malaysia (Rosbi dan Sanep, 21). Kajian ini melihat setiap individu asnaf mempunyai potensi dan kelebihan masing-masing dan perubahan sikap asnaf juga perlu dibangunkan berdasarkan potensi dan kelebihan mereka yang ada dan di masa yang sama sedaya upaya mengurangkan kelemahan dalam diri mereka yang sedia ada. Situasi ini berkemungkinan dapat dibantu oleh amil tersebut. Apa yang perlu ditekankan di sini membasmi kemiskinan bukan hanya melibatkan strategi bagaimana mengharapkan peningkatan dana daripada pelbagai bentuk sumbangan wajib dan sunat seperti, sedekah, waqaf dan zakat daripada golongan kaya sahaja, tetapi Islam melihat penyelesaian masalah ini lebih jauh ke hadapan lagi di mana pihak institusi berkenaan perlu bijak memastikan masyarakat Islam terutamanya golongan fakir dan miskin terus berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh rezeki yang halal daripada usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain (Salahuddin, 1988). Kebanyakan institusi zakat negeri banyak menekankan bidang keusahawanan, mikro kredit Islam dan Zakat-mikro kredit 459 P a g e

(lihat Patmawati & Ruziah, 211; dan Norma & Jarita, 211) dan ia dikatakan adalah antara pendekatan yang baik untuk mengubah nasib golongan fakir dan miskin pada masa kini namun pendekatan ini mungkin sesuai dilakukan oleh mereka yang amat berminat dalam keusahawanan dan mempunyai latar belakang yang signifikan untuk berubah seperti faktor pendidikan, lokasi penempatan dan sebagainya (Raudha et.al, 211). Persoalannya apakah jenis pekerjaan yang sesuai dilakukan terutamanya golongan yang lemah seperti ibu tua, ibu tunggal, pesara di usia muda, orang kelainan upaya, anak yatim dan sebagainya yang mempunyai keterbatasan masa, tenaga serta keupayaan? Aktiviti khidmat sosial berkaitan komuniti adalah salah satu pendekatan dan strategi yang telah dilakukan di negara-negara luar seperti negara maju dan sedang membangun dan ia sering dikaitkan dengan proses pendidikan yang menjurus kepada kaedah mengatasi masalah di kalangan golongan miskin yang dikaitkan dengan masalah sosial (Gronbjerg et.al, 1978). Kajian Mantle dan Backwith (21) pula cuba mengaitkan pengurangan kemiskinan dengan khidmat sosial berorientasikan komuniti. Kajian tersebut menekankan kepada peranan satu unit pasukan sosial yang bekerja secara sukarela di komuniti tertentu untuk memastikan program pembasmian kemiskinan tercapai disebabkan hubungan yang rapat serta interaksi dua hala yang berkesan antara mereka dan golongan sasaran iaitu kumpulan miskin. Walau bagaimanapun terdapat kajian mendapati penyertaan mereka termasuklah NGO-NGO yang dilantik oleh kerajaan tidak berjaya sepenuhnya (Ullah dan Routray; 27). Terdapat juga cadangan secara teori untuk mewujudkan perusahaan berasaskan komuniti (Peredo dan Chrisman, 26; telah mencadangkan jenis perniagaan di komuniti tertentu yang berasaskan kepada budaya komuniti dan modal insan tertentu untuk dilaksanakan oleh kumpulan miskin yang akhirnya akan mewujudkan satu bentuk perusahaan berasaskan ciri-ciri komuniti tertentu. Namun begitu untuk melaksanakan konsep ini, faktor insentif dan keupayaan golongan miskin bekerja perlu diambil kira untuk memastikan kejayaan program tersebut (Besley dan Coate, 1992). Apa yang penting sebenarnya kejayaan program ini berkait rapat dengan keupayaan sistem penyampaian institusi kerajaan dan komitmen dan sikap golongan miskin (Mohd Abd Wahab Fatoni et.al; 28). Oleh itu dalam sistem zakat yang akan dibincangkan selanjutnya perlu melihat kepada kesanggupan dan keupayaan amil melaksanakan program ini serta sikap dan persetujuan asnaf terutamanya fakir dan miskin dalam melaksanakan program ini. KAJIAN LEPAS Banyak kajian lepas membincangkan aspek kutipan serta pengagihan zakat, terutamanya membincangkan masalah pengagihan yang menunjukkan pembayar zakat masih lagi kurang berpuas hati dalam aspek pengagihan zakat oleh institusi zakat (Mohd Dahan, 1998; Muhammad Syukri, 26; Sanep et.al, 26; Hairunnizam et. al, 29; Hairunnizam et.al, 21) termasuklah pembayar zakat di kalangan kumpulan akademik (Anuar Muhamad, 28). Kajian-kajian ini mendapati sekiranya institusi zakat tidak memberi perhatian sepenuhnya, ia akan mewujudkan beberapa isu yang lain seperti membayar zakat kepada asnaf secara tidak formal atau secara langsung dan terus kepada asnaf zakat (Aidit, 1998; Muhammad Syukri, 26; Sanep et. al 26 dan Hairunnizam et.al 29). Walaupun bagi sesetengah pendapat fuqaha tindakan ini adalah diharuskan, namun ia akan menimbulkan isu yang lain seperti pengagihan zakat hanya tertumpu pada asnaf fakir dan miskin sahaja dan mengabaikan enam lagi asnaf yang lain disebabkan masalah kekurangan maklumat. Ini kerana pembayar zakat tiada maklumat berkenaan asnaf selain asnaf fakir dan miskin. Tambahan lagi pembayaran zakat secara tidak formal akan menyebabkan sistem perekodan 46 P a g e

jumlah kutipan dan agihan zakat di setiap negeri tidak akan dinyatakan dalam laporan zakat yang kemungkinan akan menunjukkan jumlah kutipan zakat yang banyak jika diambil kira jumlah pembayaran zakat secara tidak formal. Antara isu yang sering dibangkitkan adalah berkait rapat dengan masalah yang belum selesai seperti isu lebihan wang zakat setelah diagihkan setiap tahun (Muhammad Syukri, 26). Antara cadangan yang perlu dipertimbangkan ialah kaedah lokalisasi zakat untuk mengatasi masalah ini (Abdul Aziz, 1993; Khaf, 1995; dan Muhammad Syukri, 26) kerana kebanyakan kajian telah menunjukkan kaedah ini telah dipraktikkan dengan jayanya di zaman Rasulullah s.a.w lagi dan semestinya ia mempunyai banyak kelebihan. Kajian Muhammad Syukri (26) contohnya telah mencadangkan konsep ini secara teoretis kerana ia telah dipraktikkan pada zaman Rasulullah s.a.w. Beliau telah mencadangkan pelaksanaan kaedah lokalisasi zakat dalam aspek kutipan dan pengagihan di lokaliti berkenaan bersandarkan kepada beberapa hujah seperti yang dinyatakan oleh Qardawi (1996; h. 799-81). Menurut Muhammad Syukri (26) lagi, beliau telah merumuskan hujah tersebut seperti berikut iaitu semua kaum lebih berhak terhadap sedekahnya, sehingga mereka merasa berkecukupan dengannya, orang tempatan lebih berhak ke atas zakat kerana untuk menghormati ketetanggaan, dan kerana dekatnya tempat tinggal mereka dengan tempat tinggal orang-orang kaya dan akhirnya sekiranya petugas tidak mengetahui sehingga ia membawa sedekah ke tempat lain, padahal penduduk asal memerlukannya, maka si penguasa harus mengembalikan kepada mereka, seperti yang dilakukan Umar bin Abdul Aziz, dan sebagaimana difatwakan oleh Said bin Jubair. Isu sikap asnaf penerima zakat terutamanya golongan fakir dan miskin juga sering dibincangkan berkait rapat dengan masalah pemberian bantuan modal zakat untuk program keusahawanan. Golongan asnaf ini sering dikaitkan dengan sikap yang negatif dan tidak bertanggungjawab terhadap bantuan modal zakat. Ini ditambah lagi hampir 3 peratus perniagaan oleh asnaf dikategorikan sebagai gagal (Patmawati, 29) dan faktor kegagalan ini disumbangkan oleh sikap dan tanggungjawab yang negatif oleh mereka. Antara faktor lain penyumbang adalah nilai keagamaan yang rendah atau miskin jiwa (Muhammad Syukri, 29; dan Hairunnizam et.al, 21), nilai bantuan modal yang kurang sesuai (Aniza dan Sanep, 21) serta aspek berkaitan latar belakang responden (Rosbi, 211; dan Raudhah et.al, 211). Tiada kajian dilakukan untuk melihat sejauh manakah kesan bantuan zakat terhadap golongan asnaf fakir miskin yang tidak layak menerima bantuan modal zakat. Adakah mereka mempunyai sikap yang sama dengan asnaf yang menerima bantuan modal zakat? Kajian ini berpendapat golongan yang tidak layak menerima bantuan modal zakat perlu diberi peluang dengan potensi yang ada dalam diri mereka walaupun tidak berkaitan secara langsung dengan bidang keusahawanan. Aktiviti khidmat sosial dalam mengurangkan kemiskinan berkemungkinan boleh direalisasikan oleh pusat zakat namun setakat ini tiada kajian yang khusus membincangkan aspek ini. Sekiranya ia dilaksanakan, siapakah yang akan memantau khidmat mereka? Aktiviti khidmat sosial berkaitan dengan aktiviti berkaitan kemasyarakatan dan kajian ini berpendapat ia perlu dilaksanakan melalui institusi masjid dengan pemantauan amil setiap mukim yang dilantik secara khusus untuk mukim tersebut. Malah kajian Hairunnizam et.al, (211) mencadangkan jawatan amil tetap di setiap mukim perlu dilantik oleh pihak kerajaan negeri bergaji dan berjawatan tetap dan ini berkemungkinan dapat mengatasi masalah pemantauan kerana perhubungan yang lebih dekat. 461 P a g e

Menurut Hairunnizam et.al, (211), institusi masjid amat sesuai dijadikan institusi cawangan pusat zakat untuk mengatasi masalah kecekapan dan keefisienan pengagihan zakat. Al-Quran sendiri menyebut tentang zakat sebanyak 82 kali bersama kewajipan mendirikan solat menunjukkan betapa pentingnya amalan rukun Islam yang keempat ini. Oleh kerana perkataan solat dan zakat banyak dinyatakan secara seiring dalam Al-Quran, kedua-dua ibadah khusus ini amat signifikan dikaitkan dengan institusi masjid bersandarkan firman Allah s.w.t dalam surah At-Taubah ayat 18 bermaksud; Sesungguhnya orang yang wajar mengimarahkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan kepada hari Akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat dan ia tidak takut kecuali Allah, semoga mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat hidayat. (Tafsir Fi Zilalil Qur an, h. 355) Perbahasan di atas jelas menunjukkan masjid mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sejarah di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa Al- Rasyidin telah menggambarkan peranan masjid sebagai tempat berlakunya majlis syura berkaitan urusan peperangan, berlangsungnya perjanjian-perjanjian, persetujuan damai, mengadakan bai ah kepada pemimpin Islam, menyebarkan ilmu pengetahuan, memberi kesedaran kepada orang ramai tentang tanggungjawab mereka menunaikan zakat serta sedekah dan membahagikan kutipan zakat kepada yang berhak dan pelbagai aktiviti lain. (Mokhtar, 23; h. 73). Ini juga menjelaskan peranan masjid yang signifikan dalam aspek pengurusan zakat sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Jika dilihat kepada sejarah pada zaman Rasulullah s.a.w dalam urusan pengurusan zakat, kutipan dan pengagihan zakat secara prinsipnya dilaksanakan dalam lokaliti yang sama, bermaksud zakat dikutip dan diagihkan juga di kawasan yang sama dan tiada lebihan zakat di bawa kepada kerajaan pusat. Menurut Khaf (1999; h.17), tiada fakta atau laporan menunjukkan lebihan dana atau zakat diagihkan ke kawasan yang lain ketika zaman Rasulullah s.a.w. Pada zaman tersebut, Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara di Madinah yang pada ketika itu merupakan satu kerajaan yang kecil telah menggunakan khidmat amil untuk mengutip dan mengagihkan zakat. Malah pada ketika itu, terdapat ramai tenaga manusia bersifat sukarela berkhidmat dan sumbangan kewangan oleh masyarakat adalah sangat baik kerana masyarakat Islam pada ketika itu sangat tinggi kepercayaan dan keimanannya. Ini menjadikan sistem zakat pada zaman tersebut sangat berjaya dan berkesan (Khaf, 1999; h.4). Oleh itu adalah jelas menunjukkan peranan masjid adalah luas dan kajian ini mencadangkan ia patut diperluaskan kepada aspek pengurusan khidmat sosial seperti dicadangkan sebelum ini. METODOLOGI Analisis kajian ini adalah kepada individu Islam merangkumi beberapa negeri di Malaysia. Pensampelan dilakukan secara rawak ke atas 687 penerima zakat di enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Kedah dan Terengganu. Setiap negeri diwakili oleh bilangan individu yang berbeza secara umumnya bergantung kepada saiz penduduk. Analisis regresi logistik akan digunakan untuk melihat kebarangkalian penerima zakat berminat menyertai khidmat sosial ataupun tidak. Unit analisis kajian ini ialah penerima zakat iaitu asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan kewangan bulanan dan makanan bulanan mewakili sampel penerima zakat. Asnaf ini dipilih kerana ia mewakili asnaf zakat yang terbesar iaitu hampir 5 peratus berbanding asnaf yang lain (Hairunnizam et.al, 21). Kajian ini tertumpu di negeri Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Terengganu. Perlu dijelaskan negeri 462 P a g e

Selangor dan Pulau Pinang merupakan negeri yang telah mengkorporatkan kutipan dan pengagihan zakat manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka adalah negeri yang mengkorporatkan kutipan zakat tetapi pengagihan zakat masih lagi di bawah tanggungjawab baitulmal negeri manakala Terengganu adalah negeri yang tidak mengkorporatkan kutipan dan pengagihan zakat (Pusat Pungutan Zakat-MAWIP, 28). Perbezaan struktur pengurusan zakat antara negeri yang dikaji akan memberikan hasil keputusan kajian seimbang antara ketiga-tiga kategori pengurusan zakat. Jadual 1: Responden Negeri Frekuensi Selangor 69 (1.) Pulau Pinang 11 (14.7) WP Kuala Lumpur 13 (18.9) Melaka 113 (16.4) Terengganu 171 (24.9) Kedah 13 (15.) 687 (1.) Nota: ( ) peratusan daripada jumlah keseluruhan Ujian Pearson χ 2 adalah signifikan pada aras keertian 1% Manakala dalam aspek kategori pengurusan zakat, hampir 24.7 peratus adalah terdiri daripada responden di negeri yang mengkorporatkan zakat sepenuhnya, 35.4 peratus terdiri daripada responden di negeri yang mengkorporatkan sebahagian pengurusan zakat manakala 39.9 peratus di negeri yang tidak mengkorporatkan pengurusan zakat. Jadual 2: Kategori Institusi zakat Kategori Frekuensi Korporat sepenuhnya 1 17 (24.7) Korporat sebahagiannya 2 243 (35.4) Tidak korporat 3 274 (39.9) 687 (1.) Nota: ( ) peratusan daripada jumlah keseluruhan 1 Selangor & Pulau Pinang 2 WP Kuala Lumpur & Melaka 3 Terengganu Ujian Pearson χ 2 adalah signifikan pada aras keertian 1% Regresi logistik merupakan model tatacara statistik yang amat berguna dalam menganalisis data berkaitan kebarangkalian. Model regresi logistik menerangkan tentang kesan perubahan 463 P a g e

yang berlaku di dalam pembolehubah bebas. Persamaan model regresi logistik adalah seperti berikut: kebarangkalian( menyertai) Log Y [ ] = + 1 X 1 + 2 X 2 + + n X n (1) kebarangkalian( tidakmenyertai) Di mana ; = pemalar 1, 2, 3.. n = parameter bagi pembolehubah Ini bermakna logistik koefisien boleh diterangkan sebagai perubahan di dalam bentuk log odds akibat daripada perubahan satu unit di dalam pembolehubah bebas. Persamaan (1) di atas boleh dipermudah dengan dinyatakan semula sebagai :- kebarangkalian( menyertai) kebarangkalian( tidakmenyertai) = + 1 X1 + 2 X2 + + n Xn (2) Jika nilai i adalah positif maka nilai odds ratio akan meningkat jika X i meningkat. Tetapi jika i bernilai negatif bermakna odds ratio adalah menurun jika X i menurun. Ujian Wald atau dikenali sebagai ujian F pula digunakan untuk mengkaji kesignifikanan parameter yang teranggar pada darjah kebebasan yang biasanya tidak melebihi 1 peratus. Sekiranya Ujian Wald yang diperoleh menunjukkan parameter yang dianggarkan adalah tidak signifikan, maka pembolehubah penentu itu akan dikatakan tidak penting untuk digunakan sebagai penerangan dalam model tersebut. Model yang cekap akan memberikan nilai F* yang lebih besar daripada nilai kritikal F pada aras keertian, darjah kebebasan (k-1) dan (n-k) dengan n ialah bilangan cerapan dan k ialah bilangan parameter dalam model. Ia dapat ditunjukkan dalam persamaan (3) iaitu: Ujian Wald = 2 R / k 1 ~ F 2 k-1, n-k, = 5% (3) 1 R / n k SPESIFIKASI MODEL Dalam membentuk model regresi, pembolehubah-pembolehubah bebas yang berhubung dengan pembolehubah bersandar secara teori perlu dimasukkan. Spesifikasi model merangkumi fungsi persamaan model. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini berbentuk dwikotomi iaitu sama ada penerima zakat berminat ingin menyertai atau tidak berminat menyertai khidmat sosial anjuran pusat zakat negeri. Memandangkan pembolehubah bersandar berbentuk dwikotomi dan pembolehubah bebas yang digunakan kebanyakannya berbentuk dami maka model ini sesuai dianggarkan dengan menggunakan model logit binomial. Model yang dianggarkan secara umumnya adalah seperti berikut : P i = E( Y = 1/X ) = 1/ ( 1+ e -z ) (4) Di mana: 464 P a g e

P i adalah kebarangkalian bagi responden berminat menyertai khidmat sosial iaitu Y = 1 dan Y = bagi responden yang tidak berminat menyertai khidmat sosial. Berdasarkan persamaan (4), kajian ini juga menguji beberapa pembolehubah yang dipertimbangkan mempengaruhi minat menyertai khidmat sosial iaitu : Z i = + 1 X 1 + 2 X 2 + 3 X 3 + + i X i (5) Di mana Z i adalah satu fungsi f(x) dengan X adalah pembolehubah bebas yang dipertimbangkan iaitu jantina, umur, taraf pendidikan, pendapatan bulanan, jumlah zakat diterima, tempoh masa menerima zakat, institusi zakat dikorporatkan, nilai keagamaan dan akhirnya elaun khidmat sosial. Dengan ini, berpandukan kepada persamaan (5), model khusus yang akan dianggarkan dalam kajian ini ialah : L = In (P i / ( 1-P i ) = + 1 X 1 + 2 X 2 + 3 X 3 + 4 X 4 + 5 X 5 + 6 X 6 + 7 X 7 + 8 X 8 + 9 X 9 (6) Di mana; L adalah log bagi nisbah odds berminat menyertai khidmat sosial atau tidak X 1 adalah dami jantina; = 1 untuk lelaki, untuk wanita X 2 adalah umur responden X 3 adalah dami tahap pendidikan; =1 untuk bersekolah, untuk tidak bersekolah X 4 adalah jumlah pendapatan sebulan X 5 adalah jumlah zakat diterima sebulan X 6 adalah tempoh masa zakat diterima X 7 adalah dami institusi zakat; = 1 untuk korporat sama ada kutipan atau agihan atau kedua-duanya sekali, untuk tidak korporat X 8 adalah nilai keagamaan X 9 adalah elaun khidmat sosial, =1 jika setuju elaun lebih tinggi daripada zakat, untuk tidak setuju Pembolehubah bersandar adalah bernilai 1 jika responden menyatakan berminat menyertai khidmat sosial anjuran pusat zakat negeri. Ia memberi nilai jika responden tidak berminat menyertai khidmat sosial. Kesemua pembolehubah dalam persamaan (6) diuji untuk menentukan manakah pembolehubah yang signifikan mempengaruhi minat menyertai khidmat sosial. DAPATAN KAJIAN Jadual 3 menunjukkan latar belakang responden dalam aspek jantina, umur dan tahap pendidikan. Didapati, jantina lelaki dan perempuan adalah hampir seimbang dalam kajian ini, manakala dalam aspek umur, majoriti responden berumur antara 46 tahun hingga 55 tahun. Walaupun hampir 61.5 peratus responden berumur melebihi 46 tahun dan ke atas, namun terdapat hampir 39.5 peratus responden berumur kurang daripada 45 tahun yang dikategorikan masih kuat untuk bekerja. Manakala dalam aspek tahap pendidikan pula, majoriti mereka bersekolah walaupun sekurang-kurangnya di tahap sekolah rendah iaitu sebanyak 83.6 peratus berbanding tidak bersekolah sebanyak 16.4 peratus. 465 P a g e

Jadual 3: Latar belakang responden Item Kekerapan Peratusan Jantina Lelaki Perempuan 35 336 686 51. 49. 1. Umur kurang 25 tahun 25-35 tahun 36-45 tahun 46-55 tahun lebih 56 tahun Tahap Pendidikan Tidak bersekolah Bersekolah Pekerjaan Tidak bekerja bekerja 1 56 198 242 18 686 112 573 685 24 445 685 1.5 8.2 28.9 35.3 26.2 1. 16.4 83.6 1. 35. 65. 1. Berdasarkan Jadual 4, majoriti responden adalah mereka yang menerima zakat antara 3 hingga 5 tahun iaitu sebanyak 38.8 peratus dan hanya 7.9 peratus sahaja responden menerima zakat melebihi 8 tahun. Manakala dalam aspek jumlah bantuan zakat sebulan, majoriti menerima antara RM21 hingga RM3 sebulan dan hanya 1.2 peratus menerima bantuan zakat melebihi RM8. Perbezaan jumlah zakat adalah bergantung pada had kifayah setiap asnaf termasuklah bilangan tanggungan mereka dan sekiranya ada isi rumah yang kurang upaya (OKU) Jadual 4: Tempoh masa dan jumlah bantuan zakat Negeri % Selangor Pulau Pinang WP Kuala Lumpur Melaka Terengganu Kedah Tempoh masa Kurang 3 tahun 28 61 7 75 15 254 37.3 3-5 tahun 3 33 54 17 67 59 264 38.8 6-8 tahun 11 33 1 1 14 29 19 16. lebih 8 tahun - 35 2 5 1-54 7.9 zakat diterima sebulan 466 P a g e

RM1-RM2 RM21-RM3 RM31-RM4 RM41-RM5 RM51-RM6 RM61-RM7 RM71-RM8 lebih RM81 3 17 26 16 5 2 69 2 2 39 41 9 5 98 15 26 14 16 13 16 2 8 128 17 3 1 1 112 1 152 1 163 21 36 33 12 1 13 134 186 93 12 71 38 23 8 673 19.9 27.6 13.8 17.8 1.5 5.6 3.4 1.2 1. Nota: Ujian Pearson χ 2 adalah signifikan pada 1% Manakala berdasarkan Jadual 5, majoriti responden berminat melibatkan diri dengan khidmat sosial iaitu sebanyak 82.6 peratus berbanding mereka yang tidak berminat berjumlah 17.4 peratus. Namun kajian ini mendapati di negeri Melaka, majoriti responden tidak berminat terlibat dengan khidmat sosial (66.1%) berbanding yang berminat (33.9%). Kajian mendapati negeri yang mengkorporatkan pengurusan zakat sepenuhnya, responden di negeri tersebut berminat 1 peratus menyertai khidmat sosial. Jadual 5: Berminat khidmat sosial Negeri Berminat Tidak berminat Selangor Pulau Pinang WP Kuala Lumpur Melaka Terengganu Kedah 69 (1.) 11 (1.) 18 (83.) 37 (33.9) 146 (85.9) 12 (99.) 563 (82.6) (.) (.) 22 (17.) 72 (66.1) 24 (14.1) 1 (1.) 119 (17.4) 69 (1.) 11 (1.) 13 (1.) 19 (1.) 17 (1.) 13 (1.) 682 (1.) Berdasarkan Jadual 6, majoriti responden bersetuju menerima elaun khidmat sosial untuk digantikan bantuan zakat bulanan iaitu sebanyak 84.6 peratus berbanding tidak bersetuju (15.4%). Hanya negeri Melaka yang menunjukkan peratusan tidak bersetuju melebihi bersetuju iaitu 51.2 peratus berbanding 48.8 peratus. 467 P a g e

Jadual 6: Persetujuan Zakat Ganti elaun khidmat sosial Negeri Setuju Tidak setuju Selangor Pulau Pinang WP Kuala Lumpur Melaka Terengganu Kedah 69 (1.) 99 (99.) 75 (63.) 2 (48.8) 144 (84.2) 13 (1.) 51 (84.6) (.) 1 (1.) 44 (37.) 21 (51.2) 27 (15.8) (.) 93 (15.4) 69 (1.) 1 (1.) 119 (1.) 41 (1.) 171 (1.) 13 (1.) 63 (1.) Jadual 7 menunjukkan penilaian terhadap kesesuaian model logit kepada data yang telah dikutip daripada responden. Ia membandingkan nilai yang dijangkakan daripada pembolehubah bersandar iaitu pembayaran zakat dengan nilai sebenar data yang diperhatikan. Jadual klasifikasi tersebut menunjukkan model ini meramal dengan betul 94.2 peratus daripada pemerhatian sebenar. Model ini juga berupaya untuk meramal mereka yang membayar zakat berbanding tidak membayar zakat. Perlu diingatkan bahawa jumlah yang membayar zakat dan yang tidak membayar zakat adalah tidak begitu seimbang. Dengan lain perkataan walaupun model ini berjaya meramal dengan betul lebih dari 5 peratus, namun pemerhatian dengan betul tidak seharusnya digunakan sebagai ukuran kesesuaian model. Oleh itu dalam kajian ini, kriteria kemungkinan bernisbah (lihat Hair et.al, ****) akan digunakan seperti persamaan berikut: C prop = p 2 + (1 - p) 2 (7) Apabila kriteria ini digunakan untuk sampel dengan nisbah 82.6 peratus dan 17.4 peratus (lihat Jadual 5), tahap yang harus digunakan untuk menguji kesesuaian model ialah 89.42 peratus. Jadual 7 jelas menunjukkan keupayaan model yang dianggar meramal dengan betul 94.2 peratus daripada pemerhatian sebenar mengatasi tahap yang diperlukan untuk kesesuaian model. Jadual 7: Jadual Klasifikasi Regresi Logistik Pemerhatian berminat tidak berminat Diramalkan berminat tidak berminat 541 3 31 9 Nota: Nilai batasan adalah.5 Minat khidmat sosial = 99.4 %; tidak Minat khidmat sosial = 22.5% dan keseluruhan = 94.2 % Hasil kajian ini menunjukkan terdapat 2 pembolehubah yang signifikan mempengaruhi penerima zakat terutamanya golongan fakir dan miskin berminat menyertai khidmat sosial iaitu pembolehubah tahap pendidikan dan pemberian elaun atas khidmat sosial oleh institusi 468 P a g e

zakat. Apa yang menariknya kedua-dua pembolehubah ini signifikan mempengaruhi minat menyertai khidmat sosial pada aras keertian 1%. Magnitud pengaruh pembolehubah tersebut dapat dilihat dengan mudah daripada Jadual 8. Kedua-dua pembolehubah berhubungan secara positif dengan minat menyertai khidmat sosial. Bagi pembolehubah tahap pendidikan nilai log nisbah odds adalah 1.91 dan berhubungan positif pada nilai exp koefisien 6.696. Ia menunjukkan terdapat kebarangkalian jika pembolehubah tahap pendidikan meningkat sebanyak 1 unit, minat menyertai khidmat sosial akan meningkat sebanyak 569.6 unit. Manakala pembolehubah elaun khidmat sosial pula, nilai log nisbah odds adalah 1.462 di mana nilai exp koefisien ialah 4.315. Ini bermakna jika pembolehubah elaun khidmat sosial meningkat sebanyak 1 unit, maka minat menyertai khidmat sosial oleh asnaf tersebut akan meningkat sebanyak 331.5 peratus. Walau bagaimanapun pemboleh ubah lain adalah tidak signifikan mempengaruhi minat menyertai khidmat sosial Jadual 8: Hasil Regresi Jangkaan(+/-) Koefisien (β) 1.257 -.196 -.154 1.91* -.53.26 -.23.3 -.2 1.462* Ralat piawai Statistik Wald Exp koefisien (β) konstan Jantina (1) Umur Tahap pendidikan (1) Pendapatan zakat diterima Tempoh terima zakat Korporat (1) Nilai keagamaan Elaun khidmat sosial (1) + + + + + + + + + 1.64.391.269.458.23.139.196.451.12.452.588.251.327 17.212.67.36 1.79.444.17 1.482 3.515.822.857 6.696.949 1.27.816 1.35.998 4.315 Nota : Pearson Goodness of fit (χ 2 ) : 24.815* df=8 p<.2 Pseudo R 2 Cox and Snell :.87 Nagelkerke :.221 (1) Pemboleh ubah dami * Signifikan pada aras keertian 1% ( =.1) Berdasarkan Jadual 9, majoriti responden berminat menyertai khidmat sosial disebabkan mereka ingin menyumbang tenaga kepada masyarakat. Ini jelas menunjukkan asnaf terutamanya golongan fakir dan miskin ingin turut serta membantu masyarakat dengan kemampuan yang mereka ada. Ia ditunjukkan sebanyak 7.6 peratus responden ingin turut serta menyumbang sesuatu kepada masyarakat terutamanya di kampung masingmasing. Mereka juga berminat kerana ada kemahiran yang tersendiri walaupun tahap pendidikan mereka rendah. Kemahiran dan pengalaman mereka ada walaupun kecil tetapi sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh masyarakat seperti kemahiran menjahit pakaian, memasak dan sebagainya dan ai disumbangkan sebanyak 15.7 peratus daripada keseluruhan faktor. Akhirnya hanya 12.9 peratus responden ingin turut serta menyumbang kepada masyarakat kerana rasa bersalah tanpa membuat sebarang usaha dan hanya menanti wang zakat setiap bulan. Ini sebenarnya menunjukkan satu wujud kesedaran di kalangan mereka ingin turut serta menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam masyarakat. 469 P a g e

Jadual 9: Faktor ingin menyertai khidmat sosial No. Faktor-faktor Peratus 1. 2. 3. 4. Ingin menyumbang tenaga kepada masyarakat Ada kemahiran yang terpendam Rasa bersalah kerana terima zakat tanpa melakukan apa-apa lain-lain sebab 7.6 15.7 12.9.8 1. Merujuk kepada Jadual 1, majoriti asnaf fakir dan miskin berminat melibatkan diri dalam mengajar para ibu menjahit dan membuat kuih (28.3 %), diikuti ingin membersihkan masjid atau tanah perkuburan (22.5 %) dan ketiganya pertukangan kayu iaitu 16.8 peratus serta mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran (15.6 %). Terdapat 1.2 peratus responden ingin terlibat dalam lain-lain kemahiran seperti membantu memasak di masjid yang juga merupakan satu kegiatan yang baik terutamanya membantu pihak masjid dalam menguruskan program-program masjid. Jadual 1: Jenis kegiatan pilihan khidmat sosial No. Faktor-faktor Peratus 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran Mengajar kanak-kanak ilmu fardu ain Mengajar para ibu menjahit atau membuat kuih Membersihkan kawasan sekolah atau tadika Membersihkan kawasan masjid atau perkuburan Pertukangan kayu Kraf tangan lain-lain kemahiran 15.6 3.3 28.3 9. 22.5 16.8 6.1 1.2 1. Berdasarkan Jadual 11, didapati majoriti amil menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan konsep lokalisasi umumnya dan aktiviti khidmat sosial secara khususnya. Sebanyak 95.4 peratus amil sanggup menghadapi tambahan tugasan sebagai amil sekiranya konsep lokalisasi dilaksanakan seperti mengenal pasti potensi asnaf zakat, menziarahi asnaf secara kerap, mengadakan pelbagai aktiviti dan program keagamaan di masjid untuk masyarakat setempat khususnya dan golongan asnaf fakir dan miskin umumnya. Tugas yang bertambah perlu seiring dengan kenaikan ganjaran atas sumbangan amil. Majoriti bersetuju elaun amil ditingkatkan sekiranya konsep lokalisasi dilaksanakan di mana 88.3 peratus bersetuju berbanding 11.7 peratus tidak setuju kerana mereka ikhlas ingin membantu institusi zakat. Manakala amil sementara ini sekiranya diserap ke jawatan tetap dan diurus secara profesional, majoriti mereka juga bersetuju iaitu hampir 79.1 peratus berbanding 2.9 peratus tidak setuju. Secara umumnya golongan amil sebagai pelaksana program aktiviti sosial dapat dilakukan memandangkan majoriti daripada mereka ingin terlibat secara langsung melaksanakan konsep lokalisasi pengagihan zakat. 47 P a g e

Jadual 11: Persetujuan amil terhadap konsep lokalisasi Selangor Pulau Pinang WP Kuala Lumpur Melaka Terengganu Kedah Bertambah tanggungjawab sebagai amil Tambahan elaun untuk amil Amil profesional sepenuh masa Sanggup Tidak sanggup Minat Tidak minat Minat Tidak Minat 112 51 62 34 81 51 391 (95.4) 6 6 7 19 (4.6) 112 51 61 3 48 51 353 (88.3) 4 6 37 47 (11.7) 82 51 56 25 46 5 31 (79.1) 3 9 11 31 1 82 (2.9) Nota: Ujian Pearson χ 2 adalah signifikan pada 1% ( ) peratusan daripada jumlah keseluruhan responden IMPLIKASI DASAR Asnaf sebenarnya ingin mengubah diri mereka ke arah yang positif. Namun perlu difahami perubahan ini memerlukan masa yang amat panjang kerana ia melibatkan perubahan sikap dan budaya hidup seseorang terutamanya mereka yang fakir dan miskin. Momentum perubahan ini perlu dirangsang melalui program yang berguna dan bermanfaat anjuran institusi zakat. Pada masa kini, program keusahawanan anjuran institusi zakat adalah satu program yang baik untuk mengubah hidup mereka keluar daripada kemiskinan, namun tidak semua asnaf ingin menceburi bidang keusahawanan memandangkan cabaran yang besar perlu ditempuhi oleh bakal usahawan dan program ini sesuai dilakukan oleh golongan yang berlatarbelakangkan pendidikan, golongan lelaki (kebiasaannya), berdedikasi dan belum mencapai usia tua. Pihak institusi zakat perlu juga memberi perhatian kepada golongan kedua iaitu berlatarbelakangkan tidak berpendidikan, ibu tunggal yang sudah tua atau mempunyai anak yang masih kecil dan sebagainya yang dikatakan tidak berpotensi menjadi usahawan. Kajian ini mencadangkan mereka patut diberi peluang menjalankan kegiatan yang bersifat kemasyarakatan dan diberi elaun sebagai ganti zakat bulanan (pastikan elaun lebih daripada bantuan zakat bulanan) atau elaun tambahan kepada bantuan zakat bulanan sebagai insentif untuk memotivasikan mereka sekurang-kurangnya melakukan sesuatu pekerjaan sosial. Walaupun aktiviti sosial yang dilakukan tidaklah hebat, namun ia sekurang-kurangnya dapat mengubah cara hidup mereka daripada selama-lamanya menerima zakat sahaja. Majoriti asnaf berminat menyertai khidmat sosial. Walaupun mereka mempunyai tahap pendidikan yang rendah berbanding masyarakat sekeliling, namun mereka sebenarnya mempunyai kemahiran individu yang tersendiri yang boleh disumbangkan kepada masyarakat. Apa yang boleh diketengahkan di sini, institusi zakat perlu memikirkan satu mekanisme yang baik untuk membolehkan pihak asnaf terutamanya golongan fakir dan miskin dapat menyumbangkan tenaga mereka kepada masyarakat terutamanya yang melibatkan aktiviti dan program sosial atau kemasyarakatan. Kebaikan daripada pelaksanaan program ini, asnaf dapat berubah sikap ke arah perubahan kendiri yang positif secara perlahan-lahan mengikut potensi yang mereka ada. Keduanya mereka boleh berubah sikap dengan bergaul rapat dengan masyarakat mengikut potensi dan kemahiran yang mereka miliki. Masyarakat boleh mendapat manfaat daripada kemahiran yang mereka ada 471 P a g e

terutamanya aktiviti masyarakat yang memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi tetapi berkemungkinan dapat dikurangkan melalui pelaksanaan program ini. Pelaksanaan program ini dapat dilakukan secara efisien sekiranya wujudnya satu pemantauan yang rapat di peringkat mukim atau kampung. Oleh itu peranan amil mukim amat penting untuk menjayakan program ini memandangkan amil mukim adalah mereka yang rapat dengan masyarakat setempat, biasanya terdiri daripada imam atau jawatankuasa masjid yang mengenali modal insane penduduk kampung dan mengenali nilai budaya tempatan (Muhammad Yasir, 21). Kajian ini mencadangkan pelaksanaan konsep lokalisasi pengagihan zakat dilakukan di peringkat lokaliti atau mukim tertentu oleh amil di peringkat lokal dan diuruskan di masjid mukim tersebut. Amil yang dilantik perlulah berjawatan tetap dan pilih di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi, mempunyai pengetahuan agama yang baik dan sebagainya agar jawatan amil akan menjadi satu jawatan yang profesional dan mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan zakat terutamanya di peringkat mukim atau kampung. KESIMPULAN Pihak institusi perlu melakukan perubahan dalam program berkaitan aspek pengagihan zakat untuk memastikan keberkesanan pengagihan zakat terhadap golongan sasaran iaitu asnaf fakir dan miskin. Latar belakang golongan ini perlu dikenal pasti secara lebih dekat agar bantuan zakat yang diberikan mengikut potensi serta keupayaan mereka untuk berubah. Asnaf zakat perlu di tanam untuk berubah ke arah menjadi pembayar zakat pada masa akan datang dan mengikis sikap ingin kekal status quo sebagai penerima zakat semata-mata. Program khidmat sosial dicadangkan dilakukan terhadap asnaf yang berminat serta mempunyai keupayaan serta potensi tertentu yang sesuai dengan diri mereka dan dipantau oleh amil di lokaliti dan komuniti tertentu. Ini diharapkan akan mengubah sikap mereka menjadi positif sekurang-kurangnya dapat melibatkan diri serta menyumbang tenaga dalam kegiatan kemasyarakatan. Ini amat bermanfaat kepada diri mereka bukan sahaja berasa diperlukan malah dicadangkan diberikan elaun tertentu melebihi bantuan bulanan zakat. Ini bakal mewujudkan satu transformasi sikap penerima zakat serta menyumbang kepada pendapatan negara. RUJUKAN Abdul Aziz Muhammad, (1993), Zakat and Rural Development in Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing. Ahmad Shahir Makhtar dan Shofian Ahmad (21). Transformasi Pengurusan Zakat Di Malaysia dalam The 4th Isdev International Islamic Development Management Conference (IDMAC 21) Zakat Transformation: From Subsistence To Productive. Universiti Sains Malaysia Penang, Malaysia. 21 22 Disember 21. Anjuran: Islamic Development Management Studies (ISDEV) Aidit Ghazali (1989).Fenomenon pembayaran zakat melalui saluran tidak rasmi: satu analisis empirik. Mohd Ali Baharum (ed.) Zakat ditinjau dari perspektif sosial, undang-undang dan taksiran. Kuala Lumpur: Dunia Press Sdn. Bhd. Aniza Hussin, Sanep Ahmad. (29). Perbezaan Bantuan Modal Zakat dan Kesannya Keatas Kejayaan Usahawan asnaf di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Malaysia- 472 P a g e

Indonesia International Conference on Economics, Management and Accounting 21: Regional development in an era of Global Innovation Economy. Anjuran bersama Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Syiah Kuala Banda Acheh, Universitas Bangkulu, Universitas Muhammadiah Sukarta dan Universiti Pertanian Bogor. 25-26 November, 21 Anuar Muhamad, (28). Perception Of Academicians Toward Zakat Administration Particularly Zakat Distribution: The Case Of Selangor And Kelantan. IIUM. Unpublished Besley, T dan Coate, S. (1992) Workfare versus Welfare: Incentive Arguments for Work Requirements in Poverty-Alleviation Programs. The American Economic Review, Vol. 82, No. 1 (Mar, 1992), pp. 249-261 Gronbjerg, Kirsten A, Street, D dan Suttles, Gerald D. (1978). Poverty and social change. United States: The University of Chicago Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad and Radiah Abdul Kader (29). Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat di Malaysia: Mengapakah Masyarakat Islam Tidak Berpuashati? Jurnal Syariah. 17 (1) 29: 89-112 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (21). Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR. 4(1) 21: 141-17 Hairunnizam Wahid Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (211a). Cadangan Melokalisasikan Pengagihan Zakat di Malaysia: Peranan Institusi Masjid. Mansor Jusoh et.al Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-vi 211 Jilid I. pp. 124-137. Bangi: Penerbit Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM. ISBN 978-983- 3198-65-8 Hairunnizam Wahid, Radiah Abdul Kader & Sanep Ahmad (211b). Localization of Zakat Distribution and The Role of Mosque: Perceptions of Amil and Zakat Recipients in Malaysia. International Zakat Conference: Sustainable Zakat Development in the Poverty Alleviation and Improvement of Welfare of the Ummah 211. Bogor, Indonesia Kamus Dewan Edisi Empat (25). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Khaf, Monzer (1995). Zakat: Unsolved Issues in contemporary Fiqh. Sadeq et. al (eds.) Development and Finance in Islam. Kuala Lumpur: Zafar Press Pte. Ltd. Khaf, Monzer (1999). The performance of the institution of zakat in Theory and practice. International conference on Islamic economics towards the 21 st Century, Kuala Lumpur, April 26-3, 1999. Mantle, G dan Backwith, D. (21). Poverty and social work. British Journal of Social Work. 4: 238-2397 473 P a g e

Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi & Adibah Hasanah Abd Halim. Mobilisasi Zakat Dalam Pewujudan Usahawan Asnaf: Satu Tinjauan. Shariah Journal, 16 (Special Edition). Kuala Lumpur: Academy of Islamic Studies, University of Malaya. 28. 567-584. Mohamed Dahan Abdul Latif (1998) Zakat management and administration in Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar of zakat and Taxation di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Mohamed Izam B. Mohamed Yusof. (21). Pengurusan Zakat Di Negeri Selangor : Mengorak Langkah Meneraju Perubahan. The 4th Isdev International Islamic Development Management Conference (IDMAC 21) Zakat Transformation: From Subsistence To Productive. Universiti Sains Malaysia Penang, Malaysia. 21 22 Disember 21. Anjuran: Islamic Development Management Studies (ISDEV) Mokhtar, Shaik Ali Mohammad (23). Peranan Masjid dalam Islam.(Terj.) Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Muhammad Syukri Salleh (26). Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan Teoritis. dalam Hailani & Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Muhammad Syukri Salleh (29), " Melayu-Islam dan Sumber Kekuatan yang Diabaikan", Kalthum Ibrahim, et al. (ed.). Dunia Melayu dan Islam Satu Wacana. Bangi : Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Yasir Yusuf (21). Pengagihan Zakat Produktif Mengikut Pendekatan Maqasid Syari ah Dan Konsep CSR: Suatu Cadangan. The 4th Isdev International Islamic Development Management Conference (IDMAC 21) Zakat Transformation: From Subsistence To Productive. Universiti Sains Malaysia Penang, Malaysia. 21 22 Disember 21. Anjuran: Islamic Development Management Studies (ISDEV) Norma Md Saad dan Jarita Duasa. An Exploratory Study On Zakat As A Source Of Fund For Islamic Microfinancing. International Zakat Conference: Sustainable Zakat Development in the Poverty Alleviation and Improvement of Welfare of the Ummah 211. Bogor, Indonesia Anjuran World Zakat Forum Patmawati Ibrahim (29). Poverty success Story: Testimony From ex-zakat Recipients. Projek Penyelidikan Jangka Pendek (PJP) Universiti Malaya, 28. (FS155/28C). Laporan awal projek penyelidikan diserah kepada, IPPP University Malaya.(tidak diterbitkan). Patmawati Ibrahim dan Ruziah Ghazali (211). Zakah As An Instrument For Islamic Micro- Finance to The Productive Zakah Recipients. International Zakat Conference: Sustainable Zakat Development in the Poverty Alleviation and Improvement of Welfare of the Ummah 211. Bogor, Indonesia Anjuran World Zakat Forum Peredo, A. M., & Chrisman, J. J. 26. Toward a Theory of Community-Based Enterprise. Academy of Management Review, 31(2): 39-328. 474 P a g e

Qardawi Y. (1996). Hukum zakat-studi komparatif mengenai status dan filasafat zakat berdasarkan Quran dan hadis. Salman Harun et.al. (Terj.) Indonesia: Penerbit Litera AntarNusa Raudha Md Ramli, Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid and Farra Muna Harun (211). Understanding asnaf attitude: Malaysia s experience in quest for an effective zakat distribution programme. International Zakat Conference: Sustainable Zakat Development in the Poverty Alleviation and Improvement of Welfare of the Ummah 211. Bogor, Indonesia Anjuran World Zakat Forum Rosbi Abdul Rahman dan Sanep Ahmad (21). Keperluan Asas Berdasarkan Maqosid Alsyariah: Kearah Pencapaian Matlamat Dan Penilaian Komprehensif Agihan Zakat. The 4th Isdev International Islamic Development Management Conference (IDMAC 21) Zakat Transformation: From Subsistence To Productive. Universiti Sains Malaysia Penang, Malaysia. 21 22 Disember 21. Anjuran: Islamic Development Management Studies (ISDEV) Rosbi Abd Rahman. (211). Keberkesanan bantuan modal zakat ke arah peningkatan taraf sosio ekonomi golongan asnaf fakir dan miskin. Thesis PHD. Uniiversiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Selangor (tidak diterbitkan) Salahuddin A-Munjid (1988) Masyarakat Islam di bawah Naungan Keadilan Che Yusuf Che Mamat (terj.). Kuala Lumpur: Dewan pustaka Fajar. Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad (26). Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of Management Studies 13 (2), 175-196. Ullah Ahsan A.K.M dan Routray J.K (27) Rural poverty alleviation through NGO interventions in Bangladesh: How far is the achievement? International Journal of Social Economics Vol. 34 No. 4. pp. 237-248 475 P a g e