Mengukuhkan Tindak Balas Terhadap Krisis Bot Serantau

Similar documents
JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Panduan Polisi untuk Melindungi Mangsa Pemerdagangan. Panduan pengenalan untuk para penggubal polisi dan pengamal

Jurnal Hadhari 9 (2) (2017) ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN eissn

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

BERSIH 2.0 KOD ETIKA PENGLIBATAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-13 DAN GARIS PANDUAN KERAJAAN SEMENTARA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Undang-Undang di Malaysia dan Jaminan Hak Orang Kurang Upaya untuk Bekerja

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

SEMINAR PEBANDINGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN AKTA PELINDUNGAN PERMBERI MAKLUMAT 2010.

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Sekaligus membuktikan pihak berkuasa tidak sekadar memberi. amaran.sebaliknya serius mempertahankan keselamatan awam.

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

C. Sistem Persijilan Kendiri Asean dan Jendela Tunggal Asean. D. Pelanunan di laut dan penggubahan wang haram.

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

Amalan Pengurusan Pekerja Kurang Upaya dalam Sesebuah Organisasi Berdasarkan Undang-undang di Malaysia

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

KERTAS KONSEP SEMINAR PELANCONGAN IMT-GT MEMANFAATKAN POTENSI PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PERTUMBUHAN BARU DI BAWAH KERANGKA KERJA PELANCONGAN IMT-GT

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

Transcription:

Mengukuhkan Tindak Balas Terhadap Krisis Bot Serantau Nota Taklimat Untuk Ahli Parlimen Migration Working Group (MWG) Migration Working Group ialah sebuah jaringan pertubuhan masyarakat madani yang memperjuangkan hak golongan pendatang, pelarian, individu tanpa kerakyatan, mangsa permerdagangan manusia dan pasangan warga asing. 18 Mei 2015

Mengukuhkan Tindak Balas Terhadap Krisis Bot Serantau 18 Mei 2015 Tujuan Tujuan nota taklimat ini adalah untuk menggambarkan bagaimana Malaysia perlu memberikan respons yang sesuai kepada krisis kemanusian serantau di mana beberapa bot sedang kehanyutan di laut (serta kemungkinan bot-bot baru akan tiba), selaras dengan kewajipan antarabangsa dan rangka kerja undang-undang negara. Isu ini amat kompleks, dan memerlukan pendekatan pelbagai dimensi serta kerjasama pelbagai pihak berkepentingan serantau. Berdasarkan keadaan semasa, kami akan membentangkan cadangan untuk menangani krisis ini secara berperikemanusiaan pada peringkat Malaysia dan serantau. Mesej Utama 1. Tanggungjawab untuk membantu and menyelamat di laut: Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan operasi penyelamatan di maritim di mana-mana dan pada bila-bila masa yang mungkin. Ianya adalah suatu pelanggaran undang-undang adat antarabangsa dan undang-undang maritim antarabangsa (yang mana Malaysia adalah sebuah negara yang terikat kepada undang undang tersebut) sekiranya Malaysia dengan sengaja tidak bertindak sedemikian. 2. Menentukan status mereka yang terselamat: Setiap orang yang berada dalam bot-bot yang dalam kesukaran mempunyai hak untuk diselamatkan. Mereka ini adalah mangsa kepada pemerdagangan manusia. Kumpulan ini merangkumi pelarian, orang tanpa kerakyatan dan migran. Setelah diselamatkan, individu-individu ini perlu diberikan bantuan kemanusiaan. Kemudiannya, prosedur pemeriksaan perlu dijalankan untuk menentukan status setiap individu agar tindak balas and keperluan perlindungan yang bersesuaian dapat diberikan. 3. Keperluan untuk tindak balas serantau: Suatu pendekatan koperasi multilateralisma serantau yang kukuh diperlukan sebagai penyelesaian yang memuaskan kepada krisis kemanusiaan ini. Ini selaras dengan dasar ASEAN 'rakyat didahulukan'. Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN hendaklah komited untuk merealisasikan dasar ini. Kami mengakui kerumitan perkara ini dan Malaysia dengan sendirinya tidak mampu menyelesaikan isu-isu tersebut. Satu rangka kerja serantau diperlukan. Ianya harus merangkumi pelbagai pertimbangan dari sudut kemanusiaan, politik, undang-undang dan pembangunan dan melibatkan kerajaan, badan-badan antarabangsa dan masyarakat madani. Tumpuan perlu diberikan untuk mempertingkatkan keselamatan manusia secara individu melalui preventive diplomacy dan pengurusan konflik, menangani punca konflik, dan menggalakkan pembangunan ekonomi yang saksama. 1

Migration Working Group (MWG) Latar Belakang Di Myanmar, Rohingya menghadapi penindasan yang keterlaluan, diskriminasi dan kemiskinan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggap mereka salah satu kumpulan yang paling teraniaya di dunia. Keadaan Rohingya ditambah buruk dengan ketiadaan kewarganegaraan rasmi di Myanmar. Mereka telah dilucutkan kewarganegaraan kerana dianggap sebagai pendatang dari Bangladesh dan Bengal Barat, walaupun telah berada di Myanmar sejak sebelum kemerdekaan pada tahun 1948. Selain penafian hak kewarganegaraan, mereka menghadapi sekatan dalam kebebasan beragama, dipaksa berpindah dan dibunuh. Pada bulan Oktober 2012, Rohingya dan umat Islam lain di negeri Arakan di Myanmar mengalami serangan yang meluas dan sistematik sehingga pertubuhan hak asasi manusia seperti Human Rights Watch mentakrifkannya sebagai penghapusan etnik dan jenayah terhadap kemanusiaan. Dalam keadaan terdesak ini, Rohingya telah menaiki bot dari Bangladesh dan Myanmar, dengan harapan mencapai keselamatan. Dengan berbuat demikian, mereka telah menjadi mangsa kepada pemerdagangan manusia yang memeras, mendera dan menyeksa mereka. Terdapat laporan bahawa wanita-wanita Rohingya telah dirogol di dalam bot atau di kem-kem pemerdagangan manusia di Thailand. Ramai juga telah meninggal dunia dalam perjalanan. Dalam beberapa minggu lepas, pihak berkuasa Thai telah menemui beberapa kem sedemikian dengan berpuluh-puluh mayat di sempadan Thailand dan Malaysia. Keadaan Semasa Sejak tindakan keras atas sindiket pemerdagangan manusia di Thailand, kira-kira 1000 Rohingya dan warga Bangladesh ditinggalkan oleh penyeludup (traffickers) di luar pantai Langkawi. Mereka semua kini dalam tahanan imigresen di Kedah. Antara 6000 ke 8000 pelarian, pencari suaka dan pendatang ekonomi dari Myanmar dan Bangladesh, termasuk wanita dan kanak-kanak, kini terkandas atas bot di luar pantai Malaysia, Thailand dan Indonesia. Kerajaan ketiga-tiga negara enggan membenarkan pendaratan bot. Setakat Sabtu lalu, tentera laut Malaysia telah dilaporkan menolak tiga buah bot yang membawa ratusan pelarian dan pendatang selepas membekalkan mereka dengan bahan api dan peruntukan. Perdana Menteri telah berkata bahawa "penyelesaian di peringkat ASEAN menerusi jaringan negara anggotanya perlu diambil dalam menangani isu pelarian ethnik Rohingya sebelum ia menjadi malapetaka kemanusiaan yang lebih dashyat". Perdana Menteri telah menghubungi kerajaan Myanmar melalui Menteri Luar Negeri, dan sedang menunggu jawapan mereka. Timbalan Menteri Dalam Negeri juga telah berkata bahawa Malaysia akan terus menolak bot dan mengembalikan Rohingya kembali ke Myanmar. 2

Mengukuhkan Tindak Balas Terhadap Krisis Bot Serantau 18 Mei 2015 Tindakan yang disyorkan: Langkah Selanjutnya Kami mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil tindakan-tindakan berikut yang selaras dengan tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa dan komitmen kepada tunggak Komuniti ASEAN dalam mewujudkan masyarakat serantau yang stabil, bersepadu dan penyayang untuk mengukuhkan negara-negara ASEAN: 1. Menghentikan dengan segera penolakan bot-bot, dan jalankan operasi mencari dan menyelamat bot-bot yang masih kehanyutan di laut 1.1. Malaysia perlu segera menghentikan penolakan bot ke perairan antarabangsa dan menyelamatkan orang-orang di laut yang kebanyakannya berada di ambang kematian. 1.2. Thailand, Malaysia dan Indonesia perlu berkongsi maklumat, termasuk maklumat satelit untuk menentukan lokasi bot dan lokasi pendaratan bagi bot-bot tersebut. Kewajipan-kewajipan Malaysia: Undang-undang adat antarabangsa dan undang-undang maritim antarabangsa mewajibkan Malaysia untuk menyelamatkan mereka yang terkandas di laut, tanpa mengira status mereka. Sekiranya Malaysia mengetahui lokasi bot yang dilanda kesukaran dan bilamana operasi menyelamat boleh dilakukan secara praktikal dan tidak merbahaya, maka Malaysia mempunyai kewajipan untuk melakukan operasi menyelamat. Malaysia akan melanggar undang-undang adat antarabangsa sekiranya tidak berbuat demikian. Artikel 98, Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 mengenai Undang- Undang Laut, yang mana Malaysia adalah sebuah negara yang terikat dengan undangundang tersebut, juga menetapkan yang Malaysia mempunyai kewajipan untuk memberi bantuan kepada orang yang mengalami kesukaran di laut. Memberi bantuan merangkumi semua zon maritim dan kepada setiap individu yang mengalami kesukaran tanpa diskriminasi, termasuk pencari suaka dan pelarian. Kewajipan untuk memberi bantuan juga memerlukan pihak-pihak berkenaan untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga mereka yang masih hidup, dan membenarkan individu yang diselamatkan di laut itu dihantar ke tempat selamat dengan segera. Sebagai pihak yang terikat kepada Konvensyen Antarabangsa mengenai Keselamatan Nyawa di Laut 1974, di bawah Peraturan V, Malaysia dan lain-lain negeri yang turut terlibat (Thailand dan Indonesia) mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyelaras dan bekerjasama supaya orang yang diselamatkan di laut dibolehkan mendarat di tempat yang selamat secepat mungkin. 3

Tindakan yang disyorkan: Migration Working Group (MWG) 2. Memberi bantuan kemanusiaan dengan segera dan perlindungan kepada mereka yang telah mendarat 2.1. Memastikan mereka yang berada di bot dan mengalami kesukaran boleh mendarat di Malaysia secara selamat dengan segera. 2.2. Memastikan Rohingya diberi perlindungan daripada dikembalikan ke Myanmar sementara penyelesaian jangka panjang masih diperbincangkan. 2.3. Bekerjasama dengan UNHCR untuk mewujudkan satu sistem rasmi untuk pengenalan, pendaftaran dan dokumentasi yang akan membantu mengenal pasti status mereka yang diselamatkan (iaitu samada mangsa pemerdagangan, pelarian, tanpa kerakyatan atau pendatang). Rangka kerja undang-undang sebegini mampu menangani sebahagian daripada isu keselamatan negara. 2.4. Mewujudkan suatu pelan gerak balas kecemasan dari segi kemanusiaan yang selaras disamping memberi bantuan yang bertumpukan mangsa. Ianya perlu memenuhi keperluan segera, termasuklah rawatan perubatan, tempat tinggal, makanan dan mengesan keluarga, dengan berkerjasama dengan organisasi seperti IOM, ICRC, UNHCR dan masyarakat madani. Kewajipan-kewajipan Malaysia: Prinsip non-refoulement termaktub dalam undang-undang adat antarabangsa dimana orang-orang yang mempunyai hak untuk diiktiraf sebagai pelarian tidak boeh dihantar balik. Sebarang tindakan menghantar-balik, dalam apa jua bentuk, tidak dibenarkan. Ini termasuk menghalang orang-orang daripada memasuki sempadan, yang mungkin mendedahkan pelarian atau pemohon suaka itu kepada ancaman terhadap penganiayaan, penyeksaan, kehidupan, integriti fizikal atau kebebasan. Sebagai sebahagian daripada undang-undang adat antarabangsa, ini adalah satu prinsip yang termaktub bagi semua negara tanpa mengira samada negara tersebut adalah penandatangan Konvensyen 1951 Berkaitan dengan Status Pelarian. Sebagai pihak yang menandatangani Konvensyen Berkaitan Hak Kanak-kanak (CRC), Malaysia terikat dengan Perkara 22 untuk melindungi kanak-kanak pencari suaka dan pelarian mengikut prinsip-prinsip hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan. Malaysia terikat kepada Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW). CEDAW mengukuhkan piawaian antarabangsa berkaitan perlindungan pelarian, termasuk kemasukan. Cadangan Umum No. 32 menyeru pihak kerajaan untuk menyedari bahawa wanita, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak yang menjadi mangsa pemerdagangan mesti mempunyai akses kepada prosedur perlindungan tanpa diskriminasi atau mana-mana pra-syarat. Perbuatan menolak bot yang membawa Rohingya yang teraniaya adalah suatu pelanggaran terang-terangan terhadap prinsip-prinsip tersebut. 4

Mengukuhkan Tindak Balas Terhadap Krisis Bot Serantau 18 Mei 2015 3. Melaksanakan Suatu Rangka Kerja Serantau Tindakan yang disyorkan: 3.1. Bekerjasama dengan pihak berkuasa Bangladesh dan Myanmar untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia, dan melindungi mangsa pemerdagangan. 3.2. Sebagai Pengerusi ASEAN, mengusulkan mesyuarat ASEAN tergempar dengan segera untuk mewujudkan satu mekanisme di peringkat serantau, dimana negaranegara ASEAN boleh mengurus and membuat penyeliaan terhadap ketibaan penduduk sementara waktu ini (yakni mereka dari bot-bot). Rujukan boleh dibuat kepada The Model Framework for Cooperation in Rescue at Sea Operations involving Asylum-Seekers and Refugees proposed by UNHCR on rescue at sea operations, dan kepada UNHCR Guidelines on Temporary Protections or Stay Arrangements untuk mewujudkan suatu rangka kerja perlindungan serantau yang menyeluruh yang memerlukan pelaksanaan di peringkat kebangsaan. 3.3. Bekerjasama dengan negara-negara ASEAN yang lain dan dengan masyarakat antarabangsa: Melibatkan kerajaan Myanmar dalam perbincangan untuk menangani punca sebenar mengapa Rohingya melarikan diri, termasuklah mengurangkan keganasan etnik, meningkatkan pencapaian hak asasi manusia dan memberikan hak kewarganegaraan; Meningkatkan kesedaran dalam kalangan Rohingya akan bahayanya meletakkan nyawa mereka di tangan penyeludup (traffickers) dan perjalanan melalui laut, serta tindakan penguatkuasaan yang ketat di rantau ini terhadap orang yang terlibat dalam pemerdagangan manusia. Kewajipan-kewajipan Malaysia Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (Pindaan) 2010. Sebagai pihak yang terikat kepada Protokol untuk Mencegah, Menyekat dan Menghukum Pemerdagangan Orang Terutamanya Wanita dan Kanak-kanak, sebagai tambahan kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Jenayah Terancang Transnasional (Protokol Palermo). Sebagai Pengerusi ASEAN, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia untuk mengetuai negara ASEAN yang lain untuk mencari penyelesaian kepada krisis ini. Sebagai pihak yang terikat kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut dan Konvensyen Antarabangsa bagi Keselamatan Nyawa di Laut - Malaysia, Indonesia dan Thailand perlu memastikan bahawa adanya kerjasama dalam komunikasi dan penyelenggaraan kecemasan. 5