PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

RAHSIA RUMAHTANGGA HARMONI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

The Virtues of Surah An-Nasr

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DALAM AHKAM SYAR IYYAH JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN BINTI CHE AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI DARUL UKHUWAH, JOHOR BAHRU CHE KU SHALIHAH BT CHE KU ABDUL SATAR

ABSTRAK. menghidupkan syiar Islam di Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, kajian ini

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

KOS SARA HIDUP MAHASISWA UPM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Transcription:

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) DISAHKAN OLEH: (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 24, KAMPUNG PARIT WAHAB BENUT, 82210 PONTIAN, JOHOR DARUL TA ZIM. Nama Penyelia : USTAZ KAMARUL AZMI BIN JASMI Tarikh : APRIL 2006 Tarikh : APRIL 2006 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Tandatangan :... Nama Penyelia : USTAZ KAMARUL AZMI BIN JASMI Tarikh : APRIL 2006

i PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2006

ii PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL Tarikh : APRIL 2006

iii DEDIKASI Buat insan yang dikenang Bonda Nuraihan Binti Sulong Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanannu dalam mendidik dan membesarkanku serta sentiasa mendoakanku, sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga. Ayahanda Abdul Jamal Bin Abdul Jalil Terima kasih atas doa dan sokonganmu. Khas untuk suami tersayang Norilfairuz Bin Abdullah Terima kasih atas pengorbananmu sepanjang pengajianku di UTM yang sentiasa memberi dorongan dan kekuatan untuk meneruskan pengajian. Anakanda Izz Hakimi Bin Norilfairuz Ketahuilah ilmu dan kejayaan yang diperolehi bukan sesuatu untuk dibanggakan tetapi ilmu untuk diamalkan dan mengajak manusia untuk mencintai Allah agar selamat di dunia dan di akhirat. Sahabat Jasa dan pertolonganmu semua akan kukenang hingga akhir hayat dan semoga Allah melimpahkan rahmat buat kita semua. Terima Kasih.

iv PENGHARGAAN Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurnianya dan dengan izinnya projek ini dapat dijalankan serta disempurnakan. Selawat serta salam buat Rasulullah saw, ahli keluarga baginda, para sahabat dan sekalian mujahidin Islam. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat al-fadhil Ustaz Kamarul Azmi Bin Jasmi, selaku penyelia tesis yang banyak membantu dalam memberi bimbingan serta dorongan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga buat pelajar tahun satu sehingga tahun lima SPI di atas kerjasama yang diberikan. Tidak dilupakan juga buat suami tercinta dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berjuang di jalan Allah, serta buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu laporan ini. Segala sumbangan dan dorongan kalian akan diberkati, Insya Allah. Akhir kata, sekian terima kasih.

v ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar SPI tentang perkahwinan semasa belajar. Antara aspek-aspek yang diberikan perhatian oleh pengkaji ialah tentang latar belakang pelajar, cara pengurusan kewangan, penerimaan keluarga, dan tanggungjawab pelajar terhadap keluarga semasa belajar. Kajian ini melibatkan seramai 23 orang yang terdiri daripada pelajar tahun satu sehingga tahun lima Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). Alatan kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah soal selidik yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu bahagian A,B,C, D dan E. Maklumat yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan (SPSS) Statistical Packages Of Science Social Version 12.0 dan hasil analisis ditunjukkan dalam bentuk peratus dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden dapat menguruskan kewangan terhadap keluarga, ini berdasarkan kepada min keseluruhan iaitu sebanyak 3.66. Walaubagaimanapun min keseluruhan bagi item-item penerimaan keluarga dan masyarakat sebanyak 3.18, ini menunjukkan bahawa kedua-dua belah pihak menerima perkahwinan anak mereka semasa belajar. Manakala min keseluruhan bagi pembahagian masa terhadap keluarga pula ialah 3.91 ini menunjukkan bahawa mereka boleh membahagikan masa terhadapa keluarga dan belajar serta tanggungjawab terhadap keluarga pula min keseluruhannya ialah 3.99 ini menunjukkan bahawa mereka masih lagi menunaikan tanggungjawab yang di amanahkan kepada mereka sambil menguruskan tanggungjawab terhadap pelajaran. Hasil daripada dapatan kajian ini diharap dapat menjelaskan persepsi pelajar tentang perkahwinan semasa belajar dan menjadi pendorong kepada pelajar yang sudah berkahwin untuk meneruskan pengajian dan menguruskan tanggungjawab di dalam sebuah rumahtangga.

vi ABSTRACT This research objective is to define the perception of married SPI student s on the topic marriage while studying. The aspects focused on the research are student background, financial management, approval and acceptance of family and how their responsibility to their family while studying. This research involved by 23 students, from year one to year five who are from Bachelor of Science with Education (Islamic Studies). The instrument used is questionnaire. It divides into five sections. There are sections A, B, C, D and E. The raw data were processed by using SPSS (Statistical Packages of Science Social Version 12.0) and the result showed in percentage and frequency. Based on the over all min, that is 3.66 the result shows that respondents can manage their financial properly. However the whole min to items acceptance of family and society is 3.18. It means both of family accepted their sons or daughters weddings. While over all min of time management is 3.91. The figure approved that married student can manage their time wisely between study and family. They are also can commits and responsible with their family because the min showed it about 3.99. As the conclusion, hopefully, the research can describe students perception on marriage while studying and also motivate the other married people to pursue studying.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI CARTA SENARAI AYAT AL-QURAN SENARAI HADIS SENARAI TRANSLITERASI SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi xi xiv xv xvi xvii xviii xix BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang Kajian 6 1.3 Pernyataan Kajian 7 1.4 Objektif Kajian 8 1.5 Persoalan Kajian 8 1.6 Kepentingan Kajian 9

viii 1.7 Batasan Kajian 10 1.8 Definisi Istilah 10 1.9 Penutup 12 BAB II SOROTAN PENULIS 2.1 Pengenalan 13 2.2 Kajian Lepas 13 2.3 Keluarga dalam Islam 19 2.4 Tanggungjawab Keluarga dalam Islam 21 2.3.1 Tanggungjawab Suami 21 2.3.2 Tanggungjawab Isteri 23 2.3.3 Tanggungjawab Kaum Kerabat (Keluarga) 25 2.5 Hukum Belajar dalam Islam Ketika Berkahwin 25 2.6 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar Berkahwin Semasa Belajar 28 2.7 Masalah-masalah yang Timbul Semasa Perkahwinan 30 2.8 Pandangan Islam Terhadap Wanita yang Berkahwin dan Belajar 33 2.9 Penutup 35

ix BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 35 3.2 Rekabentuk Kajian 36 3.3 Populasi Kajian 36 3.4 Sampel Kajian 36 3.5 Instrumen Kajian 37 3.5.1 Soal Selidik 37 3.6 Tatacara Kajian 40 3.6.1 Kajian Rintis 40 3.6.2 Kajian Sebenar 41 3.7 Analisis Data 43 3.8 Jangkamasa Kajian 43 3.9 Penutup 45 BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan 46 4.2 Analisis Data dan Keputusan 46 4.2.1 Bahagian A:Latar Belakang Responden 46 4.2.2 Bahagian B:Cara Pengurusan Kewangan Terhadap Keluarga 55 4.2.3 Bahagian C:Penerimaan Keluarga dan Masyarakat 58 4.2.4 Bahagian D:Pembahagian Masa Terhadap Keluarga 62 4.3 Tahap Keseluruhan Objektif Kajian 68

x BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 74 5.2 Perbincangan 75 5.2.1 Latar Belakang Responden 76 5.2.2 Cara Pengurusan Kewangan Terhadap Keluarga 77 5.2.3 Penerimaan Keluarga dan Masyarakat 78 5.2.4 Pembahagian Masa dan Tanggungjawab Terhadap Keluarga 80 5.3 Rumusan 81 5.4 Cadangan 83 5.5 Kajian Lanjutan 87 5.6 Penutup 88 BIBLIOGRAFI 89 LAMPIRAN 93

xi SENARAI JADUAL NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Skala Likert 39 3.2 Agihan Soalan Mengikut Klasifikasi Persoalan Kajian 39 3.3 Ringkasan Tugas yang Dijalankan Sepanjang Jangkamasa Kajian 44 4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 47 4.2 Taburan Asal Negeri Responden 48 4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 48 4.4 Taburan Tahun Pengajian Responden 49 4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Latar Belakang Pendidikan Sek. Men. Rendah (PMR dan Kebawah) Responden 49 4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Pendidikan Sek. Men. Tinggi (Tingkatan 4 dan SPM) Responden 50 4.7 Taburan Bilangan dan Peratusan Lepasan SPM Responden dan Sebelum Masuk UTM 50 4.8 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Pernah Bekerja Sebelum Masuk UTM 51 4.9 Taburan Bilangan dan Peratusan Pasangan Responden adalah Pelajar atau Tidak 52 4.10 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Suami atau Isteri Tinggal Bersama 52 4.11 Taburan Bilangan dan Peratusan Jumlah Anak Responden 53 4.12 Taburan Bilangan dan Peratusan Tempoh Berkahwin Responden 53 4.13 Taburan Bilangan dan Peratusan Kerjaya Bapa Responden 54 4.14 Taburan Bilangan dan Peratusan Kerjaya Ibu Responden 54 4.15 Taburan Skor Bagi Responden yang Bergantung kepada

xii Perbelanjaan Kewangan PTPTN 55 4.16 Taburan Skor Suami Memberi Nafkah Perbelanjaan Kepada Isteri 56 4.17 Taburan Skor bagi Suami atau Isteri Membuat Mesyuarat Kewangan 56 4.18 Taburan Skor Keluarga Sebelah Suami Membantu Meringankan Beban Kewangan 57 4.19 Taburan Skor Pasangan Responden ada Bekerja untuk Menampung Pendapatan Keluarga 57 4.20 Taburan Skor Responden Memiliki Sumber Pendapatan Sampingan58 4.21 Taburan Skor bagi Sebahagian daripada Kaum Keluarga Responden tidak Menyukai semasa Berkahwin 58 4.22 Taburan Skor Keluarga Sebelah Perempuan lebih Sukar Membenarkan Berkahwin semasa Belajar 59 4.23 Taburan Skor Sekiranya Responden ada Masalah Merujuk Kepada Kaum Keluaga 59 4.24 Taburan Skor bagi Kedua-dua Belah Pihak Keluarga sering Menghubungi Responden 60 4.25 Taburan Skor bagi Ibu bapa Responden seringkali Menziarahi dan Mengambil Berat akan Keluarga Responden 61 4.26 Taburan Skor bagi Cuti Semester Responden (Suami atau Isteri) Tinggal lebih Lama di Kampung 61 4.27 Taburan Skor bagi Responden Merasa Seronok Berkahwin 62 4.28 Taburan Skor bagi Responden Melaksanakan Tanggungjawab Terhadap Keluarga dan Belajar 62 4.29 Taburan Skor bagi Responden Menyelesaikan Tanggungjawab Keluarga Dahulu Berbanding Belajar 63 4.30 Taburan Skor bagi Isteri Memahami Situasi Suami Yang Masih Belajar 63 4.31 Taburan Skor bagi Suami lebih Memahami Situasi Isteri Yang Masih Belajar 64 4.32 Taburan Skor bagi Responden Membahagikan Waktu Siang

xiii untuk Belajar dan Waktu Malam untuk Keluarga 64 4.33 Taburan Skor Suami banyak Membantu Menguruskan Rumah tangga 65 4.34 Taburan Skor bagi Suami atau Isteri Membantu Tugasan Belajar 65 4.35 Taburan Skor bagi Responden Gembira Menimang Cahayamata 66 4.36 Taburan Skor bagi Responden Gembira Bila Dapat Menjaga Sendiri Anak 66 4.37 Taburan Skor bagi Responden Kadang-kadang Bergaduh dengan Suami atau Isteri 67 4.38 Taburan Skor bagi Pasangan Responden Banyak Menyediakan Kemudahan Belajar 67 4.39 Cara Pengurusan Kewangan Terhadap Keluarga 68 4.40 Penerimaan Keluarga dan Masyarakat 70 4.41 Pembahagian Masa dan Tanggungjawab Terhadap Keluarga 71

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Rangka Kerja Kajian 42

xv SENARAI CARTA NO. CARTA TAJUK MUKA SURAT 4.1 Cara Pengurusan Kewangan Terhadap Keluarga 69 4.2 Penerimaan Keluarga dan Masyarakat 71 4.3 Pembahagian Masa dan Tanggungjawab Terhadap Keluarga 73

xvi SENARAI AYAT AL-QURAN NO. QURAN SURAH MUKA SURAT 1.1 Surah an-nisa : 1 1 1.2 Surah Yasin : 32 3 1.3 Surah al-rum : 21 4 1.4 Surah al-hujarat : 13 5 2.1 Surah as-shu c ara :11 16 2.2 Surah an-nahl : 72 18 2.3 Surah al-baqarah : 187 20 2.4 Surah at-taubah : 71 20 2.5 Surah al-baqarah : 228 22 2.6 Surah an-nisa : 34 22 2.7 Surah al-taubah : 122 26 2.8 Surah Yusuf : 76 27 2.9 Surah al-a c raf : 189 29 2.10 Surah al-nisa : 19 32 2.11 Surah al-ahzab : 33 33

xvii SENARAI HADIS NO. HADIS HADIS RIWAYAT MUKA SURAT 2.1 al-bukhari dan Muslim 24 2.2 al-tirmidhi 24

xviii SENARAI SINGKATAN S.W.T - Subhanahu Wata c ala saw - Sallallahu c alaihi wa-sallam UTM - Universiti Teknologi Malaysia SPI - Sarjana Muda Pengajian Islam Sek. - Sekolah Ren. - Rendah Men. - Menengah SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SMA - Sekolah Menengah Agama SAR - Sekolah Agama Rakyat PMR - Penilaian Menengah Rendah SPM - Sijil Pelajaran Malaysia STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia SPSS - Statistical Packages For The Social Science PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

xviii SENARAI TRANSLITERASI Huruf Hija iyyah Huruf Rumi Huruf Hija iyyah Huruf Rumi ا a ط t ب b ظ z ت t ع c ث th غ gh ج j ف f ح h ق q خ kh ك k د d ل l ذ dh م m ر r ن n ز z و w س s ه h ش sh ء ص s ي y ض d

xix SENARAI SINGKATAN S.W.T - Subhanahu Wata c ala saw - Sallallahu c alaihi wa-sallam UTM - Universiti Teknologi Malaysia SPI - Sarjana Muda Pengajian Islam Sek. - Sekolah Ren. - Rendah Men. - Menengah SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SMA - Sekolah Menengah Agama SAR - Sekolah Agama Rakyat PMR - Penilaian Menengah Rendah SPM - Sijil Pelajaran Malaysia STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia SPSS - Statistical Packages For The Social Science PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

BAB SATU PENGENALAN 1.1 Pengenalan Dalam agama Islam pelbagai ayat daripada beberapa surah dalam kitab suci al- Quran telah diturunkan dan menyentuh secara langsung tentang perkahwinan, khususnya di dalam falsafah perkahwinan. Antara ayat tersebut yang berbunyi: ي اأ يه ا ال ناس ا تق وا ر بك م ا لذ ي خ ل ق ك م م ن ن ف س و اح د ة و خ ل ق م ن ه ا ز و ج ه ا و ب ث م ن ه م ا ر ج الا آ ث ير ا و ن س اء و ا تق وا ال له ا لذ ي ت ت س اء ل ون ب ه و الا ر ح ام إ ن ال له آ ان ع ل ي ك م ر ق يب ا [Quran 1.1] Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namanya, serta peliharalah hubungan

2 (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. Surah an-nisa, 4:1; Abdullah Basmeih, 1995: 178 Berhubung dengan ayat di atas, maka perkahwinan mempunyai tujuan yang penting daripada segi menyusun pergaulan antara lelaki dan perempuan bagi mewujudkan suasana kasih sayang dan memperindahkan kehidupan. Melalui perkahwinanlah kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan antara pasangan dapat dijamin. Ayat al-quran tersebut memperlihatkan kepada kita bagaimana perkahwinan adalah sesuatu yang fitrah dan sekaligus ada kaitannya dengan persoalan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Ia juga memperlihatkan kebesaran Allah S.W.T. Salah satu perlindungan Allah S.W.T ialah dengan menurunkan rasa tenteram dan rahmah (mawaddatan-wa-rahmah) kepada seluruh keluarga yang terlibat dengan institusi perkahwinan khusus kepada suami dan isteri. Dalam Islam kebahagian rumah tangga amat berkait rapat dengan faktor bimbingan dan rahmah dari Allah S.W.T. Ini amat difahami kerana tujuan utama perkahwinan dari kaca mata Islam ialah penerusan zuriat manusia yang bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk memakmurkan bumi Allah ini (Fatimah, et. al., 2005: 588). Menurut Ahmad (2003) manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang dalam keluarga. Dalam perkahwinan, kewajipan dan peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan. Sebaliknya jika peraturanperaturan itu tidak dipatuhi sama ada kejahilan atau sengaja mengingkarinya, maka

3 pasangan itu akan sentiasa dilanda arus yang menjadikan kehidupan mereka tidak aman dan harmoni. Menurut Burhanuddin, et. al. (1999: 7) perkahwinan adalah salah satu ketentuan semulajadi (sunnatullah) yang berlaku kepada semua makhluk Allah seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sebagai makhluk Allah yang paling mulia, manusia memiliki peraturan-peraturan tertentu dalam melaksanakan sunnatullah ini. Firman Allah S.W.T yang berbunyi: س ب ح ان ا لذ ي خ ل ق الا ز و اج آ له ا م ما ت ن ب ت الا ر ض و م ن أ نف س ه م و م م ا لا ي ع ل م ون [Quran 1.2] Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. Surah Yasin, 32:36; Abdullah Basmeih, 1995: 1165 Ayat ini menjelaskan bahawa manusia diciptakan berpasang-pasangan sama ada ianya mengetahui ataupun tidak diketahuinya. Islam menganjurkan perkahwinan dan melarang segala bentuk perhubungan seks diluar nikah. Ia seharusnya melalui institusi perkahwinan dan hidup berkeluarga dengan ikatan yang berpanjangan serta berkekalan untuk bersama dan memainkan peranan di dalam kehidupan bermasyarakat (Khurshid, 1996: 14). Perkahwinan juga adalah satu pertalian dan ikatan yang khusus dan lebih kecil seperti ikatan yang terjalin melalui darah keturunan (Abdul Rahman, et. al., 1995: 31).

4 Menurut Muhammad (1997: 33) perkahwinan ialah memanjangkan zuriat dengan cara yang teratur dan sihat. Ia sebagai matlamat di dalam institusi perkahwinan. Islam menekankan fungsi perkahwinan sebagai satu jalan untuk hidup dan menjadi teman bagi memenuhi keinginan yang tertentu. Firman Allah SWT yang berbunyi: و م ن ا ي ات ه أ ن خ ل ق ل ك م م ن أ نف س ك م أ ز و اج ا ل ت س ك ن وا إ ل ي ه ا و ج ع ل ب ي ن ك م م و دة و ر ح م ة إ ن ف ي ذ ل ك لا ي ات ل ق و م ي ت ف كر ون [Quran 1.3] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Surah al-rum, 30:21; Abdullah Basmeih, 1995: 1059 Ini adalah satu bukti atau tanda kekuasaan Allah S.W.T, bahawasanya diciptakan lelaki dan pelengkapnya adalah perempuan juga daripada rusuk lelaki supaya boleh bermesra dan ada perasaan sayang-menyayangi di antara satu sama lain untuk melahirkan zuriat, inilah yang diperkatakan oleh ayat al-quran di atas. Menurut Ahmad (2003) terdapat satu lagi masalah yang menjadi persoalan ialah perkahwinan sekufu' atau setaraf. Ia diukur dari segi taraf kehidupan, sama ada mereka memiliki ilmu pengetahuan atau tidak. Ia juga akan mempengaruhi sesebuah kehidupan dalam berkeluarga sekiranya suami tidak memiliki taraf pendidikan yang baik manakala isteri memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi daripada suami, maka akan jatuh atau mengaibkan suami dengan taraf hidupnya. Mungkin disebabkan masalah ini sesebuah rumahtangga akan pincang dan berlakunya penceraian yang tidak diduga hanya kerana sekufu.

5 Menurut Zuarida (2005) `Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi', 'Sama cantik sama padan' dan `Bagai pinang dibelah dua'. Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin baru. Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan atau tidak secocok. Perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat. Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya rumahtangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari. Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan asas dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam agama Islam turut diambil kira. Firman Allah SWT berbunyi: ي اأ يه ا ال ناس إ ن ا خ ل ق ن اآ م م ن ذ آ ر و أ نث ى و ج ع ل ن اآ م ش ع وب ا و ق ب اي ل ل ت ع ار ف وا إ ن أ آ ر م ك م ع ن د ال له أ ت ق اآ م إ ن ال له ع ل يم خ ب ير [Quran 1.4] Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsabangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. Surah al-hujurat, 49:13; Abdullah Basmeih, 1995: 1387 Berhubung dengan ayat di atas Allah S.W.T menjadikan lelaki dan perempuan untuk saling kenal-mengenal di antara satu sama lain dan makhluk inilah yang paling mulia daripada mahkluk-makhluk Allah yang lain.

6 Aspek pendidikan boleh dikaitkan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah saw. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar. Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah saw mengenepikan soal darjat antara keduaduanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama (Abdul Kadir, 2002:118). 1.2 Latar Belakang Kajian Kehidupan berkeluarga adalah satu lumrah di dalam kehidupan walaupun masih belajar. Banyak terdapat rintangan dan halangan di dalam kehidupan berumah tangga. Dengan keadaan ekonomi yang pesat membangun kewangan amat penting dan menjadi sumber utama di dalam sesuatu urusan. Di dalam kehidupan berumah tangga ia memerlukan sumber kewangan yang kukuh bagi menampung perbelanjaan keluarga. Perkahwinan dapat menyatu-padukan antara satu kaum dengan satu kaum yang lain (Abd. Kadir, 2002: 22) menjalinkan hubungan di antara satu sama lain dengan saling berhubung dengan keluarga yang lain. Dewasa ini, penerimaan keluarga dan masyarakat terhadap perkahwinan mereka yang berkahwin semasa belajar. Mereka tidak boleh menerima mereka yang berkahwin semasa belajar kerana bagi mereka tidak boleh melakukan kerja di dalam dua masa yang sama. Kita jangan jahil terhadap sesuatu perkara.

7 Pelbagai cara boleh diatasi kepada masalah gejala sosial ini antaranya dengan mengamalkan cara hidup Islam dalam membina pelajar yang berakhlak dan mempunyai jati diri serta berkeupayaan untuk menghindari akan tingkah laku yang boleh membawa kepada masalah sumbang mahram ini dengan pendidikan ilmu agama yang cukup yang perlu diterapkan dalam diri, keluarga, masyarakat secara keseluruhannya. Dengan memperkayakan diri dengan ilmu yang bermanfaat, mengukuhkan akidah dan akhlak, membaca dan menghayati al-quran serta melibatkan diri dalam program-program kemasyarakatan. Seterusnya membina sikap positif dalam diri dengan bertanggungjawab, mempunyai sensitiviti yang tinggi, tidak mudah menyalahkan orang lain dan boleh mengawal diri sendiri serta keluarga. Bagi seorang suami juga perlu memainkan peranan sebagai ketua keluarga untuk memimpin sesebuah rumah tangga dan bertanggungjawab memandu keluarga ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat, menerapkan pendidikan yang efektif, menjadi role model, bersikap terbuka dan perlu meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan serta pendidikan bagi memudahkan sesuatu pengurusan dan pentadbiran di dalam hidup berkeluarga. Apa yang ingin dikupas di sini ialah sejauhmana persepsi pelajar yang berkahwin tentang perkahwinan semasa belajar memandangkan banyak tanggapan yang negatif terhadap masalah pengurusan rumah tangga semasa belajar.

8 1.3 Pernyataan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menilai sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap urusan rumah tangga semasa belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). 1.4 Objektif Kajian Di antara objektif kajian adalah seperti berikut: 1.4.1 Mengetahui persepsi pelajar tentang cara pengurusan kewangan terhadap keluarga di kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang sudah berumah tangga. 1.4.2 Melihat beberapa persepsi terhadap penerimaan keluarga dan masyarakat bagi mereka yang telah berkahwin semasa belajar. 1.4.3 Meninjau persepsi pelajar yang berkahwin terhadap pembahagian masa belajar serta melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.

9 1.5 Persoalan Kajian Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa persoalan iaitu: 1.5.1 Apakah persepsi pelajar yang berkahwin tentang urusan kewangan sama ada terhadap keluarga dan kegunaan semasa belajar. 1.5.2 Apakah persepsi pelajar yang berkahwin tentang penerimaan keluarga dan masyarakat terhadap perkahwinan semasa belajar. 1.5.3 Bagaimanakah persepsi pelajar yang berkahwin terhadap pembahagian masa belajar dan melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.