KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI MALAYSIA DARI ASPEK SOSIO PERUNDANGAN

Similar documents
PERINTAH ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH: SOROTAN KES ABDUL KAHAR B. AHMAD

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PENDEKATAN ISTITABAH MELALUI RUNDING CARA AKIDAH DI JABATAN MUFTI SELANGOR DAN PERMASALAHAN BERKAITAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PENGGUNAAN MODUL ISTITABAH DALAM MENGENDALIKAN KESALAHAN AKIDAH DI SELANGOR

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

BUTIRAN PERIBADI

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

THE PROPOGATION OF DOCTRINE OF DEVIANT RELIGIOUS TEACHINGS IN THE CYBER NET

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

Jasri Jarnal Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasnizam Hashim' Universiti Sains Islam Malaysia. Abstrak

Transcription:

KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI MALAYSIA DARI ASPEK SOSIO PERUNDANGAN 1 Zanariah Dimon, 1 Nurzatil Ismah Azizan, 1 Nazneen Ismail, 2 Hamidi Abd. Ghani, 2 Zulqarnain Hassan, 2 Nordin Mat Piah, 2 Mohd Ramizu Abdullah @ Zakaria & 3 Nurulfathonah Mohd Effendy zanariah@kuis.edu.my, nurzatil@kuis.edu.my, nazneen@kuis.edu.my 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 2 Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) 3 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ABSTRAK Kes-kes ajaran sesat dan doktrin palsu seperti Tarikat Naqsyabandiyyah, Ajaran Ayah Pin, Golongan Anti Hadis serta kes-kes murtad seperti Azlina Jailani @ Lina Joy (1997), Kamariah Ali (1999) dan Fatimah Tan (2016) menunjukkan kerosakan akidah sudah menjadi polemik yang membimbangkan dan memberi cabaran besar kepada umat Islam. Penguatkuasaan undang-undang melibatkan pensabitan kesalahan dan hukuman serta perintah istitabah.oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis prosedur istitabah bagi kes-kes kesalahan akidah. Kajian ini menggunakan metode temubual separa struktur dalam pengumpulan data melibatkan majlis agama Islam, Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti di empat zon lokasi di Malaysia iaitu zon utara (Pulau Pinang), zon selatan (Negeri Sembilan), zon Timur (Kelantan) dan zon barat (Selangor). analisis dokumen dengan membuat tinjauan khusus terhadap peruntukan undang-undang dan kes-kes permohonan keluar agama Islam serta modul pemulihan di pusat pemulihan akidah. Hasil kajian kepustakaan mendapati perintah istitabah sangat penting sebagai satu proses pemulihan akidah kepada pesalah akidah yang telah disabitkan kesalahan termasuklah dalam kes-kes percubaan murtad. Walau bagaimanapun, amalan istitabah di peringkat negeri adalah berbeza sama ada dalam bentuk kaunseling akidah atau tahanan di pusat pemulihan akidah bergantung kepada perintah hakim Mahkamah Syariah selepas penerimaan kes-kes permohonan status agama. Tiada peruntukan undang-undang yang jelas dan seragam mengenai perintah taubat (istitabah) di peringkat negeri. Justeru kajian ini akan membandingkan amalan istitabah di peringkat negeri terpilih dan mengemukakan cadangan untuk penambahbaikan amalan istitabah. 261

1. 0 PENGENALAN 4 th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai konsep awal kajian yang bertajuk Amalan Istitabah bagi Kesalahan Akidah di Malaysia Dari Aspek Sosio Perundangan. Kajian ini memfokuskan kepada amalan istitabah dari segi proses, pendekatan dan modul yang digunakan dalam undang-undang negeri bagi mereka yang memohon murtad. Manakala kesalahan akidah yang dimaksudkan ialah kesalahan yang berkait penyelewengan ajaran Islam yang bertentangan dengan syariat seperti ajaran sesat, doktrin palsu dan kesalahan yang berkait dengan murtad dan percubaan murtad. Perkataan istitabah membawa erti satu prosedur rasmi yang digunakan sebelum seseorang itu akan dijatuhkan hukum had riddah (Wan Mohd Fazrul et al. 2013: 59). Ia merupakan satu anjuran atau proses memberi peluang untuk bertaubat bagi mereka yang melakukan kesalahan dari segi syarak. Selain itu, pendekatan istitabah yang dijalankan adalah berbentuk rundingan dan khidmat nasihat akidah kepada pemohon untuk kembali menerima Islam sebagai agama dalam hidup (Ashikin et. al 2017: 23). Rentetan itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti proses istitabah atau prosedur undang-undang negeri yang telah ditetapkan terhadap mereka yang terlibat dalam kesalahan akidah. Pemilihan negeri adalah melibatkan kaedah penetapan zon dan kesesuaian kajian. Keseluruhan kajian meliputi aspek sosio-perundangan di mana ia merupakan satu kaedah penyelidikan yang menyatukan dua bidang utama iaitu sains sosial dan undang-undang kerana undang-undang dibentuk sebagai mekanisme untuk mengurus hal ehwal dan konflik yang timbul dalam masyarakat sosial. Dalam hal ini, kesalahan akidah dan istitabah dipercayai mempunyai kesan secara langsung dan tidak langsung kepada masyarakat. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Persoalan akidah bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan kerana ia berkait maqasid shari`ah iaitu dalam aspek penjagaan agama (hifz al-din). Gejala kerosakan akidah seperti ajaran salah yang sentiasa berkembang dan menular saban hari perlu dipandang serius dalam usaha memelihara akidah umat. Kes-kes ajaran salah dan doktrin palsu seperti Tarikat Naqsyabandiyyah, Ajaran Ayah Pin, Golongan Anti Hadis serta kes-kes murtad seperti Azlina Jailani @ Lina Joy (1997), Kamariah Ali 262

(1999) dan Fatimah Tan (2016) menunjukkan kerosakan akidah sudah menjadi polemik yang membimbangkan dan memberi cabaran besar kepada umat Islam. Lazimnya, fokus kajian tertumpu kepada isu-isu pendakwaan dan penguatkuasaan kesalahan akidah. Ini kerana mereka yang terlibat dengan ajaran salah dan percubaan keluar agama ini boleh didakwa melalui pelbagai peruntukan enakmen jenayah syariah walaupun hukumannya terlalu ringan berbanding dengan kemudaratannya kepada orang Islam. Umumnya, kesalahan akidah di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa, terutamanya kes murtad. Antara tahun 1994 sehingga 1997, 519 permohonan telah dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan tujuan untuk tukar nama atas alasan ingin keluar dari Islam (Farahwahida et al. t.th: 8). Dalam penulisan Pg Ismail et al. (2015: 53) permohonan keluar Islam telah dikemukakan di Mahkamah Syariah sebanyak 686 permohonan dalam tempoh dari tahun 2000 sehingga 2010. Hal ini membuktikan bahawa terdapat peningkatan permohonan murtad atau dengan kata lain fenomena murtad semakin berleluasa di Malaysia dari tahun ke tahun. Antara kes murtad yang difailkan di mahkamah ialah kes Siti Fatimah Tan bt Abdullah lwn. Majlis Agama Islam Pulau Pinang dalam Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang (2006), Majlis Agama Islam Selangor lwn. Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor (2015), Kamariah Ali & Yang Lain lwn. Kerajaan Negeri Kelantan & Satu Lagi (2002) dan Rashidah Moideen lwn. Mahkamah Tinggi Syariah Seremban (2007). Selain daripada murtad, kesalahan akidah yang lain juga termasuk penyebaran ajaran sesat dan ajaran yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada ajaran Islam yang berdasarkan al-quran dan hadis serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wa Jamaah. Berdasarkan penakrifan tersebut jelas dapat dilihat bahawa golongan yang mengamalkan ajaran sesat itu murtad dan hanya amalan atau ajaran yang diamalkan oleh mereka telah menyimpang. Berkenaan dengan penetapan murtad terhadap seseorang atau kumpulan adalah tertakluk kepada pihak berkuasa seperti institusi fatwa atau kehakiman Islam (Mohd Aizam 2015: 58). 263

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (2009: 1-26) telah menghimpunkan beberapa ajaran sesat yang melibatkan akidah Islam, antaranya Tarekat Mufarridah, Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiah Kadirun Yahya, ajaran Hassan Anak Rimau, Kumpulan Qadiani atau Ahmadiah, ajaran Bahai, al-arqam, Syiah, Tariqat Naqsyabandiah al- Aliyyah Syeikh Nazim al-haqqani, Wahdatul Wujud, kumpulan Black Metal dan ajaran Azhar bin Wahab. Menurut Mohd Aizam (2015: 64), pada akhir tahun 1999 jumlah ajaran sesat yang telah dilaporkan ke Jabatan Agama Islam di seluruh Malaysia menjangkau lebih 100 ajaran. Dato Seri Jamil Khir Baharom dalam penyata rasmi Parlimen (2012: 24) menyatakan bahawa pada tahun 2011 sebanyak lapan ajaran sesat yang masih aktif berbanding tahun 2010 sebanyak 10 ajaran sesat. Justeru itu ia menunjukkan bahawa penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam tempoh tahun 2007 sehingga 2011, sebanyak 87 tangkapan berkaitan dengan kesalahan ajaran sesat di seluruh negara yang telah dilaksanakan. Tangkapan ini merupakan kesalahankesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri yang terlibat. Antara kesalahan yang dilakukan oleh ajaran-ajaran tersebut adalah pemujaan salah, doktrin palsu, mengembangkan doktrin agama, perbuatan dan perkataan murtad, subahat dan percubaan murtad dan dakwaan palsu. Antara ajaran yang diambil tindakan ialah ketua dan pengikut kumpulan al- Arqam yang ditangkap secara beramai-ramai pada tahun 1995. Mereka didakwa terlibat dengan ajaran sesat melalui amalan Aurad Muhammadiyah. Mereka dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan diletakkan di Kem Tahanan Kamunting (Mohd Aizam 2015: 100). Antara tindakan yang dikenakan terhadap mereka ialah mengadakan siri pemulihan akidah, tetapi tidak dihadiri sepenuhnya oleh pengikut tegarnya. Antara tahun 1994 sehingga 1998 kerajaan telah mengadakan 29 siri kursus pemulihan terhadap bekas pengikut al- Arqam seramai 2152 orang (Mohd Aizam 2015: 100). Menurut Siti Zubaidah (2010: 251), terdapat pengikutnya yang menulis pengalaman bersama kumpulan terbabit dengan mendedahkan kebenaran tentang Ashaari Muhammad beserta kaum keluarganya. Malah ada juga yang cuba menghidupkannya kembali atas nama lain 264

seperti syarikat berkaitan perniagaan yang dinamakan sebagai Syarikat Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. (SRC). Selain daripada kes al-arqam, terdapat kes lain iaitu yang telah dibicara dan disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada tahun 2009 terhadap Abdul Kahar Ahmad atau dikenali sebagai Rasul Melayu dengan pelbagai kesalahan berkenaan aktiviti beliau selama ini. Antaranya kesalahan mengajar doktrin palsu, membuat dakwaan palsu dengan mengisytiharkan diri sebagai rasul, menghina agama Islam, mengingkari arahan pihak berkuasa agama dan memberi pendapat yang bertentangan dengan fatwa (Siti Zubaidah 2010: 252). Justeru itu, Mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan hukuman selama 10 tahun dan enam kali sebatan serta denda RM16 500 selepas beliau mengaku salah atas lima pertuduhan berhubung penyebaran ajaran sesat yang diasaskannya pada tahun 2006. Beliau turut diperintahkan supaya dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam untuk tempoh enam bulan terakhir hukuman tersebut. Tindakan yang dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam kesalahan akidah ini mendapat respon yang pelbagai khususnya daripada gerakan yang cenderung kepada fahaman liberal. Kumpulan ini mengemukakan pelbagai bantahan atas slogan hak kebebasan beragama dan hak asasi manusia khususnya bagi masyarakat Muslim. Antaranya, Islam Interfaith Commision (IRF) atau Inter Religious Centre (IFC), Kumpulan Artikel 11, Sister in Islam (SIS), Jaringan Islam Liberal (JIL) dan lain-lain. Mereka berpandangan para penganut agama Islam perlu diberi kebebasan beragama dan beramal mengikut kehendak tersendiri (Nazneen et al. 2017: 16). Malah terdapat usaha yang telah dilaksanakan oleh Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) dengan mengusulkan laporan COMANGO 2013 untuk semakan kedudukan Hak Asasi Manusia (HAM) di Malaysia kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dalam sesi penerimaan muktamad Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland pada tahun 2013. Antara kenyataan yang melibatkan penganut agama Islam dalam laporan tersebut adalah (COMANGO 2013: 48-51): 10.1.5. In 2011 the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) raided Damansara Utama Methodist Church (DUMC) after 265

receiving an anonymous tip that Muslims were attending a proselytization event; 10.1.6. There is no freedom of religion for Muslims of other sects as only the Sunni sect is permitted. Other Muslim sects, e.g., Shiite, are labelled as deviant and actions may be taken against them; and 10.1.9. The Malay translation of Allah, Liberty & Love was banned by the Home Minister. Religious officials arrested a Muslim bookstore manager and a Muslim director of a publishing house for distributing a publication contrary to Syariah law. Both have now been charged in the Syariah court. Daripada sejumlah isu dan kes yang berlaku ini, ia memberi gambaran bahawa kesalahan akidah telah memberikan impak terhadap sosio perundangan di Malaysia. Justeru, tumpuan perlu diperkasakan terhadap mekanisme pengawalan dan pencegahan agar garis panduan yang jelas dan seragam dapat disediakan dalam berhadapan dengan fenomena ini. Berdasarkan amalan sedia ada, terdapat perbezaan keputusan mahkamah dalam berhadapan dengan kesalahan akidah iaitu sama ada pesalah dikenakan hukuman berbentuk denda, penjara atau sebatan atau dikenakan istitabah melalui kaedah ditahan di pusat pemulihan, melalui proses kaunseling atau tiada proses pemulihan dikenakan. Perkembangan kes Abdul Kahar Ahmad atau Rasul Melayu (2009), penubuhan pusat pemulihan akidah dan usul undang-undang rehabilitasi bagi kesalahan akidah di Perlis (2000) telah menimbulkan persoalan tentang bagaimana bentuk amalan perintah taubat bagi tujuan pemulihan akidah (istitabah) bagi mengawal gejala kerosakan akidah ini dilaksanakan peringkat negeri? Adakah ia menjadi prosedur yang standard kepada semua kes-kes kesalahan akidah di peringkat negeri terutamanya yang melibatkan permohonan keluar agama Islam? Dan bagaimanakah modul pemulihan yang dilaksanakan bagi proses tersebut? Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan kepada pendekatan yang digunakan dalam proses istitabah dengan mengambilkira pelaksanaannya di peringkat negeri di Malaysia. 266

3.0 PERSOALAN KAJIAN Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan berikut: i. Bagaimanakah pelaksanaan perintah istitabah di peringkat negeri di Malaysia?; ii. Apakah sumbangan amalan istitabah terhadap hak beragama masyarakat muslim di Malaysia?; dan iii. Adakah amalan istitabah memberi kesan terhadap aspek sosio perundangan? 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Berdasar kepada persoalan kajian, pengkaji dapat membentuk beberapa objektif utama kajian yang ingin dicapai pada akhir kajian ini iaitu untuk: i. Mengkaji pelaksanaan perintah istitabah di peringkat negeri di Malaysia; ii. Mengenalpasti sumbangan amalan istitabah terhadap hak beragama masyarakat muslim di Malaysia; dan iii. Mengenalpasti kesan amalan istitabah terhadap aspek sosio perundangan. 5.0 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan khususnya sebagai nilai tambah yang berguna berkenaan dengan amalan istitabah bagi negeri-negeri di Malaysia. Amalan ini berfungsi untuk menangani golongan yang telah membuat permohonan di mahkamah syariah untuk murtad dan menyeragamkan amalan ini di seluruh negerinegeri. Oleh itu, kajian ini adalah sangat penting berdasarkan justifikasi berikut: i. Penekanan kepada amalan istitabah mengikut keperluan undangundang. Berdasarkan pembacaan pengkaji, kajian yang dibuat sebelum ini hanya berkaitan dengan aspek akidah; ii. Menganalisis proses undang-undang yang berkaitan perintah taubat di Mahkamah Syariah di peringkat negeri-negeri di Malaysia; dan 267

iii. Mengenalpasti perintah taubat (istitabah) sebagai satu kaedah alternatif yang sangat penting dalam penguatkuasaan kesalahan akidah di Malaysia. 6.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah berkenaan dengan amalan istitabah bagi kesalahan akidah di Malaysia dari aspek sosio perundangan. Oleh itu bagi mencapai objektif kajian, pengkaji memilih reka bentuk kualitatif. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan perintah istitabah di peringkat negeri di Malaysia, yang mana sebanyak empat (4) zon negeri telah dipilih. Oleh demikian, data dipungut melalui kaedah temu bual atau pemerhatian yang teliti secara mendalam. Malah, analisis dokumen turut dijalankan seperti kes-kes, kajian lepas dan sebagainya. 6.1 Kaedah Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data amat penting dalam memungut data kajian. Menurut Sunawari (2009: 65), temu bual adalah kaedah secara langsung untuk mendapatkan maklumat yang berbentuk pandangan daripada responden secara lisan atau perbualan dan direkodkan oleh pengkaji. Justeru itu, setelah diteliti kaedah yang bersesuaian dengan kajian maka teknik temu bual digunakan bagi mendapatkan data. Dalam penulisan Chua (2006: 114), kebiasaannya temu bual mempunyai beberapa jenis soalan yang berbeza mengikut kebiasaan pengkaji. Terdapat tiga jenis soalan temu bual iaitu temu bual berstuktur, temu bual semi-struktur dan temu bual tidak berstruktur. Justeru itu, dalam kajian ini, pengkaji memilih temu bual semi-struktur dengan kaedah bersemuka secara individu dengan informan kajian. Temu bual semi-struktur mempunyai format kaedah temu bual yang terletak di antara temu bual berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Pengkaji menyoalkan beberapa soalan formal yang telah dibina sebelum sesi temu bual, malahan penemubual juga mempunyai kebebasan untuk menyoal dan menjelajah lebih mendalam tentang jawapan responden terhadap soalan yang telah ditanyakan (Chua 2006: 116-117). Selain itu, hujah galakan minimum turut digunakan dalam temu bual ini, sebagai contoh hujah tersebut ialah Apakah maksud anda?..., Kemudian..., Mengapa..., Selepas itu... dan 268

seumpamanya. Malah penggunaan tembual semi-struktur dapat membantu pengkaji dalam usaha mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam. Pengkaji menjalankan temu bual terhadap berbeza individu, berlainan tempat dan waktu. Ia melibatkan tiga belas (13) orang informan daripada empat (4) zon negeri. 6.2 Pemilihan Sampel Kajian Sampel kajian dipilih dengan secara rawak diantara empat (4) zon negeri di semenanjung Malaysia. Zon-zon tersebut adalah zon utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), zon timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), zon tengah (Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan yang terakhir zon selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Bharu) (Nazarudin 2013; JPNIN t.th). Oleh demikian, pengkaji memilih Pulau Pinang sebagai wakil zon utara, Kelantan sebagai wakil zon timur, Selangor bagi zon tengah dan Negeri Sembilan sebagai wakil zon selatan. Berikut adalah gambar rajah peta pembahagian zon negeri-negeri di Malaysia: Gambar rajah 2: Peta Pembahagian Zon Negeri (Sumber: Pengkaji 2017) 269

6.3 Kaedah Penganalisian Data Setiap temu bual telah direkodkan dalam bentuk audio. Bagi memudahkan pengkaji dalam menganalisis data temu bual, audio tersebut perlu ditranskripkan dalam bentuk perkataan dan ayat demi ayat (verbatim). Menurut Ghazali et al. (2016: 471) dalam proses menganalisis data ini perlu melalui beberapa fasa. Setelah selesai mentranskripkan audio, data tersebut perlu dihantarkan ke informan untuk membuat semakan. Malah terdapat istilah lain bagi semakan iaitu validiti atau keesahan kandungan. Seterusnya penyelidik perlu menentukan tema dan kategori dengan menggunakan kod-kod yang telah ditentukan. Proses ini dilakukan secara manual dengan menggunakan prosedur program Nvivo (Ghazali et al. 2016: 472). Namun, dalam kajian ini pengkaji tidak menggunakan kaedah Nvivo kerana kekangan masa untuk mengaplikasikannya. Jika ia tetap digunakan maka ia akan menjejaskan perancangan yang telah disediakan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji hanya menlaksanakan analisis secara bertema kerana semua persoalan kajian berdasarkan tema yang telah ditentukan berdasar kepada objektif kajian. Berikut adalah tema tersebut: i. Perlaksanaan perintah Istitabah; ii. Sumbangan amalan Istitabah; dan iii. Kesan amalan Istitabah. 7.0 TINJAUAN LITERATUR Berdasarkan perundangan di Malaysia, terdapat perbezaan dari aspek prosedur penukaran agama atau permohonan murtad. Dalam penulisan Ashikin et al. (2016: 149) yang berjudul Keluar Agama Islam di Malaysia: Permasalahan dari Sudut Undang-undang dan Sopiee Shiddeq (2015: 10) berkenaan dengan Jenayah Murtad di Malaysia: Permasalahan dari Perspektif Undang-undang Syariah menyatakan bahawa Sabah telah menetapkan dua hukuman untuk kesalahan keluar agama dalam Enakmen Kesalahan Jenayah. Pertama, Seksyen 55 Kesalahan Menghina Agama Islam dan akan dikenakan hukuman penjara atau RM 2000 atau kedua-duanya. Kedua, Seksyen 63, 1995 Percubaan Murtad serta telah memperuntukkan prosedur yang perlu dipatuhi bagi orang Islam yang ingin keluar agama. 270

Melaka turut menetapkan hukuman bagi mereka yang murtad pada Seksyen 66 Percubaan Murtad. Kedua-dua negeri meletakkan kesalahan tersebut sebagai jenayah syariah tetapi mengambil pendekatan yang berbeza iaitu pemohon ditahan di Pusat Bimbingan Islam (PBI) tidak lebih daripada enam bulan untuk Melaka dan 36 bulan bagi tempoh di Sabah. Tujuan pesalah atau pemohon ditempatkan di PBI adalah untuk mendidik mereka kembali kepada Islam dan mengkehendaki mereka untuk bertaubat. Sekiranya pemohon bertaubat daripada kesalahan keluar agama maka mereka akan dibebaskan. Akan tetapi Ashikin et al. (2016: 149) menyatakan bahawa kajian lepas mendapati Pusat Bimbingan Islam (PBI) di Sabah tidak pernah beroperasi walaupun undang-undang ini wujud pada tahun 1995. Seterusnya Kelantan yang turut meletakkan hukuman sama dengan Melaka dan Sabah tetapi mempunyai perbezaan dari segi Enakmen Syariah. Bagi undangundang Negeri Kelantan kesalahan murtad tidak termasuk dalam enakmen jenayah syariah dan tetap dikenakan hukuman bagi mereka yang memohon murtad iaitu pemohon akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Islam selama 36 bulan supaya mereka melalui proses runding cara serta dikehendaki untuk bertaubat (Ashikin et al. 2016: 149). Setelah meneliti hukuman ketiga-tiga negeri ini, ia tidak memperincikan kaedah atau prosedur yang dilaksanakan. Dalam peruntukan undang-undang Negeri Sembilan telah memperincikan kaedah yang perlu dijalani oleh orang Islam yang berhasrat untuk keluar agama. Terdapat beberapa penulisan yang mengkaji undang-undang Negeri Sembilan, antaranya Ashikin et al. (2017: 15) dalam penulisan beliau Amalan Mahkamah Syariah Mengisytiharkan Status Agama dalam Kes Permohonan Keluar Islam: Kajian Kes di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, Helwa et al. (2013: 21) berjudul Kedudukan Murtad dan Penyebaran Agama Bukan Islam Menurut Perspektif Undang-undang di Malaysia: Satu Analisa Isu dan Cabaran, Ashikin et al. (2016: 149) dan Sopiee (2015: 11-12). Negeri Sembilan telah memperuntukan undangundang bagi mereka yang memohon murtad dalam bentuk prosedur dan tatacara untuk keluar Islam. Pemohon perlu membuat permohonan keluar agama Islam di Mahkamah Tinggi Syariah serta ia ditangguhkan dan dirujuk kepada Jabatan Mufti bagi mengendalikan proses taubat. Selepas itu, pemohon perlu menghadiri sesi kaunseling dan nasihat untuk bertaubat dalam tempoh 90 hari. Kes ini akan 271

ditamatkan sekiranya pemohon telah bertaubat dalam tempoh menjalani sesi kaunseling. Namun, jika pemohon tetap dengan pendiriannya untuk murtad maka pihak mahkamah akan memberikan tempoh satu tahun lagi untuk pemohon bertaubat (Ashikin et al. 2016: 150; Helwa et al. 2013: 22; Sopiee 2015: 12). Proses yang perlu dilalui oleh pemohon murtad iaitu sesi kaunseling dan nasihat yang bertujuan untuk memujuk pemohon kekal dalam agama Islam dikenali sebagai istitabah. Seperti yang telah diperbincangkan, setiap permohonan murtad di Negeri Sembilan perlu melalui Mahkamah Syariah dan diserahkan kepada Majlis Mufti serta melalui Unit Runding Cara Akidah yang akan menguruskan proses kaunseling dan taubat pemohon (Ashikin et al. 2017: 18). Namun begitu, mahkamah syariah tidak mengasingkan jenis-jenis kes yang perlu dirujuk kepada Jabatan Mufti. Ashikin et al. (2017: 19) menyatakan bahawa terdapat cadangan agar setiap pemohon diklasifikasikan terlebih dahulu dari segi latar belakang pemohon untuk mengelak daripada dakwaan yang menyatakan bahawa tujuan kaunseling adalah untuk mengekalkan pemohon dalam agama Islam sedangkan pemohon tidak pernah mengetahui atau mengamalkan ajaran Islam. Unit Runding Cara Akidah dalam Majlis Mufti yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan proses istitabah terhadap semua pemohon murtad dan menghantar laporan perkembangan pemohon. Menurut Ashikin et al. (2017: 23) di Jabatan Mufti terdapat sesi runding cara akidah yang dilaksanakan oleh saudara baharu yang berdakwah dan sebangsa dengan pemohon untuk membantu Unit Runding Cara Akidah. Penyampaian ilmu agama Islam dan perbandingan agama oleh mereka yang pernah menganut agama lain sebelum memeluk Islam adalah lebih berkesan kerana penyampaiannya merangkumi pengetahuan tentang agama lain sebelum memeluk Islam (Ashikin et al. 2017: 23). Berkenaan dengan keputusan permohonan murtad sama ada diluluskan atau tidak, ia bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah. Selain daripada prosedur berkaitan permohonan murtad, terdapat juga kesalahan yang berkait dengan ajaran selain Ahli Sunnah wa Jamaah telah dikenakan hukuman iaitu ditahan di Pusat Bimbingan Akidah. Sepertimana dalam penulisan Zubaidah (2010: 268) berjudul Menangani Ajaran Sesat di Kalangan Umat Islam: Perspektif Undang-Undang dan Pentadbiran tentang kes di Selangor iaitu Pendakwa Syarie Selangor lwn. Abdul Kahar Ahmad (2014), pesalah berusia 72 tahun yang 272

didapati bersalah atas lima kesalahan berkaitan ajaran salah, telah dihukum penjara selama sepuluh tahun, denda RM16,500 dan enam kali sebatan dan perlu menjalani proses pemulihan selepas dipenjarakan itu di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam Selangor. Beliau menjalani hukuman penjara terlebih dahulu di bawah kendalian Jabatan Penjara Malaysia dan selepas habis tempoh sepuluh (10) tahun, beliau dikehendaki menjalani proses pemulihan sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah syariah. Seterusnya di Kelantan, dalam penulisan Zubaidah (2010: 268) dengan kes Mohamed bin Ya dan Lain-Lain lwn Pendakwa Syarie Kelantan, lima orang tertuduh telah disabitkan atas kesalahan melakukan adat istiadat yang bertentangan dengan agama Islam. Mereka adalah pengikut ajaran Kumpulan Ratib Kuat Ayah Pin, sebuah kumpulan yang telah difatwakan haram di Kelantan ketika itu. Dalam rayuan mereka terhadap hukuman penjara, satu tahun, Mahkamah Rayuan telah mengubah hukuman berkenaan kepada berkelakuan baik selama tempoh tiga hingga lima tahun. Dalam tempoh berkenaan mahkamah telah mengarahkan agar mereka melaporkan diri kepada kadi jajahan tempat tinggal mereka untuk melafazkan taubat. Akan tetapi, disebabkan masalah pengurusan, ketidakselarasan arahan dan ketiadaan garis panduan taubat, maka taubat tersebut dikatakan tidak berjaya direalisasikan. Penulisan Ashikin et al. (2016: 150) dan Zubaidah (2010: 268-269) mengatakan bahawa tindakan menahan pemohon murtad di Pusat Pemulihan Akidah atau Pusat Bimbingan Islam oleh negeri-negeri tidak dinyatakan garis panduan, prosedur atau modul pemulihan yang digunakan untuk mengesahkan bahawa pemohon adalah disahkan sudah bertaubat. Pada kajian lepas berpendapat bahawa bahawa tahanan di Pusat Pemulihan Akidah seharusnya digantikan dengan beberapa siri kaunseling dengan mengambil amalan Negeri Sembilan yang digunakan dalam beberapa sesi kaunseling terhadap pemohon murtad (Ashikin et al. 2016: 150). Malah terdapat cadangan yang pernah dilontarkan untuk menggubal satu peraturan berkaitan dengan pusat pemulihan akidah harus diteliti kerana ia amat relevan untuk dilaksanakan supaya kaedah ini dapat memelihara keharmonian agama Islam dan akidah umat Islam sendiri. 273

Baru-baru ini Mais telah mengeluarkan Modul Istitabah bagi kesalahan akidah dan mencemar kesucian Islam di dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor tahun 1995 (MAIS 2017: 3) iaitu pemujaan salah (seksyen 4), mendakwa bukan orang Islam untuk mengelakkan tindakan (seksyen 5), takfir (seksyen 6), doktrin palsu (seksyen 7), dakwaan palsu (seksyen 8), mempersendakan ayat al-quran, hadis dan lain-lain (seksyen 9), menghina atau menyebabkan dipandang hina, dan lain-lain agama Islam (seksyen 10), memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat (seksyen 11) dan pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003 (seksyen 61(3)(x)). Menurut Mais (2017:3), teori yang digunakan dalam membangunkan modul istitabah adalah merujuk kepada Fiqh Islami dalam bab murtad dan istitabah bagi pesalah murtad, ilmu tasawuf, psikologi, alat pengukuran dan kaunseling syarie. Terdapat empat tahap pemulihan, antaranya saringan, rawatan dan pemulihan, pengukuhan dan sokongan. Berikut merupakan gambar rajah umum Model Istitabah Mais: Gambar rajah 1: Modul Istitabah Mais (Sumber: Mais 2017:4) Istitabah merupakan satu keperluan dalam membendung gejala murtad dalam kalangan masyarakat Malaysia. Modul yang mantap perlu digunakan bagi menyelamatkan akidah seseorang seperti kes Kahar yang mana pihak Mais telah membangunkan modul istitabah dan digunapakai kepada beliau. Namun begitu, masih terdapat beberapa negeri yang tidak mempunyai amalan istitabah yang khusus bagi 274

kesalahan akidah walaupun terdapat hukuman kepada pesalah untuk menjalani Pusat Bimbingan Islam (PBI). Oleh itu, para pengkaji perlu membuat kajian lanjut bagi mengetahui prosedur atau inisiatif yang diambil bagi menyelamatkan akidah seseorang bagi setiap negeri sebelum, semasa dan selepas perbicaraan. 8.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, kajian ini bakal fokus kepada amalan istitabah di empat zon negeri di Malaysia dengan mengambil kira beberapa aspek iaitu amalan, sumbangannya terhadap jaminan kebebasan beragama bagi Muslim serta kesannya terhadap sosio perundangan masyarakat. Kajian diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan kaedah pelaksanaan istitabah di peringkat negeri agar prinsip maqasid syariah dalam aspek pemeliharaan agama di Malaysia diutamakan. 275

RUJUKAN Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Munawar Ismail dan Mohd Nor Shahizan Ali. (2016). Mengenali Kuantitatif dan Kualitatif dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Buku 1. Malaysia: Mc Graw Hill. Farahwahida Mohd Yusof, P.M Aminuddin Ruskam, Azmi Shah Suratman, Mohd Nasir Ripin, Nur Raihan Nordin dan Sharifah Munirah Timmiati. t.th. Kaedah Penyelesaian dalam Menangani Pertukaran Agama dalam Kalangan Masyarakat Melayu-Islam di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Helwa Mohammad Zainal dan Jasri Jamal. (2013). Kedudukan Murtad dan Penyebaran Agama Bukan Islam Menurut Perspektif Undang-undang di Malaysia: Satu Analisa Isu dan Cabaran. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 17: 13-36. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2009. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bgai Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Putrajaya: Bahagian Pengurusan Fatwa, JAKIM. Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN). t.th. https://www.jpnin. gov.my/ms/jpnin-negeri. [14.9.2017]. Laporan Pemegang Amanah Mengenai Pihak Berkepentingan Malaysia, COMANGO. 2013. Bagi Sesi ke-14, Pusingan ke-2 Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia (HRC). Majlis Agama Islam Selangor. 2017. Modul Istitabah. Selangor: MAIS. Mohd Aizam bin Maz od. 2015. Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Mohd Sopiee Shiddeq. 2015. Jenayah Murtad di Malaysia: Permasalahan dari Perspektif Undang-undang Syariah. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat 19: 9-16. Nazarudin Zainun, Rahimah A. Hamid dan Mohd Kipli Abdul Rahman. 2013. Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 1 Berasal dari Akar. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia Press. 276

Nazneen Ismail, Nurulfathonah Mohd Effendy, Kamal Azmi Abd Rahman, Siti Saleha Salleh dan Indriaty Ismail. 2017. Isu Hak Kebebasan Beragama di Malaysia. ICLIJ 2017, Pusat Penyelidikan UKM di Langkawi. Nor Ashikin Md. Nasir dan Siti Zubaidah Ismail. (2016). Keluar Agama Islam di Malaysia: Permasalahan dari Sudut Undang-undang. Jurnal Penyelidikan Undang-undang Syariah. Vol 1(1): 141-154. Nor Ashikin Md. Nasir dan Siti Zubaidah Ismail. (2017). Amalan Mahkamah Syariah Mengisytiharkan Status Agama dalam Kes Permohonan Keluar Islam: Kajian Kes di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan. Kanun, Januari 2017: 1-36. Penyata Rasmi Parlimen. 2012. Parlimen ke-12, Penggal ke-5, Mesyuarat ke-3 di Dewan Negara. Bil 12, 13 Disember 2012: 24-25. Pg Ismail Pg Musa dan Siti Zubaidah Ismail. 2015. Permohonan Keluar Islam: Kajian Kes di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah. Jurnal Syariah, Jil 23, Bil 1: 53-78. Siti Zubaidah Ismail. 2010. Menangani Ajaran Sesat di Kalangan Umat Islam: Perspektif Undang-Undang dan Pentadbiran. Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil. 2: 247-276. Kes Abdul Kahar Ahmad v. Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; Kerajaan Malaysia & Anor. 2014. Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Permohonan Semakan No: 10000-103-0003-2014. Kamariah Ali & Yang Lain lwn. Kerajaan Negeri Kelantan & Satu Lagi. 2002. Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan. Majlis Agama Islam Selangor lwn. Alamelu a/p Krishnan dan Jabatan Agama Islam Selangor. 2015. Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Shah Alam. Mohamed bin Ya dan lain-lain lwn Pendakwa Syarie Kelantan. Kes Rayuan Bilangan 1/96, Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan. Pendakwa Syarie Selangor lwn. Abdul Kahar Ahmad. 2009. Mahkamah Rayuan Syariah Selangor, Shah Alam. Rashidah Moideen lwn. Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. 2007. Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. Siti Fatimah Tan bt Abdullah lwn. Majlis Agama Islam Pulau Pinang dalam Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang. 2006. 277