Titus 1:1 1 Titus 1:8. Titus

Similar documents
1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

2 Tesalonika 1:1 1 2 Tesalonika 1:9. 2 Tesalonika. Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah, Bapa kita dan dalam Isa al-masih:

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

1 Tesalonika 1:1 1 1 Tesalonika 1:9. 1 Tesalonika. Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah Bapa dan Junjungan Isa al-masih:

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Yuda 1 1 Yuda 6. Yuda. saudara Yakobus, Untuk tatapan mereka yang telah dipanggil dan dikasihi oleh Allah Bapa serta dilindungi oleh Isa al- Masih:

Efesus 1:1 1 Efesus 1:11. Efesus. Allah, Kepada semua orang salih di Efesus, iaitu orang yang beriman kepada Isa al-masih:

Janji-janji Laluan Berkhutbah

Ibrani 1:1 1 Ibrani 1:6. Ibrani. aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. 2 Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

1 Petrus 1:1 1 1 Petrus 1:9. 1 Petrus

Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

20 Muharram 1423 AH. 4 April 2002 SOALAN :

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Bahasa Melayu. 200 Soalan tentang Bible dan Al-Quran. Daniel Wickwire

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Laluan Berkhutbah. Teks: Kolose 3:12-17 (bersambung ke muka surat 2)

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

International Memory of the World Register

Alpha and Omega Apostasy in the writings of Ellen G. White. Pdt Donny Chrissutianto, PhD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

Takrifan Etika ethos

Para saudara dan saudari, saya

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Allah. Begitupun, proses kejadian 'Isa sentiasa dikaitkan sebagai kejadian yang

MAJLIS PERASMIAN DEBAT AGUNG EKONOMI Tarikh: 28 October, 1984 Universiti Malaya BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, Tuan Pengerusi Majlis,

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 1

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Amar Makruf Nahi Mungkar

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Islamic Governance: Strategies for Relevance 1

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

Tasawuf dan Kuliah Agama

APOCRYPHA 2 nd MACCABEES KING JAMES BIBLE Maccabees. Buku kedua Maccabees dalam

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Kesan Semantik Tafsiran Perkataan Islam daripada Perspektif Muhammad Asad ke Atas Konsep Muslim

Syarah Hikam (Inbnu Abbas)

ADAB UNGGUL ISLAM DALAM PERSAHABATAN ANTARA INSAN (Islamic Outstanding Manners in Friendship Amongst Human)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Aplikasi Konsep Ta awun Dalam Praktis Kerja Sosial di Malaysia

The Islamic Estate Planning Specialist. FAQs. Frequently-asked questions [Soalan Lazim]

PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL PENGAJARAN SAUDARA BARU

PENILAIAN PENGETAHUAN

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Ulasan Buku / Book Review

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

MODUL LATIH TUBI SPM 2006

A SOCIO-PRAGMATIC ANALYSIS ON EXPRESSIVE UTTERANCES IN ACTION FILM AND ITS TRANSLATION

SOLAT SUBUH BERJEMAAH DALAM KALANGAN MAHASISWA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) : SATU PEMERHATIAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOMAIN ILMU PENDAKWAH MASYARAKAT ORANG ASLI

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

AN ANALYSIS OF FEMINISM AS REFLECTED IN LOUISA MAY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

HAPPINESS PART OF UTM DNA PROFESSOR IR DR MOHD AZRAAI KASSIM PEMANGKU NAIB CANSELOR

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Transcription:

Titus 1:1 1 Titus 1:8 Titus 1 Surat ini daripada Paulus, sebagai hamba Allah dan rasul Isa al-masih demi iman semua orang pilihan Allah dan pengetahuan akan kebenaran yang menghasilkan kesalihan. 2 Iman dan pengetahuan itu berasaskan harapan untuk memperoleh hidup yang kekal. Allah tidak berdusta, Dia telah menjanjikan hidup ini sebelum permulaan zaman. 3 Pada masa yang telah ditentukan, Allah menyatakan janji itu melalui perkhabaran-nya yang diamanahkan kepadaku. Aku menyebarkan perkhabaran ini dengan perintah Allah Penyelamat kita, 4 Kepada Titus, kamu seperti anakku sendiri dalam iman kita yang sama: Semoga Allah Bapa dan Isa al-masih Penyelamat kita menganugerahimu kasih kurnia dan sejahtera. Tugas Titus di Kreta 5 Aku telah meninggalkanmu di Kreta supaya kamu dapat melaksanakan segala hal yang masih perlu diselesaikan serta melantik tua-tua di setiap kota seperti telah kuarahkan kepadamu. 6 Seorang tua-tua hendaklah tidak bercela, dan beristeri seorang sahaja, manakala anakanaknya haruslah hidup beriman dan tidak dapat dituduh berkelakuan liar serta ingkar. 7 Ini perlu kerana seorang penyelia jemaah memegang tugas mengendalikan pekerjaan Allah. Oleh yang demikian, dia mestilah tidak bercela tidak menindas orang lain, tidak pemarah, tidak pemabuk, tidak ganas, dan tidak rakus. 8 Dia haruslah bersifat mesra, mencintai kebaikan, pandai menguasai

Titus 1:9 2 Titus 1:16 diri, tulus, suci dan berdisiplin. 9 Dia mesti berpegang teguh kepada perkhabaran yang layak dipercayai serta selaras dengan asas iman. Dengan demikian dapatlah dia menggalakkan orang menerima ajaran yang benar dan menunjukkan kesilapan mereka yang menentang ajaran itu. 10 Ini kerana adanya ramai pemberontak, orang yang bercakap kosong dan penipu, terutamanya orang yang dahulunya daripada mazhab persunatan. 11 Mulut mereka mesti ditutupkan kerana mereka telah memesongkan seisi keluarga orang dengan mengajar ajaran yang tidak patut untuk mendapat keuntungan yang haram. 12 Seorang nabi mereka dari Kreta pernah berkata, Orang Kreta pembohong. Mereka rakus dan malas laksana binatang buas. 13 Kata-kata itu memang benar. Oleh itu tegurlah dengan tegas sesiapa yang menyebarkan ajaran palsu, supaya mereka tetap berpegang teguh kepada ajaran yang benar, 14 dan tidak terpengaruh dengan cerita karut orang Yahudi atau perintah-perintah yang dikenakan oleh orang yang menolak ajaran yang benar. 15 Bagi orang yang suci, segala-galanya suci. Sebaliknya bagi orang yang fikirannya dinodai dosa dan tidak percaya akan kebenaran, tiada suatu pun yang suci, kerana jiwa dan hati nuraninya sudah tercemar. 16 Mereka mendakwa mereka mengenal Allah, tetapi perbuatan mereka tidak membuktikan dakwaan ini. Mereka terkutuk, ingkar kepada Allah, dan tidak dapat melakukan sesuatu yang baik. Tanggungjawab orang tua dan muda 2

Titus 2:1 3 Titus 2:14 1 Kamu harus sampaikan ajaran yang selaras dengan asas kepercayaan yang benar. 2 Nasihatilah lelaki yang lebih tua supaya hidup sederhana, dihormati orang, mempunyai penguasaan diri, kuat beriman, penuh dengan kasih dan kegigihan. 3 Seterusnya, nasihatilah perempuan yang lebih tua supaya berkelakuan santun: jangan menjadi pengumpat, peminum, sebaliknya ajarkanlah kebaikan. 4 Dengan demikian dapatlah perempuan yang lebih tua membimbing perempuan muda supaya mengasihi suami dan anakanak, 5 pandai mengawal diri, suci, menjadi suri rumah yang rajin, baik hati, dan taat kepada suami. Maka tidaklah dapat orang mencela perkhabaran Allah. 6 Orang lelaki muda pula, nasihatilah mereka supaya mengawal diri. 7 Jadilah teladan kepada mereka dengan melakukan perbuatan yang baik. Ajarlah mereka dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh 8 dan gunakan kata-kata bijak yang tidak dapat dicela, supaya musuhmu malu kerana gagal mencari kesalahan kita. 9 Ajarkan hamba supaya mematuhi perintah dan menyenangkan hati tuannya dalam semua perkara. Hamba tidak harus membantah 10 atau mencuri, sebaliknya hendaklah sentiasa amanah sehingga dalam segala hal mereka menjadikan ajaran tentang Allah Penyelamat kita itu menarik. 11 Hal ini demikian kerana kasih kurnia Allah yang menyelamatkan seluruh umat manusia telah nyata. 12 Kita diajar supaya hidup warak, tidak memburu hal-hal duniawi, mengawal diri, ikhlas, dan menghormati Allah pada zaman ini. 13 Kita sedang menunggu Hari yang kita harap-harapkan, ketika kemuliaan Allah Maha Besar dan Isa al-masih Penyelamat kita akan terserlah. 14 Al- Masih telah mengorbankan nyawa-nya untuk membe-

Titus 2:15 4 Titus 3:9 baskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, menjadikan kita milik-nya serta mendorong kita berbuat baik. 15 Ajarkanlah segala ini, dan galakkan serta tegur semua yang mendengar kata-katamu dengan penuh wibawa. Jangan biarkan sesiapa memandang rendah kepadamu. 3 Melakukan apa yang baik 1 Nasihati jemaahmu supaya taat akan pemerintah dan penguasa, serta sentiasa bersedia melakukan kebaikan. 2 Larang mereka mengumpat atau bertengkar, dan dorong mereka bersikap ramah-tamah serta lemah lembut kepada semua orang. 3 Dahulu kita juga bodoh, ingkar dan sesat. Kita dikuasai pelbagai nafsu dan keinginan. Kita hidup dengkimendengki dan benci-membenci. 4 Tetapi Allah Penyelamat kita menunjukkan kasih dan ihsan-nya kepada kita. 5 Allah menyelamatkan kita, bukan kerana kebenaran yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-nya. Dia menyelamatkan kita melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan yang dilakukan Roh Suci. 6 Allah melimpahkan Roh Suci itu kepada kita melalui Isa al-masih, Penyelamat kita. 7 Maka dengan kasih kurnia-nya kita sudah dibenarkan untuk menjadi anak waris yang mendapat hidup kekal yang kita harapkan. 8 Kata-kata ini benar. Berikanlah perhatian terhadap halhal tersebut, supaya orang yang beriman kepada Allah berusaha sepenuhnya untuk melakukan segala yang baik serta bermanfaat kepada semua orang. 9 Sebaliknya, jauhilah perbahasan yang sia-sia, perbuatan menyusur-galur nenek moyang, pertengkaran dan

Titus 3:10 5 Titus 3:15 pertikaian tentang hukum Taurat. Segala ini tidak membawa faedah. 10 Berikan amaran kepada sesiapa yang menyebabkan perpecahan di kalangan jemaah. Nasihati dia sekurang-kurangnya dua kali; jika dia tidak berubah, jauhilah dia. 11 Kamu tahu bahawa orang yang demikian itu sesat dan berdosa; dia menjatuhkan hukuman atas dirinya sendiri. Salam akhir 12 Apabila aku mengutus Artemas atau Tikhikus kepadamu, cubalah seberapa daya mengunjungiku di Nikopolis, kerana aku telah membuat keputusan akan berada di situ pada musim dingin. 13 Berikanlah sepenuh bantuan kepada peguam yang bernama Zenas dan kepada Apolos, supaya mereka dapat memulakan perjalanan tanpa kekurangan apa-apa. 14 Jemaah kita haruslah mengamalkan kebajikan untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan. Dengan demikian bergunalah hidup mereka. 15 Semua saudara yang bersamaku berkirim salam kepada sahabat-sahabat seiman. Semoga kasih kurnia Allah menyertai kamu semua.

6 Kitab Suci Zabur dan Injil Contextualized New Testament in the Malay language of Malaysia. Copyright 2013 Pengamat Kitab Mulia Language: Bahasa Malaysia (Malay) This translation is made available to you under the terms of the Creative Commons Attribution-No Derivatives license 4.0. You may share and redistribute this Bible translation or extracts from it in any format, provided that: You include the above copyright and source information. You do not make any derivative works that change any of the actual words or punctuation of the Scriptures. Pictures included with Scriptures and other documents on this site are licensed just for use with those Scriptures and documents. For other uses, please contact the respective copyright owners. 2014-04-01 PDF generated using Haiola and XeLaTeX on 30 Nov 2017 from source files dated 28 Nov 2017 648b665b-0b0d-5152-8152-17df023a0827