ISU PENETAPAN HARGA EMAS DALAM TRANSAKSI AKAUN EMAS DI BANK

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnu

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

GARIS PANDUAN SEBAGAI RUJUKAN PELANGGAN DALAM MEMOHON PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM

TABLE OF CONTENTS. Original Literary Work Declaration Form...ii. Abstract...iii. Abstrak...iv. Acknowledgements...v. Table of Contents...

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak MusharakahMutanaqisah

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

2. PENDIDIKAN DARIPERSPEKTIF ISLAM:UiTM MENGHADAPI ALAFBARU f Oleh Prof. Madya Dr. Yaacob Yusoff)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

Aplikasi Prinsip Wa d Dua Hala dan Cadangan Penerokaannya dalam Lindung Nilai

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SUKUK CREDIT RATING DI MALAYSIA: PERBANDINGAN DI ANTARA RAM DAN MARC. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2

Jurnal Teknologi. Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah.

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Mengukur Risiko Kabur Kadar Tukaran Asing (Measuring Fuzzy Foreign Exchange Rate Risk)

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ISU-ISU SYARIAH TERHADAP BITCOIN: SATU SOROTAN AWAL

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Perbandingan Tawarruq dengan Bay Salam sebagai Instrumen Pembiayaan Peribadi Islam

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

Polisi ipad Pensyarah

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

METRIK DAN INDEKS KESELAMATAN LAMAN SESAWANG: SATU KAJIAN KES TERHADAP INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Plat Kaca Terma & Syarat

Transcription:

ISU PENETAPAN HARGA EMAS DALAM TRANSAKSI AKAUN EMAS DI BANK MUHAMMAD ANIS BIN MOHD ARSHAD Universiti Kebangsaan Malaysia anis.ibnarshad@gmail.com ABSTRAK Pelaburan merupakan satu cara untuk mengembangkan harta pemilikan seseorang daripada sesuatu jumlah kepada jumlah yang lebih banyak. Antara instrumen pelaburan yang popular pada hari ini ialah pelaburan melalui akaun emas yang ditawarkan di bank-bank. Pelabur tidak perlu menyimpan emas fizikal dan secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kecurian dan kehilangan. Selain itu, ia memberikan pulangan yang baik dengan risiko yang rendah kerana trend harga bagi emas adalah stabil dan sentiasa berada dalam jajaran menaik untuk jangka masa panjang. Oleh yang demikian, kajian ini akan membincangkan beberapa isu yang timbul dalam kaedah penetapan harga jualan, belian dan susut nilai emas di bank-bank yang menawarkan akaun emas samada ia bertepatan dengan syarak dan undang-undang konvensional serta garis panduan yang telah ditetapkan untuk institusi perbankan ataupun sebaliknya. Ini adalah kerana nilai emas itu merupakan teras kepada pelaburan yang menentukan keuntungan dan kerugian dalam pelaburan ini. Kajian ini diharap dapat memberi pendedahan kepada pelabur dan pihak bank berkenaan penetapan harga yang tidak teratur dan konsisten boleh mendedahkan risiko kerugian terhadap pelabur. Kata Kunci: Akaun Emas, Bank, Penetapan Harga, Susut Nilai ABSTRACT Investment is a way to develop one's property ownership from a sum to a larger amount. Among today's popular investment instruments are investment through gold accounts offered in banks. Investors should not store physical gold and indirectly reduce the risk of theft and loss. In addition, it provides good returns with low risk as the price trend for gold is stable and is always in the upside range for the long term. Therefore, this study will discuss some of the issues that arise in the method of selling, buying and depreciating gold prices at banks offering gold accounts whether they coincide with Islamic law and conventional laws and guidelines set for banking institutions or vice versa. This is because the value of gold is the core of an investment that determines profit and loss in this investment. The study is expected to provide exposure to investors and banks on irregular pricing and consistently can disclose the risk of losses to investors. Keywords: Gold Account, Bank, Pricing, Depreciation 209

PENDAHULUAN Pelbagai jenis pelaburan yang wujud pada hari ini berpunca daripada keinginan manusia sejagat untuk memperbanyakkan pemilikan harta. Namun begitu perbezaan kaedah dipilih oleh individuindividu bagi mengembangkan aset sesuai dengan modal, kebolehan dan risiko sesuatu pelaburan yang bakal ditanggung. Bagi individu yang beragama Islam pula perlu tertakluk kepada satu kriteria yang penting iaitu perlu bertepatan dengan undang-undang Muamalat Islam. Muamalat Islam adalah semua perkara syariat yang berkaitan dengan urusan keduniaan. Ia juga merujuk kepada aktiviti harian individu seperti jual beli, tukaran barangan, pelaburan dan sebagainya. Muamalat Islam berupaya untuk memenuhi tuntutan fitrah manusia itu sendiri supaya dapat memudahkan perjalanan kehidupan seharian dengan berpandukan sumber-sumber autoriti utama yang disepakati bagi umat Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma Ulama dan Qias (Mustafa al-khin, Mustafa al-bugha, Ali al-syarbaji, 1992). Dengan mengamalkan muamalat Islam yang sebenar, seseorang individu atau secara umumnya masyarakat Islam itu sendiri dapat mengelakkan berlakunya ketidakadilan dalam melakukan urusan sesama manusia dan yang paling utama adalah untuk menjadikan segala urusan dunia sentiasa berada pada landasan yang sebenar dan tidak pula membelakangi perintah Allah SWT. Ini adalah kerana segala sesuatu yang dilakukan oleh setiap manusia yang bergelar muslim adalah bertujuan untuk mencari keredhaan Allah SWT. Antara produk kewangan Islam yang sedang meningkat naik dan banyak ditawarkan di institusi kewangan di Malaysia ialah pelaburan melalui akaun yang didasarkan oleh pembelian emas sebagai aset. Trend harga emas dunia yang sememangnya dalam jajaran menaik dalam jangka masa panjang telah menarik minat ramai pelabur untuk melabur dengan menyimpan emas sebagai pelaburan jangka masa panjang yang berisiko rendah. Tambahan pula harga jualan emas satu gram terkini masih berada pada tahap rendah (RM177.38, 2hb Oktober 2017) telah menarik minat masyarakat untuk melabur dalam komoditi ini. Secara amnya, pelaburan emas di Malaysia terbahagi kepada dua. Yang pertama ialah pelaburan emas fizikal yang dibeli secara fizikal dan disimpan oleh pelabur. Pada kebiasaannya emas fizikal dibeli di kedai-kedai atau syarikatsyarikat yang menjual emas dalam bentuk barang kemas, syiling emas dan jongkong emas. Yang kedua pula ialah melabur dalam akaun simpanan emas yang kebiasaannya hanya ditawarkan oleh institusi perbankan. Pelabur akan membeli emas mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli oleh pelabur akan dicatatkan dalam buku akaun emas. Namun begitu, terdapat bank yang membenarkan pengeluaran emas secara fizikal bagi akaun emas dan ada juga yang hanya merekodkan kuantiti emas dan tidak boleh mngeluarkan emas tersebut secara fizikal. Ini menyebabkan kemungkinan berlakunya ketidakwujudan emas tersebut dalam pemilikan bank untuk dijual. Bukankah ianya sesuatu ketidakadilan bagi pihak pelabur dan perkara ini tidak dibenarkan dalam muamalat Islam disebabkan berlakunya penjualan aset yang tidak dikenalpasti kewujudannya. Selain itu, kesemua bank yang menawarkan akaun emas ini merupakan ahli kepada Perbadanan Insurans dan Deposit Malaysia (PIDM) tetapi malangnya produk-produk akaun emas ini tidak ada satupun yang dilindungi oleh PIDM yang mana ia mewujudkan kemungkinan risiko yang tidak diduga oleh pelabur yang tidak berwaspada terhadap perkara ini. Ia juga boleh 210

menyebabkan pelabur kehilangan segala pelaburannya melalui akaun emas ini sekiranya bankbank ini muflis pada masa akan datang. Tambahan pula, tidak ada satu undang-undang yang khusus yang boleh mengawal selia segala amalan yang berkaitan dengan produk akaun emas ini dari aspek kewujudan emas, penawaran harga dan sebagainya. Ini telah menyebabkan pihak bank dengan sendirinya boleh menetapkan segala polisi berkenaan amalan kerja bagi menyediakan pelaburan akaun emas ini. Penetapan yang berlaku secara tidak selaras pada akhirnya boleh menyebabkan kerugian kepada pihak pelabur. Pelabur yang bijak tidak akan melabur di dalam sesuatu pelaburan yang wujud ketidaktentuan yang boleh menyebabkan kerugian dan pengurangan aset mereka. Jika hal ini berlarutan, ia boleh mencacatkan pengembangan industri pelaburan negara ini sekiranya pelabur merasakan industri pelaburan di Malaysia tidak dapat memberikan jaminan yang sewajarnya terhadap pelaburan mereka. SOROTAN LITERATUR Pelaburan dalam konteks dunia hari ini merupakan salah satu daripada cabang pengembangan ekonomi yang perlu dititik beratkan oleh setiap individu. Antara pelaburan yang popular pada hari ini ialah pelaburan bahan galian berharga seperti emas dan perak. Disebabkan emas dan perak mempunyai nilainya yang tersendiri, emas dan perak turut dijadikan medium pertukaran dalam transaksi urusniaga pada zaman sebelum wang kertas diperkenalkan. (Levintal dan Zeira, 2009). Wang kertas fiat pada permulaannya telah disandarkan kepada nilai emas. Seperti yang dimaklumi, wang kertas telah diperkenalkan selepas tahun 1870 yang mana menyebabkan wang emas dan perak telah ditukar kepada sistem kadar pertukaran wang kertas bersandarkan emas. Pada permulaannya wang kertas digunakan sebagai resit bagi menebus balik nilai emas masingmasing yang tersimpan di bank berdasarkan nilai yang tercatat padanya. Pada akhir perang dunia kedua (2hb September, 1945), telah termeterai perjanjian Bretton Woods yang menyandarkan USD35 pada setiap satu auns emas. Setiap cetakan wang kertas mestilah bersandarkan jumlah emas yang tertentu. (Hakimi Ibrahim, 2004). Namun begitu, pada tahun 1971, Presiden Nixon telah memutuskan hubungan antara emas dengan wang kertas Dolar Amerika Syarikat. Maka selepas tarikh tersebut, sistem matawang telah bertukar kepada sistem matawang kadar terapung iaitu tidak lagi disandarkan kepada nilai emas. Nilai wang kertas ditentukan berdasarkan nombor yang tercatat di atas nota kertas tersebut dan tidak lagi boleh ditukar dengan emas di bank. Oleh yang demikian, emas tidak lagi diguna pakai dalam transaksi urusniaga sebagai medium pertukaran tetapi hanya menjadi logam yang mempunyai nilai tinggi kerana sifat kimianya yang tersendiri dan ianya boleh digunakan dalam pelbagai kegunaan seperti dalam pembuatan mikrocip disebabkan sifatnya sebagai pengalir elektrik yang sangat baik. Emas disimpan dalam bentuk fizikal sebagai simpanan yang bersifat pelaburan yang mendatangkan fungsi dan kelebihan lain dan bukannya sebagai medium pertukaran seperti sebelumnya. Antara kelebihan dan kebaikan penyimpanan emas ialah; (Louis Ng 2009, 183): 1. Sebagai penyimpan kekayaan yang terunggul. 2. Sebagai pelaburan kerana harga emas yang meningkat dari masa ke semasa. 211

3. Mas kahwin. 4. Sebagai hadiah kepada seseorang. 5. Perlu membayar zakat yang dapat meningkatkan ekonomi umat Islam. Baur dan Lucey (2009) telah mengkaji dan dapat membuktikan bahawa penyimpanan emas adalah salah satu daripada cabang pelaburan yang menjadikannya sebagai aset yang bersifat selamat dalam kemelut ketidaktentuan ekonomi. Bialkowski, Bohl, Stephan, dan Wisniewski (2013) menjelaskan bahawa krisis minyak dan juga pergolakan geopolitik yang telah disebabkan oleh peperangan Iran-Iraq dan juga pencerobohan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan pada tahun 1979 hingga 1982 telah menyebabkan ledakan harga emas dunia. Pasaran kewangan terpaksa mencari pelaburan yang lebih stabil sewaktu berlakunya krisis ketidakstabilan ekonomi dunia sebagai alternatif. Ini menunjukkan bahawa nilai emas adalah stabil ketika berlakunya keadaan inflasi yang teruk berbanding pelaburan lain dan hal ini telah disokong oleh Baker dan Van-Tassel (1985) bahawa harga emas bergantung pada kadar inflasi pada masa akan datang. Ini bermakna kadar inflasi yang tinggi dapat menaikkan lagi harga emas disebabkan faktor permintaan yang tinggi terhadap komoditi ini. METODOLOGI PENYELIDIKAN Metodologi penyelidikan ialah kaedah yang akan digunakan sama ada untuk mengumpul data atau menganalisa data. Penghuraian perkara ini merupakan medium utama untuk melihat kaedahkaedah yang dirangka boleh mencapai objektif yang ditentukan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mengutamakan kaedah deskriptif yang melibatkan kajian mendalam dan menyeluruh berkaitan sesuatu perkara yang dikaji. Metode Pengumpulan Data Dalam kajian ini, penekanan diberikan kepada aspek pengumpulan maklumat dan data yang bertepatan dengan tajuk kajian khususnya yang berkaitan dengan isu dalam penetapan harga emas dalam transaksi akaun emas mengikut undang-undang konvensional serta syarak dan analisis terhadap prinsip yang diguna pakai dalam amalan bank-bank yang menawarkannya. Oleh itu, antara metode yang diguna pakai untuk mengumpul dan mendapatkan data serta maklumat yang berkaitan ialah metode penyelidikan perpustakaan, metode dokumentasi dan metode historis. PELABURAN AKAUN EMAS DALAM INSTITUSI PERBANKAN Pelaburan melalui akaun emas adalah cabang baru dalam industri pelaburan di Malaysia. Disebabkan itu, beberapa buah bank telah mengambil inisiatif bagi mewujudkan pelaburan berkaitan emas dengan mewujudkan akaun emas yang berfungsi sebagai akaun yang menyimpan segala butir bagi pelaburan emas di bank tersebut. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelabur-pelabur untuk melabur dalam komoditi emas tanpa bersusah payah memikirkan tentang keselamatan emas yang dibeli. Namun begitu, pelabur yang bijak akan mengambil kira soal kesahan pelaburan yang ingin dimulakan dari sudut undang-undang dan khusus bagi pelabur muslim perlu mengambil kira kehalalannya dari sudut syarak. Terdapat dua jenis akaun yang ditawarkan di dalam institusi perbankan pada hari ini iaitu 212

akaun emas patuh Shariah dan akaun emas yang tidak mendapat pengesahan patuh Shariah. Namun begitu, akaun emas patuh Shariah juga tidak terlepas daripada beberapa isu fiqh yang timbul sekitar permasalahan dari sudut pengamalan bank. Akaun emas patuh Shariah contohnya yang ditawarkan di Kuwait Finance House (KFH) Malaysia menerapkan konsep Bai As-Sarf dan Qardhul Hasan. Bai As Sarf Bai As Sarf membawa maksud jual beli atau pertukaran mata wang. Sarf adalah transaksi pertukaran atau penjualan sesuatu barangan yang bernilai dengan sasuatu nilai yang lain yang mana meliputi transaksi emas dengan emas, perak dengan perak dan emas dengan perak. Nilai yang dimaksudkan adalah sesuatu harga dan kualiti yang wujud pada sesuatu barang itu dengan sendirinya dan dengan sifat nilai itu menyebabkan ia diklasifikasikan sebagai item ribawi. Contohnya, emas dan Ringgit Malaysia mempunyai nilainya yang tersendiri. Syarat kesahan Bai As Sarf adalah segala serah terima hak berkaitan item ribawi perlu dalam satu majlis. Ibnu Qudamah (1986) dalam Al Mughni menyatakan bahawa Ibnu al-mundzir berkata yang mana semua ahli ilmu yg masyhur sepakat bahawa dua orang yang melakukan jual beli sarf, jika keduanya berpisah sebelum menerima apa yang ditukarkan, maka pertukaran tersebut adalah rosak dan tidak sah. Dalilnya adalah daripada hadis Rasulullah SAW: Maksudnya: Menjual emas dengan perak adalah riba kecuali dengan tunai. (Riwayat Nasa i: Hadis No.4558.) Al Qardhul Hasan Al-Qardh Al-Hasan gabungan dari dua kata, al-qardh dan al-hasan. Menurut bahasa al-qardh berasal dari kata al-qat u yang berarti potongan. Iaitu harta yang diberikan kepada muqtarid (yang di beri pinjam), dinamakan dengan qardh kerana pemilik memotong sebahagian hartanya untuk diperdagangkan dan memperoleh sebagian keuntungannya. Al-qardh secara bahasa juga boleh di ertikan dengan sebahagian pinjaman atau hutang, sedangkan al-hasan bermaksud baik. Apabila digabungkan al-qardh al-hasan bererti pinjaman yang baik. Dalam menjelaskan al-qardh al-hasan para ahli fiqh muamalat menggunakan istilah qardh. Sayyid Sabiq dalam buku Fiqh Sunnah menyebutkan bahawa al-qardh adalah harta yang dipinjamkan seseorang kepada orang lain untuk dikembalikan setelah ia memiliki kemampuan. Dasar-dasar hukum yang digunakan dalam pelaksanaan sistem ini adalah berdasarkan beberapa ayat-ayat yang diambil daripada al-qur an. Diantaranya seperti dalam firman Allah yang telah digambarkan secara umum mengenai pinjam meminjam adalah seperti berikut: Maksudnya: Dan tolong menolong kamu dalam berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong untuk berbuat dosa dan permusuhan. ( Al-Maidah : 2 ) 213

Maksudnya: Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar (Al-Hadid :11) Maksudnya: Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadanyalah kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah : 245) Rukun Al -Qardh Hasan Rukun adalah sesuatu perkara yang perlu ada pada suatu pekerjaan atau amal ibadah dalam waktu pelaksanaan amal ibadah tersebut supaya ianya dianggap sah dan diterima. Dalam hal Qardh Hasan pula rukun yang harus dipenuhi bagi menyampaikan maksud sebenarnya adalah seperti berikut: 1. (Muqtaridh) Orang yang meminjam pinjaman 2. (Muqridh) Pihak yang memberi pinjaman 3. (Qardh) Objek atau barang akad yang merupakan pinjaman yang dipinjamkan oleh pemilik kepada pihak yang menerima pinjaman 4. (Sighah) Ijab qabul perkataan yang diucapkan oleh pihak yang menerima pinjaman dari orang yang memberi barang pinjaman dan juga perkataan yang menunjukkan kepada pemberian tersebut sebagai pinjaman. Dalam konteks transaksi penjualan emas melalui akaun emas di Kuwait Finance House Malaysia setelah menerapkan konsep Bai As Sarf dan Qardhul Hasan adalah seperti berikut: a) Di bawah kontrak Bai As-Sarf, pelanggan pada mulanya akan membeli emas daripada KFH Malaysia (dalam bentuk gram ) pada harga jualan yang ditetapkan oleh KFH Malaysia pada setiap hari. b) Di bawah kontrak Qardh, emas yang dibeli oleh pelanggan (dan apa-apa jumlah emas yang akan dibeli berikutnya) akan didepositkan ke dalam Akaun Emas-I (berdasarkan kontrak Qardh) dengan KFH Malaysia sebagai penghutang (Muqtaridh) dan pelanggan sebagai pemiutang (Muqridh). Qardh dalam transaksi ini merujuk kepada pinjaman tanpa faedah di mana KFH Malaysia sebagai peminjam hanya diwajibkan untuk mengembalikan komoditi yang dipinjam daripada pelanggan. Namun begitu, sesuatu yang perlu dititik beratkan dalam keadaan ini ialah bahawa emas merupakan salah satu daripada jenis item ribawi iaitu barangan yang termasuk dalam kategori barangan yang terdedah kepada permasalahan riba yang telah disebut jelas dalam hadis Rasulullah S.A.W. Dalam hadis ini menjelaskan bahawa tidak boleh ditukar emas dengan emas atau perak dengan perak kecuali sama berat timbangannya ataupun sama dari segi nilainya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: 214

Maksudnya: Tukaran emas dengan emas harus sama berat timbangannya, tukaran perak dengan perak harus sama berat timbangannya, barangsiapa menambah atau meminta tambah maka ia telah melakukan transaksi riba. (Riwayat Muslim: Hadis No. 1588) Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri r.a: ia berkata: Bahwa Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali sama kadarnya dan janganlah melebihkan sebagiannya dengan mengurangi sebagian yang lain. Janganlah menjual perak dengan perak kecuali sama kadarnya dan janganlah melebihkan sebagiannya dengan mengurangi sebagian yang lain. Dan janganlah menjual sesuatu yang bertangguh dengan yang tunai. (Riwayat Muslim: Hadis No. 1584) Persoalan yang timbul daripada apa yang dapat difahami daripada hadis ini ialah adakah penetapan harga emas jualan di bank mempunyai kadar pertukaran nilai yang sama harga untuk mengelakkan daripada ianya jatuh kepada riba? Isu lain yang timbul dalam hal ini adalah samada spread (susut nilai) yang wujud dalam penetapan harga jualan dan belian itu merupakan suatu perkara yang jatuh di bawah persepsi mengurangkan kadar nilai menurut hadis di atas. Spread dalam urusan jual beli emas fizikal adalah berbeza jika dibandingkan dengan dalam jual beli akaun emas. Susut nilai emas fizikal adalah kerana kemungkinan wujud kecacatan terhadap emas yang dibeli yang menyebabkan pembeli perlu menangung kos-kos lain seperti kos untuk mencuci dan kos untuk melebur emas untuk dijadikan barang perhiasan atau apa-apa tujuan lain. Berbeza dengan akaun emas yang mana emas tidak disimpan oleh pelabur dan pada dasarnya tidak berlaku kecacatan terhadap fizikal emas yang dibeli tetapi mereka perlu menangung susut nilai tersebut. KFH Malaysia contohnya telah meletakkan perkara berikut di dalam terma dan syarat perjanjian seperti di bawah yang perlu dipatuhi oleh pembeli jika ingin menjual semula emas fizikal yang telah dikeluarkan: 3.7.1.Tanpa mengambil kira apa-apa peruntukan yang terkandung dalam dokumen ini, Pelanggan boleh menjual semula emas kepada KFH Malaysia dan KFH Malaysia boleh membeli semula Emas fizikal yang dikeluarkan dari Akaun pada harga belian yang ditetapkan oleh KFH Malaysia kepada Pelanggan tertakluk kepada Fasal 3.2 di atas dan dengan syarat bahawa:- 3.7.1.1. pembungkusan dan pelekat keselamatan Emas fizikal kekal tidak terjejas; dan 3.7.1.2. nombor bersiri dan kod bar yang tercetak pada bahagian depan pembungkusan mestilah sepadan dengan rekod KFH Malaysia. Syarat ini menunjukkan bahawa tidak boleh ada kecacatan terhadap fizikal emas yang dikeluarkan untuk membolehkan ia dijual semula kepada pihak KFH. Persoalanya adalah, atas dasar apakah wujudnya susut nilai terhadap emas yang disimpan oleh pihak bank yang tidak ada sebarang kecacatan terhadapnya? Selain daripada KFH Malaysia, Bank Muamalat Malaysia Berhad turut menawarkan produk akaun emas ini yang dikenali sebagai Muamalat Emas-i. Penetapan harga emas di Bank Muamalat adalah sedikit berbeza berbanding KFH Malaysia kerana harga emas jualan dan belian harian yang dipaparkan di laman web mereka terbahagi kepada dua jenis iaitu harga jualan emas fizikal dan juga harga jualan melalui akaun emas. 215

Jadual 1: Harga Jualan dan Belian Emas di Bank Muamalat Jenis Produk Bank Jual Bank Beli Akaun RM187.47 RM171.85 Fizikal RM194.04 RM171.85 Jadual 1 di atas menunjukkan harga jualan dan belian emas di Bank Muamalat yang mana dapat dilihat harga jualan emas fizikal adalah lebih mahal berbanding harga jualan emas jika seseorang ingin membelinya melalui akaun emas. Jika pelanggan ingin mengeluarkan emas yang dibeli melalui akaun emas secara fizikal, pelanggan perlu membayar yuran penukaran tertakluk kepada turun naik harga emas. Formula penukaran bayaran adalah seperti di bawah: Conversion Fee = LME x Denomination x Diff (%) * LME = London Metal Exchange. Ia mungkin berbeza dari semasa ke semasa. * Diff (%) = Perbezaan (%) = Perbezaan margin Akaun Emas dan Emas Fizikal Dapat disimpulakan bahawa terdapat pertambahan harga sekiranya pelanggan ingin mengeluarkan emas yang dibeli melalui akaun emas secara fizikal. Pertambahan harga ini berkemungkinan menjadi suatu permasalahan syarak yang boleh menyebabkan ia jatuh kepada hukum riba. Harga jualan emas harian akan ditetapkan secara mutlak oleh pihak Bank Muamalat setalah mengambil kira beberapa faktor yang dianggap relevan. Ini secara jelas dinyatakan dalam risalah pendedahan produk Muamalat Emas-i seperti berikut: Strategi penilaian yang diguna pakai, kekerapan & di mana penilaian yang diterbitkan. Harga setiap gram bagi pembelian yang dibuat oleh pelanggan adalah harga jualan yang disebut oleh pihak Bank kepada pelanggan pada masa pelanggan menandatangani Borang Permohonan. Harga jualan yang disebut akan ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlak pihak Bank mengikut prinsip-prinsip Syariah, dengan mengambil kira semua faktor yang pihak Bank anggap relevan termasuk keadaan semasa pasaran emas dunia dan tempatan dan ketulenan emas. Pembelian akan dibuat pada hari perniagaan selepas pihak Bank menerima Borang Permohonan pelanggan dalam bentuk yang ditetapkan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa. Dari aspek perundangan pula, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) pula menafsirkan dalam Sekyen 2 bahawa akaun pelaburan ertinya suatu akaun yang mana wang dibayar dan diterima bagi tujuan pelaburan, termasuk bagi penyediaan pembiayaan, mengikut Shariah atas terma-terma yang tertentu. Ini bermakna akaun pelaburan yang tersedia dibawah bank pengendali patuh Shariah perlu memastikan bahawa produk pelaburan yang ditawarkan perlu bertepatan dengan prinsip Shariah sebagaimana yang diperuntukkan dibawah Seksyen 28 (1) IFSA 2013. Seterusnya jika disedari terdapat perkara yang menyalahi hukum syarak wujud dalam operasi mereka, Seksyen 28 (3) menyatakan bahawa Majlis Penasihat Shariah perlu dengan segera memberitahu bank tentang perkara tersebut dan seterusnya aktiviti perniagaan tersebut perlu dihentikan dengan serta-merta untuk deperbaiki supaya ianya bertepatan dengan hukum syarak dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari. Akibat dari kegagalan memperbetulkan ketidakpatuhan tersebut boleh menyebabkan mana-mana orang yang berkenaan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya dibawah peruntukan Seksyen 28 (5). Hal ini menunjukkan bahawa 216

ketidakpatuhan sesuatu produk terhadap prinsip Shariah adalah suatu kesalahan yang berat dibawah undang-undang yang diperuntukkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013). Disamping itu, kita juga dapat melihat ketidakadilan kepada pelabur apabila harga yang ditawarkan oleh pihak bank adalah sangat berbeza-beza dan mempunyai susut nilai yang tidak menentu. Ini menyebabkan pelabur tidak dapat menganggar keuntungan dan kerugian yang bakal mereka perolehi daripada pelaburan ini. Jadual 2 adalah contoh perbezaan spread (susut nilai) yang wujud dalam pelaburan akaun emas di Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. Jadual 2 : Contoh Perbezaan Spread (Susut Nilai) TARIKH HARGA JUALAN HARGA BELIAN PERBEZAAN PERATUS RM/GRAM RM/GRAM (RM) PERBEZAAN 30 JAN 2012 173.59 167.10 6.49 3.74% 8 OKT 2012 179.58 171.73 7.85 4.37% 10 DEC 2012 171.48 163.82 7.66 4.47% 22 FEB 2015 171.80 159.16 12.64 7.36% 14 OKT 2016 176.49 163.79 12.70 7.20% 13 JULAI 2017 172.14 164.00 8.14 4.7% 2 OKT 2017 177.38 169.20 8.18 4.83% Sumber : Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad Dapat kita lihat melalui jadual di atas bahawa penentuan harga jualan dan belian emas di bank tidak mempunyai kawalan harga yang tertentu. Ia dapat menyebabkan kerugian yang banyak terhadap pelabur sekiranya tidak ada undang-undang yang khusus untuk mengawal sistem operasi terhadap akaun emas ini. Tambahan pula tidak wujud undang-undang yang khusus bagi mengawal selia berkenaan akaun emas ini. Suatu kajian perlu dilakukan bagi memenuhi kehendak masyarakat dari sudut ekonomi serta pengawalan undang-undang bagi mengelakkan bank-bank penyedia akaun emas melakukan sesuatu perkara sewenang-wenangnya sehingga mendatangkan kerugian kepada pihak pelabur. Suatu ruang remedi perlu disediakan mengikut undang-undang bagi mana-mana pihak yang terkilan. TREND HARGA EMAS Sebagaimana yang masyarakat umum sedia maklum bahawa harga jualan dan belian komoditi emas di pasaran adalah mengikut harga emas dunia. Namun begitu, harga yang ditawarkan di setiap bank adalah berbeza-beza bagi setiap gram emas yang dijual atas sebab berbeza ketulenan emas fizikal yang dijual di setiap bank tersebut. Dari satu aspek yang lain pula, terdapat susut nilai harga jualan dan harga belian di bank-bank tersebut yang disebut sebagai spread. Peratus spread ini adalah berbeza di setiap bank dan adakalanya perbezaannya juga berlaku dari satu masa ke satu masa yang lain terhadap harga yang ditawarkan di sesebuah bank. Pelaburan emas ini merupakan satu pelaburan jangka masa panjang dan sekiranya peratus spread ini berubahubah dan semakin meningkat, ia semestinya akan menyebabkan kerugian dan ketidakadilan kepada pihak pelabur kerana perlu menanggung kerugian akibat susut nilai yang semakin banyak. Harga jualan emas melalui akaun emas di bank pada dasarnya tidak bercanggah dengan harga emas dunia yang dapat dilihat dalam Carta 1 di bawah. Harga jualan emas di KFH Malaysia 217

adalah selari dengan trend kenaikan dan penurunan harga emas dunia. Penetapan harga jualan emas oleh institusi perbankan tidak dikawal oleh suatu undang-undang yang khusus tetapi hanya mengambil kira harga emas dunia pada hari berkenaan sebagai garis panduan untuk menentukan harga yang sesuai. Carta 1 : Harga Jualan Emas Di KFH Malaysia Berbanding Harga Emas Dunia 190 180 170 160 150 140 130 120 110 100 KFH Gold (Jual) Emas Dunia Harga emas adalah berubah sepanjang masa kerana pengaruh kekuatan ekonomi dan politik yang berbeza di pasaran dunia (Abken,1980). Secara umumnya, perkara ini mempengaruhi pasaran emas secara bersama dan pada masa-masa tertentu salah satu faktor tersebut memberi kesan yang lebih besar pada harga emas berbanding faktor yang lainnya. Faktor daya ekonomi dan politik yang mempengaruhi pasaran emas dibahagikan kepada kategori asas berikut: 1. Ketidaktentuan politik dan ekonomi yang melampau; 2. Aliran pengeluaran dan permintaan untuk emas; 3. Inflasi; dan 4. Dasar lelong kerajaan. Faktor-faktor di atas sangat berkait rapat dengan kenaikan dan penurunan harga emas dunia yang berlaku. Statistik yang dikeluarkan oleh World Gold Council melalui laporannya iaitu Gold Demand Trends Full Year 2010, menunjukkan bahawa permintaan emas melebihi pengeluaran emas iaitu sebanyak 3,812 tan permintaan berbanding hanya 2,543 tan sahaja pengeluaran yang dibuat melalui aktiviti perlombongan emas sepanjang tahun tersebut. Ini menyebabkan terdapat lebihan permintaan berbanding penawaran disamping ianya mempunyai kegunaan yang sangat banyak dalam industri permintaan pada hari ini. Ini dapat menyebabkan harga emas naik setiap tahun. Jadual 3 adalah statistik permintaan berbanding pengeluaran dan Jadual 4 merupakan statistik harga emas serta peratus kenaikan: Jadual 3 : Statistik Permintaan Berbanding Pengeluaran Tahun Permintaan Penawaran Perbezaan Peratus Perbezaan Kenaikan Permintaan 1997 4,189 tan - - - - 1998 3,843 tan - - - -346 tan 1999 3,992 tan - - - 79 tan 2000 3,800 tan - - - -122 tan 2001 3,729 tan - - - -71 tan 218

2002 3,363 tan 2,179 tan 1,184 tan 54% -366 tan 2003 3,207 tan 2,322 tan 885 tan 38% -156 tan 2004 3,515 tan 2,042 tan 1,473 tan 72% 308 tan 2005 3,753 tan 2,464 tan 1,289 tan 52% 238 tan 2006 3,435 tan 2,108 tan 1,327 tan 63% -318 tan 2007 3,571 tan 2,047 tan 1,524 tan 74% 136 tan 2008 3,812 tan 2,060 tan 1,752 tan 85% 241 tan 2009 3,493 tan 2,332 tan 1,161 tan 50% -319 tan 2010 3,812 tan 2,543 tan 1,269 tan 50% 319 tan Sumber: World Gold Council. Jadual 4: Statistik Harga Emas Serta Peratus Kenaikan Tahun Harga Akhir Perubahan Peratus Tahun Harga Akhir Perubahan Peratus Tahun Harga Akhir Perubahan Peratus 1995 $387.00 0.98% 1974 $183.77 72.59% 2015 $1,060.00-11.6 % 1994 $383.25-2.17% 1973 $106.48 66.79% 2014 $1,199.25 -.4% 1993 $391.75 17.64% 1972 $63.84 43.14% 2013 $1,204.50-27.6% 1992 $333.00-5.71% 1971 $44.60 14.65% 2012 $1,664.00 8.68% 1991 $353.15-8.56% 1970 $38.90-5.12% 2011 $1,531.00 7.80% 1990 $386.20-3.69% 1969 $41.00-5.75% 2010 $1,420.25 30.60% 1989 $401.00-2.23% 1968 $43.50 22.54% 2009 $1,087.50 25.04% 1988 $410.15-15.69% 1967 $35.50 0.28% 2008 $869.75 3.97% 1987 $486.50 24.46% 1966 $35.40-0.28% 2007 $836.50 31.59% 1986 $390.90 19.54% 1965 $35.50 0.42% 2006 $635.70 23.92% 1985 $327.00 6.17% 1964 $35.35 0.28% 2005 $513.00 17.77% 1984 $308.00-18.95% 1963 $35.25-0.28% 2004 $435.60 4.40% 1983 $380.00-14.99% 1962 $35.35-0.42% 2003 $417.25 21.74% 1982 $447.00 11.75% 1961 $35.50-2.74% 2002 $342.75 23.96% 1981 $400.00-32.76% 1960 $36.50 3.55% 2001 $276.50 1.41% 1980 $594.90 29.61% 1959 $35.25 0.00% 2000 $272.65-6.06% 1979 $459.00 120.57% 1958 $35.25 0.00% 1999 $290.25 0.54% 1978 $208.10 29.17% 1957 $35.25 0.14% 1998 $288.70 0.57% 1977 $161.10 20.43% 1956 $35.20 0.14% 1997 $287.05-22.21% 1976 $133.77-3.96% 1955 $35.15-0.28% 1996 $369.00-4.65% 1975 $139.29-24.20% Sumber: www.onlygold.com Jadual di atas menunjukkan hubungan diantara kekurangan pengeluaran berbanding permintaan yang berlaku di seluruh dunia telah menyebabkan berlakunya trend kenaikan harga emas dunia. Hal ini telah menjadikan emas sebagai suatu pelaburan komoditi yang mempunyai permintaan yang tinggi dan boleh menjadikannya suatu pelaburan yang menguntungkan dengan kadar risiko yang rendah dalam jangka masa panjang. KESIMPULAN Setelah diteliti dan diamati secara mendalam berkaitan isu penetapan harga emas melalui akaun emas dalam institusi perbankan ini, dapat disimpulkan bahawa terdapat bank yang berusaha untuk menjadikan akaun emas yang ditawarkan di bank mereka bertepatan dengan hukum muamalat Islam dan undang-undang konvensional. Ini adalah salah satu usaha murni yang perlu dihargai oleh pelabur-pelabur yang beragama Islam. Namun begitu, wujudnya beberapa isu yang perlu diperbaiki dan diperhalusi oleh pihak bank tersebut untuk menjadikan produk akaun emas yang ditawarkan adalah benar-benar mengikut landasan dan konsep muamalat Islam yang 219

sebenar dan bukannya hanya untuk mempengaruhi masyarakat Islam untuk melabur dalam produk mereka. Penambahbaikan perlu dibuat atas dasar kepatuhan terhadap hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui wahyunya yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Selain itu, suatu mekanisme kawalan perlu diwujudkan oleh pihak berwajib seperti Bank Negara Malaysia untuk memberi suatu ruang remedi bagi pihak yang terkilan dan dalam masa yang sama dapat menjadikan instrumen pelaburan di Malaysia sebagai suatu instrumen yang selamat bagi kesemua pihak yang terlibat. Pihak PIDM khususnya hendaklah mengambil langkah untuk memberi perlindungan terhadap pelaburan ini dengan mewujudakan suatu peruntukan perlindungan di bawah Akta PIDM 2011. Suatu kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk membolehkan PIDM memberi ruang remedi bersifat pampasan terhadap pelabur sekiranya berlaku keadaan dimana bank-bank yang menawarkan produk akaun emas ini muflis. Suatu garis panduan perlu diletakkan terhadap institusi perbankan dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelabur dan secara tidak langsung dapat mengembangkan lagi ekonomi Malaysia melalui instrumen pelaburan yang lebih terjamin. RUJUKAN Abdullah Basmeih. (1988). Tafsir Pimpinan ar-rahman kepada pengertian al-qur an. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Abi Abdul Rahman Ahmad bin Syuaib Ibn Ali An Nasa i. Sunan An Nasa i. Riyadh: Baitul Afkar Ad Dauliah. Abken, Peter A. (1980). The Economics of Gold Price Movements. FRB Richmond Economic Review, Vol. 66, No. 2, pp. 3-13. Baur, Dirk G. and Lucey, Brian M., (May 2010), Is Gold a Hedge or a Safe Haven? An Analysis of Stocks, Bonds and Gold. Financial Review, Vol. 45, Issue 2, pp. 217-229. Baker, S.A, Van-Tassel, R.C, (1985). Forecasting the price of gold: A fundamentalist approach. Atlantic Economic Journal. 13, 43 52. Bialkowski, Jedrzej Pawel and Bohl, Martin T. and Stephan, Patrick M. and Wisniewski, Tomasz Piotr, (August 2013). The Gold Price in Times of Crisis, International Review of Financial Analysis, 2015, vol. 41, issue C, 329-339. Dr. Mustafa al-khin, Dr. Mustafa al-bugha, Ali al-syarbaji (1992) Fiqhul Manhaji ala Mazhab al-imam as-shafi i. Damsyik: Darul Qalam. Hakimi Ibrahim. (2004). History of the Gold Dinar and its Philosophy. Kertas kerja Bengkel Dinar Emas. UKM. pada 30 Julai 2002. Louis Ng. Public Gold: Kelebihan Pelaburan Emas Fizikal. (2009) Dalam Prosiding Seminar Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09). Universiti Kebangsaan Malaysia pada (UKM): Fakulti Pengajian Islam. 220

Levintal, O, Zeira, J. (2009). The Evolution of Paper Money. London, Centre for Economic Policy Research. Muhammad Fuad 'Abdul Baqi. Terjemahan Shahih Muslim. Jakarta: Pustaka as-sunnah. O'Connor, Fergal A. and Lucey, Brian M. and Batten, Jonathan A. and Baur, Dirk G. (July 8, 2015). The Financial Economics of Gold A Survey, FIRN Research Paper No. 2628018 Syaikh Muwafiquddin Ibnu Qudamah Muhaqqiq: Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki, Abdul Fatah Al-Halw. (1997). Al Mughni. Riyadh, Dar Alam Al Kutub. Shalah As-Shawi dan Abdullah Al-Mushlim. (2008). Fiqh Ekonomi Keuangan Islam, terj Abu Umar Basyir. Jakarta: Darul Haq. Hlm. 258. Sayid Sabiq. H,Kamaluddin A.Marzuki terj. Fikih Sunnah. Jilid 4. Kuala Lumpur: Victory Agency. Saat Sukami. (2011). Pelaburan Emas. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distribution. Syed Ehsanullah Agha1, Abdul Rahman Saafi & Obaidullah Abdul Qayoom. (2015). Gold Investment from Islamic Perspective: The Case of Malaysia. International Journal of Economics and Finance; Vol. 7, No. 5; Canadian Center of Science and Education. Bank Muamalat Berhad. (2 Oktober 2017) http://www.muamalat.com.my/downloads/consumerbanking/pds_gold-i_account.pdf CMI Gold & Silver Inc.(2017) http://www.onlygold.com/tutorialpages/prices200yrsfs.htm The World Gold Council. (2010) http://www.gold.org/investment/research/regular_reports/gold_demand_trends/ Kuwait Finance House (Malaysia). (2015) http://www.kfh.com.my/kfhmb/ep/images/v2/documents/products/tnc/tnc%20gold%2 0Apr%2015.pdf 221