PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP WASIAT SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

The Islamic Estate Planning Specialist. FAQs. Frequently-asked questions [Soalan Lazim]

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

as-salihin Perkhidmatan yang disediakan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KONSEP PENAMAAN DALAM SISTEM PERBANKAN, TAKAFUL DAN CARUMAN: IMPLIKASINYA MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN ISLAM

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

Transcription:

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP WASIAT SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP WASIAT. SESI PENGAJIAN : 2008 / 2009 SAYA : SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) ALAMAT TETAP : NO.8 JLN POKOK MANGGA 16, TAMAN POKOK MANGGA, 75250 MELAKA. (TANDATANGAN PENYELIA) DR. ARIEFF SALLEH BIN ROSMAN Nama Penyelia Tarikh : 14 NOVEMBER 2008 Tarikh : 14 NOVEMBER 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). Tandatangan : Nama Penyelia : DR. ARIEFF SALLEH BIN ROSMAN Tarikh : 14 NOVEMBER 2008

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP WASIAT SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Pengajian Islam ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia NOVEMBER, 2008

ii Saya akui kajian bertajuk Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Wasiat adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Penulis : SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK Tarikh : 14 NOVEMBER 2008

iii DEDIKASI Khas Buat Ayahanda Ab. Razak Taib & Bonda Masitah Ahmad Terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan, dorongan dan sokongan yang menjadi pembakar semangatku hingga hari ini. Redakan kehidupanku di dunia dan akhirat. Adik-adik yang kukasihi.. Muallim Mursyid, Mujahid Fi Sabilillah, Muhammad Ilyas dan Dhabitah Fasihah Doaku agar kejayaan sentiasa mengiringi kalian Moga kejayaanku ini menjadi dorongan buat kalian untuk berjaya Buat Penyelia yang dikagumi dan dihormati.. Dr. Arieff Salleh bin Rosman Terima kasih atas segala tunjuk ajarmu Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran Buat Pensyarah-pensyarah PPIPS dan Fakulti Pendidikan yang disanjungi.. Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan Semoga kalian sentiasa dilimpahi RahmatNya Sahabat-sahabat seperjuanganku.. Dorongan, sokongan dan kritikan kalian Menjadi pencetus semangatku untuk meneruskan perjuangan ini Pahit manis kita lalui akan ku abadikan di ingatan Salam penuh kasih sayang..

iv PENGHARGAAN Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat serta tabiin sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. atas segala rahmat dan inayahnya, maka dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Dr. Arieff Salleh bin Rosman, selaku penyelia yang telah banyak meluangkan masa di samping memberi tunjuk ajar, nasihat dan panduan kepada saya dalam menyempurnakan projek ini. Tidak ketinggalan juga, sekalung budi dan terima kasih buat semua pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), UTM dan Fakulti Pendidikan, UTM yang banyak mencurahkan ilmu, dorongan dan ilham yang bermanfaat. Jutaan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan oleh pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM dan pihak-pihak terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan projek ini. Teristimewa buat Ayahanda dan Bonda yang telah banyak berkorban serta memberikan semangat dan sokongan kepada saya selama ini untuk menyiapkan projek ini. Jutaan terima kasih juga buat sahabat-sahabat seperjuangan yang sudi berkongsi pendapat, ilmu dan pengalaman dalam penyempurnaan Projek Sarjana Muda ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga apa yang pernah kita lalui dan kongsi bersama terus mekar dalam ingatan kalian. Semoga segala usaha ini menjadi amalan baik yang diterima Allah S.W.T. dengan sebaik-baiknya.

v ABSTRAK Wasiat merupakan salah satu cara merealisasikan manifestasi kebajikan selepas kematian di samping mendidik diri daripada sifat tamak dan bakhil. Ia juga merupakan kaedah yang baik dalam pengurusan harta dalam Islam. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti persepsi responden terhadap wasiat, mengenal pasti tahap kefahaman responden terhadap wasiat dan mengenal pasti persepsi responden terhadap kepentingan wasiat. Populasi kajian ini terdiri daripada keseluruhan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia seramai 174 orang. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 122 responden terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 40 soalan. Analisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) for window version 13.00 telah digunakan untuk mendapat nilai kekerapan, peratusan dan min. Min bagi persepsi pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap wasiat ialah 3.49. Manakala, bagi tahap kefahaman responden terhadap wasiat nilai minnya adalah 3.37. Min bagi mengenal pasti persepsi responden terhadap kepentingan wasiat ialah 3.77. Keseluruhan menunjukkan persepsi pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap wasiat berada di tahap yang sederhana. Hasil daripada kajian yang diperolehi, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan pengetahuan terhadap wasiat. Kajian lanjutan turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang

vi ABSTRACT A will is one of the ways to realize not only a manifestation of welfare after death but also to educate a person from being obsessed by his greedy or stingy nature. It is also a good technique in Islamic asset management. This study had been carried out to: identify the respondents perception for the will, identify the respondent s knowledge level on the will and to identify the respondents perception on the importance of the will. The population of this study comprises of 174 Bachelor of Science and Education (Islamic Studies) University Technology Malaysia students. An easy random sample selection was done and as many as 122 respondents were involved in this study. This study was carried out quantitatively using questionnaire forms which contains 40 questions. Descriptive analyses using Statistical Package for Social Science (SPSS) for windows version 13.00 had been used to acquire frequency value, percentage and mean. The mean value for the Bachelor of Science and Education (Islamic Studies) students perception on will is 3.49. Whereas, the mean value for respondents knowledge level on the will is 3.37. Besides that, the mean value of 3.77 had been identified for the respondents perception on the importance of the will. Overall, the Bachelor of Science and Education (Islamic Studies) students perception towards will is at moderate level. From the study acquired, several proposals had been proposed for further research in the future.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI KES SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xv xvii xviii BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.2.1 Kepentingan Wasiat dalam Kehidupan Manusia 3 1.2.2 Kekeliruan antara Wasiat, Hibah dan Faraid 6 1.3 Pernyataan Masalah 11 1.4 Objektif Kajian 12 1.5 Persoalan Kajian 12 1.6 Kepentingan Kajian 13

viii 1.6.1 Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia 13 1.6.2 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial 13 1.6.3 Majlis Agama Islam Negeri 14 1.7 Batasan Kajian 14 1.8 Definisi Istilah 15 1.8.1 Persepsi 15 1.8.2 Pelajar 15 1.8.3 Wasiat 16 1.9 Kesimpulan 16 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 17 2.2 Definisi Wasiat 17 2.2.1 Wasiat Dari Segi Bahasa 18 2.2.2 Wasiat Dari Segi Istilah 19 2.3 Dalil Pensyari atan Wasiat 21 2.4 Hukum Wasiat 23 2.4.1 Wajib 24 2.4.2 Haram 25 2.4.3 Harus 26 2.4.4 Makruh 27 2.5 Rukun-rukun Wasiat 27 2.5.1 Syarat-syarat Pewasiat 27 2.5.2 Syarat-syarat Penerima Wasiat 28 2.5.2.1 Syarat-syarat Penerima Wasiat yang Dikhususkan 29 2.5.2.2 Syarat-syarat Penerima Wasiat yang Tidak Dikhususkan 30 2.5.3 Syarat-syarat Harta yang Diwasiatkan 33 2.5.4 Syarat-syarat Lafaz 35 2.6 Cara Berwasiat 36 2.6.1 Wasiat dengan Perkataan atau Percakapan 36

ix 2.6.2 Wasiat dengan Tulisan 37 2.6.3 Wasiat dengan Isyarat 38 2.7 Had Wasiat 38 2.8 Pembatalan Wasiat 40 2.8.1 Pembatalan Wasiat disebabkan Pewasiat 41 2.8.2 Pembatalan Wasiat disebabkan Pihak Penerima Pewasiat 44 2.8.3 Pembatalan Wasiat daripada Barang yang Diwasiatkan 45 2.9 Hikmah Pensyari atan Wasiat 45 2.10 Kepentingan Wasiat 47 2.11 Kajian Lepas 49 2.12 Kesimpulan 55 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 56 3.2 Reka Bentuk Kajian 56 3.3 Tempat Kajian 57 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 58 3.5 Instrumen Kajian 59 3.6 Kaedah Pengumpulan Data 62 3.7 Kajian Rintis 63 3.8 Analisis Data 65 3.9 Jangka Masa Kajian 66 3.10 Kesimpulan 67 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 68 4.2 Data 68 4.3 Analisis Data Bahagian A 70 4.3.1 Jantina Responden 70 4.3.2 Tahun Pengajian 71 4.3.3 Kelayakan 72

x 4.3.4 Pernah Mempelajari atau Tidak 72 4.3.5 Peringkat 73 4.4 Analisis Bahagian B 74 4.4.1 Analisis Data Berkaitan Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap Wasiat 74 4.4.2 Analisis Data Berkaitan Tahap Kefahaman Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap Wasiat 79 4.4.3 Analisis Data Berkaitan Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap Kepentingan Wasiat 87 4.5 Dapatan Keseluruhan 93 4.6 Kesimpulan 105 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 106 5.2 Perbincangan 106 5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 107 5.2.2 Perbincangan Bahagian B, C dan D 108 5.2.2.1 Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Pengajian Islam) terhadap Wasiat. 109 5.2.2.2 Tahap Kefahaman Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap Wasiat. 111 5.2.2.3 Persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Pengajian Islam) terhadap Kepentingan Wasiat. 115 5.3 Rumusan 119 5.4 Cadangan 120 5.4.1 Individu 120 5.4.2 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial 121

xi 5.4.3 Majlis Agama Islam Negeri 122 5.5 Kajian Lanjutan 122 5.6 Kesimpulan 123 BIBLIOGRAFI 125 LAMPIRAN 130

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Maklumat Pembahagian Soal Selidik 60 3.2 Skala Likert 60 3.3 Jadual Penentu Soal Selidik 61 3.4 Skala Item Positif 65 3.5 Skala Item Negatif 66 3.6 Tahap Skor Min 66 4.1 Skala Item Positif 69 4.2 Skala Item Negatif 69 4.3 Tahap Skor Min 70 4.4 Taburan Responden Mengikut Jantina 70 4.5 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 71 4.6 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Kemasukan ke UTM 72 4.7 Taburan Responden mengikut sama ada responden pernah mempelajari wasiat dan faraid 72 4.8 Taburan Responden mengikut sama ada responden pernah mempelajari wasiat dan faraid di peringkat 73 4.9 Taburan Skor Bagi Item 1 74 4.10 Taburan Skor Bagi Item 2 75 4.11 Taburan Skor Bagi Item 3 76 4.12 Taburan Skor Bagi Item 4 76 4.13 Taburan Skor Bagi Item 5 77 4.14 Taburan Skor Bagi Item 6 77 4.15 Taburan Skor Bagi Item 7 78

xiii 4.16 Taburan Skor Bagi Item 8 78 4.17 Taburan Skor Bagi Item 9 79 4.18 Taburan Skor Bagi Item 10 79 4.19 Taburan Skor Bagi Item 11 80 4.20 Taburan Skor Bagi Item 12 80 4.21 Taburan Skor Bagi Item 13 81 4.22 Taburan Skor Bagi Item 14 81 4.23 Taburan Skor Bagi Item 15 82 4.24 Taburan Skor Bagi Item 16 82 4.25 Taburan Skor Bagi Item 17 83 4.26 Taburan Skor Bagi Item 18 83 4.27 Taburan Skor Bagi Item 19 84 4.28 Taburan Skor Bagi Item 20 84 4.29 Taburan Skor Bagi Item 21 85 4.30 Taburan Skor Bagi Item 22 85 4.31 Taburan Skor Bagi Item 23 86 4.32 Taburan Skor Bagi Item 24 87 4.33 Taburan Skor Bagi Item 25 87 4.34 Taburan Skor Bagi Item 26 88 4.35 Taburan Skor Bagi Item 27 88 4.36 Taburan Skor Bagi Item 28 89 4.37 Taburan Skor Bagi Item 29 89 4.38 Taburan Skor Bagi Item 30 90 4.39 Taburan Skor Bagi Item 31 90 4.40 Taburan Skor Bagi Item 32 91 4.41 Taburan Skor Bagi Item 33 91 4.42 Taburan Skor Bagi Item 34 92 4.43 Taburan Skor Bagi Item 35 92 4.44 Rumusan dapatan kajian terhadap persepsi pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap wasiat. 93 4.45 Rumusan dapatan kajian terhadap tahap kefahaman pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap wasiat. 96

xiv 4.46 Rumusan dapatan kajian terhadap persepsi pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap kepentingan wasiat 101

xv SENARAI SINGKATAN ARB Cet. Dr. et. al ibid IPT JH Jil. Juz. LUTH MLJ PPIPS r.a S s.a.w. SPSS SS STAM STPM STS S.W.T. TP TS t.n t.t t.tp Amanah Raya Berhad Cetakan Doktor Dan Lain-Lain Rujukan Yang Sama Institusi Pengajian Tinggi Jurnal Hukum Jilid Juzuk Lembaga Urusan Tabung Haji Malayan Law Journal Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Radiallahu anha Setuju Sallallahu Alaihi Wasallam Statistical Package For Social Science Sangat Setuju Sijil Tinggi Agama Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Sangat Tidak Setuju Subhanahu Wa Taala Tidak Pasti Tidak Setuju Tanpa Nama Tanpa Tahun Tanpa Tempat

xvi UIAM UKM UTM Universiti Islam Antarabangsa Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Teknologi Malaysia

xvii SENARAI KES Amanullah bin Haji Ali Hassan lwn Hajjah Jamilah bt. Sheikh Madar [1975] 1 MLJ 30 Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan lwn Faridah Chin dan Seorang lagi JH (1417) 195 Re Ismail bin Rentah lwn Liah binti Lerong dan 3 yang lain [1940] 9 MLJ 98 Re Man bin Mihat [1965] 2 MLJ 1 Siti Binti Yatim lwn Mohamed Nor Bin Bujai [1983] 1B MLJ 34 Wan Puziah binti Wan Awang lwn Wan Abdullah bin Muda dan seorang lagi JH (1422) 235.

xviii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN LAMPIRAN A Soal Selidik 131 LAMPIRAN B Surat Permohonan Menjalani Projek Sarjana Muda (Fakulti Pendidikan) 136

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Harta merupakan amanah Allah. Fitrahnya, harta diperlukan oleh manusia untuk memenuhi keperluan hidup. Hal ini mendorong seseorang untuk memperolehinya dan memanfaatkannya. Umat Islam digalakkan agar mencari dan mengumpul harta daripada sumber yang halal untuk kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. Islam mencadangkan agar lebihan harta digunakan untuk kebaikan dan kebajikan sama ada kepada kaum kerabat, jiran, individu tertentu atau kepada masyarakat. Lebih banyak harta yang dibelanjakan ke jalan Allah, maka lebih banyak faedah baginya di dunia dan akhirat. Dunia ini diibaratkan sebagai kebun kepada kita di akhirat. Dunia merupakan kebun bagi menuai hasilnya di akhirat kelak. (al- Asqalani, 1379H:11/230).

2 Firman Allah: Maksudnya: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia. (al-qasas:77) Ayat di atas menunjukkan bahawa seseorang itu perlu berusaha mencari harta dengan harta yang telah dilimpahkan Allah kepadanya dengan mengerjakan amal kebajikan yang mendatangkan pahala dan membawa keselamatan di dunia dan di akhirat. Dalam pada itu, janganlah ia melupakan bahagiannya dalam dunia untuk merasai kesenangannya sebelum dapat merasai kesenangan yang kekal di akhirat (Abdullah Basmeih, 1980: 999,1000) Sehubungan dengan itu, harta boleh dijadikan alat untuk menyerlahkan sifat keihsanan seseorang dan juga memperkukuh silaturrahim antara saudara mara. Sedekah juga merupakan bekalan untuk manusia di akhirat kelak. Sedekah boleh disalurkan melalui hibah dan wasiat.

3 1.2 Latar Belakang Masalah 1.2.1 Kepentingan wasiat dalam kehidupan manusia Pemilikan harta dalam Islam diiringi dengan konsep tanggungjawab. Konsep pemilikan harta dalam Islam ialah sebagai pemegang amanah bertanggungjawab mengurus dan mentadbir harta sebaik mungkin menurut syariat. Tanggungjawab ini termasuklah pentadbiran harta semasa hidup di dunia dan perancangan pentadbirannya selepas kematian iaitu dengan merancang wasiat. Sememangnya setiap hukum yang ditentukan oleh Allah S.W.T. mempunyai hikmahnya yang agung. Islam menggariskan tanggungjawab bagi setiap hak yang diberikan. Apabila seorang ketua diberi hak kuasa atas rakyatnya, beliau juga bertanggungjawab agar memerintah dengan adil dan sebaik mungkin. Apabila seseorang itu diberi ilmu oleh Allah S.W.T., beliau bertanggungjawab menyebarkan ilmu tersebut. Begitu juga dengan manusia dan harta. Harta yang Allah kurniakan itu bukannya hak milik manusia secara mutlak kerana dalamnya terdapat bahagian untuk mereka yang memerlukan. Ianya boleh dilaksanakan dengan berwasiat. Wasiat boleh diberikan kepada kaum kerabat yang terhalang daripada menerima faraid, anak angkat, rakan, jiran dan sesiapa yang dirasakan perlu oleh pembuat wasiat. Menurut Ahmad Hidayat Buang (2002b:62), pendedahan Izham Yusoff iaitu Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad (ARB) bahawa 70 peratus daripada pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya membuat wasiat terdiri daripada kalangan bukan Islam, menunjukkan masyarakat Islam masih kurang memahami kepentingan wasiat. Menurut beliau lagi, sambutan yang kurang memberangsangkan itu berpunca daripada kefahaman bahawa hukum faraid sudah mencukupi untuk membuat penentuan agihan harta seseorang selepas kematiannya. Tambahnya lagi, kemungkinan besar masyarakat Islam tidak mendapat maklumat yang tepat tentang kepentingan dan peranan wasiat dalam penentuan agihan harta selepas kematiannya.

4 Di Malaysia, jumlah orang Islam yang membuat wasiat masih terlalu rendah, iaitu hanya lima peratus berbanding bukan Islam berikutan kurang kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya untuk membuat demikian (Berita Harian. 16 April 2004). Dengan berwasiat, harta boleh disalurkan untuk manfaat negara. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Dr. Mustapa Mohamed, peratusan yang tinggi itu iaitu 90 peratus umat Islam di Malaysia tidak membuat wasiat. Ini menyukarkan pembahagian harta dan pentadbirannya untuk dibahagikan kepada waris secara berkesan dan tepat. Akibatnya, negara mengalami kerugian yang besar kerana asetaset negara tidak dapat ditadbir dengan baik dan mengakibatkan timbul masalah pertikaian hak milik. Selain itu, banyak daripada harta orang Islam yang tidak dapat dibangunkan kerana masalah pemilikan yang tidak jelas. Sedangkan potensinya adalah begitu besar sekali, jadi ini adalah satu kerugian kepada negara. Umat Islam yang meninggalkan wasiat ini jumlahnya amat kecil, tidak sampai 10 peratus pun dan sudah pastinya kalau lebih ramai berwasiat, satu kaedah yang diterima oleh Islam, tentunya ia akan mengurangkan masalah (Utusan Malaysia, 25 Mei 2004). Kekaburan masyarakat hari ini terhadap wasiat masih wujud lagi. Pemahaman mereka terhadap wasiat tidak jelas. Ini kerana masih kerap berlaku kekeliruan terhadap prinsip wasiat itu sendiri, adakah dalam wasiat itu perlu melibatkan unsur-unsur harta atau tanggungjawab? Bagi penerima wasiat, adakah boleh harta diberikan kepada manusia, binatang atau waris? Mengapa perlu wasiat kerana harta akan tertakluk kepada hukum faraid? Ini diakui oleh Dr. Ismail Mohd @ Abu Hassan, Timbalan Pengarah Law Centre Ahmad Ibrahim Kulliyah Undangundang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dalam Al-Islam Mac 2003 dalam artikel bertajuk Pengertian Wasiat dalam Islam. Beliau berkata enakmen wasiat belum ada lagi untuk orang Islam. Yang ada cuma Akta Wasiat yang terpakai kepada orang bukan Islam (Zuarida Mohyin, 2003:60)

5 Mohd Khairuddin Aman Razali, pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM ) dalam artikel yang bertajuk Tiada Alasan Ijtihad Baru dalam majalah Al-Islam Julai 2004 berkata, masyarakat harus mengubah persepsi bahawa setiap harta yang ditinggalkan, bukan lagi menjadi milik si mati bahkan milik waris. Dalam masa yang sama, mereka harus menyedari bahawa setiap harta yang diperolehi adalah pemberian Allah dan menjadi milik Allah juga untuk menentukan kadarnya (Noorzila Jamaludin dan Nor Shamsinor Baharin, 2004:24) Menurut Darina Osman (2004:21), Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad (ARB) iaitu Izham Yusoff mengatakan bahawa walaupun sistem faraid boleh menguruskan persoalan harta selepas kematian berlaku, namun tidak semestinya yang terbaik untuk waris. Persoalan siapa dapat apa juga akan timbul. Adakah perlu kesemua harta pemilik itu dijual semula dan kemudian diagih secara tunai kepada waris-waris yang terlibat? Beliau mengatakan, sebagai insan yang lemah akan ada yang inginkan harta dalam bentuk rumah, saham, duit tunai dan sebagainya. Mungkin ada anak-anak yang memerlukan lebih daripada yang lain? Bagaimana pula seruan Islam supaya kita memberi sedikit sedekah kepada orang lain daripada keluarga kita? Menyediakan wasiat bukan untuk orang kaya raya sahaja dan ini merupakan persepsi yang salah yang telah berakar umbi dalam masyarakat. Selain itu, tahap kesedaran yang rendah terhadap wasiat di kalangan masyarakat luar bandar kerana tahap pendidikan yang mereka terima Menurut Ahmad Hidayat Buang (2005:154), persoalan wasiat tidak mendapat perhatian yang sama seperti pusaka kerana peratusan orang Islam terutama orang Melayu Islam membuat wasiat terlalu kecil bilangannya. Agihan harta orang Melayu Islam selepas kematian lazimnya adalah secara tidak berwasiat. Sehubungan itu, wasiat dapat membantu ahli waris yang terhalang menerima faraid menerima harta daripada pemberi wasiat. Supaya ahli waris tersebut dapat hidup dengan lebih baik dari sebelumnya. Ianya juga dapat menghalang bagi ahli

6 yang bukan waris mengambil sesuatu yang bukan haknya. Wasiat dapat menjauhkan perasaan iri hati dan dengki-berdengki antara waris dan bukan waris. Selain itu, ianya dapat menjaga kebajikan seseorang muslim dan dapat mempertingkatkan amalannya untuk akhirat. (Musa, 1994:4) Oleh itu, betapa pentingnya seseorang manusia yang berkemampuan itu membuat wasiat agar dengan berwasiat dia dapat bersedekah, dapat memberikan sebahagian hartanya kepada orang yang dirasakan perlu, yang terdiri daripada mereka yang bukan dari ahli warisnya dan di samping menambahkan pahalanya. 1.2.2 Kekeliruan antara wasiat, hibah dan faraid Ada yang menganggap bahawa wasiat boleh dijalankan walaupun ianya bercanggah dengan syarak. Apabila isu harta ditimbulkan, ada juga yang menganggap harta yang ada pada seseorang individu itu boleh disampaikan kepada waris dan bukan waris tanpa had tertentu. Di sini, terdapat kekeliruan antara wasiat, hibah dan faraid. Menurut Noraida Arifin (2004:22), pembahagian harta pusaka dalam masyarakat kita sering kali menimbulkan pelbagai masalah dan kadang kala perbalahan antara para anggota keluarga si mati. Perbalahan ini sering kali berkisar tentang cara mana pembahagian itu dilakukan dan sebanyak mana pusaka atau harta benda itu perlu diwariskan kepada mereka yang berhak. Walaupun Islam mempunyai kaedah pembahagian pusaka mengikut faraid tetapi ramai yang masih belum memahaminya. Akibatnya, timbul pelbagai tanggapan yang salah berkaitan hukum dan sistem pembahagian pusaka tersebut, khususnya berkenaan siapakah yang berhak menerima pusaka, berapa bahagian yang perlu dipusakai serta perkara-

7 perkara yang berkaitan dengannya seperti wasiat, hibah, hutang si mati, belanja pengurusan pengebumian dan sebagainya. Dalam kes Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan lwn Faridah Chin dan Seorang lagi JH (1417) 195, si mati Kamal Khok Abdullah telah memeluk agama Islam pada 6 Jun 1991 di Pejabat Agama Daerah Seremban. Si mati mempunyai dua isteri yang juga telah memeluk agama Islam. Si mati telah meninggal dunia pada 20 Februari 1995. Sebelum dia mati, dia telah membuat wasiat secara lisan yang mengkehendaki mayatnya dibakar apabila dia mati. Plaintif dalam kes ini memohon (1) deklarasi bahawa wasiat Kamal Khok Abdullah si mati adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan tidak sah (2) supaya Mahkamah dapat mengeluarkan satu perintah bahawa jenazah Kamal Khok Abdullah diuruskan sebagai pengkebumian jenazah seorang Muslim. Diputuskan (1) Wasiat yang dibuat oleh Kamal Khok Abdullah bercanggah dengan hukum syarak dan batal. (2) Jenazah Kamal Khok Abdullah hendaklah diuruskan mengikut hukum syarak. Kes ini menunjukkan bahawa wasiat yang dibuat oleh Kamal Khok Abdullah tidak mengikut hukum syarak. Oleh itu, adalah tidak sah sesuatu wasiat apabila wasiat tersebut bertentang dengan hukum syarak. Dalam kes Siti Binti Yatim lwn Mohamed Nor Bin Bujai [1983] 1B MLJ 34, Pihak menuntut dalam kes ini adalah janda Bujai bin Datoh Rajah alias Bujai bin Datoh Metsah yang meninggal dunia di Kuala Sawah pada 20hb Februari, 1924, dengan meninggalkan satu wasiat dalam mana ia telah berwasiat kesemua hartanya diberikannya kepada anaknya Mohamed Nor bin Bujai, yang menjadi pihak kena tuntut dalam kes ini, hanya tertakluk kepada pemegangannya ke atas 3 keping tanah sebagai amanah untuk anak saudara kepada pembuat wasiat, Abu Hassan. Selain daripada Abu Hassan, yang bukan menjadi pihak dalam kes ini, waris-waris si mati ialah Siti, sebagai pihak menuntut, balunya, dan Mohammed Nor pihak kena tuntut, anaknya. Pihak menuntut dan pihak kena tuntut kedua-dua bersetuju mengenai pemberian pusaka kepada Abu Hassan. Dalam kes ini Bujai telah mewasiatkan kesemua hartanya kepada anaknya Mohamed Nor dengan mengenepikan hak isterinya sebagai orang yang berhak atas harta tersebut selain Mohamed Nor.

8 Mahkamah memutuskan, harta yang diwasiatkan oleh Bujai kepada anaknya Mohamed Nor tidak mengikut undang-undang Islam. Jadi, wasiat Bujai yang mengutamakan anaknya dengan mengenepikan hak isterinya adalah tidak sah Manakala dalam kes Amanullah bin Haji Ali Hassan lwn Hajjah Jamilah bt. Sheikh Madar [1975] 1 MLJ 30, pihak yang menuntut mendakwa dirinya sebagai wasi dan pemegang amanah tunggal yang tertulis wasiat bapanya, Haji Hassan bin Zulfran bertarikh 24 Februari 1968. Bapanya (Haji Hassan bin Zulfran) telah meninggal dunia pada 27 Februari 1968. Pihak yang menuntut membuat tuntutan supaya wasiat itu diiktiraf atau sebagai alternatif. Dia menuntut supaya diberi hak kepadanya sebanyak satu pertiga daripada semua bahagian harta si mati yang namanya tertulis dalam wasiat itu mengikut undang-undang Islam. Dalam wasiat itu, pihak yang menuntut telah diberikan seluruh harta si mati. Pihak yang kena tuntut berhujah bahawa wasiat itu tidak sah kerana wasiat itu disempurnakan tatkala si mati sedang berada dalam keadaan tidak sempurna akal fikirannya, ingatannya dan tidak sedar apa yang sedang berlaku. Oleh yang demikian, pihak menuntut hanya berhak atas bahagiannya sahaja menurut undang-undang Islam berkaitan harta pusaka. Dia (Hajjah Jamilah) juga membuat tuntutan balas untuk mendapatkan kuasa pelaksanaan wasiat si mati di bawah probate bertarikh 7 Mei 1961 yang menamakan pihak yang menuntut dengan pihak yang kena tuntut sebagai wasi dan pemegang amanah serta mengarahkan mereka supaya membahagikan harta itu mengikut undang-undang Islam. Mahkamah memutuskan bahawa keterangan wasiat 1968 itu telah dibuat oleh si mati tatkala dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa sakit dan oleh yang demikian wasiat itu tidak dibuat secara sah. Meskipun wasiat itu dibuat secara sah, ianya terbatal kerana wasiat itu bertujuan melupuskan lebih dari satu pertiga daripada harta itu dan kerana ianya juga bertujuan memberi faedah kepada seorang daripada waris-waris wasiat. Dalam kes lain Re Man bin Mihat [1965] 2 MLJ 1, Man bin Mihat telah meninggal dunia pada 6 Januari 1963. Beliau telah menamakan isterinya sebagai penerima wang insurans nyawa yang berjumlah 40,000.00 yang akan dibayar apabila berlaku kematian ke atasnya. Setelah kematiannya, persoalan yang dibangkitkan

9 ialah sama ada wang yang dibayar di bawah polisi itu menjadi kepunyaan balu itu atau sebahagian daripada harta peninggalan suaminya itu perlu dibahagikan kepada ahli waris. Berdasarkan kepada peruntukan di bawah Seksyen 23 Ordinan Undangundang Sivil, memandangkan polisi insuran semasa hayatnya dan dinyatakan dengan jelas bahawa insuran tersebut adalah untuk kepentingan isterinya, maka wang di bawah polisi tersebut tidak menjadi sebahagian daripada harta si mati. Undangundang Islam tidak menghalang seorang balu daripada mendapat faedah daripada harta suaminya kerana orang-orang Islam boleh melupuskan atau memindahkan harta secara sah semasa hayatnya melalui pemberian atau melalui pemegang amanah. Seterusnya dalam kes Wan Puziah binti Wan Awang lwn Wan Abdullah bin Muda dan seorang lagi JH (1422) 235, seorang ibu angkat bernama Hajah Wan Hitam binti Haji Wan Long (si mati), telah menamakan anak angkat perempuannya bernama Wan Puziah binti Wan Awang sebagai salah seorang penerima wang yang didepositkan di dalam akaunnya di Lembaga Urusan dan Tabung Haji menerusi satu borang PENAMAAN bertarikh 9 Januari 1975 mengikut Peraturan No.6 Peraturan- Peraturan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji (Wang Simpanan dan Wang Keluaran) 1963. Melalui borang penamaan tersebut, si mati telah menamakan dua orang tertentu sebagai orang-orang yang berhak atas wang simpanannya di Tabung Haji iaitu Haji Wan Awang bin Haji Abdullah, suami si mati dan Wan Puziah bt. Wan Awang (plaintif) anak angkat kepada si mati. Dalam kes ini harta yang dijadikan wasiat ialah sejumlah setengah (1/2) bahagian wang simpanan di Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) yang pada kematian si mati berjumlah RM664,684.47. Semasa proses perbicaraan berjalan plaintif dan defenden-defenden menerusi peguam masing-masing telah menyatakan dan merekodkan secara persetujuan bahawa nilai keseluruhan harta pusaka si mati bernilai lebih daripada RM 2 Juta.

10 Plaintif mengambil pakai prinsip sulh telah merakamkan secara persetujuan perintah pada 20 Disember 1999 mempersetujui defenden pertama (Wan Abdullah bin Muda) dan defenden kedua (Wan Ismail bin Endut) mengeluarkan setengah daripada jumlah wang simpanan si mati untuk dibahagikan kepada defendendefenden dan ini telah mengubah perintah Mahkamah bertarikh 26 September 1999 yang menghalang defenden-defenden daripada membuat sebarang urusan berkenaan wang simpanan si mati di LUTH. Mahkamah memutuskan satu perdua (1/2) bahagian yang berbaki lagi dari Akaun Nombor 003005527 di LUTH itu adalah kesemuanya menjadi harta benda yang diwasiatkan al-muso bihi yang mana Wan Puziah bt Wan Awang berhak menerimanya. LUTH hendaklah membayar baki dari wang simpanan Wan Hitam binti Haji Wan Long di dalam akaun bernombor 003005527 di LUTH yang terkumpul dan dikira pada tarikh pembayaran dibuat kepada Wan Puziah binti Wan Awang iaitu plaintif dalam kes ini, dalam tempoh empat belas hari dari perintah ini diserahkan kepada LUTH dan semua kos dalam guaman ini ditanggung oleh defenden-defenden dan jumlah kos akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah. Dalam kes Re Ismail bin Rentah lwn Liah binti Lerong dan 3 yang lain [1940] 9 MLJ 98, Ismail bin Rentah merupakan seorang ahli Syarikat Kerjasama Pinjam Meminjam Pegawai-pegawai Melayu Berhad di Seremban, telah menamakan Maznah iaitu anak perempuannya untuk menerima bahagiannya atau faedah dalam syarikat berkenaan setelah kematiannya. Beliau telah meninggalkan beberapa waris setelah meninggal dunia. Mahkamah Tinggi memutuskan penamaan tidak memberi hak kepada penama untuk mengambil apa-apa dari syarikat itu untuk dirinya. Surat penamaan itu hendaklah tertakluk kepada undang-undang Islam mengenai wasiat dan pemberian itu adalah terbatal oleh kerana ia telah diberi kepada seorang waris dan lain-lain waris tidak bersetuju.

11 Setelah diteliti, latar belakang masalah ini, dapat disimpulkan bahawa perkara wasiat tidak mendapat perhatian yang khusus sama ada daripada orang perseorangan atau masyarakat. Terdapat pelbagai masalah, tanggapan dan kekeliruan yang melanda masyarakat pada hari ini mengenai wasiat. 1.3 Pernyataan Masalah Masyarakat pada hari ini masih kabur dan keliru berkaitan wasiat ini. Kekeliruan sering timbul antara wasiat, hibah dan faraid. Selain itu, sebahagian masyarakat juga kurang kesedaran tentang kepentingan wasiat. Bahkan sebahagian besar masyarakat tidak mempunyai pengetahuan tentang ilmu wasiat di samping tidak memahami berkenaan hal ehwal wasiat. Sehubungan dengan itu, adalah amat penting kepada kita untuk mengetahui tentang wasiat agar tidak terdapat sebarang kekeliruan dan permasalahannya di hari kemudian.

12 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk: i. Mengetahui persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia terhadap wasiat. ii. Mengenal pasti tahap kefahaman Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap wasiat. iii. Mengetahui persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia terhadap kepentingan wasiat 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian ini adalah: i Apakah persepsi pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia terhadap wasiat. ii Sejauhmanakah kefahaman Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia terhadap wasiat. iii Apakah persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia terhadap kepentingan wasiat