BUDAYA AKADEMIK DALAM PENDIDIKAN KREATIF MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Menjana Budaya Ilmu di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Satu Anjakan Paradigma

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Amar Makruf Nahi Mungkar

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Takrifan Etika ethos

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH): KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI SEIMBANG UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA.

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

Peranan Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal Insan

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

International Journal of Islamic and Civilizational Studies PERSONALITI: KONSEP, KUNCI DAN SUMBER MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Transcription:

BUDAYA AKADEMIK DALAM PENDIDIKAN KREATIF MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Mhd Hafiz Karami Bin Mhd Zain Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan, Universiti Malaysia Kelantan PENDAHULUAN Industri kreatif merupakan suatu industri yang penting dalam halatuju negara Malaysia. Di dalam teks Dasar Industri Kreatif Negara, perkembangan semasa ekonomi global menunjukkan industri kreatif adalah salah satu sumber penting pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya di negara-negara maju. Contohnya, industri ini telah menyumbang sebanyak USD$3 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat. Dalam perspektif ekonomi dan sosiobudaya Malaysia, industri kreatif telah memberi sumbangan sebanyak RM9.4 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2008 dan berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi serta memartabatkan budaya bangsa. Justeru, amat penting industri ini dibangunkan secara bersepadu dan terancang melalui satu dasar dan hala tuju yang komprehensif. Selain daripada itu, Malaysia juga merupakan satu negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi dan juga mempunyai majoriti rakyat beragama Islam. Sehubungan dengan itu, keperluan kepada pembinaan budaya akademik yang selari dengan dasar industri kreatif dan prinsip Islam adalah menjadi suatu keperluan dalam membangunkan industri kreatif di negara ini. DEFINISI BUDAYA AKADEMIK Kamus Dewan (2000) mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir atau cara berkelakuan. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza tentang bagaimana mendefinisikan budaya. Secara umumnya, budaya boleh didefinisikan sebagai segala perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian kita. Sejauh mana kita berbeza daripada orang lain, bagaimana kita mengenali orang lain berdasarkan perbezaan ciri-ciri seperti jantina, umur, warganegara, bangsa, bahasa pertuturan, agama dan sebagainya. Definisi budaya akademik di kampus menurut Xianghong Tian (2012) adalah manifestasi secara luaran mengenai nilai bersama, kerohanian, tingkahlaku warga kampus dalam membangunkan pelajaran dan penyelidikan mereka. Budaya ini boleh terkandung dalam

peraturan, corak tingkah laku dan kemudahan bahan. Budaya akademi juga merangkumi perspektif akademik (academic outlook),semangat akademik (academic spirits), etika akademik (academic ethics) dan persekitaran akademik (academic environment). Justeru, boleh disimpulkan bahawa budaya akademik merupakan suatu cara hidup golongan pelajar, pendidik dan pentadbir dalam sesuatu institusi akademik. KONSEP BUDAYA ILMU DALAM ISLAM Islam merupakan agama yang menjadikan ilmu sebagai dasar kepada ajarannya. Ilmu adalah teras kepada sistem nilai agama Islam dan menduduki tempat yang amat tinggi. Penekanan terhadap ilmu dalam ajaran Islam jelas ternyata dalam sumber-sumber asas agama iaitu al- Quran dan ajaran Nabi Muhammad saw (Sunnah), dan semua tokoh-tokoh Islam dari dahulu hingga sekarang. Penekanan pada pembacaan, sebagai alat penting dalam usaha keilmuan, dan pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia merupakan perkara awal yang diwahyukan ke atas Nabi Muhammad saw yang ummi. (Wan Mohd. Nor,1990). Surah al- Alaq (96), ayat 1-5 yang diakui oleh semua cendikiawan Islam sebagai wahyu pertama, bermaksud: Bacalah ( Wahai Muhammad!) Dengan nama Tuhanmu yang menjadikan, Menjadikan insan dari segumpal darah Bacalah: Dan Tuhanmu Maha Pemurah Yang mengajar insan dengan pena Mengajar insan apa yang tidak diketahuinya Menurut Zaini Ujang (2009), perintah membaca dan hakikat bahawa berfikir dan mengkaji tentang alam ini adalah konsep ilmu yang menjadi asas ajaran Islam. Konsep ini juga menunjukkan Islam sangat menekankan kepada kemajuan dan penghayatan ilmu pengetahuan. Memahami konsep ini, menyebabkan umat islam bersungguh-sungguh belajar dan memajukan ilmu pengetahuan sehingga dalam tempoh singkat, Islam melahirkan tamadun besar seperti Andalusia yang telah memberi sumbangan besar terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dunia. Selain itu juga, Islam juga mewajibkan ilmu pengetahuan. Tanggungjawab keilmuan terletak kepada semua lelaki dan wanita yang waras akalnya, bukan bagi segolongan manusia sahaja. (Wan Mohd. Nor,1990). Sabda Nabi Muhammad saw dalam hadisnya yang terkenal

bermaksud: Menuntut ilmu itu satu kewajipan ke atas Muslim dan Muslimat (Hadis riwayat Ibnu Abdil Barr). Proses menuntut ilmu ini juga tidak tertakluk kepada golongan pelajar yang muda sahaja bahkan kepada pengajar atau pensyarah. Bahkan konsep live-long learning sangat digalakkan dalam islam sebagai mana sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: Carilah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahat. Islam juga memberikan motivasi kepada ummatnya supaya bersungguh menuntut ilmu sebagaimana firman Allah swt dalam al-quran yang bermaksud: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat (Surah al-mujahadah, ayat 11) Justeru, kepentingan ilmu di tempat yang tertinggi dalam Islam perlu dijadikan asas dalam budaya akademik terutamanya dalam pendidikan kreatif yang memerlukan kepada pemikiran yang kritis dan inovatif. ISLAM DAN PENDIDIKAN KREATIF Industri kreatif melibatkan eksplorasi harta intelek seperti pengetahuan dan maklumat yang mempunyai potensi untuk mewujudkan kekayaan dan pekerjaan. Aktiviti-aktivitinya merangkumi proses kognitif yang aktif seperti penciptaan, penyelesaian masalah, pena kulan, proses membuat keputusan dan penilaian. Justeru, dalam proses pembelajaran kreatif, pelajar-pelajar perlu menjadi sangat bermotivasi untuk belajar. (Virtual World Teacher,2010). Aktiviti-aktiviti pembelajaran kreatif ini sangat berkait dengan konsep ilmu dalam Islam. Menurut Dr. Hasan Langgulung (1979), apabila manusia itu disuruh membaca (Surah al- Alaq :1-5) maka proses membaca itu sendiri akan melibatkan berbagai proses mental yang tinggi seperti proses pengenalan (cognition), ingatan atau hafalan (memory), pengamatan (perception), pengucapan (verbalizing), pemikiran (reasoning) serta daya cipta (creativity). Islam juga adalah agama yang menggalakkan manusia untuk menjadi kreatif tetapi dengan mematuhi peraturan-peraturan dan prinsip Islam itu sendiri. Menurut Al-Mazeidy(1993) yang memberikan definisi kreativiti mengikut acuan Islam ialah keupayaan merekabentuk sesuatu perkara baru yang memberi manfaat kepada manusia dan selaras dengan syariat dan prinsip-prinsip Islam. (m.s. 306). Berikut merupakan kaedah Islam untuk pendidikan kreatif menurut Samih Manmoud & Ali Mohammad (2010):

1) Mengembara Allah s.w.t telah membimbing manusia untuk mengembara dan melihat apa yang dilihat. Allah berfirman dalam al-quran: Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al- Ankabut 29:20). Melalui pengembaraan, seseorang manusia akan mendapat pengalaman baru dan membantu untuk mencambahkan idea 2) Melihat merupakan kaedah untuk meningkatkan kreativiti. Allah berfirman mengenai penglihatan ini dalam ayatnya yang bermaksud: Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman? Ayat ini menerangkan bahawa tujuan melihat dan meneliti perkara sekeliling adalah untuk mencari kebenaran. 3) Mendengar Islam menyarankan manusia supaya menggunakan pendengaran untuk perkara yang baik dan mendatangkan faedah. 4) Berfikir Islam menggalakkan orang ramai untuk berfikir secara mendalam dalam semua perkara yang berkaitan dengan mereka. Kaedah ini ditekankan dalam al-quran dengan cara yang pelbagai. Salah satu cara ialah untuk menggalakkan orang ramai untuk berfikir secara langsung tentang peristiwa yang berlaku disekeliling mereka. Sebagai contoh, Allah mendorong orang ramai utuk berfikir mengenai hujan yang turun dari langit memberikan perubahan kepada bumi. Allah berfirman dalam al-quran: Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya. Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir. (Al-Quran 16:10-11). Kaedah pemikiran ini sangat baik jika diamalkan oleh pelajar dan pengajar dalam institusi pengajian kreatif. Sehubungan dengan itu, amatlah perlu untuk pelajar dan pengajar dalam istitusi pengajian kreatif terutamanya yang beragama Islam untuk mengkaji al-quran sebagai sumber ilmu yang

agung serta mengaplikasikan kaedah-kaedah untuk menjadi kreatif seperti yang disarankan dalam Islam. LANGKAH MEMANTAPKAPKAN BUDAYA AKADEMIK Mohd Nor (1988: 6-14) telah mencadangkan beberapa langkah bagi memantapkan budaya akademik. Antaranya ialah: 1) Holistik - Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang lahir daripadanya merujuk pada sistem nilai (axiology), pandangan dunia (world view) dan idealisme sesebuah system sosial serta individu di dalamnya 2) Cinta Ilmu dalam system nilai tersebut perlu terdapat kecintaan terhadap ilmu pengetahuan serta kegigihan menimba, menyebar dan mengamalkannya dianggap sebagai suatu idealism dan kebaikan tertinggi yang menjadi punca segala kebaikan yang lain. Hal ini boleh dikaitkan denga budaya akademik dalam pendidikan kreatif yang memerlukan kepada kecintaan kepada bidang kreatif masing-masing yang akan menghasilakn idea-idea yang bermutu. 3) Kesepaduan - Pembinaan budaya dan tamadun ilmu yang bersepadu adalah berasaskan tiga perkara utama iaitu konsep Tuhan, manusia dan alam semesta. 4) Perkongsian - Budaya ilmu terbukti wujud bila ilmu merupakan perkara yang mahu disampaikan kepada seseorang atau oleh seseorang manusia walaupun semasa di akhir hayatnya. Idea-idea dan inovasi perlulah dikongsi dan dihebahkan untuk kemajuan bidang kreatif. 5) Positif - Dalam budaya ilmu, martabat ilmu perlu diletakkan sebagai kebaikan mutlak kerana proses pencapaian ilmu, antara lainnya, memerlukan usaha yang gigih, kesabaran yang banyak, pengorbanan yang ikhlas dan jiwa yang berani; 6) Ibadah - Ganjaran setiap usaha untuk mencari dan menyebarkan ilmu adalah berbentuk dalaman (intrinsik) dan keakhiratan; 7) Keutamaan - Pembinaan tamadun ilmu hanya mungkin terhasil jika ilmu diberikan status sebagai the highest good, kebaikan mutlak martabat tertinggi dalam system nilai individu dan masyarakat; 8) Lifelong Learning - Pembinaan tamadun ilmu beerti kegiatan pendidikan bersifat seumur hidup (lifelong learning), dari buaian hingga ke liang lahad, dan bersifat menyeluruh dan bersepadu;

9) Demokrasi - Budaya ilmu yang sebenar memberi peluang kepada semua ahli sesuatu masyarakat itu untuk mencari ilmu dan ketinggian melaluinya, sekalipun betapa rendah taraf sosioekonominya; 10) Penghormatan - Budaya ilmu mencetus tamadun yang banyak membantu manusia. Justeru setiap lapisan masyarakat perlu menghormati ilmu dan saintis; 11) Kepimpinan - Para pemimpin memainkan peranan penting untuk memperkasakan penyebaran ilmu pengetahuan. KESIMPULAN Budaya akademik dan pendidikan kreatif merupakan sebahagian daripada ajaran al-quran. Islam adalah agama yang berasaskan ilmu dan Islam juga agama yang menggalakkan kreativiti. Al-Quran sebagai sumber ilmu yang utama bagi ummat Islam yang mempunyai seribu misteri perlulah diterokai dan dikaji untuk kebaikan manusia. Selain daripada itu, saranansaranan dari al-quran dan as-sunnah secara langsung atau pun tersirat untuk membudayakan ilmu dalam kehidupan terutamanya pelajar dan pengajar yang terlibat dalam memajukan industri kreatif dalamnegara ini. RUJUKAN Daud, W. M. N. W. (1990). Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun. Jurnal Pendidikan Islam, 3, 51-67. Zaini Ujang (2009). Menghayati Budaya Ilmu: faham ilmu, amalan dan panduan. Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia Shen, X., & Tian, X. (2012). Academic culture and campus culture of universities. Higher Education Studies, 2(2), p61.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (1998) Budaya Ilmu: Konsep, Prasyarat dan Perlaksanaan di Malaysia. Kuala Lumpur. Nurin Enterprise Hasan Langgulung, Dr. 1979. Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara Kamus Dewan : Edisi Ketiga. 2000. Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Al-karasneh, S. M., & Saleh, A. M. J. (2010). Islamic perspective of creativity: A model for teachers of social studies as leaders. Procedia-Social and behavioral sciences, 2(2), 412-426. Al-Mazeidy, Z. M. (1993). Moqaddimah fi Manhaj Al-Ibda : Ro yah Islamiyyah, An Introduction to the Methodology of Creativity: An Islamic Point of View. Egypt: Dar Al-Wafa Littiba a wa Al-Nashr.