HALAL HARAM MAKANAN MENURUT IMAM SYAFI I: ANALISIS DARI PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARI AH

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

E-mel:

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PENGGUNAAN PISAU MEKANIKAL DALAM INDUSTRI SEMBELIHAN AYAM HALAL: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

Oleh: LOKMANULHAKIM BIN HUSSAIN Karyawan Tamu Infad

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

eissn MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES VOL 2, BIL RAF'U AL-HARAJ IN AL-QUR'AN: INSPIRING THE INNOVATION

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

Kerangka Penggunaan Maqasid Shari`ah Dalam Hukum Muamalat. The Framework of the Use of Maqasid Shari`ah In Muamalat Law

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KONSEP HALALAN TAYYIBA DALAM MAKANAN MENURUT MUFASSIR

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR. Menganggu Keseimbangan Ekosistem

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

MENANGANI KONFLIK HADIS DAIF DAN PALSU DALAM MASYARAKAT AWAM: MENGALIH PERHATIAN KEPADA PENGAJIAN HADIS SAHIH DAN HASAN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

HUBUNGAN MAQASID SYARIAH DAN SIASAH SYAR IYYAH DALAM URUS TADBIR NEGARA

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MASLAHAH SEBAGAI SATU JUSTIFIKASI TERHADAP KEHARUSAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MALAYSIA AZRI BIN BHARI

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

Analisis Fatwa Mengenai Produk Bone China Dan Solusi Halal [Fatwa Analysis on Bone China Products and Its Halal Solution]

PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN FATWA KONTEMPORARI DALAM MENGHADAPI CABARAN GLOBALISASI: SATU PENDEKATAN

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Transcription:

HALAL HARAM MAKANAN MENURUT IMAM SYAFI I: ANALISIS DARI PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARI AH Tuan Sidek bin T. Muda 1, Ridzwan bin Ahmad Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Abstrak Maqasid al-shari ah memainkan peranan yang penting dalam penetapan dan pelaksanaan hukum fiqh yang waqi iyy dalam usaha mencapai kebaikan dan menolak kemudaratan. Salah satu cabang fiqh ialah tentang hukum halal makanan dan minuman yang menjadi asas kepada pelaksanaan pensijilan halal hari ini. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya bermazhab Syafi i, penetapan standard dan prosedur pensijilan halalnya banyak didasarkan kepada fiqh mazhab Syafi i. Walau bagaimanapun, mutakhir ini terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa mazhab ini agak kaku dan kurang sesuai dalam menangani isu-isu baru termasuklah isu-isu makanan halal. Namun begitu, apabila ditinjau perkembangan ilmu maqasid al-shari ah yang meletakkan ukuran maslahah dan mafsadah sebagai asas penetapan hukum, pada peringkat awalnya, kebanyakan karya berkaitan dengannya ditulis oleh ulama yang bermazhab Syafi I seperti al Juwayni, al Ghazali, Fakhruddin al Razi, Saif al din al Amidi dan ibn Abd al-salam. Bahkan Imam Syafi i sendiri dianggap tokoh terawal yang telah meletakkan asas ilmu maqasid al-shari ah dalam bentuk penulisan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dikemukakan untuk menganalisis ijtihad Imam Syafi I dalam hukum-hakam makanan dan minuman berpandukan kepada ukuran maqasid alshari ah. Ia bertujuan untuk melihat sejauh mana pemakaian maqasid al-shari ah oleh Imam Syafi i dan kesesuaian metodologi fiqh beliau dalam menyelesaikan isu-isu semasa khususnya dalam hal yang berkaitan dengan makanan halal. Kajian ini adalah berdasarkan kepada metode kualitatif dengan kaedah pengumpulan data adalah daripada bahan-bahan bertulis berkaitan dengan pendapat-pendapat ulama khusunya pendapat Imam Syafi I dan pelbagai dokumen yang berkaitan. Analisis pula adalah berdasarkan kepada metode induktif dan komparatif. Hasil analisis menunjukkan bahawa wujudnya aplikasi maqasid al-shari ah dalam ijtihad Imam Syafi terhadap isu pemakanan halal dan metodologinya pula tidaklah kaku bahkan mementingkan keseimbangan antara nas, akal dan waqi. Kata kunci: Makanan, Halal, Imam Syafi i, Maqasid al-shari ah, maslahah.

PENDAHULUAN Maqasid al-shari ah adalah satu cabang ilmu yang membincangkan tentang penetapan hukum dari sudut pencapaian maslahah dan penolakan mafsadah sama ada pada individu mahupun masyarakat. Pelopornya yang terawal yang menyusun kaedah ilmu ini adalah Imam Syafi i 2, diikuti oleh murid-muridnya dan seterusnya berkembang sehingga ke hari ini. Asas utama kepada ilmu ini ialah mendatangkan maslahah dan antara sifat maslahah itu ialah ia sentiasa bersesuaian dengan perubahan suasana dan zaman. Ia bertepatan dengan definisi maslahah yang dipopularkan oleh Imam al-ghazali iaitu menjaga matlamat syarak dan matlamat syarak itu ada lima iaitu menjaga agama, diri, akal, nasal dan harta. Setiap perkara yang membawa kepada penjagaan kelima-lima ini adalah maslahah dan ketiadaan perkara itu adalah mafsadah dan menjauhkannya (dari mafsadah) adalah maslahah 3. Takrifan Imam al- Ghazali ini menunjukkan maksud maslahah ialah apa-apa yang mendatangkan kebaikan dan menjauhkan kemusnahan. Sudah tentu perubahan masa, tempat serta perkembangan sains dan teknologi turut mempengaruhi perubahan bentuk maslahah dalam kehidupan. Akal sematamata tidak dapat mengetahui maslahah manusia. Kalau dibiarkan mereka menetapkan sendiri maslahah mereka, dikhuatiri mereka tersesat. Oleh itu, menurut al-khadimi, dalam menggunakan maqasid al-shari ah sebagai hujah, ia bukanlah satu kaedah yang tersendiri dan terasing daripada syarak. Ianya juga bukan terhasil hanya berdasarkan nafsu akal atau kehendak diri atau perkara yang waqi iyy semata-mata tetapi diambil daripada pengajaranpengajaran yang diperoleh daripada wahyu dan didatangkan berpandukan kepada ikatan, batasan dan panduan syarak 4. Sehubungan dengan itu, analisis ini dibuat untuk melihat kaedah pemakaian maqasid alshari ah oleh Imam Syafi i sebagai pelopornya secara khusus dalam bab halal haram makanan bagi dijadikan panduan dalam pelaksanaan semasa. 1 tsidekm@gmail.com 2 Muhammad Nabil Ghanayim, Maqasid al-shari ah inda al-shafi iyyah dalam Maqasid al-shari ah fi al- Mazhahib al- Islamiyyah ( London: Muassasah al-furqan li al Turath al-islami, 2012), 258-259. Ahmad Wifaq Mokhtar, Maqasid al- Shari ah inda al-imam al-shafi i (Mesir: Dar al- Salam, 2014), 86. 3 Al-Ghazali, Abu Hamid, al-mustasfa fi Ilm al-usul (Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah, 1996), 174. 4 Al-Khadimi, Nuruddin Mukhtar, al-maqasid al-shari ah Ta rifuha - Amthilatuha Hujiyyatuha (Riyad: Kunuz Ashbelia, 2003), 34.

Sebagai pelopor dalam meletakkan kaedah asas kepada ilmu ini, sudah tentu Imam Syafi i menerapkan kaedah-kaedah pemakaian maqasid al-sharia ah dalam ijtihad beliau termasuk dalam soal makanan. Walau bagaimanapun, terdapat pandangan yang menyebut bahawa pendapat mazhab Syafi i sepertimana yang terdapat dalam kitab-kitab klasik yang menjadi pegangan kuat kalangan tradisionalis kelihatan tidak cukup berwibawa untuk menjawab banyak persoalan yang dihadapi. Dengan sebab itu, pertembungan mula berlaku di antara syariat Islam sepertimana yang terdapat dalam mazhab Shafi i dengan pandangan-pandangan yang berasaskan kepada reality hidup baru di bawah semangat modenisasi yang semakin berkembang 5. Walaupun begitu, dari sudut pelaksanaan halal di Malaysia, mazhab Syafi i adalah diutamakan dalam penetapan hukum. Ini jelas dicatatkan di dalam standard Halal Malaysia MS1500:2009 pada butiran 2.1.2 : Berdasarkan kepada perundangan Malaysia, hukum syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi i atau undang-undang Islam dalam manamana satu mazhab sama ada Maliki, Hanbali dan Hanafi yang telah dipersetujui oleh Yang di- Pertuan Agong dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan atau oleh Raja atau Sultan bagi manamana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu atau fatwa yang disahkan oleh pihak yang berkuasa mengenai Agama Islam. Berdasarkan butiran yang telah disebutkan, pandangan mazhab lain juga boleh diguna pakai sekiranya ada maslahah dan diperkenankan oleh Yang di-pertuan Agong atau raja-raja. Di samping itu, dalam penetapan hukum halal haram makanan, kemajuan sains dan teknologi juga menyebabkan timbulnya isu-isu baru. Antaranya ialah penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (bone ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang babi, makanan terubah suai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal sama ada dari haiwan dan juga tanaman, penggunaan vaksin yang menggunakan unsur babi, penggunaan stunning dalam sembelihan lembu dan binatang halal, kaedah thoracic sticking dalam sembelihan haiwan, penggunaan bakteria yang diambil daripada najis bayi sebagai agen pemangkin dalam yogurt, penyuntikan hormon FSH-P kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan pembiakan, penggunaan alkohol dalam produk minuman, makanan, pewangi dan ubat-ubatan, ternakan ikan yang diberi makanan najis dan kotoran 6 dan lain-lain. Justeru, tulisan ini dikemukakan untuk menganalisis pemakaian maqasid al-shari ah menurut Imam Syafi i dalam penetapan makanan halal. Tujuannya adalah untuk melihat kesesuaian atau ketidaksesuaian metode fiqh Imam Syafi i khususnya dalam pemakaian maqasid al-shari ah dalam mendepani tuntutan dan perubahan

zaman. Berdasarkan kepada kajian literatur, belum terdapat satu tulisan khusus berkaitan penilaian ijtihad Imam Syafi i dalam isu makanan berdasarkan ukuran maqasid al-shari ah. Kebiasaan kitab-kitab fiqh membicarakan bab makanan dari sudut halal ataupun haram dengan didatangkan dalil-dalil tanpa dibincangkan secara langsung kaitannya dengan maqasid al-shari ah yang asasnya ialah mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan. 5 Mahmood Zuhdi, Mazhab Syafi i di Malaysia: Sejarah, Realiti dan Prospek Masa Depan, Jurnal Fiqh, No.4 ( 2007), 3-14. 6 Mohamad Aizat Jamaludin, Mohd Anuar Ramli & Suhaimi ab Rahman, Ijtihad Kontemporari Dalam Pembinaan Fiqh Kepenggunaan Semasa Di Malaysia, dicapai pada 7 Nov 2014, ttps://www.academia.edu/4366974/ijtihad_kontemporari_dalam_pembinaan_fiqh_kepenggunaan_semasa_di_malaysia KEDUDUKAN MAQASID AL-SHARI AH DALAM PENETAPAN HUKUM Maqasid al-shari ah berasal dari dua perkataan iaitu maqasid dan syariah. Maqasid adalah kata jamak kepada perkataan maqsad7 atau maqsid8 yang memberi makna tujuan, maksud 9 dan objektif 10. Dari sudut istilah pula, Ibn Ashur mendefinisinya sebagai hikmah-hikmah, masalih dan manfaat-manfaat 11. Al-Khadimi pula mendefinisinya sebagai maslahah syariah dan tujuan-tujuan serta tanda-tandanya yang bertujuan untuk memperelok kemanusiaan dan kebahagiaannya pada kehidupan mereka dunia dan akhirat 12. Al-Zuhayli mendefinisinya sebagai tujuan pensyariatan serta rahsia-rahsia yang diletakkan oleh shari pada setiap hukum daripada hukum-hukumnya 13. Dalam membincangkan pengukuran maslahah pula, ia bukanlah perkara yang dibiarkan bebas berdasarkan kepada akal dan nafsu tetapi ia berpandukan kepada wahyu tanpa menafikan peranan akal dalam memahami wahyu. Secara ringkasnya pengukuran maslahah dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah 14. Daruriyyah ialah perkara yang mesti ada untuk kemaslahatan hidup dunia dan akhirat. Ketiadaannya menyebabkan kerosakan dan kemusnahan sistem kehidupan dunia serta kegagalan dan kembali dalam keadaan kerugian pada kehidupan akhirat 15. Menurut Ibnu Ashur, maslahah daruriyyah ialah apa-apa yang umat secara kolektif ataupun secara individu memerlukannya di mana sekiranya ia tiada, system akan rosak dan kehidupan umat adalah ke arah kebinasaan dan kehancuran. Termasuk dalam maksud kehancuran ialah apabila kehidupan umat menjadi seperti kehidupan binatang, tidak sebagaimana kehidupan yang dikehendaki oleh Shari yang terkawal dengan sistem. Beliau menekankan maslahah umat lebih diutamakan daripada maslahah individu 16. Daruriyyah merangkumi penjagaan lima perkara iaitu penjagaan agama, diri, akal, nasal dan harta 17.

Penjagaan agama adalah maqasid yang terpenting. Ia adalah asal kepada semua maqasid. Apabila tiada agama, dunia akan rosak. Ketika itu hilang neraca timbangan yang adil dan betul. Kesannya, manusia akan bertindak mengikut nafsu. Apabila tiada agama yang menetapkan maslahah dan menyusun kehidupan, nescaya setiap manusia melakukan sesuatu yang dirasakannya maslahah berdasarkan kepada nafsu dan akalnya semata-mata 18. Oleh itu, atas asas menjaga agama, diwajibkan ke atas setiap yang mukalaf mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, puasa, mengerjakan haji dan lain-lain kewajipan. Had minima dalam penjagaan agama ialah melaksanakan yang wajib dan meninggalkan yang haram 19. Peringkat yang kedua ialah al-hajiyyah. Menurut al-shatibi, Ia adalah apa yang diperlukan untuk kemudahan dan menghilangkan kesempitan yang pada kebiasaannya membawa kepada kepayahan dan mashaqqah. Sekiranya tidak dipelihara perkara tersebut, ia akan membawa kepada kepayahan dan mashaqqah tetapi tidaklah sampai ke tahap kemusnahan 20. Ibn Ashur memperluaskan definisi yang diberikan oleh al-shatibi dengan menekankan kemaslahatan ummah. Menurut beliau hajiyyat ialah apa sahaja yang diperlukan oleh ummah bagi menjaga maslahah dan sistem supaya berada pada susunan yang betul. Sekiranya tidak dipelihara perkara-perkara tersebut tidaklah membawa kepada kemusnahan tetapi sistem menjadi tidak tersusun. Termasuk dalam 7 Abi al-husain Ahmad bin Faris, Mu jam Maqayis al-lughah (Beirut: Dar al Jil, t.t.), 5: 95 8 Al-Mu jam al- Arabiy al-asasiy (t.tp: al-munazamah al- Arabiyyah li al-tarbiyyah wa al-thaqafah wa al- Ulum, t.t.), 989. 9 Al-Marbawi, Muhammad Idris Abd. Rauf, Kamus Idris al-marbawi (Kuala Lumpur: Darul Nu man, 1998), 136. 10 Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab, Pengenalan Asas kepada Maqasid Syariah (Shah Alam: PSN Publications, 2012), 5. 11 Ibn Ashur, Muhammad Tahir, Maqasid al-shari ah al-islamiyyah (Jordan: Dar al-nafais, 2011), 246. 12 Al-Khadimi, Nuruddin Mukhtar, al-maqasid al-shar iyyah Ta rifuha Amthilatuha Hujiyyatuha, 29. 13 Al-Zuhayli, Wahbah, Nazariyyah al-darurah al-shar iyyah (Beirut: Muassasah al-risalah, 1997), 49. 14 Al-Shatibi, Ibrahim bin Musa, al Muwafaqat (Kaherah: Dar al-ghad al-jadid, 2011), 2:37 15 Ibid., 2:6 16 Ibn Ashur, Muhammad Tahir, Maqasid al-shari ah al-islamiyyah, 300. 17 Al-Ghazali, Abu Hamid, al-mustasfa fi Ilm al-usul, 174. Al-Shatibi, Ibrahim bin Musa, al Muwafaqat, 2:8. 18 Al-Yubi, Muhammad Sa d bin Ahmad, Maqasid al-shari ah al-islamiyyah wa Alaqatuha bi al- Adillah al- Shar iyyah (Riyad : Dar al-hijrah, 1998), 202-203. 19 Ibid., 185-190 20 Al-Shatibi, Ibrahim bin Musa, al Muwafaqat 2:8.

hajiyyat ialah penjagaan lima perkara seperti yang dibincangkan dalam daruriyyat. Perbezaannya ialah keperluan memenuhi maslahah di peringkat ini tidak sampai ke tahap daruriyy 21. Seterusnya adalah peringkat al-tahsiniyyah, iaitu mengambil apa yang sesuai daripada adat-adat yang baik dan menjauhi perkara yang kurang baik yang akal yang sihat tidak suka kepadanya 22. Menurut Ibn Ashur, al-tahsiniyyat ialah perkara yang membawa kepada kesempurnaan keadaan umat sehingga hidup mereka aman, tenang serta dipandang elok oleh umat-umat lain. Dengan itu, umat Islam dilihat sebagai umat yang masyarakat lain ingin dekat dan bersama 23. Dinamakan maqasid jenis ini dengan al-tahsiniyyat kerana ia memperelok keadaan seseorang serta menyempurnakan kehidupannya dengan sebaik-baik keadaan 24. Satu perkara yang perlu difahami apabila membicarakan tentang maqasid alshari ah ialah, pengukuran maslahah tidak dibiarkan semata-mata dengan akal dan rasional seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Al Yubi dalam mengulas pegangan golongan yang berpegang dengan sebahagian kitab dan menolak sebahagian atas alasan memakai maqasid shari ah dan ruhnya tanpa perlu merujuk kepada bentuk-bentuk nas dan lafaz, menyebut bahawa syariat Islam adalah system yang syumul. Hukum juziyy bertemu dengan kaedah kulliyy pada memelihara kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Setiap dalil yang dijadikan hujah oleh syarak adalah untuk merealisasikan maqasid syarak yang mengandungi pengukuhan kepada pemeliharaan maslahah dan menolak mafsadah. Oleh itu kedua-dua nya tidak dapat dipisahkan dan saling berkait antara satu sama lain 25. Adalah satu kesilapan bagi sesiapa yang melakukan istinbat hukum dengan mengabaikan kaedah kulliyy sebagaimana juga satu kesilapan orang yang mengambil kaedah kulliyy tanpa melihat kepada hukum juziyy 26. 21 Ibn Ashur, Muhammad Tahir, Maqasid al-shari ah al-islamiyyah, 306-307 22 Al-Shatibi, Ibrahim bin Musa, al-muwafaqat, 2:9 23 Ibn Ashur, Muhammad Tahir, Maqasid al-shari ah al-islamiyyah, 307 24 Al-Khadimi, Nuruddin Mukhtar, al-maqasid al-shar iyyah Ta rifuha Amthilatuha Hujiyyatuha, 99 25 Al-Yubi, Muhammad Sa d bin Ahmad, Maqasid al-shari ah al-islamiyyah wa Alaqatuha bi al- Adillah al- Shar iyyah, 447-448 26 Al-Shatibi, Ibrahim bin Musa, al-muwafaqat, 3: 7.

HALAL HARAM MAKANAN MENURUT IMAM SYAFI I Apabila ditinjau penetapan hukum-hakam makanan oleh Imam Syafi i, didapati sandaran beliau ialah kepada metode fiqh beliau. Metode fiqh beliau ialah penetapan berdasarkan kepada nas, ijmak dan qiyas 27. Qiyas dalam konteks penggunaan di zaman itu merangkumi pelbagai dalil yang dipecahkan pada peringkat kemudian kepada istilah-istilah seperti istishab, maslahah, sad alzhari ah, uruf dan lain-lain 28. Imam Syafi i tidak membiarkan penetapan maqasid lepas bebas sebegitu sahaja tanpa garis panduan. Beliau telah mengikatnya dengan ikatan yang kuat iaitu antara yang penting ialah tidak bercanggah dan ada persamaan (shabah) dengan usul. Ikatan ini yang mengikat m ani dan maqasid daripada perluasan penggunaan tanpa garis panduan yang jelas serta juga tidak pula terlalu tertutup 29. Dalam penetapan hukum makanan, pendekatan utama beliau adalah berpandukan kepada nas dan istishab iaitu apa yang asalnya tidak disebut tentang pengharaman, hukum adalah kekal 27 Al-Shafi i, Muhammad bin Idris, al-risalah (Beirut: al-maktabah al- Asriyyah, 2013), 26. 28 Apabila dirujuk kepada kertas kerja dan buku-buku terkini yang membicarakan tentang metodologi fiqh Imam Syafi i, kebanyakan pengkaji tidak menghadkan ijtihad beliau hanya berpandukan kepada empat dalil sahaja menurut pemakaian istilah semasa. Antaranya ialah tulisan bekas mufti Wilayah Persekutuan, Dato Wan zahidi yang menyebut bahawa Imam Syafi i turut menggunakan maslahah - Wan Zahidi Wan Teh, Manhaj Fatwa Imam Syafi i (Seminar Manhaj Pengeluaran Fatwa Peringkat Kebangsaan, Institut Pengurusan dan Penyelididkan Fatwa Sedunia (INFAD), 5-6 Disember 2006). Walaupun Dr Nu man Jughaim hanya menyebut empat dalil sahaja yang digunapakai oleh Imam Syafi i, tetapi beliau menjelaskan bahawa mafhum istilah yang digunapakai oleh Imam Syafi i adalah luas merangkumi semua kaedah yang sampai kepadanya penetapan hukum syarak pada perkara yang tiada nas Nu man Jughaym, Madkhal ila Mazhab al-shafi i (Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah, 2011), 125. Begitu juga Dr Mustafa al- Khin, Dr Mustafa Dib al-bugha dan Dr Ahmad Wifaq Mokhtar. Mereka menyebut pelbagai dalil yang digunapakai oleh Imam Syafi i dan tidak terhad kepada empat itu sahaja. Al-Khin, Mustafa, Athar al-ikhtilaf fi al-qawa id al- Usuliyyah (Beirut: Muassasah al-risalah Nashirun, 2012), al-bugha, Mustafa Dib, Athar al-adillah al-mukhtalaf fiha (Damsyik: Dar al-qalam, 2013), Ahmad Wifaq Mokhtar, Maqasid al-shari ah Inda al-imam al- Shafi i. 29 Muhammad Nabil Ghanayim, Maqasid al-shari ah inda al-shafi iyyah dalalm Maqasid al-shari ah fi al- Mazhahib al-islamiyyah, 259.

harus. Di dalam al-risalah, Imam Syafi i ketika membincangkan perkara-perkara al- am di dalam al-quran yang dikhususkan oleh al-sunnah antaranya ialah tentang halal haram makanan sebagaimana firman Allah ta ala yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati bahawa apa yang telah diwahikan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor, atau sesuatu yang dilakukan secara fasik iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain daripada Allah. 30 (Al An am :145). Beliau menyebut bahawa ayat ini diihtimal mengandungi dua makna iaitu tidak haram ke atas seseorang kecuali apa yang telah dikecualikan, dan yang kedua ialah diihtimal dengan dikhususkan dengan nas daripada hadis di mana terdapat beberapa hadis yang melarang daripada memakan binatang buas 31 yang mengkhususkan umum ayat di atas 32. Di dalam al- Umm, Imam Syafi i menyenaraikan beberapa garis panduan halal haram seperti berikut: 1- Asas halal haram bahaim 33, dawab 34 dan burung ialah dua perkara iaitu sesuatu yang haram berdasarkan kepada nas daripada hadis dan berdasarkan kepada dalil secara jumlah daripada al Quran yang menunjukkan haram binatang yang tidak tergolong dalam kategori tayyibat dan binatang ternak sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dihalalkan ر ل يان ل ط ل ل ي ر ر ل ل ل ي حس م يل ر دج ل ل يه ر ط ر ر ل ي ال يل اح ي م جا م يل ا ت لي ن ينل نل ال ل ما ط مى ا ل ىلع ا ر ا م يف ل ي فل ام ي ف د ج ل ال ل 30 ر ا ل ير ل لر ل يه ن ل ىمج ل يال ل ما رل 31 Hadisnya adalah daripada Abi Tha labah yang berbunyi: اب ع ال م ا ا ذي ك ع ى ه ال زب ي ن dan hadis daripada Abu Hurayrah yang berbunyi: ا م ح اب ع ال م ا ا ذي ك كن. al-siba adalah kata jamak kepada perkataan al-subu yang bermaksud: setiap yang ada taring dan menyerang manusia dan binatang lain serta memburunya untuk dijadikan makanan. Begitu juga dengan burung yang mempunyai kuku yang tajam (seperti helang) Ibrahim Mustafa et. Al, al-mu jam al-wasit (Istanbul: al-maktabah al-islamiyyah, t.t.), 414. 32Al-Shafi i, Muhammad bin Idris, al-risalah, 91-92. 33 Binatang berkaki empat kecuali yang tergolong dalam kalangan binatang buas. 34 Segala jenis binatang

kepada kamu binatang ternak. 35 dan firman Allah yang bermaksud: Dihalalkan kepada kamu yang baik-baik 36. Orang Arab mengharamkan sesuatu kerana ia adalah kotor (khabaith) dan menghalalkan sesuatu yang tayyibat, maka dihalalkan kepada mereka tayyibat dan diharamkan khabaith sebagimana firman Allah yang bermaksud: Dan diharamkan kepada mereka benda-benda kotor 37. Difahami daripada kata-kata ini ialah segala binatang yang baik termasuk dalam kategori tayyibat kecuali yang ada tegahan daripada nas atau binatang itu boleh membawa kemudaratan. Begitu juga segala yang kotor adalah haram walaupun tidak ada nas yang mengharamkan seperti tahi, ulat dan air kencing kerana ia termasuk di dalam kategori khabaith 38. 2- Kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk dibunuh burung gagak, sejenis helang, jengking, tikus dan anjing gila ketika ihram 39 menunjukkan kepada haram binatang tersebut untuk dimakan 40. 3- Berdasarkan kepada garis panduan 1 dan 2 di atas, beliau merumuskan bahawa apa yang dimakan oleh orang Arab adalah halal dan apa yang mereka tidak makan adalah haram. Ini kerana al-sunnah memperakui perbuatan mereka memakan dan tidak memakan tersebut. Orang Arab tidak memakan anjing, serigala, singa dan harimau. Mereka memakan dubu dan ia adalah halal berdasarkan kepada hadis bahawa dubu boleh diburu dan dimakan. 5:1. Surah al-maidah رمما ل ل ة اي ين ال ل حل 35 Surah al-maidah 5:5 الت طن لمكن ل ح ن - 36 Surahا al A raf 7:157 ال ن ما ي كن م من 37 38 Al-Shafi i, Muhammad bin Idris, al Umm (Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah, 2014)., 2:377-378. ق ق ا أل ا ا ال ا ا ن ال : ام ن ال ال ين رق تح ا و م ن s.a.w: 39 Hadis daripada Aisyah telah berkata: bersabda Rasulullah 3087. Hadis riwayat Ibn Majah, Kitab al-manasik, Bab ma Yaqtul al-muhrim, no. hadis.ن ا ن ال ال ع قو ال م مب ن ال فأ Lihat al Qazwini, Muhammad bin Zaid, Sunan Ibn Majah (Kaherah: Dar Ibn al Haitham, 2005). Hadis ini juga diriwayatkan oleh Muslim, no hadis, (1198) 67, Kitab al-hajj, Bab Ma Yundab li al-muhrim wa Ghairihi Qatlah min al-dawab fi al-hil wa al-haram. Lihat Abi al-hasan, Muslim ibn al-hajaj, Sahih Muslim (Kaherah: Dar al- Ghad al-jadid, 2007). 40 Al-Shafi i, Muhammad bin Idris, al Umm, 2:378

Mereka juga makan dab, arnab, wabr dan musang. Mereka tidak memakan tikus, jengking, ular, helang, gagak, dan lain-lain 41. Penulis berpandangan bahawa rumusan inilah adalah berdasarkan kepada al istiqra iaitu apa yang dimakan oleh orang Arab adalah daripada tayyibat dan apa yang mereka tidak makan termasuk dalam khabaith. 4- Ditegah daripada memakan binatang yang Jallalah sehingga diberi makan dengan makanan yang bersih. Beliau menyebut proses istibra unta berdasarkan pendapatpendapat yang ada ketika itu ialah dengan bilangan empat puluh malam, kambing kurang daripada itu dan ayam dalam jangka masa tujuh malam. Semuanya itu kembali kepada perubahan daripada keadaan yang tidak disukai kepada fitrah asal binatang tersebut 42. 5- Asal sesuatu yang dimiliki oleh manusia daripada makanan dan minuman terbahagi kepada dua iaitu yang pertama ialah yang ada ruh. Terdapat yang halal dan yang haram daripada kategori ini. Kategori yang kedua ialah yang tiada ruh. Semua makanan daripada kategori ini adalah halal kecuali jika dicampur dengan yang haram atau dijadikan suatu yang memabukkan dan juga yang mengandungi racun yang membunuh. Pada pandangan beliau tiada rukhsah dalam meminum suatu yang beracun sama ada untuk berubat atau tujuan lain sedikit ataupun banyak, dicampurkan atau tidak dicampurkan kerana beliau khuatir ke atas orang yang meminum dan orang yang memberi minum akan membunuh dirinya atau membunuh orang yang diberi minum. Walaupun ada pendapat yang mengatakan tidak boleh diminum yang tidak dicampur dan boleh diminum yang sedikit yang boleh mendatangkan manfaat, tetapi kerana beliau telah mendengar kematian orang yang meminum kerana sedikit walaupun ada yang tidak menyebabkan beliau lebih cenderung kepada tidak memberikan rukhsah 43. 6- Dalam keadaan darurah, halal dimakan bangkai, darah mahupun daging babi. Juga tidak mengapa sekiranya seseorang mengambil yang haram sebagai bekalan. Apabila dijumpai yang halal, hendaklah dibuang yang haram tersebut 44. 41 Ibid., 2:378-379. 42 Ibid, 2:380. 43 Ibid., 2:388 44 Ibid., 2: 396-397.

ANALISIS HALAL HARAM MAKANAN MENURUT IMAM SYAFI I DARI PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARI AH Berdasarkan perbincangan hukum halal haram makanan menurut Imam Syafi I di atas, jelas bahawa beliau telah melakukan aplikasi maqasid al-shari ah di dalam penetapan hukum halal haram makanan. Maqasid yang dipandu dengan na s sama ada al-quran ataupun al-sunnah di samping penggunaan akal dalam memahami maksud nas. Jika diteliti kepada kaedah ijtihad beliau dalam isu makanan halal ini, pencapaian maqasid dipandu oleh dalil-dalil syarak iaitu penetapan hukum sama ada berdasarkan nas, istishab, qiyas, istiqra, uruf dan maslahah. Nas meletakkan prinsip asas secara kulliy iaitu segala yang tayyibat adalah halal dan segala yang khabaith adalah haram. Di samping itu, nas juga menjelaskan beberapa hukum juziyy iaitu pengharaman beberapa makanan dan minuman yang termasuk dalam kategori khabaith. Ijtihad beliau juga menunjukkan kepada keluasan hukum dalam makan dan minum. Berdasarkan kepada istishab, harus memakan atau meminum apa sahaja yang baik yang tergolong di dalam kategori tayyibat. Keluasan ini adalah salah satu bentuk maslahah kepada manusia kerana ia menghilangkan kepayahan (raf al-haraj). Apa sahaja yang tidak disebut oleh nas, perlu ditentukan status halal atau haram dengan dikenal pasti sama ada ia tergolong di dalam kategori tayyibat atau sebaliknya khabaith. Kaedah penentuan itu ialah melalui istiqra dan uruf sebagaimana Imam Syafi i menilai apa yang dimakan oleh orang Arab dan tiada tegahan daripada Nabi s.a.w. adalah termasuk di dalam tayyibat dan apa yang tidak dimakan oleh mereka termasuk di dalam khabaith. Tayyibat dan khabaith yang difahami daripada kenyataan Imam Syafi i tidak terhad kepada item-item yang disebut secara khusus dalam hukum-hukum juziyyat, bahkan melalui istiqra merangkumi dalil-dalil yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan makanan seperti hukum membunuh mahupun membunuh diri seperti haramnya racun. Justeru, segala yang bahaya dan boleh memudaratkan diri adalah haram. Imam Syafi i juga menyebut tentang pemakaian maslahah daruriyyah yang menjadi perkara utama yang perlu dijaga pada tingkat-tingkat maslahah. Makanan yang haram menjadi halal pada keadaan darurah. Ia diaplikasi pada keadaan di mana satu makanan yang haram pada keadaan biasa bertukar halal dalam keadaan tertentu. Ukuran penentuan halal haram pada saat darurah adalah berdasarkan kepada pertimbangan antara maslahah dan mafsadah. Makanan yang haram menjadi halal ketika meninggalkan pengambilannya lebih mudarat daripada mengambilnya 45. 45 Imam al-suyuti menyebut: زى ى ق دم ن ن ا ط اوو ال ك احن ت ب ا ا ط ال ض maksudnya: perkara yang darurat mengharuskan perkara yang ditegah dengan syarat perkara darurat itu lebih mafsadah daripada perkara yang dilarang al-suyuti, Abd. al-rahman bin Abu Bakr, al-ashbah wa al-nazair (Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah,1998), 167.

KESIMPULAN DAN PENUTUP Imam Syafi i adalah orang pertama yang meletakkan ilmu Maqasid al-shari ah dalam bentuk karya. Analisis daripada ijtihad beliau dalam penetapan halal haram makanan, jelas menunjukkan beliau telah menerapkan pemakaian maqasid tersebut. Pengukuran maqasid dipandu oleh nas dan akal. Gabungan nas dan akal itu juga membentuk metode fiqh beliau. Daripada metode fiqh beliau ini difahami prinsip asas dalam penetapan halal haram makanan iaitu yang tayyibat adalah halal, manakala yang khabaith dan memudaratkan adalah haram. Pada ketika darurah, yang haram bertukar menjadi halal kerana menjaga maslahah. Dalam konteks semasa, perkembangan sains dan teknologi membantu meluaskan lagi ruang penentuan tayyibat dan khabaith melalui pengukuran berasaskan kajian dan penyelidikan saintifik. Makanan yang tidak ada di zaman Imam Syafi i atau tidak ada di tanah Arab, boleh ditentukan halal haram berdasarkan prinsip yang telah digariskan. Bahkan, beberapa makanan yang ada yang tidak disebut oleh nas, yang telah dihukum haram atau halal oleh Syafi iyyah atau ulama mazhab lain berpandukan kajian tayyibat, khabaith dan memudaratkan di zaman tersebut boleh dinilai kembali hukum halal haram dengan penilaian baru berdasarkan kepada perkembangan sains dan teknologi 46 tanpa mengabaikan prinsip-prinsip penetapan yang lain khususnya yang telah disebut oleh nas dalam mendatangkan maslahah dan menolak mafsadah. 46 Prof. Dr. Mahmood Zuhdi pernah membincangkan tentang keperluan menilai kembali hukum fiqh kesan daripada perkembangan sains dan teknologi. Antaranya ialah hukum makan ulat buah. http://www.addeen.my/index.php/rohani/hukum/item/146-makan-ulat-dalam-buah, di akses pada 16 Sep. 2016. RUJUKAN Abi al-hasan, Muslim ibn al-hajaj, Sahih Muslim (Kaherah: Dar al-ghad al-jadid, 2007). Abi al-husain Ahmad bin Faris, Mu jam Maqayis al-lughah (Beirut: Dar al Jil, t.t.). Ahmad Wifaq Mokhtar, Maqasid al- Shari ah inda al-imam al-shafi i (Mesir: Dar al- Salam, 2014). Al-Bugha, Mustafa Dib, Athar al-adillah al-mukhtalaf fiha (Damsyik: Dar al-qalam, 2013). Al-Ghazali, Abu Hamid, al-mustasfa fi Ilm al-usul (Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah, 1996). Al-Khadimi, Nuruddin Mukhtar, al-maqasid al-shar iyyah Ta rifuha Amthilatuha Hujiyyatuha (Riyad: Kunuz Eshbelia, 2003). Al-Khin, Mustafa, Athar al-ikhtilaf fi al-qawa id al-usuliyyah (Beirut: Muassasah al- Risalah Nashirun, 2012). Al-Marbawi, Muhammad Idris Abd. Rauf, Kamus Idris al-marbawi (Kuala Lumpur: Darul Nu man, 1998). Al-Mu jam al- Arabiy al-asasiy (t.tp: al-munazamah al- Arabiyyah li al-tarbiyyah wa al- Thaqafah wa al- Ulum, t.t.).

Al-Qazwini, Muhammad bin Zaid, Sunan Ibn Majah (Kaherah: Dar Ibn al Haitham, 2005). Al-Shafi i, Muhammad bin Idris, al-umm (Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah, 2014). Al-Shafi i, Muhammad bin Idris, al-risalah (Beirut: al-maktabah al- Asriyyah, 2013). Al-Shatibi, Ibrahim bin Musa, al Muwafaqat (Kaherah: Dar al-ghad al-jadid, 2011). Al-Suyuti, Abd. al-rahman bin Abu Bakr, al-ashbah wa al-nazair (Beirut: Dar al- Kutub al- Ilmiyyah,1998). Al-Yubi, Muhammad Sa d bin Ahmad, Maqasid al-shari ah al-islamiyyah wa Alaqatuha bi al- Adillah al-shar iyyah (Riyad : Dar al-hijrah, 1998). Al-Zuhayli, Wahbah, Nazariyyah al-darurah al-shar iyyah (Beirut: Muassasah al- Risalah, 1997). Ibn Ashur, Muhammad Tahir, Maqasid al-shari ah al-islamiyyah (Jordan: Dar al- Nafais, 2011). Ibrahim Mustafa et. Al, al-mu jam al-wasit (Istanbul: al-maktabah al-islamiyyah, t.t.). Mahmood Zuhdi, Mazhab Syafi i di Malaysia: Sejarah, Realiti dan Prospek Masa Depan, Jurnal Fiqh, No.4 ( 2007). Malaysian Standard, Halal Food Production, Preparation, Handling and Storage General Guidelines (Department of Standard Malaysia, 2009). Mohamad Aizat Jamaludin, Mohd Anuar Ramli & Suhaimi ab Rahman, Ijtihad Kontemporari Dalam Pembinaan Fiqh Kepenggunaan Semasa Di Malaysia, dicapai pada 7 Nov 2014, ttps://www.academia.edu/4366974/ijtihad_kontemporari_dalam_pembinaan_fi qh_kepenggunaan_semasa_di_malaysia Muhammad Nabil Ghanayim, Maqasid al-shari ah inda al-shafi iyyah dalam Maqasid al- Shari ah fi al-mazhahib al-islamiyyah ( London: Muassasah al- Furqan li al Turath al-islami, 2012). Nu man Jughaym, Madkhal ila Mazhab al-shafi i (Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah, 2011). Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab, Pengenalan Asas kepada Maqasid Syariah (Shah Alam: PSN Publications, 2012). Wan Zahidi Wan Teh, Manhaj Fatwa Imam Syafi i (Seminar Manhaj Pengeluaran Fatwa Peringkat Kebangsaan, Institut Pengurusan dan Penyelididkan Fatwa Sedunia (INFAD), 5-6 Disember 2006). http://www.addeen.my/index.php/rohani/hukum/item/146-makan-ulat-dalam-buah.