BERSIH 2.0 KOD ETIKA PENGLIBATAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-13 DAN GARIS PANDUAN KERAJAAN SEMENTARA

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PENILAIAN PENGETAHUAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Administrative Policy Bahasa Malaysian translation from English original

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Polisi ipad Pensyarah

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP02/RISK ASSESSMENT

Plat Kaca Terma & Syarat

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

SEMINAR PEBANDINGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN AKTA PELINDUNGAN PERMBERI MAKLUMAT 2010.

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BAHASA MALAYSIA TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED. 1. Perluasan Perkhidmatan DAN KEISTIMEWAAN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Mengukuhkan Tindak Balas Terhadap Krisis Bot Serantau

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

Kecurian Terma & Syarat

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Takrifan Etika ethos

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

M E M O R A N D U M 80

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Transcription:

BERSIH 2.0 KOD ETIKA PENGLIBATAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-13 DAN GARIS PANDUAN KERAJAAN SEMENTARA

KOD ETIKA PENGLIBATAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-13 A. Malaysia adalah ahli Majlis Hak Asasi Manusia dan sejak 1967, menjadi ahli Kesatuan Inter-Parlimen (Inter Parliamentary Union, IPU) dan terikat dengan piawaian yang tinggi bagi kod etika dalam pilihan raya. B. Deklarasi IPU 1994 berkaitan Kriteria bagi Pilihanraya Bebas dan Adil (the IPU s 1994 Declaration on Criteria for Free and Fair Elections 1 ) menetapkan piawaian yang telah diterima secara universal bagaimana mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Resolusi IPU yang diterima pakai pada 20.4.2011 di Panama, menekankan keperluan untuk mewujudkan rangka kerja pilihanraya yang berkesan yang harus berpaksikan beberapa elemen asas, termasuklah pilihan raya yang bebas dan adil yang diadakan secara berkala, kerahsiaan undi, proses pilihanraya yang kompetitif dan inklusif, akses kepada media dan sumber negara secara adil dan seimbang kepada semua parti politik, hak mengundi yang menyeluruh (broad-based voting rights), proses pendaftaran pengundi yang boleh dipercayai, dan badan yang bebas dan berkecuali yang diamanahkan bagi mengurus pilihan raya secara bebas dan adil. C. Kod Etika ini menggariskan piawaian minimum etika bagi semua parti politik dan calon serta petugas kempen, sukarelawan dan penyokong mereka dalam pilihan raya umum, selaras dengan norma-norma yang diterima pakai di peringkat antarabangsa. 2 D. Adalah menjadi tanggungjawab parti-parti politik dan calon-calon untuk memastikan pematuhan terhadap Kod ini oleh petugas kempen, sukarelawan dan penyokongpenyokong mereka. Parti-parti politik, calon-calon, petugas kempen, sukarelawan dan penyokong-penyokong mereka, bagi maksud Kod ini akan disebut selepas ini sebagai "pihak" atau "pihak-pihak", mengikut kesesuaiannya.. Larangan terhadap ucapan yang menghasut dan menggalakkan permusuhan 1. Tidak ada pihak, sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau secara bekerjasama dengan orang lain, menyampaikan ucapan atau melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang memburukkan lagi perbezaan yang sedia ada atau menggalakkan kebencian atau menimbulkan ketegangan antara etnik atau agama yang berbeza. Larangan terhadap kempen dengan cara memburuk-burukkan (smear campaign) 2. Kritikan terhadap pihak parti atau calon lain, apabila dilakukan, hendaklah terbatas kepada isu, dasar, program dan rekod yang telah lalu. Kritikan yang berasaskan 1 http://www.ipu.org/cnl-e/154-free.htm 2 http://www.ipu.org/conf-e/124/res-1.htm 1

dakwaan yang tidak benar atau maklumat yang diputarbelit hendaklah dielakkan. Semua pihak hendaklah mengelak daripada mengkritik, mencemar atau menceroboh privasi atau kehidupan peribadi pemimpin-pemimpin parti dan calon lain atau ahli keluarga mereka yang tidak berkaitan dengan tugas dan aktiviti-aktiviti awam pemimpin parti dan calon-calon tersebut. 3. Sebagai panduan, kempen yang melibatkan bahan-bahan berikut hendaklah dianggap sebagai tidak boleh diterima dan dilarang sama sekali; (i) (ii) (iii) bahan yang mempunyai kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan kanakkanak; bahan yang mengandungi bahasa atau kelakuan yang kesat dan atau biadab; dan bahan yang mengandungi penghinaan atau bahan yang mencemar atau mengandungi tuduhan terhadap mana-mana individu disebabkan oleh jantina, etnik, agama atau kedudukan sosial (social origin) individu tersebut. Kebebasan wartawan dan pemerhati pilihan raya untuk menjalankan tugas mereka 4. Semua pihak tidak harus menghalang atau mengganggu pemberita dan wartawan daripada menjalankan tugas-tugas mereka termasuk kebebasan pergerakan mereka, kebebasan untuk menerima dan menyampaikan maklumat dan akses kepada premis dan dokumen yang berkaitan. 5. Semua pihak tidak harus mengganggu atau menghalang pemerhati pilihan raya daripada menjalankan pemerhatian mereka, termasuk kebebasan pergerakan mereka, kebebasan untuk menerima dan menyampaikan maklumat dan akses kepada premis dan dokumen yang berkaitan. Larangan melakukan ugutan dan keganasan 6. Ugutan dan keganasan dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali pada setiap masa. (i) (ii) Semua pihak hendaklah tidak menggalakkan dan tidak memberi sokongan terhadap ugutan atau keganasan dalam apa bentuk sekalipun dan hendaklah mengambil langkah-langkah segera untuk mencegah, menghenti atau mengutuk tindakan tersebut dan hendaklah melaporkan kepada polis setiap kejadian yang melibatkan ugutan atau keganasan tanpa mengira siapa yang melakukannya. Semua pihak hendaklah memastikan mereka tidak menimbulkan gangguan atau atau campur tangan dalam perhimpunan atau mesyuarat yang 2

dianjurkan oleh pihak parti politik atau calon di pihak lain. Tingkah laku yang dianggap mengganggu termasuklah mengedarkan risalah mereka sendiri, menyampuk, mengejek, berkelakuan ganas atau memberi ancaman terhadap pihak-pihak lain atau orang ramai yang menghadiri perhimpunan atau mesyuarat tersebut. (iii) membawa patung yang berupa untuk mewakili calon atau ahli atau penyokong parti-parti politik lain, membakar patung tersebut di tempat awam awam dan lain-lain tindakan yang bersifat mengganggu, ganas atau demonstrasi yang bersifat mengancam, tidak harus diizin dan dibenarkan oleh mana-mana pihak. Kesalahan-kesalahan Pilihanraya 7. Semua pihak hendaklah tidak melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang bersifat "amalan rasuah" atau kesalahan di bawah undang-undang pilihan raya, termasuk tetapi tidak terhad kepada merasuah pengundi, melakukan ugutan terhadap pengundi, penyamaran pengundi, merayu undi dalam jarak 50 meter dari tempat mengundi, dan mengadakan perhimpunan awam pada hari mengundi. 8. Semua pihak hendaklah dengan serta-merta melaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apa-apa perbuatan atau tindakan yang disyaki berupa "amalan rasuah" atau kesalahan di bawah undang-undang pilihan raya. 9. Semua pihak hendaklah tidak mengenakan atau cuba untuk mengenakan pengaruh tidak wajar untuk memaksa seseorang untuk mengundi, atau tidak mengundi mengikut cara yang tertentu, atau yang menyebabkan seseorang mengundi atau tidak mengundi mengikut cara yang tertentu. 10. Semua pihak tidak boleh membenarkan atau membolehkan mana-mana individu untuk mengundi sebagai orang lain, atau lebih daripada sekali. BERKEMPEN 11. Semua pihak tidak harus mengadakan perhimpunan atau mesyuarat di tempattempat yang bersebelahan, bertentangan atau berhampiran di mana perhimpunan atau mesyuarat yang diadakan oleh parti atau calon lain. 12. Jika dua atau lebih pihak bercadang untuk mengadakan perhimpunan atau mesyuarat di tempat yang bersebelahan, bertentangan atau berhampiran antara satu sama lain, penganjur masing-masing hendaklah berhubung dengan dengan pihak-pihak tersebut terlebih dahulu dan memutuskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan perhimpunan atau mesyuarat tersebut tidak bertembung atau menyebabkan halangan kepada lalu lintas. Bantuan daripada pihak berkuasa tempatan dan pihak polis hendaklah diperolehi bagi membolehkan persefahaman 3

dicapai. Bagi tujuan ini, semua pihak hendaklah menghubungi pihak berkuasa tempatan dan polis secepat mungkin. 13. Semua pihak hendaklah: (i) (ii) bekerjasama dengan pegawai bertugas pilihan raya untuk memastikan pengundian berjalan secara aman dan teratur dan kebebasan yang penuh diberikan kepada para pengundi untuk menjalankan tanggungjawab mereka tanpa sebarang gangguan atau halangan; memakai dan melekatkan pada semua kenderaan dan jentera kempen, pengenalan yang jelas dan mudah dibaca pengenalan kepada parti masingmasing. 4

GARIS PANDUAN KERAJAAN SEMENTARA Tujuan garis panduan ini, yang bersesuaian dan diterima pakai oleh konvensyen antarabangsa, adalah untuk memastikan bahawa semasa tempoh kerajaan sementara ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan bertindak dengan sewajarnya supaya, walaupun urusan perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan berjalan terus, keputusankeputusan dan tindakan-tindakan yang bersifat utama dan dasar (major) mesti dielakkan supaya ia tidak mengikat kerajaan yang akan dipilih kelak. Garis panduan ini bertujuan memberi panduan umum. Ia boleh ditambah dengan dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat yang lebih khusus yang boleh didapati dalam Australian Capital Territory 2012 General Election on Guidance on Caretaker Conventions 3 dan London Cabinet office on General Election Guidance 2010.. 4 Garis panduan berikut akan digunapakai kepada kerajaan sementara: (1) Dari tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sehingga kerajaan yang baru dipilih mengambil alih, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah menjadi kerajaan sementara dan tidak boleh: (a) membuat keputusan-keputusan dasar dan utama yang berkemungkinan besar akan mengikat kerajaan yang akan dipilih; (b) membuat perlantikan-perlantikan penting; (c) menandatangani kontrak atau perjanjian besar dan utama (major contracts or undertakings); (d) mengumumkan sebarang geran kewangan baru dalam apa jua bentuk sekalipun atau apa-apa janji yang berkaitan dengannya; (e) meletakkan batu asas dan lain-lain, projek atau skim dalam apa jua bentuk; atau (f) membuat apa-apa janji baru bagi membina infrastruktur atau melaksanakan projek-projek awam. (2) Kerajaan sementara sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri tidak boleh menggunakan, dan hendaklah memastikan bahawa tidak ada sebarang sebab untuk diberikan untuk sebarang aduan bahawa ia telah menggunakan, kedudukan rasmi untuk tujuan kempen pilihan raya dan khususnya: (i) anggota Kerajaan Persekutuan atau ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak boleh menggabungkan lawatan rasmi mereka dengan kerja pilihanraya dan tidak akan menggunakan sumber, kenderaan, kakitangan dan jentera kerajaan semasa kerja kempen pilihan raya mereka; 3 http://www.cmd.act.gov.au/functions/2012-election 4 http://webarchive.nationalarchives.gov.uk/+/http:/www.cabinetoffice.gov.uk/media/354815/2010electionguidance.pdf 5

(ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) jentera, sumber, kenderaan dan kakitangan Kerajaan Pusat dan Negeri tidak boleh digunakan untuk kepentingan kerajaan sementara dan, khususnya, tiada kementerian, jabatan, agensi atau alat-alat kerajaan yang lain atau badan-badan berkaitan kerajaan boleh diarahkan atau dibenarkan untuk mengadakan sebarang majlis atau aktiviti yang berkaitan dengan apa-apa kerja pilihanraya atau aktiviti-aktiviti berkempen; tempat-tempat dan kemudahan awam tidak boleh dimonopoli oleh kerajaan sementara dan parti-parti dan calon-calon lain hendaklah dibenarkan menggunakan kemudahan tersebut sekurang-kurangnya pada jumlah kekerapan penggunaan yang sama banyak serta dengan terma dan syarat yang sama dengan yang digunapakai kepada parti yang menguasai kerajaan sementara; kerajaan sementara tidak dibenarkan, dan hendaklah memastikan bahawa penjawat awam dan pihak berkuasa di bawah bidang kuasa dan kawalan mereka tidak menggunakan wang dari dana persekutuan atau negeri yang disatukan untuk mengeluarkan iklan di akhbar-akhbar dan lain-lain media; kerajaan sementara hendaklah memastikan akses yang bebas dan adil untuk bersiaran percuma di radio, televisyen, dan lain-lain media penyiaran; kerajaan sementara tidak dibenarkan, dan hendaklah memastikan bahawa penjawat awam dan pihak berkuasa di bawah bidang kuasa dan kawalan mereka tidak, menggunakan wang dari dana persekutuan atau negeri yang disatukan bagi tujuan mengadakan atau menganjurkan perhimpunan atau mesyuarat; manakala adalah menjadi hak pekerja sektor awam untuk mengambil bahagian dalam proses politik, mereka mesti berbuat demikian dalam kapasiti peribadi mereka, mengelakkan sebarang percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan tanpa mempamerkan kecenderungan politik mereka semasa menjalankan tugas; ahli-ahli kerajaan Persekutuan atau ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak boleh memasuki mana-mana tempat mengundi atau tempat pengiraan undi kecuali dalam kapasiti mereka sebagai seorang calon atau pengundi atau ejen yang diberi kuasa; dan kerajaan sementara hendaklah memastikan dan bertanggungjawab terhadap keselamatan semua rakyat secara sama rata, dan hendaklah memastikan bahawa semua polis dan pegawai penguat kuasa bertindak tanpa rasa takut atau memihak (without fear or favour) dalam usaha menjaga keselamatan semua pihak. 6

RUJUKAN Cabinet Office of the United Kingdom. General Election Guidance 2010. 2010. http://webarchive.nationalarchives.gov.uk/+/http:/www.cabinetoffice.gov.uk/media /354815/2010electionguidance.pdf. Chief Minister and Treasury Directorate of the Australian Capital Territory. Australian Capital Territory 2012 General Election Guidance on Caretaker Conventions. 2012. http://www.cmd.act.gov.au/functions/2012-election. Election Commission of India. Model Code of Conduct for the Guidance of Political Parties and Candidates. 2007. http://eci.nic.in/eci_main/faq/faq_mcc.pdf. Inter Parliamentary Union. Declaration on Criteria for Free and Fair Elections. 1994. http://www.ipu.org/cnl-e/154-free.htm. Inter Parliamentary Union. Providing a Sound Legislative Framework Aimed at Preventing Electoral Violence, Improving Election Monitoring and Ensuring The Smooth Transition of Power. 2011. http://www.ipu.org/conf-e/124/res-1.htm. 7

Alamat Sekretariat: 13, Lorong 4/48E, 46050 Petaling Jaya Telefon: +603 7772 3275 Tel. Bimbit: +6019 438 0428 Faks: +603 7784 4978 Emel: info@bersih.org Laman Web: www.bersih.org Facebook: BERSIH 2.0 [Official] Twitter: bersih2