Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

Similar documents
Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Plat Kaca Terma & Syarat

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

Kecurian Terma & Syarat

Rakan Pemandu Nilai Yang Dipersetujui Terma & Syarat

Polisi Wang Terma & Syarat

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

Kebakaran Tarif Terma & Syarat

Pemandu Bas Terma & Syarat

PA Flexicare. Terma & Syarat

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Liabiliti Awam Terma & Syarat

SIJIL IKHLAS NIAGA (OFFICE NIAGA) TAKAFUL

POS Rakan Penunggang Motosikal Terma & Syarat

Perayaan Terma & Syarat

Pelan Perlindungan Perniagaan (Bispro) Terma & Syarat

POLISI KEBAKARAN (INDIVIDU) TARIF

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PA Care Terma & Syarat

SIJIL IKHLAS FIRE TAKAFUL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SPECIAL CARE PA Terma & Syarat

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Terma dan Syarat Am Jualan Donaldson Company Inc.

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

POLISI EMPUNYA RUMAH / ISI RUMAH TARIF

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Skim Kemasukan Hospital Dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) Terma & Syarat

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

SURAT TAWARAN. No. Ruj. Bank : Tarikh : Kepada : : Tuan/Puan, PER : Permohonan untuk kemudahan [FacilityAlternateDescription]

Kemalangan Peribadi SmartCover Terma & Syarat

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W) A Member Of The Pacific & Orient Group Website:

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

Liberty 100 Years Care Pelan Perubatan Kesihatan Major. Terma & Syarat

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

BAHASA MALAYSIA TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED. 1. Perluasan Perkhidmatan DAN KEISTIMEWAAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT PENGENDALIAN AKAUN MATA WANG ASING (Layak menerima perlindungan PIDM)

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

Dengan PRUcancer plan, saya boleh berada di sisi keluarga saya untuk selama yang mungkin.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT AKAUN PULANGAN PENDAPATAN TETAP-i MATA WANG ASING (FCFRIA-i)

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

PENILAIAN PENGETAHUAN

Permohonan Kemudahan Pembiayaan Peribadi

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

*PMY1NOMFRM* Notification For Appointment Of Nominees And Trustees Pemberitahuan Perlantikan Penama-penama Dan Pemegang-pemegang Amanah.

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Polisi ipad Pensyarah

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN A IR (PELESENAN) 2007

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

The Islamic Estate Planning Specialist. FAQs. Frequently-asked questions [Soalan Lazim]

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

UNILEVER TOTAL HAIR 2017 TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Tune Protect Travel Insurance by AirAsia Pelan Sehala Antarabangsa (WPUA)

Transcription:

Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

INSURANS PAMPASAN PEKERJA BAHAWASANYA Pengambil Insurans yang menjalankan Perniagaan yang diterangkan dalam Jadual dan tidak yang lain untuk tujuan insurans ini melalui cadangan atau pengisytiharan hendaklah berdasarkan kontrak ini dan dianggap bergabung di sini telah memohon kepada LIBERTY INSURANCE BERHAD (16688-K) (kemudian daripada ini disebut Syarikat) bagi insurans termuat kemudian daripada ini dan telah membayar atau bersetuju membayar Premium sebagai persetujuan bagi insurans sedemikian. MAKA DENGAN INI POLISI INI MENYAKSIKAN bahawa jika pada bila-bila masa dalam tempoh insurans mana-mana pekerja dalam khidmat langsung Pengambil Insurans mengalami kecederaan diri melalui kemalangan atau penyakit yang disebabkan dan dalam tempoh penggajiannya oleh Pengambil Insurans dalam Perniagaan dan jika Pengambil Insurans bertanggungjawab untuk membayar pampasan bagi kecederaan sedemikian di bawah Undang-undang yang ditetapkan dalam Jadual atau Common Law kemudiannya tertakluk pada terma kekecualian dan syarat yang terkandung dalamnya atau disahkan kemudiannya Syarikat akan mengganti rugi Pengambil Insurans akan semua jumlah yang menjadi tanggungjawab Pengambil Insurans dan akan selainnya bertanggungjawab bagi semua kos dan perbelanjaan yang dibuat dengan kebenarannya dalam mempertahankan sebarang tuntutan bagi pampasan sedemikian. DENGAN SENTIASA MENJADI SYARAT bahawa jika terdapat apa-apa perubahan dalam Undangundang atau penggantian undang-undang lain dengan ini Polisi ini hendaklah kekal berkuat kuasa tetapi liabiliti Syarikat terhad pada jumlah sedemikian yang menjadi tanggungjawab Syarikat untuk membayar jika Undang-undang kekal tidak diubah. UNDANG-UNDANG: SEPERTI YANG DIPINDA HINGGA KE TARIKH BERMULANYA POLISI INI Pampasan Pekerja 1 (Ordinan 1952) (Semenanjung Tanah Melayu) Ordinan Pampasan Pekerja (PINDAAN) 1956 (Semenanjung Tanah Melayu) Ordinan Pampasan Pekerja 1956 (Jajahan Sarawak) Ordinan Pampasan Pekerja 1955 (Jajahan Borneo Utara) Ordinan Pampasan Pekerja (Pindaan) 1967 (Jajahan Borneo Utara) Enakmen Pampasan Pekerja 1957 (Negara Brunei) Akta Pampasan Pekerja (Pindaan) 1976 Pengubahsuaian Undang-undang (Pampasan Pekerja) Perintah (Lanjutan dan Pengubahsuaian) 1981 Akta Pampasan Pekerja (Pindaan) 1996 1

Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pampasan Pekerja Asing (Insurans) 1998) dan mana-mana pindaan berikutnya kepada Akta dan Enakmen tersebut yang berkuat kuasa sebelum tarikh pengeluaran Polisi. KEKECUALIAN Syarikat tidak bertanggungjawab di bawah Polisi berkaitan (a) Apa-apa kehilangan, kerosakan, kos atau perbelanjaan dalam bentuk apa pun secara langsung atau tidak secara langsung disebabkan oleh, akibat daripada atau berkaitan dengan mana-mana daripada yang berikut tanpa mengira apa-apa sebab atau kejadian lain yang secara serentak menyumbang atau dalam mana-mana turutan lain terhadap kehilangan: Peperangan, penaklukan, tindakan musuh asing, keganasan, atau kegiatan seakan peperangan (sama ada perang diisytiharkan atau tidak), perang saudara. Perampasan tetap atau sementara yang disebabkan oleh rampasan, penyitaan atau pengambilan oleh mana-mana pihak berkuasa yang sah dari segi undang-undang. Perampasan kuasa, kekecohan awam mengambil alih bahagian atau menjadi pemberontakan popular, pemberontakan tentera, pemberontakan, penentangan, revolusi, tentera, atau kuasa rampasan, undang-undang tentera atau keadaan pengepungan atau mana-mana kejadian atau sebab yang menentukan perisytiharan atau penyelenggaraan undang-undang tentera atau keadaan kepungan.kehilangan, kerosakan, kos atau perbelanjaan apa pun bentuknya yang secara langsung atau tidak secara langsung disebabkan oleh, akibat daripada atau berhubung dengan mana-mana tindakan yang diambil dalam mengawal, mencegah, menekan atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan di atas juga dikecualikan.jika Syarikat mengatakan bahawa dengan alasan kekecualian ini, apa-apa kehilangan, kerosakan, kos atau perbelanjaan tidak dilindungi oleh insurans ini, beban untuk membuktikan sebaliknya terletak pada Pengambil Insurans.Jika mana-mana bahagian kekecualian ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, selebihnya kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya. (b) (c) (d) (e) (f) (i) Liabiliti Pengambil Insurans kepada pekerja kontraktor kepada Pengambil Insurans. Mana-mana pekerja yang bukan pekerja dalam maksud Undang-undang. Mana-mana liabiliti Pengambil Insurans yang terkepil disebabkan oleh perjanjian tetapi tidak akan dikepilkan kerana ketiadaan perjanjian sedemikian. Mana-mana jumlah yang berhak diperoleh semula oleh Pengambil Insurans daripada mana-mana pihak hanya untuk perjanjian antara Pengambil Insurans dan pihak sedemikian semata-mata. Mana-mana liabiliti dalam bentuk apa pun secara langsung atau tidak secara langsung disebabkan oleh atau menjadi sebab atau timbul daripada: bahan senjata nuklear 2

(ii) Radiasi atau pencemaran ion oleh radioaktif daripada mana-mana bahan api nuklear atau daripada apa-apa sisa nuklear daripada pembakaran bahan api nuklear dan bagi tujuan kekecualian ini pembakaran hendaklah termasuk mana-mana proses pembelahan nuklear mampu diri. SYARAT 1. Polisi dan Jadual ini hendaklah dibaca bersama-sama sebagai satu kontrak dan mana-mana perkataan atau ungkapan yang membawa makna tertentu dalam mana-mana bahagian Polisi atau Jadual ini hendaklah membawa maksud sedemikian di mana-mana pun ia muncul. 2. Setiap notis atau komunikasi yang diberi atau dibuat di bawah Polisi ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Syarikat. 3. Pengambil Insurans hendaklah mengambil langkah beringat yang munasabah untuk mencegah kemalangan dan penyakit dan hendaklah patuh dengan semua tanggungjawab undang-undang. 4. Dalam keadaan mana-mana kejadian yang menyebabkan tuntutan dibuat di bawah Polisi ini Pengambil Insurans hendaklah secepat mungkin memberi notisnya kepada Syarikat dengan butiran penuh. Setiap saman dan proses writ tuntutan apabila diterima hendaklah dinyatakan atau dihantar kepada Syarikat dengan segera. Notis hendaklah juga diberikan kepada Syarikat dengan segera sekiranya Pengambil Insurans mengetahui sebarang inkues pendakwaan yang akan berlaku atau soal siasat penentuan yang berkaitan dengan mana-mana kejadian tersebut yang sedemikian. 5. Tidak ada perakuan bagi menawarkan janji atau bayaran akan dibuat oleh atau bagi pihak Pengambil Insurans tanpa izin Syarikat yang berhak jika ia mahu mengambil alih dan bertindak untuk tujuan pembelaan atau penyelesaian mana-mana tuntutan atau untuk mendakwa atas namanya bagi faedahnya sendiri mana-mana tuntutan bagi ganti rugi atau kerosakan atau sebaliknya dan hendaklah mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam tindakan mana-mana tindakan undang-undang dan dalam penyelesaian mana-mana tuntutan dan Pengambil Insurans hendaklah memberikan semua maklumat dan bantuan sedemikian seperti yang diperlukan oleh Syarikat. 6. Premium pertama dan semua pembaharuan premium yang diterima akan diselaraskan dengan jumlah upah dan gaji dan, pendapatan lain yang dibayar oleh Pengambil Insurans kepada pekerja pada setiap tempoh insurans. Nama setiap pekerja bersama-sama jumlah upah, gaji dan pendapatan lain hendaklah direkodkan dengan sempurna dan Pengambil Insurans hendaklah pada setiap masa membenarkan Syarikat memeriksa rekod sedemikian dan hendaklah membekalkan Syarikat dengan akaun yang betul tentang upah, gaji dan pendapatan lain yang sedemikian yang dibayar dalam mana-mana tempoh insurans dalam satu bulan daripada tarikh luput tempoh insurans sedemikian. Jika jumlah yang dibayar berbeza daripada jumlah yang dibayar mengikut premium perbezaan dalam premium hendaklah dibayar dengan bayaran yang 3

menurut perkadaran selanjutnya dengan Syarikat atau dengan membayar balik kepada Syarikat mengikut mana yang berkenaan. 7. Syarikat boleh membatalkan Polisi ini dengan menghantar notis empat belas hari melalui surat berdaftar kepada Pengambil Insurans pada alamat terakhirnya yang diketahui dan dalam keadaan sedemikian premium hendaklah diselaraskan dengan Syarat 6. 8. Semua perbezaan yang timbul daripada Polisi ini hendaklah dirujuk kepada keputusan Penimbang Tara yang dilantik secara bertulis oleh pihak yang mempunyai perbezaan atau jika mereka tidak bersetuju dengan seorang Penimbang Tara dengan keputusan dua orang Penimbang Tara, seorang Penimbang Tara hendaklah dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam satu bulan kalendar selepas diminta secara bertulis untuk melakukannya sama ada oleh mana-mana pihak atau sekiranya Penimbang Tara tidak bersetuju dengan Wasit yang dilantik secara bertulis oleh Penimbang Tara sebelum membuat rujukan. Wasit hendaklah berbincang dengan Penimbang Tara dan mempengerusikan mesyuarat mereka dan membuat Anugerah hendaklah suatu syarat duluan bagi apa-apa hak tindakan terhadap Syarikat. Jika Syarikat menafikan liabiliti terhadap Pengambil Insurans bagi mana-mana tuntutan di bawah ini dan tuntutan sedemikian hendaklah tidak dalam dua belas bulan kalendar daripada tarikh penafian sedemikian dirujuk kepada penimbangtaraan di bawah peruntukan di dalam ini yang termuat kemudian tuntutan hendaklah untuk tujuan yang dianggap telah dihentikan dan selepas ini tidak boleh didapatkan balik menurut dokumen ini. 9. Pematuhan dan pelaksanaan sewajarnya terma syarat dan endorsmen Polisi ini setakat yang berkait dengan apa sahaja yang hendak dibuat atau yang tidak hendak dibuat oleh Pengambil Insurans dan kebenaran syarat bagi apa-apa liabiliti Syarikat untuk membuat apa-apa bayaran di bawah Polisi ini. N.B. Untuk perlindungan anda sendiri sila baca polisi ini dan syarat-syaratnya dan jika polisi tidak diisi dengan betul atau mengikut kehendak anda sila pulangkan polisi yang sama ke pejabat untuk pindaan. PENGEENDORSAN/FASAL/ JAMINAN (Tidak termasuk dalam Polisi kecuali dinyatakan dalam Jadual) JAMINAN 2 Polisi ini tidak memberi ganti rugi kepada Pengambil Insurans berkaitan dengan apa-apa tuntutan yang timbul berkaitan dengan penggunaan mesin kerja kayu yang menggunakan kuasa wap, gas, air, elektrik atau kuasa mekanikal lain. Perkataan Mesin Kerja Kayu dianggap tidak termasuk: - Pelarik, Fret-saw, Mesin Gerek, mesin berdiri, alat mudah alih kuasa mesin yang digunakan membuat kerja menggunakan tangan selain bandul dan gergaji ayun. 4

JAMINAN 4 Polisi ini tidak memberi ganti rugi kepada Pengambil Insurans berkaitan dengan apa-apa tuntutan yang timbul berkaitan dengan kerja-kerja menegakkan atau memasang atau memperbaik jauh dari kedai atau perkarangan bangunan Pengambil Insurans. JAMINAN 7 Polisi ini tidak memberi ganti rugi kepada Pengambil Insurans berkaitan dengan apa-apa tuntutan yang timbul berkaitan dengan mengangkut atau menghantar barang-barang atau ternakan selain menggunakan tangan atau kereta sorong. JAMINAN 15 PENGENDORSAN/FASAL/ JAMINAN (Tidak termasuk dalam Polisi kecuali dinyatakan dalam Jadual) Polisi ini tidak membayar ganti rugi Pengambil Insurans berhubung apa-apa tuntutan berkaitan dengan: a) pembinaan, pengubahan atau pembaikan bangunan yang melibatkan penggunaan pada manamana peringkat mesin yang dipandu secara mekanikal selain kilang mortar, penghancur simen, pembancuh konkrit dan pesawat angkat geseran oleh mortar dengan keupayaan mengangkat tidak melebihi 10 cwt dan mengangkat secara langsung dari satu kedudukan sahaja. b) apa-apa kerja-kerja letupan (kecuali letupan bangunan tidak melebihi 30 kaki dalam titik ketinggian asas hingga ke titik ketinggian bangunan, termasuk serombong, apabila letupan sedemikian dijalankan oleh pekerja yang bekerja secara langsung dengan Pengambil Insurans dan membentuk sebahagian daripada kontrak bagi pembinaan semula, pengubahan atau pembaikan). N.B. Penggantian bahagian yang rosak seperti papan lama atau jubin pecah tidak membawa makna letupan dan pembinaan semula berhubung dengan bangunan atau ketinggian. c) pembinaan, pengubahan atau pembaikan menara, menara gereja, relau letupan, aci serombong, jejambat, jambatan, limbungan, landasan kereta api, terusan atau terowong, perigi yang dalamnya melebihi 20 kaki atau mana-mana perigi tenggelam, selain daripada perigi artois atau perigi tiub. d) kegiatan letupan, kuari atau kegiatan mendapatkan pasir atau kelikir. JAMINAN 25 daripada kerja-kerja yang berkait dengan (a) pemegang gas (b) menara (c) menara gereja (d) Jambatan melebih 30 kaki (e) Jejambat (f) Relau letupan 5

(g) (h) gear pemusing di atas lombong batu arang Atap stesen kereta api dan bangsal pesawat terbang yang tingginya melebihi 30 kaki dari tanah. JAMINAN 60 Dengan ini adalah difahami dan dipersetujui bahawa tertakluk atau tidak pada Terma, Kekecualian dan Syarat Polisi ganti rugi diberikan di sini diperluas untuk melindungi liabiliti undang-undang Pengambil Insurans kepada Pekerja yang bekerja dengan subkontraktor yang menjalankan tugas bagi Pengambil Insurans ketika sedang menjalankan tugas dalam perniagaan dan pekerjaan yang berkenaan dengannya polisi diberikan, tetapi hanya untuk yang berkaitan dengan tuntutan di bawah: Pampasan Pekerja 1 (Ordinan 1952) (Semenanjung Tanah Melayu) Ordinan Pampasan Pekerja (PINDAAN) 1956 (Semenanjung Tanah Melayu) Ordinan Pampasan Pekerja 1956 (Jajahan Sarawak) Ordinan Pampasan Pekerja 1955 (Jajahan Borneo Utara) Ordinan Pampasan Pekerja (Pindaan) 1967 (Jajahan Borneo Utara) Enakmen Pampasan Pekerja 1957 (Negara Brunei) Akta Pampasan Pekerja (Pindaan) 1976 JAMINAN 64 berkaitan dengan kerja-kerja di atas kapal. JAMINAN 76 Disebabkan premium dibayar pada jumlah pendapatan semua pekerja yang bukan pekerja dalam maksud: Pampasan Pekerja 1 (Ordinan 1952) (Semenanjung Tanah Melayu) Ordinan Pampasan Pekerja (PINDAAN) 1956 (Semenanjung Tanah Melayu) Akta Pampasan Pekerja (Pindaan) 1976 Dengan ini dipersetujui bahawa Syarikat dalam kejadian mana-mana kemalangan yang timbul kerana dan semasa penggajian kepada mana-mana pekerja sedemikian ketika terlibat dalam perkhidmatan jika Pengambil Insurans seperti yang terdapat dalam Jadual yang dikatakan tidak akan menimbulkan pembelaan bahawa pekerja sedemikian bukan pekerja dalam maksud Ordinan yang tersebut sebelumnya. Tertakluk di sini kepada terma dan syarat dalam Polisi. JAMINAN 78 Polisi ini tidak mengganti rugi Pengambil Insurans berkenaan apa-apa tuntutan yang timbul berkaitan dengan penentuan rentak perlumbaan atau percubaan halaju. 6

JAMINAN 80 berkaitan dengan kerja-kerja menebang atau menggergaji atau mengangkut pokok yang berkaitan dengannya. JAMINAN 85 Polisi ini tidak mengganti rugi pengambil insurans berkenaan dengan apa-apa tuntutan yang timbul berkaitan dengan: (a) penggunaan bahan letupan (b) membuat pembentung atau penggalian lain melebihi kedalaman 10 kaki daripada permukaan bumi (c) membuat terowong JAMINAN 97 berkaitan dengan pembaikan pemasangan elektrik jauh daripada premis Pengambil Insurans. JAMINAN 100 berkaitan dengan pengendalian mana-mana unit yang beratnya melebihi 5 cwt apabila siap untuk digunakan. JAMINAN 180 berkaitan dengan kerja-kerja menebang, menggergaji dan mengangkut pokok yang berkaitan kecuali kerja-kerja penebangan ringan berhubung dengan kerja penyelenggaraan atau pemusnahan perosak atau penyakit. JAMINAN 181 berkaitan dengan kerja-kerja memanjat pokok untuk mengutip kekacang atau todi. JAMINAN 192 berkaitan dengan kerja-kerja menebang, menggergaji dan mengangkut pokok selain pokok kecil yang panjangnya tidak melebihi 20 kaki yang hendak digunakan untuk aram-aram atau palang pengangkut. 7

PENGENDORSAN/FASAL/ JAMINAN (Tidak termasuk dalam Polisi kecuali dinyatakan dalam Jadual) JAMINAN 194 Disebabkan premium dibayar mengikut jumlah bayaran kepada Kontraktor yang mengikat kontrak untuk menyediakan buruh sahaja dengan ini dipersetujui bahawa jika terjadi kemalangan yang disebabkan oleh Kontraktor atau pekerja sedemikian yang diambil oleh Kontraktor sedemikian ketika bekerja di bawah kontrak dengan Pengambil Insurans berkaitan dengan kerja-kerja yang berkenaan dengan ini diberikan Syarikat tidak akan menimbulkan pembelaan bahawa tiada kontrak atau perkhidmatan antara pengambil insurans dengan kontraktor atau pekerja sedemikian yang diambil oleh Kontraktor sedemikian. JAMINAN 197 Disebabkan premium dibayar mengikut jumlah bayaran kepada Syarikat, Syarikat bersetuju bahawa pembelaan tidak akan ditimbulkan pada tuntutan untuk pampasan di bawah Undang-undang Pampasan Pekerja yang disebut di dalam Polisi dan pindaan berikutnya yang diluluskan sebelum tarikh pengendorsan ini bahawa Kontraktor bukan pekerja dalam maksud Undang-undang Pampasan Pekerja tersebut. Dengan sentiasa menjadi syarat bahawa pampasan sedemikian hanya boleh dibayar apabila Kontraktor atau tanggungannya mengikut keadaan bersetuju menerimanya dengan penuh kepuasan dan melepaskan semua tuntutan terhadap Pengambil Insurans. JAMINAN 204 berkaitan dengan mana-mana kerja dalam hutan. JAMINAN 223 berkaitan dengan mana-mana kerja penuaian. JAMINAN 230 Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa Polisi ini diperluas untuk mengganti rugi mana-mana Prinsipal (selepas ini disebut Prinsipal) terhadap liabiliti di bawah Undang-undang atau pada Common Law sebegitu kepada Pengambil Insurans tetapi hanya setakat yang berkenaan liabiliti Prinsipal kepada pekerja Pengambil Insurans yang diambil berkaitan dengan kontrak diambil oleh pengambil insurans bagi Prinsipal. Dengan sentiasa menjadi syarat bahawa 8

(1) Syarikat tidak bertanggungjawab *pada Common Law berkenaan dengan mana-mana kecederaan oleh kemalangan atau penyakit disebabkan oleh atau akibat daripada mana-mana tindakan kemungkiran atau kecuaian Prinsipal orang gaji atau ejennya. (2) Prinsipal hendaklah seolah-olah dia Pengambil Insurans mematuhi menunaikan dan tertakluk pada terma kekecualian dan syarat Polisi ini setakat yang boleh terpakai. (3) Syarikat hendaklah mengendali dan mengawal sepenuhnya semua tuntutan berkenaan dengan ganti rugi diberikan melalui Pengendorsan ini.tertakluk juga pada terma kekecualian dan syarat Polisi ini. JAMINAN 231 Walaupun terdapat apa-apa yang dinyatakan yang berlawanan dengan Polisi ini dan tertakluk pada syarat 6 dihapuskan adalah difahami dan dipersetujui bahawa jika upah yang dinyatakan di sini kurang daripada upah sebenar (seperti yang didefinisikan dalam Ordinan Pampasan Pekerja yang berkuat kuasa sekarang) yang dibayar atau boleh bayar kepada Pekerja yang diinsuranskan dengan ini selaras dengan tempoh insurans, liabiliti Syarikat berkenaan dengan apa-apa tuntutan di bawah Polisi ini hendaklah dikurangkan secara berkadaran dan Pengambil Insurans hendaklah dianggap sebagai penanggung insuransnya sendiri bagi perbezaannya. JAMINAN 232 JAMINAN PREMIUM Adalah penting dan menjadi Syarat Khas mutlak kontrak insurans ini bahawa premium yang perlu dibayar mestilah dibayar dan diterima oleh Penanggung Insurans dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh bermulanya Polisi ini. Jika syarat ini tidak dipatuhi dengan demikian kontrak ini secara automatik terbatal dan Syarikat berhak terhadap premium yang berkadaran bagi tempoh kontrak berada dalam risiko. PENGENDORSAN A PENGENDORSAN/FASAL/ JAMINAN (Tidak termasuk dalam Polisi kecuali dinyatakan dalam Jadual) Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa dalam apa-apa keadaan mana-mana pekerja yang diambil bekerja oleh Pengambil Insurans atau oleh Kontraktor Pengambil Insurans seperti yang dirujuk dalam Pengendorsan B selepas ini atau mana-mana tanggungan pekerja sedemikian membawa atau membuat tuntutan di bawah Ordinan Pampasan Pekerja yang berkuat kuasa di Malaysia terhadap manamana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana negeri ini bagi kecederaan atau penyakit diri yang dialami semasa bekerja dalam mana-mana kontrak yang dilindungi oleh terma dan syarat dalam polisi yang mungkin dilaksanakan oleh Pengambil Insurans bagi pegawai atau Kerajaan tersebut terhadap tuntutan sedemikian, dan mengganti rugi pegawai atau Kerajaan tersebut terhadap tuntutan sedemikian, dan mana-mana kos, caj dan perbelanjaan berkenaannya. Dengan sentiasa menjadi syarat bahawa 9

Syarikat berhak mempunyai pengendalian dan kawalan tunggal semua prosiding yang berkaitan dengan tuntutan yang dilindungi oleh pengendorsan ini. Tiada apa dalam pengendorsan ini yang boleh ditafsirkan sebagai menjejaskan hak Pengambil Insurans untuk memulihkan kerosakan dalam apa-apa cara lain di bawah Ordinan tersebut. PENGENDORSAN B Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa Ganti Rugi yang diberikan di sini adalah untuk melindungi liabiliti sah Pengambil Insurans kepada pekerja yang bekerja dengan kontraktor yang menjalankan kerja bagi Pengambil Insurans ketika sedang menjalankan perniagaan dan pekerjaan berkenaan yang di dalamnya Polisi diberikan tetapi hanya setakat yang berkenaan dengan tuntutan di bawah Ordinan Pampasan Pekerja yang berkuat kuasa di Malaysia. PENGENDORSAN LIABILITI DIWAKILKAN Jika mana-mana orang dalam kontrak perkhidmatan atau perintisan dengan Pengambil Insurans mengalami kecederaan tubuh melalui kemalangan atau penyakit yang terjadi dalam tempoh Insurans dan timbul daripada dan dalam tempoh penggajiannya oleh Pengambil Insurans dalam Perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual Syarikat apabila diminta Pengambil Insurans akan mengganti rugi mana-mana pekerja lain Pengambil Insurans yang terlibat dalam Perniagaan sedemikian terhadap liabiliti di sisi undang-undang untuk membayar pampasan dan kos dan perbelanjaan pihak yang menuntut berkenaan dengan kecederaan sedemikian dan sebagai tambahan akan membayar semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dengan kebenaran bertulisnya. Dengan syarat bahawa pekerja yang menuntut untuk diberi ganti rugi hendaklah seakan dia memenuhi dengan patuh dan tertakluk pada terma syarat dan kekecualian Polisi setakat yang terpakai. PENGENDORSAN RISIKO LUAR KERJA Polisi ini diperluas untuk memasukkan liabiliti Pengambil Insurans seperti yang didefinisikan berkenaan dengan kemalangan yang disebabkan oleh penglibatan kemajuan kerja sebenar yang dilaksanakan oleh Pengambil Insurans atau orang yang dalam perkhidmatan Pengambil Insurans dalam Perniagaan di dalam Had Wilayah tetapi di luar premis yang didefinisikan. Tertakluk pada terma syarat dan kekecualian Polisi. PENGENDORSAN LIABILITI COMMON LAW Adalah difahami dan dipersetujui bahawa walaupun apa-apa yang dinyatakan yang bertentangan di sini Polisi ini mengganti rugi Pengambil Insurans pada semua jumlah yang menjadi tanggung jawab Pengambil Insurans pada Common Law hingga ke tahap maksimum RM1,000,000.00 sebagai pampasan bagi kecederaan diri melalui kemalangan atau penyakit yang dialami oleh satu atau lebih pekerja dalam mana-mana satu kemalangan atau kejadian. Syarikat sebagai tambahan akan bertanggungjawab atas 10

semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung dengan kebenaran bertulisnya dalam mempertahankan mana-mana tuntutan bagi pampasan sedemikian. FASAL KEKECUALIAN COMMON LAW Liabiliti Syarikat di bawah Polisi ini terhad pada bayaran pampasan bagi kecederaan di bawah Undangundang yang ditetapkan dalam Polisi ini. Tidak sekali-kali liabiliti Syarikat diperluas untuk membayar pampasan atau kerosakan pada atau di bawah Common Law atau peruntukan Seksyen 7 Ordinan Undang-undang Sivil 1956. SALURAN PENYELESAIAN ADUAN INSURANS ANDA Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan maklumbalas atau keputusan Syarikat Kami, Anda boleh mengemukakan aduan Anda kepada saluran-saluran dibawah. Sila semak dengan Unit Aduan Syarikat Kami tentang saluran yang betul untuk mengemukakan aduan Anda. a) Unit Aduan Pelanggan LIBERTY INSURANCE BERHAD Tingkat 10, Menara Liberty, 1008, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel. No.: 03-2619 9000 (G/L) Ext. 9170 or 1-300-888-990 Fax No.: 03-2693 2893 b) Customer Services Bureau (CSB) Consumer and Market Conduct Department Biro Perkhidmatan Pelanggan (BPP) Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran, 7A Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur. Tel. No.: 03-2698 8044 Fax No.: 03-2694 5986 c) Ombudsman for Financial Services (664393P) / Biro Pengantaraan Kewangan (664393P) (Formerly known as Financial Mediation Bureau) Tingkat 14, Main Block, Menara Takaful Malaysia, 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Tel. No.: 03-2272 2811 Fax No.: 03-2272 1577 11