PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DALAM AHKAM SYAR IYYAH JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN BINTI CHE AHMAD

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 3, (page ), Corrrespondence: Norita Kamaruddin

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ABSTRAK. menghidupkan syiar Islam di Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, kajian ini

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

NIKAH MIS-YAR : SATU KAJIAN TERHADAP KONSEP DAN PERSEPSI TOKOH MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Transcription:

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI SITI MIZATI BINTI MOHD BASAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI SITI MIZATI BINTI MOHD BASAR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan( Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

iii DEDIKASI Khas Buat Ayahanda & Bonda Mohd Basar bin Hj Maskuri & Kamariah binti Razali Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu yang Telah banyak di berikan. Tidak akan kulupakan Menjadi kekuatan dan semangatku.. Menuju ke puncak kejayaan. Terima kasih ayahanda dan bonda.. Zaifuddin, Siti Mazlina dan Mohd Shafiq Perjalanan kita masih jauh Berjuanglah hingga ke akhir hayat Semoga keakraban kita kekal selamanya Buat suami tercinta Mohd Salleh bin Abdul Hamid Isterimu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas pengorbanan, nasihat, kesabaran, dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan Semoga kita bahagia hingga ke dalam Syurga...Amin... Buat guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu.. Terima kasih yang tak terhingga di atas segalanya Sahabat seperjuanganku.. Hanya ucapan terima kasih mampu kutitipkan Atas segala suka duka tika bersama Tak mungkin kulupakan Jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian, pahit manis kita lalui Akan ku abadikan diingatan hingga ke hujung nyawa...salam penuh kasih sayang...

iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Alhamdulillah, saya panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan Taufik dan HidayahNya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna. Harapan semoga segala hasil usaha yang sedikit ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Saya mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih khas buat Ustaz Mohd Abbas bin Abdul Latiff selaku Penyelia Projek Sarjana Muda di atas segala tunjuk ajar, dorongan serta nasihat yang memberangsangkan sepanjang menyiapkan projek ini. Ucapan penghargaan buat pelajar 4 SPI,UTM, Skudai di atas kerjasama yang diberikan. Juga tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak jemu memberi perangsang dan semangat. Semoga usaha dan cita-cita mencapai matlamat yang diimpikan. Akhir sekali, terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan usaha saya sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Kerjasama kalian amat dihargai. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala jasa yang telah diberikan. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan rahmat darinya, InsyaAllah. Amin.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi mahasiswa 4SPI mengenai perkahwinan ketika belajar, mengenal pasti persepsi 4SPI terhadap pelbagai persediaan yang harus dilakukan sebelum berkahwin ketika belajar dan untuk mengetahui persepsi 4SPI terhadap pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh mahasiswa yang hendak berkahwin ketika belajar. Sebanyak 46 orang responden terdiri daripada pelajar tahun akhir Kursus Sarjana Muda Sains serta Pengajian Islam Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor telah dipilih sebagai sampel. Set soal selidik mengandungi 30 item soalan telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 14.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α= 0.904. Dapatan min untuk objektif pertama sebanyak 3.58. Manakala objektif kedua dengan min 3.93. Dan objektif ketiga min 3.80. Penyelidik juga ada mencadangkan beberapa cadangan untuk cadangan tindakan dan cadangan lanjutan antaranya penyelidik mencadangkan restu dari ibu bapa adalah sangat penting dan perlu didahulukan untuk mereka yang hendak berkahwin ketika belajar kerana tanpa restu mereka kebahagiaan yang dibina adalah tidak bermakna.

vi ABSTRACT This study is done in order to determine the perception of students on getting married while studying on campus, identify perception of students on many preparing that have doing before married in campus and to identify perception of students on many problems that will find to students if they want to married in campus. 46 respondents from last year students from courses of Sarjana Muda Sains Serta Pengajian islam at Education Faculty of University Technology of Malaysia, Skudai Johor were chosen as sample for this study. Questionaire which contains 30 question items were distributed to the respondents and analyzed descriptively in order to find out the mod, percentage and the mean by using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 14.0 for Windows. Validity value of the questionaire was α= 0.904. Mean result of this study (3.58) shows for objectives first. However, the mean result (3.93) also shows for objectives two. Besides that, (3.80), for objectives three. The researcher suggested a few steps that can be taken into account by parents is very important if students want to marry while study in campus. This important to get happy to their lives.

vii SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi vii xiii xv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Batasan Kajian 8 1.8 Definisi Istilah 9 1.8.1 Kahwin 9 1.8.2 Belajar 9 1.9 Kesimpulan 10

viii BAB II SOROTAN KAJIAN 2.0 Pengenalan 10 2.1 Sejarah perkahwinan 10 2.1.1 Perkahwinan sebelum kedatangan Islam 11 2.1.2 Perkahwinan setelah kedatangan Islam 12 2.1.3 Pembahagiaan sistem perkahwinan ketibaan Islam 13 2.2 Falsafah perkahwinan 14 2.2.1 Pengertian perkahwinan 15 2.2.2 Dalil-dalil yang menggalakkan perkahwinan 16 2.2.3 Hukum berkahwin 17 2.3 Perkahwinan sebagai Jalan Penyelesaian Masalah 19 2.4 Faedah kahwin ketika belajar 21 2.4.1 Sebagai tindakan dan fenomena yang baik dan sihat 21 2.4.2 Tidak ganggu pelajaran dan meningkatkan prestasi 21 Pelajaran 21 2.4.3 Dapat kawal gejala sosial 22 2.4.4 Memupuk sifat matang dan berdikari 22 2.5 Antara faktor-faktor yang mendorong mahasiswa cenderung berkahwin ketika belajar 23 2.5.1 Untuk mengelakkan dari maksiat 23 2.5.2 Sebagai pokok cinta ibadah 24 2.5.3 Untuk meletakkan cinta di tempat yang betul 25 2.5.4 Untuk kelancaran rezeki 26 2.6 Pelbagai persiapan yang harus dilakukan sebelum kahwin ketika belajar 26 2.6.1 Persediaan dari segi kewangan 27 2.6.2 Persediaan dari segi mengikuti bengkel motivasi keluarga 27

ix 2.6.3 Persediaan dari segi mengikuti Kursus Pra Perkahwinan 28 2.6.4 Persediaan dari segi masa 28 2.6.5 Persediaan dari segi ilmu pengetahuan 29 2.6.6 Persediaan dari segi kesihatan 29 2.6.7 Persediaan dari segi restu ibu bapa 30 2.7 Cabaran-cabaran yang sering dihadapi mahasiswa untuk berkahwin ketika belajar 30 2.7.1 Cabaran dari segi kewangan 30 2.7.2 Cabaran dari segi mahar 31 2.7.3 Cabaran dari segi revolusi pendidikan 32 2.7.4 Cabaran dari segi pemikiran ibu bapa yang kolot 33 2.7.5 Cabaran ditakuti akan berlaku penangguhan pengajian 34 2.8 Pendapat Ulama tentang kahwin ketika belajar 33 2.9 Kajian-kajian Lepas 36 3.0 Kesimpulan 36 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 39 3.2 Rekabentuk Kajian 40 3.3 Tempat Kajian 40 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40 3.5 Instrumen Kajian 41 3.5.1 Pengumpulan data Primer 41 3.5.2 Soal Selidik 41 3.5.3 Bahagian A 42 3.5.4 Bahagian B,C dan D 42

x 3.5.5 Pengumpulan Data Sekunder 42 3.6 Prosedur Kajian 42 3.6.1 Kajian Rintis 44 3.6.2 Kajian Sebenar 44 3.7 Analisis Data 44 3.8 Jangka Masa Kajian 46 3.9 Kesimpulan 47 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 49 4.2 Analisis Data dan keputusan 50 4.2.1 Bahagian A 50 4.2.2 Bahagian B 53 4.2.3 Bahagian C 58 4.2.4 Bahagian D 63 4.3 Analisis keseluruhan 68 4.4 Kesimpulan 74 BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 75 5.2 Perbincangan 76 5.2.1 Perbincangan Bahagian A:Analisis Latar Belakang Responden 77 5.2.2 Perbincangan Bahagian B: Persepsi terhadap kahwin ketika belajar 78 5.2.3 Perbincangan Bahagian C: Persepsi terhadap pelbagai

xi Persediaan yang harus dilakukan sebelum Berkahwin ketika Belajar 82 5.2.4 Perbincanagn Bahagiab D: Persepsi terhadap Pelbagai masalah yang sering dihadapi bagi mahasiswa yang hendak kahwin ketika belajar 85 5.3 Rumusan Kajian 87 5.3.1 Kahwin ketika belajar 87 5.3.2 Pelbagai Persediaan yang harus dilakukan sebelum Berkahwin ketika Belajar 87 5.3.3 Pelbagai masalah yang sering dihadapi bagi mahasiswa yang hendak kahwin ketika belajar 87 5.4 Cadangan Tindakan 88 5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 88 5.5 Kesimpulan 88 Bibiliografi 90

xii SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Skala Likert bagi Jawapan Bahagian B 42 3.2 Penentuan Item Soal Selidik 43 3.3 Skala Pemeringkatan Min 45 3.4 Nilai Skor Min 46 3.5 Jangka Masa Kajian 46 4.1 Taburan Responden mengikut Umur 51 4.2 Taburan Responden mengikut Jantina 51 4.3 Taburan Responden mengikut Adik-beradik 52 4.4 Taburan Responden mengikut Aliran Pendidikan 52 4.5 Taburan Dapatan Sampel bagi Item B01 53 4.6 Taburan Dapatan Sampel bagi Item B02 54 4.7 Taburan Dapatan Sampel bagi Item B03 54 4.8 Taburan Dapatan Sampel bagi Item B04 55 4.9 Taburan Dapatan Sampel bagi Item B05 55 4.10 Taburan Dapatan Sampel bagi Item B06 56 4.11 Taburan Dapatan Sampel bagi Item B07 56 4.12 Taburan Dapatan Sampel bagi Item B08 57 4.13 Taburan Dapatan Sampel bagi Item B09 57 4.14 Taburan Dapatan Sampel bagi Item B010 58 4.15 Taburan Dapatan Sampel bagi Item C011 58 4.16 Taburan Dapatan Sampel bagi Item C012 59 4.17 Taburan Dapatan Sampel bagi Item C013 59 4.18 Taburan Dapatan Sampel bagi Item C014 60 4.19 Taburan Dapatan Sampel bagi Item C015 60 4.20 Taburan Dapatan Sampel bagi Item C016 61

xiii 4.21 Taburan Dapatan Sampel bagi Item C017 61 4.22 Taburan Dapatan Sampel bagi Item C018 62 4.23 Taburan Dapatan Sampel bagi Item C019 62 4.24 Taburan Dapatan Sampel bagi Item C020 63 4.25 Taburan Dapatan Sampel bagi Item D021 63 4.26 Taburan Dapatan Sampel bagi Item D022 64 4.27 Taburan Dapatan Sampel bagi Item D023 64 4.28 Taburan Dapatan Sampel bagi Item D024 65 4.29 Taburan Dapatan Sampel bagi Item D025 65 4.30 Taburan Dapatan Sampel bagi Item D026 66 4.31 Taburan Dapatan Sampel bagi Item D027 66 4.32 Taburan Dapatan Sampel bagi Item D028 67 4.33 Taburan Dapatan Sampel bagi Item D029 67 4.34 Taburan Dapatan Sampel bagi Item D030 68 4.35 Taburan Kekerapan, Peratus Responden Dan Min Bagi persepsi terhadap kahwin ketika belajar 69 4.36 Taburan Kekerapan, Peratus Responden Dan Min Bagi Persediaan-persediaan yang harus dilakukan sebelum berkahwin ketika belajar 71 4.37 Taburan Kekerapan, Peratus Responden Dan Min Bagi Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh mahasiswa yang hendak berkahwin ketika belajar 73

xiv SENARAI SINGKATAN SWT Subhana wa Ta ala SAW Sallallahu alaihi wasallam SPSS Statistical Package for Social Science STS Sangat Tidak Setuju TS Tidak Setuju KS Kurang Setuju S Setuju SS Sangat Setuju PSM Projek Sarjana Muda

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkahwinan merupakan langkah pertama ke arah pembinaan sebuah keluarga bahagia. Tanpa ikatan perkahwinan yang sah, sebuah keluarga tidak akan terbina. Apabila sebuah ikatan perkahwinan terjalin sudah pasti setiap pasangan suami isteri mengimpikan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan. Pengetahuan tentang ilmu-ilmu dalam rumahtangga adalah amat penting untuk diketahui dan diamalkan. Kehidupan berkeluarga yang diimpikan umpama syurga boleh bertukar menjadi neraka jika tidak dilayari dengan baik berasaskan ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, persoalannya adalah bagaimana untuk membentuk sebuah rumahtangga yang bahagia umpama Baiti Jannati. Islam memandang serius hal-hal yang berhubung kait dengan perkahwinan dan pembentukan institusi rumahtangga agar tercapai hasrat untuk mewujudkan sebuah keluarga aman dan harmoni. Menurut Qadi Muhd Ahmad (2003: 7) bahawa ikatan perkahwinan (akad nikah) adalah satu-tunya tali ikatan yang sah dan benar, kerana ia sesuai dengan fitrah manusia dan boleh mempertautkan dua jiwa dengan ikatan kasih sayang (mawaddah wa rahmah).

4 2 Bimbingan dan panduan yang mantap ke arah itu telah digariskan oleh Islam. Bahkan Islam memandang bahawa permasalahan dalam pembentukan keluarga islam perlu diberi perhatian sebelum sesebuah ikatan perkahwinan itu terjalin. Ini kerana dalam perkahwinan terkandung pelbagai aspek yang harus diketahui termasuklah perkara yang berhubung tanggungjawab suami isteri, nafkah, hak-hak suami isteri, anak-anak, perkongsian biologis dan seksual, kepimpinan dan lain-lain (Fauziah Thani, 1995: 1). Oleh itu ia merupakan salah satu faktor penting dalam usaha mencorakkan sebuah institusi masyarakat dan seterusnya sebuah negara. Islam menyarankan umatnya untuk mendirikan perkahwinan dan membentuk sebuah keluarga bahagia. Sebagaimana dalam firman Allah SWT : %[` uρø r& öνä3å à Ρr& ô ÏiΒ /ä3s9 t,n=y{ βr& ÿ ÏμÏG tƒ#u ô ÏΒuρ Îû βî) ºπyϑômu uρ Zο Šuθ Β Νà6uΖ t/ Ÿ yèy_uρ $yγøšs9î) (#þθãζä3ó tfïj9 tβρã 3x tgtƒ 5Θöθs)Ïj9 ;M tƒuψ y7ï9 sœ Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir. (Ar- Rum: 21)

3 tβρã.x s? /ä3ª=yès9 È ỳ ρy $oψø)n=yz > ó x«èe à2 ÏΒuρ Maksudnya: Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah. ( Adz-Dzariyat: 49) Jelaslah kepada kita berpandukan firman Allah di atas, bahawa Allah SWT amat menyarankan umatnya supaya berkahwin bagi yang mampu bagi pembentukan keluarga. Menurut Muhammad Ali Qutb (2005: 65), menyatakan bahawa perkahwinan merupakan salah satu kaedah bagi pembentukan keluarga dan untuk melahirkan keturunan. Itu adalah fitrah Ilahi itulah Allah menciptakan manusia. Selain dari itu, perkahwinan juga merupakan hukum alam yang tidak boleh diubah atau berlangsungnya perkahwinan pada setiap generasi dan pada setiap zaman. Dengan demikian maka dalam jiwa setiap individu terdapat sesuatu yang mendorong keinginan berhubungan dengan jenis kelamin lain untuk dapat melaksanakan perkahwinan dan melahirkan generasi baru yang akan mentadbir kemakmuran di muka bumi ini. Islam memandang perkahwinan jauh dan lebih mendalam dari semuanya itu, lebih agung dan lebih mulia. Menurut Muhammad Ali Qutb (2005: 77), perkahwinan adalah satu-satunya cara yang berguna untuk menjaga kebahagiaan umat dari kerosakan dan dari kemerosotan akhlak. Selain itu perkahwinan juga berguna untuk menjaga individu dari pengaruh kerosakan masyarakat kerana kecenderungan nafsu kepada jenis kelamin lain dapat dipenuhi melalui perkahwinan yang sah dan hubungan yang halal. Kerana itu Islam memberi perhatian khusus kepada kaum pemuda mengenai soal perkahwinan, untuk menyelamatkan mereka dari perbuatan liar dan kemerosotan akhlak, dari kerosakan, dari penzinaan dan dari keburukan tingkahlaku.

4 Semua insan yang mempunyai naluri semulajadi yang normal ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi mendirikan rumah tangga lebih daripada setakat mencari pasangan dan hidup bersama. Walhal hasil matlamat sesebuah perkahwinan ialah keharmonian dan rukun damai sebuah kehidupan. Yang lebih utama ialah kelahiran generasi baru yang akan mewarisi generasi sekarang. Mereka ini penting kerana masa depan dunia di tangan mereka. Keinginan untuk hidup berumahtangga merupakan kecenderungan semulajadi yang telah telah menjadi fitrah kehidupan manusia. Islam telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai sunnahtullah. Di samping memenuhi fitrah manusia, ia akan melahirkan rasa kasih sayang dan mententeramkan jiwa. Perkahwinan adalah ibadah. Perkahwinan yang dilaksanakan mengikut syarak bukan sahaja mendatangkan banyak kebaikan, malah sentiasa mendapat pahala. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan zuriat dan keturunan. 1.2 Latar Belakang Masalah Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid (2006: 102) mengatakan bahawa berkahwin ketika belajar mampu mencegah penglibatan para pelajar dalam gejala sosial sebelum berkahwin di IPT. Manakala menurut Maszlee Malik dan Hamidah Mat (2007: 136) perkahwinan sebagai salah satu jalan penyelesaian masalah sosial untuk mengelakkan dari anak-anak muda berpasangan dan mempunyai perhubungan bebas antara berlaianan jantina di universiti. Pergaulan bebas di antara muda mudi dewasa ini juga sangat membimbangkan. Mereka sangat bebas bergaul tanpa menghiraukan batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Apabila ditegur mereka beranggapan bahawa yang menegur mereka itu bersikap mundur, hipokrit dan tidak up-to-date.

5 Pergaulan seperti mereka itulah yang mereka anggap cara yang terbaru dan moden. Inilah masalah yang melanda muda mudi sekarang. Manakala menurut Abdul Halim Sholeh (2008: 35) pula, menyatakan bahawa di dalam Al-Quran mahupun Sunnah, tidak ada tuntutan kewajipan menunda pernikahan demi mencari ilmu atau mencari harta. Bahkan, banyak ayat al-quran dan hadith berupa galakan untuk segera berkahwin walaupun kita sedang mencari ilmu atau belum mempunyai kewangan yang mencukupi. Selain itu, Nurul Aisyah Ma (2006: 90-91), menyatakan bahawa antara golongan wanita yang berkahwin lambat ialah wanita kota yang berpelajaran dan mempunyai status pendidikan yang tinggi. Ini kerana mereka kurang mempercayai kepada golongan lelaki pada zaman sekarang yang tidak mementingkan aspek keagamaan. Tetapi dalam hal ini, sekiranya pihak wanita atau lelaki yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi telah menjumpai pasangan yang ideal ketika dalam pengajian dan benar-benar mampu serta bersedia untuk berkahwin ketika belajar adalah digalakkan untuk mereka mendirikan rumahtangga bagi mengelakkan wanita itu digelar andartu. Menurut Maszlee Malik dan Hamidah Mat lagi (2007: 90-91), para remaja dan juga para penuntut di IPT digalakkan berkahwin awal untuk mencegah berlakunya maksiat. Maksiat yang berleluasa akan menyebabkan lahirnya gejala lain seperti buang anak, sumbang mahram, rogol dan lain-lain lagi. Antara alternatif yang boleh diinisiatifkan untuk mengelakkan berleluasanya maksiat ialah dengan menggalakkan para belia untuk berkahwin pada usia yang muda. Selain itu, menurut Amina Hj Noor (2001: 104), terdapat banyak musibah yang akan melanda sekiranya berlaku seks bebas dikalangan remaja. Dengan kata lain, bahawa akan dihinggapi oleh penyakit yang merebak melalui persetubuhan atau

6 sexually transmitted disease (STD). Misalnya penyakit gonorea, siflis, aids dan banyak lagi. Semua perkara inilah yang memeningkan semua pihak, sama ada pihak kerajaan, institusi-institusi yang brkaitan, badan-badan bukan kerajaan, pihak universiti dan terutamanya ibu bapa. Satu jalan penyelesaian perlu dihasilkan bagi mencegah dari berlakunya masalah sosial di dalam masyarakat kita. Semua pihak juga perlu bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini agar satu natijah yang baik dapat dihasilkan. 1.3 Pernyataan Masalah Terdapat pelbagai persepsi dikalangan mahasiswa beranggapan banyak masalah yang akan timbul sekiranya kahwin ketika belajar. Terdapat segelintir mahasiswa sering merungut bahawa semua kerja tugasan yang ditugaskan kepada ahli kumpulan tidak disiapkan dengan baik. Ini kerana mereka sudah ada komitmen lain untuk menjalankan tanggungjawab kepada keluarga. Mereka juga beranggapan dengan berkahwin awal dapat mengelakkan dari dihantar mengajar di negeri yang jauh dari keluarga. Pelbagai persepsi yang mereka utarakan samada bersetuju atau tidak kahwin ketika belajar. Justeru penyelidik terpanggil untuk membuat kajian terhadap pelbagai persepsi kahwin ketika belajar ini bagi mendedahkan perkara sebenar dan mencungkil suara hati mahasiswa 4 SPI terhadap isu ini.

7 1.4.1 Objektif Kajian i. Mengetahui persepsi mahasiswa 4SPI terhadap kahwin ketika belajar. ii. Mengenal pasti persepsi mahasiswa 4SPI terhadap pelbagai persediaan yang harus dilakukan sebelum kahwin ketika belajar. iii. Menganalisis persepsi mahasiswa 4SPI terhadap pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh mahasiswa yang hendak kahwin ketika belajar. 1.5 Persoalan Kajian i. Apakah persepsi mahasiswa 4SPI terhadap kahwin ketika belajar? ii. Apakah persepsi 4SPI terhadap pelbagai persediaan yang harus dilakukan sebelum kahwin ketika belajar? iii. Apakah persepsi mahasiswa 4SPI terhadap pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh mahasiswa yang hendak kahwin ketika belajar?

8 1.6 Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan yang dirasakan perlu bagi menyumbang kepada pihak-pihak tertentu. Maklumat-maklumat dan hasil rumusan kajian berkaitan perkahwinan ketika belajar dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Diharap kajian ini juga dapat memberi kefahaman dan memberi informasi kepada masyarakat berkenaan ilmu-ilmu dalam perkahwinan Islam. Di samping itu, kajian ini juga dapat membantu bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi untuk mendirikan rumahtangga ketika dalam pengajian atau selepas tamat pengajian. 1.7 Skop dan Batasan Kajian Kajian ini terbatas dari segi saiz sampel kerana penyelidikan terhadap pelajar SPI di tahun akhir sahaja. Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan hanya terbatas kepada soal selidik yang diedarkan kepada responden. Aspek yang diselidiki melibatkan persepsi terhadap kahwin ketika belajar, persepsi terhadap pelbagai persediaan yang harus dilakukan sebelum kahwin ketika belajar, persepsi terhadap pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh mahasiswa yang hendak kahwin ketika belajar.

9 1.8 Definisi Konsep dan Istilah Istilah-istilah yang digunakan di dalam kajian ini membawa maksud tersendiri. Definisi yang dibuat adalah untuk memudahkan pembaca memahami istilah tersebut supaya tidak terkeliru dengan istilah umum. 1.8.1 Kahwin Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 558), Perkahwinan: Perihal berkahwin, pernikahan. Kahwin yang dimaksudkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah aqad yang menyatukan dua insan bergelar mahasiswa dan mahasiswi yang masih menuntut ilmu di pusat pengajian tinggi sebagai pasangan suami isteri. 1.8.2 Belajar Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2005: 20), berusaha untuk memperolehi ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian). Belajar yang dimaksudkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah belajar di pusat pengajian tinggi seperti di universiti dan kolej universiti yang lebih mudah untuk disebut sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Di mana para pelajar yang menuntut ilmu di situ digelar sebagai mahasiswa dan mahasiswi.

10 1.9 Kesimpulan Kesimpulannya, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tentang persepsi pelajar 4SPI terhadap perkahwinan ketika belajar. Selain itu, penyelidik juga ingin melihat persepsi pelajar SPI terhadap pelbagai persediaan yang harus dilakukan sebelum kahwin ketika belajar dan juga penyelidik ingin melihat persepsi mereka terhadap pelbagai masalah yang sering dihadapi mahasiswa yang hendak kahwin ketika belajar.