KE ARAH MENINGKATKAN SINAR KEGEMILANGAN ILMU FALAK SYARIE: MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

BUTIRAN PERIBADI

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MATA PELAJARAN UMUM (MPU) PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN HOLISTIK. Universiti Selangor (UNISEL)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Hadhari 6 (2) (2013) ABDUL KARIM ALI RAHIMIN AFFANDI ABD. RAHIM SYED MOHD JEFFRI SYED JAAFAR 1 ABSTRAK

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti

PENILAIAN PENGETAHUAN

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.

PENGENALAN. wukuf di Arafah dengan tanggapan hari raya tersebut disambut setelah selesainya

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

-*.- Program Pensiswa

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Transcription:

130 Simposium Pengajaran dan Pembelajaran UTM 2007 (SPPUTM 07) KE ARAH MENINGKATKAN SINAR KEGEMILANGAN ILMU FALAK SYARIE: MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Mohamad Saupi Bin Che Awang, Md Nor Bin Kamarudin Jabatan Kejuruteraan Geomatik, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, 81310 Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor saupi@utm.my ABSTRAK Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang melahirkan ilmuan dalam pelbagai bidang profesional diantaranya Kejuruteraan Geomatik. Lazimnya, sebahagian graduan kejuruteraan geomatik yang bergelar jurukur tanah berkhidmat di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Mereka ini terlibat dengan aktiviti falak syarie seperti penetapan arah Qiblat di masjid, surau dan tanah perkuburan; penyediaan data bagi pengiraan waktu solat; cerapan hilal (anak bulan) dan sebagainya. Sungguhpun keilmuan falak syarie amat penting kerana berkait rapat dengan urusan ibadah khusus umat Islam tetapi perkembangan pendidikannya agak terhad. Sebelum ini, graduan kejuruteraan geomatik tidak berpeluang mengikuti secara formal ilmu ini. Mereka sekadar memperolehi sedikit pendedahan ketika mengikuti subjek astronomi yang merupakan salah satu subjek teras dalam kurikulum sarjana muda kejuruteraan geomatik. Menyedari akan keperluan keilmuan falak syarie kerana ia salah satu bidang sains Islam maka sinar keilmuan tersebut perlu digilap semula. Kaedah pendidikan merangkumi proses pembelajaran dan pengajaran jalan terbaik dan berkesan dalam usaha mengembalikan semula sinar kegemilangan falak syarie. Usaha tersebut perlu dibuat dengan penuh iltizam oleh semua pihak yang prihatin terhadap kemajuan ilmu ini. Kertas kerja ini mengimbas kurikulum termasuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran bidang falak syarie dilaksanakan Jabatan Kejuruteraan Geomatik, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia. PENGENALAN Sejarah Islam menunjukkan bahawa perkembangan semua bidang ilmu termasuk ilmu falak syarie berkait rapat dengan perkembangan tamadun sains Islam (Mohammad Illyas, 1996). Pendidikan, penyelidikan dan penyebaran semua disiplin ilmu dalam tamadun sains Islam adalah mempunyai matlamat yang syumul iaitu untuk menerima dan menyebarkan ilmu bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi. Kefahaman ini adalah lahir dari memahami maksud dan suruhan Tuhan kepada umat manusia seperti mana ayat suci al- Quran yang bermaksud: sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-nya hanyalah orang-orang yang berilmu (surah Faathir: ayat 28) Lantaran itulah, menurut sejarah, tokoh-tokoh ilmuan Islam terdahulu merupakan insan yang tinggi akhlak, mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. sepenuhnya, tidak mementingkan kebendaan, berani mengkritik diri, tidak riak, dedikasi dan sabar tanpa jemu meneruskan usaha kerana semua itu adalah ibadat kepada Allah s.w.t. Dengan memiliki sifat-sifat sedemikian, ditambah dengan pengiktirafan daripada pihak berkuasa dan masyarakat, maka perkembangan segala ilmu termasuk ilmu falak telah berlaku dengan berkesan dan mencapai kegemilangan.

Simposium Pengajaran dan Pembelajaran UTM 2007 (SPPUTM 07) 131 Ketika era kegemilangan sains Islam iaitu lingkungan abad ke 3 Hijrah/ 9 Masehi hingga 8 Hijrah/ 14 Masehi (A Rahman, 1995, Mohamad Illyas, 1996), Ilmu falak telah diterima sebagai ratu ilmu sains. Ini adalah kerana kaitan yang amat rapat ilmu ini dengan kesempurnaan ibadat umat Islam itu sendiri. Bila sahaja umat Islam perlu mendirikan solat lima waktu, sudah pasti dia perlu mengetahui arah Qiblat dan juga waktu solat berkenaan. Demikian juga umat Islam itu perlu kepada sistem taqwim tersendiri untuk melaksanakan pelbagai ibadat sebagai contoh berpuasa Ramadan, membayar zakat, menunaikan ibadat haji dan sebagainya. Pendekata, tidak ada agama lain, selain Islam, yang amat berkait dengan ilmu falak atau astronomi. Lantaran itulah, ilmu falak telah menerima perhatian istimewa dikalangan para saintis Islam dan juga pemerintah ketika zaman kegemilngan Islam. Beberapa nama besar seperti al Battani, al Biruni, al Khawarizmi, Ibn Yunus dan lain-lain telah dilahirkan pada era tersebut.. Persoalannya, kenapakah ilmu falak khususnya falak syarie yang begitu penting kepada umat Islam seolah-olah terabai dimana tahap kemajuannya agak perlahan berbanding bidangbidang lain? Menyedari hakikat ini, kami di Jabatan Kejuruteraan Geomatik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengorak langkah ke arah menyinari semula ilmu tersebut. Kertas ini memaparkana serba ringkas pengalaman kami dalam menyedia dan mengendali beberapa modul pembelajaran-pengajaran falak syarie. Semoga kertas yang ringkas ini memberi sedikit sebanyak maklumat yang boleh dikongsi bersama kearah menyinari semula kepudaran ilmu tersebut. PENDIDIKAN FALAK SYARIE DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Seperti sedia maklum, UTM sebuah institusi pengajian tinggi yang mana fokus utama adalah melahirkan ilmuan dalam pelbagai bidang profesional yang berlatar belakang kejuruteraan, teknologi dan sains. Salah satu bidang profesional tersebut adalah bidang Kejuruteraan Geomatik (sebelum ini dikenali sebagai Ukur Tanah atau Land Surveying). Sumbangan pengajian ukur tanah kepada kemajuan falak syarie telah lama bermula dimana lepasan graduan ukur tanah di UTM dan institusi lain yang berkhidmat di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara (JUPEM) adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan aktiviti falak syarie di Malaysia seperti penetapan arah Qiblat di masjid-masjid dan surau-surau, penyediaan data bagi pengiraan waktu solat, cerapan hilal dan sebagainya. Sebelum ini graduan kejuruteraan geomatik tidak didedahkan secara formal falak syarie. Mereka mungkin didedahkan ketika mengikuti matapelajaran astronomi lapangan (matapelajaran wajib) ataupun astronomi geodetik (matapelajaran pilihan). Dengan perkataan lain, mereka tidak mengikuti program falak syarie secara khusus. Menyedari akan keperluan keilmuan falak syarie dikembangkan, maka berdasarkan pengalaman kami dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam sains astronomi tadi, kami telah menawarkan falak syarie sebagai matapelajaran pilihan kepada pelajarpelajar di UTM khususnya pelajar kejuruteraan geomatik. Kami telah juga menawarkan kursus pendek dan bengkel secara separuh masa kepada pegawai-pegawai agensi lain dan orang ramai. Secara ringkasnya, pendidikan falak syarie yang telah diadakan dalam beberapa modul sejak 1994 adalah seperti berikut: Kursus Pendek Peringkat Sijil (Tahun 1994) Kursus Pendek Peringkat Sijil julung diperkenalkan pada tahun 1994. Secara ringkas kaedah pengendaliannnya adalah seperti berikut (Jabatan Geodesi dan Astronomi, 1994): Jangkamasa selama satu tahun, secara separuh masa dalam tiga modul Syarat kelayakan masuk: i) SPM dengan kepujian matematik atau

132 Simposium Pengajaran dan Pembelajaran UTM 2007 (SPPUTM 07) ii) SPM dan lulus ujian khas matematik yang dikendalikan oleh Jawatan Kuasa Akademik Program Dilaksanakan secara tiga modul i) Modul A (13 minggu, 4 jam /minggu) Objektif : Memberi pengetahuan asas dalam astronomi geometri Kandungan utama sukatan : Sistem suria, konsep sfera samawi, segitiga astronomi, trigonometri sfera, gerakan ketara jasad samawi, sistem koordinat astronomi, sistem waktu suria dan siderius. ii) iii) Modul B (12 minggu, 4 jam per minggu) Objektif : Memberi pengetahuan asas falak syarie Kandungan utama : Sistem peredaran bulan-bumi, hitungan taqwim hijriah (istilahi) dan miladiah (masihi), penentuan arah Qiblat, perhitungan waktu solat dan hal berkaitan. Modul C (13 minggu, 4 jam per minggu) Objektif : Memberi pengetahuan falak syarie lanjutan Kandungan utama : Sistem taqwim hijriah : dasar, perlaksanaan, jenisjenis taqwim, penetapan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah di Malaysia dan serantau, kriteria imkarnur rukyah, hitungan data cerapan hilal, amali cerapan hilal dan satu Kertas Teknikal. Peperiksaan dan anugerah sijil i) Peperiksaan akhir di adakan untuk setiap modul ii) Kedatangan kuliah minima adalah 80% untuk membolehkan menduduki peperiksaan akhir iii) Mesti lulus modul terdahulu sebelum memasuki modul baru iv) Kertas teknikal (500 perkataan) diselia oleh seorang penyelia dan dibentang kepada kelas. GRED MEMUASKAN atau TIDAK MEMUASKAN diberikan. v) Mesti melalui ketiga-tiga modul bagi dianugerahi SIJIL FALAK SYARIE Bilangan dan latar belakang peserta Peserta adalah terdiri daripada pelbagai profesion iaitu jurutera awam, pegawai agama, pensyarah, malim, guru, kerani, pengurus syarikat dan sebagainya dengan pelbagai kelayakan akademik dari M.Sc (Civil Eng.), B.Sc, B.A (Syariah), B.A (Geografi), Diploma, STPM dan SPM. Kursus Pendek Separuh Masa Hujung Minggu (tahun 1995) Jangkamasa program adalah selama 36 jam (12 jam setiap tahap) selama tiga hujung minggu. Kandungan setiap tahap adalah seperti dalam kandungan modul terdahulu, seperti dalam seksyen 2.1 dengan tambahan kuliah Rubuq Mujayyab. Peserta : Guru agama, guru sekolah, ahli perniagaan, pegawai dan kakitangan kerajaan dengan kelayakan dari SPM hingga Ijazah pertama Universiti. Kursus Pendek Separuh Masa Bermodul dan Bersiri Usahasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) (tahun 1996 hingga 1998) Dalam bentuk tiga modul ; Modul Pertama (6 siri), Modul Kedua (6 siri) dan Modul Ketiga (5 siri) yang diadakan di beberapa Bandar utama di Sarawak.

Simposium Pengajaran dan Pembelajaran UTM 2007 (SPPUTM 07) 133 Kandungan : Modul Pertama (20 jam) : Sistem suria, sfera samawi, arah Qiblat; Modul Kedua (20 jam) : Sistem Peredaran Jasad Samawi, Sistem Koordinat Astronomi, Sistem waktu, Waktu Solat; Modul Ketiga : (20 jam) : Sistem peredaran bumi-bulan, Ijtimak, Taqwim Hijriah, Hitungan data rukyah, demonstrasi cerapan hilal Para peserta : Pegawai dan kakitangan sokongan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) serta ahli jawatan kuasa masjid yang dipilih. Kursus Pendek Separuh Masa Bermodul dan Bersiri Usahasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) (tahun 1996) Kandungan adalah seperti 2.3 Sebanyak tiga modul untuk peserta yang sama Bengkel Falak Syarie Peringkat Negeri Johor Usahasama UTM dan Jabatan Agama Johor (JAJ), September 1994 Bengkel sehari yang diadakan di UTM untuk pegawai-pegawai agama Jabatan Agama Johor membincangkan beberapa isu falak syarie semasa. FALAK SYARIE DIJADIKAN MATAPELAJARAN PILIHAN KURSUS SARJANA MUDA KEJURUTERAAN GEOMATIK Mulai Semester Disember 1998 hingga kini, silibus matapelajaran Falak Syarie yang di tawarkan kepada pelajar sarjana muda kejuruteraan geomatik adalah saperti berikut: ( Jabatan Kejuruteraan Geomatik, 2007) Pra syarat : pelajar perlu mengambil matapelajaran Astronomi Lapangan (Tahun Kedua) dan lulus sebelum mendaftar matapelajaran pilihan ini Ditawarkan pada Tahun Ketiga Kredit : 3 (3 jam kuliah per minggu) Penilaian: Tugasan, Amali, Ujian dan Peperiksaan Akhir Kandungan utama kuliah: Pengenalan : Aspek Kosmologi. Aspek Astronomi Lapangan. Dasar dan pelaksanaan falak syarie di Malaysia, pihak berkuasa terbabit; Penetapan Arah Qiblat : Aspek syariah, isu-isu berkaitan, kaedah-kaedah perkiraan dan penandaan; Penetapan Waktu Solat : Aspek Syariah, Tafsiran Astronomi mengenai had-had waktu solat, Kaedah Pengiraan Waktu Solat dengan menggunakan Almanak Falak Syarie, faktorfaktor ketepatan, konsep keyakinan (ihtiati), Pembentukan zon waktu solat di Malaysia, Waktu solat di kawasan latitud tinggi; Sistem Pembentukan Kalendar Hijriah : Aspek syariah, Perbandingan sistem kalendar Hijriah dan kalendar-kalendar lain, Sistem peredaran bulan-bumi, Konsep Ijtimak, Jenisjenis Kalendar Hijriah, Sistem kalendar Imkanur-rukyah bagi Malaysia dan negara anggota MABIMS, Konsep Garis Tarikh Bulan Antarabangsa (ILDL); Cerapan hilal: keperluan, prosedur, peralatan, faktor-faktor mempengaruhi kenampakan hilal. Masa depan dan hala tuju falak syarie. Amali : Penetapan Arah Qiblat dan Pengiraan Waktu Solat; Cerapan Hilal di Pontian Kechil (atau mana-mana tempat rasmi yang diwartakan di Malaysia) Matapelajaran ini mendapat sambutan yang tinggi di kalangan pelajar termasuk pelajar bukan Islam.

134 Simposium Pengajaran dan Pembelajaran UTM 2007 (SPPUTM 07) KESIMPULAN DAN SARANAN Ilmu Falak Syarie perlu dikembangkan kerana keperluan dan kaitannya amat rapat dengan kesempurnaan ibadat dan kemajuan umat Islam. Beberapa saranan yang boleh membentuk usaha sinergi ke arah menyinari semula tradisi keilmuan tersebut: Memperhebatkan sistem pendidikan termasuk kajian lanjut dengan mengambil kira aspek-aspek metodologi pendidikan moden supaya penyebaran dan perkembangan ilmu ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan sejajar dengan perkembangan teknologi berasaskan ICT dan angkasa. Dalam konteks pendidikan dan pengembangan ilmu, ilmu falak ini tidak seharusnya terhad kepada graduan kejuruteraan geomatik sahaja. Memantapkan kerjasama yang sedia terjalin diantara institusi-institusi pendidikan yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara langsung khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan-Jabatan Agama Negeri, Jabatan-Jabatan Mufti Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan agensi-agensi lain supaya dana secukupnya disediakan untuk pendidikan dan penyelidikan berkaitan. Memasukkan unsur-unsur falak syarie dalam kurikulum pengajian sains diperingkat pendidikan rendah dan menengah. Pihak pemerintah, organisasi dan masyarakat memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada ilmuan yang terlibat dalam bidang falak syarie ini sepertimana kepada ilmuan yang terlibat dalam bidang-bidang lain. Wallahua lam BIBLIOGRAFI A Rahman Omar, 1995, Islam dan Astronomi, dalam Sains Menurut Perspektif Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Jabatan Geodesi dan Astronomi, Fakulti Ukur dan Hartanah, UTM, 1994, Prospektus Kursus Falak Syarie Peringkat Sijil Jabatan Kejuruteraan Geomatik, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, UTM, 2007, Prospektus Akademik Mohammad Illyas, 1996, Islamic Astronomy and Science Development, Pelanduk Publication, Kuala Lumpur. Mohamad Saupi Bin Che Awang, Pendidikan Ilmu Falak Syarie di Malaysia: Pengalaman UTM, Kertas kerja jemputan di Muzakarah Pegawai Falak Syarie Malaysia anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bertempat di Hotel Seaview, Langkawi, 3-6 September,2001. Mohamad Saupi Bin Che Awang, Ilmu Falak Pemangkin Kemajuan Ummah, Kertas kerja jemputan di Seminar Falak Peringkat Negeri Pahang, anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang, bertempat di Hotel Sri Malaysia, Kuantan, 29Disember,2004. Mohamad Saupi Bin Che Awang, Modul Pembelajaran dan Pengajaran Falak Syarie di UTM, dibentang di Seminar Ilmu Falak anjuran Persatuan Falak Syarie Malaysia, bertempat di Universiti Tenaga Nasional, Bangi, 13-14 Julai,2007. Mohamad Saupi Che Awang and Md Nor Kamarudin, Astronomy Education in Geomatics, presented at the International Symposium and Exhibition on Geoinformation and Global Navigation Satellite System (GNSS) 2007, 3-5 Nov. 2007, Johor Bahru.