Kata kunci: peranan televisyen, pengaruh televisyen, cabaran dakwah televisyen, Teori Kognitif Sosial, kandungan syariat Islam.

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CABARAN PENDIDIKAN ISLAM DI ERA MEDIA SOSIAL (Challenges of Islamic Education in Social Media Era)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

CURRICULUM VITAE. Akmar Hayati Ahmad Ghazali. Name of School / Institution obtained

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

The Goal of Islamic Based Broadcasting Philosophy

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Seni Drama Islamik: Sifat Pengarah dan Proses Kepengarahan

Amar Makruf Nahi Mungkar

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Ulasan Buku / Book Review

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

ANALISIS FUNGSI MESEJ DAKWAH ISLAMIAH DALAM HALAMAN FACEBOOK

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

Knowledge of Fardhu Ain Among Students with Hearing Difficulties

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

Kefahaman Wanita Islam Kelas Menengah di Lembah Klang Terhadap Islam Liberal

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

Transcription:

TELEVISYEN MEDIUM DAKWAH: PERANAN, PENGARUH DAN CABARAN Wawarah Saidpudin wawarah@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS ABSTRAK Peranan media massa terutama televisyen amat penting dalam membentuk masyarakat yang berakhlak dan bermoral. Tidak dinafikan media massa yang bersifat meluas dan mampu menjadi pengaruh besar kepada moral masyarakat terutama remaja melalui dakwah yang berhikmah. Menyedari fenomena televisyen yang berpotensi sebagai medium dakwah ini, terdapat usaha dan inisiatif daripada beberapa pengamal media untuk menyampaikan dakwah melalui televisyen. Kertas ini bertujuan untuk membincangkan peranan televisyen sebagai medium dakwah kepada masyarakat dan mengaitkan pengaruh dakwah ini melalui Teori Kognitif Sosial serta cabaran dakwah di dalam televisyen. Perbincangan kertas konsep ini bersumberkan data sekunder daripada penulisan dan pandangan sarjana-sarjana Islam mahupun Barat. Hasil perbincangan mendapati peranan televisyen yang luas berupaya menjadikan ia sebagai medium dakwah yang berkesan manakala cabaran dakwah melalui televisyen pula terdiri daripada penerimaan masyarakat, kesepaduan usaha dan pemikiran antara alim ulama dan pengamal media, penyelarasan kandungan mengikut syariat Islam, pengawalan ideologi liberal daripada media barat dan seterusnya kebijaksanaan pengamal media untuk berkreativiti. Kertas ini juga turut menyumbang beberapa cadangan kepada pengamal media Islam dalam menghadapi cabaran menyebarkan dakwah melalui televisyen. Kata kunci: peranan televisyen, pengaruh televisyen, cabaran dakwah televisyen, Teori Kognitif Sosial, kandungan syariat Islam. 188

1.0 PENGENALAN Media massa memainkan peranan penting dan mempunyai pelbagai fungsi seperti menyampaikan maklumat, hiburan, didikan dan seumpamanya serta menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara itu. Media massa yang dimaksudkan antaranya akhbar, majalah, televisyen, radio dan lain-lain. Selain itu media turut berpengaruh dalam pembentukan akhlak dan sikap masyarakat terutama generasi remaja. Daripada perspektif Islam menurut Ab. Halim dan Zarin (2009), zaman remaja adalah masa yang sangat penting kerana pada waktu itu mereka telah mula ditaklifkan dengan hukum-hukum Islam. Kita maklum, pembentukan masyarakat berakhlak dan mempunyai kerohanian yang tinggi merupakan salah satu agenda utama negara. Hasrat ini telah diuar-uarkan melalui wawasan 2020 yang antara lainnya berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang kukuh dengan sifat-sifat kerohanian dan mempunyai moral yang progresif dan dinamik (Aswati, 2007). 2.0 PENGARUH MEDIA Kenyataan tersebut secara tidak langsung menceritakan hasrat negara dalam melahirkan generasi pemimpin akan datang dan turut menitikberatkan moral masyarakat Malaysia secara umum. Namun, tidak dapat dinafikan kehadiran media massa secara tidak langsung dapat menyekat hasrat ini kerana masyarakat kita terdedah dengan pelbagai perkara dari media massa yang bersumberkan gaya hidup Barat dan turut terpengaruh dengan gejala negatif yang dipaparkan di dalam media tersebut. Seperti yang dikatakan oleh Mughess-uddin (1997), terdapat pelbagai cara media massa mampu mencemarkan sesebuah masyarakat dengan terbuka dan tanpa dihalangi undang-undang termasuklah dengan penipuan, propaganda, sensitiviti, perkauman, seks, pencabulan privasi dan lain-lain. Ab. Halim dan Zarin (2009) turut menjelaskan kewujudan bahan-bahan dengan nilai moral yang negatif dalam majalah, akhbar, radio, filem, CD, VCD, TV dan Internet telah menimbulkan masalah serius kepada perkembangan masyarakat khususnya generasi remaja kini. Jenis hiburan, bahan bacaan, bahan audio video serta gambar yang ditonton itu telah mengakibatkan ketidakstabilan dalam emosi dan psikososial mereka. Bahan-bahan juga tersebut disebarkan secara berleluasa dan seolah-olah ia dihalalkan undang-undang dan peraturan. 189

Pengaruh negatif ini juga turut menjadi tempias kepada remaja yang duduk di kawasan pedalaman kerana beberapa faktor. Antara faktor penyebaran budaya songsang itu mudah berlaku kerana Ab. Halim et. al., (2005) menjelaskan bahawa media massa kini mudah mendapat siaran serta perkembangan teknologi yang terkini dan semakin maju. Saluran media massa seperti televisyen tidak dapat dinafikan penggunaanya yang meluas oleh masyarakat terutama remaja. 3.0 PERKEMBANGAN TELEVISYEN DI MALAYSIA Televisyen merupakan satu alat ciptaan manusia, produk atau artifak yang semakin penting dan menjadi sebahagian daripada hidup manusia. Ciptaan ini berubah dari suatu alat dan perkakas tetapi kini diangkat sebagai satu institusi dalam hidup manusia (Zainal Abidin 2011). Menurut Abd. Rahman (2011) walaupun televisyen sering dirujuk sebagai media hiburan tetapi sebenarnya peranan televisyen lebih daripada itu. Terdapat pelbagai genre penerbitan dalam televisyen seperti drama, bual bicara, dokumentari, majalah televisyen dan lain-lain. Penyiaran televisyen di Malaysia bermula dengan satu saluran iaitu TV1, pada 28 Disember 1963, dan saluran kedua, TV2 yang dilancarkan pada enam tahun kemudian. Keduadua saluran ini merupakan milik kerajaan. TV1 kebanyakannya terdiri daripada programprogram pendidikan dan maklumat tempatan dan dalam bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Manakala TV2 berorientasikan hiburan, menyiarkan filem-filem dan program lain di dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Cina. Kemudian pada tahun 1969 televisyen Malaysia telah bergabung dengan radio di bawah Kementerian Penerangan dengan nama baru iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) (Md Sidin & Amira 2010). Tahun 1984 merupakan satu usaha perintis daripada penyiaran swasta yang telah melancarkan TV3 iaitu stesen televisyen swasta pertama di Malaysia. Monopoli RTM terhadap industri penyiaran juga berakhir pada tahun 1985 apabila kerajaan mengeluarkan lesen untuk TV3 (Hasmah 2010). Kemudian Media Prima Berhad mengambil alih sistem televisyen Malaysia Berhad pada tahun 2003. Selain memiliki rangkaian TV3 gergasi media ini melebarkan lagi sayap perniagaannya dengan mengambil alih rangkaian NTV7, 8TV dan TV9. Bermulalah era Media Prima dengan memonopoli stesen televisyen bebas ke udara swasta (FTA). Selain itu, Media Prima juga memiliki stesen radio swasta Hot FM dan Fly FM, serta New Straits Times Press (NSTP). 190

Pada tahun 1996, Astro ditubuhkan dan diluluskan oleh kerajaan. Astro milik hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems sebuah syarikat konsortium kerajaan dan swasta syarikat. Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia. Kini Astro bergerak aktif dengan menawarkan pelbagai rancangan dari dalam dan luar negara serta berformat HD dalam mengejar kemajuan teknologi dan kini menjadi pesaing terdekat dengan Media Prima Berhad. Antara senarai saluran antarabangsa yang disediakan oleh Astro seperti Star World, National Geographic, Discovery, ESPN, HBO, MTV, dan CNN, manakala saluran tempatan yang menjadi pilihan ramai termsuklah Ria, Oasis, Wah Lai Toi, Vaanavil, Hitz.TV, dan TVIQ (Fuziah et. al., 2011). Fuziah et. al. (2011) menambah lagi, TV Al-Hijrah telah dilancarkan pada tahun 2011 dan stesen tersebut memberi tumpuan dalam menyediakan program yang berbentuk Islamik dan dalam masa yang sama menggalakkan ajaran Islam. Ini dianggap sebagai satu langkah daya saing bersama Astro Oasis yang ketika itu mempunyai penonton yang ketara terutama dengan rancangan Imam Muda yang terkenal di peringkat antarabangsa. Secara tidak langsung kehadiran TV Al-Hijrah telah menyemarakkan industri media Malaysia dan turut memenuhi permintaan pasaran untuk memperbanyakkan lagi pengisian media secara Islamik terutamanya kepada masyarakat Melayu Islam. Dan kini HYPP TV juga mempunyai rancangan SALAM HD yang memfokuskan pemaran program yang berbentuk kerohanian dan ketuhanan. 4.0 TELEVISYEN DAN DAKWAH Televisyen pada hari ini bukan sahaja dijadikan medium untuk menyebarkan maklumat, malah televisyen adalah antara medium yang berperanan sebagai agen mendidik dan ia merupakan komponen penting yang boleh memberi kesan mendalam kepada jiwa manusia yang dahagakan keperluan rohaniah tersebut (Md. Rozalafri dan Megat Al-Imran, 2014 a ). Secara tidak langsung televisyen mampu menjadi medium dakwah yang yang berkesan dalam membentuk akhlak dan pemikiran masyarakat. Dakwah merupakan satu amanah Ilahi yang bersifat mulia dan diwariskan oleh Allah kepada para nabi dan wali dari satu generasi ke generasi. Dakwah juga boleh ditakrifkan sebagai seruan dengan mempercayai Allah sebagai Tuhan yang Maha esa dan tiada sekutu bagi-nya, beriman dengan malaikat, kitab, para rasul, hari akhirat dan qada' dan qadar. Selain itu, dakwah 191

juga mengajak manusia kepada akidah yang memberikan mereka manfaat atau menyelamatkan mereka dari kesesatan atau kecelakaan yang boleh memusnahkan mereka (Syed Muhammad Dawilah & Mohd Lutfi Solehan, 2009). Dakwah merupakan tanggungjawab setiap umat Islam dalam mengajak masyarakat melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Ab. Aziz (1997) menjelaskan bahawa dakwah bukan semata-mata mengajak manusia kepada agama Allah, tetapi mestilah disertakan dengan uslub dan tatacara yang baik bagi mempengaruhi orang yang diajak itu. Maka, media massa seperti televisyen adalah antara medium yang amat berkesan untuk menjalankan aktiviti dakwah ini. Menurut Ab. Aziz (2001), media elektronik juga boleh digunakan dalam menyampaikan mesej dakwah. 5.0 PERANAN TELEVISYEN SEBAGAI MEDIA DAKWAH Apabila bercerita tentang dakwah dan televisyen perkara penting yang perlu diambil kira menurut Marina et. al. (2011) adalah sumbangan rancangan tersebut kepada kebaikan dan maslahah umat Islam. Ianya termasuklah dengan berdakwah berkenaan hal-ehwal Islam yang merangkumi segala akidah, ibadah, akhlak, muamalah, syariah dan pelbagai lagi. Perkara ini bukan sahaja mampu menarik umat Islam malahan turut mengajak orang bukan Islam agar lebih mengenali keindahan Islam. Dalam kajian yang dilakukan oleh Zulkipli et. al. (2012) TV Al- Hijrah adalah salah satu stesen televisyen yang berani melakukan pembaharuan dalam media penyiaran yang dibawa oleh stesen TV ini dengan mengikuti falsafah penyiaran Islam yang sebenar dan sekaligus mengangkat imej positif Islam keseluruh pelusuk dunia. Antara rancangan yang ada di dalam TV Al-Hijrah seperti rancangan 30 Minit bersama Ustaz Don yang menerangkan hukum tajwid al-quran, ibadah, dan sirah nabawiyah dengan konsep yang santai dan mempu menarik segenap umur. Selain itu, rancangan Ejen Halal di TV Al-Hijrah menengahkan isu kepentingan halal haram dalam makanan, produk, dan sebagainya di Malaysia ini berdasarkan fakta di dalam al-quran dan saintifik. Selain itu, drama-drama di TV Al-Hijrah juga dilihat mengikut syariah yang telah digariskan di dalam Islam dengan mengenakan pakaian pelakon yang menutup aurat, tiada sentuhan antara bukan muhrim dan sebagainya yang patuh syariah. Terdapat juga rancangan lain di TV Al-Hijrah yang banyak menceritakan dan menjelaskan hal ehwal Islam sebagai agama yang indah dan benar. 192

Selain daripada TV Al-Hijrah, terdapat beberapa stesen televisyen yang ketara mengetengahkan konsep Islam di dalam rancangan mereka. Sebagai contoh TV9 dengan program Tanyalah Ustaz, bertujuan untuk masyarakat Islam lebih berpengetahuan dalam hukum hakam dalam agama Islam. Begitu juga dengan Astro Oasis yang memasukkan rancangan dokumentari seperti Salam Muslim dapat menerangkan kepada penonton berkenaan kehidupan masyarakat muslim di seluruh negara dan dapat dijadikan pengajaran dalam hidup mereka. Terdapat pelbagai lagi rancangan yang berbentuk Islamik yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan dalam menyahut tanggungjawab dakwah tentang kebenaran agama Islam kepada masyarakat. Marina et. al. (2011), menjelaskan lagi Islam merupakan agama fitrah yang sesuai untuk seluruh manusia maka proses berdakwah ini perlu dilakukan dengan lebih bersungguh-sungguh membabitkan rancangan yang berunsur pengenalan kepada Islam dan penerangan tentang apa itu Islam; bagaimana sebenarnya kehidupan umat Islam itu. Firman Allah SWT dalam surah An- Nahl, ayat 125: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. 6.0 TELEVISYEN MEDIUM DAKWAH DAN TEORI KOGNITIF SOSIAL Dakwah melalui televisyen boleh bertidak sebagai (Md Rozalafri & Megat Al-Imran 2014 b ) agen untuk membina masyarakat yang berakhlak, berfikiran murni, mempunyai hala tuju yang jelas, serta membentuk suasana negara yang aman dan sejahtera menurut perspektif Islam. Maka, sebagai agen mendidik masyarakat, teori kognitif sosial adalah antara teori yang menerangkan bagaimana individu itu mampu mempelajari sesuatu perkara sama ada positif ataupun negatif melalui persekitaran dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan harian mereka. Teori kognitif sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura (1977) adalah antara teori yang sesuai digunakan dalam menerangkan konsep dakwah melalui televisyen ini. Teori kognitif sosial adalah teori pembelajaran berdasarkan idea bahawa manusia mempelajari sesuatu 193

berdasarkan pemerhatian terhadap perkara sekeliling. Proses pembelajaran itu termasuklah dengan memerhati persekitaran, sikap, pemikiran dan ia menjadi faktor utama dalam mempengaruhi pembangunan manusia. Sebagai contoh, setiap tingkahlaku manusia yang diperhati oleh seseorang akan mengubah cara pemikirannya. Terdapat lima konsep utama di dalam teori ini iaitu, pembelajaran sosial, jangkaan hasil, keberkesanan diri, penetapan matlamat dan pengawalan diri. Terdapat beberapa andaian di dalam teori ini iaitu manusia boleh mempelajari sesuatu berdasarkan persekitaran, pembelajaran adalah satu proses dalaman yang boleh dan tidak boleh mengubah tingkahlaku seseorang, sesuatu tingkah laku itu mempunyai matlamat yang tertentu dan mampu mengawal selia diri seseorang itu. Teori sosial kognitif ini juga dipanjangkan ke arah pembelajaran melalui televisyen. Teori sosial kognitif tingkah laku yang dipelajari melalui pemerhatian turut dikaitkan dengan televisyen sepertimana proses pembelajaran dalam bilik darjah dan persekitaran di rumah (Bandura 2001). Mesej yang disampaikan oleh televisyen itu mampu mempengaruhi tingkah laku seseorang. Jika keganasan yang dipaparkan, maka penonton khususnya yang terdiri daripada remaja akan turut menjadi ganas dan agresif. Manakala jika nilai-nilai positif dipaparkan di dalam televisyen, masyarakat juga akan terpengaruh dan menjadikan ia model dalam kehidupan harian mereka. Menonton televisyen bukanlah satu perlakuan yang pasif. Masyarakat akan memproses secara aktif apa yang mereka tontoni daripada media televisyen. Menurut hasil dapatan kajian Rezki et.al (2009) mendapati bahawa responden memahami nilai nilai Islam seperti kasih sayang, hormat, cakap benar, amanah, dan sebagainya yang cuba diterapkan oleh kartun Upin dan Ipin. Dapatan kajian tersebut menyokong teori sosial kognitif yang dikemukakan oleh Albert Bandura. Rezki et.al menjelaskan bahawa, Bandura menyarankan perkembangan pembelajaran berlaku melalui pemerhatian atau peniruan semuala. Pembelajaran jenis ini melibatkan proses memberi perhatian, mengingat, memurnikan dalam minda dan melakonkan semula. Manakala hasil kajian daripada Rosmawati et.al (2012) mendapati bahawa tahap minat yang wujud di kalangan responden dalam menonton filem yang mempunyai unsur-unsur Islam adalah tinggi. Walau bagaimanapun hubungan antara menonton filem-filem yang berdasarkan Islam dan personaliti pro-sosial adalah lemah. Kajian ini juga membuktikan bahawa peranan 194

yang dimainkan oleh teori kognitif sosial melalui penelitian terhadap tiga konstruk utama iaitu pembelajaran pemerhatian, permodelan simbolik menerusi watak dan kecekapan kendiri sebagai pengantara utama dalam menghubungkan peranan menonton filem-filem berdasarkan Islam dan personaliti pro-sosial. Dengan beberapa kajian lepas tersebut, kita dapat melihat masyarakat Malaysia cenderung kepada rancangan-rancangan televisyen yang mempunyai nilai-nilai Islam di dalamnya kerana mereka percaya ia mampu menjadi medium pendidik dalam kehidupan seharian mereka. Secara tidak langsung, proses pembelajaran mengenai ilmu Islam dapat diterapkan kepada penonton dengan berkesan misalnya melalui pemerhatian watak, dialog yang diucapkan, ayat al-quran, nasihat dan pesanan yang disampaikan oleh ustaz, pengacara, pelakon dan sebagainya. Selain itu, ia juga satu cabaran kepada pengamal media Islam untuk meningkatkan usaha mereka dalam memastikan dakwah yang terkandung di dalam rancangan televisyen mereka benar-benar sampai kepada penonton agar mesej amal ma ruf dan nahi munkar yang disampaikan itu dapat diamalkan dan dijadikan pengajaran oleh penonton. 7.0 CABARAN DAKWAH DALAM TELEVISYEN Dalam meneliti arus kemodenan kini, pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pengamal media Islam dalam meneruskan usaha dakwah kepada penonton. Segala usaha penubuhan stesen televisyen yang mengikut prinsip Islam, rancangan-rancangan keagamaan harus dipuji kerana ia menandakan terdapat sebahagian umat Islam yang bersungguh-sungguh ingin menyebarkan kebaikan kepada masyarakat. Namun, dalam merangka kreativiti untuk melakukan pembaharuan dalam televisyen di Malaysia, pasti ada cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh pengamal media Islam ini. Cabaran utama yang perlu dihadapi oleh pengamal media Islam adalah bagaimana mahu memastikan penerimaan positif daripada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan budaya terhadap rancangan Islam yang disiarkan di televisyen? Tidak mustahil akan ada isu kaum dan agama lain yang ingin mempunyai stesen televisyen ataupun rancangan televisyen mengikut agama masing-masing. Menurut Zulkiple et. al (2012), isu ini perlu ditangani oleh pihak yang berwajib dengan menerangkan dasar dan polisi komunikasi serta perlembagaan Malaysia yang mengktiraf agama 195

Islam sebagai agama rasmi untuk memastikan masyarakat bukan Islam tidak keliru dan salah faham dengan siaran rancangan agama Islam ini. Rancangan Islamik begini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan agama Islam kepada umat Islam dan turut berperanan memberikan kefahaman yang jelas tentang Islam kepada masyarakat yang bukan beragama Islam. Selain itu, pengamal media dan pendakwah harus bersatu padu dalam memastikan rancangan yang berbentuk Islamik ini benar-benar mengikut syariat Islam. Hal ini penting untuk mengelakkan agama diperalatkan di dalam rancangan televisyen hanya kerana mahu menaikkan rating dan menarik penonton. Ini kerana terdapat beberapa rancangan televisyen yang dianggap Islamik namun Rosmawati et.al (2011) menjelaskan terdapat beberapa filem yang mengelirukan penonton dengan menunjukkan adegan solat, kemanusiaan, mesej yang baik tetapi dalam masa yang sama masih ada adegan zina, seks bebas, arak, kelab malam dan aurat yang didedahkan. Perkara-perkara mungkar ini seharusnya tidak dibenarkan berada di dalam rancangan Islamik yang mematuhi syariah. Masalah ini mungkin terjadi kerana menurut Dusuki Ahmad (2011) terdapat sebilangan dalam kalangan ulama yang mengambil sikap menentang dunia seni dan hiburan secara mutlak dan menuduh golongan yang terlibat dalam industri media ini sebagai golongan yang bergelumang dengan maksiat dan mungkar. Manakala, untuk golongan yang berkecimpung dalam industri ini pula bagi menghasilkan rancangan yang berbentuk Islamik, amat penting untuk mereka mengetahui tuntutan dan hukum hakam yang telah digariskan dalam agama Islam agar tidak tersalah menyampaikan maklumat agama Islam kepada masyarakat. Jurang pemisah antara ulama dan pengamal media ini harus diatasi dengan menghilangkan prasangka antara satu sama lain dan seterusnya membina persepakatan dan kesefahaman untuk memastikan dakwah dalam media ini berkesan kepada masyarakat. Antara cabaran lain yang dikenal pasti menurut Zulkiflee et. al (2012) adalah kreativiti dan kandungan rancangan televisyen ini terbatas mengikut syariah Islam dengan berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah bermula daripada konsep, pelakon, skrip dan sebagainya. Berbanding dengan rancangan hiburan yang disiarkan di rancangan televisyen yang lain, ia lebih mudah menarik penonton dan menaikkan rating manakala rancangan islamik ini dikatakan agak mendatar dan mempunyai keterbatasan tertentu. 196

Asiah Sarji (2009) menjelaskan bahawa persepsi yang mengatakan bahawa kawalan yang berasaskan nilai-nilai Islam dan penapisan filem telah menghalang proses kreativiti dalam berkarya ini perlu dihapuskan. Para karyawan seharusnya bekerja keras dalam menghasilkan karya yang kreatif namun tidak lari daripada konsep Islam dan bertentangan dengan akta. Contoh mudah yang dapat kita lihat adalah bagaimana filem The Journey mampu mencapai box office dengan keuntungan 13 juta dengan mempamerkan keunikan budaya Cina kepada masyarakat Malaysia. Ia sepatutnya menjadi contoh utama kepada pengamal media Islam agar tidak takut berkreativiti dalam lingkungan syariat Islam kerana rakyat Malaysia sememangnya mendahagakan rancangan yang mempunyai mesej yang baik disamping kreativiti yang diserlahkan. Cabaran lain yang dapat kita lihat di dalam media Islam ini adalah dilema antara hiburan dan Islam. Menurut Siti Suriani et. al (2011) soal hiburan dalam Islam sebenarnya masih hangat diperdebatkan. Terdapat pelbagai hujah yang menyokong dan menentang keadaan ini. Namun, secara umumnya dalam Islam, Qardhawi (1997) menyatakan bahawa hiburan itu harus tetapi boleh bertukar menjadi haram sekiranya tidak menepati garis panduan syarak yang sebenarnya, iaitu tidak menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar; tidak ada percampuran antara lelaki dan perempuan; berpakaian menutup aurat dan tidak memakai perhiasan dengan melampau terutama wanita dan menghormati solat fardu. Antara cabaran yang perlu dipikul lagi oleh pengamal media Islam adalah menangani konsep liberal di dalam media. Seperti yang kita maklum, rancangan televisyen dari barat banyak mendedahkan dan menerapkan nilai budaya hidup barat kepada masyarakat dunia. Selain itu, globalisasi turut memberi kesan dan pengaruh luar seperti yang dijelaskan oleh Rosmawati dan Md Rozalafri (2011) kepada rancangan televisyen di Malaysia. Pertembungan antara nilai dan tamadun menjejaskan kesungguhan umat Islam dalam mengamalkan Islam yang sebenar. Hui dan Mun (2007) membincangkan kesan globalisasi ke atas agama dapat dilihat melalui perwujudan masyarakat global yang berkongsi amalan dan budaya yang sama. Ia akhirnya mampu mengubah masyarakatnya seperti pengaruh agama dengan menganggap semua agama adalah sama dan lahirlah konsep Islam liberal. Di sini peranan media Islam untuk menerangkan kepada masyarakat bahawa kita tidak boleh menyamakan Islam dengan agama lain. Penerangan yang jelas perlu diberikan kepada masyarakat kita agar dapat memahami nilai Islam yang sebenar kerana kini, kita dapat melihat 197

ada golongan yang sudah menerima konsep liberal ini dan antaranya pengamal media tempatan yang turut menyuntik fahaman begini dalam rancangan televisyen seperti drama. Namun dalam masa yang sama Rosmawati dan Rozalafri (2011) mengingatkan kita, ia bukanlah menjadi dasar untuk kita memandang rendah kepada agama-agama lain di dunia. 8.0 KESIMPULAN Manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini. Antara tugas khalifah adalah menyampaikan dakwah dengan mengajak manusia ke jalan yang diredhai Allah dan mengingatkan manusia agar jangan mendekati perkara yang dimungkari Allah. Tanggungjawab dakwah itu dapat dilakukan dengan pelbagai cara dan di antara medium yang kita tahu meluas kini adalah melalui media dan televisyen adalah antara saluran yang terbaik. Kemungkinan perkara yang ditakuti oleh pengamal media untuk menceburkan diri mereka dalam rancangan yang berbentuk dakwah ini akan menutup periuk nasi mereka kerana khuatir sambutan masyarakat yang kurang terhadap produk mereka. Namun, Abdul Razak dan Ezry Fahmi (2011) menjelaskan bahawa perkara yang perlu difahami dan kita imani ialah Islam bukanlah agama yang mengikut realiti semasa, tetapi Islamlah yang mencipta realiti seperti mana yang telah dibuktikan melalui kecemerlangan ketamadunan Islam suatu ketika dahulu. Kesimpulannya, sebagai umat Islam, kita perlu berpegang dengan panduan dan penyuluh hidup kita iaitu Al-Quran dan As-Sunah. Tidak ada nikmat yang lebih besar sebagai Hamba Allah ini melainkan syurga yang abadi untuk hamba-hamba yang melakukan perintahnya dan meninggalkan larangan-nya. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. 198

RUJUKAN Al Quran Ab. Aziz b Mohd Zin. 2001. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ab. Aziz b Mohd Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Abdul Halim Tamuri & Zarin Ismail. 2009. Hubungan antara pegangan nilai moral dengan media massa : Tinjauan ke atas remaja Melayu luar bandar. Sari, 27 :199-212. Ab. Halim Tamuri, Zuria Mahmud & Safani Bari. 2005. Permasalahan Pelajar-pelajar Fakir Miskin di Daerah Sabak Bernam. Jurnal Pendidikan, 30: 21-33. Abdul Rahman Hamid. 2011. Tatacara peraturan (self regulatory code) stesen televisyen demi kebaikan penonton. Dlm. Nor Hartini Saari. Pemerkasaan Televisyen dalam Mendidik Masyarakat. Kuala Lumpur : IKIM. Abdul Razak Abd Muthalib & Ezry Fahmi Eddy Yusof. 2011. Penerimaan dan penyampaian maklumat media dari perspektif Islam. Dlm. Muhamad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad & Noor Adzrah Ramle. Representasi Islam Dalam Media. Nilai : Universiti Sains Islam Malaysia. Asiah Sarji. 2009. Pembangunan Industri Perfileman Malaysia dalam Konteks Islam Hadhari. Dlm Mohd Safar Hashim dan Zulkiple Abd Ghani. Komunikasi Di Malaysia : Satu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari. Bangi: Institut Islam Hadhari. Aswati Hamzah. 2007. Satu Kajian Skema Taakulan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar Melayu. Tesis Kedoktoran Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan : Universiti Sains Malaysia. Bandura, A. 1977. Social Learning Theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Bandura, A. 2001. Social cognitive theory: An agentic perspective. Annual Review of Psychology, 52: 1 26. Dusuki Ahmad. 2011. Menerapkan nilai agama dan keprihatinan umat dalam filem dan drama. Dlm. Nor Hartini Saari. Pemerkasaan Televisyen dalam Mendidik Masyarakat. Kuala Lumpur : IKIM. Fuziah Kartini Hassan Basri, Abdul Latiff Ahmad, Emma Mirza Wati Mohamad, Arina Anis Azlan & Hasrul Hashim.2011. The Survival of Malaysia's National Television Within a Changing Mediascape. Innovation Journal, 16(3): 1-14. Hasmah Zanuddin. 2010. New media policy: A comparative perspective on Malaysia and Korea. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 12 (1) : 37-52. Hui, L.K. & Mun, H.R. 2007. Globalisasi, Media dan Budaya Antara Hegemoni Barat dengan Kebangkitan Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 199

Marina Munira Mutalib, Suhailiza Md. Hamdani, Khatijah Othman & Roslizawati Mohd Ramli. 2011. Tugas dan tanggungjawab media dalam pembangunan insan. Dlm. Muhamad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad & Noor Adzrah Ramle. Representasi Islam Dalam Media. Nilai : Universiti Sains Islam Malaysia. Md Sidin Ahmad Ishak & Amira Sariyati Firdaus. 2010. Cultural exchange through broadcasting in Asia: A study of Malaysian television contents. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 12 (1): 25-35. Md. Rozalafri Johori & Megat Al-Imran Yasin a. 2014. Menyubur fikrah Islam penerbit rancangan televisyen Islamik : suatu sorotan pandangan dunia dan falsafah universiti. Conference of Management & Muamalah. Auditorium, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Kajang, 26-27 Mei. Md. Rozalafri Johori & Megat Al-Imran Yasin b. 2014. Rancangan televisyen Islamik: membawa madrasah kepada masyarakat. International Conference on Islamic Education. Hotel Perdana. Kota Bharu, 31 Mei 2Jun. Mughess-uddin, 1997. An Islamic Framework of Media Ethics: Problems and Challenges. Hamdard Islamicus. 20(4): 57-67. Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fakrudin Mohamed Yusoff, Ahmad Arifin Sapar. 2013. Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia. Online Journal of Islamic Education, 1(1):17-27. Qardhawi, Y. 1997. Al Halal wa Al Haram fil Islam. Kaherah : Maktabah Wahbah. Rezki Perdani Sawai, Salhah binti Abdullah, Dini Farhana Baharudin & Noranis Ismail. 2009. Penerapan nilai nilai islam melalui penggunaan media dalam pendidikan. Seminar Kebangsaan Media dan Pemikiran Islam (MIST2009). Hotel Equatorial, Bangi, 21 22 Julai. Rosmawati Mohamad Rasit & Md Rozalafri Johori. 2011. Analisis penerapan dakwah di dalam filem semerah padi. Dlm. Muhamad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad & Noor Adzrah Ramle. Representasi Islam Dalam Media. Nilai : Universiti Sains Islam Malaysia. Rosmawati Mohamad Rasit, Mohd Salleh Hassan, Mohd Nizam Osman & Muhamad Sham Shahkat Ali. 2011. Film as a Medium of Communication for Da wah: Analysis of Religious Elements in Selected Malay Films. Islamiyyat, 33: 67 76. Rosmawati Mohamad Rasit, Md. Salleh Hj. Hassan, Mohd. Nizam Osman & Muhammad Sham Shahkat Ali 2012. Relationship of viewing Islamic based films with pro-social personality among teenaged audience. Malaysian Journal of Communication, 28(1) :107-120. Siti Suriani Othman, Lee Kuok Tiung, Roslizawati Mohd Ramli & Jaziratul Shila Jamal. 2011. Dilema antara islam dan hiburan dalam media. Dlm. Muhamad Zaki Mustafa, Ainurliza 200

Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad & Noor Adzrah Ramle. Representasi Islam Dalam Media. Nilai : Universiti Sains Islam Malaysia. Syed Muhammad Dawilah Al Idrus & Mohd Lutfi Solehan. 2009. Peranan Ict dalam penyebaran dakwah dalam era globalisasi. Seminar Kebangsaan Dakwah Islamiah Di Ipt Dan Komuniti. Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM, Batu Pahat, 2-3 Disember. Zainal Abidin Borhan. 2011. Televisyen Malaysia: Menggalakkan cara hidup materialistik atau cara hidup seimbang dan luhur. Dlm. Nor Hartini Saari. Pemerkasaan Televisyen dalam Mendidik Masyarakat. Kuala Lumpur : IKIM. Zulkiple Abd Ghani, Musa Abu Hassan, Fauziah Hassan & Suria Hani A. Rahman. 2012. TV AlHijrah: lnovasi baru dalam landskap dunia penyiaran islam. Seminar Kebangsaan Kepimpinan Islam 2. Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, 26-27 September. 201