PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM

Similar documents
Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

BUTIRAN PERIBADI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

CURRICULUM VITAE. Akmar Hayati Ahmad Ghazali. Name of School / Institution obtained

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

PENDAHULUAN SUMBANGAN DANIEL DJUNED ( ) DALAM PENGAJARAN DAN PEMIKIRAN HADITH

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Mohd Roslan Mohd Nor* Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia ABSTRAK

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

MODAL INSAN KOPERASI :

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

FORECASTING REVENUE PASSENGER ENPLANEMENTS USING WAVELET-SUPPORT VECTOR MACHINE MOHAMAD AIMAN ZAINUDDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pembangunan Laman Sesawang Kemahiran Mendengar Bahasa Arab (Maharat al-istima wa al-fahm): Mendokong Dasar e-pembelajaran di UKM

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Tema-tema Pemikiran Muhammad Iqbal dalam Penyelidikan Ilmiah Tinggi di Malaysia. Themes of Muhammad Iqbal s Thoughts in Malaysia s Scientific Research

Transcription:

PRODUKTIVITI KARYA AKADEMIK PENSYARAH JABATAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM Oleh: Ainul Mardiah Ahmad Jahidi Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid Abstract This article discusses relevant academic work productivity lecturer at the Department of Arabic and Islamic civilization at the Faculty of Islamic Studies at the University Kebangsaan Malaysia. The objective of this study is to see the development of the power of writing involves writing individually and look at the average over the 10 years from 2000 to 2010. Overall these studies use qualitative methods, through the analysis of documents and interviews. The findings of this study showed that the average lecturer in the department who are lecturers who are active in the production of scientific writing. Keyword: Productivity, academic paper, lecturer s writing Pendahuluan Penubuhan institusi pendidikan Islam di peringkat universiti adalah sangat penting. Hasil desakan dan permintaan masyarakat Melayu ketika itu, keraan telah menaikkan taraf menaikkan taraf Kolej Islam Malaya yang telah ditubuhkan pada tahun 1955 ini dinaikkan taraf kepada Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, diwujudkan Fakulti Pengajian Islam telah ditubuhkan bersama-sama dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selaras dengan persetujuan Kementrian Pelajaran yang telah bersetuju ia ditubuhkan pada 1968. Maka Kolej Islam telah diletakkan di bawah naungan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai salah sebuah fakulti di dalamnya. * Maka pada 18 Mei 1970 telah bermulanya dengan dua jabatan terawal iaitu Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin dan Falsafah serta Unit Bahasa Arab. Pada tahun 1974, telah dinaiktaraf kepada Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Selaras dengan misi yang dibawa oleh fakulti ini iaitu menjadi fakulti terpilih yang memartabatkan pengajian dan mengsejagatkan ilmu-ilmu keislaman di peringkat kebangsaan dan di persada antarabangsa ini menjadikan faktor penerbitan dalam mengajian islam ini adalah amat penting. Di samping itu, peranannya dalam melaksanakan tugas sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang utama adalah sebagai pencetus keilmuan yang bernilai kepada manusia dan alam sejagat. Yang sudah semestinya bidang tanggung jawab di institusi pengajian tinggi ini berkeupayaan dalam menyemarakkan kebenaran dan keadilan ilmu yang dicipta atas dasar keprihatinan masyarakat. Menurut ahli falsafah seperti Aristotle dalam bukunya Exhortation to Philosophy menyatakan mencari ilmu adalah membina kebijaksanaan dan kepuasan. Oleh itu, university sebagai sebuah pusat peneroka ilmu adalah wajar menggemblengkan tenaga bagi mewujudkan kebijaksaan berilmu yang tersirat di dalamnya falsafah kebahagiaan dan keselesaan hidup melalui kebaikan dan kebenaran. Seperti yang telah diketahui, university adalah tempat pembudayaan ilmu secara formal yang pang ideal di dunia.tiga fungsi utama adalah pemindahan ilmu, penyumbang ilmu dan penggunaan ilmu. Di university inilah melahirkan pembangunan status dan pencetus utama * Beliau merupakan calon Sarjana Usuluddin di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian, Universiti Malaya. ** Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian, Universiti Malaya. * Panduan Siswazah Fakulti Pengajian Islam sesi Akademik 2013/2014, (Bangi: Universiti Kabngsaan Malaysia, 2013). Ibid.

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127 perubahan sosial, budaya dan tamadun sesebuah masyarakat manusia itu. Perkembangan ini telah berkembang dengan pesat pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi pada zaman Abbasiyah di Andalusia. Seterusnya, sekitar abad ke 12 hingga ke 13 masihi, telah berpindah ke Eropah setelah berlakunya pencurikan ilmu oleh tentera Kristian semasa peperangan salib. Segala buku-buku dan ilmu pengetahuan telah diambil kemudian diterjemahkan dan disebarkan kepada masyarakat disana. Kajian Lepas Berdasarkan kajian lepas, beberapa penulis telah menulis berkenaan penulisan ilmiah ini. Menurut artikel yang ditulis oleh Shahrom Md Zain, Mohd Suhaimi Abd Rahman, Ahmad Kamal Arifin Mohd Ihsan, Azami Zahrim, Mohd Jailani Mohd Nor, Mohd Fauzi Mohd Zain, Afiq Hipni, Nurfarah Liza Ramli dan Wan Aizon Wan Ghopa yang berjudul Motivasi Penyelidikan dan Penerbitan: Pengalaman Sebagai Penyelidik dan Pengajar yang dibentangkan di Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2010 di Bangi. Di dalam kertas ini, para pengkaji telah menyenaraikan dua faktor penghasilan penerbitan pensyarah dalam bidangnya. Faktor pertama adalah motivasi penulisan. Melalui motivasi ini akan meningkatkan lagi kesungguhan para pensyarah untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti. Tiada wujud unsur plagiat dalam penulisannya. Untuk menghasilkan penulisan ilmiah ini perlu melalui peringkat awal untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Faktor kedua adalah keperluan pensyarah untuk mengetahui tips kejayaan sebagai penyelidik dan pengajar. Sebagai penyelidik dan pengajar, pengkaji menyatakan bahawa harus mengamalkan 5P iaitu pengajaran, penyelidikan, penulisan, perundingan dan perkhidmatan. Bagi pandangan Zulkifli Abd Latif, menerusi kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2006, di Pusat Konvensyen Antarabangsa, 11 Johor pada 9 hingga 11 Januari 2007. Dibawah tajuk Dasar Penerbitan Ilmiah, Menggugat atau Menggalakkan Aktiviti Penerbitan? ini, beliau mengkaji perubahan daya penulisan ini dari aspek penerbitan sebagai faktor utama perubahan. Dimana, adakah dasar penerbitan ini lebih menggalakkan penghasilan penulisan ataupun ia menjadi faktor penurunan penulisan yang berlaku di kalangan para ahli akademik. Pengkaji telah membincangkan beberapa aspek dalam dasar penerbitan ini, antaranya, dasar awal dalam penerbitan, masalah dasar universiti dan penerbit universiti dan akhir sekali saranan dan kesimpulan. Walaupun di peringkat undang-undang Malaysia telah menetapkan akta bahawa penghasilan bahan penerbitan ini sebagai suatu kewajipan di sebuah penubuhan universiti, tetapi wujudnya permasalahan juga di peringkat universiti daripada aspek perlaksanaannya. Ini memberi kesan kepada daya penulisan ilmiah yang dilakukan oleh para ahli akademik untuk menerbitkan ia menjadi sebuah buku dan sebagainya. Menerusi buku yang ditulis oleh Professor Mohd Taib Osman di dalam bukunya yang berjudul Kembali Kepada Asas: Pengajian Tinggi dan Isu-isu Lain memberi pandangan yang luas berkenaan peranan Pengajian Tinggi dan ahli akademik di dalamnya untuk menerbitkan bahan-bahan ilmiah. beliau memberi ulasannya menerusi tajuktajuk seperti pertama, Pengajian Tinggi di persimpangan jalan; kedua, nilai Universiti dan pensyarah kini; ketiga, pentadbiran universiti dan kecemerlangan akademik; dan keempat, pensyarah universitidan tradisi ilmu: sejauhmana komitmennya. 116

Objektif Kajian, Kaedah Dan Metodologi Kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah : Produktiviti Karya Akademik Jabatan Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm a) Untuk melihat perkembangan penghasilan daya penulisan ahli akademik dalam kalangan pensyarah. b) Mengenalpasti perkembangan penulisan ahli akademik secara individu (2000-2010). c) Kekerapan penulisan ilmiah yang dihasilkan mengikut bentuk penulisan ilmiah yang dihasilkan d) produktiviti penulis dan corak penulisan di kalangan penyelidik dalam aspek penurunan dan peningkatan. Kaedah pencarian data bagi mendapatkan maklumat penghasilan penulisan para pensyarah yang telah dihasilkan sepanjang tahun 2000 hingga 2010 adalah dengan menggunakan sistem e-repisotori. Dimana sistem tersebut yang menyimpan semua data-data berkenaan hasil kerja atau penulisan oleh semua pensyarah yang berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sma ada berbenbentu buku, makalah jurnal dan sebagainya. Hasil Kajian Daya Produktiviti Penulisan Ahli Akademik Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam Bidang Sejarah Berdasarkan hasil kajian mengikut e-respitori penerbitan yang telah bertanggungjawab mengaudit bahan ilmiah yang telah dihasilkan oleh ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis telah menjadikan ia sebagai bahan rujukan utama untuk mengetahui jumlah sebenar penghasilan penulisan ilmiah bermula dari tahun 2000 hingga 2010, terdapat beberapa penulisan ilmiah yang telah dihasilkan mengikut kepakaran di Jabatan arab dan Tamadun islam. Namun, skop kajian yang akan dilakukan oleh penulis hanya kepada ahli akademik yang pengkhususan tamadun islam. Namun, terdapat kesukaran dalam mengesan hasil penulisan ilmiah ahli akademik bidang tamadun islam ini di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam kerana ketiadaan satu sistem database mengenai pensyarah dan sumbangannya secara lengkap. Berikut adalah senarai para pensyarah atau ahli akademik yang dapat dikenalpasti sumbangannya sepanjang tempoh 10 tahun bermula tahun 2000 sehingga 2010. Jadual berikut menunjukkan para pensyarah yang dapat dikenalpasti sumbangannya dalam penulisan ilmiah yang diperolehi menerusi sistem e-rep sepertimana Jadual 1 di bawah : Jadual 4.1 : dan Karya Penulisan. Bil Nama Bentuk-bentuk penulisan ilmiah Jurnal Buku 117 Bab dalam buku Kertas Persidangan Lainlain Jumlah 1 1 14 7 9 33 0 63 2 2 4 0 2 11 4 21 3 3 0 0 0 4 0 4 4 4 11 2 10 44 1 68 5 5 6 1 4 27 1 39 6 Pansyarah 6 0 0 0 1 0 1 Jumlah 35 10 25 120 6 196

80 60 40 20 Rajah 4.1 : Jumlah Penghasilan Ahli Akademik (2000-2010) Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127 0 1 2 3 4 5 6 Daripada rajah di atas, menunjukkan pensyarah yang keempat yang mewakili pensyarah 4 mewakili pensyarah yang paling banyak menghasilkan penulisan ilmiah iaitu sebanyak 68 buah penulisan yang telah dihasilkan sepanjang 10 tahun bermula tahun 2000 hingga 2010. kedua yang banyak menghasilkan penulisan ilmiah ialah pensyarah 1 iaitu sebanyak 63 buah penulisan yang dihasilkan dan seterusnya, pensyarah 5 yang telah menghasilkan 39 buah penulisan ilmiah. Daripada jadual di atas, menunjukkan bahawa pensyarah 3 dan pensyarah 6 merupakan pensyarah yang paling kurang penghasilan akademik iaitu hanya 4 buah dan 1 buah dalam masa 10 tahun. Jadual 4.2 : Jumlah Penulisan Ilmiah (2000-2010) TAHUN 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 JUMLAH 2 0 0 3 3 4 15 16 34 77 45 Rajah 4.2 : Bilangan Hasil Penulisan Ilmiah Mengikut Tahun PERATUS JUMLAH PENULISAN ILMIAH 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 1% 0% 0% 1% 1% 2% 8% 23% 8% 17% 39% Seterusnya, sepertimana dalam rajah 4.2, ia menunjukkan jumlah penulisan ilmiah bidang sejarah yang dihasilkan oleh para ahli akademik iaitu pensyarah di Jabatan Arab dan Tamadun Islam yang telah dihasilkan bermula tahun 2000 sehingga 2010 dalam setiap penghasilan yang dikeluarkan. Graf menunjukkan bahawa jumlah penulisan ilmiah yang dikeluarkan pada tahun 2009 adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 77 buah, disusuli pada tahun 2010 sebanyak 45 buah. Seterusnya pada tahun 2008 sebanyak 34 buah. Kemudian, jumlahnya menurun pada tahun 2007 sebanyak 16 buah penulisan ilmiah yang dihasilkan. Pada tahun 2006 sebanyak 15 buah penulisan ilmiah. Pada tahun 2005 sebanyak 4 buah sahaja pada tahun tersebut. Jumlah 118

Produktiviti Karya Akademik Jabatan Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm keluaran sama pada tahun 2003 dan 2004 iaitu hanya 3 penulisan. Pada tahun 2000, hanya 2 buah sahaja yang dikeluarkan. Pada tahun 2001 dan 2002, penulisannya tidak dapat dikesan jumlah yang dihasilkan. Rajah 4.3 : Jumlah Peratusan Penghasilan mengikut Tahun 100 80 60 40 peratus 20 0 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah 4.3 di atas, dapat kita lihat kekerapan jumlah peratusan penghasilan penulisan ilmiah oleh ahli akademik di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam selama 10 tahun yang bermula dari tahun 2006 hingga 2011. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, dapat kita lihat turun naiknya kekerapan jumlah penghasilan penulisan ilmiah dalam pelbagai bentuk sama ada jurnal, makalah dan sebagainya. Ia dapat dilihat bersandarkan sistem e-repositori penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 2000, peratus penulisan ilmiah yang telah dihasilkan oleh para pensyarah di sana adalah hanya 2 peratus merangkumi 2 buah penulisan ilmiah yang dihasilkan bagi tahun tersebut. Antara yang bentuk yang dihasilkan adalah penulisan popular dalam bidang yang dihasilkan dan pakej pengajaran yang dibuat. Pada tahun 2001 dan 2002, tiada pengeluaran yang dihasilkan. Pada tahun 2003, 2004 dan 2005 peratusnya hanya 1 peratus iaitu jumlah pengeluarannya hanya 3 dan 4 buah sahaja sepanjang 3 tahun berturut-turut. Pada tahun 2006 dan 2007, terdapat meningkatan iaitu kepada 8 peratus iaitu sebanyak 15 buah penulisan pada tahun 2006 dan 16 buah penulisan ilmiah pada tahun 2007. Pada tahun 2008, jumlahnya meningkat kepada 17 peratus iaitu sebayak 34 buah penulisan ilmiah. Pada tahun 2009, peratus penghasilan meningkat naik kepada 39 peratus iaitu sebanyak 77 buah penghasilan penulisan ilmiah. Pada tahun 2010, peratusnya menurun kepada 23 peratus iaitu sebanyak 45 buah penulisan ilmiah. Hal ini pada pandangan penulis, perubahan pengeluaran penulisan ilmiah yang berbeza antara tahun 2000 hinggalah 2010 ini adalah berfaktor daripada ahli akademik yang berada di jabatan tersebut berubah mengikut tempoh perkhidmatan para pensyarah. Terdapat gabungan antara pensyarah baru dilantik dan pensyarah yang sudah lama berkhidmat. Ini menyebabkan penghasilan setiap tahun berbeza jumlah pengeluarannya. Bagi pensyarah baru, ia perlu menyesuaikan diri dengan pengajaran, penyelidikan dan penulisan. Oleh yang demikian, para pensyarah baru ini memerlukan masa untuk menghasilkan sesebuah penulisan akademik. Selain itu juga, sistem elektronik untuk menyimpan bahan-bahan tersebut baru dikemaskini dan diwajibkan pada tahun 2007. 119

Daya Penulisan Ilmiah Ahli Akademik Secara Individu (2000-2010) Rajah 4.4 : Jumlah Penghasilan mengikut Tahun Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127 40 30 20 10 0 pensyarah 1 pensyarah 2 pensyarah 3 pensyarah 4 pensyarah 5 pensyarah 6 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 Berdasarkan rajah 4.4, kita dapat lihat perkembangan penulisan ilmiah bermula tahun 2000 hingga 2010. 1 telah aktif menghasilkan penulisan bermula dari tahun 2006 dan meningkat pada tahun 2009. Pada tahun 2010, berlaku penurunan dalam penghasilan penulisan beliau namun ia tidak terlalu ketara. Pada tahun 2006, beliau dapat menghasilkan 4 buah penulisan ilmiah. Pada tahun 2007, beliau dapat menghasilkan 6 buah penulisan ilmiah. Pada tiga tahun kebelakang iaitu pada tahun 2008, 2009 dan 2010, beliau telah dapat menghasilkan 13 buah, 22 buah dan 18 buah. Beliau menunjukkan daya penghasilan yang aktif setiap tahun. Sepanjang jangka masa 2006 hingga 2010, beliau telah menyumbangkang 63 buah penulisan ilmiah. Bukunya terdiri daripada pelbagai bahasa, iaitu sebanyak 47 buah dalam bahasa Melayu, 15 buah dalam bahasa Inggeris dan 1 buah dalam bahasa Arab. Ini dilihat, beliau sebagai seorang yang produktif dalam menghasilkan penulisan. Dimana, buku majoriti dalam bahasa Melayu sejajar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia yang memartabatkan bahasa Melayu. Namun, beliau tetap juga banyak menghasilkan bahasa Inggeris. Ia adalah kerana berkemungkinan besar bahawa pengaruh semasa pembelajaran beliau di peringkat sarjana tinggi di United Kingdom dan merasakan penting untuk menghasilkan bahasa Inggeris untuk diiktiraf di peringkat Antarabangsa. Manakala, penulisan dalam bahasa Arab tidak menjadi bahasa pilihan beliau dalam penulisan ilmiahnya. Sepanjang tahun 2000 hingga 2010, pensyarah 2 telah menghasilkan sebanyak 21 buah penulisan ilmiah. pada tahun 2004, 2005 dan 2007, beliau hanya menghasilkan sebuah buku sahaja. Pada tahun 2008, terdapat 7 buah buku yang dihasilkan dan pada tahun 2009 sebanyak 9 buah. Pada tahun 2010, menurun kepada 4 buah buku sepanjang tahun tersebut. Daripada 21 buah penulisan ilmiah yang dihasilkan, terdapat 2 buah yang menggunakan bahasa Inggeris dan sebuah dalam bahasa Arab. Selebihnya iaitu sebanyak 18 buah menggunakan bahasa Melayu dalam penulisannya. Beliau telah memartabatkan matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia dalam memperkasakan bahasa Melayu di peringkat penulisan ilmiahnya. Ini juga adalah faktor, beliau merupakan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dari peringkat Sarjana Muda hingga Sarjana Tinggi. Oleh yang demikian, pengaruh penggunaan bahasa Melayu dalam menghasilkan penulisan ini lebih besar berbanding menggunakan bahasa asing. 3 telah menghasilkan 4 buah penulisan sepanjang tahun 2006 hingga 2010. Pada tahun 2006 dan 2007, beliau dapat menghasilkan sebuah penulisan dalam setiap satu tahun tersebut. Kemudian, pada tahun 2010, beliau dapat menghasilkan 2 buah penulisan dalam masa setahun. Bahasa yang digunakan dalam penulisan beliau kebanyakannya adalah bahasa Arab. Hanya sebuah pebulisan sahaja menggunakan bahasa Inggeris. Keempat-empat penulisan beliau ini telah dibentangkan di peringkat kebangsaan, beliau merupakan 120

Produktiviti Karya Akademik Jabatan Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm menyumbangkan kepada karya dalam bahasa Arab di dalam seminar tersebut. Antara seminar yang disertai adalah Nadwah Ulama Nusantara III Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu, Fakulti Pengajian Islam UKM ; Prosiding Simposium Tamadun Islam Abad Pertengahan II : Politik, Ekonomi, Sosial dan Intelektual Era Andalusi; IKRAB International Seminar on Malaysia-West Asian Civilization and Culture; dan International Seminar on Malaysia-West Asian Civilization And Culture 2010- IKRAB, UKM. Merujuk kepada rajah 2.5, ia menunjukkan jumlah penghasilan pensyarah 4 sepanjang tahun 2000 hingga 2010. Berdasarkan graf diatas, beliau adalah pensyarah yang paling produktif dan konsisten dalam menghasilkan penulisan ilmiah. Sepanjang tahun bermula tahun 2000 hinggalah 2010, setiap tahun ada penulisan beliau yang diterbitkan. Pada tahun 2000 dan 2003, sebuah karya sahaja yang dihasilkan setiap tahun tersebut. Terdapat dua buah penulisan yang dihasilkan pada tahun 2004 dan 2005. Pada tahun 2006, terdapat 5 buah penulisan, tahun 2007 terdapat 4 buah dan pada tahun 2008 ada 8 buah penulisan yang dihasilkan. Pada tahun 2009, dilihat kepada peningkatan yang amat ketara iaitu sebanyak 35 buah penulisan dapat dihasilkan sepanjang tahun itu. Pada tahun 2011, penurunan sedikit, iaitu kepada 11 buah penulisan. Jumlah keseluruhan hasil penulisan beliau sepanjang 10 tahun tersebut, sebanyak 68 buah. Kebanyakan penulisan beliau adalah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hanya dua penulisan menggunakan bahasa Melayu dan sebuah menggunakan bahasa Arab. Beliau merupakan penyumbang utama kepada penulisan ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, buku-bukunya dilihat sebagai sumber utama rujukan kepada pembaca yang hanya memahami bahasa Melayu dan para pelajar Melayu. Ini secara tidak langsung, beliau telah menjadikan matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai pengaruh bahasa terbesar dalam penulisan beliau. Apatah lagi, penulisan sejarah yang menggunakan bahasa melayu ini jarang untuk dijumpai berbanding bahasa melayu Indonesia. 5 menunjukkan peningkatan yang konsisten. Beliau telah menghasilkan sepanjang tahun yang bermula dari tahun 2000 hingga 2010, tahun yang paling banyak penghasilan beliau adalah pada tahun 2009. Pada tahun 2000 dan 2005, beliau menghasilkan sebuah penulisan pada setiap tahun tersebut. Pada tahun 2003, beliau telah menghasilkan 2 buah penulisan. Beliau telah menghasilkan 4 buah penulisan pada sepanjang tahun 2006 dan 2007. Pada tahun 2008, beliau dapat menghasilkan 6 buah penulisan. Pada tahuan 2009, peningkatan kepada 12 buah penulisan sepanjang 10 tahun tersebut. Manakala pada tahun 2010, terdapat 10 buah yang dapat dihasilkan oleh beliau. Jumlah keseluruhan penulisan yang dihasilkan sepangjang 10 tahun adalah sebanyak 39 buah. Beliau adalah antara pensyarah yang produktif dan konsisten dalam menghasilkan penulisan. Beliau juga menggunakan pelbagai bahasa dalam menulis penulisan ilmiah beliau. Daripada 39 buah penulisan beliau, terdapat 7 buah penulisan yang menggunakan bahasa Inggeris. Beliau juga adalah pensyarah yang menyahut seruan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam memartabatkan penulisan bahasa melayu. Beliua dapat diketegorikan kepada penyumbang penambahan jumlah bahan rujukan penulisan ilmiah yang berbahasa Melayu. Rajah diatas menunjukkan penghasilan yang dapat dihasilkan oleh pensyarah 6 sepanjang kajian 10 tahun penulis. Beliau hanya menghasilkan sebuah penulisan pada tahun 2006. Tajuk bahan penulisan beliau adalah Taj al-salatin: Karya Politik Ulama Melayu yang dibentangkan di Nadwah Ulama Nusantara III: Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu. 121

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127 Beliau dilihat seorang yang tidak produktif, ini kerana, antara jangka masa 2006 hingga 2010, tiada peningkatan dalam masa 4 tahun terakhir. Kekerapan Penulisan Ilmiah Yang Dihasilkan Mengikut Bentuk Penulisan Ilmiah Yang Dihasilkan Rajah 4.10 : Bilangan Jurnal Yang Telah Dihasilkan Sumber: Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012. Pada rajah 4.10, ia menunjukkan produktiviti ahli akademik melalui penulisan jurnal yang dihasilkan selama tempoh sepuluh tahun bermula tahun 2000 sehingga 2010. Jumlah keseluruhan jurnal yang dihasilkan adalah sebanyak 35 buah. yang banyak menulis jurnal adalah pensyarah 1 iaitu sebanyak 14 buah jurnal. Diikuti dengan 4 yang telah mengasilkan jurnal sebanyak 11 buah. Bagi 5, beliau telah menghasilkan 6 buah jurnal. Bagi 2 sebanyak empat jurnal sahaja. Terdapat dua pensyarah iaitu pensyarah 3 dan 6 tidak menghasilkan penulisan ilmiah berbentuk jurnal. Berdasarkan banyaknya bilangan yang dihasilkan oleh 1, ini memperlihatkan bahawa beliau sangat aktif dalam menulis artikel yang dikeluarkan oleh jurnal-jurnal sama ada diterbitkan di UKM ataupun di institusi lain. Antara jurnal yang telah memuatkan artikel beliau ialah Kajian Islam: Jurnal IAIN Imam Bonjol Padang, Akademika, Journal of al- Tamaddun, International Journal of West Asian Studies, Journal of Human Sciences, Holland, Hamdard Islamicus, Journal of Usuluddin, Jurnal Pengajian Umum, Islamiyyat dan Jurnal Usuluddin. Rajah 4.11: Bilangan Prosiding yang Telah Dihasilkan 60 40 20 0 KERTAS PERSIDANGAN (PROSIDING DAN KERTAS SEMINAR) 1 2 3 4 5 6 122

Produktiviti Karya Akademik Jabatan Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm Pada rajah 4.11, ia menunjukkan penghasilan ahli akademik dalam penulisan ilmiahnya yang berbentuk kertas persidangan. Kertas seminar yang dihasilkan oleh pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam dalam bidang sejarah ini adalah kertas prosiding dan kertas seminar. yang paling banyak menghasilkan makalah melalui prosiding adalah 4 iaitu sebanyak 41 karya makalah. Seterusnya diikuti pula 1 yang telah menghasilkan sebanyak 31 penulisan ilmiah berbentuk prosiding. Kemudian, 5 sebanyak 18 buah, 3 menghasilkan kertas seminar sebanyak 9 buah dan 3 berjumlah 4 buah. Penghasilan yang prosiding yang paling sedikit adalah daripada 6 yang menghasilkan 1 sahaja makalah dalam prosiding. Rajah 4.12 : Bilangan Buku yang telah Dihasilkan oleh 10 Buku (2000-2010) 0 1 2 3 4. Sumber : Sistem E-Repositori Penerbitan UKM, 2012 5 6 Rajah 4.12, menunjukkan jumlah penulisam ilmiah yang telah dihasilkan berbentuk buku sepanjang jangka masa sepuluh tahun bermula tahun 2000 hingga 2010. Jumlah keseluruhan penerbitan buku ini adalah sebanyak 10 buah buku. Hanya tiga pensyarah yang mengambil bahagian dalam penghasilan penerbitan buku ini iaitu 1, 4 dan pensyarah 5 iaitu sebuah buku. yang paling banyak menghasilkan buku adalah 1 iaitu sebanyak 7 buah buku. Tahun penerbitan bagi buku beliau adalah pada tahun 2008, 2009 dan 2010. Pada tahun 2010, beliau telah menerbitkan tiga buah buku dalam masa setahun. kedua yang menerbitkan buku ialah 4 yang telah menerbitkan 2 buah buku iaitu pada tahun 2009 yang bertajuk Dunia Melayu dan Islam satu wacana dan Katalog Penerbitan Ahli Akademik Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi 5 pula telah menghasilkan sebuah buku secara bersama dengan Ezad Azraai pada thun 2009 dibawah tajuk Dunia Islam dan Islam satu wacana. Rajah 4.13 : Jumlah bab dalam buku yang telah dihasilkan Bab dalam buku 10 5 0 1 2 3 4 5 6 123

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127 Rajah 4.13 menunjukkan sejumlah penghasilan penulisan ilmiah ahli akademik Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam penulisannya yang berbentuk bab dalam buku. Jumlah bab dalam buku yang dapat dihasilkan oleh para pensyarah sepanjang jangka masa sepuluh tahun iaitu pada tahun 2000 hingga 2010 adalah sebanyak 25 buah tajuk yang dihasilkan. 4 telah menghasilkan 10 buah tajuk di yang diletakkan di bahagian bab dalam buku yang merupakan jumlah terbanyak. Seterusnya 1 pula sebanyak 9 buah bab. Bagi 5 telah menghasilkan 4 buah dan 2 pula telah menghasilkan 2 buah bab dalam buku. Rajah 4.14 : Lain-lain Penghasilan LAIN-LAIN BENTUK PENULISAN laporan Teknik Penulisan popular dalam bidang monograf Pakej Pengajaran 1 1 2 5 1 4.5 1 1 2 3 4 5 6 Rajah 2.7 ini menunjukkan lain-lain penghasilan yang telah disumbangkan oleh para pensyarah iaitu terdiri daripada pakej pengajaran, monograf, penulisan popular dan bidangnya dan laporan teknik. 2 telah menghasilkan 1 monograf dan laporan teknik. Bagi 4, beliau telah menghasilkan 5 monograf, 1 penulisan popular dalam bidang dan 4 laporan teknik. Seterusnya, 5 hanya menghasilkan satu sahaja iaitu pakej pengajaran. Kesimpulan Perkembangan sepanjang 10 tahun kajian ini, pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam sedang hebat berkembang dalam bidang penulisan. Setiap tahun lahirnya idea-idea penulisan yang diterbitkan untuk disumbangkan kepada masyarakat dalam pelbagai penerbitan. Selaras dengan bantuan penyelidikan yang dibantu oleh pihak kerajaan dan university yang dikenali sebagai geran. Melalui geran ini, sebagai salah satu motivasi kepada para ahli akademik dalam membantu mereka membuat penyelidikan. Penyelidikan inilah akan menghasilkan karya penulisan dan idea-idea untuk disebarkan. Rujukan Buku Panduan Siswazah, Sesi 2002/2003 Buku Panduan Siswazah, Sesi 2003/2004 Buku Panduan Siswazah, Sesi 2004/2005 Buku Panduan Siswazah, Sesi 2005/2006 Buku Panduan Siswazah, Sesi 2006/2007 Buku Panduan Siswazah, Sesi 2007/2008 Buku Panduan Siswazah, Sesi 2008/2009 Buku Panduan Siswazah, Sesi 2009/2010 124

Produktiviti Karya Akademik Jabatan Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm Abdul Manaf Saad, Proses Penerbitan Buku, Bengkel Kertas Kerja Penerbitan Akademik, Anjuran PPIB dan MAPIM, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Abdul Razak Mahmud et. al., Persuratan Melayu Wilayah Timur, (Kelantan: Pustaka Aman, 2009). Ahmad Adam dan Saidatul Norhis Haji Mahali, Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah, (Sabah: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 2001). Ahmad Fauzi Mohd Basri (penyelenggara), Misa Melayu, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1992). Ahmad Sunawari Long dan Zaizul ab. Rahman, 40 Tahun Penyelidikan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, International Journal of Islamic Thought, Vol.1 : June 2012. Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim dan Norhayati Haji Hamzah, Sorotan Gerakan Penterjemahan dan Penerbitan, Jurnal al-tamaddun, Bil 3, (Disember-Januari 2008) 1-6. Ahmad Sunawari Long dan Zaizul Ab. Rahman, 40 Tahun Penyelidikan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Quran dan Terjemahannya (Rasm Uthmani), Al-Quran Darul Iman, (Kuala Lumpur, Pustaka Darul Iman Sdn Bhd, 2007). Arba'iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 2002,2006). Azizan Baharudin, Pengenalan Tamadun Islam di Andalus, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. B. Lewis, Encyclopedia of Islam, (London:Lusac&co.,1971), jilid 3. Dr Abdul Rahman Abdullah, Menjadi Intelektual, (Pahang: PTS Publication & Distributor sdn. Bhd., 2003). Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zain, Pengantar Ulum Hadis, (Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd, 2005). Haji Faisal Haji Othman,138, Isu-isu Pendidikan Islam Di Malaysia: Cabaran & Harapan, Penyunting: Ismail Ab. Rahman, Abdul Aziz @ Ahmad Mohd, Mohd Yasin Muda, (Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terangganu sdn. bhd, 1993). Hamedi Mohd Adnan Industri Buku di Malaysia: Isu-Isu dan Cabaran (Kuala Lumpur: Hamedi Mohd Adnan, Bentuk dan Teknik Penulisan Buku Teks Universiti yang berkesan Bengkel penulisan buku ilmiah, Port Dickson, 12-15 Mac 2002. Hamedi Mohd Adnan, Mengenali Bahan Bacaan. Bengkel Penyuntingan Buku (9-12 Apr 2003): Kuala Lumpur. Hj Ibrahim Che Omar, Isu Kepengarangan Dalam Penerbitan Ilmiah (makalah, Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2006, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Johor Bahru, 14-16 November 2006). Hj Ibrahim Che Omar, Isu Kepengarangan dalam penerbitan ilmiah (makalah, Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2006, Pusat Konvensyen Antarabangsa, Johor Bahru, 14-16 November 2006). Jaharah Nordin, Penulisan Rencana dalam Jurnal Ilmiah anjuran Pusat Penataraan Ilmu dan Bahasa Mapim, Universiti Melaysia Sabah, Kota Kinabalu Sabah, 19-21 Julai 2001. Kementrian Pengajian Tinggi Malaysia, Buku Panduan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam: Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf, (Kuala Lumpur: Kementrian Pengajian Tinggi Malaysia) Muhammad Abu Bakar, Tradisi Intelektual di Malaysia dalam Persidangan Universiti dan Tradisi Intelektual (24-25 Sep 1996 : Petaling Jaya), 2. Osman b. Md Rasib, Kajian Faktor yang mempengaruhi Gelagat Kakitangan di Institusi Pengajian Tinggi Islam Terpilih di Malaysia, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Kuala Lumpur, 2012. 125

Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 115-127 P.K.Hitti, History of Arabs : From the Earliest time to The Present, (New York:The MacMillan & co.,1964). Prof Dr. Hasan Said, Penerbitan Ilmiah Untuk Institusi Pengajian Tinggi : Isu dan Cabaran Seminar Penerbitan Ilmiah 2002, Hotel Merdeka Palace Kuching, Sarawak, tema: Kecemerlangan Ilmu Melalui Penerbitan Ilmiah, 26 Ogos 2002. Prof. Dr. Abdullah Alwi Hj. Hassan, Sumbangan Para Ilmuan Muslim dalam Pembinaan Negara di Malaysia, dalam (Makalah, Seminar Kepimpinan Islam Serantau, Perayan Jubli Emas, Universiti Malaya 1949-1999, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 14-15 Jun 1999). Prof. Dr. Azyumardi Azra, ed. Idris Taha, Historiografi Islam Kontemporer, (Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama, 2002). Profesor Mohd Taib Osman, Kembali Kepada Asas: Pengajian Tinggi dan Isu-Isu Lain, (Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya,1987). R. Winstedt, A History of Classical Malay Literature h. 93. Roziah Sidik @ Mat Sidek, Tamadun Islam dan Penguasaan Ilmu, Jurnal Usuluddin Bil. 30 (Julai 2009-Disember 2009). Shahrom Mohd Zain et al., Motivasi Penyelidikan dan Penerbitan: Pengalaman sebagai Penyelidik dan Pengajar, dalam Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina 2010, (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010). Syeikh Ibrahim Ramadhan, al-fihris li Ibn Nadim, (Beirut: Darul Fatwa, 1994), 194. t.tp., Apakah Terbitan atau Tulisan Ilmiah, Pemantapan Profesionalisme, Penerbit Universiti Malaya, Corus Paradise Resort, Port Dicson, Negeri Sembilan, 26-28 April 2002. Tuan Haji Ahmad Awang, Ulama dan Peranannya dalam Masyarakat Malaysia, dalam (Makalah, Seminar Kepimpinan Islam Serantau, Perayan Jubli Emas, Universiti Malaya 1949-1999, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 14-15 Jun 1999). Tuan Haji Mohd Idris Jauzi, Kepentingan Keilmuan di Kalangan para Ahli Akademik, Seminar Sumbangan Ahli Akademik Kepada Dunia Perindustrian dan Perniagaan di Dewan Maktab Perguruan, 6 ogos 1989). Virginia Matheson Hooker, Tuhfat al-nafis : sejarah Melayu-Islam, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991). Wan Kamal Mujani, Peranan dan Sumbangan Muhammad b. Umar al-waqidi dalam Bidang Pensejarahan Islam, Jurnal al-tamaddun Bil 5 (Disember 2010). Zulkifli Abd. Latif, Dasar dan Cabaran Penerbitan Ilmiah dari Perspektif Pengamal Penebitan, Jurnal Pengajian Media Malaysia 14, (2012). Zulkifli b. Abd. Latiff, Penerbitan Ilmiah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia: Kajian Kes ke Atas Peranan dan Fungsi Biroteks Institusi Teknologi Mara Tesis Sarjana Pengajian Penerbitan, Universiti Malaya, 1999. Azmul Fahimi Kamaruzzaman, dicapai 8 November 2013, http://www.ukm.my/fpi/direktori-jpati.htm. Dictionary. Reference,dicapai 17 Oktober 2013, http://dictionary.reference.com/browse/academics. Eeman Muhammad Abbas dicapai 7 Oktober 2013, https://smk.ukm.my/epenerbitan/cari_advanced.cfm. Eeman Muhammad Abbas, dicapai 9 November 2013, http://www.ukm.my/fpi/direktorijpati.htm. Ermy Azziaty Razali, dicapai 10 November 2013, http://www.ukm.my/fpi/direktorijpatih.tm. Ezad Azraai Jamsari dicapai 7 Oktober 2013, https://smk.ukm.my/epenerbitan/cari_advanced.cfm. Ezad Azraai Jamsari, dicapai 11 November 2013, http://www.ukm.my/ikrab/index. Ezad Azraai Jamsari, dicapai 11 November 2013, https://smk.ukm.my/pakar/search.cfm. Farid Mat Zain, dicapai 11 November 2013, https://smk.ukm.my/pakar/search.cfm. 126

Produktiviti Karya Akademik Jabatan Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Ukm Farid Mat Zain dicapai 7 Oktober 2013, https://smk.ukm.my/epenerbitan/cari_advanced.cfm. Izziah Suryani Arsyad @ Mat Resad, dicapai 13 November 2013 http://www.ukm.my/fpi/direktori-jpati.htm. Kaseh Abu Bakar, dicapai 15 November 2013, http://www.britishcouncil.org/downloadslist-of-presentation-abubakarkaseh.pdf. Maharem Ahmad, dicapai 15 November 2013 http://www.britishcouncil.org/downloadslist-of-presentation-abubakarkaseh.pdf.. Merriam Webmaster, dicapai 17 Oktober 2013, http://www.merriamwebster.com/dictionary/academic. Napisah Karimah Haji Ismail, dicapai 13 November 2013, http://www.ukm.my/fpi/direktori-jpati.htm. Prof Wan Kamal Mujani dicapai 7 Oktober 2013, https://smk.ukm.my/epenerbitan/cari_advanced.cfm. Rabitah Mohamad Ghazali dicapai 7 Oktober 2013, https://smk.ukm.my/epenerbitan/cari_advanced.cfm. Rabitah Mohamad Ghazali, dicapai 14 November 2013 https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=10554. Rodziah Sidek @ Mat Sidik dicapai 7 Oktober 2013, https://smk.ukm.my/epenerbitan/cari_advanced.cfm. Roziah Sidek @ Mat Sidik,dicapai 15 November 2013, https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=950. Salmah Ahmad, dicapai 15 Ogos 2013, https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=950. Suhaila Hj. Zailani@ Zailani @ Ahmad, dicapai 17 Novenber 2013, https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=956. Tengku Ghani Teng Jusoh, dicapai 8 Oktober 2013, https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=950. Wan Kamal Mujani, dicapai 15 November 2013 https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=950. Zamri Ariffin, dicapai 17 November 2013, http://www.ukm.my/ikrab/index. Zulkarnain Mohamed, dicapai 17 November 2013, https://smk.ukm.my/pakar/cvpreview.cfm?id=1997. Laman Web Fakulti Pengajian Islam, Latar Belakang Fakulti Laman sesawang Fakulti Pengajian Islam, dicapai 1 Disember 2013. Azrina Ahzan, Lapan Ipt Terima Swaakreditasi, Berita Harian, 18 Mei 2010. t.tp. Jalan Pulang Bagi Universiti, dalam Berita Harian, 3 Oktober 1985. Noraini Abdul Razak, Utusan Malaysia, 22 Sept. 1987 127