Penilaian Kanun I Esasi 1876 sebagai Sumber Pembentukan Perlembagaan Johor 1895

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Model Warisan Ketatanegaraan Melayu Islam melalui Itqan al-muluk bi Ta dil al-suluk

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Konsep Pelantikan Pemimpin Dari Sudut Perspektif Fiqh Siyasah: Analisis Terhadap Teori- Teori Pemikiran Politik Islam

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Transcription:

ISLAMIYYAT 38(2) 2016: 103-109 (http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2016-3802-02) Penilaian Kanun I Esasi 1876 sebagai Sumber Pembentukan Perlembagaan Johor 1895 The Assessment of Kanun I Esasi 1876 as the Source for the Formation of the Johore Constitution 1895 Hanif Md Lateh @ Junid Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad Ahmad Faathin Mohd Fadzil ABSTRAK Kanun I Esasi 1876 dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan perlembagaan yang telah dihasilkan pada abad ke-19m. Sarjana berpandangan Kerajaan Uthmaniyyah telah memberikan kesan dalam proses pembentukan perlembagaan tersebut. Melalui pandangan tersebut, kajian ini direncanakan melalui pemilihan Kanun I Esasi untuk dinilai dari segi persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua teks. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan komparatif. Data kajian diperoleh daripada simpanan Arkib Negara Malaysia dan koleksi terbitan The American Journal of International Law. Kajian ini mendapati tiada jalinan khusus yang wujud antara Kanun I Esasi dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Oleh yang demikian, ketiadaan jalinan ini diperkukuhkan dengan pemerian berkenaan asas hubungan di antara Johor dan Uthmaniyyah. Kata kunci: Perlembagaan Uthmaniyyah; perlembagaan Johor; sejarah Johor- Uthmaniyyah ABSTRACT The Ottoman law, Kanun I Esasi 1876 and the Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 were written constitutions promulgated in the 19 th Century CE. Scholars are of the view that the Ottoman state had an impact in the process of forming the constitution of the state of Johore. Based on this view, this research is planned by selecting the Ottoman constitution, Kanun I Esasi, to be assessed for similarities and differences between the text of the two said constitutions. This research is a qualitative study which uses a comparative approach. Research data is obtained from the National Archives of Malaysia and publications collection of The American Journal of International Law. This research finds that there was no specific link between the Kanun I Esasi 1876 and the Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Therefore, the finding of absence of any specific link between the two constitutions is reinforced by the description of basic relations between the state of Johore and the Ottoman state. Keywords: Ottoman constitution; Johore constitution; Johore-Ottoman history PENGENALAN Idea kewujudan hubungan antara Tanah Melayu dengan Kerajaan Uthmaniyyah sememangnya tidak dapat dinafikan. Hubungan tersebut berlaku dalam bentuk penganugerahan gelaran sultan oleh Kerajaan Uthmaniyyah kepada penguasa kerajaan di Alam Melayu. Uthmaniyyah pada masa tersebut merupakan antara kuasa besar dunia, ia dapat dilihat apabila Kerajaan Uthmaniyyah memainkan peranannya sekitar abad ke-15m hingga 16M seperti menjaga Islam, wilayah Islam, jalan laut untuk pergi menunaikan haji, menjaga Makkah dan Madinah dan menjaga jalan perdagangan (Auni 2005: 5-6; Nurulwahidah & Ali 2011: 583-595; Nurulwahidah 2013: 9). Namun keadaan Uthmaniyyah sedikit berbeza pada era pemerintahan Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor dari tahun 1862 hingga 1895. Keadaan ini berbeza kerana Uthmaniyyah pada masa tersebut berada dalam keadaan lemah dan dalam proses untuk bangkit melalui proses tanzimat (pembaharuan). Oleh itu, perbezaan hubungan antara zaman di atas perlu dibezakan kerana kedudukan Kerajaan Uthmaniyyah juga berbeza dari segi peranan dan kuasa di peringkat global. Hubungan yang wujud antara kedua-duanya tidak dinafikan, tetapi sejauh mana kesan dan implikasi hubungan tersebut perlu dinilai agar tidak berlaku penilaian yang bias atas faktor terjerat dengan keutuhan Kerajaan Uthmaniyyah pada zaman silam. Walaupun begitu, kenyataan Ahmad Fawzi berkenaan hubungan Johor dan Uthmaniyyah dalam konteks perundangan tidak boleh diabaikan. Beliau menyatakan: Islamiyyat 38(2) Bab 2.indd 103 5/15/2017 3:54:27 PM

104 Islamiyyat 38(2) Kita mungkin tidak dapat menerima rambang saran yang mengatakan perlembagaan atau UTKJ 1895 itu sebagai pembaratan. Ini disebabkan beberapa institusi kerajaan telah pun wujud sebelum tahun 1895 itu. Kita juga harus ingat, selain England, Turki dan Mesir juga mempunyai pengaruh dalam sistem perundangan Johor. Adalah tidak tepat jika kita menyandarkan proses pembaratan berdasarkan cara hidup Abu Bakar yang dikatakan dipengaruhi oleh masyarakat Eropah di Singapura khususnya. Abu Bakar sendiri memerintah Johor selama 33 tahun tetapi jika dijumlahkan kehadirannya dalam negeri hanyalah 16 tahun (Ahmad Fawzi 1999: 386). Melalui kenyataan tersebut, kajian ini telah memilih teks Kanun I Esasi untuk dibuat penilaian melalui tatacara komparatif bagi menilai pengaruh Turki Uthmaniyyah terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) (UTKJ). ASAS HUBUNGAN JOHOR- UTHMANIYYAH Asas perbincangan tentang kewujudan hubungan Johor- Uthmaniyyah pada era Sultan Abu Bakar disepakati oleh kajian lalu. Antara dapatan asas ini ialah melalui penulisan Abd Jalil (2011). Kesepakatan pandangan yang diungkap dalam kalangan sarjana tentang hubungan Johor dengan Uthmaniyyah (1862-1895M) pada dasarnya mencakupi berkenaan lawatan Sultan Abu Bakar, penganugerahan pingat kebesaran Darjah Utama Khalifah Uthmaniyyah dan penganugerahan wanita Turki untuk dikahwini. Ketiga-ini ini merupakan asas yang mengaitkan perhubungan antara Johor dan Uthmaniyyah. Sementara itu, dalam konteks pengaruh dan mempengaruhi antara Kerajaan Johor dan Uthmaniyyah merupakan lanjutan daripada tiga asas yang disebutkan di atas. Berasaskan ketiga-tiga asas tersebut, sarjana membuat konklusi bahawa hubungan antara Johor dan Uthmaniyyah adalah dalam keadaan yang harmoni serta erat. Dalam konteks pengaruh mempengaruhi, Uthmaniyyah mendominasi sebagai sumber rujukan Kerajaan Johor. Oleh itu, dalam konteks ini sarjana telah merumuskan Johor telah mengadaptasi Uthmaniyyah dalam perkara berikut: 1. Bendera. Motif bulan dan bintang pada bendera Uthmaniyyah-Johor-Riau mempunyai persamaan ketara. 2. Perkahwinan. Perkahwinan antara Sultan Abu Bakar dan Khadijah Hanum yang akhirnya menjadi sultanah. 3. Sekolah. Sistem Maktab Othmani dan sekolah agama kerajaan Johor mempunyai persamaan. 4. Undang-undang Mal Islam. Penggunaan Majallah Ahkam Johor yang sebenarnya ialah Majallah al- Ahkam al- Adliyyah yang digunakan di Turki. Perkara ini dibincangkan oleh Abd Jalil (2002) seluasnya. 5. Institusi Kesultanan Johor. Ciri-ciri sepadan dilihat melingkari Johor dan Uthmaniyyah, iaitu perhiasan istana, cara berpakaian dan bintang kebesaran bermotif hampir sama. Bahkan, lebih luas lagi ciri-ciri binaan yang turut mewarisi ciri binaan Uthmaniyyah. Secara amnya, kajian terdahulu telah membuktikan dua perkara penting, iaitu Johor mempunyai hubungan langsung dengan Kerajaan Uthmaniyyah. Kedua, Johor telah mengadaptasi tatacara Uthmaniyyah dalam proses pemodenan kerajaan tersebut. Meskipun demikian, kesepakatan kajian lalu telah berbeza dalam perincian perkara berikut: 1. Jumlah lawatan Sultan Abu Bakar ke Kerajaan Uthmaniyyah tidak dapat dipastikan secara tepat. Menurut perbincangan sarjana, Abd. Jalil (2011: 1-19) menyatakan. telah dilakukan, iaitu pada tahun 1866, tahun 1879 dan tahun 1893. Ermy Azziaty (2010) pula menyatakan lawatan Sultan Abu Bakar ke Istanbul ialah permulaan pada hubungan masyarakat Melayu dengan Turki Uthmaniyyah. Lawatan tersebut berlaku pada tahun 1879 dan 1893. Seterusnya, melalui rekodrekod lain menemui bahawa paling disepakati ialah Sultan Abu Bakar berada di Istanbul pada tahun 1893 dan membawa pulang anugerah dari Kerajaan Uthmaniyyah, iaitu pingat kebesaran dan wanita dari Turki untuk dikahwini. Fakta yang pasti ialah Sultan Abu Bakar pernah melawat Uthmaniyyah dan bertemu Sultan Abd al- Hamid II. 2. Terdapat perbezaan pendapat tentang kebenaran penggunaan gelaran sultan oleh Sultan Abu Bakar. Pandangan Abd Jalil (2011), penggunaan gelaran sultan di Johor oleh Abu Bakar ialah kerana anugerah dari Uthmaniyyah. Pandangan ini berpaksikan hujah bahawa selepas menerima anugerah gelaran tersebut, rombongan ke Riau telah dihantar bagi mendapatkan nasihat Raja Ali Haji tentang penggunaan gelaran tersebut. Tetapi saranan ini menentang arus majoriti yang bersetuju Abu Bakar telah bercita-cita menggunakan gelaran sultan semenjak awal lagi. Namun, penggunaan secara rasmi ialah atas persetujuan British. Suara majoriti lebih mudah untuk diserap dan diterima secara ilmiah kerana proses pertukaran gelaran itu berasaskan justifikasi perjanjian antara British dengan Johor pada tahun 1885. Perubahan gelaran daripada Islamiyyat 38(2) Bab 2.indd 104 5/15/2017 3:54:27 PM

Penilaian Kanun I Esasi 1876 sebagai Sumber Pembentukan Perlembagaan Johor 1895 105 Temenggung kepada Maharaja dan juga Sultan amat berkait rapat dengan pihak British. Kupasan dan ulasan di atas sekadar perbincangan asas bagi membolehkan satu jalinan hubungan dapat dilihat wujud antara Johor dan Uthmaniyyah. Bagaimanapun, dalam sekian saranan tentang pengaruh dalam hubungan kedua kerajaan tersebut, tiada satu saranan dibuat sarjana tentang UTKJ disandarkan secara langsung kepada perlembagaan Kerajaan Uthmaniyyah. Pandangan senada oleh Matlob dan Zam (2002) pula menyatakan, Perlembagaan ini berasaskan sistem pemerintahan warisan atau bentuk tradisi dicampur dengan unsur Inggeris, Turki dan Mesir. Drafnya telah dibuat dalam Bahasa Melayu dan bertulisan Jawi, kemudian diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Melalui kenyataan dua sarjana terdahulu yang telah dipetik pengkaji, dapatlah disimpulkan bahawa sarjana telah menyatakan hubung kait antara UTKJ dengan Kerajaan Uthmaniyyah. Oleh itu, Kanun I Esasi sebagai satu daripada sumber ketatanegaraan Kerajaan Uthmaniyyah wajar diberi pertimbangan untuk diteliti kaitannya dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. PENGENALAN KANUN I ESASI DAN UTKJ Perlembagaan Uthmaniyyah yang digelar Kanun I Esasi (Kanun-u Esasi) diisytiharkan pada 23 Disember 1876. Walaupun begitu, perlembagaan ini telah dibatalkan pada tahun 1878 (Kayali 1995: 265). Teks Kanun I Esasi yang digunakan dalam kajian ini merupakan edisi terjemahan bahasa Inggeris yang dimuat turun dari jstor.org. (The Ottoman Constitution 1908). Nota kaki terjemahan dokumen pada halaman pertama mencatatkan, Translation inclosed in dispatch No 113, dated December 26, 1876, MS. Records, Department of State. Kanun I Esasi diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Abd al-hamid II yang telah dirangka oleh satu jawatankuasa seramai 28 orang dan diketuai oleh Midhat Pasha (Ozbudun 2011: 20). Perlembagaan yang dirangka buat kali pertama dalam sejarah Uthmaniyyah ini memuatkan 119 fasal melalui 12 bahagian. Pembahagian bahagian dan fasal tersebut boleh diringkaskan seperti berikut: 1. The Ottoman Empire (1-7). 2. The Public of the Ottoman (8-26). 3. The Ministers (27-38). 4. Public Functionaries (39-41). 5. General Assembly (42-59). 6. The Senate (60-64). 7. The Chamber of Deputies (65-80). 8. The Power of Judiciary (81-91). 9. The High Court (92-95). 10. Finances (96-107). 11. The Provincial Administration (108-112). 12. Divers Dispositions (113-119). Selanjutnya, UTKJ pula dimasyhurkan pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895M), iaitu pada 4 April 1895 (Winstedt 1992: 98; Hanif et al. 2014: 60). Semua rujukan terhadap perlembagaan Johor adalah merujuk pada salinan naskah UTKJ daripada Arkib Negara Malaysia. UTKJ 1895 dimulakan dengan mukadimah ringkas atau disebut sebagai seru bukaan. Seru bukaan oleh al-wathiq bi Allah Abu Bakar bagi kerajaan dan jajahan Johor dan segala daerah takluknya ialah seperti berikut: Bahawa adalah kita dengan hak-hak dan kuat kuasa kerajaan kita dan kelebihan kita menjadi raja yang memerintah dan memiliki kerajaan Johor ini dan segala daerah takluknya serta pula dengan syor persekutuan dan persetujuan sekalian ahli-ahli jemaah menteri dan mesyuarat kerajaan kita dan lain-lain orangorang besar dan ketua-ketua negeri telah menimbang memikir dan mengatakan patut harus serta munasabah dengan masa dan zaman ini akan kita dengan nama dan bagi dan kerana pihak diri kita dan bagi dan kerana pihak waris-waris ganti-ganti kita raja-raja yang memerintah atau sultan-sultan Johor membuat menjadi mengada dan mendirikan dan mengurnia memberi menganugerah dan menghadiahkan kepada dan bagi dan kerana pergunaan kerajaan rakyat dan isi negeri kita suatu undangundang dan peraturan bagi memerintah dan mentadbirkan kerajaan yang dinamakan Undang-undang Tubuh Kerajaan iaitu yang akan berkekalan dan berpanjangan turun temurun menjadi dan bersifat undang-undang bagi kerajaan negeri dan rakyat kita menjadi suatu pusaka yang tiada boleh diubah dipinda ditukar diorak dipecah atau dengan sebarang jalan atau rupa perbuatan dibuka semula atau dibinasakan adanya (UTKJ 2009). Perlembagaan ini kemudiannya diikuti dengan bahagian makna-makna perkataan. Pada Bahagian Makna-makna Bagi Perkataan, terkandung tujuh perkataan utama yang dipakai dalam UTKJ, iaitu takrifan kepada perkataan raja, waris, waris yang kedua, waris yang lapan, menteri-menteri, ketuaketua dan jemaah pangkuan negeri. Selanjutnya, ia diikuti lima bahagian yang mengandungi 64 fasal dan berikut ialah pecahan bahagian tersebut: 1. Doksologi, Pengenalan, Seru Bukaan, Kenyataan (dua kenyataan), Titah. 2. Makna-makna perkataan (tujuh perkataan). 3. Undang-undang (1). 4. Raja dan Kerajaan (2-27). 5. Jemaah Menteri (28-44). Islamiyyat 38(2) Bab 2.indd 105 5/15/2017 3:54:28 PM

106 Islamiyyat 38(2) 6. Mesyuarat Kerajaan (45-56). 7. Berbagai-bagai ingatan (57-64). 8. Penutup dan perakuan (Hanif et al. 2009: 222). KOMPARATIF KANUN I ESASI 1876 DAN UTKJ 1895 Melalui tinjauan literatur, kajian ini dapat memastikan komparatif antara kedua-dua perlembagaan tersebut merupakan satu daripada ruang untuk kajian lanjutan. Pengisian ruang ini dapat menambah baik kajian dalam rangka hubungan Johor dengan Uthmaniyyah berdasarkan sudut perundangan. Oleh itu, kajian ini merintis komparatif antara Kanun I Esasi dan UTKJ yang memberi fokus pada persamaan dan perbezaan kedua-dua teks. Persamaan membincangkan isi dan kandungan yang dimasukkan dalam teks atas matlamat yang sama. Perbezaan pula merujuk pada struktur teks yang sama, tetapi berlainan matlamat. Perbincangan ditelusuri melalui bahagian demi bahagian menurut teks Kanun I Esasi. Kajian ini juga sekali gus mengabaikan mana-mana bahagian atau fasal yang tiada ciri sepadan. Kajian ini turut hanya meliputi isi kandungan teks sahaja tanpa melibatkan asas pembentukan, falsafah dan konsep kedua-dua teks. Persamaan dan perbezaan Kanun I Esasi dan UTKJ ialah sebagaimana kupasan dan perbahasan di bawah. BAHAGIAN A (THE OTTOMAN EMPIRE) Skop perbincangan tentang raja dan kerajaan tidak dibincangkan secara mendalam dalam Kanun I Esasi, sebaliknya, menjadi keutamaan dalam UTKJ. Perkara ini dapat diperhatikan dalam fasal 1-7 Kanun I Esasi dan fasal 2-27 UTKJ. Faktor yang memangkin kelonggaran tersebut dalam Kanun I Esasi dan kejituan dalam UTKJ ialah tempoh kewujudan Kerajaan Uthmaniyyah pada masa ini telah wujud lebih dari 300 tahun, sebaliknya Johor di bawah kekuasaan Temenggung-Maharaja-Sultan hanya bermula sekitar 40 tahun sebelum UTKJ digubal. Atas sebab kukuhnya sistem pewarisan yang telah diguna pakai sekian lama dalam Kerajaan Uthmaniyyah, memasukkan hal-hal tersebut bukan lagi menjadi keutamaan. Sistem tersebut bukan sahaja difahami, ia dituruti dan praktikal selama beratus tahun tanpa terdapat sistem bertulis yang mengikatnya. Di sisi Johor, kerajaan ini ditubuhkan atas dasar peralihan kuasa bermula Johor-Riau dan sultan dari Riau setelah Johor dan Riau dipisahkan. Legasi kuasa berubah dari Sultan kepada keluarga Temenggung. Oleh itu, ia menjadi satu hal yang sangat utama untuk meletakkannya dalam teks UTKJ. Dalam fasal-fasal tertentu disebut tentang skop raja dan kerajaan, tetapi tidak terperinci seumpama UTKJ. Kanun I Esasi dalam fasal 3 menyatakan, belongs to the eldest of the princes of the dynasty of Osman. Fasal ini hampir dengan UTKJ dalam erti menetapkan jurai keturunan yang sepatutnya mewarisi takhta. Akan tetapi, UTKJ tidak menetapkan eldest dalam kandungannya melainkan waris tersebut hanyalah diterangkan sebagai bakal ganti raja. Seterusnya fasal 7 Kanun I Esasi merekodkan: His majesty the sultan counts among the number of his sovereign rights the following prerogatives: He names and revokes the Ministers; he confers grades functions and the insignia of his orders; gives investiture to the chief of the privileged provinces in the forms determined by the privileges granted to them; he coins money; his name is pronounced in the mosque during the public prayers; he concludes the treaties with the powers; he declares war; he make peace; he commands the armies by sea and land; he orders military movements; he causes to be executed the dispositions of the Sheri (sacred law) and the laws; he makes the regulations for public administration; he remits or commute penalties imposed by the criminal tribunals; he convokes or prorogues the general assembly and he dissolves, if he deem necessary, the chamber of deputies on condition of proceeding to the reelection of the deputies (The Ottoman Constitution 1908). Wujud persamaan dan perbezaan tertentu dalam fasal yang disebutkan di atas. Pertama, pada kuasa mutlak melantik dan memecat menteri. Konteks UTKJ, raja tidak berkuasa mutlak melainkan pada perlantikan Menteri Besar sahaja. Dinyatakan dalam fasal 34 UTKJ, memilih akan Menteri Besar itu semata-mata hak bagi Raja. Lantikan menteri pula berasaskan pencalonan sama ada daripada kalangan menteri sedia ada atau dari raja. Sehinggakan jika berlaku pertentangan antara calon, UTKJ menetapkan ia diselesaikan atas budi bicara Raja tetapi masih lagi dengan syor Menteri Besar dan Naibnya. Hal ini boleh dirujuk dalam UTKJ fasal 28, 32-34. Ruang kuasa yang sama turut diperuntukkan dalam UTKJ bagi hal memecat Menteri. Fasal 40 menyatakan, Adalah hak dan kuat kuasa bagi raja boleh melepas dan mengeluarkan seseorang Menteri daripada jawatannya. Kedua, hak mutlak raja untuk memanggil sidang dewan atas keperluan. Hal yang sama diperuntukkan bagi raja dalam teks UTKJ. Hal ini boleh dirujuk dalam UTKJ fasal 43. Islamiyyat 38(2) Bab 2.indd 106 5/15/2017 3:54:28 PM

Penilaian Kanun I Esasi 1876 sebagai Sumber Pembentukan Perlembagaan Johor 1895 107 BAHAGIAN B (THE PUBLIC LAW OF THE OTTOMANS) 19 fasal yang digabung menjadi satu dalam bahagian ini tiada ciri-ciri sepadan dengan teks UTKJ melainkan pada fasal 11 yang menyatakan: Islamism is the religion of the State. While maintaining this principle the state protects the free exercise of all the religions recognized in the Empire and accords the religious privileges granted to the different communities on condition that no offence is committed against public order or good morals. UTKJ dalam konteks ini melahirkan maksud senada dengan teks di atas. UTKJ fasal 57 menjelaskan: Adalah yang dikatakan igama Islam bagi jajahan dan kerajaan Johor ini iaitu igama Islam maka yang demikian hendaklah igama Islam itu berpanjangan dan berkekalan selama-lamanya menjadi dan diaku dan disebut igama negeri yakni tiadalah sekali-kali boleh sebarang igama lain dijadikan atau disebut igama negeri sungguhpun segala igama lain ada dibenarkan dan sentiasa termaklum patut dibenarkan dengan aman dan sempurna boleh diperigamakan dalam segala dan segenap daerah takluk kerajaan Johor oleh orang-orang yang berigama akan dia. Perkara yang cuba dipaparkan kajian ini ialah semata-mata mirip antara kedua teks dan bukannya untuk menunjukkan keduanya mempengaruhi antara satu sama lain. Prinsip kebebasan beragama telah lama wujud. Sejarah Islam merekodkan, Piagam Madinah telah menukilkan prinsip kebebesan beragama. BAHAGIAN C (THE MINISTERS) Kanun I Esasi membincangkan the Ministers dalam jumlah 12 fasal. UTKJ pula menetapkan Jemaah Menteri dalam jumlah 17 fasal. Penerokaan bermula pada fasal 28 yang menyatakan: The council of Ministers is assembled under the presidency of the Grand Vizier. The powers of the Council of the Ministers comprise all important affairs of the State whether internal or external. Those of its deliberations which have to be submitted to the sanction of His Majesty the Sultan are rendered executory by an Imperial Irade. Melalui fasal yang dinyatakan di atas, The powers of the Council of the Ministers dinyatakan dalam UTKJ pada fasal 42, iaitu Pekerjaan-pekerjaan Jemaah Menteri. Kedua-dua teks didapati meletakkan tafsiran yang sama, iaitu skop merangkumi hal kerajaan. UTKJ menyatakan, kaedahnya menjadi penolongpenolong dan timbalan-timbalan yang khas kepada raja. Prinsipnya sama, keperluan negeri dan rakyat adalah apa yang patut difikirkan oleh sekalian menteri. Kemudian segala pertimbangan tersebut ditimbangkan oleh Raja. UTKJ menekankan dalam fasal yang sama, iaitu harus wajib dan berbahagia bagi Raja mengambil syor fikiran dan ikhtiar dari Jemaah Menteri. Perbezaan yang wujud dalam fasal 28 Kanun I Esasi dan UTKJ ialah kaedah persidangan yang diketuai Grand Vizier, sebaliknya UTKJ tidak menentukan mesti diketuai Menteri Besar. Ini melainkan ia menyatakan lima orang ahli Jemaah Menteri sudah cukup bagi mengadakan persidangan atau tiga ahli sahaja sekiranya persidangan tersebut diketuai Raja. Bagi fasal 29 Kanun I Esasi pula, secara amnya ia merujuk pada bidang kuasa dibatasi oleh portfolio yang dijaga oleh menteri tersebut. Pertindihan bidang kuasa dirujuk pada Grand Vizier. Nada serupa berlainan matlamat direkodkan dalam UTKJ, dinyatakan dalam fasal 40, tiap-tiap Menteri itu keadaanya memikul tanggungan-tanggungan baik jahat jawatannya ia sendiri jua. Perbezaan di sini ialah matlamat, dimaksudkan dalam Kanun I Esasi sebagai batasan bidang kuasa portfolio dan kaedah penyelesaian sekiranya berlaku pertembungan atau pertindihan bidang kuasa antara kementerian atau portfolio dipertanggungjawabkan. Sebaliknya, UTKJ menekankan konsep shura. Sekiranya berlaku permasalahan yang berat, dan memerlukan pada buah fikiran menteri daripada portfolio lain. Fasal ini dalam UTKJ boleh disamakan dengan Fasal 30 Kanun I Esasi yang menekankan etika tanggungjawab pada portfolio yang dipertangungjawab tersebut. BAHAGIAN E (GENERAL ASSEMBLY) Kanun I Esasi fasal 46 membicarakan tentang angkat sumpah para ahli dewan persidangan. Proses angkat sumpah dijalankan semasa pembukaan penggal persidangan. Angkat sumpah bermatlamat untuk mengakui sumpah setia seperti yang dimuatkan dalam frasa, oath of fidelity to His Majesty the Sultan and to the country to perform the duty to abstain from every act contrary to duty. Skop angkat sumpah dalam UTKJ yang senada adalah bersetia dengan Raja dan kerajaan. Tujuan lain sumpah tersebut adalah untuk mengaku dengan sumpah bahawa mereka ialah Melayu, rakyat Johor dan agama Islam. Selain itu, kaedah mengangkat sumpah tidak diterangkan, sama ada ia dilakukan dalam dewan atau sebaliknya, melainkan dinyatakan, mengangkat sumpah dan sumpah itu disahkan dengan tanda tangannya dalam sebuah kitab yang Islamiyyat 38(2) Bab 2.indd 107 5/15/2017 3:54:28 PM

108 Islamiyyat 38(2) ditentukan bagi itu dihadapan dua orang saksi-saksi daripada pegawai-pegawai kerajaan. Dari sini, wujud persamaan dalam aspek kesetiaan pada Raja dan kerajaan. BAHAGIAN G (THE CHAMBER OF DEPUTIES) The Chamber of Deputies dalam keadaan Malaysia hari ini boleh diumpama seperti Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen. Dalam merujuk pada struktur pentadbiran seperti yang diserap dalam UTKJ, ia hampir boleh dikenali sebagai ahli mesyuarat kerajaan. Dalam fasal 45, disebut adapun timbalan yang am kepada kerajaan iaitu mesyuarat kerajaan. Lantikan ahli mesyuarat kerajaan datangnya dari Raja dan Menteri, perhatikan UTKJ fasal 45 dan 46. Sebaliknya, The Chamber of Deputies dipilih melalui undian awam. Fasal 65-67 menerangkan perkara yang bersangkut dengan kaedah memilih tersebut. Kriteria lantikan Deputies antara yang utama iaitu calon mestilah warganegara Uthmaniyyah, boleh berbahasa Turki dan berusia lebih 30 tahun. Syarat-syarat ini boleh dirujuk dalam fasal 68 Kanun I Esasi. Sebaliknya, terdapat persamaan pada pra syarat ahli mesyuarat kerajaan dalam catatan UTKJ, iaitu mesti terdiri daripada rakyat Johor. Selanjutnya tentang skop tugas. Kanun I Esasi merekodkan dalam fasal 80, iaitu: The Chamber of Deputies shall discuss the drafts of law which shall be submitted to it. It shall adopt, amend or reject the dispositions concerning finances or the Constitutions. It shall examine in detail the general expenses of the State comprised in the Budget and may in conjuction with the Minister fix the total thereof. It shall determine equally by agreement with the Ministers, the nature, the total and the method of the assessment and realization of the receipts destined to cover the expenses. Melalui fasal yang dinyatakan di atas, secara tepat satu daripada deskripsi tugas tersebut sepadan dengan tugas mesyuarat kerajaan. UTKJ, fasal 49 merekodkan, seperti membuat dan menjadikan membetul dan menambah atau meminda akan undang-undang dan aturan daripada segala jenis dan rupa melainkan undang-undang igama dan hukum syarak. Walaupun dalam Kanun I Esasi dihadkan hanya pada finances dan constitutions dan UTKJ lebih meluas, tetapi ciri sepadannya ialah mempunyai peranan dalam proses penggubalan dan pindaan undang-undang. Sebagai kesimpulan, terdapat persamaan ketara dalam kedua-dua teks, namun jurang perbezaan adalah lebih luas. Bagaimanapun, ciri-ciri sepadan dan tidak sepadan antara kedua-duanya ialah satu kebetulan atau sememangnya mempengaruhi atau mungkin ia merupakan saduran daripada sumber yang sama. Persoalan-persoalan dapat dijawab melalui kajian yang membincangkan struktur dan konsep melalui perbandingan kedua-dua teks. KESIMPULAN Asas yang menonjolkan aspek wujud hubungan antara Uthmaniyyah dan Johor tidak boleh dinafikan oleh mana-mana sarjana. Bahkan, terdapat sejumlah perkara penting yang telah diadaptasi oleh Kerajaan Johor daripada Kerajaan Uthmaniyyah. Kajian ini yang memberi fokus pada Kanun I Esasi dan UTKJ 1895 dari sudut komparatif telah mendapati persamaan dan perbezaan secara jelas di antara kedua-dua teks. Bagaimanapun, persamaan yang didapati tersebut tidak menjadikan ia sebagai hujah terhadap hubungan mahupun pengadaptasian perlembagan oleh Kerajaan Johor daripada Kerajaan Uthmaniyyah. Sebaliknya, persamaan tersebut berlaku kerana prinsip dan asas yang sama telah menjadi nilai dalam pembentukan kedua-dua perlembagaan tersebut. Kedua-dua latar kepada prinsip dan asas merupakan faktor berlakunya persamaan tersebut. Persamaan ini dilatari prinsip asas ketatanegaraan semasa dan juga warisan sistem politik Islam. Kesimpulannya, kajian ini mendapati tiada keselarian antara kedua-dua perlembagaan tersebut jika dilihat dari sudut komparatif. Tambahan pula, tiada jalinan pengaruh antara satu sama lain yang dapat dibuktikan dengan bergantung pada komparatif perlembagaan tersebut. Hal ini dapat pula disokong dengan dua justifikasi, iaitu Kanun I Esasi telah dibatalkan pada 1878 dan digubal semula pada 1908 (Kayali 1995: 265). Kedua, tiada rekod yang menyokong Uthmaniyyah menurunkan legasi perlembagaan tersebut kepada Johor. Berikutan dengan itu, tiada dapatan signifikan untuk mengaitkan kewujudan Kanun I Esasi 1876 serta terhasil dominasi terhadap penggubalan UTKJ 1895 jika dipandu pada kajian komparatif antara keduadua perlembagaan ini. RUJUKAN Abd Jalil Borham. 2011. Pengaruh Khilafah Othmaniyyah Turki dalam pentadbiran kerajaan Johor bagi memartabatkan sebuah negara Islam merdeka di Asia Tenggara. Prosiding Simposium Isu-isu Sejarah dan Tamadun Islam 2011, hlm. 1-19. Islamiyyat 38(2) Bab 2.indd 108 5/15/2017 3:54:28 PM

Penilaian Kanun I Esasi 1876 sebagai Sumber Pembentukan Perlembagaan Johor 1895 109 Abd Jalil Borham. 2002. Majalah Ahkam Johor: Latar Belakang, Pelaksanaan dan Komentar. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad Fawzi Mohd Basri. 1999. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1895: Suatu pemerhatian terhadap aspek ketatanegaraan dan persuratan. Dlm. Warisan Persuratan Johor II, disunting oleh Zainal Abidin Borhan, Othman Puteh, Hamzah Hamdani & Saleh Daud, 383-410. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Auni Abdullah. 2005. Tradisi Pemerintahan Islam & Kolonialisme dalam Sejarah Alam Melayu. Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd. Ermy Azziaty Rozali. 2010. Turki Uthmaniyyah: Persepsi dan pengaruh dalam masyarakat Melayu, 1876-1942. Tesis Doktor Falsafah. Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera, Universiti Malaya. Hanif Md Lateh @ Junid, Napisah Karimah Islam, Noorsafuan Che Noh, Abdul Qayyum Abdul Razak, Siti Noorasikin Tumiran & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. 2009. Pengaruh Arab-Islam dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Proceedings of Malaysia Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, hlm. 221-234. Hanif Md Lateh, Izziah Suryani Arshad @ Mat Resad & Ahmad Saiful Abdul Manaf. 2014. Peranan Undangundang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) terhadap sosio-politik kerajaan Johor. al-sirat Jun(14): 60-67. Kayali, Hasan. 1995. Elections and electoral process in the Ottoman Empire 1876-1919. International Journal of Middle East Study 27(3): 265-286. Matlob & Zam Ismail. 2002. Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Nurulwahidah Fauzi & Ali Mohamed. 2011. Peranan Arab Hadrami dalam mempengaruhi politik istana kerajaan Johor dengan kesultanan Turki Uthmaniyyah pada awal abad ke-20m. Prosiding Simposium Isu-isu Sejarah dan Tamadun Islam 2011, hlm. 583-595. Nurulwahidah Fauzi. 2013. Role of Hadhrami Arab in political influence of the Johore Sultanate in the early 20 th the century A.D. International Journal of West Asian Studies 4(2): 1-21. Ozbudun, E. 2011. Constitutional law. Dlm. Introduction to Turkish Law, disunting oleh Ansay, T. & Wallace, D., 19-50. Netherlands: Kluwer Law International. The Ottoman Constitution. 2015. http://www.jstor.org [10 Jun]. The Ottoman Constitution, Promulgated the 7 th Zilbridje, 1293 (11/23 December, 1876). 1908. The American Journal of International Law 2(4): 367-387. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895). 2009. Arkib Negara Malaysia, 10 November. Winstedt, R. O. 1992. A History of Johore (1365-1895). Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Hanif Md Lateh @ Junid Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah dan Peradaban Islam Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak 21300 Kuala Nerus Terengganu Darul Iman MALAYSIA hanifjunid@unisza.edu.my Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan MALAYSIA izziah@ukm.edu.my Ahmad Faathin Mohd Fadzil Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan MALAYSIA afaathinmf@gmail.com Islamiyyat 38(2) Bab 2.indd 109 5/15/2017 3:54:29 PM

Islamiyyat 38(2) Bab 2.indd 110 5/15/2017 3:54:29 PM