BAB 2 TEORI ASAL-USUL AGAMA

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

TOPIK 1 MANUSIA DAN AGAMA

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Kesan Semantik Tafsiran Perkataan Islam daripada Perspektif Muhammad Asad ke Atas Konsep Muslim

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

ANALISIS TEORI PARADIGMA (PARADIGM THEORY) HANS KÜNG DALAM KAJIAN AGAMA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Ulasan Buku / Book Review

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Alpha and Omega Apostasy in the writings of Ellen G. White. Pdt Donny Chrissutianto, PhD

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Implikasi Tafsiran Muhammad Asad bagi Perkataan Islam terhadap Pegangan Ahl al-sunnah wa al-jamaah

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Terdapat tanda-tanda jelas bahawa kitab Islam, al-quran, adalah kalam Tuhan dan kita mempunyai banyak sebab untuk menyokong tuntutan ini:

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Persepsi Wanita Buddha dan Wanita Muslim terhadap Dialog Agama: Kajian di Kuala Lumpur

Allah. Begitupun, proses kejadian 'Isa sentiasa dikaitkan sebagai kejadian yang

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

Bab 6. Wasatiyyah Ialah Keseimbangan Dalam Beragama Bukan Kesederhanaan

Sufisme (Sufism) dan Ahli Sufi (The Sufis) Menurut Inayat Khan ( )

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Transcription:

BAB 2 TEORI ASAL-USUL AGAMA Hasil Pembelajaran Di akhir topik ini, pelajar akan dapat; (1) menjelaskan teori-teori asal usul agama dari pelbagai perspektif para pengkaji (C2 : PLO1) (2) menghuraikan pembahagian agama dan serta membuat perbandingan antara agama samawi dengan agama budaya (P2 : PLO3) (3) mematuhi nilai murni yang bersesuaian dengan kefahaman terhadap konsep keagamaan dalam penglibatan dan pelaksanaan tugasan yang diberi. (A2 : PLO8) Pendahuluan Usaha menjawab persoalan tentang kewujudan agama khususnya berkaitan pengertian dan maknanya kepada kehidupan manusia serta asal-usul kelahirannya telah lama dibincang dalam kalangan para pengkaji, saintis dan ahli-ahli agama. Di sebalik jawapan yang dikemukakan oleh setiap ajaran agama, masih terdapat pengkaji dan saintis yang merasakan bahawa mereka perlu mencari jawapan yang lebih meyakinkan dan tidak memihak kepada mana-mana ajaran agama. Perbincangan dalam bab ini akan difokuskan untuk mengetahui dan memahami perbezaan pendapat para pengkaji dan ahli agama terhadap maksud agama dan asal-usulnya serta pembahagiannya. Konsep Agama Para sarjana telah memberi beberapa maksud yang berbeza terhadap agama, antaranya: i. J.M. Yinger (1971:7)

Suatu sistem kepercayaan yang dipegang dan amalan yang dilaksanakan oleh satu kumpulan manusia bagi mengatasi berbagai-bagai masalah dalam kehidupan manusia. ii. Glock dan Stark (1966: 4-5) Agama. Terdiri daripada suatu sistem berinstitusi simbol, kepercayaan, nilai dan amalan yang difokuskan terhadap soal-soal pengertian agama iaitu pengertian mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan tujuan kewujudan dan sikap terhadap dunia. iii. Collins (1975: 418) Agama adalah kepercayaan dan kewujudan supernatural beings dan amalan yang diasosiasikan dengannya. iv. Edward Norbeck (1965: 213) Agama adalah idea dan tingkah laku yang diasosiasikan dengan kepercayaan terhadap kuasa-kuasa dan entiti-entiti yang tidak dapat dijelaskan dan diterangkan dalam istilah-istilah biasa yang mengawal alam dan urusan-urusan manusia. v. Johnstones (1975: 20) Agama adalah satu sistem kepercayaan dan amalan yang dijadikan asas oleh satu kumpulan manusia dalam memberikan interpretasi dan tindak balas terhadap sesuatu yang mereka rasa sebagai supernatural dan kudus. Daripada pengertian agama dari pendapat para sarjana, dapatlah difahami bahawa agama adalah satu unsur yang komprehensif dalam kehidupan manusia yang melingkungi cara kehidupan dan keadaan kehidupan manusia. Dapat juga difahami bahawa agama adalah unsur paling penting dalam kehidupan manusia sejak dahulu kala lagi. la adalah pelengkap utama kehidupan yang berperanan antara lain menjawab

pelbagai persoalan kehidupan dan kematian manusia. Agama juga dianggap sebagai berperanan memberi kelegaan bagi setiap persoalan yang tiada penghujungnya khususnya jika hanya berdasarkan pandangan akal manusia yang terhad ini. Unsur-unsur Agama Suatu benda biasanya mempunyai berbagai unsur di dalamnya. Begitu juga agama, ia mengandungi unsur-unsur penting seperti; i. Kepercayaan dan kewujudan supernatural beings yang mengawal alam dan urusan manusia. ii. Amalan-amalan yang diarahkan kepada supernatural beings itu sama ada berupa individu atau masyarakat. iii. Simbol-simbol dan nilai-nilai yang digunakan, dipakai dan diikuti dengan kedua-dua unsur di atas. iv. Perhubungan sosial yang dihubungkan dengan tiga unsur di atas. Dengan mempunyai keempat-empat unsur itu, ahli sains sosial yang tersebut dapat menerimanya sebagai agama tanpa mengira benar salahnya, ciptaan manusia atau ciptaan Allah atau agama budaya dan agama samawi. Agama dengan pengertian sedemikianlah yang dianggap universal wujudnya di dunia dari semasa ke semasa. Manusia tidak dapat lari daripada menerima unsur-unsur agama dalam hidup mereka. Kalau adapun manusia yang tidak mahu mengakui menganuti agama, bilangan mereka adalah lebih kecil berbanding dengan penganutpenganut agama.

Teori Asal Usul Agama Terdapat beberapa teori tentang asal usul agama yang diutarakan oleh para sarjana daripada berbagai-bagai bidang. Sememangnya tidak banyak titik persamaan yang dapat dilihat di dalam teori-teori mereka kerana secara dasarnya mereka menggunakan pendekatan yang berbeza dalam usaha menjelaskan asal usul kewujudan agama. Untuk melihat kepelbagaian teori asal usul agama ini, beberapa teori utama telah dipilih iaitu yang meliputi teori falsafah, antropologi, sosiologi, psikologi dan agama itu sendiri. Pada pandangan ahli falsafah khususnya di zaman kegemilangan Greek, agama adalah berasal daripada aktiviti pemikiran manusia atau dengan kata lain pemikiran manusialah yang berperanan besar melahirkan agama yang mereka anuti. Oleh itu agama hendaklah bersandarkan kepada akal kerana ia berasal daripada aktiviti rasional akal. Agama yang tidak bersandar akal dianggap sebagai kepercayaan karut, "religion (without reason) is a superstitious structure of incoherent metaphysical notions" Oleh itu agama bagi Plato, "...is above all based upon rational convictions, on intellectual beliefs, on truths' (Charlesworth, 1972). Bagi menjelaskan peranan falsafah dan aktiviti taakulan sebagai punca melahirkan agama maka bidang falsafah itu sendiri membuka satu ruang untuk manusia menggunakan akal bagi memikir dan membincangkan perkaraperkara metafizik. Metafizik itu sendiri adalah satu daripada cabang utama falsafah yang terkandung di dalamnya pengkajian tentang "falsafah agama'' atau *'the philosophy of religion Bidang antropologi yang mengkaji manusia dan kebudayaan mereka adalah di antara bidang pengkajian ilmu yang banyak melahirkan teori-teori tentang asal-usul agama. Di antaranya teori yang disebut sebagai animism, ghost, totemism dan mana atau pre-animism. Teori animism atau animisme mengaitkan kepercayaan manusia tentang "soul atau semangat yang terdapat pada diri orang yang telah mati. Teori ini dipopularkan oleh seorang ahli antropologi British Sir Edward Burnett Tylor (1871-1958). Menurut beliau agama lahir kerana manusia cuba untuk memahami situasi dan peristiwa yang tidak boleh mereka perjelaskan berdasarkan pengalaman kehidupan seharian mereka. Tylor percaya bahawa datuk nenek moyang kita dahulu sangat

berminat dengan persoalan yang berkaitan dengan kematian, mimpi dan khayalan. Ketika bermimpi dan berkhayal manusia mengalami satu bentuk kehidupan alam lain. Ketika jaga mereka akan kembali mengingat imej-imej yang ditemui di dalam mimpi dan khayalan mereka. Tylor menyimpulkan bahawa percubaan manusia untuk menjelaskan pengalaman di dalam mimpi dan khayalan mereka membawa kepada kepercayaan terhadap dua unsur yang wujud dalam diri manusia iaitu satunya aktif ketika jaga dan satu lagi aktif ketika tidur dan khayalan. Sekalipun kedua-dua unsur ini tidak pernah bersatu, kedua-duanya adalah saling perlu memerlukan diantara satu sama lain. Apabila kedua-duanya keluar daripada tubuh badan manusia, maka manusia pun mati. Oleh itu mati dianggap sebagai keluarnya roh daripada tubuh badan. Roh dalam bahasa Latinnya anima, maka Tylor menyebut kepercayaan terhadapnya sebagai animism atau animisme (Kottak, 1994). Teori Ghost yang dipopularkan oleh Herbert Spencer pula menjelaskan bahavva agama lahir hasil pemujaan terhadap orang-orang terdahulu yang telah mati dan muncul sebagai "ghost" atau hantu. Menurut Spencer, "Death is firstly seen as a temporary absence of the ghost from the body and reanimation the belief in the return of the ghost to the deceased body is one of the earliest forms of religion" (Annemarie Schimmel, 1968). Iaitu mati pada asalnya dianggap sebagai satu keadaan di mana keluar buat sementara waktu hantu daripada tubuh badan. Manakala keyakinan bahawa hantu tersebut kembali ke dalam tubuh menjadi salah satu sebab terawal kepada kewujudan kepercayaan beragama bagi manusia dahulu kala. Teori totemism pula menjelaskan bahawa situasi di mana satu spesies binatang, tumbuhan atau objek beku dijadikan satu rakan berhubungan dengan sesuatu kumpulan masyarakat. Biasanya spesies ini dianggap asal usul keturunan kumpulan masyarakat tersebut. Totemism dirujuk sebagai asal-usul kepada agama bagi orangorang asli di Australia. Totem boleh terdiri daripada binatang, tumbuhan atau bendabenda sekeliling seperti gunung, bukit-bukau dan sebagainya. Bagi setiap puak atau kumpulan manusia asli ini terdapat satu totem yang khas. Ahli puak tersebut percaya bahawa setiap daripada mereka adalah berasal daripada totem tersebut. Mereka akan melakukan sembahan atau ritual bagi menghormati totem tersebut dan kebiasaannya

mereka tidak akan memakan mana-mana binatang yang mereka anggap totem mereka (Kottak, 1994). Akhir sekali teori antropologi tentang asal-usul agama disebut sebagai Mana - Preanimism. Menurut teori ini, agama muncul kerana wujud perasaan gerun atau aweful terhadap satu kuasa atau kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Puak Melanesian memanggilnya sebagai "Mana". Puak Alonquin di Amerika Utara memanggilnya sebagai Manitou, puak Iroquan memanggilnya sebagai Orenda dan puak Sioux memanggilnya sebagai Wakonda. Kegerunan mereka terhadap kuasa-kuasa ini menyebabkan mereka mencipta ritual atau ibadat untuk memohon sesuatu agar mereka tidak dipengapakan oleh kuasa-kuasa ini. Amalan-amalan ibadat ini akhirnya membawa mereka kepada membentuk satu kepercayaan agama yang lebih tersusun. Sarjana-sarjana di dalam bidang sosiologi juga tidak ketinggalan cuba memperjelaskan asal-usul kewujudan agama melalui teori-teori mereka. Sebahagian besar daripada mereka menganggap bahawa agama lahir hasil pengalaman manusia dan konsensus atau persetujuan bersama mereka. Emile Durkheim (1858-1917) dan Bronislaw Malinowski (1884-1942) merupakan dua ahli sosiologi terkenal yang berhujah bahawa agama lahir hasil daripada konsensus manusia. Durkheim (1947) antara lain mentakrifkan agama sebagai, "... a jointly and separately responsible system comprised of beliefs and of concepts relative to sacred things, that is to say separate and forbidden, beliefs and concepts which unite one to another and even have a common moral appeal. Church is where those who uphold such beliefs and concepts practice" dan tambah Durkheim lagi agama adalah sumber kepada semua kebudayaan yang tinggi dan luhur, "...religion was the source of all higher culture" (O'dea, 1966). Hoebel (1972) merumuskan bahawa kelahiran agama melalui konsensus ahli masyarakat menunjukkan bahawa masyarakat berkenaan mempunyai daya kesepaduan dan kesetiaan di antara satu sama lain bagi mencapai matlamat hidup bermasyarakat. Antara lain Hoebel menyebut, " Yet all religions build on the

participation of the public, if only as spectators, in acts that not only affect the workings of extra human forces, but also express the solidarity of the group and at the same time internalize group loyalty and commitment to unified social purposes. Secara umumnya ahli sosiologi bersetuju bahawa agama boleh berperanan sama ada dalam bentuk yang positif seperti yang ditekankan oleh Durkheim iaitu ia menjadi satu sumber kepada kebudayaan yang tinggi dan luhur atau juga boleh berperanan dalam bentuk yang negatif seperti boleh menimbulkan kekacauan apabila sesuatu isu berkaitan agama tidak mendapat persepakatan. Ketidaksepakatan yang lahir hasil daripada kekuatan pegangan agama sehingga kadangkala mencetuskan perkara-perkara yang tidak diingini itu membawa Karl Marx (1818-1883) membuat tanggapan bahawa agama adalah candu masyarakat atau "...the opium of the people'" (O'dea, 1966). Kebanyakan ahli psikologi mengaitkan unsur-unsur dalaman diri manusia sebagai penyebab kepada kelahiran agama. Sebahagian daripada mereka mengatakan bahawa agama lahir hasil dorongan akal, emosi dan naluri yang kompleks - "mystical complex surrounding a projected superego"". William James (1842-1910) yang mengkaji kewujudan agama di kalangan orang-orang yang setia pada agamanya berpendapat bahawa agama lahir dari dalam diri manusia itu sendiri iaitu pengalaman dalaman individu yang berbentuk mistik. Kata James (1936), "One may say truly, I think, that personal religious experience has its root and centre in mystical states of consciousness'". George M. Stratton (1865-1957) pula menegaskan bahawa agama lahir hasil daripada konflik dalaman individu, manakala ahli psikologi pengasas psikoanalisis Sigmund Freud (1856-1939) pula berpendapat bahawa agama lahir hasil daripada kekacauan jiwa yang diistilahkan sebagai "Oedipus Complex Freud merujuk kepada kisah legenda Greek Raja Oedipus yang tanpa disedari membunuh ayahnya dan mengahwini ibu kandungnya sendiri. Mengikut legendanya Oedipus ialah anak kepada raja yang memerintah Thebes yang bernama Laius dan ibunya bernama Jocasta. Ketika Oedipus dilahirkan, tukang tilik ayahnya telah membuat ramalan bahawa Oedipus akan membunuh ayahnya apabila beliau membesar dan akan mengahwini ibunya. Takut akan ramalan tersebut benar-benar berlaku, ayahnya telah membuang dan meninggalkan Oedipus yang masih bayi di pergunungan. Oedipus

bagaimanapun telah diselamatkan oleh seorang pengembala kambing yang membawanya kepada raja negeri Corinth dan beliau diambil menjadi anak angkat kepada raja tersebut. Setelah dewasa, Oedipus telah diberitahu oleh tukang tilik bahawa beliau telah ditakdirkan satu hari nanti akan membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya sendiri. Tanpa mengetahui bahawa raja negeri Corinth itu adalah bapa angkatnya, Oedipus lari meninggalkan Corinth dengan harapan ramalan tukang tilik tersebut tidak akan berlaku. Di pertengahan jalan beliau telah terserempak dengan Laius, raja negeri Thebes iaitu ayah kandungnya sendiri. Tanpa mengetahui hubungan antara keduanya mereka telah terlibat dalam pertelingkahan berdarah dan berakhir dengan Oedipus membunuh Laius akibat pertarungan yang tidak dapat dielakkan. Oedipus seterusnya masuk ke kota Thebes dan kemudiannya telah dapat menyelesaikan teka teki yang diberikan kepadanya dan telah diberikan hadiah istimewa iaitu dapat mengahwini balu kepada raja Thebes, Jocasta ibunya sendiri tanpa beliau sendiri menyedarinya (The Columbia Electronic Encyclopedia, 2005). Berdasarkan kisah legenda ini, Freud mendakwa bahawa kehendak jiwa manusia. yang berbentuk seksual adalah unsur utama yang mempengaruhi dan mengawal diri manusia tanpa mereka sedari. Menurut Freud keinginan yang tersembunyi di dalam jiwa anak terhadap ibunya tanpa disedari telah membawa anak tersebut membunuh ayahnya. Hal ini dikaitkan dengan kehendak seksual yang terbina sejak anak tersebut disusukan oleh ibunya. Keinginan ini bagaimanapun terpadam seketika dalam fasa awal kehidupan manusia sehinggalah ia datang kembali dalam bentuk mimpi-mimpi yang dialami oleh manusia dan daripada sinilah manusia dikatakan oleh Freud manusia membina kepercayaan agama,... the beginnnings of religion, ethics, society and art meet in the Oedipus Complex (Annnemarie, 1968n Zakiah Darajat, 1 1973). Fahaman Freud ini membawa kepada akibat penolakan kewujudan agama yang benar kerana beliau sentiasa melihat bahawa kehendak dalaman yang bersifat sensasi atau seksual yang terpendam sekian lama itulah penyebab kepada kelahiran agama khususnya apabila muncul kembali di dalam mimpi (Kelly Bulkeley, 1994). Di dalam bukunya The Future of an Illusion, Freud menyerang kepercayaan agama dan mengatakan bahawa kepercayaan agama adalh salah satu daripada penyakit mental

yang menyebabkan manusia tidak dapat memperkembangkan potensi akalnya (Patrick Glynn, 1999). Agak menarik untuk difahami bahawa Freud sendiri sebenarnya mengakui bahawa dia mempunyai "penyakit otak"'. Hal ini dimaklumkan oleh beliau sendiri kepada anak muridnya Carl Jung sewaktu mereka dalam perjalanan daripada Eropah ke Amerika (Carl Jung. 1989). Teori Oedipus Complex dan pentafsiran mimpi Freud adalah yang paling berpengaruh dalam kalangan saintis abad kedua puluh khususnya di kalangan pengamal kesihatan mental di Amerika. Pada tahun 1975, Persatuan Psikaitrik Amerika melaporkan bahawa hanya 43 peratus sahaja ahli psikiatri Amerika yang percayakan kewujudan Tuhan, manakala tinjauan yang dibuat pada tahun 1972 dalam kalangan ahli psikologi Amerika mendapati hanya 1.1 peratus sahaja di antara mereka yang mengaku percaya kepada kewujudan Tuhan. Patrick Glynn (1999) menulis, "Psychoanalysis was a major force for secularization in twentiethcentury societies, inspiring a virtual revolution in manners and morals. It was also an explicitly atheistic, indeed openly antireligious, doctrine Pembahagian Agama Para sarjana agama telah membahagikan agama kepada dua bahagian, iaitu agama samawi (agama-agama wahyu) atau "revealed religion dan agama budaya. atau "cultural religion Mengikut pandangan agama-agama wahyu. asas pengajaran agama adalah pemberitahuan dan peraturan yang diwahyukan Tuhan kepada manusia melalui rasul-rasulnya bermula daripada Nabi Adam a.s. hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Penganut agama Yahudi menerima sehingga setakat Nabi Musa a.s., manakala pemgganut Kristian menerima hanya setakat Nabi Isa a.s. Sedangkan umat Islam menerima semua rasul yang diturunkan oleh Tuhan kepada rmanusia yang sempurnakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalaim agama Islam, asal-usul agama disebut dengan jelas iaitu daripada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Saf ayat 9 yang bermaksud: "Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama kebenaran, untuk mengungguli agama-agama (yang lain)

semuanya, sekalipun orang musyrikin membencinya. Pandangan agama Samawi ini didasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan, rasul dan kitab-kitab. Agama-agama budaya pula menganggap bahawa agama adalah lahir hasil daripada penemuan dan pengalaman pengasas agama atau penemuan tulisan-tulisan lama. Agama Buddha contohnya merujuk kepada penemuan Gautama (yang dikatakan mendapat "the enlightenment atau pencerahan dan lantaran itu pengajaran dan pengalaman Gautama dikatakan sebagaj asal-usul lahirnya agama Buddha), Hinduism merujuk kepada tulisan-tulisan dan scriptures lama, Confiucianism dan lain-lain dirujuk kepada pengasas masing-masing yang menulis ajaran-ajaran mereka lalu dikembangkan oleh pengikut-pengikut selepas mereka. Non-revealed religions mempunyai ciri asas yang hampir serupa iaitu tidak memandang penting penyerahan manusia kepada tata-aturan Ilahi. Rajah 1: Lambang-lambang agama di dunia Agama-agama Di Dunia

Manusia dan agama merupakan suatu yang tidak boleh dipisahkan. Sejarah telah membuktikan bila ada manusia, maka di sana ada agama. Banyak agama-agama besar yang masih hidup dan masih punya pengikut sampai kini. Antaranya ada yang mempunyai pengikut ratusan juta dan ada juga yang cuma mempunyai pengikut ratusan ribu sahaja. Dalam buku-buku sejarah antara agama yang disebut sebagai agama yang besar adalah sebagai berikut; BIL Nama Agama Pembangunan Agama Kitab Suci 1 Yahudi Musa (1k 1200sM) Taurat 2 Brahma (1k 2000sM) Veda 3 Zarathustra Zarathustra (660 583 sm) Avesta 4 Buddha Siddharta (563 483 sm) Tripitaka 5 Jaina Mahavira (556 429 sm) Agamas 6 Shinto.. (1k 660 sm) Kojiki/Nihongi 7 Konghuchu Kong Hu Chu (554 479 sm) Lun Yu, Dll 8 Tao Lao Tze (604 524 sm) Tao The King 9 Kristian Jesus (1k 1 30 M) New Testament 10 Islam Muhammad (570 632 M) Al-Quran 11 Sikh Guru Nanak (1469 1538 M) Adi Granth Semua berasal dari Asia kemudian berkembang ke Afrika dan Eropah dan Amerika dan Australia. Jika dibahagi menurut wilayah asal satu persatunya di Asia dapatlah diperinci kembali sebagai berikut dibawah ini;

1.1 Agama Di Asia Barat i. Agama Islam ii. Agama Yahudi iii. Agama Kristian 1.2 Agama Di Asia Tengah dan Selatan i. Agama Zarathustra ii. Agama Brahma iii. Agama Buddha iv. Agama Sikh v. Agama Jaina 1.3 Agama Di Asia Timur i. Agama Shinto ii. Agama Tao iii. Agama Konghuchu Kesimpulan Perbincangan tentang asal-usul agama masih berterusan sehingga kini khususnya di kalangan pengkaji agama. Kepelbagaian pandangan tentang asal usul agama ini bukan sahaja melahirkan berbagai-bagai polemik malahan juga menyebabkan semakin sukar untuk didefinisikan "agama" itu sendiri. Kesukaran ini lahir kerana kevvujudan agama di dalam kehidupan manusia adalah pelbagai. Titus dan Smith (1974) menulis,"religion is not easy to define or describe because it takes many different for mz among the people and nations of the world". Pengertian "agama'* dari sudut bahasa sebagaimana yang hangat dibincangkan dalam kalangan sarjana Islam Asia Tenggara juga menghadapi

polemik seperti yang dirumuskan dalam perbincangan tajuk kecil berkaitan pengertian agama sebelum ini (Endang Saifuddin, 1982). Sememangnya tidak ada batasan yang jelas yang boleh memberikan satu ketetapan tentang asal-usul dan pengertian agama untuk dikemukakan kepada semua orang untuk diterima pakai. Walau bagaimanapun wujud ciri-ciri umum tentang asalusul agama iaitu kepercayaan terhadap sesuatu dan aktiviti yang berkaitan dengan kepercayaan tersebut sama ada penyembahan atau ikutan terhadap kepercayaan yang lalu. Adalah jelas penerimaan manusia terhadap asal-usul kepercayaan yang dipegangnya adalah beikait rapat dengan bentuk dan asas kepercayaan itu sendiri. Sejauh yang dapat dibuktikan kebanyakan teori tentang asal-usul agama khususnya yang datang dari luar agama itu sendiri adalah lebih bersifat andaian berbanding dari dalam agama itu sendiri. Ini adalah kerana dari dalam agama itu sendiri ia tidak sahaja ditunjukkan melalui teori malahan praktis yang telah lama wujud serta bukti bertulis yang dipastikan terjaga khususnya kitab al-qur'an dalam agama Islam. Aktiviti 1. Adakan satu forum agama yang bertajuk kenapakah manusia perlu beragama dalam kehidupannya? 2. Apakah perbezaan yang utama antara agama samawi dan agama budaya? 3. Huraikan simbol-simbol bagi setiap agama yang ada di dunia hari ini. Rujukan Adam, Charles J, Janet O`Dea and Thomas O`Dea (1972). Judaism, Christianity and Islam. New York: Harper and Row.

A. Mukti Ali (1971). Agama, Universitas dan Pembangunan. Bandung: Institut IKIP. Annemarie de Waal Malefijt (1968). Religion and Culture: An Introduction to Anthropology of Religion. London: MacMillan. Aslam Hady (1986). Pengantar Filsafat Agama. Jakarta: CV Rajawali. Charlesworth, M.J (1972). Philosophy of Religion: The Historic Approaches. London: Macmillan. Durkheim, Emile (1947). Elementary Forms of Religious Life: A Study in Religious Sociology. Glencove: Free Press. Endang Saifuddin Anshari (1982). Sains, Falsafah dan Agama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Freeman, Kathleen (1970). God, Man and States: Greek Concepts. Connecticut: Greenwood Press. Glynn, Patrick (1999). God: The Evidence, The Reconciliation of Faith and Reason in Postsecular World. California: Prima Publishing. Hattstein, Markus (t.t). World Religions. Koln: Konemann. Hoebel, E. Adamson (1972). Anthropology: The Study of Man. New York: Mc Graw Hill. H. Abu Jamin Roham (1991). Agama Wahyu dan Kepercayaan Budaya. Jakarta: Media Dakwah. Haron Din (et.al.) (1993). Manusia dan Islam. 3 Jilid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Idris Zakaria (1989). Pemikiran Islam Tentang Kehidupan. Selangor: Marwilis Publisher. Koltak, Conrad Phillip (1994). Anthropology, The Exploration of Human Diversity. New York: Mc Graw Hill. James, William (1936). The Varieties of Religious Experience: A Study of Human Nature. New York: The Modern Library.

Jung, Carl (1989). Memories, Dreams, Reflection. Recorded and edited by Aniela Jaffe, trans. from the German by Richard and Clara Winston. New York: Vintage Books. Thomas F. O dea, Thomas F. (1966). The Sociology of Religion. New Jersey: Prentice- Hall.