PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP ILMU FARAID HALIMATUL ASHIKEN BINTI OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP WASIAT SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Transcription:

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP ILMU FARAID HALIMATUL ASHIKEN BINTI OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP ILMU FARAID. SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008 SAYA : HALIMATUL ASHIKEN BINTI OTHMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) ALAMAT TETAP : NO. 64 FELCRA BELIMBING TUALAK, 06300 KUALA NERANG, KEDAH DARULAMAN. (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. MADYA AJMAIN BIN SAFAR Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Tandatangan : Nama Penyelia : Prof. Madya Ajmain Bin Safar Tarikh : 30 April 2008

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAPT ILMU FARAID. HALIMATUL ASHIKEN BINTI OTHMAN Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2008

ii Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Penulis : Halimatul Ashiken Binti Othman Tarikh : 30 April 2008

iii DEDIKASI Khas Buat Insan Teristimewa Ayahanda Othman Bin Salleh dan Bonda Kamariah binti Saad Terima kasih di atas segala pengorbanan, dorongan dan sokongan mu... Tidak akan ku lupakan bahkan menjadi kekuatan dan semangat ke puncak kejayaan Ku pohon doa restumu dan keredhaan di dunia dan akhirat... Buat ahli keluargaku, Segala nasihat, dorongan dan kata-kata semangat kalian Akan ku kenang selamanya... Semoga keakraban kita sentiasa terpelihara... Buat para pendidik yang berbakti, Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan.. Terima kasih atas segalanya... Buat sahabat-sahabat seperjuangan, Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama Semoga Allah meredhai persahabatan ini...

iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa kan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya maka penyelidik dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda yang bertajuk Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. bersama keluarga dan sahabat-sahabat baginda r.a. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Ajmain Bin Safar selaku penyelia Projek Sarjana Muda di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Begitu juga buat pihak Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) Universiti Teknologi Malaysia. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan bantuan dalam segala kerja yang dilakukan. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi semangat dan berkongsi idea demi menyiapkan projek ini. Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan usaha penyelidik sepanjang menyiapkan projek ini. Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Amin.

v ABSTRAK Ilmu faraid adalah antara ilmu pertama yang akan diangkat oleh Allah dari diri manusia. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini. Berikutan sikap tidak mengambil berat umat Islam sekarang membuatkan ilmu tersebut hilang ditelan zaman sehingga kini muncul perselisihan berkenaan dengannya, malahan terdapat segolongan yang meragui keadilan Allah seperti pertikaian hak lelaki dua kali ganda dari hak wanita. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan responden terhadap ilmu faraid, mengenal pasti tahap kefahaman responden terhadap ilmu faraid dan mengenal pasti persepsi responden berkaitan kepentingan ilmu faraid dalam kehidupan. Responden kajian ini adalah pelajar tahun dua kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2007/2008. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibina sendiri dan terdiri daripada 32 item soalan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α =.69. Walau bagaimanapun penyelidik telah membuat penambahbaikan untuk meningkatkan kebolehpercayaan alat kajian ini. Penyelidik telah menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 12.0 (SPSS) untuk menganalisis data mentah bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan, persepsi responden berkaitan kepentingan ilmu faraid dan tahap pengetahuan responden terhadap ilmu faraid berada pada tahap yang tinggi. Manakala tahap kefahaman responden terhadap ilmu faraid berada pada tahap sederhana. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman di kalangan pelajar mahupun masyarakat. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

vi ABSTRACT Islamic Law of Inheritance ( ilm faraid) is among the first discipline to be deprived by God from every single human. This shows how important the knowledge is. Lack of concern attitude among Muslims nowdays, may gradually lead to the lost of this knowledge until it creates conflicts and doubt in God s justice by disputing rights between gender. This study was conducted to identify respondents level of knowledge and comprehension concerning Islamic Law of Inheritance and also to identify respondents perception relating to the importance of Islamic Law of Inheritance in life. The study involved respondents from the second year of Bachelor of Science with Education (Islamic Studies), UTM session 2007/2008. The research instrument used was questionnaire that comprised of 32 items, which was contructed by the researcher. Reliability value of research tool was α =.69. However the researcher had made improvement in research tool reliability. Researcher used Statistical Package for Social Science version 12.0 (SPSS) software to analyse raw data to get the frequency, percentage and mean. The research findings showed that respondents perception relating to the importance of Islamic Law of Inheritance and respondents knowledge on faraid was at high level. While respondents level of understanding Islamic Law of Inheritance was at average level. At the end of this study, several proposals had been proposed to increase the level of knowledge and understanding of Islamic Law of Inheritance among the students as well as society. Further research also had been proposed for the future.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PERAKUAN PELAJAR DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiv xv xvi BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 8 1.4 Objektif Kajian 9 1.5 Persoalan Kajian 9 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian 11 1.8 Definisi/Istilah 11

viii 1.8.1 Persepsi 11 1.8.2 Pelajar 12 1.8.3 Ilmu Faraid 12 1.9 Kesimpulan 13 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 14 2.2 Konsep Harta Pusaka 14 2.3 Konsep Ilmu Faraid 18 2.3.1 Pengertian Ilmu Faraid 18 2.3.2 Sumber Ilmu Faraid 18 2.4 Kepentingan dan Kelebihan Ilmu Faraid 19 2.4.1 Kepentingan Mempelajari Ilmu Faraid 19 2.4.2 Kelebihan Ilmu Faraid 20 2.5 Pentadbiran Harta Pusaka Selain Faraid 22 2.5.1 Wasiat 22 2.5.2 Hibah 24 2.5.3 Wakaf 27 2.6 Syarat-syarat Pembahagian Pusaka 28 2.7 Sebab-sebab Pembahagian Harta 28 2.7.1 Kerabat 29 2.7.2 Pernikahan 29 2.7.3 Wala 29 2.7.4 Islam 30 2.8 Halangan 31 2.8.1 Perhambaan 31 2.8.2 Bunuh 31 2.8.3 Perbezaan Agama Antara Islam Dengan Kafir 32 2.9 Pembahagian Ahli Waris 33 2.9.1 Ashab al-furud 33 2.9.2 Asabah 34

ix 2.10 Masalah Yang Berlaku Dalam Pembahagian 35 2.10.1 Wang Pencen 35 2.10.2 Wang Kumpulan Simpanan Pengguna (KWSP) 35 2.10.3 Wang Manfaat Takaful/Insurans 35 2.10.4 Wang Pelaburan 36 2.10.5 Wang Pampasan/Diyat 36 2.10.6 Wasiat 36 2.11 Pembahagian Harta Pusaka Berdasarkan Faraid 37 2.11.1 Peneriman ½ Pusaka dan Syaratnya 37 2.11.2 Penerimaan ¼ Pusaka dan Syaratnya 37 2.11.3 Penerimaan 1/8 Pusaka dan Syaratnya 37 2.11.4 Penerimaan 2/3 Pusaka dan Syaratnya 37 2.11.5 Penerimaan 1/3 Pusaka dan Syaratnya 38 2.11.6 Penerimaan 1/6 Pusaka dan Syaratnya 38 2.11.7 Penerimaan 1/3 Baki 38 2.12 Kesimpulan 39 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 40 3.2 Reka Bentuk Kajian 40 3.3 Tempat Kajian 41 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 41 3.5 Instrumen Kajian 41 3.5.1 Bahagian A 42 3.5.2 Bahagian B 42 3.6 Analisis Data 44 3.7 Prosedur Kajian 46 3.7.1 Kajian Rintis 46 3.7.2 Kajian Sebenar 46 3.8 Kesimpulan 47

x BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan 48 4.2 Analisis Data (Bahagian A) 49 4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina 49 4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Aliran Pendidikan 50 4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut Kelulusan Terakhir 51 4.3 Analisis Data (Bahagian B) 51 4.3.1 Analisis Data Mengenai Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 53 4.3.2 Analisis Data Mengenai Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 60 4.3.3 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar Berkaitan Kepentingan Ilmu Faraid Dalam Kehidupan 68 4.3.4 Analisis Keseluruhan 73 4.4 Kesimpulan 74 BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 75 5.2 Perbincangan 75 5.2.1 Bahagain A: Perbincangan Latar Belakang Responden 76 5.2.2 Bahagian B 77 5.3.2.1 Bahagian B1: Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 77 5.3.2.2 Bahagian B2: Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 79 5.3.2.3 Bahagian B3: Persepsi Pelajar

xi Berkaitan Kepentingan Ilmu Faraid Dalam Kehidupan 80 5.4 Rumusan 82 5.5 Cadangan 83 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85 5.6 Kesimpulan 86 BIBLIOGRAFI 87 LAMPIRAN

xii SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Pengkelasan Nombor Dalam Skala Likert 42 3.2 Jadual Pembentukan Ujian Berdasarkan Objektif Kajian 43 3.3 Jadual Ujian Soal Selidik 44 3.4 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 45 3.5 Skala Nilai Min 45 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49 4.2 Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan 50 4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Terakhir 51 4.4 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Konsep Ilmu Faraid 53 4.5 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Syarat-Syarat dan Sebab-Sebab Pembahagian Harta 55 4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Penentuan Ahli Waris 56 4.7 Peratusan Responden dan Min Bagi Mengetahui Tahap Pengetahuan Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 58 4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Pentadbiran Harta Pusaka Selain Faraid 60 4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Halangan Dalam Ilmu Faraid 62 4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Pembahagian Harta Pusaka Berdasarkan

xiii Faraid 64 4.11 Peratusan Responden dan Min Bagi Mengetahui Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Ilmu Faraid 66 4.12 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Aspek Kehidupan 68 4.13 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Kedudukan Ilmu Faraid 70 4.14 Taburan Kekerapan, Peratusan dan Min Responden Mengenai Aspek Negara 71 4.15 Peratusan Responden dan Min Bagi Persepsi Pelajar Berkaitan Kepentingan Ilmu Faraid 72 4.16 Nilai Min Bagi Keseluruhan Objektif 73

xiv SENARAI RAJAH NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Rangka kerja kajian 47

xv SENARAI SINGKATAN ARB JAKIM KS KWSP r.a PPIPS S SS STS SAR s.a.w SMK SMKA SBP SPI SPSS STAM STPM S.W.T Terj. TS UTM Amanah Raya Berhad Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia Kurang Setuju Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Radhiallahu Anhu Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Setuju Sangat Setuju Sangat Tidak Setuju Sekolah Agama Rakyat Salallahu Alaihi Wasallam Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Sekolah Berasrama Penuh Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Statistical Packages for Social Science Sijil Tinggi Agama Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Subhanahu Wa Ta ala Terjemahan Tidak Setuju Universiti Teknologi Malaysia

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik 100 B Surat Kebenaran Perpustakaan Sultanah Zanariah Untuk Membuat Rujukan di Perpustakaan Utama Universiti Malaya 105 C Surat Kebenaran Perpustakaan Sultanah Zanariah Untuk Membuat Rujukan di Perpustakaan Pendidikan Universiti Malaya 106 D Surat Kebenaran Perpustakaan Sultanah Zanariah Untuk Membuat Rujukan di Pusat Sumber Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 107

4 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Ilmu faraid telah disyariatkan dalam Islam. Ia telah dinyatakan oleh al-quran, Sunnah dan ijmak ulama. Dalil pensyariatannya telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. dalam surah an-nisa ayat 7:- x8t s? $ ϑïiβ Ò=ŠÅÁtΡ Ï!$ ÏiΨ=Ï9uρ tβθç/t ø%f{$#uρ Èβ#t$Î! uθø9$# x8t s? $ ϑïiβ Ò=ŠÅÁtΡ ÉΑ%ỳ Ìh =Ïj9 $ZÊρã ø Β $Y7ŠÅÁtΡ u èyx. ρr& çμ ΖÏΒ s% $ ϑïβ šχθç/t ø%f{$#uρ Èβ#t$Î! uθø9$# Maksudnya: Orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; Iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

2 Ilmu faraid mampu mengatur umat Islam bagi melaksanakan pelbagai aktiviti keduniaan dengan tidak melupakan bahagiannya di hari akhirat dan sebaliknya. Manusia sewajarnya bekerja untuk meningkatkan kesejahteraan hidup di dunia tanpa memikirkan soal ajal, umat Islam akan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja yang dilakukan. Begitu juga, dalam usaha untuk meningkatkan amal ibadat untuk bekalan akhirat. Dengan memikirkan kematian yang semakin hampir, pasti akan menjadi motivasi bagi umat Islam untuk beribadat dengan penuh khusyuk dan keikhlasan kepada Allah. Apabila perkara ini tersemat dalam peribadi individu Muslim, maka dengan mudah kadar ketaqwaan umat Islam akan sentiasa meningkat dan terpelihara. Akhirnya, keadaan ketaqwaan umat yang tidak meragukan pasti menjamin peningkatan kesejahteraan umat manusia. 1.2 Latar Belakang Masalah Islam amat menggalakan umatnya berusaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan. Dalam dunia tanpa sempadan dan arus globalisasi sekarang, kekuatan ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan maju mundurnya sesebuah negara atau sesuatu bangsa. Oleh yang demikian, Allah menegaskan dalam al-quran tentang keperluan umat Islam bersedia dalam segala bidang termasuk ekonomi sebagaimana firmannya dalam surah al-anfal ayat 60:- ÏμÎ/ šχθç7ïδö è? È ø y ø9$# ÅÞ$t/Íh ÏΒuρ ;ο θè% ÏiΒ ΟçF èsütgó $# $ Β Νßγs9 (#ρ Ïãr&uρ 4 öνßγßϑn= ètƒ ª!$# ãνßγtρθßϑn= ès? Ÿω óοîγïρρßš ÏΒ t Ì yz#u uρ öνà2 ρß tãuρ «!$# ρß tã šχθßϑn=ôàè? Ÿω óοçfρr&uρ öνä3ö s9î) uθム«!$# È Î6y Îû & ó x«ïβ (#θà)ï Ζè? $tβuρ

3 Ertinya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. Dalam ayat tersebut bukan sahaja merujuk kepada persediaan untuk berperang tetapi ia juga merangkumi persiapan ekonomi umat Islam (Ahmad Hidayat Buang 2007). Menurut Sidek Baba (1999), Islam memberikan landasan yang amat jelas mengenai kecenderungan memiliki harta, yang mana kesemuanya ini merupakan sifat semula jadi atau fitrah manusia. Jangan ada suatu tanggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak memerlukan kepada kebendaan. Sebagai umat Islam, kebendaan itu adalah alat dan bukannya matlamat. Yang penting ialah bagaimana Islam itu membina asas kebendaan, menyebarkan dan memanfaatkan sumber-sumber kebendaan ini secara adil, betul, baik serta ikhlas dan kemudian memberikan manfaat tersebut kepada sekalian manusia. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah yang ke-100 iaitu al- Aadiaat ayat 8:- î ƒï t±s9 Î ö sƒø:$# Éb=ßsÏ9 çμ ΡÎ)uρ Ertinya: Sesungguhnya manusia itu sangat cinta kepada harta benda. Berdasarkan ayat di atas telah terbukti manusia diciptakan Allah mempunyai naluri sukakan kepada harta benda. Justeru Islam mewajibkan pencarian harta benda melalui cara yang halal. Pemilikan harta secara halal seharusnya disertakan dengan

4 tanggungjawab sosial. Oleh itu, setiap harta yang dikumpulkan mesti dibelanjakan pada jalan yang betul. Menurut Ahmad Hidayat Buang (2007), perbelanjaan terhadap harta terbahagi kepada dua iaitu perbelanjaan yang wajib dan perbelanjaan yang sunat. Perbelanjaan wajib adalah seperti mengeluarkan nafkah untuk keluarga, pendidikan, rumah dan zakat manakala perbelanjaan sunat adalah lebihan daripada perbelanjaan tersebut. Berdasarkan pemerhatiannya, kebanyakan orang Melayu kurang bijak menguruskan lebihan wang ini. Ramai yang lebih suka berbelanja mewah sehingga berhutang walaupun kadang kala barang yang dibeli itu bukan barang keperluan. Islam memang melarang umatnya berlebih-lebihan sehingga boleh membawa kepada pembaziran kerana perbuatan itu adalah bersahabat dengan syaitan. Sehubungan itu, dalam Islam bukan kekayaan yang mesti dicari tetapi keselesaan hidup yang dituntut. Harta sering menjadi pertikaian hidup manusia sehingga mampu memutuskan persaudaraan dan mencetuskan permusuhan. Namun begitu, Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah an-nisa ayat 9:- öνîγøšn=tæ (#θèù%s{ $ yèåê Zπ ƒíh èœ óοîγï ù=yz ô ÏΒ (#θä.t s? öθs9 š Ï%!$# u ø9uρ # ƒï y Zωöθs% (#θä9θà)u ø9uρ!$# (#θà) Gu ù=sù Maksudnya: Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anakanak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

5 Sistem faraid bukan sahaja memperteguhkan ikatan kekeluargaan, malah ia juga memastikan keadilan kerana ia dapat menghapuskan kemungkinan berlaku pilih kasih atau sebarang ketidakadilan dalam pembahagian harta, sehingga boleh membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan agar ilmu faraid ini dipelajari kerana tanpa ilmu dan pembahagian yang betul secara faraid persengketaan sangat sukar untuk dielakkan kerana sifat manusia yang terlalu cintakan harta benda. Walaupun terdapat sistem pusaka dalam Islam, namun masih wujud segelintir masyarakat Islam yang tidak prihatin atau tidak mengambil berat berkenaan pembahagian harta pusaka ini. Menurut Mohamad Sofee Razak (2007), sekitar tahun 1990-an, kita dikejutkan dengan laporan hampir RM30 bilion nilai aset umat Islam dibekukan dan tidak dituntut akibat kematian yang rata-ratanya tanpa wasiat di samping sistem pentadbiran dan pengurusan harta dan wang tunai yang sukar diagihkan kepada waris di negara ini mencecah RM40 bilion pada awal tahun ini yang melibatkan lebih daripada satu juta kes. Pendedahan ini dibuat oleh Amanah Raya Berhad (ARB), sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan harta pusaka si mati. Menurut ARB, kebanyakan harta tersebut kepunyaan orang Islam. Daripada jumlah itu, sebanyak RM38 bilion harta pusaka dalam bentuk tanah dan hartanah. RM1.5 bilion berupa wang tunai dan RM70 juta daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kebanyakan orang Islam tidak mengetahui betapa sukarnya menguruskan harta pusaka jika tidak dibuat perancangan awal sebelum seseorang itu meninggal dunia. Keadaan ini menyebabkan banyak harta yang ditinggalkan tidak diurus dan dibekukan. Akibat pembekuan ini, harta gagal dimanfaatkan oleh waris malah menjejaskan penjanaan ekonomi orang Melayu dan negara kerana harta tidak dapat digunakan untuk sebarang perbelanjaan. Perkara ini turut dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang menyuarakan keresahannya bahawa masalah ini amat merugikan orang Melayu (Dewan Masyarakat, Julai 2007).

6 Menurut Ahmad Hidayat Buang (2007) Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang pada 1981 memfatwakan pihak berkuasa boleh menghadkan pemilikan kepada seseorang ke atas tanah pusaka yang kecil untuk mengelakkan masalah sosial. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqiyyah iaitu: دفع الضرر مقدم على جلب المصالح Maksudnya: Menolak kerosakan daripada mengambil manfaat. Kerosakan di sini mengenai harta pusaka yang tertunggak dan seterusnya menghalang pembangunan dan menimbulkan masalah sosial seperti perebutan atau berlaku permohonan bertindih di antara ahli keluarga. Kes yang tertunggak kebanyakannya melibatkan tanah iaitu harta yang tidak boleh diubah. Walaupun ia pusaka tetapi perlu diberi layanan khas kerana melibatkan kepentingan umum. Ia perlu diselesaikan mengikut hukum Islam. Ulama, cendiakawan dan pengamal undang-undang perlu berbincang supaya situasi menang-menang dapat dicapai. Dari segi hukum fikah, apabila bertembung masalah umat dan individu maka keutamaan mestilah kepada maslahat umum. Walau bagaimanapun, harta yang dikendalikan oleh nafsu dan perasaan emosi, boleh menimbulkan persengketaan dan permusuhan. Persengketaan harta ini juga boleh mengakibatkan retaknya hubungan persaudaraan. Di antara perkara yang sering menimbulkan persengketaan adalah masalah harta warisan. Kematian seseorang sering menimbulkan persengketaan di kalangan ahli waris mengenai harta peninggalannya (Ahmad Hidayat Buang, 2007). Dewasa ini masyarakat sering dikejutkan dengan pelbagai isu berkaitan perebutan harta pusaka. Seperti yang berlaku di Kuala Terengganu pada 9 Julai 2007. Gara-Gara Harta Pusaka Adik Tendang Abang Di Mahkamah. Seorang peniaga daging bertindak agresif menendang kaki seorang warga emas (69 tahun) yang juga abangnya di hadapan seorang hakim di Mahkamah Syariah II, Kuala Terengganu. Pun

7 begitu, pada tahun 1998 dihebohkan juga dengan kes Tan Sri Md Khir Johari bekas Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu telah mengemukakan saman pemula memohon satu perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah pemilik sah hartanah di Bukit Damansara yang menjadi pertikaian dengan enam orang anaknya serta pusaka Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Fawzi Kassim, 2001). Untuk menangani persengketaan dan permusuhan yang tercetus akibat harta warisan, maka Islam telah meletakan peraturan supaya segala persengketaan atau rasa ketidakpuasan hati dikembalikan mengikut hukum Allah. Hal ini kerana, hukum Allah telah menggariskan soal pembahagian harta warisan dalam ilmu faraid. Ia telah diatur begitu rapi sehingga tiada syak kepada sesiapa yang berhak menerima harta warisan dan bilangan kadarnya. Segelintir masyarakat hari ini kurang faham berkenaan ilmu faraid. Oleh itu, terdapat pelbagai sebab untuk mereka tidak mahu mengambil tahu dan mengamalkan pembahagian harta mengikut sistem Islam. Timbul pernyataan yang mengatakan peraturan Islam menindas kaum wanita dan berat sebelah. Sehubungan itu, Muhammad Abdul Mannan (1989) telah menyatakan bahawa perbezaan antara bahagian yang biasa diterima oleh waris perempuan dan waris lelaki yang mempunyai perhubungan yang sama dengan si mati sebenarnya bukanlah bersifat diskriminasi dan prasangka ke atas waris perempuan. Ini adalah kerana di bawah sistem Islam, tanggungjawab membiayai keluarga dipikul oleh suami walaupun dalam sesetengah kes pendapatan isteri mungkin melebihi dari suami. Bagi membolehkan pihak lelaki menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, bahagiannya dalam harta pusaka adalah dua kali ganda dari bahagian perempuan yang mempunyai tingkat perhubungan kekeluargaan yang sama sepertinya. Justeru sebarang persoalan yang dilontarkan kepada Islam bahawa Islam tidak adil kerana mengurangkan bahagian perempuan dalam pembahagian harta pusaka adalah tidak tepat. Sekiranya perundangan pembahagian harta pusaka dan kewajipan memberi

8 nafkah kepada keluarga direalisasikan menurut ajaran Islam, soal ketidakpuasan tidak akan wujud. 1.3 Pernyataan Masalah Masyarakat Islam sekarang lebih gemar berlumba-lumba mengumpul harta kekayaan dunia. Kebanyakan mereka tidak membuat persiapan awal sebelum meninggal dunia seperti pembahagian harta agar kehidupan keluarga yang ditinggalkan tidak mengalami kesulitan. Sehubungan itu, disebabkan ketidakfahaman dan ketidakjelasan tentang ilmu faraid timbullah pelbagai kemungkinan seperti perselisihan dan permusuhan di antara saudara-saudara dan ahli-ahli waris. Pun begitu terdapat perselisihan dan permusuhan sehingga membawa kepada permusuhan seumur hidup. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan, kefahaman dan persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) tahun dua, berkenaan ilmu faraid memandangkan setiap pelajar bakal berdepan dengan masyarakat sebagai pendidik. Masyarakat pasti akan mencari para ilmuan untuk dijadikan tempat rujukan. Sungguhpun begitu, menjadi tanggungjawab pendidik untuk memberi tunjuk ajar dan panduan supaya kehidupan lebih sempurna.

9 1.4 Objektif Kajian Fokus utama dalam kajian ini: 1.4.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap ilmu faraid. 1.4.2 Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap ilmu faraid. 1.4.3 Mengenal pasti persepsi pelajar berkaitan kepentingan ilmu faraid dalam kehidupan. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian yang dibincangkan dalam kajian ini: 1.5.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap ilmu faraid? 1.5.2 Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap ilmu faraid? 1.5.3 Apakah persepsi pelajar mengenai kepentingan ilmu faraid dalam kehidupan?