PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP ILMU FARAID HALIMATUL ASHIKEN BINTI OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP WASIAT SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

ABSTRAK. menghidupkan syiar Islam di Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, kajian ini

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

REKA BENTUK CORAK GEOMETRI ISLAM PADA SENI BINA MASJID NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA NORLIS BINTI ISMAIL

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF MENGGUNAKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DI KUALA LUMPUR

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI

PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Transcription:

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM FAIZAH BINTI ABD RAZAK Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Pengajian Islam ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2011

ii Saya akui kajian bertajuk Persepsi Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Keperluan Ilmu Faraid Kepada Guru Pendidikan Islam adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Penulis : FAIZAH BINTI ABD RAZAK Tarikh :

iii DEDIKASI Ku tujukan ucpaan ringkas yang penuh bermakna ini khas buat. Teristimewa.Untuk abah dan umi yang paling ku sayangi Abd Razak bin Ahmad dan Norlida Bte Mohd Arshad Terima Kasih atas curahan kasih sayangmu yang tidak pernah kenal erti jemu.. Doa, nasihat dan restumu mengiringi perjalanan hidup ku.. Ya Allah berilah ku kesempatan yang secukupnya untuk ku membahagiakan mereka selagi hayat ada Berilahku peluang untuk ku menghargai masa yang seketika ini.. Jadikanlah aku anak yang baik, dan moga tergolong di kalangan anak-anak yang solehah Tidak lupa juga buat akak dan adik-adikku Fadhilah, Mohd Shukri, Farhana, dan Mohd Ihsan. Terima kasih atas dorongan dan sokongan selama ini. Dan buat insan yang tercinta arwah Mohd Arif yang telah pergi sebelum sempat melihat aku bergaya dengan topi graduan di kepala... Akak sentiasa merinduimu.. Buat yang sentiasa diingati Atok dan wan yang sentiasa memberikan ku semangat di kala kesedihan dan kerisauan.. Terima Kasih juga buat Penyelia yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan panduan daripada mula sehinggalah ku bergelar graduasi..iaitu..pm DR Hussin Bin Salamon.. Terima kasih ustaz..segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan akan tersemat di dalam hati.. Di akhir sekali ucapan ini ditujukan khas buat Sahabat dan teman-teman ku seperjuangan Sahabat terima kasih kerana mendengar segala luahan hati dan kerisauan yang melanda sepanjang menyiapkan tesis ini, 4 tahun sudah berlalu, manis, pahit kita tempuhi bersama Terlalu banyak suka, duka, dan lara kita lalui bersama Akan ku abadikan kenangan kita bersama di bumi UTM ini Sebagai memori indah kamus hidupku moga kita bersua lagi suatu hari nanti Insyallah Aminn..

iv PENGHARGAAN بسم الله ۱ لرحمن ۱ لرحيم Alhamdulillah, saya panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan Taufik dan Hidayah-Nya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna. Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih khas buat PM Dr Hussin Bin Salamon selaku Penyelia Projek Sarjana Muda di atas segala tunjuk ajar, dorongan serta nasihat yang memberangsangkan sepanjang menyiapkan projek ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan. Juga tidak dilupakan kepada sahabatsahabat seperjuangan yang tidak jemu memberi perangsang dan semangat. Semoga usaha dan cita-cita yang diimpikan mencapai matlamat. Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan usaha saya sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Mudah-mudahan hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua.kerjasama kalian amat dihargai. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala jasa yang telah diberikan. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan rahmat dari-nya, Insya-Allah. Amin.

v ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar tahun 4 SPI terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru pendidikan Islam. Seramai 60 orang telah dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 41 item yang dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang responden. Bahagian B, C dan D pula adalah berkaitan dengan tiga persoalan kajian iaitu untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kefahaman ilmu faraid, mengenal pasti faktor-faktor ilmu Faraid ditinggalkan, dan mengenal pasti persepsi pelajar 4 spi terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru pendidikan Islam. Analisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) untuk versi 15.00 telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan,peratusan dan min. Nilai alpha kebolehpercayaan bagi kajian rintis ialah 0.855. Secara keseluruhan pelajar memberikan persepsi positif terhadap setiap persoalan di atas. Hasil daripada kajian menunjukkan aspek perlaksanaan Faraid merupakan pengetahuan dan kefahaman yang tinggi di kalangan pelajar 4 SPI dengan min iaitu 4.48. Manakala faktor utama yang dikenalpasti oleh penyelidik mengapa ilmu Faraid ditinggalkan adalah dari faktor sikap masyarakat yang mengambil ringan terhadap ilmu Faraid dengan min yang tinggi iaitu 4.25. Dan seterusnya keperluan utama ilmu Faraid bagi seseorang guru pendidikan Islam adalah terhadap masyarakat berbanding kepada diri sendiri, dan kepada sekolah. Ini berdasarkan jumlah min yang tinggi iaitu 4.54. Di akhir kajian, penyelidik turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang terlibat.

vi ABSTRACT This study aimed to identify the perception of 4 SPI students towards the need to have the knowledge about faraid to Islamic religion teachers. Sixty students were selected to be the respondents in this research. This study employed the quantitative research methodology in which a set of questionnaire which consists of 41 items that were divided into 4 different sections was used as the research instrument. Section A, which is the first section, is related to the background information of the respondents. Whereas Section B, C, and D are related to the 3 research objectives if this study, which are ; i) to identify the knowledge and understanding level of the respondents towards knowledge related to Faraid ; ii) to identify the reasons for leaving behind the knowledge related to Faraid ; and iii) to identify the 4 spi students perception toward the need to learn the knowledge about Faraid to Islamic religion teachers. Descriptive analyses were done using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version 15.00 in order to determine the frequency, the percentage and the mean. The trustworthiness alpha value for this research is 0.855. Overall, the students showed positive perceptions towards all of the research objectives. Findings from this study suggest that the implementation of Faraid is the Faraid knowledge that is greatly known and understood by the 4 SPI students with the mean of 4.48. The results from this study also suggest that the main factor for leaving behind the knowledge related to Faraid is the people s attitude towards the Faraid knowledge. This is shown through a relatively high mean which is 4.25. The findings also suggest that the need for Islamic religion teachers to have knowledge related to Faraid is for the society and school rather that the teachers themselves. By the end of the study, the researcher also proposed a few suggestions to related parties.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN PELAJAR ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI SINGKATAN xv SENARAI LAMPIRAN xvi BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Batasan Kajian 7 1.8 Definisi Kajian 8 1.9 Rumusan 9

viii BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 10 2.2 Ilmu Waris (Faraid) 11 2.2.1 Dasar-dasar ilmu Faraid 11 2.2.2 Rukun Waris 12 2.2.3 Syarat Mewarisi Harta 14 2.2.4 Sebab Penghalangg Waris 14 2.3 Ashabul Furudh 17 2.3.1 Golongan Setengah (1/2) 17 2.3.2 Golongan Seperempat (1/4) 20 2.3.3 Golongan Seperlapan (1/8) 21 2.3.4 Golongan Sepertiga (1/3) 21 2.2.5 Golongan Seperenam (1/6) 22 2.4 Faktor-faktor Ilmu Faraid Ditinggalkan 27 2.4.1 Kurang Diajarkan di Sekolah 27 2.4.2 Pengkhususan Tanggungjawab Kepada 29 Pihak Berwajib 2.4.3 Sikap Masyarakat Yang Mengambil Ringan 31 Terhadap Ilmu Faraid 2.5 Keperluan Ilmu Faraid Kepada Guru Pendidikan Islam 32 Terhadap : 2.5.1 Diri Sendiri 32 2.5.2 Masyarakat 34 2.5.3 Sekolah 35 2.6 Akibat Mengabaikan Ilmu Faraid 36 2.7 Kajian Lepas 38 2.8 Kesimpulan 40

ix BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 41 3.2 Rekabentuk Kajian 41 3.2.1 Kajian Perpustakaan 42 3.2.2 Kajian Lapangan 43 3.2.2.1 Tempat Kajian 43 3.2.2.2 Populasi dan Persempelan 43 3.2.2.3 Instrumen Kajian 44 3.2.2.4 Kajian Rintis 46 3.2.2.5 Prosedur Kajian Sebenar 47 3.2.2.6 Analisis Data 48 3.2.2.7 Jangkamasa Kajian 49 3.3 Kesimpulan 49 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 50 4.2 Analisis Data 51 4.2.1 Bahagian A (Latar belakang Masalah) 51 4.2.1.1 Jantina ` 51 4.2.1.2 Umur 52 4.2.1.3 Kelayakan 52 4.2.1.4 CGPA 52 4.2.1.5 Negeri 53 4.2.2 Bahagian B ( Pengetahuan dan Kefahaman 54 Ilmu Faraid )

x 4.2.2.1 Secara Umum 54 4.2.2.2 Konsep dan Makna 57 4.2.2.3 Perlaksanaan 60 4.2.3 Bahagian C (Faktor-faktor Ilmu Faraid 63 Ditinggalkan ) 4.2.3.1 Kurang Diajarkan Di Sekolah 64 4.2.3.2 Pengkhususan Tanggungjawab Kepada 67 Pihak Berwajib 4.2.3.3 Sikap Masyarakat Yang Mengambil 68 Ringan Terhadap Ilmu Faraid 4.2.4 Bahagian D (Keperluan Ilmu Faraid Kepada 71 Guru Pendidikan Islam 4.2.4.1 Kepada Diri Sendiri 72 4.2.4.2 Kepada Masyarakat 73 4.2.4.3 Kepada Sekolah 75 4.3 Analisis Keseluruhan 76 4.3.1 Tahap Pengetahuan dan Kefahaman Ilmu Faraid 76 4.3.2 Faktor-faktor Ilmu Faraid Ditinggalkan 77 4.3.3 Persepsi Keperluan Kepada Guru Pendidikan Islam 78 4.4 Kesimpulan 78 BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, CADANGAN 5.1 Pengenalan 79 5.2 Perbincangan 79 5.2.1 Latar belakang Responden 80 5.2.2 Pengetahuan dan Kefahman Pelajar 4 SPI 81 Terhadap Ilmu Faraid 5.2.2.1 Secara Umum 81 5.2.2.2 Konsep dan Makna 82 5.2.2.3 Perlaksanaan 84

xi 5.2.3 Faktor-faktor Ilmu Faraid Ditinggalkan 85 5.2.3.1 Kurang Diajarkan Di Sekolah 85 5.2.3.2 Pengkhususan Tanggungjawab Kepada 86 Pihak Berwajib 5.2.3.3 Sikap Masyarakat Yang Mengambil 87 Ringan Terhadap Ilmu Faraid 5.2.4 Keperluan Ilmu Faraid Kepada Guru Pendidikan 88 Islam 5.2.4.1 Kepada Diri Sendiri 88 5.2.4.2 Kepada Masyarakat 89 5.2.4.3 Kepada Sekolah 90 5.3 Rumusan 91 5.4 Cadangan 92 5.4.1 Pelajar 92 5.4.2 Universiti Teknologi Malaysia 92 5.4.3 JAKIM 93 5.4.4 Media Massa 93 5.5 Kajian Lanjutan 93 5.6 Kesimpulan 94 BIBLIOGRAFI 96 LAMPIRAN

xii SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Bahagian Ahli Furudh 25 3.1 Klasifikasi Item Mengikut Soalan 45 3.2 Skala Likert 46 3.3 Tahap Skor Min 48 4.1 Analisis Data Mengikut Bahagian Dalam Soal Selidik 51 4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 51 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 52 4.4 Taburan Kelayakan Responden 52 4.5 Taburan CGPA 53 4.6 Taburan Negeri Bagi Responden 53 4.7 Taburan Skor Bagi Item Satu 54 4.8 Taburan Skor Bagi Item Dua 55 4.9 Taburan Skor Bagi Item Tiga 55 4.10 Taburan Skor Bagi Item Empat 56 4.11 Taburan Skor Bagi Item Lima 56 4.12 Taburan Skor Bagi Item Enam 57 4.13 Taburan Skor Bagi Item Tujuh 57 4.14 Taburan Skor Bagi Item Lapan 58 4.15 Taburan Skor Bagi Item Sembilan 58 4.16 Taburan Skor Bagi Item Sepuluh 59

xiii 4.17 Taburan Skor Bagi Item Sebelas 59 4.18 Taburan Skor Bagi Item Dua Belas 60 4.19 Taburan Skor Bagi Item Tiga Belas 60 4.20 Taburan Skor Bagi Item Empat Belas 61 4.21 Taburan Skor Bagi Item Lima Belas 61 4.22 Taburan Skor Bagi Item Enam Belas 62 4.23 Taburan Skor Bagi Item Tujuh Belas 62 4.24 Taburan Skor Bagi Item Lapan Belas 62 4.25 Taburan Skor Bagi Item Sembilan Belas 64 4.26 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh 64 4.27 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Satu 65 4.28 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Dua 65 4.29 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tiga 66 4.30 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Empat 66 4.31 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lima 67 4.32 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Enam 67 4.33 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tujuh 68 4.34 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lapan 68 4.35 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Sembilan 69 4.36 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh 70 4.37 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Satu 70 4.38 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Dua 71 4.39 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Tiga 72 4.40 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Empat 72 4.41 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Lima 73

xiv 4.42 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Enam 73 4.43 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Tujuh 74 4.44 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Lapan 74 4.45 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Sembilan 75 4.46 Taburan Skor Bagi Item Empat Puluh 75 4.47 Taburan Skor Bagi Item Empat Puluh Satu 76 4.48 Analisis keseluruhan bagi persoalan kajian yang pertama 4.49 Analisis keseluruhan bagi persoalan kajian yang kedua 4.50 Analisis keseluruhan bagi persoalan kajian yang ketiga 76 77 78

xv SENARAI SINGKATAN FP - Fakulti Pendidikan FTI - Fakulti Tamadun Islam S - Setuju SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) SPSS - Statistical Package for Social Science SS - Sangat Setuju STS - Sangat Tidak Setuju KS - Kurang Setuju TS - Tidak Setuju UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia UTM - Universiti Teknologi Malaysia UM - Universiti Malaya JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia SWT - Subhanahu Wa Taala IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A B TAJUK Soal Selidik Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat

1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Ilmu Faraid adalah satu ilmu yang telah disyariatkan oleh Islam sejak zaman Rasulullah SAW. Ilmu ini juga merupakan ilmu yang banyak dan ilmu yang utama akan dicabut dari umat Islam. Rasulullah bersabda bahawa : Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkanlah ilmu itu kepada manusia kerana ilmu ini adalah separuh daripada ilmu syariat dan ilmu ini yang akan pertama kali dilupakan dan paling awal sekali dicabut dari umatku ( Hadis Shahih riwayat al-hakim, al-baihaqi dari Abu Huraira) Sumber ilmu ini adalah berasal daripada al-quran, Hadis dan Ijmak. Dan diantara dalilnya dari surah an-nisa ayat 7 :.

2 Maksudnya : Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu, iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah). Ilmu Faraid juga disebut sebagai ilmu mawaris yang bermaksud kaedah-kaedah pembahagian harta menurut hukum Fiqh yang dipakai untuk mengetahui bahagianbahagian yang menjadi hak setiap ahli waris didalam harta warisan. Ilmu Faraid merupakan ilmu yang sangat penting dalam Islam. Rasulullah meletakkan ilmu ini ditempat yang sangat tinggi berbanding dengan ilmu-ilmu yang lain. Sabda baginda daripada Abdullah bin Amru bin Al-Asr yang bermaksud : Ilmu itu ada tiga, selainya adalah kelebihan. Iaitu ayat Muhkamah, sunnah yang sahih diriwayatkan daripada Rasullulah SAW dan ilmu untuk membahagikan harta pusaka yang adil. Oleh itu, Islam sangat mengambil berat supaya setiap orang Islam berusaha mempelajari ilmu Faraid dan mengajarkannya kepada orang lain kerana ilmu faraid adalah ilmu yang pertama diangkat. Hadith riwayat al-hakim, Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkan ianya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian dari ilmu yang banyak. Tetapi malangnya ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut dari umatku. Kerana ilmu demikian ilmu Faraid adalah ilmu yang perlu ada pada setiap diri individu. 1.2 Latar Belakang Masalah Dewasa ini sering kita lihat bahawa masalah pembahagian harta pusaka semakin meruncingkan. Ini adalah kerana sikap tamak dan ketidakadilan sebahagian pihak dalam menyelesaikan masalah dalam pembahagian harta. Lazimnya masalah ini dipengaruhi oleh sikap negatif masyarakat itu sendiri yang tidak mempedulikan nilai-nilai kemanusiaan sebagaimana yang telah digariskan dalam hukum syarak. Sekiranya

3 meninggalnya seseorang hamba Allah, segala harta yang ditinggalkan akan dibahagi kepada waris-waris yang layak. Dari situlah segelintir manusia bergaduh sesama sendiri untuk menuntut lebih dari hak masing-masing Sebelum bermulanya proses pembahagian harta pusaka, terlebih dahulu diselesaikan beberapa hak yang wajib dilaksanakan seperti zakat, hutang, belanja pengurusan mayat dan wasiat. Selepas sudah melaksanakan hak tersebut, barulah harta peninggalan si mati boleh dibahagikan kepada waris yang layak. Bermulanya pembahagian harta pusaka maka berlakunya pelbagai masalah yang tidak diingini. Masalah pembahagian harta boleh membuatkan sesuatu hubungan kekeluargaan dan hubungan persaudaraan akan terputus dan terpisah. Mereka tidak mempedulikan akibat dan kesannya malah hanya mementingkan dan memuaskan kehendak dan keperluan diri masing-masing. Terdapat juga isu yang berkaitan dalam perebutan harta pusaka seperti yang berlaku di Pasir Puteh Kelantan dimana berlakunya konflik keluarga menyebabkan seorang lelaki mengambil tindakan merobohkan sebahagian rumah adik perempuannya menggunakan jengkaut bagi mengosongkan kawasan terbabit kerana dibina dalam lot tanah miliknya di Kampung Selinsing. ( Berita Harian Online, 9 Ogos 2010) Untuk menangani persengketaan dan permusuhan yang tercetus akibat harta pusaka, maka Islam telah meletakan peraturan supaya segala persengketaan atau rasa ketidakpuasan hati dikembalikan mengikut hukum Allah. Hal ini kerana, hukum Allah telah menggariskan soal pembahagian harta warisan dalam ilmu Faraid. Ia telah diatur begitu rapi dan sistematik sehingga tiada syak kepada sesiapa yang berhak menerima harta warisan dan bilangan kadarnya. Masyarakat seharusnya mempelajari dan mengambil berat agar tidak timbulnya fitnah harta dan membahagikan harta pusaka dengan cara yang baik. Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 180 :

4 Maksudnya : Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. Sumber utama sekiranya masalah ini terjadi, kebiasaannya masyarakat akan merujuk kepada ustaz-ustaz atau ahli jawatankuasa kampung yang berada di kawasan masing-masing. Tetapi tidak semua penyelesaian yang diberikan adalah tepat, malahan masalah tersebut seterusnya akan diajukan ke pejabat agama. Dari sini kita lihat, bukan senang hendak menyelesaikan masalah pusaka kerana tidak ramai yang arif dalam bahagian ini. Dengan itu sukar untuk mencari orang yang betul-betul mahir dalam ilmu Faraid. Menurut Md Ghazali Ibrahim (2009) orang yang betul-betul mahir di dalam bidang ilmu Faraid kebanyakkan telah tiada, kebanyakkan telah meninggal dunia. Rasullulah pernah bersabda bahawa ilmu Faraid adalah sebahagian dari ilmu yang banyak, ilmu yang dilupakan dan juga ilmu yang akan mula-mula dicabut dari kita. Ilmu yang banyak bermaksud ilmu yang terdapat padanya ilmu-ilmu lain. Contohnya di dalam mempelajari ilmu Faraid, mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu nasab dan ilmu matematik. Ini kerana di dalam menyelesaikan masalah di dalam faraid, kedua-dua ilmu ini sangat diperlukan. Di dalam ilmu nasab, perlu mengetahui ilmu yang berkaitan dengan nikah, cerai, dan talak. Pernikahan akan menentukan nasab samada baik atau tidak. Pernikahan yang sah akan menetukan waris samada layak atau tidak menerima harta pusaka. Manakala di dalam ilmu matematik pula, ilmu yang menyelesaikan asal masalah melalui kira-kira.

5 Oleh itu peranan masyarakat terutamanya dikhususkan kepada golongan yang menjadi tumpuan dan perhatian masyarakat diantaranya adalah para pendidik. Golongan ini haruslah bekerja lebih keras dalam bidang ini kerana masyarakat pasti akan mencari dan memilih para ilmuan untuk dijadikan tempat rujukan mereka yang pertama. 1.3 Pernyataan Masalah Pada masa sekarang, sebahagian masyarakat Islam sekarang hanya mementingkan keperluan dan kepentingan hak masing-masing tanpa memikirkan masyarakat disekelilingnya. Terutamanya dalam pembahagian harta pusaka. Ini kerana kurang kefahaman dan penjelasan yang mendalam tentang ilmu Faraid. Dengan itu muncul pelbagai masalah seperti pergaduhan, perselisihan serta mewujudkan permusuhan antara satu sama lain. Melalui perbincangan di atas jelaslah bahawa masalah ini adalah masalah penting yang perlu dikaji. Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kefahaman, faktor-faktor ilmu Faraid ditinggalkan dan persepsi dikalangan pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Islam) terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru pendidikan Islam. Ini adalah kerana pelajar tahun 4 yang bakal menamatkan pelajaranya dan juga bakal pelapis ilmuan dan para pendidik yang menjadi rujukan masyarakat di masa sekarang. 1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar 4SPI terhadap ilmu Faraid

6 1.4.2 Mengenalpasti faktor-faktor mengapa ilmu Faraid ditinggalkan 1.4.3 Mengenalpasti persepsi pelajar 4SPI terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru pendidikan Islam 1.5 Persoalan Kajian 1.5.1 Apakah tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar 4SPI terhadap ilmu Faraid? 1.5.2 Apakah faktor-faktor ilmu Faraid ditinggalkan? 1.5.3 Apakah persepsi pelajar 4 SPI terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru pendidikan Islam?