Kesan Pewartaan Zakat ke atas Kepatuhan Membayar Zakat di Baitulmal: Kajian Kes Zakat Pendapatan di Acheh

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

KESEDARAN DAN KEPATUHAN WANITA TERHADAP PEMBAYARAN ZAKAT EMAS PERHIASAN DI SELANGOR

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PENSWASTAAN INSTITUSI ZAKAT DAN KESANNYA TERHADAP PEMBAYARAN SECARA FORMAL DI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

Mohd Faisol Ibrahim 1 ABSTRAK

The Comparison Between Zakat for Income and Income Tax: Perceptions of Academician in The State of Perak

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

PEMERKASAAN SISTEM ZAKAT DI MALAYSIA: PERMASALAHAN DAN CADANGAN PELAKSANAAN

KEBERKESANAN MEDIUM MAKLUMAT SEBAGAI PERANTARAAN TERHADAP POTENSI BERZAKAT: KAJIAN KES GOLONGAN MUDA (PELAJAR IPT)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

Tanggungjawab dan Pelaksanaan Zakat Kalangan Minoriti Muslim Thailand

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

THE 5 th ISDEV INTERNATIONAL ISLAMIC DEVELOPMENT MANAGEMENT CONFERENCE (IDMAC 2011) Islamic Marketing & Asset Management DECEMBER 2011

CADANGAN MEWUJUDKAN LOGO PENGIKTIRAFAN ZAKAT PERNIAGAAN: KAJIAN TERHADAP USAHAWAN MUSLIM DI SELANGOR

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

KEPATUHAN ZAKAT OLEH SYARIKAT TERSENARAI AWAM DI MALAYSIA

Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok

KESAN FAKTOR INDIVIDU DAN FAKTOR PERSEKITARAN TERHADAP PEMATUHAN ZAKAT PENDAPATAN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Transcription:

PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 89 100 ISSN: 2231-962X Kesan Pewartaan Zakat ke atas Kepatuhan Membayar Zakat di Baitulmal: Kajian Kes Zakat Pendapatan di Acheh The Effect of Zakat Gazetting on the Compliance of Paying Zakat at Baitulmal: A Case Study on Income Zakat in Acheh Nazaruddin Abdul Wahid, Fakultas Syari ah Institut Agama Islam Negeri Arranirry, Banda Aceh. Zulkifli Daud Badan Kepegawaian, Pendidikan dan Pelatihan Provinsi Aceh, Banda Acheh. (Pelajar Ph.D, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 43600 UKM, Bangi, Selangor) Sanep Ahmad Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 43600 UKM, Bangi, Selangor ABSTRAK Zakat pendapatan adalah zakat yang diikhtilaf. Oleh itu, pemerintah Aceh telah mewartakan qanun yang mewajibkan zakat pendapatan melalui Qanun No. 7/2004 dan Qanun No. 10/2007, bertujuan untuk meningkatkan tahap kepatuhan dan hasil pungutan zakat. Persoalannya adalah bagaimanakah kesan pewartaan qanun tersebutterhadap kepatuhan? Apakah pula ciri masyarakat yang lebih patuh terhadap pewartaan tersebut? Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan meneliti tingkah laku kepatuhan zakat kesan daripada pewartaan zakat dan seterusnya mengidentifikasi apakah ciri dalam masyarakat Aceh yang lebih dominan mematuhi pewartaan tersebut. Kajian dilakukan terhadap muzakki dengan jumlah sampel sebanyak 452 individu dan data dianalisis berdasarkan analisis diskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa jumlah responden yang membayar zakat pendapatan melalui baitulmal adalah rendah iaitu 30.30% dan selebihnya 69.70% membayar melalui saluran lain. Disamping itu, beberapa ciri demografi responden yang didapati lebih mematuhi qanun zakat ialah kaum perempuan, golongan berumur, dan golongan lebih berpendidikan. Implikasi penting kajian ini ialah pihak baitulmal perlu menjalankan suatu strategi yang efektif dalam rangka meningkatkan tahap kepatuhan dan hasil pungutan zakat iaitu melalui program pendidikan/tarbiyah secara berterusan terutama kepada kaum lelaki, generasi muda, dan golongan yang berpendidikan rendah. Kata kunci: Qanun zakat, zakat ikhtilaf, gelagat kepatuhan zakat, strategi peningkatan kepatuhan zakat. ABSTRACT Zakat on income is unconsensess zakat. Thus the government of Acheh has gazzeted the law that obliged zakat on income through Qanun No.7/2004 and Qanun No.10/2007 with the aim to incease the level of zakat compliance vis a vis zakat collection. The question is how was the effect of the law on compliance? And what are the characteristics of people that are more comply to the law? This study aims to examine the people compliance behavior as an effect of the gazzeted zakat law and further identify the charateristics of people that are more comply to the law. The study was conducted on respondent of 452 zakat payers and being analyzed using discriptive analysis. The result shows that the rate of people paying zakat of income through baitul mal was as low as 30.30% compared to 69.70% paying directly to the asnaf. Further more, women, elderly people and more educated people are found to be more comply. The implication that can be deducted from this study is that for increasing the level of zakat compliance as well as enhancing total collection of zakat, baitulmal should implementing the strategy of educating the people especially man, the young and less educated people. Key words: Zakat law, unconsensuss zakat, zakat compliance behavior, stratgey for enhancing zakat compliance Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 7 Jun 2011

90 Nazaruddin Abdul Wahid, Zulkifli Daud, Sanep Ahmad PENDAHULUAN Zakat merupakan pembayaran yang diwajibkan oleh Islam kepada semua penganutnya yang mempunyai harta dalam berbagai bentuk sekiranya cukup syarat haul atau tempoh dan nisab atau satu jumlah minimum yang mencukupi untuk memenuhi keperluan asas selama tempoh yang dikenakan (Alhabshi, 2003). Kewajiban ini lahir kerana zakat merupakan satu diantara rukun Islam yang diwajibkan kepada individu muslim oleh Allah SWT dengan maksud untuk pembersihan dan penyucian harta bagi orang yang membayarnya (QS:At-Taubah, ayat 103) dan juga untuk menolong kaum dhu afa atau orang yang memerlukan (QS:At-Taubah, ayat 60). Oleh itu, kedudukan zakat adalah sangat penting, ianya sama sebagaimana kedudukan shalat bagi setiap orang Mukmin. Ajaran Islam memberikan peringatan dan ancaman keras terhadap orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat. Kejelasan tentang perintah kepatuhan membayar zakat membolehkan pemerintah Islam melalui institusi zakat untuk mengambil zakat secara paksa bagi individu muslim yang telah mencapai haul/nisab dan masih enggan untuk menunaikannya. Perintah pemaksaan kepada wajib zakat untuk membayarnya adalah jelas kepada jenis harta yang telah disepakati ( iktifaq) seperti zakat kepada hasil tanaman iaitu gandum, barli dan kurma, zakat ternakan iaitu unta, lembu dan kambing serta zakat galian emas dan perak. Perintah zakat kepada harta yang belum disepakati ( ikhtilaf) walaubagaimanapun terdapat sedikit perbezaan kerana terdapat sebahagian ulama yang mewajibkannya sedangkan sebahagian yang lain tidak sehingga kepatuhan untuk membayar zakat dari harta jenis ini masih berbeza menurut keadaan semasa, kepahaman individu dan persekitarannya iaitu berupa undangundang dan fatwa (Hairunnizam, et. al., 2007). Antara harta daripada kategori ini adalah harta yang diperolehi daripada pendapatan gaji, upah, sewa dan penghasilan profesi. Di Aceh, zakat pendapatan ini dikenal sebagai zakat jasa. Ianya telah diwajibkan pembayarannya melalui institusi formal pungutan zakat seperti termaktub dalam Qanun No. 7/2004 dan Qanun No. 10/2007. Pada masa ini, zakat pendapatan merupakan sumber yang sangat potensial dikembangkan di Aceh kerana struktur perekonomian Provinsi Aceh yang telah beranjak daripada sektor pertanian kepada sektor industri dan jasa/perkhidmatan. Hal ini dapat dilihat dengan meningkatnya sumbangan sektor jasa yang lebih besar berbanding dengan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Kasar Provinsi Aceh. Berdasarkan laporan Biro Pusat Statistik Aceh (2009), sumbangan sektor jasa dari tahun 2001 sampai 2008 meningkat secara purata sebesar 16.21% pertahun, sedangkan sumbangan sektor pertanian hanya meningkat sebesar 8.73% pertahun. Perkara ini juga didukung oleh jumlah penduduk Aceh yang bekerja di sektor jasa yang telah mencapai hampir 6% daripada keseluruhan penduduk Aceh (BPS,2009). ISU DAN OBJEKTIF KAJIAN Walaupun zakat pendapatan telah diwajibkan dan pembayarannya dikehendaki melalui institusi formal pungutan zakat baitulmal, namun pungutan zakat jenis ini di Acheh masih menunjukkan jumlah rendah berbanding dengan potensi yang ada. Dimana apabila dilihat daripada potensi yang ada, masyarakat Aceh yang bekerja di sektor jasa seperti kakitangan kerajaan, pegawai swasta, pengusaha pengangkutan, ajen pelancongan, dokter, akuntan, notaris, konsultan/perunding dan lain sebagainya telah mencapai hampir 6% daripada jumlah keseluruhan penduduk Aceh. Berdasarkan data tersebut, dianggarkan zakat pendapatan ini mempunyai potensi melebihi 150 billion rupiah dalam setahun. Namun realitinya, Baitulmal seluruh Aceh hanya dapat mengumpulkan zakat antara 30 40 bilion rupiah sahaja setiap tahun. Perkara ini menandakan bahawa respon masyarakat untuk membayar zakat pendapatan melalui baitulmal masih berada pada aras yang rendah. Fenomena ini tentunya berkaitan dengan tingkah laku kepatuhan individu untuk melakukan pembayaran melalui institusi formal tersebut. Individu dikatakan cenderung melakukan pembayaran secara terus kepada asnaf penerima seperti kebiasaan yang telah mereka lakukan pada masa sebelum qanun zakat dikuatkuasakan. Sesuai dengan qanun Aceh, maka perkara ini dapat dikatakan sebagai bocoran bagi penerimaan pendapatan daerah kerana hasil pungutan zakat telah dijadikan sebagai salah satu komponen penerimaan pendapatan daerah dan Baitulmal telah diiktiraf sebagai institusi formal pungutan zakat. Strategi tertentu perlu dikenalpasti bagi dilaksanakan untuk tujuan menambahkan kepatuhan masyarakat dan seterusnya menambahkan hasil kutipan zakat pendapatan. Apakah straegi tersebut dan apakah fokus tindakan yang perlu dilakukan? Bagi mengenalpasti apakah strategi yang sesuai maka kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti apakah ciri khusus gelagat masyarakat yang perlu diberi perhatian untuk menambahbaik tahap kepatuhan. Oleh itu, perlu dilakukan suatu kajian untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor atau ciri demografi masyarakat Aceh yang mungkin perlu diberi tumpuan bagi mempengaruhi aras kepatuhan pembayaran zakat melalui baitulmal sehingga dapat

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 91 meningkatkan hasil pungutan zakat. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk meneliti tingkah laku kepatuhan zakat kesan daripada pewartaan zakat dan seterusnya mengenalpasti apakah ciri dalam masyarakat Aceh yang lebih dominan mematuhi pewartaan tersebut. TINJAUAN LITERATUR Zakat merupakan sistem dan kefardhuan Ilahi dan ianya bukanlah ciptaan manusia dan secara umum zakat merupakan suatu ibadah sebagaimana kewajiban ibadah yang lain seperti shalat, puasa dan haji. Oleh itu, sesiapa yang ingin mengamalkannya perlu kepada kekuatan dan keyakinan diri terhadap sistem tersebut. Mengerjakan amalan zakat menjadi ibadah dan mendapat pahala jika diniatkan ikhlas kerana Allah. Disamping itu, zakat juga menjadi alat jaminan sosial di peringkat dasar, menyelesaikan sebahagian masalah sosio-ekonomi masyarakat dan menjadi tapak yang kukuh kepada pembangunan ummah dan negara. Keberkesanan pelaksanaannya bergantung kepada komitmen semua pihak, sama ada masyarakat mahupun kerajaan. Bagi orang Islam yang tergolong wajib zakat, sama ada membayar mahupun tidak, ianya sangat berkait dengan masalah ketaatan. Menurut Qardhawi (1998), Aidit (1998) dan Hamid (1998) bahawa dalam melakukan amalan agama termasuk dalam hal membayar zakat, faktor ketaatan amat berkait dengan kefahaman dan keimanan seseorang terhadap konsep dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam ajaran agama itu sendiri. Oleh itu, faktor keimanan dan kefahaman terhadap ajaran agama sangatlah penting dalam menentukan apakah seseorang menunaikan kewajiban agamanya. Hailani (2005) menyatakan bahawa memahami zakat dalam konteks harta semasa menjadi suatu tanggungjawap kepada setiap ummat Islam. Bagaimanapun ia perlu kepada kefahaman asas sistem zakat termasuk konsep, prinsip/pensyariatan dan instrumen yang menjadi alat penilai bagi melihat apakah bentuk harta yang menjadi tumpuan pengenaan zakat. Adanya kefahaman yang jelas dan tuntas mengenai konsep dan prinsip asas dalam sistem zakat tersebut sangatlah diperlukan supaya apa yang dilakukannya dapat memberi kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara. Konsep, prinsip/pensyariatan dan kaedah dalam sistem zakat telah wujud dan dibincang secara detail oleh para fuqaha terdahulu, dan menjadi panduan kepada pengamal dasar kemudiannya untuk memilih mana satu pandangan yang sesuai untuk dilaksanakan mengikut keperluan, keutamaan dan kesesuaian masa dan tempat. Di Indonesia, perkara ini telah pun ditetapkan dalam panduan zakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Departemen Agama Republik Indonesia dengan mengambilkira pandangan kepada ke empat-empat mazhab iaitu Syafi i, Hanafi, Hambali dan Maliki. Definisi zakat Zakat adalah rukun ketiga daripada rukun Islam yang lima, ianya termaktub di dalam Al Qur an dan As-Sunnah. Dari segi bahasa, perkataan zakat merupakan kata dasar (masdar) dari zakà yang bererti tumbuh (nama ), berkembang, berkah, dan bersih (Qardhawi, 1987), baik dan kepujian (Ibn Manthur, 1990), menyuburkan (Hasbi, 1991) serta bisa diertikan sebagai menyucikan atau membersihkan (QS. At Taubah : 103). Sehingga bagi orang yang mengeluarkan zakat, hati, jiwa dan kekayaannya akan menjadi bersih. Seseorang yang membayar zakat kerana keimanannya niscaya akan memperolehi kebaikan yang banyak. Allah SWT berfirman dalam al Qur an Surat At Taubah ayat 103 : Ambillah sedekah (zakat) dari harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka. Sesungguhnya do a engkau itu menjadi ketenangan (hati) mereka. Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui. Erti menyucikan, bermakna bahawa kekayaan yang dikeluarkan zakatnya, akan menyucikan kekayaan dan jiwa atau mental orang yang mengeluarkan zakat tersebut. Sedangkan erti bertambah bermakna bahawa zakat dapat menambahkan pendapatan samada bagi yang menerimanya mahupun bagi pembayar zakat. Perkara ini disebabkan kerana peningkatan pendapatan bagi penerima zakat daripada harta zakat akan dapat meningkatkan penggunaan mereka. Dalam analisis melalui pendekatan algebra, Munawar (1985) mendapati bahawa marginal propensity to consume (MPC) dan kecenderungan mengguna purata golongan fakir dan miskin (asnaf penerima zakat) adalah lebih tinggi berbanding dengan orang-orang kaya (muzakki). Oleh itu, perlaksanaan zakat dapat meningkatkan marginal propensity to consume (MPC) dan mengguna purata secara agregat dalam suatu negara. Dengan kecenderungan mengguna yang meningkat tersebut, maka akan meningkatkan pula pengeluaran yang pada akhirnya akan menambah pendapatan atau kekayaan bagi orang-orang yang terlibat dengan sistem pengeluaran seperti pemilik-pemilik perusahaan yang umumnya terdiri daripada

92 Nazaruddin Abdul Wahid, Zulkifli Daud, Sanep Ahmad golongan pembayar zakat. Daripada kajian yang dilakukan oleh Saharuddin, et.al. (2002) pula didapati bahawa marginal propensity to consume (MPC) setelah dimaksukkan komponen zakat adalah lebih tinggi yang bermakna bahawa zakat merupakan elemen penting dalam penggunaan agregat bagi menentukan pertumbuhan ekonomi. Daripada sudut terminologi syari ah, zakat dapat diertikan sebagai kewajiban keatas sejumlah harta tertentu untuk golongan tertentu dan dalam waktu tertentu (Mahadzir, 2005). Zakat juga dapat diertikan sebagai harta yang wajib dikeluarkan apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh agama, dan diagihkan kepada orang-orang yang telah ditentukan pula, iaitu delapan golongan yang berhak menerima zakat sebagaimana yang disebut dalam Al Qur an (Iskandar, 2006 ; Hafidz, 1993). Ke delapan asnaf penerima zakat yang telah ditentukan iaitu seperti dalam firman ALLAH SWT dalam Surat At Taubah, ayat 60: Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, penguruspengurus zakat, Para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Sememangnya para fuqaha memberi pengertian yang berbeza di dalam persoalan zakat. Para fuqaha As-Syafieyyah mentakrifkan zakat sebagai berikut : suatu nama bagi pengeluaran barangan yang tertentu daripada harta yang tertentu dengan sifat yang tertentu bagi golongan yang tertentu (Mawardi, 1994). Para fuqaha Al-Hanabilah pula mengertikan zakat sebagai : suatu hak yang wajib pada harta yang tertentu bagi golongan yang tertentu dan pada waktu yang tertentu (Zarkasyi, 1993). Selanjutnya para fuqaha Al-Malikiyyah mentakrifkan zakat sebagai : pengeluaran sebagian yang tertentu daripada harta yang tertentu yang mencukupi nisab bagi golongan tertentu (Kandahlawi, 1997). Manakala para fuqaha Al-Hanafiyyah pula mentakrifkan zakat sebagai : suatu nama bagi perbuatan menunaikan hak yang diwajibkan bagi harta yang diperhitungkan kewajibannya tentang persoalan haul dan nisab (Kasani, 1997). Berdasarkan kepada takrifan-takrifan tersebut, maka secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa zakat adalah : Penyerahan wajib sebagian daripada harta kekayaan yang ditentukan oleh syara kepada golongan yang berhak menerimanya bagi mencari keredhaan Allah SWT serta penyucian diri dan harta kekayaan demi membangunkan masyarakat berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh syara atau pengeluaran harta dalam kadar tertentu daripada harta yang tertentu bagi faedah kalangan yang berhak menerimanya (Qudamah, 1968). Pensyariatan zakat Zakat dapat dikatakan sebagai ibadah yang menyangkut harta benda dan berfungsi sosial dan telah dikenal dalam agama wahyu yang di bawa oleh para rasul terdahulu. Dalam al Qur an Surat Al- Ambiya ayat 73 Allah SWT berfirman: Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada kamilah mereka selalu menyembah. Namun kewajiban zakat itu bagi kaum muslimin baru diperintahkan secara tegas dan jelas pada ayat-ayat yang diturunkan di kota Madinah (Hailani, 2006; Zamzuri, 2006). Kewajiban diperkuat oleh sunah Nabi Muhammad SAW, baik mengenai nisab, haul, syarat-syarat, jenis, tatacara dan bentuk pelaksanaannya. Sebagai suatu hukum yang diperintahkan oleh agama, zakat mempunyai aturan dalam pelaksanaannya, diantaranya syarat-syarat zakat iaitu milik sempurna, berkembang, cukup nisab, lebih daripada keperluan biasa, dan cukup haul. Pembayaran zakat hanya dibuat oleh seseorang Muslim dari harta pendapatan, perniagaan, tanaman dan ternakannya baik dalam bentuk uang atau bijian atau ternakan, dalam tempo tertentu (haul) atau telah cukup nisabnya supaya membayar persentase tertentu (2.5 persen atau 5 persen atau 10 persen) bergantung kepada jenis harta, yang diserah kepada pihak berkuasa yang mengutip zakat, untuk diagihkan kepada 8 asnaf penerima zakat. Perhal asnaf penerima zakat disebutkan dalam al Quran secara terang (sarih), namun al Quran tidak memberikan ketegasan tentang jenis kekayaan yang diwajibkan zakat dan syarat-syarat apa yang mesti dipenuhi serta berapa besar yang harus dizakatkan, perkara tersebut hanya dijelaskan oleh hadist. Memang terdapat beberapa jenis kekayaan yang disebutkan dalam al Qur an seperti emas dan perak ( QS. At Taubah ayat 34), tanaman dan buahbuahan (QS. Al An am ayat 141), penghasilan daripada usaha yang baik-baik (QS. Al Baqarah ayat

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 93 267), namun demikian lebih daripada itu al Qur an hanya merumuskannya dengan rumusan yang umum iaitu kekayaan seperti firman Allah SWT dalam Surat At Taubah ayat 103 iaitu Pungutlah olehmu zakat dari kekayaan mereka... (Mahmud, 1973). Menurut Qardhawi (1987), yang dimaksud dengan kekayaan mestilah terdapat dua syarat iaitu dipunyai/dimiliki dan boleh diambil manfaat daripadanya. Dalil-dalil pensyariatan zakat dalam al Qur an antara lain terdapat dalam Surat Al Baqarah ayat 43, 83, 110, 177, 254 dan 267, dalam Surat An Nisa ayat 77, Surat Al Haj ayat 78, Surat An Nur ayat 56, Surat Al Ahzab ayat 33, Surat Al Mujadalah ayat 13, Surat Az Zumar ayat 57, Surat Ali Imran ayat 133 dan 134. Surat At Taubah ayat 103, Surat Al An am ayat 141, Surat Adz Dzariat ayat 19. Dan hadist, antara lain Islam didirikan di atas lima dasar, mengikrarkan bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah SWT dan Muhammad Rasulullah, mendirikan shalat, membayar zakat, berhaji bagi sesiapa yang mampu dan berpuasa pada bulan ramadhan (Sahih Muslim). Setiap orang Islam diwajibkan zakat. Mereka berkata kepada rasulullah : Wahai Nabi Allah, kalau kami tidak memiliki harta bagaimana? Jawab Baginda : Berusahalah kamu dengan sepenuh tenaga bagi menyara diri, kemudian bayarlah zakat... (Sahih Al Bukhari dan Al Nasa i). Pelaksanaan zakat pendapatan di Aceh Perkembangan teknologi yang sangat cepat pada beberapa dekad kebelakangan ini telah membawa perubahan yang besar pula kepada berbagai aspek kehidupan manusia. Dengan teknologi, manusia telah mampu meneroka pelbagai kekayaan alam seperti menggali mineral, minyak daripada perut bumi dan berbagai aktiviti lainnya yang bernilai dan membawa manfaat kepada manusia. Oleh itu, kehidupan masyarakat sekarang telah jauh berbeza dengan kehidupan zaman awal Islam yang berimplikasi kepada transformasi jenis usaha, pekerjaan dan penghasilan yang diperolehi. Perkara ini telah menyebabkan para fuqaha mempersetujui bahawa bidang zakat perlu diperluas kepada bentuk-bentuk harta kekayaan baru yang diperolehi di zaman moden ini utamanya mengenai zakat ke atas jenis-jenis harta yang berkembang. Mengenai ketentuan, kadar dan zakat ke atas jenis-jenis harta yang berkembang seperti zakat ke atas pendapatan (gaji, upah, pendapatan profesi dan lain-lain) pada zaman moden ini masih terdapat perbezaan pandangan para fuqaha. Perbezaan pandangan ini menurut Mujaini (2000) dikategorikan ke dalam 3 golongan pandangan, iaitu (1). Golongan yang bertegas mengatakan bahawa zakat gaji dan pendapatan tidak ada dalil tetapi orang yang berkemampuan digalakkan menyumbang kepada individu atau institusi. Pemberian ini dianggap sumbangan sahaja, bukan zakat kerana zakat merupakan ibadah yang tidak boleh ditambah atau dikurang. (2). Golongan yang mewajibkan zakat gaji dan pendapatan berdasarkan kepada hujah maslahah. Zakat ini mempunyai kepentingan umum dan khusus kepada kebajikan pembayar zakat dan penerimanya. Oleh itu, tidak salah bagi pemerintah untuk mengenakan kutipan zakat dari sumber gaji dan pendapatan kepada orang Islam. (3). Golongan yang mewajibkan zakat gaji dan pendapatan berdasarkan nas wahyu al Qur an, hadist dan ijtihad. Oleh itu, menjadi kesalahan pemerintah jika mengabaikan zakat ini. Mengenai zakat pendapatan yang di Aceh dikenali sebagai zakat jasa, diertikan sebagai upah kerja yang dibayar dalam waktu yang tetap, bulanan atau mingguan. Dalam menetapkan kewajiban atas zakat pendapatan/jasa, Majelis Ulama Indonesia (MUI) Aceh mengertikan penghasilan jasa adalah sebagai hasil atau bayaran yang diperolehi seseorang sebagai imbalan daripada guna/manfaat sesuatu seperti gaji, upah, sewa, penghasilan profesi, elaun, dan bonus daripada apa-apa pekerjaan dan jasa baik yang profesional maupun bukan profesional (MUI Aceh, 1983). Bentuk penghasilan yang paling populer pada masa kini adalah apa yang diperolehi dari pekerjaan dan profesi. Menurut Qardhawi (2001), pekerjaan yang tergolong dalam perkhidmatan dan menghasilkan wang ada 2 macam (1). Pekerjaan yang dikerjakan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain, berkat kepakaran tangan dan minda. Penghasilan dengan cara ini dinamakan penghasilan profesional seperti penghasilan dokter, enjiner, seniman dan lain-lain. (2). Pekerjaan yang dikerjakan seseorang untuk orang lain, baik untuk pemerintah, perusahaan mahupun perorangan dengan memperolehi upah, gaji atau elaun, samada dengan menggunakan tangan ataupun minda ataupun kedua-duanya sekali. Ijtihad mengenai kewajiban zakat pendapatan di Aceh telahpun dimulai sejak tahun 1978. Melalui fatwa ulama Aceh yang diputuskan dalam sidang komite hukum Majelis Ulama Indonesia (MUI) Aceh pada 10 sya ban 1396 H/16 Julai 1978 M dan secara rasminya melalui fatwa MUI Aceh No. 01/1983M/1403H tahun 1983 dan diperbaharui dengan fatwa MUI Aceh No. 01 tahun 1994M/1414H iaitu dengan menetapkan tentang kewajiban membayar zakat pendapatan (gaji, upah, sewa dan penghasilan profesi) dengan ketentuan zakat dikenakan ke atas penghasilan bersih yang selama satu tahun mencapai nisab sebesar 94 gram emas tulin dan kadar zakatnya 2.5%. Penetapan ini

94 Nazaruddin Abdul Wahid, Zulkifli Daud, Sanep Ahmad berdasarkan kepada berbagai pertimbangan dan pemikiran diantaranya zakat bukan saja merupakan ibadah semata-mata (ibadah mahdah), tetapi juga merupakan ibadah ghairu mahdah iaitu disamping keperluan ibadah terdapat pula kepentingan sosial masyarakat. Mengenai kewajiban zakat pendapatan ini sebenarnya terdapat dua pandangan daripada ulama-ulama di Aceh iaitu ; pertama, pandangan yang mengatakan tidak wajib. Para ulama yang berpandangan demikian beralasan bahawa ayat-ayat yang memerintahkan kewajiban zakat dari harta yang merupakan rezeki daripada Allah SWT sebagai imbalan usaha manusia adalah bersifat umum seperti yang di wahyukan dalam al-qur an Surat Al Baqarah ayat 154 dan 267, Surat Ali Imran ayat 92, Surat Al Isra ayat 26 dan 29 dan Surat Az Zariyat ayat 23 dan 24. Kesemua ayat-ayat tersebut menyatakan tentang zakat secara umum dan telah dikhususkan oleh hadis-hadis iaitu yang diwajibkan zakat adalah emas, perak, unta, lembu, kambing, gandum, tamar dan lain-lain. Sedangkan mengenai kewajiban zakat pendapatan seperti gaji tidak dinyatakan secara tegas dalam hadis-hadis tersebut. Pandangan kedua pula menyatakan bahawa pendapatan seperti gaji wajib dizakatkan. Berdasarkan wahyu Allah SWT dalam al-qur an seperti yang telah dinyatakan di atas, Allah SWT memerintahkan secara umum dan tegas serta berulang-ulang supaya harta al amwal yang diberikan oleh Allah SWT, sebagai usaha manusia wajib diinfaqkan. Infaq wajib ini dimaknai dengan zakat sepertimana halnya perkataan sadaqah dalam Surat At Taubah ayat 60 dan 103 (Nazaruddin, 1999). Adapun keputusan (fatwa) MUI Aceh mengenai kewajiban pembayaran zakat pendapatan adalah bersandarkan kepada pandangan kedua di atas, iaitu segala jenis harta yang diperolehi dengan cara-cara yang halal, sekiranya telah mencapai nisab dan haul maka wajib dizakatkan samada harta tersebut diperolehi dari usaha pertanian, peternakan, perniagaan dan lain-lain termasuk hasil usaha dengan memberikan perkhidmatan. Kajian lepas Perbincangan mengenai persoalan hukum pelaksanaan, ketentuan pengenaan (kadar nisab dan haul), kutipan dan agihan serta perlu tidaknya dikenakan zakat ke atas harta di iktilaf merupakan antara hal yang sangat penting dalam mencari sumber zakat baru. Perbincangan tersebut diperlukan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dalam usaha peningkatan perolehan kutipan zakat. Disamping itu, kewajiban zakat ke atas jenis harta ini masih terdapat perbezaan pandangan para fuqaha seperti yang telah dibincangkan oleh Qardhawi (1987), Sabiq (1981), dan Zuhaili (1994). Perbezaan pandangan tersebut telah memberi pengaruh kepada kepatuhan individu untuk membayar zakat dari harta jenis ini (Hairunnizam, et. al., 2007). Menurut Hailani (2006), banyak sumber hasil pada masa ini wajar dipertimbangkan zakat berdasarkan kepada illah zakat sebagaimana dikehendaki fiqh. Untuk itu, diperlukan pemahaman yang lebih dinamis terhadap harta-harta yang dikenakan zakat (Monzer, 1995;1999). Faktor pemahaman dan pengetahuan zakat ini, menurut penelitian Hamid (1998), Mohd. Ali, et.al. (2003) dan Sanep, et.al. (2005) memberi kesan keatas pembayaran zakat. Faktor pemahaman zakat sangat penting bagi meningkatkan kesedaran dan kepatuhan pembayar zakat dalam menunaikan kewajibannya. Sebagaimana yang didapati dari penelitian Sanep dan Hairunnizam (2003) iaitu sebagian besar individu kini bersedia membayar zakat sekalipun kepada harta di iktilaf wajib zakat disebabkan faktor kepahaman tentang zakat. Dalam kajian lainnya, Mohd. Ali, et.al. (2003) mendapati bahawa beberapa faktor penting telah diketahui mempengaruhi kesadaran individu iaitu jantina, jumlah tanggungan, tahap pendidikan, pengetahuan zakat pendapatan, fungsi Pusat Pungutan Zakat, pengetahuan agama dan komitmen terhadap islam (iman). Disamping itu, Kamil (2002) mendapati bahawa faktor jantina, umur, tanggungan keluarga, gaji, persepsi terhadap undang-undang zakat gaji, persepsi terhadap kualitas pelayanan institusi zakat, promosi zakat, pengetahuan tentang zakat gaji dan sikap penerimaan berhubung secara positif dengan kepatuhan terhadap pembayaran zakat gaji. Selanjutnya penelitian yang dilakukan oleh Sanep dan Hairunnizam (2005) mendapati bahawa beberapa pembolehubah telah diketahui mempengaruhi secara signifikan terhadap pembayaran zakat pertanian di beberapa negeri di Malaysia. Dengan menggunakan model logistik didapati bahawa faktor umur, pengetahuan agama, jumlah tanggungan dan kepahaman zakat memberi pengaruh kepada hasil penelitian. Disamping itu, penelitian Hairunnizam, et.al. (2007) pula menyimpulkan bahawa kesedaran membayar zakat pendapatan di Malaysia dipengaruhi secara signifikan oleh faktor jantina, umur, status perkahwinan, pendidikan, pendapatan dan pola pemotongan gaji untuk zakat. Kajian lainnya yang berhubungan dengan gelagat kepatuhan individu dalam pembayaran zakat adalah seperti diteliti oleh Nur Azura, et.al. (2005). Keputusan kajian ini mendapati bahawa taraf sosial dan jumlah tanggungan memberi pengaruh yang signifikan kepada gelagat kepatuhan individu dalam mengeluarkan zakat pendapatan. Disamping itu, kepuasan terhadap pengurusan pusat zakat khususnya

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 95 bila institusi ini dapat mengagihkan dana zakat dengan baik merupakan faktor penting lainnya yang mempengaruhi kepatuhan membayar zakat kepada institusi formal. Semakin tinggi tingkat kepuasan terhadap agihan zakat kepada asnaf didapati semakin tinggi tahap kepatuhan membayar zakat kepada institusi formal (Sanep dan Hairunnizam, 2004). Oleh itu, keyakinan masyarakat terhadap pengurusan institusi zakat perlu ditingkatkan supaya individu akan membayar zakat kepada institusi formal pungutan zakat (Sanep, et.al., 2005 ; Sanep dan Hairunnizam, 2005). KEPUTUSAN KAJIAN Data dan metodologi Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data primary melalui penyebaran soal selidik. Responden merupakan individu yang dikategorikan wajib zakat pendapatan sesuai dengan fatwa Majlis Ulama Aceh, Qanun Aceh No. 7/2004 dan Qanun Acheh No. 10/2007, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan sebanding dengan 94 gram emas tulin pertahun yang diambil secara rawak di 20 kawasan kerja Baitulmal di Aceh. Setelah dilakukan kajian rintis untuk menguji realibiliti dan validiti instrumen/konstruk, maka untuk penelitian ini telah diagihkan sebanyak 525 set soal selidik dan sebanyak 452 soal selidik telah dikembalikan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan teknik analisis deskriptif iaitu dengan menggunakan jadwal peratusan berdasarkan karakteristik demografi responden. Analisis keputusan dan perbincangan Berdasarkan data demografi yang diperolehi seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1, rincian data statistik daripada 452 responden terpilih dalam kajian ini adalah sebagai berikut; sebanyak 262 responden adalah laki-laki (58%) dan selebihnya adalah perempuan (190 responden atau 42%). Daripada 452 responden tersebut, sebanyak 30.30% (137 responden) merupakan pembayar zakat pendapatan melalui institusi formal pungutan zakat (baitulmal), 5.3% (24 responden) membayar melalui institusi non formal, 2.4% (11 reponden) membayar melalui ulama atau pemuka agama, 54.20% (245 responden) melakukan pembayaran secara langsung kepada asnaf penerima dan selebihnya 7.7% (35 responden) tidak melakukan pembayaran melalui mana-mana pihak. Ini bererti bahawa majoriti responden masih belum membayar zakat pendapatan melalui baitulmal seperti dikehendaki oleh qanun Aceh. Keputusan ini selari dengan laporan daripada baitulmal Aceh (2009) yang menyebutkan bahawa masih banyak individu wajib zakat pendapatan tidak membayar melalui institusi formal pungutan zakat. Justeru itu, berdasarkan keputusan kajian ini dapat dikatakan bahawa pemberlakuan qanun zakat belum memberi pengaruh yang signifikan kepada tingkat kepatuhan individu untuk melakukan pembayaran melalui baitulmal. Walaupun diyakini bahawa qanun zakat berpengaruh secara positif terhadap kepatuhan zakat, dimana hasil pungutan zakat dikatakan terus meningkat dari tahun ke tahun setelah pemberlakuan qanun tersebut. Majoriti responden didapati lebih puas dan selesa apabila mereka membayar sendiri zakat secara terus kepada asnaf yang ada dipersekitarannya. Amalan ini sememangnya telah berlaku semenjak sebelum undang-undang yang mewajibkan individu membayar zakat melalui institusi formal pungutan zakat dikuatkuasakan. Bagi individu yang tidak membayar melalui baitulmal, mereka melakukan pembayaran melalui saluran lain seperti melalui ulama di kawasan tempat tinggalnya, melalui pengurusan masjid atau membayar terus kepada asnaf penerima yang dianggap lebih afdhal dan yakin kerana mereka telah mengenal penerimanya. Walaubagaimanapun, berdasarkan undangundang yang diberlakukan di Aceh, perbuatan tersebut adalah menyalahi daripada segi undang-undang zakat. Selanjutnya, berikut ini akan dibincangkan keputusan kajian secara deskriptif mengenai kesediaan membayar zakat melalui baitulmal menurut karakteristik demografi responden iaitu untuk melihat golongan manakah yang membayar zakat melalui baitulmal ataupun yang membayar melalui saluran lainnya. Jadual peratusan pembayaran zakat akan digunakan untuk menganalisis secara deskriptif kesediaan membayar zakat berdasarkan kategori jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan dan pengeluaran bulanan responden. Huraian secara terperinci berdasarkan aspek tersebut adalah sebagai berikut:

96 Nazaruddin Abdul Wahid, Zulkifli Daud, Sanep Ahmad Jantina Keputusan kajian mengenai kepatuhan zakat berdasarkan jantina responden dapat dilihat pada jadual 2, dengan rincian sebagai berikut; (laki-laki), yang merupakan pembayar zakat pendapatan melalui institusi formal pungutan zakat (baitulmal) adalah sebanyak 71 responden (27.10%) daripada 262 responden, membayar melalui institusi non formal sebanyak 16 responden (6.11%), membayar melalui ulama sebanyak 8 responden (3.05%), membayar secara terus kepada asnaf sebanyak 150 responden (57.25%), dan selebihnya sebanyak 17 responden (6.50%) tidak membayar zakat; (perempuan), yang merupakan pembayar zakat pendapatan melalui institusi formal pungutan zakat (baitulmal) adalah sebanyak 66 responden (34.74%) daripada 190 responden, membayar melalui institusi non formal sebanyak 8 reponden (4.21%), membayar melalui ulama sebanyak 3 reponden (1.58%), membayar secara terus kepada asnaf sebanyak 95 reponden (50%), dan selebihnya sebanyak 18 reponden (9.47%) tidak membayar zakat. Keputusan ini menandakan bahawa laki-laki mempunyai tahap kepatuhan membayar zakat melalui baitulmal yang relatif lebih rendah berbanding dengan tahap kepatuhan perempuan, dimana laki-laki yang patuh hanya sebanyak 27.10%, manakala perempuan sebanyak 34.74%. Perkara ini disebabkan laki-laki berpandangan bahawa ianya tidak akan menerima apa-apa risiko apabila tidak membayar zakat melalui baitulmal kerana walaupun telah ada qanun zakat dan ancaman hukuman seperti sebatan bagi yang tidak membayarnya, namun ianya tidak pernah dikuatkuasakan. Berbeza halnya dengan perempuan, hasil kajian lanjut keatas jawapan daripada pertanyaan terbuka dalam soal selidik didapati bahawa kebanyakan responden perempuan mahu membayar zakat melalui baitulmal kerana takut pihak institusi formal akan melaksanakan ancaman denda bila-bila masa sahaja, sehingga berkemungkinan mereka akan menghadapi risiko hukuman tersebut. Keputusan kajian ini dapat dijelaskan dari aspek teori psikologi, yang menyatakan bahawa lazimnya laki-laki dan perempuan adalah berbeza daripada pelbagai aspek seperti sikap, minat, dan kemahiran (Aziz, 2003). Perkara ini disebabkan kerana lingkungan tumbuh dan berkembangnya individu berdasarkan jantina adalah berbeza. Keputusan kajian juga selari dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Mohd. Ali, et.al. (2003) dan Hairunnizam, et.al. (2007) yang mendapati bahawa jantina mempengaruhi kepatuhan zakat. Disamping itu, kebanyakan keputusan kajian di bidang cukai juga mendapati keputusan bahawa jantina berpengaruh terhadap kepatuhan cukai, seperti kajian yang dilakukan oleh Baldry (1987) yang mendapati bahawa laki-laki lebih cenderung mengelak daripada membayar cukai. Berdasarkan keputusan kajian dan huraian diatas dapat dirumuskan bahawa faktor jantina memberi kesan kepada kepatuhan zakat, dimana kecenderungan bahawa laki-laki mempunyai tahap kepatuhan yang rendah berbanding dengan perempuan. Umur Berdasarkan kategori umur responden, keputusan kajian dapat dilihat pada jadual 3. Dalam jadual tersebut ditunjukkan bahawa tahap kepatuhan zakat tertinggi adalah pada responden yang berumur 40 ke 50 tahun, iaitu sebanyak 34.88% (45 orang) daripada 129 orang responden yang terpilih dalam kategori umur ini. Manakala tahap kepatuhan terendah pula pada responden dengan kategori umur antara 20 ke 30 tahun iaitu sebanyak 20.93% atau sebanyak 18 orang daripada 86 orang responden dalam kategori umur ini. Ini menandakan bahawa peringkat umur 40 ke 50 tahun merupakan mereka yang mempunyai tahap kesediaan yang agak baik berbanding dengan peringkat umur yang lain. Ini bererti bahawa kecenderungan umur responden yang semakin meningkat memberi pengaruh kepada peningkatan kesediaan mereka untuk membayar zakat melalui baitulmal. Keputusan kajian seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3 menunjukkan bahawa tahap kepatuhan pembayaran zakat ternyata konsisten mengikut peningkatan umur responden. Semakin meningkat umur responden maka semakin cenderung mereka mematuhi pembayaran zakat melalui baitulmal. Sememangnya, peningkatan umur responden akan dapat meningkatkan kepahaman dan kesediaan membayar zakat seperti dapatan kajian yang dilakukan oleh Sanep, et. Al (2005). Disamping itu, keputusan kajian ini juga memperkuat beberapa keputusan kajian sebelumnya iaitu umur responden berkait secara signifikan dengan helagat kepatuhan. Lazimnya, pertambahan umur menyebabkan individu cenderung mempunyai pendewasaan atau kematangan intelektual dalam berfikir dan bertindak. Oleh yang demikian, maka dengan bertambahnya umur seseorang maka orang tersebut cenderung untuk bertindak sesuai dengan aturan dan norma-norma yang berlaku dalam masyarakat. Terlebih lagi apabila sesuatu tindakan itu telah diwajibkan oleh penguasa. Kamil, et.al. (1997) mendapati bahawa faktor umur juga menentukan gelagat kepatuhan pembayaran zakat gaji. Berdasarkan hasil kajian dan huraian di atas dapat dirumuskan bahawa faktor umur memberi pengaruh

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 97 kepada kepatuhan zakat, dimana peningkatan daripada segi umur maka ianya akan mempunyai kecenderungan untuk patuh membayar zakat melalui baitulmal. Tahap pendidikan Keputusan kajian mengenai kepatuhan zakat berdasarkan tahap pendidikan responden seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4 adalah sebagai berikut; tahap kepatuhan zakat tertinggi adalah pada responden yang mempunyai tahap pendidikan tertinggi (pascasarjana), iaitu sebanyak 40.91% (27 orang) daripada 66 orang responden yang terpilih dalam kategori ini. Manakala tahap kepatuhan terendah pula pada responden dengan tahap pendidikan Sekolah Menengah iaitu sebanyak 26.14% atau sebanyak 23 orang daripada 88 orang responden dalam kategori ini. Ini menandakan bahawa peningkatan tahap pendidikan akan meningkatkan kepatuhan zakat. Seperti lazimnya, bahawa individu yang lebih berpelajaran lebih memahami tanggungjawab membayar zakat melalui baitulmal seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Pendidikan berkait dengan ilmu dan kepahaman. Sehingga semakin meningkatnya tahap pendidikan seseorang maka akan semakin meningkat pula pengetahuan atau kepahaman seseorang terhadap sesuatu. Dengan demikian, ianya akan berpengaruh kepada individu untuk melakukan sesuatu tindakan dan mengambil keputusan. Terlebih lagi tindakannya dalam mematuhi undang-undang. Hasil kajian ini juga selari dengan berbagai hasil kajian samada di bidang zakat maupun cukai. Sebagai rumusan bahawa tahap pendidikan mempunyai hubungan dengan kepatuhan zakat, dimana semakin tinggi tahap pendidikan seseorang maka semakin tinggi kecenderungannya untuk membayar zakat melalui baitulmal. KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR Tahap kepatuhan individu wajib zakat di Aceh untuk membayar zakat melalui institusi formal pungutan zakat (baitulmal) didapati masih berada pada aras yang rendah apabila dibandingkan dengan potensi zakat yang ada. Beberapa faktor yang telah dikenalpasti memberi kesan kepada kepatuhan zakat melalui institusi formal pungutan zakat di Aceh berdasarkan karakteristik demografi responden adalah sebagai berikut; Jantina, Umur, dan Tahap Pendidikan. Dengan demikian, apabila pemerintah ingin meningkatkan penerimaan daerah daripada hasil kutipan zakat melalui institusi formal pungutan zakat maka perlu diperhatikan beberapa langkah strategis dan penting berkenaan dengan faktor demografi ini. Seperti perlu dilaksanakannya konsep-konsep tarbiyah dengan pendekatan yang lebih intensif bagi memberi pemahaman yang benar terutama kepada kaum lelaki, generasi muda dan mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Pendekatan ini bertujuan bagi memberikan informasi tentang kelebihan-kelebihan apabila zakat yang mereka salurkan diurus oleh institusi formal pungutan zakat. Dengan demikian akan mengakibatkan mereka bersedia untuk membayar zakat melalui institusi formal pungutan zakat iaitu baitulmal. RUJUKAN Alhabshi, S.O., 2003, Peranan Zakat dalam Membantu Pembangunan Ekonomi Negara, Persatuan Ekonomi dan Pengurusan Islam Malaysia. Baldry, J. C. 1987. Income tax evasion and the tax schedule: some experimental results. Public Finance, 42 (3): 357-383. Biro Pusat statistik Aceh. 2009. Aceh dalam Angka. Banda Aceh Hafidz, D. 1993. Ensiklopedi Islam. Penerbit PT. Ichtiar Baru van Hoeve. Jakarta. Hailani Muji Tahi. 2006. Fiqh muamalat dan zakat: pengaplikasiannya dalam menjana kekuatan umat. Dalam Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir; Zakat pensyariatan, perekonomian dan perundangan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Hairunnizam, W., Sanep, A., dan Mohd. Ali, M.N. 2007. Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia. Islamiyyat 29 (2007): 53-70. Hamid, A. 1998. Antara zakat dan cukai pendapatan : satu analisis penyelarasan. Kertas kerja dibentangkan pada Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan di Pusat Matrikulasi USM. 5-6hb. November 1988. Hasbi, A. 1991. Pedoman zakat. Penerbit Bulan Bintang. Jakarta, Indonesia.

98 Nazaruddin Abdul Wahid, Zulkifli Daud, Sanep Ahmad Ibn Manthur. 1990. Lisan al- arab li ibn manthur. Dalam Damanhur 2006. Kesan pelaksanaan cukai pendapatan dan penguatkuasaan zakat terhadap gelagat kepatuhan membayar zakat pendapatan di Aceh. Jabatan Syariah dan Ekonomi Bahagian Pengajian Syariah Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya. Iskandar, Z. 2006. Pengenalan zakat. Dalam Laman Web Rumah Zakat Indonesia. Kamil, M.I., Chek Derashid dan Engku Ismail. 1997. Zakat penggajian : suatu tinjauan terhadap pengetahuan dan amalan muslimin negeri perlis. Kertas Kerja dibentangkan pada Seminar Penyelidikan Universiti, Universiti Utara Malaysia. Kedah. Kamil, M.I. 2002. Kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasaan zakat terhadap gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji. Kertas kerja yang dibentangkan pada Muzakarah Pakar Zakat. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamus Besar Bahasa Indonesia. 2003. Edisi Ketiga. Pusat Bahasa Departemen Pendidikan Nasional dan Balai Pustaka. Jakarta. Kandahlawi. 1997. Awjazu al manlik ila al muwatta malik. Dalam Muhammad Kamari (2002). Aplikasi illah terhadap sumber zakat pertanian dan kesan pelaksanaannya ke atas individu dan syarikat. Disertasi Sarjana Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kasani. 1997. Bada i al sanaf fi tertib al syara i. Dalam Muhammad Kamari (2002). Aplikasi illah terhadap sumber zakat pertanian dan kesan pelaksanaannya ke atas individu dan syarikat. Disertasi Sarjana Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahadzir, S. 2005. Zakat mampu menjana kekuatan ummah. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Mahmud, Y. 1973. Tafsir qur an karim. PT. Hidakarya Agung. Jakarta Mawardi, 1994. Al Hawi al Kabir. Dalam Muhammad Kamari (2002). Aplikasi illah terhadap sumber zakat pertanian dan kesan pelaksanaannya ke atas individu dan syarikat. Disertasi Sarjana Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mujaini, T. 2000. Pelaksanaan zakat pendapatan dan permasalahannya. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Pelaksanaan Zakat Pendapatan pada 26 Jun 2000. Melaka. Malaysia. Munawar. 1985. Moderation and aggregate consumption in an islamic economy. Journal of Research in Islamic Economy, 3 (1): 45-60. Mohd. Ali, M.N, Hairunnizam, W., dan Nor Ghani, M.N. 2003. Kesedaran membayar zakat kakitangan profesional: kajian kes di universiti kebangsaaan malaysia. Dalam Pascasidang Seminar Dasar Awam dalam Era Globalisasi: Penilaian Semula ke Arah Pemantapan Strategi. Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia. Monzer, K. 1995. Ekonomi Islam, Telaah Analitik terhadap Fungsi Sistem Ekonomi Islam. terjemahan dari The Islamic Economy: Analytical of the Functioning of the Islamic Economic System (Yogyakarta: Pustaka Pelajar) Monzer, K. 1999. The performance of the institution of zakah in theory and practice. Paper prepared for the International Conference on Islamic Economics Toward the 21 st Century. Kuala Lumpur. Nazaruddin, A.W. 1999. Agihan dan manfaat zakat jasa (gaji, pelaburan dan upah kepakaran), kajian kes di propinsi Aceh. Disertasi Program Sarjana Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Nur Azura, S., Norazlina, A.W. dan Nor Fadzlin, M.B. 2005. Gelagat kepatuhan pembayaran zakat pendapatan: kajian kes universiti utara malaysia. Kertas Kerja yang dibentangkan pada Seminar Ekonomi dan Kewangan Islam anjuran Jabatan Ekonomi Awam dan Kewangan Fakulti Ekonomi Universiti Utara Malaysia. Qanun Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam Nombor 7 tahun 2004 tentang Pengelolaan zakat Qanun Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam Nombor 10 tahun 2007 tentang Baitalmal Qardhawi, Y. 1987. Hukum zakat. Pustaka Nasional. Singapura. Qardhawi, Y. 2001. Institusi zakat masa kini: bagaimana menjayakannya. Terjemahan oleh Arsil Ibrahim, Pusat Zakat Selangor. Qudamah. 1968. al mughni. Dalam Mujaini. 2003. Zakat al mal al mustafat dan isu kontemporary. Pusat Urusan Zakat Pulau Pinang, Malaysia. Sabiq, S. 1981. Fikih sunnah (terjemahan). Jilid I IV. Penerbit PT. Al Ma arif. Bandung Indonesia. Saharuddin, M. dan Arifin, M.S. 2002. Kesan zakat pendapatan ke atas kecenderungan mengguna marginal umat islam di melaka. Unit Penyelidikan dan Perundingan Universiti Teknologi Mara. Melaka.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 99 Sanep, A. dan Hairunnizam, W. 2003. Persepsi dan kesedaran terhadap perluasan sumber zakat harta yang diiktilaf. Pascasidang Seminar Halatuju Zakat Korporat di Alaf Baru. Kumpulan Kajian Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia. Sanep, A. dan Hairunnizam, W. 2004. Kesan prestasi agihan oleh institusi formal ke atas kepatuhan membayar zakat. Kertas Kerja yang dibentangkan pada Seminar Daya Saing Ekonomi dan Sosial ke Arah Pemantapan Pembangunan Ekonomi. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sanep, A. dan Hairunnizam, W. 2005. Sumber Zakat: Perluasan Terhadap Harta Yang Diikhtilaf, Jurnal Syariah 13 (1), 135-162. Sanep, A., Hairunnizam, W. dan Adnan, M. 2005. Penswastaan institusi zakat dan kesannya terhadap pembayaran secara formal di malaysia. Kertas Kerja yang dibentangkan pada Seminar Ekonomi dan Kewangan Islam anjuran Jabatan Ekonomi Awam dan Kewangan Fakulti Ekonomi Universiti Utara Malaysia. Sekretariat MUI Aceh, 1983. Kumpulan fatwa-fatwa MUI Daerah Istimewa Aceh. Banda Aceh. Zamzuri, Z. 2006. Zakat galian: sumber yang diitifaq dan diiktilaf. Dalam Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir; Zakat pensyariatan, perekonomian dan perundangan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Zarkasyi. 1993. Syarh al zarkasyi. Dalam Muhammad Kamari (2002). Aplikasi illah terhadap sumber zakat pertanian dan kesan pelaksanaannya ke atas individu dan syarikat. Disertasi Sarjana Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Zuhaili, Wahbah. 1994. Fiqh dan Perundangan Islam. Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. JADUAL 1: Peratusan Pembayaran Zakat Pendapatan Melalui Baitulmal dan Saluran Lainnya Pembayaran Responden Zakat Melalui Orang % Baitulmal (institusi formal) 137 30.31 Institusi Non Formal 24 5.31 Ulama/Pimpinan Agama 11 2.43 Langsung kepada Asnaf 245 54.20 Tidak Membayar Zakat 35 7.74 Sumber: Keputusan Kajian 2010/2011 Jumlah 452 100 JADUAL 2: Peratusan Pembayaran Zakat Berdasarkan Jantina Responden JANTINA Jumlah Pembayaran Responden Zakat Laki-laki Perempuan Melalui Orang % Orang % Orang % Baitulmal 71 27.10 66 34.74 137 30.31 Institusi Non Formal 16 6.11 8 4.21 24 5.31 Ulama/Pimpinan Agama 8 3.05 3 1.58 11 2.43 Terus kepada Asnaf 150 57.25 95 50.00 245 54.20 Tidak Membayar Zakat 17 6.49 18 9.47 35 7.74

100 Nazaruddin Abdul Wahid, Zulkifli Daud, Sanep Ahmad Jumlah 262 100 190 100 452 100 Sumber: Keputusan Kajian 2010/2011 JADUAL 3: Peratusan Pembayaran Zakat Berdasarkan Kategori Umur Responden Pembayaran Zakat U M U R (tahun) Jumlah Melalui 20-30 30-40 40-50 > 50 Responden Org % Org % Org % Org % Org % Baitulmal 18 20.93 67 31.16 45 34.88 7 31.82 137 30.31 Inst Non Formal 5 5.81 11 5.12 7 5.43 1 4.55 24 5.31 Ulama 1 1.16 4 1.86 4 3.10 2 9.09 11 2.43 Terus kpd Asnaf 54 62.79 115 53.49 65 50.39 11 50.00 245 54.20 Tidak Bayar Zakat 8 9.30 18 8.37 8 6.20 1 4.55 35 7.74 Jumlah 86 100 215 100 129 100 22 100 452 100 Sumber: Keputusan Kajian 2010/2011 JADUAL 4: Peratusan Pembayaran Zakat Berdasarkan Kategori Tahap Pendidikan Responden Pembayaran Zakat PENDIDIKAN Jumlah Melalui SMA Diploma Sarjana Pasca Sarjana Responden Org % Org % Org % Org % Org % Baitulmal 23 26.14 18 29.51 69 29.11 27 40.91 137 30.31 Inst Non Formal 4 4.55 2 3.28 15 6.33 3 4.55 24 5.31 Ulama/P. Agama 3 3.41 1 1.64 7 2.95 0 0.00 11 2.43 Kepada Asnaf 51 57.95 37 60.66 123 51.90 34 51.52 245 54.20 Tidak bayar Zakat 7 7.95 3 4.92 23 9.70 2 3.03 35 7.74 Jumlah 88 100 61 100 237 100 66 100 452 100 Sumber: Keputusan Kajian 2010/2011