Fariza Md. Sham, Siti Rugayah Hj. Tibek & Othman Hj. Talib Dakwah dan Kaunseling di Malaysia. ISBN

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

Takrifan Etika ethos

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

HALATUJU PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR. Disediakan Oleh; Muhamad Asmadi bin Mustakim Ketua Sektor Pengurusan Akademik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Amar Makruf Nahi Mungkar

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Transcription:

Edisi Kedua

Siri Penerbitan ini mengemukakan karya nukilan para sarjana yang bertemakan pembangunan dari perspektif Islam, khususnya pembangunan negara Malaysia. Karya yang diterbitkan meliputi semua bidang pengajian Islam dan bidang pengajian lain yang ditulis dari perspektif Islam: sejarah, usuluddin dan falsafah, pengajian Arab dan tamadun Islam, dakwah, syariat Islam, Al-Quran dan Hadis, politik pentadbiran, ekonomi serta kebudayaan dan kesusasteraan. Karya siri ini diharap dapat memberi sumbangan dan perspektif baru terutamanya bagi memadamkan penulisan yang ditulis oleh para orientalis Barat. Ini juga suatu cabaran baru bagi sarjana Islam sendiri dalam mengisi korpus mengenai Islam dan tidak lagi dikaburi oleh paradigma serong Barat. Fariza Md. Sham, Siti Rugayah Hj. Tibek & Othman Hj. Talib. 2006. Dakwah dan Kaunseling di Malaysia. ISBN 967-942-774-9 Abdul Ghafar Ismail & Hailani Muji Tahir. (sunt.). 2006. Zakat: Pensyarikatan Perekonomian dan Perundangan. ISBN 967-942-795-1 Abdul Ghafar Don, Burhanudin Abdullah & Zullkiple Abd. Gani. 2007. Dakwah dan Pengurasan Islam di Malaysia: Konsep dan Pelaksanaan. (Cetakan Kedua) ISBN 978-967-942-503-7 Hailani Muji Tahir. 2007. Institusi Baitulmal dalam Pembangunan Negara. ISBN 978-967-942-824-7 Ahmad Sunawari Long. 2008. Sejarah Falsafah. (Edisi Ketiga 2015) ISBN 978-967-942-869-8 Hasnan Kasan. 2008. Institusi Fatwa di Malaysia. ISBN 978-967-942-880-3 Mohd. Nasir Omar. 2010. Falsafah Akhlak. (Edisi Kedua 2015) ISBN 978-967-942-922-0

Edisi Kedua BANGI 2015 http://www.penerbit.ukm.edu.my

Cetakan Pertama/First Printing, 2010 Cetakan Kedua/Second Printing, 2013 Edisi Kedua/First Printing, 2015 Hak Cipta/Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit UKM terlebih dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Penerbit UKM. Diterbitkan di Malaysia oleh/published in Malaysia by PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia http://www.penerbit.ukm.edu.my Penerbit UKM adalah anggota/is a member of the PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/ MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION No. Ahli/Membership No. 198302 Atur huruf oleh / Typeset by RTS TYPESETTING AND TRADING No. 14, Jalan Jemuju Empat 16/13D Seksyen 16, 40200 Shah Alam Selangor D.E., MALAYSIA Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by UKM Holdings Sdn. Bhd Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM 43600 UKM Bangi, Selangor D.E., MALAYSIA Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Mohd. Nasir Omar Falsafah Akhlak / Mohd. Nasir Omar, Siri islam dan pembangunan Malaysia 1. Islamic ethics. 2. Muslims Conduct of life. I. Judul. 297.5 ISBN 978-967-942-922-0

Prakata 7 BAB 1 Falsafah 9 BAB 2 Falsafah dan Syariat Islam 21 BAB 3 Disiplin Falsafah Akhlak 37 BAB 4 Sejarah Perkembangan Falsafah Akhlak 53 BAB 5 Falsafah Akhlak Greek 69 BAB 6 Falsafah Etika Hellennistik dan Kristian 88 BAB 7 Falsafah Akhlak Islam 107 BAB 8 Teknik Rawatan Kemurungan Al-Kindi (M.874) 124 BAB 9 Teknik Pendidikan Akhlak Miskawayh (M.1030) 137 BAB 10 Teknik Pendidikan Akhlak Al-Ghazali (M.1111) 152 BAB 11 Kebaikan dan Keburukan 164 BAB 12 Akhlak dan Pembangunan 182 Bibliografi 193 Indeks 213

Etika, moral dan akhlak antara lain merujuk kepada adat kebiasaan, tabiat, marwah, susila, agama ataupun gaya hidup seseorang individu ataupun sekumpulan individu. Manakala falsafah akhlak pula merujuk kepada suatu disiplin ilmu yang mengkaji pelbagai isu tentang tingkah laku manusia termasuklah adat, kebiasaan, marwah, susila, kondisi batiniah manusia ketika melakukan sesuatu perbuatan seperti, motif, niat, ilmu, nafsu, kebebasan, tanggungjawab dan lain-lain. Manakala bagi subjeksubjek seperti kebahagiaan, keadilan, kebaikan, keburukan, kesihatan mental, teknik dan proses pendidikan akhlak juga menjadi fokus dalam kajian ilmu akhlak. Buku ini menganalisis secara tematik beberapa dimensi penting disiplin falsafah akhlak tersebut termasuk takrif, skop dan kepentingan akhlak, tinjauan perbandingan tentang kronologi pertumbuhan etika Barat dan Islam, serta perkembangan pemikiran etika dalam tamadun Greek, Hellennistik, Kristian dan Islam. Isu relevansi ilmu akhlak dengan beberapa domain penting kehidupan manusia seperti isu kebaikan dan keburukan, isu pembangunan, perkaitan antara etika dengan ilmu kaunseling, dan metodologi pendidikan akhlak menurut perspektif beberapa orang tokoh moralis Islam tersohor seperti Miskawayh dan al-ghazali juga turut dibincangkan. Suka juga saya ingin tegaskan disini bahawa mungkin terdapat beberapa kelemahan seperti kesalahan ejaan, kalimat atau perkataan, struktur ayat, data ataupun penafsiran terhadap sesuatu fakta dalam buku ini. Sesungguhnya saya bersedia untuk menerima segala teguran yang membina daripada semua lapisan masyarakat yang menelaah buku ini. Anggaplah apa yang benar itu, semuanya datang dari Allah Yang Maha Alim lagi Maha Bijaksana, manakala segala kelemahan itu pula datangnya daripada saya sebagai manusia biasa yang tidak sunyi daripada membuat salah dan silap. Maha Suci Engkau (Allah), tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui ( alim) lagi Maha Bijaksana (hakim) (Maksud al-quran 2: 32).

8 / Falsafah Akhlak Kandungan / 8 Sesungguhnya saya dengan penuh ikhlas dan insaf bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas segala kurniaan dan rahmat-nya maka dapatlah saya sempurnakan penulisan buku Falsafah Akhlak ini sebagaimana adanya. Pada awalnya saya merancang untuk melebarkan perbincangan buku ini supaya meliputi skop kajian yang lebih luas dan komprehensif, tetapi saya terpaksa berpuas hati dengan apa yang ada setakat ini kerana pelbagai hambatan lain yang terpaksa saya selesaikan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, saya masih berhasrat untuk menambah beberapa bab lagi supaya buku ini mencakupi pemikiran etika era moden dan sebagainya. Insya-Allah jika diberi peluang, saya akan lakukan perkara ini dalam edisi yang akan datang. Sukacita juga saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia di atas segala sokongan dan bantuan kepakaran sehingga buku ini dapat diterbitkan. Ucapan terima kasih juga ingin saya sampaikan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan juga tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Wassalam. Mohd. Nasir Omar Jabatan Usuluddin & Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Falsafah / 9 BAB 1 Falsafah sering dianggap sebagai suatu disiplin ilmu yang sukar difahami dan tidak relevan dengan keperluan hidup dalam sehari-hari. Manakala tokoh-tokoh falsafah pula dipersepsikan sebagai golongan ahli fikir yang tidak berpijak di alam nyata. Mereka didakwa berfikir tentang perkaraperkara yang abstrak dan hanya mengungkap mengenai idea-idea klasik yang diteorikan oleh tokoh-tokoh pemikir ulung seperti Plato, Aristotle, al-farabi, Ibn Sina, Ibn Rushd dan lain-lain. Sebenarnya, setiap orang mempunyai falsafah yang tersendiri sama ada mereka sedari ataupun tidak, kerana falsafah dihayati dalam makna dan tujuan yang berbeza. Kadang-kadang falsafah dilahirkan menerusi percakapan ataupun respons seseorang terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh orang lain. Contohnya, seseorang mungkin berkata: Saya tidak bersetuju dengan pendapat awak, Saya menyokong falsafah perniagaan awak, Tindakan yang awak ambil amat munasabah, dan Saya menyokong calon A kerana tertarik dengan falsafah pemerintahan yang diperjuangkan oleh beliau, dan pelbagai pandangan lain. Semua contoh tindak balas (respons) tersebut sebenarnya termasuk dalam aktiviti berfalsafah, kerana mengkritik, menilai, memberi pandangan terhadap pemikiran, sikap, kepercayaan, dan tindakan yang diambil oleh orang lain termasuk dalam kategori berfalsafah. Falsafah juga selalu digunakan untuk menggambarkan tujuan atau objektif di sebalik sesuatu kegiatan yang dilakukan oleh manusia. Dalam konteks ini, falsafah dijadikan matlamat akhir yang ingin dicapai dalam sesuatu kegiatan, tugas atau kerja yang dilakukan. Umpamanya, setiap universiti mempunyai falsafah pendidikan yang tersendiri. Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), misalnya, berbunyi: Paduan antara IMAN kepada Allah dan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat yang terpelajar dan pembangunan universiti. Justeru itu, setiap perancangan dan pelaksanaan yang

10 / Falsafah Akhlak diambil oleh semua jabatan di UKM adalah berfokus kepada aktiviti bagi mencapai aspirasi falsafah tersebut. Tanpa falsafah, sudah tentu sesuatu perancangan tidak dapat dilaksanakan. Dari segi etimologi, perkataan falsafah mula digunakan oleh Pythagoras, iaitu merupakan seorang ahli matematik Greek yang terkenal pada sekitar lima ratus tahun sebelum Masihi. Perkataan falsafah berasal dari kata akar philosophein, yang secara literalnya diterjemah kepada mencintai kebijaksanaan (to love wisdom). Manakala kata nama philosophia pula sudah tentu memberi konotasi cintakan kebijaksanaan (the love of wisdom). Ahli-ahli falsafah Islam juga telah meminjam perkataan falsafah ini lalu diterjemahkan oleh mereka ke dalam bahasa Arab kepada hubb al-hikmah (cintakan kebijaksanaan). Filsuf-filsuf klasik Greek terkemuka seperti Plato (427-347 S.M.) dan Aristotle (384-322 S.M.) pada dasarnya telah bersetuju dengan takrif falsafah yang diteorikan oleh Pythagoras tersebut. Plato (1987: 269), misalnya, menerima falsafah sebagai tidak lain daripada pengetahuan dan kajian yang mendalam tentang segala benda yang ada, manakala ahli falsafah pula disebut sebagai manusia yang cintakan kebenaran (Those who love to see the truth). Aristotle pula menakrifkan falsafah sebagai disiplin ilmu yang menyelidik asas dan sebab kepada semua benda yang wujud di alam fana ini. Dalam hal ini, E. Kelly dan L.E. Navia (1981: 3) merumuskan: Kepada (Plato dan Aristotle), filsuf biasanya merujuk kepada seseorang yang cintakan kebijaksanaan, seseorang yang komited dengan kehidupan yang menyulitkan dengan menyelidiki dan memahami alam semesta dan kewujudan manusia, dan seseorang, yang tidak begitu terikat dengan kekangan dogma dan kepercayaan lama, tetapi mengambil sikap mengkritik dan menilai secara rasional segala pengalamannya. Dalam Islam, sungguhpun istilah falsafah berasal daripada luar, istilah al-hikmah yang terdapat dan telah diulang beberapa kali dalam al-quran dan al-sunnah diterima pakai sebagai sinonim dengan istilah falsafah. Antaranya sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Hendaklah kamu menguasai ilmu falsafah (al-hikmah) kerana sesungguhnya falsafah itu mengandungi banyak sekali kebaikannya.

Falsafah / 11 Janganlah kamu membicarakan isu-isu falsafah dengan orang-orang bodoh. Manakala antara ayat al-quran yang menyebut istilah al-hikmah dan selalu dibaca pula bermaksud: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu (Islam) dengan hikmah (falsafah) dan pengajaran yang baik (al-maw`izah), serta bantahlah mereka (al-mujadalah) dengan cara yang terbaik (ahsan) (al-quran 16: 125). Allah menganugerahkan al-hikmah kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerah al-hikmah itu, maka dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pengajaran (al-quran 2: 269). Menurut tokoh falsafah Islam terkemuka seperti Ibn Rushd (1986: 29-31), ayat (2: 269) di atas memberi konotasi bahawa sesetengah orang bersikap responsif dan menjadi jinak dengan agama Islam melalui pendekatan falsafah (al-hikmah); sesetengah manusia dengan cara pengajaran, nasihat serta tunjuk ajar yang baik (al-maw`izah); manakala sesetengah yang lain pula dengan cara berhujah dan berdialog (al-mujadalah). Walau bagaimanapun, pendekatan dialog hanya dibenarkan dengan syarat, iaitu ia mestilah dilaksanakan dengan cara terbaik lagi bijaksana. Ini sudah tentu memberi erti bahawa pendekatan ini memerlukan sokongan ilmu falasafah (hikmah). Menurut Ibn Rushd lagi, pendekatan pertama, iaitu hikmah atau bijaksana, merujuk kepada pendekatan yang dikuasai oleh para ahli filsuf Islam; pendekatan kedua, nasihat serta tunjuk ajar yang baik, digunakan oleh para pendidik dan pendakwah; manakala pendekatan ketiga, dialog, digunakan oleh tokohtokoh ilmu Kalam (mutakallimun) dan sebagainya. Kepada Ibn Rushd (1986: 22), falsafah adalah suatu disiplin yang mengkaji kewujudan alam serta penelitian terhadap alam ciptaan Allah. Semakin sempurna pengetahuan tentang ciptaan alam, maka semakin sempurnalah pula pengetahuan tentang Penciptanya Yang Maha Agung, iaitu Allah. Disebabkan syariah bukan sahaja mengharuskan pemerhatian terhadap alam bahkan turut menggesa kepada perbuatan tersebut, maka disini jelaslah bahawa falsafah bukan sahaja menjadi ilmu yang boleh, harus, bahkan wajib untuk dipelajari menurut syariah Islam. Al-Kindi (1974: 55) pula telah memberi takrif falsafah sebagai ilmu mengenai hakikat semua ciptaan yang wujud setakat yang mampu

12 / Falsafah Akhlak digarap oleh minda manusia, kerana objektif utama seseorang ahli falsafah dari segi teori, adalah untuk mencapai kebenaran, manakala dari sudut praktikal pula adalah untuk menghayati kebenaran tersebut dalam kehidupan. Takrif falsafah oleh al-kindi ini silih berganti telah diterima dan dikemaskini oleh tokoh-tokoh filsuf selepas beliau seperti al-razi (M.925) dan al-farabi (M.950). Nasir al-din al-tusi merupakan (1964: 26), seorang lagi tokoh pemikir Islam yang tersohor. Beliau telah merumuskan istilah falsafah sebagaimana yang biasa difahami oleh ramai ahli bijak pandai Islam pada abad ke-12 dan ke-13 Masihi iaitu merujuk kepada pengetahuan tentang sesuatu perkara sebagaimana adanya, di samping merujuk kepada aktiviti melaksanakan tanggungjawab oleh seseorang. Manakala takrif falsafah yang dipermudahkan oleh Ikhwan al-safa (1928, I: 23) didapati cukup menarik untuk dicatatkan di sini: Falsafah bermula dengan (perasaan) cinta kepada ilmu; pertengahan falsafah pula adalah dengan menguasai ilmu tentang hakikat kewujudan setakat yang mampu digarap oleh manusia; manakala kesudahan falsafah berlaku apabila semua percakapan dan tindakan seseorang bertepatan dengan ilmu yang dipelajari. Sementara itu, bagi ahli falsafah yang ideal dalam imaginasi kumpulan Ikhwan al-safa (1982, II: 316) pula mestilah menepati ciri-ciri berikut: Beragama Islam, berpendidikan dari Iraq (Babilonia), pintar seperti etnik Yahudi, menguasai metodologi pengikut Nabi Isa a.s., warak seperti rahib (Syaria), berilmu seperti cendekiawan Greek, berkebolehan meramal misteri seperti ilmuan India, dan yang terakhir dan terpenting mestilah berjiwa ahli sufi dalam keseluruhan hidup spiritual. Sebagai kesimpulan, falsafah sebagaimana difahami oleh tokoh-tokoh filsuf Muslim merujuk kepada dua cantuman makna yang dominan, iaitu satu merujuk kepada semua jenis ilmu tentang kewujudan termasuk tentang manusia, Tuhan dan alam; dan satu lagi merujuk kepada aktiviti menghayati ilmu-ilmu tadi dalam segenap lapangan kehidupan manusia. Seperti Aristotle (1980: 27), ahli-ahli falsafah Islam juga menamakan aspek falsafah yang pertama sebagai falsafah teori atau spekulatif, manakala aspek kedua dikenali sebagai falsafah amali atau praktikal.

Falsafah / 13 Falsafah teori merangkumi bidang-bidang pengkhususan seperti metafizik, logik, dan matematik. Sementara falsafah praktikal pula merangkumi bidang-bidang pengajian seperti politik, ekonomi, akhlak dan lain-lain. (al-tusi 1964: 27-29; Miskawayh 1900: 67-68; 1917: 81-83). Falsafah sebagaimana yang diringkaskan oleh Ibn Rushd (1986: 22) tidak lain daripada aktiviti berfikir dan menyelidik konstitusi alam semesta. Jika pengertian ini diterima, maka pada hari ini falsafah tidak harus dilihat dalam konteks yang sempit atau khusus kepada idea-idea usang Plato, Aristotle dan al-farabi sahaja, tetapi mestilah dilihat sebagai suatu disiplin ilmu yang merangkumi semua usaha bagi menyahut cabaran agama Islam supaya manusia berfikir, menyelidik dan berusaha merubah keadaan diri, masyarakat dan negara, kerana status orang-orang yang enggan berfikir dilabel oleh al-quran setaraf dengan binatang ternakan (al-quran 59: 2; 7: 185; 6: 75; 88: 17; 3: 191 dan lain-lain ayat). Pengkaji moden memberi pelbagai definisi terhadap istilah falsafah. Ada yang mengatakan bahawa falsafah mempunyai dwimakna yang dominan: satu merujuk kepada cara berfikir dan satu lagi kepada aktiviti kritikan terhadap cara berfikir tersebut. Antaranya Max Hocutt (1980: 5-6) menulis: Istilah falsafah mempunyai dwimakna yang berkaitan antara satu dengan yang lain. Makna pertama, merujuk kepada sikap, kepercayaan dan konsepsi seseorang atau ABC tentang cara seseorang berfikir. Makna kedua pula merujuk kepada aktiviti mengkritik cara berfikir atau ABC tersebut. Mengikut pengertian yang pertama, falsafah bermaksud keyakinan; manakala pengertian yang kedua bermaksud penyiasatan. Dalam pengertian yang pertama, falsafah merujuk kepada sesuatu yang dimiliki oleh seseorang, iaitu hak kepunyaan; manakala pengertian kedua merujuk kepada apa yang dilakukan oleh seseorang, iaitu aktiviti. Jacques Maritain (1959: 80-81) pula memberi definisi falsafah seperti berikut: Philosophy is the science which by the natural light of reason studies the first causes or highest principles of all things is, in other words, the science of things in their first causes, in so far as these belong to the natural order. Falsafah merupakan disiplin ilmu yang dengan bantuan cahaya tabii akal mempelajari sebab yang pertama ataupun prinsip yang tertinggi kepada semua perkara falsafah, dalam pengertian lain, merujuk kepada ilmu tentang sebab

14 / Falsafah Akhlak pertama kepada semua kejadian selagi ianya tergolong dalam peraturan yang lazim. Manakala seorang lagi pengkaji moden, John Hospers (1956: xi) antara lain merumuskan takrif falsafah kepada: Falsafah akan cuba mencantum, menghubungkan, membuat sintesis jika awak mahu, berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan termasuk hampir semua mata pelajaran dalam bidang kajian kesusasteraan. Oleh itu, semakin mendalam pengetahuan kamu tentang mata pelajaran-mata pelajaran tersebut seperti matematik, sains tabii, sastera, dan seni - maka semakin senanglah bagi kamu untuk mendalami ilmu falsafah, dan kamu juga menjadi semakin berkemampuan untuk menggarap betapa pentingnya apa yang cuba diselidiki oleh falsafah. Sebagai kesimpulan, perkataan falsafah dalam bahasa Melayu, philosophie bahasa Belanda dan German, philosophia Latin, dan philosophy Inggeris, merujuk kepada perasaan cintakan kebijaksanaan atau cintakan ilmu pengetahuan. Namun begitu, disebabkan ilmu pengetahuan ini merupakan satu bidang yang sangat luas, komprehensif dan terus berkembang mengikut perubahan masa dan peristiwa, maka falsafah sering kali disinonimkan dengan ilmu pengetahuan itu sendiri, atau dengan apa sahaja yang difikir, ditulis dan dibuat oleh ahli-ahli falsafah. Falsafah boleh membuatkan seseorang berfikir tentang kenapakah beliau berpegang dengan sesuatu pendapat, menerima sesuatu teori atau menganuti sesuatu agama dan sebagainya. Falsafah juga mendesak manusia untuk mencari sebab kenapa mereka menerima, menolak ataupun melakukan pelbagai tindakan dalam kehidupan mereka. Justeru itulah, kita dapati terdapat ramai tokoh falsafah lahir daripada pelbagai disiplin ilmu pengetahuan seperti Saint Agustine, Thomas Aquinas, al-ghazali dan Ibn Rushd mewakili pemimpin-pemimpin agama; John Locke, Karl Marx mewakili ahli-ahli politik; Galileo, Huygens, Newton, dan Descartes mewakili tokoh-tokoh saintis; dan hinggakan ijazah-ijazah kedoktoran dalam bidang-bidang sains, agama dan kemanusiaan masih lagi diberi gelaran doktor falsafah pada era moden hari ini. Oleh sebab itu, objektif utama falsafah, agama dan sains adalah sama, iaitu untuk mencari ilmu pengetahuan dan kebenaran, maka tidak

Falsafah / 15 hairanlah falsafah kadang kala telah disalahfahamkan sama ada sebagai agama ataupun sains. Dalam konteks ini Bertrand Russell (1979: 13) menulis: Falsafah, sebagaimana saya fahami istilahnya, adalah sesuatu yang berada di pertengahan antara teologi dan sains. Seperti teologi, falsafah juga mengandungi spekulasi-spekulasi tentang perkara-perkara yang pengetahuan manusia masih buntu untuk menanggapinya; dan seperti juga sains, falsafah lebih memberi keutamaan kepada taakulan yang dibuat oleh manusia daripada autoriti, sama ada ia berupa tradisi ataupun wahyu. Sains diambil daripada perkataan Inggeris science, berasal dari perkataan Latin scientia, yang bermaksud ilmu pengetahuan. Sungguhpun sains dan falsafah sama-sama bertugas dalam mencari ilmu pengetahuan ataupun kebenaran, tetapi pengetahuan yang dapat diberi oleh sains agak terhad kepada apa yang sebenarnya ada sahaja; manakala falsafah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menghuraikan hakikat di sebalik apa yang ada. Sebagai contohnya, sains dapat menghuraikan kandungan atau konstitusi air dan banyak lagi kejadian-kejadian alam yang lain, tetapi falsafah pula dapat menghuraikan persoalan-persoalan metafizik di sebalik kejadian-kejadian tersebut seperti: Siapakah yang mencipta air? Untuk apakah air diciptakan? Bagaimana kalau dunia tanpa air dan sebagainya. Oleh itu, sains bertugas mendapatkan hakikat, menggambarkan hakikat dan menghuraikan hakikat sesuatu; sedangkan tanggungjawab untuk mengkritik, menilai, mempertahan serta mengkoordinasikan hakikathakikat tersebut pula adalah kerja dan tugas falsafah (Bertrand 1979: 13-22; Jacques 1959: 83-92). Sains memberitahu kita hanya apa yang dapat kita ketahui, sedangkan hakikat (facts) yang dapat diketahui oleh manusia adalah sedikit sahaja. Justeru itu, kita memerlukan ilmu falsafah bukan sahaja untuk memperkuatkan kebenaran dan hakikat yang telah dicapai oleh ilmu sains, tetapi juga untuk menerokai bidang-bidang baru yang tidak dapat digarap oleh sains. Sebab itulah gabungan antara falsafah dan sains juga sangat diperlukan oleh manusia yang dinamakan sebagai falsafah sains (philosophy of science). Falsafah sains bertugas untuk menghubungkan falsafah dengan penyelidikan saintifik matlamatnya adalah untuk menyelidik pelbagai aspek ilmu sains seperti nature sains, metod saintifik dan logiknya sains; menerokai bidang yang berkaitan dengan kajian ilmu sains di samping memperkuatkan lagi penemuan-penemuan sains (Reese 1980: 435).

16 / Falsafah Akhlak Falsafah juga berbeza dengan agama. Falsafah lebih merujuk kepada proses berfikir, manakala agamanya merupakan aktiviti mengabdikan diri kepada Tuhan. Justeru itu, ahli falsafah bukan sahaja arif tentang persoalan falsafah, malah yang lebih penting daripada itu ialah dia mampu untuk berfikir secara rasional dan bebas tentang pelbagai perkara termasuk tentang manusia, alam, Tuhan dan tentang agama. Manakala ahli agama pula tidak akan puas dengan pengetahuan agama semata-mata, tetapi komited dengan kehidupan beragama. Disebabkan wujudnya agama, seperti agama Islam khususnya yang merangsang umat manusia supaya merenung, berfikir dan berfalsafah, maka sudah tentu agama Islam telah berjaya melahirkan ramai tokoh agama yang sekali gus merupakan tokohtokoh filsuf, pemikir dan saintis yang tersohor seperti al-kindi (M.874), al-farabi (M.950), Ibn Sina (M.1037) dan Ibn Rushd (M.1274). Dalam konteks ini, William Temple antara lain menulis: Falsafah menuntut ilmu pengetahuan untuk tujuan difahami, manakala agama pula menuntut ilmu pengetahuan untuk beribadat (Rashidi 1975: 10). Agama bolehlah diibaratkan sebagai rasa enjoyment (kenikmatan), sementara falsafah sebagai contemplation (renungan). Sebagai contoh, katakan si A mencintai si B, rasa cinta si A itu dinamakan enjoyment ataupun agama ; manakala memikirkan tentang cinta tersebut pula dinamakan contemplation ataupun falsafah. Oleh itu, agama banyak berhubung dengan hati dan kepatuhan, manakala falsafah banyak berhubung dengan fikiran dan renungan. Maka ahli falsafah sudah tentulah merujuk kepada golongan yang gemar berfikir dan sanggup meninggalkan sesuatu pendapat jika dia merasa kurang tepat ataupun pendapat orang lain lebih baik atau lebih praktikal daripada pendapatnya. Manakala ahli agama akan tetap mempertahankan agama yang dianuti bermati-matian, kerana dia sudah mengikat pengabdian kepada agama tersebut. Ilmu agama bersumberkan wahyu daripada Allah dan disampaikan kepada seluruh umat manusia melalui perutusan para nabi dan rasul Allah. Ilmu agama adalah kebenaran yang mutlak, mempunyai darjat paling mulia, kudus dan menjadi sumber inspirasi kepada pembentukan semua ilmu lain yang dapat digarap oleh akliah manusia (ilmu perolehan ataupun acquired knowledge). Manakala ilmu falsafah pula dikurniakan oleh Allah kepada para nabi dan rasul dan kepada siapa sahaja yang Allah kehendaki, terutamanya kepada orang yang komited dalam menggunakan akal mereka untuk mengkaji dan menyelidiki hakikat alam semesta ini. Golongan ini biasanya dikenali dalam Islam sebagai ahli falsafah ataupun hukama.

Falsafah / 17 Sungguhpun perbezaan antara falsafah dan agama sangat ketara, kedua-dua bidang ilmu tersebut boleh juga bergabung dan menjadi satu yang dikenali sebagai falsafah agama (philosophy of religion). Falsafah agama merujuk kepada disiplin ilmu yang mengkaji berhubung dengan tabii sesuatu agama; seperti mengkaji idea-idea mengenai ketuhanan, kemanusiaan, kenabian, masyarakat, alam dan sebagainya. Falsafah agama juga mengkaji ajaran sesuatu agama dalam bentuk perbandingan dengan realiti kehidupan, dengan penemuan-penemuan saintifik, dengan sistem sosiobudaya sesebuah masyarakat dan lain-lain. Falsafah agama, kalau boleh kita pinjam istilah daripada Profesor John Hick (1973: 2-3), adalah pemahaman falsafah tentang agama (philosophical thinking about religion). Falsafah mempunyai skop dan bidang kajian yang sangat luas. Ia meliputi segenap aspek kehidupan manusia sama ada yang bersifat pemikiran (teori) dan juga aktiviti (praktikal). Pemikir klasik seperti aliran Stoicism telah mengklasifikasikan ilmu falsafah kepada logik, fizik dan etika; manakala Aristotle pula (384-322 B.C.) kepada logik, etika, estetika, psikologi, politik, fizik dan metafizik. Pemikir Islam seperti Nasir al-din al-tusi (1964: 27-29) pula menamakan bidang-bidang pengajian seperti metafizik, matematik, sains tabii, politik, ekonomi dan etika sebagai cabang-cabang ilmu falsafah, sementara al-ghazali pula telah (1900: 101-115) menyenaraikannya sebagai logik, matematik, fizik, metafizik, politik, ekonomi dan etika. Jacques Maritain (1959: 109-207), pula adalah antara pengkaji moden yang membuat klasifikasi bidang pengajian falsafah secara komprehensif. Beliau membahagikan falsafah kepada tiga komponan asas iaitu logik, falsafah spekulatif dan falsafah praktikal. Logik terbahagi kepada dua bidang iaitu minor logic (aturan berfikir) dan major logic (bahan berfikir); falsafah spekulatif pula terbahagi kepada tiga bidang kajian utama iaitu falsafah matematik (kuantiti), falsafah nature (termasuk kajian terhadap alam material iaitu kosmologi dan kajian terhadap manusia atau psikologi), dan metafizik (termasuk epistemologi dan teologi). Manakala bidang falsafah praktikal pula termasuk philosophy of arts (rekaan), dan falsafah etika atau moral (perbuatan/kelakuan).

18 / Falsafah Akhlak Logik merupakan suatu cabang ilmu falsafah yang menilai aspek pemikiran itu sendiri. Semua cabang ilmu falsafah berteraskan kepada kegiatan berfikir, manakala logik pula bertugas untuk menentukan sama ada sesuatu pemikiran itu betul atau salah. Logik akan cuba menjawab persoalan seperti apakah pemikiran yang betul? Apakah yang membezakan antara hujah yang baik dan tidak baik? Apakah cara untuk mengesan pemikiran yang salah? Apakah kaedah berfikir yang baik? Apakah cara berhujah yang efektif dan sebagainya. Metafizik adalah disiplin ilmu yang mengkaji tentang hakikat sesuatu perkara yang wujud di sebalik alam nyata (fizik), seperti hakikat alam, hakikat manusia, hakikat ketuhanan, hakikat roh dan sebagainya. Ia terbahagi pula kepada dua bidang kajian utama iaitu kosmology dan ontology. Kosmology bermaksud kajian tentang kosmos ataupun alam semesta seperti tentang kejadian alam, asal usul alam, hukum dan peraturan alam dan sebagainya. Manakala Ontology pula mengkaji tabii sesuatu benda yang membentuk alam semesta seperti unsur-unsur yang membentuk manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Epistemologi ialah kajian falsafah tentang ilmu pengetahuan atau theory of knowledge. Ia menyelidik pelbagai aspek ilmu pengetahuan seperti kaedah untuk menguasai ilmu, hakikat ilmu, sumber ilmu, jenis dan klasifikasi ilmu, kepentingan ilmu, kesahihan ilmu, batas-batas ilmu dan sebagainya. Falsafah politik mengkaji organisasi pentadbiran dan pemerintahan negara yang diamalkan oleh sesuatu komuniti umat manusia seperti sistem politik demokrasi, monarki, kapitalis, sosialis dan sebagainya. Antara aspek penting yang diteliti oleh disiplin falsafah politik termasuklah persoalan mengenai apakah tujuan sesebuah negara atau kerajaan itu ditubuhkan? Apakah bentuk hubungan antara pemerintah dengan rakyat yang diperintah? Adakah sesebuah negara itu dibina untuk menjaga kebajikan

Falsafah / 19 rakyat atau rakyat yang perlu menjaga kebajikan negara? Serta banyak lagi isu politik lain yang berkaitan dengan teknik pemerintahan dan pentadbiran negara seperti kaedah pemilihan pemimpin, isu kebebasan bersuara, isu keadilan, agama, perlembagaan, undang-undang, ekonomi, pendidikan, pertahanan negara, pertanian, kewangan, kesihatan, ketaatan rakyat kepada kerajaan dan sebagainya. Falsafah akhlak merujuk kepada disiplin ilmu yang mengkaji serta mempersoalkan mengenai pelbagai isu baik dan buruk mengenai adat, tabiat, susila, cara berfikir, sikap, agama dan semua faktor yang dapat mempengaruhi tingkah laku manusia seperti nafsu, akal, niat, kebebasan, tugas, tanggungjawab dan sebagainya. Falsafah akhlak terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu etika deskriptif dan etika normatif. Etika deskriptif meneliti sejarah sistem moral yang dianuti oleh seseorang atau sekumpulan orang seperti sistem moral orang-orang Yahudi, Kristian, Islam, India, Iran, Amerika dan sebagainya. Manakala, etika normatif akan membuat penilaian dan kritikan terhadap kepelbagaian sistem moral tersebut. Etika normatif juga akan menggubal undang-undang moral baru berdasarkan hasil kajian terhadap pelbagai sistem moral yang sudah sedia ada. Contohnya, seperti etika perubatan yang digubal bagi menentukan suatu bentuk perlakuan yang sesuai bagi siapa sahaja yang terlibat dengan profesion perubatan seperti doktor, jururawat dan sebagainya. Dalam perjalanan mencari kebenaran, manusia menggunakan sekurangkurangnya tiga wasilah penting iaitu falsafah, sains dan agama. Sungguhpun ketiga-tiga wasilah tersebut dapat memandu manusia dalam memperoleh kebenaran (al-haq/truth) dan kebahagiaan (happiness/alsa`adah), tetapi metodologi, tabii dan matlamat bagi sesuatu kebenaran dan kebahagiaan yang diperoleh adalah berlainan. Metode sains bermula dengan perasaan ingin tahu dan kemudian disusuli dengan penyelidikan, percubaan, uji kaji dan akhirnya terhasillah pelbagai jenis penemuan sains. Metode falsafah juga bermula dengan perasaan ingin tahu dan kemudian disusuli dengan penggunaan akal yang rasional untuk memahami keraguan-keraguan tersebut secara integral,

20 / Falsafah Akhlak kritis dan bebas; sementara metode agama pula bermula dengan iman kemudian disokong oleh akal (ilmu) dalam mencari kepastian terhadap pelbagai aspek yang diajar oleh sesuatu agama. Ringkasnya, pancaindera dan akal merupakan alat utama yang digunakan oleh falsafah dan sains, manakala agama menggunakan iman, wahyu dan akal. Sifat tabii bagi sesuatu kebenaran yang dicapai oleh sains berbentuk positif, boleh dibuktikan kesahihannya melalui percubaan dan uji kaji; manakala kebenaran yang dicapai oleh falsafah lebih berbentuk spekulatif, serta sukar untuk dibuktikan melalui penyelidikan dan percubaan. Walaupun begitu, kebenaran sains dan falsafah masih berada pada tahap kebenaran yang relatif, dalam konteks ia akan berubah mengikut perubahan masa dan kondisi hidup manusia. Sedangkan kebenaran yang dibawa oleh agama adalah kebenaran yang mutlak, sempurna dan universal kerana ia datang daripada Tuhan Yang Maha Mengetahui, Maha Kuasa lagi Maha Sempurna. Manakala objektif kebenaran yang diperolehi oleh sains pula adalah untuk diguna pakai dan dimanfaatkan oleh manusia. Kebenaran yang dicapai oleh falsafah adalah untuk difikir, difahami, diyakini, diadili dan dijadikan matlamat untuk dicapai. Manakala kebenaran agama pula untuk ketenangan diri, kesyukuran, keimanan dan pengabdian diri demi memperoleh keredhaan Allah di dunia dan juga di akhirat. Walau bagaimanapun terdapat beberapa aspek ajaran agama yang bersifat umum dan sengaja diperuntukkan oleh agama untuk difikir, dihalusi dan seterusnya diaplikasikan oleh manusia mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka. Dalam Islam, umpamanya, urusan kehidupan duniawi yang merangkumi bidang-bidang seperti ekonomi, politik, pendidikan, pertanian, kesihatan, pentadbiran, pertahanan negara dan sebagainya diberi prinsip asas dan umum sahaja oleh agama. Manakala manusia diberi hak untuk merealisasikan prinsip umum tersebut dalam kehidupan mereka mengikut kemampuan akal serta keadaan masyarakat yang mereka anggotai. Dalam aspek pendidikan, contohnya, Islam mewajibkan umat manusia supaya belajar. Tetapi, aspek praktikal tentang bagaimana sesuatu sistem pendidikan itu harus dilaksanakan, seperti pembinaan sekolah, kolej dan universiti, pembentukan kurikulum pendidikan, latihan tenaga pengajar dan pentadbir, biasiswa, asrama, elaun, gaji, peruntukan kewangan dan sebagainya tidak diperincikan dalam ajaran Islam, kerana aspek tersebut bersifat luas dan anjal untuk dilaksanakan oleh manusia berdasarkan kemampuan serta kondisi hidup mereka.

Falsafah / 21 BAB 2 Falsafah dan Syariat Islam Pendahuluan Sebelum dibincangkan mengenai isu falsafah dan syariat Islam, adalah dirasakan sangat munasabah untuk diteliti secara ringkas terlebih dahulu tentang konsep ilmu, terutama ilmu falsafah dalam perspektif Islam. Tokoh-tokoh falsafah sains dan ilmuan Islam klasik terkenal seperti al-farabi (1953: 7-9), al- Amiri (1988: 79-93) dan al-khawarazmi (1984: 13-15), rata-rata bersetuju bahawa istilah ilmu merujuk kepada makrifat yang benar serta yakin terhadap sesuatu perkara tanpa berlaku sebarang kesilapan. Jika berlaku juga kesilapan maka makrifat tersebut bukan lagi bertaraf ilmu, tetapi mungkin berada pada tahap maklumat ataupun sangkaan sahaja. Sebab itulah, al-qur an (12: 76, 29; 29: 43; 58: 11) menggesa umat manusia supaya berilmu, lantaran ilmu memandu ke arah kebenaran yang hakiki, iaitu Allah (al-haqq). Al-Qur an (35: 28) juga mengiktiraf orang-orang yang berilmu (ulama ) sebagai golongan yang benar-benar takut kepada Allah, manakala gologan yang tidak berilmu ataupun memiliki ilmu yang salah terhadap Allah pula, dilabel sebagai golongan Jahiliah (al-qur an 3: 154). Maka ilmu menjadi lawan kepada kejahilan (al-jahl) dan sangkaan (al-zann) yang mengheret manusia ke lembah dosa, kesesatan dan kekufuran. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa (al-qur an 49: 12). Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memandu kepada kebenaran sedikitpun (al-qur an 53: 28).

22 / Falsafah Akhlak Daripada sudut teori, tokoh-tokoh besar tersebut juga mengklasifikasikan ilmu kepada dua kategori penting iaitu: pertama ialah Ilmu Agama dan yang kedua ialah ilmu falsafah (revealed knowledge). Ilmu agama dikenali dengan pelbagai nama seperti, ilmu diniyyah, illahiyyah, milliyyah ataupun naqliyyah (ilmu tradisional); dan manakala Ilmu falsafah (falsafiyyah), atau dikenali sebagai Ilmu hikmah (hikmiyyah) dan ilmu rasional (`aqliyyah). Walau bagaimanapun, kedua-dua kategori ilmu tersebut tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain, tetapi boleh bersatu membentuk apa yang diistilahkan sebagai ilmu menurut syariat Islam. Ilmu agama berfungsi merawat jiwa manusia serta memandu mereka mencapai kebahagiaan hidup duniawi dan juga ukhrawi. Ia terbahagi kepada empat bahagian penting seperti, ilmu al-qur an, ilmu Hadith, ilmu fekah dan ilmu Kalam (Ibn Hazm 1954: 78-80). Manakala ilmu falsafah pula merujuk kepada semua jenis ilmu perolehan (acquired knowledge), seperti ilmu matematik, ilmu perubatan, psikologi, etika, politik dan ekonomi (al-khawarazmi 1984). Para ilmuan yang pakar dalam disiplin ilmu agama telah diberi gelaran ulama ataupun ahli spesialis dalam bidang agama yang tertentu seperti ahli fekah, ahli tafsir, ahli tasawuf dan ahli hadis. Manakala ahli dalam jurusan ilmu falsafah pula digelar sebagai hukama ataupun falasifah (ahli falsafah). Ilmu agama yang bersumberkan wahyu daripada Allah dan disampaikan melalui para nabi, manakala ilmu falsafah bersumberkan kekuatan akliah manusia dan dikembangkan oleh ahli falsafah (al- Amiri 1988: 80). Pada masa kini, ilmu agama lebih dikenali dengan nama ilmu Fardu Ain, manakala ilmu falsafah ilmu Fardu Kifayah. Falsafah dan al-qur an Sekalipun istilah falsafah tidak terdapat dalam syariat Islam, namun istilah al-qur an dan al-sunnah, al-hikmah, diterima pakai sebagai sinonim dengan falsafah oleh kebanyakan sekolah dalam Islam termasuk mutakallimum, fuqaha, sufiyyun dan terutama falasifah. Al-Qur an (2: 269), antara lain menyebut bahawa Allah memberi ilmu hikmah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, dan barang siapa yang dianugerahkan hikmah sesungguhnya dia telah dianugerahkan kebaikan yang sangat banyak. Al-Qur an (16: 125) juga menggesa umat Islam supaya berhikmah semasa menyampaikan Islam kepada orang lain (berdakwah); manakala hadis pula menggesa golongan yang mampu supaya menguasai ilmu hikmah lantaran banyak kebaikan yang dibawanya (al-darimi 1978,

Falsafah dan Syariat Islam / 23 I: 105, 108). Gesaan daripada syariat tersebut menunjukkan bahawa ilmu falsafah bukan sahaja perlu dikuasai, malah mesti dijadikan aset penting yang perlu dimiliki dalam kerja-kerja penyebaran agama Islam itu sendiri. Firman Allah yang bermaksud: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-Mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik (al-qur an 16: 125). Kepada tokoh fuqaha dan filsuf Islam tersohor, Ibn Rushd (1986: 29-31) misalnya, ayat di atas memberi pengajaran bahawa sebahagian manusia bersikap responsif terhadap Islam melalui pendekatan falsafah (hikmah); sebahagian yang lain melalui pengajaran dan nasihat yang baik (al-maw izah); dan sebahagian yang lain pula melalui hujah dan dialog yang berhikmah (al-mujadalah). Pendekatan yang pertama, iaitu pendekatan falsafah, adalah merujuk kepada pendekatan yang dikuasai dan sekali gus diaplikasikan oleh golongan ahli falsafah dan ia merupakan pendekatan yang sangat berkesan dalam mengajak manusia kepada syariat Islam, jika dibandingkan dengan beberapa pendekatan lain seperti pengajaran dan nasihat dan metode mujadalah. Antara kalangan orang yang telah dianugerahkan ilmu hikmah oleh Allah sebagaimana disebut dalam beberapa ayat al-qur an (Misalnya 2: 151, 3: 48, 4: 54, 5: 110, 17: 39, 31: 12), termasuklah para nabi: Nabi Daud, Nabi Isa, Nabi Muhammad s.a.w, umat Nabi Ibrahim, Lukman al-hakim dan lain-lain. Justeru itu, jelaslah bahawa ilmu falsafah bukan merujuk kepada al-qur an ataupun al-sunnah, kerana ilmu falsafah dianugerahkan bukan sahaja kepada para nabi, tetapi juga kepada siapa sahaja yang Allah pilih dalam kalangan manusia. Manakala disiplindisiplin ilmu pengetahuan seperti metafizik, fizik, psikologi, teologi, pendidikan, ekonomi, politik dan akhlak pula, disebut oleh al-qur an (17: 23-29, 31: 12-19) sebagai bidang pengajian yang termasuk di bawah skop ilmu hikmah ataupun ilmu falsafah. Oleh itu, jelaslah bahawa ilmu-ilmu tersebut bukan sahaja dikuasai oleh para nabi tetapi juga oleh manusia biasa. Karya-karya Penting tentang Falsafah Satu lagi informasi penting tentang perkembangan ilmu falsafah dalam Islam ialah kita dapati terdapat berpuluh-puluh buah buku tentang tema ilmu hikmah telah ditulis oleh tokoh falsafah sains dan biografer

24 / Falsafah Akhlak Muslim klasik yang terkenal. Antara yang terpenting dan sampai kepada kita hari ini termasuklah, Ta rikh al-hukama oleh al-qifti (M. 1248); Siwan al-hikma oleh al-sijistani (M. 1001); Tatimmat Siwan al-hikma oleh al-bayhaqi (M. 1170); al-hikma al-khalida oleh Ibn Miskawayh (M 1030); al-amad ala l-abad oleh al- Amiri (M. 991); dan Mukhtar al-hikam oleh al-mubashshir b. Fatik (M. 1087). Dalam konteks untuk mengenalpasti apakah itu ilmu hikmah? dan siapakah pula ilmuan yang digelar sebagai hukama ataupun falasifah? buku-buku tersebut menjelaskan bahawa ilmu hikmah adalah sama dengan ilmu falsafah, kerana falsafah bererti cintakan hikmah (hubb al-hikmah), manakala gelaran hukama pula adalah sinonim dengan falasifah, kerana kedua-dua golongan tersebut menguasai ilmu hikmah. Lantas, tokoh-tokoh falsafah sains Islam tersohor seperti al-kindi (874), al-farabi (d. 950), Miskawayah (d. 1030), Ibn Sina (d. 1037) dan Ibn Rushd (d. 1274), disenaraikan dalam buku tersebut sebagai tokoh-tokoh hukama Islam. Bahkan, tokoh falsafah bangsa Greek yang tersohor seperti Socrates, Plato dan Aristotle juga diberi gelaran yang sama, iaitu hukama. Justeru itu, kebanyakan sekolah pemikiran dalam Islam termasuk fuqaha, mutakallimun dan sufiyyun bersetuju bahawa istilah falsafah adalah sinonim dengan istilah hikmah, manakala istilah falasifah dengan istilah hukama. Al-Farabi (1983: 88), tokoh falsafah Islam tersohor, umpamanya menegaskan: Etnik Greek yang menguasai ilmu ini (falsafah) memanggilnya ilmu hikmah atau hikmah agung, mempelajarinya dinamakan ilmu, manakala menguasainya dinamakan falsafah (bermaksud mendalami dan mencintai hikmah agung). Manakala ahli dalam bidang ilmu hikmah pula digelar ahli falsafah ataupun filsuf (iaitu ilmuan yang cinta dan komited dengan ilmu hikmah). Universiti Falsafah Kemuncak kepada ilmu falsafah dalam Islam adalah dengan penubuhan Bayt al-hikmah (Universiti Falsafah) oleh khalifah al-ma mun di Baghdad pada tahun 830 Masihi. Penubuhan universiti tersebut antara lain menunjukkan bahawa pengajian ilmu falsafah telah diterima dan dilaksanakan di dunia Islam, sehingga pusat pengajian tinggi kerajaan terulung ketika itu telah diberi nama sebagai Universiti Falsafah bukan Universiti Islam ataupun sebagainya. Maklumat tentang Bayt al-hikmah sebenarnya sangat sedikit. Melalui liputan tokoh (biographer) Islam

Falsafah dan Syariat Islam / 25 semasa seperti Ibn al-nadim (1871/72: 238-303), dapat diketahui bahawa khalifah al-ma mun telah melantik tokoh Kristian terkenal, Hunayn Ibn Ishak sebagai pengarah institut. Pegawai-pegawai Bayt al-hikmah telah diarah oleh Khalifah al-ma mun (M. 833) untuk menjalankan beberapa tugas penting seperti, menyelidik lokasi buku-buku asing, terutamanya dalam bidang perubatan dan falsafah; mengenal pasti buku-buku penting untuk diterjemah; menguasai ilmu dan tatacara penterjemahan; dan seterusnya menterjemah buku-buku tersebut ke dalam bahasa Arab. Manakala melalui liputan seorang lagi tokoh biografi semasa, Abu Hayyan al-tawhidi, terutamanya dalam al-imta wa l-mu anasah (1953), menunjukkan bahawa proses pengajian ilmu falsafah seperti pengajaran, pendidikan, penyelidikan, perbincangan dan dialog akademik telah diadakan secara meluas di Baghdad pada ketika itu. Majlis-majlis dialog ilmiah pula bukan sahaja dihadiri oleh para sarjana Islam dari pelbagai bidang kepakaran, tetapi juga oleh sarjana-sarjana bukan Islam seperti Kristian, Yahudi dan lain-lain. Maklumat yang serupa juga telah direkodkan oleh Sa id al-andalusi dalam Tabaqat al-umam (1967: 64). Antara lain, Sa id menyebut bahawa pada masa pemerintahan khalifah al-ma mun, pengajian ilmu falsafah telah mencapai kemuncak sehingga menyebabkan tertubuhnya bukan sahaja universiti falsafah, bahkan kerajaan falsafah (dawlah al-hikmah) yang terulung ketika itu. Penubuhan Universiti Hikmah juga membuktikan bahawa pengajian ilmu falsafah seperti ilmu perubatan, politik, ekonomi, kewangan dan seni bina telah mula dikuasai oleh umat Islam, dan pada abad berikutnya iaitu pada abad ke-10 dan ke-11 Masihi, ilmu-ilmu tersebut telah berjaya memacu pembangunan ekonomi dan tamadun umat Islam hingga menyebabkan Baghdad menjadi sebuah pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan tamadun yang terulung di dunia pada ketika itu. Manakala perkembangan ilmu-ilmu tradisional Islam seperti ilmu fekah, ilmu tafsir, ilmu Hadis, ilmu Kalam dan Tasawuf telah berlaku kira-kira dua abad sebelumnya, iaitu pada abad ke-8 dan ke-9 Masihi dan telah mencapai kesempurnaan ketika itu. Kritikan terhadap Falsafah Oleh sebab ilmu falsafah mula diperkenalkan kepada masyarakat Islam selepas penubuhan Universiti al-hikmah oleh khalifah al-ma mun mulai pertengahan abad ke-9 Masihi, maka sudah tentu ilmu falsafah telah mendapat kritikan oleh sebilangan tokoh fuqaha, mutakallimum

26 / Falsafah Akhlak dan sufiyyun. Kritikan terhadap falsafah biasanya disebabkan oleh ilmu tersebut berada di luar domain ilmu syariat yang dikuasai oleh tokoh-tokoh tersebut. Perkara yang perlu diperhatikan, ialah dalam sejarah Islam, ketegangan dan kritikan sebenarnya sering berlaku antara para sarjana daripada pelbagai disiplin ilmu tradisional Islam, tetapi masih lagi dalam konteks yang sihat dan kreatif dan tidak pernah memusnahkan perpaduan dan tamadun ilmu umat Islam. (Nasr 1973: 68-73). Antara tokoh ilmu Kalam yang sangat lantang mengkritik falsafah adalah Imam al-ghazali. Kritikan beliau bukanlah merupakan suatu tindakan negatif untuk menghapuskan ilmu falsafah itu sendiri, tetapi lebih menjurus kepada elemen-eleman rasional dalam falsafah Peripatetik. Karya Imam al-ghazali (m.1111) yang penting dalam konteks ini adalah kitab Tahafut al-falasifah. Kitab ini tidak menentang falsafah sebagai suatu disiplin ilmu yang berautoriti, tetapi sekadar mengkritik lebih kurang dua puluh isu falsafah yang didakwa bertentangan dengan syariat Islam. Sehubungan dengan itu, al-ghazali telah mengkafirkan tokoh falsafah Peripatetik Islam yang terkenal, al-farabi dan Ibn Sina, kerana didakwa bersetuju dengan beberapa idea Aristotle seperti tentang ilmu Tuhan dan isu kebangkitan semula selepas mati. Kritikan tersebut telah menyebabkan kemunculan sebuah lagi karya besar dalam bidang falsafah iaitu kitab Tahafut al-tahafut oleh Ibn Rushd (m.1198). Kitab Tahafut al-tahafut ditulis khusus bagi mempertahankan kewibawaan ilmu falsafah dari perspektif syariat Islam dan sekali gus bagi menjawab pelbagai isu dan kritikan terhadap falsafah terutamanya oleh Imam al- Ghazali dalam Tahafut al-falasifah. Pada masa kini, isu kritikan terhadap falsafah masih mendapat perhatian ramai sarjana. Oliver Leaman (1985), adalah antara sarjana era moden yang telah membuat liputan yang agak komprehensif tentang perdebatan mengenai beberapa tema falsafah yang dianggap kontroversi seperti isu kejadian alam, ilmu Tuhan dan isu kebangkitan semula, melalui kajian beliau yang bertajuk, An Introduction to Medieval Islamic Philosophy. Manakala kajian oleh Bello (1989) tentang kontroversi antara falsafah dan ortodoksi, atau antara ijma dan ta wil mengikut pandangan imam al-ghazali dan Ibn Rushd, juga didapati cukup komprehensif serta sudah memadai bagi tema tersebut. Akibat terperangkap secara langsung dalam kancah polimik antara falsafah dan syariat tersebut, tokoh ulama, fuqaha yang sekali gus ahli falsafah Islam terbilang seperti al-kindi (m.874) dan Ibn Rushd

Falsafah dan Syariat Islam / 27 (1198) telah menulis beberapa karya untuk menjelaskan isu ini sebagai contohnya, al-kindi (1986) telah menulis buku Fi l-falsafah al-ula, bagi membuktikan bahawa ilmu falsafah menduduki darjat yang paling atas dalam kalangan semua ilmu akliah manusia (acquired knowledge), justeru, ia memandu manusia ke arah kebenaran (al-haqq), ataupun ke arah mengenal Allah (al-haqq), kerana Allah adalah sumber kepada segala kebenaran, syariat dan ilmu pengetahuan. Manakala Ibn Rushd (1986) pula menghasilkan karya yang sangat tersohor yang membahaskan kedudukan ilmu falsafah berdasarkan perspektif syariat Islam iaitu, Kitab Fasl al-maqal fima bayn al-hikmah wa l-syari ah min al-ittisal. Bab ini akan meneliti karya Ibn Rushd kerana ini sangat berkaitan dengan topik yang dibincangkan iaitu falsafah dan syariat Islam. Objektif utama kitab Fasl al-maqal adalah untuk menjelaskan hukum mempelajari ilmu falsafah menurut syariat Islam. Buku tersebut juga turut menjawab secara autentik pelbagai tuduhan negatif terhadap ilmu falsafah terutama oleh tokoh-tokoh ilmuan tradisional seperti Imam al-ghazali. Antara topik penting yang dibahas secara ilmiah oleh Ibn Rushd dalam kitab ini adalah termasuk definisi falsafah dan syariat serta beberapa persoalan epistimologi tentang hukum mempelajari ilmu falsafah seperti, adakah ilmu falsafah dan logik harus dipelajari ataupun haram?, Sekiranya harus, adakah ia sekadar sunat dipelajari atau pun menjadi suatu kewajipan agama kepada orang-orang Islam? Apakah pula syarat asas yang perlu dimiliki oleh seseorang bagi melayakkan diri mereka mempelajari ilmu falsafah? Bolehkah seseorang Muslim belajar falsafah atau ilmu-ilmu perolehan lain (acquired knowledge) seperti ilmu perubatan, teknologi, seni bina dan pertahanan negara daripada orang bukan Islam? Apakah kaedah-kaedah berfikir yang betul dan syaratsyarat untuk menjalankan ta wil dalam syarak? Serta beberapa persoalan sampingan lain yang berkaitan dengan pengajian ilmu falsafah mengikut syariat Islam. Falsafah Menurut Ibn Rushd Dalam Kitab Fasl al-maqal, Ibn Rushd telah menggunakan istilah hikmah dan falsafah secara bertukar ganti. Ketika memberi tajuk kepada kitab tersebut, beliau menggunakan istilah hikmah: Fasl al-maqal fima bayna al-hikmah wa l-shari ah min al-ittisal, manakala dalam teks pula beliau menggunakan istilah hikmah dan falsafah tersebut secara berulang kali bagi merujuk kepada disiplin ilmu yang sama dan serupa. Hal ini jelas