Tanggungjawab dan Pelaksanaan Zakat Kalangan Minoriti Muslim Thailand

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Cabaran Sosial dalam Pelaksanaan Zakat Kalangan Masyarakat Muslim Bangkok

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Konsep dan Pihak yang Bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

KONSEP HISBAH DAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM MAIS DAN JAIS DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KEPATUHAN MEMBAYAR ZAKAT FITRAH: ANALISIS KUTIPAN DAN KETIRISAN PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH DI TERENGGANU

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERKAHWINAN SECARA PINDAH WALI DI THAILAND: SUATU ANALISIS TERHADAP PERKAHWINAN PERANTARAAN EJEN DI SELATAN THAILAND

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Tafsiran dan Status Asnaf Fisabilillah dalam Pengagihan Zakat The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Perlembagaan: Isu Perlaksanaan Undang-undang Islam

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Kata Kunci: Calon Non Muslim, Calon Wanita, Fiqh Siyasah, Perundangan dan Pilihan Raya.

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE 5 th ISDEV INTERNATIONAL ISLAMIC DEVELOPMENT MANAGEMENT CONFERENCE (IDMAC 2011) Islamic Marketing & Asset Management DECEMBER 2011

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

Mohd Faiz Mohamed Yusof a,b,*,nurhanani Romli b, Zulzaidi Mahmod c, Joni Tamkin Borhan b

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Undang-Undang di Malaysia dan Jaminan Hak Orang Kurang Upaya untuk Bekerja

Transcription:

e-issn 2289-6023 International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314 Vol.11: (June) 2017 Tanggungjawab dan Pelaksanaan Zakat Kalangan Minoriti Muslim Thailand WAEAMRENE WAEPA, SHOFIAN AHMAD, MOHD.NASRAN MOHAMAD & MUHAMAD RAZAK IDRIS 1 ABSTRACT Obligation and Implementation of Zakat among Muslim Minority in Thailand Contributing zakat or alms is one of the most important Muslim obligations. This religious duty applied to all Muslims include those who live as a minority in a non- Muslim majority state. Muslim scholars such as Mahmud Shaltut, Yusuf al-qaradawi and Zulfikar compare the obligation of contemporary Muslim minority with those in Mecca during the early period of Islam. They were required to give zakat although the method used is different compared to the Medinah period where they are a majority. This study suggests that contemporary Muslim minority in Thailand -in term of implementation- could use the methods applied to Muslim majority country. This suggestion is due to the special rights given to the Muslim community in Thailand compared to Muslim minority in other countries. Thai Muslims have a political and administrative rights which enable them to perform religious duties such as zakat which are guaranteed by the constitution of Thailand. Keywords: alms giving, Muslim minority, Thailand, zakat Tanggungjawab berzakat kalangan minoriti Muslim di Thailand masih menjadi persoalan terutama dari segi pensyariatan dan kaedah pelaksanaannya. Status minoriti Muslim telah menimbulkan persoalan tentang sejauhmanakah kewajipan berzakat itu perlu dilaksanakan. Penjelasan kedudukan minoriti dan tanggungjawab berzakat pada masa kini penting diberi huraian demi meningkatkan rasa tanggungjawab kalangan masyarakat seterusnya membolehkan zakat berfungsi sebagai instrumen penting pembangunan ummah serta dapat diterjemahkan secara berkesan dalam segenap segi kehidupan masyarakat Islam di Thailand hari ini. Minoriti Muslim di Thailand Keperluan kesedaran tentang tanggungjawab berzakat kalangan masyarakat Islam di Thailand hari ini bertambah penting memandangkan perkembangan penduduknya yang semakin bertambah dan berkembang pesat. Pada masa kini, masyarakat Islam di Thailand berstatus minoriti dianggarkan sekitar 10 juta orang berbanding keseluruhan penduduk Thailand yang berjumlah lebih 70 juta orang. Kebanyakan masyarakat Muslim menetap di empat wilayah utama, iaitu Wilayah Narathiwat, Pattani, Yala dan Setul. Jumlah penduduk Muslim di kawasan ini 1 Waeamrene Waepa, doctoral student at Department of Syariah, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 BANGI, Selangor, Malaysia; Shofian Ahmad, Ph.D., assoc. professor at Department of Syariah, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 BANGI, Selangor, Malaysia, email: shofian@ukm.edu.my; Mohd Nasran Mohamad, Ph.D., professor at Department of Syariah, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 BANGI, Selangor, Malaysia, email: nasran@ukm.edu.my; Muhamad Razak Idris, Ph.D., senior lecturer at Department of Theology and Philosophy, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 BANGI, Selangor, Malaysia, email: mrazak@ukm.edu.my. 59

Tanggungjawab dan Perlaksanaan Zakat Kalangan Minoriti Muslim Thailand Waeamrene Waepa et al. sebanyak 4.2 juta orang. Majoriti masyarakat Muslim di Thailand berketurunan Melayu dan merupakan penduduk asal di empat wilayah tersebut. Di samping empat wilayah utama itu, masyarakat Muslim juga menetap di wilayahwilayah lain seperti di Bangkok, Chiangmai dan Konken. Di Bangkok sahaja, terdapat satu juta orang penduduk Islam. Menurut Zahari (2014) perkembangan pesat masyarakat Muslim di Bangkok dan kawasan utara lain di Thailand hari ini didorong oleh faktor penghijrahan atas dorongan tuntutan pekerjaan, perkahwinan dan pendidikan. Minoriti Muslim dan Kewajipan Berzakat Sebagai penganut beragama Islam, salah satu kewajipan yang mesti disempurnakan masyarakat Islam Thailand ialah tanggungjawab berzakat. Zakat merupakan salah satu dari lima rukun Islam yang telah disyariatkan Allah (s.w.t.) ke atas hamba-nya yang telah memenuhi syarat iaitu jumlah harta samada yang tersimpan atau yang dilaburkan dan memilikinya dalam tempoh yang tertentu. Dari segi teori, terdapat dua jenis zakat yang disyariatkan Allah kepada umat Islam iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat harta telah disyariatkan secara ikthtiar (pilihan) semenjak permulaan Islam iaitu pada zaman awal pembentukan masyarakat Islam di Mekah. Pada era itu, kadar dan jenis harta zakat belum ditentukan tetapi ditunaikan atas kesedaran para pembayar zakat (muzaki) itu sendiri. Banyak dalil pensyariatan zakat ke atas umat Islam di dalam al-quran. Antaranya firman Allah dalam al-mu minun (23:4) yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyu dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan zakat hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dalam Surah al-naml (19:3), firman Allah yang bermaksud: Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberikan zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat. Berpandukan ayat-ayat tersebut, jelas berzakat adalah satu tangungjawab yang diperintahkan Allah kepada seluruh penganut ajaran Islam. Zakat ialah satu ibadah yang dilaksanakan dengan penuh kesedaran oleh setiap orang yang beriman dengan ajaran agama Islam. Jelas, seluruh umat Islam berkewajipan menunaikan zakat termasuk ke atas golongan yang dikenali sebagai minoriti Muslim hari ini. Ramai para sarjana Muslim membincangkan tentang kewajipan zakat ini, antaranya ialah Mahmud Shaltut (2001) yang menyatakan al-zakat rukun diniy am, bermaksud zakat adalah rukun agama yang universal. Beliau menjelaskan, Sekalipun kita berkeyakinan bahawa perzedaan pendapat dalam Islam menujukkan masalah berzakat dalam menerapkan kewajipan zakat itu begitu luas sebagaimana dapat kita lihat dalam kitab-kitab fiqh, namun begitu menurut hukum fiqh, orang Islam wajib mengeluarkan zakat apabila cukup syaratnya tanpa membezakan sama ada mereka adalah minoriti ataupun majoriti Muslim. Huraian ini menunjukkan seluruh umat Islam adalah wajib menunaikan zakat apabila syarat-syaratnya telah dipenuhi tanpa mengira kedudukan atau statusnya dalam sesebuah negara. Dalam perbincangan yang sama oleh Yusuf al-qaradawi (2010), beliau membahagikan perintah berzakat kepada dua tempoh masa iaitu pertama, perintah zakat semasa di Mekah yang tidak terikat dengan peraturan dan undang-undang Islam; dan kedua, perintah berzakat yang diwajibkan semasa di era Madinah. 60

e-issn 2289-6023 International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314 Vol. 11: (June) 2017 Pembahagian dua tempoh masa ini penting kerana ia menunjukkan perbezaan bentuk pelaksanaan kewajipan berzakat. Namun, dari segi pensyariatan berzakat, kewajipannya adalah tetap ke atas seluruh masyarakat Muslim. Namun begitu, menurut Yusuf al-qaradawi (2010) terdapat perbezaan dari segi pelaksanaan zakat. Sebagaimana termaktub di dalam surah-surah yang diturunkan di Mekah, pelaksanaan zakat itu tidak sama dengan ayat-ayat diturun di Madinah. Di Mekah, pelaksanaannya adalah berbentuk umum tanpa peraturan tetap berbanding di Madinah di mana pelaksanan zakat hendaklah mengikut had nisab dan besarnya jumlah yang telah ditentukan secara terperinci. Pelaksanaan zakat di era Mekah terbuka iaitu tidak ditentukan kadar dan nisab, tetapi diserahkan kepada kesanggupan individu Muslim melaksanakannya berpandukan keimanan, kemurahan hati dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat yang fakir miskin walaupun jumlahnya dalam kadar yang sedikit. Pembahagian dua tempoh kefardhuan berzakat oleh Yusuf al-qaradawi ini berpandukan pandangan Ibnu Kathir (1993) dalam tafsirnya ke atas Surah al-mu minun (23:4):, beliau menyatakan, kebanyakan ahli tafsir berpendapat yang dimaksudkan dengan zakat di sini adalah zakat kekayaan, walaupun ayat itu diturunkan di Mekah. Perintah berzakat ini kemudiannya diwajibkan juga di Madinah pada tahun 2 Hijrah. Fakta menunjukkan zakat yang diwajibkan di Madinah adalah yang mempunyai nisab dan kadar jumlah tertentu. Hal ini kerana di Madinah, masyarakat Islam telah memiliki daerah dan pemerintahan sendiri. Oleh itu, tanggungjawab mereka mengambil bentuk baru sesuai dengan perkembangan dalam bentuk hukum-hukum yang tersusun dan tidak lagi berasaskan gesaan, pesan dan anjuran sebagaimana di Mekah. Penerapan kewajipan zakat di Madinah memerlukan kekuasaan di samping didasarkan atas perasaan iman terhadap perintah tersebut. Ia juga melibatkan penelitian terhadap bentuk kekayaan yang harus dikeluarkan zakatnya, syarat bagi golongan yang wajib menyempurnakannya, sasaran-sasaran pengeluarannya dan badan yang bertugas mengaturkan dan mengelolanya. Pandangan Mahmud Shaltut dan Yusuf al-qaradawi itu juga sejajar dengan pendapat Zulfiqar (1996) yang menyatakan pensyariatan zakat telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad (s.a.w.) ketika Baginda berada di Mekah lagi. Ini dibuktikan dengan beberapa penurunan ayat Makkiyah berkaitan zakat yang tidak dinyatakan secara tunggal, malah ia digabungkan bersama perlaksanaan solat seperti firman Allah dalam Surah al-mu minun (23:4). Ia adalah antara ayat-ayat Makkiyah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam mensyariatkan solat dan zakat. Namun begitu, keseluruhan ayat Makkiyah pada peringkat ini bersifat umum dan bebas dari segala bentuk ketetapan dan syaratnya, bahkan ia bergantung kepada tahap keimanan seseorang individu Muslim itu dalam mendapatkan bahagian di akhirat di samping rasa tanggungjawab dalam membantu saudara seislam yang memerlukan. Bahkan, amalan menunaikan zakat dipandang sebagai perbuatan yang terpuji dan merupakan ciri-ciri orang yang beramal soleh. Perintah umum kewajipan berzakat ini sesuai dengan keadaan di Mekah di mana agama Islam ketika itu belum tersebar luas dan umat Islam merupakan golongan minoriti yang sering tertindas oleh majoriti kafir Quraish. Selain itu, perintah ini adalah salah satu cara mendidik orang Islam supaya mentaati perintah Allah (s.w.t.) secara berperingkat. Di zaman Madinah, masyarakat Islam telah pun kukuh kedudukannya serta memilik wilayah sendiri. Nabi Muhammad (s.a.w.) terus menyampaikan risalah Allah dengan lebih sistematik demi kesatuan politik dan ummah yang telah terbentuk di Madinah. Ayat-ayat Madaniyah berkenaan zakat juga telah mula diperincikan dengan jelas dari masa ke semasa, termasuklah tentang jenis harta yang diwajabkan zakat, syarat wajib zakat, kadar tertentu yang membolehkan seseorang mengeluarkan zakat, kaedah agihan zakat dan institusi yang menguruskan hal ehwal zakat (Zulfiqar 1996). Perbahasan tentang konteks kewajipan dan pelaksanaan berzakat yang dibahagikan kepada keadaan di Mekah dan Madinah oleh para sarjana Muslim menjadi asas penting terutama 61

Tanggungjawab dan Perlaksanaan Zakat Kalangan Minoriti Muslim Thailand Waeamrene Waepa et al. dalam menentukan kedudukan dan kewajipan minoriti Muslim dalam menjalankan kewajipan perintah berzakat. Jelas, keadaan kehidupan masyarakat Islam di Mekah boleh diqiyaskan atau dibandingkan dengan konteks kehidupan minoriti Muslim pada hari ini. Manakala, keadaan di Madinah merujuk kepada kehidupan umat Islam sebagai golongan majoriti dalam sesebuah negara. Namun, apa yang pasti dari perbahasan tentang pensyariatan perintah zakat itu, seluruh umat Islam adalah bertanggungjawab menunaikan zakat apabila mencukupi syaratnya sama ada mereka tergolong sebagai majoriti atau minoriti Muslim. Perintah tersebut tidak membatasi keadaan statusnya tetapi dari segi bentuk pelaksanaannya, terdapat perbezaan bergantung kepada konteks atau situasi yang dialami oleh umat Islam. Dalam ertikata lain, peraturan pelaksanaan zakat ke atas minoriti Muslim longgar berbanding ke atas masyarakat Islam yang majoriti. Pelaksanaan Kewajipan Berzakat ke atas Minoriti Muslim Thailand Berpandukan perbincangan tentang kewajipan berzakat di atas, kewajipan berzakat ke atas minoriti Muslim di Thailand boleh dipecahkan kepada dua aspek iaitu pensyariatan dan pelaksanaan. Dari aspek pensyariatan, jelas kewajipan berzakat adalah satu tanggungjawab yang wajib ke atas masyarakat Islam Thailand. Ini berpandukan kepada kaedah qiyas kedudukan mereka dengan masyarakat minoriti Muslim di Mekah. Jumlah penduduk yang kecil dan keadaan kekuasaan pemerintahan yang terhad tidak membataskan tanggungjawab berzakat sebagai fardu agama. Aspek kedua dari segi pelaksanaan zakat pula, kelihatan kedudukan kehidupan minoriti masyarakat Muslim di Thailand hari ini tidak boleh diqiyaskan dengan keadaan kehidupan masyarakat Islam di Mekah pada masa lalu. Masyarakat minoriti Muslim di Thailand hari ini memiliki beberapa hak yang khusus dan luas bagi menjalankan tanggungjawab agama berbanding masyarakat Islam di Mekah pada masa lalu yang terhad. Situasi kehidupan yang berbeza antara lokasi dan sejarah antara minoriti Muslim di Mekah dan Thailand menuntut satu kaedah pelaksanaan berlainan dilaksanakan oleh masyarakat Muslim di Thailand pada hari ini. Kajian ini menganjurkan pelaksanaan kewajipan berzakat di Thailand hendaklah berpandukan qiyas dengan masyarakat Islam di Madinah. Ini berasaskan pada kedudukan minoriti Muslim Thailand hari ini memiliki kelebihan tersendiri yang membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab berzakat sebagaimana masyarakat Madinah. Kajian ini mendapati, kelebihan ini melayakkan mereka untuk melaksanakan kewajipan mengikut keadaan kehidupan masyarakat Muslim yang berstatus majoriti. Pandangan ini adalah bersandarkan juga dengan beberapa pendapat misalnya oleh Abdullah Nunsuk dan Harun Bengshun (2016) yang menyatakan pensyariatkan berzakat ke atas minoriti Muslim di Thailand adalah wajib dan pelaksanaannya hendaklah seperti dilaksanakan di negara majoriti Muslim disebabkan oleh beberapa faktor, antara yang utama ialah keterbukaan kerajaan Thailand dalam memberi kebebasan beragama dan tidak memberi gangguan kepada mana-mana pihak untuk mengamal Islam. Pandangan yang sama dikongsi oleh Ismail Ali (2016) yang mengatakan kedudukan minoriti Muslim di Thailand berbeza sekiranya dibandingkan dengan negara minoriti yang lain seperti Burma dan Filipina. Sumbangan dan penyertaan ulama Islam dalam pembangunan negara Thailand bermula sejak awal. Misalnya, pusat pentadbiran urusan hal ehwal masyarakat Muslim telah ditubuh di Bangkok hampir lima ratus tahun yang dahulu. Penglibatan ini menunjukkan wujud pengiktirafan khusus ke atas minoriti Muslim Islam Thailand dari segi hak beragama. Status mereka sebagai minoriti terhad pada maksud jumlah penduduknya yang kecil berbanding penganut beragama Buddha. Ia tidak merujuk dari segi ketiadaan hak kebebasan menjalankan rukun agama yang menjadi kewajipan ke atas umat Islam. Hak-hak dalam menjalankan kewajipan agama ke atas masyarakat Islam Thailand hari ini adalah jelas sekiranya ditinjau dari segi politik dan perlembagaan negara. Bersandarkan kepada 62

e-issn 2289-6023 International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314 Vol. 11: (June) 2017 perlembagaan Thailand yang dikenali Ratthamnun Haeng Ratanacati (The Constitution of the Kingdom of Thailand) yang merupakan sebuah undang-undang tertinggi dan menjadi sumber perundangan dan pentadbiran segala urusan rakyat Thailand keseluruhan, ia memberikan kebebasan penuh kepada rakyatnya dalam beragama, bermazhab atau berideologi. Ini dapat dilihat pada perlembagaan dalam Fasal 37 yang menyatakan bahawa: Setiap orang diberi kebabasan penuh dalam, beragama, bermazhab atau berideologi dan diberi kebabasan dalam melaksanakan amalan agama menurut mazhab atau ideologi yang dianuti selama mana tidak bertentangan dengan hak kewajipan kerakyatan dan tidak bercanggah dengan keselamatan negara dan moral baik bagi kerakyatan (Perlembagaan Negara Thailand, 24 Ogos 2007). Berpandukan kepada hak-hak perlembagaan itu, masyarakat Muslim di Thailand bebas menunaikan kewajipan berzakat berasaskan ajaran agama Islam. Manakala dari segi kesediaan pentadbiran bagi pentadbiran zakat, masyarakat Islam di Thailand memiliki keistimewaan yang tersendiri berbanding kebanyakan minoriti Islam lain. Pada hari ini, hal ehwal keagamaan masyarakat Islam di Thailand secara rasmi ditadbir oleh badan yang dikenali Majlis Agama Islam yang kini wujud di 39 buah wilayah. Majlis Agama Islam ini diakui kewibawaannya oleh kerajaan dan perlembagaan negara. Berasaskan Akta Pentadbiran Islam (Artikel 17), memperuntukkan Ahli Jawantankuasa Islam Pusat yang diketuai oleh kesemua Majlis Agama Islam ini bergabung di peringkat kebangsaan dan memilih Jawatankuasa Pusat serta seorang ketua yang dinamakan Chalaratmontri atau Mufti Negara secara demokratik. Jawatankuasa Pusat ini menyelia Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah serta Jawatankuasa Agama Masjid di seluruh peringkat daerah di Thailand. Menurut Pejabat Majlis Shaiyk Islam (2002), struktur pentadbiran Islam ini yang telah tersusun adalah berpandukan perintah Rama 9 pada 5 November 1997. Akta Pentadbiran Islam, Artikel 16 dan Artikel 19 juga menyatakan Jawatankuasa Islam Pusat terdiri daripada 44 orang, iaitu 33 orang dari wakil wilayah dan 11 orang dilantik oleh Chularatmontri. Majlis Agama Islam Pusat dan Majlis Agama Wilayah dipertanggungjawabkan mengendalikan hal ehwal kepentingan umat Islam termasuk berkaitan peribadatan, zakat dan persijilan halal. Dari segi kuasa pula, Jawatankuasa Islam berperanan sebagai penasihat kaepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan. Sistem dan struktur pentadbiran agama Islam di Thailand adalah satu kelebihan bagi masyarakat Islam di Thailand melaksanakan urusan keagamaan terutama dalam aspek kewajipan berzakat secara sempurna. Berasaskan kelebihan-kelebihan yang dimiliki dari segi hak politik, perlembagaan dan pentadbiran Islam, kedudukan minoriti Muslim di Thailand berpeluang untuk melaksanakan tanggungjawab berzakat sebagaimana peraturan yang dikenakan ke atas umat Islam yang berstatus majoriti sebagaimana perintah berzakat ke atas penduduk Madinah. Kaedah dan peraturan tetap serta tersusun hendaklah disusun dan digerakkan bagi memanafaat kelebihan yang dimiliki minoriti Muslim Thailand hari ini bagi memperkasakan pembangunan institusi pengurusan zakat seterusnya memastikannya berkesan sebagai instrumen pembangunan ekonomi ummah. Kesedaran beragama kalangan masyarakat Islam di Thailand hari ini hendaklah dijadikan kesempatan bagi membangunkan kaedah pelaksanaan terbaik dalam aspek pengurusan zakat. Pensyariatan zakat yang jelas dan difahami secara meluas hari ini adalah satu kekuatan bagi memastikan penglibatan masyarakat Islam yang menyeluruh dalam proses pembangunan ekonomi ummah menerusi keadah zakat. 63

Tanggungjawab dan Perlaksanaan Zakat Kalangan Minoriti Muslim Thailand Waeamrene Waepa et al. Rujukan Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-qur an. Kuala Lumpur: Darulfikri. Abdullah Nunsuk & Harun Bengshun. 2016. Pengurusan Zakat di Kalangan Minoriti Muslim di Bangkok. Narathiwat, Thailand. 17 Ogos. Temubual. Ibn Kathir, Abu al-fida Isma'il. 1993. Tafsir al-quran al- Azim. Jil. 3. Kaherah: Maktabah al-khimat. Ismail Ali. 2016. Pengurusan Zakat di Kalangan Minoriti Muslim di Bangkok. Narathiwat, Thailand. 5 Ogos. Temubual. Pejabat Majlis Shaiyk Islam. 2002. Samnak Chularatmontri, Kammakan Klang Islam Haang Prathet Thai Laah Kammakan Islam Pracham Changwat, Akhbar Majlis Shaiyk Islam Bangkok Thailand. www.mind.fulnews.net/2016/04/04-18.html. Perlembagaan Negara Thailand. 2007. https.//th,wikisource.org/wiki Ratthamanun Haeng Ratanati thai_250 Muat 3. al-qaradawi, Yusuf. 2010, Hukum Zakat Studi Komparatif Mangenai Status dan Falsafat Zakat Berdasarkan Quran dan Hadis. Terj. Indonesia: Mitra Kerjaya. Shaltut, Mahmud. 2001. Al-Islam 'Aqidah wa Syari`ah. Kaherah: Dar al-shuruq. Zahari Awang. 2014. Melayu dan Nusantara Kajayaan Lampau Kini dan Esok. Kelantan: Darulnaim Sdn. Bhd. Zulfiqar. 1996. Zakat according to the Quran and Sunnah a Comprehensive Study of Zakat in Modern Perspective. Riyadh: Darul Salam. 64