IC!!1 ""''''-'----j'\'''o '''''',,;_ INDONESIA DI AWAL ABAD KE-21: DR. HAJAH SITI KHARIAH MOHD ZUBIR KOD PENYELIDIKAN:

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

ANALISIS KONSEP PERPADUAN KAUM DALAM NOVEL TERPILIH ABDULLAH HUSSAIN ROSLI B IBRAHIM

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE REPRESENTATION OF THE POOR PEOPLE: THE REFLECTION OF VICTORIAN ERA POVERTY IN DICKENS S GREAT EXPECTATIONS A THESIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AN ANALYSIS OF FEMINISM AS REFLECTED IN LOUISA MAY

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

AKADEMIKA 63 (Julai 2003) Chinese Women in Industrial Home-based Sub-contracting in the Garment Industry in Kuala Lumpur: Neither Valued nor Costed

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tema-tema Pemikiran Muhammad Iqbal dalam Penyelidikan Ilmiah Tinggi di Malaysia. Themes of Muhammad Iqbal s Thoughts in Malaysia s Scientific Research

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SKOP EKONOMI DALAM KONTRAK TABARRU AT : KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA AL-UM DAN MINHAJ AL-TALIBIN (AL-SYARBINI)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PEMIKIRAN PASCA ISLAMISME DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA (Post-Islamism in the Context of Islamic Movement in Malaysia)

Takrifan Etika ethos

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Transcription:

_ PERJUANGAN PEREMPUAN DALAM KARYA PENGARANG PEREMPUAN MALAYSIA DAN INDONESIA DI AWAL ABAD KE-21: SATU KAJIAN BANDINGAN DR. HAJAH SITI KHARIAH MOHD ZUBIR KOD PENYELIDIKAN: 01-01-111-05 UNIVERSITI PENDIDlKAN SULTAN IDRIS Nombor P@foiehan 'cq()\) -">:1 Tarikh Perolehar> _l':!..-> _o... P IC!!1_ _""''''-'----j'\'''o '''''',,; Harga _?-: _:. Bllanqan Na!'!kah. Nombor P8n9 I,<s,n I _._

11 PENGAKUAN Saya mengaku bahawa penyelidikan ini adalah basil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbemya 12 September 2007 DR. HAJAH SITI KHARIAH MOHD ZUBIR K01076

111 PENGHARGAAN Bismillahirrahmannirrahim Bersyukur kepada Allah kerana dengan keizinnya penyelidikan ini dapat disiapkan. Adanya penyelidikan ini sebegini rupa, sesungguhnya bukanlah usaha saya sendiri tetapi dengan kerjasama pihak-pihak tertentu. Dalam ruangan ini saya merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada semua yang terlibat sehingga penyelidikan ini dapat diselesaikan. Setinggi perhargaan dan terima kasih kepada Ibu Widyastuti Purbani dan Ibu Sri Sumardiningsih dari Universitas Negeri Yokyakarta, Indonesia yang menjadi rakan kongsi dalam menjayakan penyelidikan ini. Tanpa kelian berdua penyelidikan mi mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam tempuh jangka masa yang diberikan. Rakaman ini ditujukan khas kepada suami tercinta yang telah banyak memberikan pengorbanan dalam menjayakan penyelidikan ini. Jasa dan budimu tetap dalam ingatan. Kepada cahaya mataku Ijal, Zarima, Hana, Ehsan, Liza dan Aziim, kejayaan ibu sebagai pendorong untuk anda berjaya. Sekian, terima kasih,

IV ABSTRAK Dalam Karya Pengarang Perempuan Malaysia dan Indonesia Di Awal Abad Ke-21: Sebuah Kajian Bandingan" merupakan kajian terhadap tiga persoalan penting. Pertama, persoalan perjuangan perempuan dalam bidang sosial sama ada di Malaysia ataupun di Indonesia. Kedua, persoalan perjuangan perempuan dalam bidang politik. Persoalan ini hanya digarap oleh penulis-penulis novel Malaysia sahaja dan tidak dapat untuk dibuat perbandingan kerana penulis-penulis novel Indonesia yang dikaji tidak membincangkan persoalan ini Ketiga, persoalan perjuangan perempuan dalam bidang ekonomi khususnya perniagaan juga tidak dapat untuk dibuat perbandingan kerana novel-novel yang dikaji tiada langsung menyentuh perkara ini. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan empat teori, iaitu teori feminisme, teori psikologi, teori sosiologi dan teori Islam (kebebasan perempuan). Objektif kajian ini dibahagikan kepada empat, iaitu mengenalpasti dan menganalisis watak-watak perempuan yang terdapat dalam novel, memperlihat dan membuktikan keterlibatan watak perempuan memperjuangkan emansipasi, membandingkan perjuangan atau emansipasi yang ditonjolkan oleh pejuang-pejuang perempuan Malaysia dan Indonesia melalui karya mereka dan melihat persamaan dan perbezaan perjuangan perempuan yang utama oleh pengarang perempuan dalam karya mereka. Perbincangan kajian ini pada peringkat awalnya didasarkan kepada penyelidikan yang telah dibuat berkenaan dengan wanita dan emansipasi. Di samping itu kajian lebih banyak memfokuskan perjuangan perempuan dalam bidang sosial seperti menuntut hak atau emansipasi, perjuangan perempuan untuk menuntut ilmu, perjuangan perempuan dalam memilih jodoh, perjuangan perempuan dalam mendapatkan perlindungan daripada keganasan rumah tangga dan perjuangan perempuan dalam menuntut hak perlindungan daripada diperkosa. Selain itu, pengkaji juga memaparkan tentang perjuangan perempuan dalam bidang politik dan ekonomi, tetapi terhad kepada perbincangan yang terdapat dalam novel-novel di Malaysia sahaja kerana dalam novel-novel Indonesia tidak memaparkan langsung perkara ini. Kajian "Perjuangan Perempuan..

v ABSTRACT The study on "'\Vomen's Fight' by Malaysian and Indonesian Women Writers in the Early 21st Century: A Comparative Study" focuses on three important questions. The first concerns Malaysian and Indonesian women's social fight. Secondly, women's political fight in Malaysian is done. But a comparative study is not done as Indonesian writers did not cover the issue. Moreover, a comparative study of Malaysian and Indonesian women's economic fight especially on business could not be done as the Indonesian novels studied did not portray the issue. Four theories were used: the feminist theory, psychology theory, sociology theory as well as Islamic theory on women's freedom. The study has four objectives, namely to identify and to analyze women characters, to show and to prove that women were involved in emancipation, to compare Malaysian and Indonesian women's fight for emancipation through the created novels, as well as to study similarities and differences between main women characters' fight as depicted by women writers. The early stage of the discussion is based on research done on women's emancipation. The study focuses more on women's social rights, women's battle for knowledge, women's battle to choose spouses, women's battle for protection against violence at home and also women's fight for protection against rape. Finally, the researcher's study on women's political and economic battle is limited to Malaysian novels as the Indonesian novels studied do not discuss the issues.

VI SENARAI SINGKATAN MB Menteri Besar RA Radiallahhuanhu SABERKAS SAW Syarikat Bekerjasama Sallallah Alaihi Wasallam Am Saibumi STPM Siti Tinggi Pelajaran Malaysia swr TV UPM Subhanahuwatala Televisyen Universiti Putra Malaysia WAO Woman's Aid Organization

VII KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN ii PENGHARGAAN 111 ABSTRAK IV ABSTRACT V SENARAI SINGKATAN vii BABI: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Pernyataan Masalah 1.3 Kepentingan Kajian 1.4 ObjektifKajian 1 13 16 17 1.5 Batasan Kajian 17 1.6 Definisi Konsep J8 1.6.1 Perjuangan 18 1.7 Kaedah Kajian 20 BAB2: SOROTANLITERATUR 2.1 Pengenalan 21 2.2 Sorotan Literatur Di Peringkat Doktor Falsafah 23 2.3 Sorotan Literatur Peringkat Sarjana 26

viii 2.4 Sorotan Literatur Di Peringkat Sarjana Muda 33 2.5 Kesimpulan 34 BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 35 3.2 Teori Feminisme 35 3.3 Teori Psikologi 41 3.4 Teori Sosiologi 46 3.5 Teori Islam (kebebasan wanita) 50 BAB4: PERJUANGAN PEREMPUAN DALAM KARYA PENGARANGPEREMPUAN 4.1 Perjuangan Perempuan Dalam Bidang Sosial 54 4.1.1 Pengenalan 54 4.1.2 Emansipasi Perempuan 59 4.1.3 Perjuangan Perempuan Untuk Menuntut llmu 78 4.1.4 Perjuangan Perempuan Dalam Memilih Jodoh 96 4.1.5 Perjuangan Perempuan Dalam Mendapatkan Perlindungan Daripada Keganasan Rumah Tangga 105 4.1.6 Perjuangan Perempuan Menuntut Hak Perlindungan Daripada Diperkosa 109 4.2 Perjuangan Perempuan Dalam Bidang Politik 121 4.2.1 Pengenalan 121 4.2.2 Perjuangan Perempuan Untuk Menjadi Wakil Rakyat Atau Ahli Parlimen 125

IX 4.3 Perjuangan Perempuan Dalam Bidang Ekonomi 136 4.3.1 Pengenalan 136 4.3.2 Perjuangan Perempuan Dalam Bidang Perniagaan 142 BAB 5: PENEMUAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 153 5.2 Penemuan 154 5.3 Kesimpulan 162 BffiLIOGRAFI 167

BABI PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Heiny H.H. Remark (1990: 1) menyatakan bahawa sastera bandingan merupakan kajian sastera di luar batas sesebuah negara dan kajian tentang hubungan di antara sastera dengan bidang ilmu serta kepercayaan yang lain seperti seni (misalnya, seni lukis, seni ukir, seni bina dan seni muzik), falsafah, sejarah, sains sosial (misalnya, politik, ekonomi, sosiologi), sains, agama dan lain-lain. Secara umumnya, sastera bandingan ialah membandingkan sastera sesebuah negara lain dan membandingkan sastera dengan bidang lain sebagai keseluruhan ungkapan kehidupan.

2 Kesusasteraan bandingan merupakan salah satu disiplin barn dalarn kesusasteraan. Ia merupakan kajian bandingan yang dilakukan secara sistematik antara Negara. Kajian sastera bandingan bermula secara formal pada abad ke-19, tetapi kemuncaknya ialah pada era perantaraan kedua-dua Perang Dunia (1913-1940) apabila terhasil dan terbit begitu banyak kajian tentang perhubungan antara sastera lengkap dengan bibliografi. Di Malaysia, kajian bandingan antara karya Malaysia dengan karya dari Indonesia sudah lama berlaku. Ini kerana kedua-dua negara datang dari rumpun yang sama, iaitu Nusantara serta mempunyai persamaan dalam sistem bahasa dan sejarah negara. Ia selari dengan tujuan kesusasteraan bandingan yang bertujuan untuk menilai mutu karya sastera sesebuah negara dengan membandingkan dengan sesebuah karya dari negara luar bagi mempertingkatkan mutu keindahan karya sastera negara. Kajian bandingan antara novel "Perjuangan Perempuan Dalam Karya Pengarang Perempuan Malaysia dan Indonesia Di Awal Abad Ke-21" mula mendapat tempat di kalangan pengkaji kesusasteraan bandingan. Ini kerana kedua-duanya mempunyai agenda peijuangan yang hamper sarna dan mentaliti pengarang perempuan kedua-dua negara juga hampir sarna yang mengarnalkan teori atau pendekatan feminisme.

3 Feminisme ialah sebahagian daripada wacana pengajian perempuan yang muncul dalam pengajian antara budaya yang bersifat interdisiplinari. Ini termasuklah pengajian budaya yang bermula daripada proses produksi hingga ke aspek penghayatan dan jati diri dengan senantiasa menyoai andaian dan perspektif dominan tentang budaya berkenaan. Sejarah feminisme bermula sejak kurun ke D dan telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan rupa tetapi tidak bersifat monolitik. Tumpuan dan perhatiannya lebih pada persoalan keadilan, peningkatan martabat dan empowerment. Pada abad ini hinggalah akhir abad ke-is, telah berlaku satu perubahan intlektual di Eropah dan Amerika yang didominasikan oleh suasana optimistik mengenai isu kemanusiaan dan salah satu daripadanya ialah isu feminisme. Terdapat dua gelombang feminisme di Eropah dan Amerika. Gelombang pertama disebut 'first wave' atau 'old wave' bermula pada tahun 1890-1920, yang lebih menekankan persoalan persamaan hak lelaki dan perempuan yang digelar feminisme ekuiti. Gelombang ini membolehkan perempuan mengundi, mendapatkan kebajikan dan menjadi tenaga buruh di sektor perkilangan. Dengan ini, mereka akan mendapat hak yang sarna di sarnping mendapat kebebasan yang diinginkan. Selepas Perang Dunia Ke-2, timbul pula gelombang yang kedua, dikenali sebagai 'new wave' atau 'second wave'. Dalarn gelombang kedua ini mereka lebih radikal dan cenderung membincangkan tentang isu gender, penampilan perempuan dalarn konteks sosiobudaya, identiti, kekeluargaan, perbezaan ras dan sebagainya. Justeru ia disebut feminisme gender yang bergabung dengan feminine

4 kontemporari untuk menjadi organisasi keilmuan. Oleh itu, golongan intelektual feminis memberikan kesan tindak balas terhadap pembentukan institusi barn dalam pengajian perempuan dan pengajaran budaya. Kemunculan tokoh-tokoh feminis di rantau dunia ketiga menampilkan Laila Abdul yang terkenal dengan bukunya Women And Gender In Islam (1992), Kumarijaya Wardena yang menyentuh aktiviti sosiobudaya dan ekonomi perempuan dalarn bukunya Feminism And Nasionalism In The Third World (1986). Kecenderungan feminis yang dibawa lebih menumpukan isu mengenai pendidikan dan kerja, hak perempuan dalarn hubungan perkahwinan dan pada waktu yang sarna ia turut menghadapi isu ketidakadilan dan penekanan. Menurut Zalila Sharif (2003: VllI) bahawa feminis di rantau dunia ketiga berbeza dengan feminis di Barat. Di Barat feminisme memperjuangkan politik yang berhubungkait dengan perubahan hubungan kuasa atau 'power' antara lelaki dengan perempuan dalam sesebuah masyarakat. Oleh sebab itu, Weedan (1987: 47) menyatakan bahawa 'feminisme is a political movement for the emancipation of women'. Showalter (1986: 45) dari University of Princeton berpendapat bahawa kecenderungan feminisme dalarn sastera bukan sekadar memuatkan karya-karya sastera dalam kurikulum tetapi apa yang Iebih penting ialah 'defamiliarization of masculinity '. Konsep ini berlandaskan satu metodologi kritis yang melihat perbezaan seks dan jantina, Teori yang dipersembahkan ini lebih memfokuskan

5 interaksi antara idea-idea feminis dengan kesusasteraan dalam tradisi Inggeris Amerika, Rosnah Baharudin (2003: 16) menyatakan bahawa di Malaysia pengaruh feminisme itu tetap melanda pemikiran ahli masyarakatnya pada dekad awal abad ke-20, walaupun istilah itu belum wujud namun semangatnya tetap sarna. Kesedaran itu bermula awal abad ke-20 dipelopori oleh intelektual, pemikir dan pemimpinmasyarakat untuk membaiki nasib perempuan. Mereka ini termasuklah golongan guru yang sedar terhadap masalah yang dihadapi golongan perempuan yang agak: ketinggalan dalam semua bidang pendidikan, sedangkan perempuan merupakan hampir separuh dari penduduk negara ini. Golongan intelektual ini secara kasar dapat membahagikan kepada dua, iaitu yang mendapat pendedahan pendidikan di luar negara termasuk di negara Mesir. Mereka itu terdiri dari ulama' yang berfikiran terbuka atau golongan modenis. Antara ulama' dan modenis yang mendapat pendedahan dan pendidikan di Timur Tengah ialah Syed Sheikh al-hadi. Kesedaran terhadap pentingnya perempuan diberi pendidikan sebagai persiapan untuk menjadi guru nombor satu di rumah disalurkan dalam rencana-rancananya yang diterbitkan dalam Al-Iman (1906), Al-Ikhwan (1926) Syed Sheikh al-hadi sebagai pengarang dan penerbit. Golongan yang kedua ialah goiongan guru dan wartawan lelaki dan perempuan yang terdedah kepada pembacaan dan maklumat yang dapat

6 membangkitkan kesedaran pembaca terhadap masalah semasa. Mereka menyalurkan pendapat dengan lebih jitu lagi melalui rencana-rencana yang disiarkan dalam Majalah Guru (1921-1941) dan Bulan Melayu (1930-1941). Dengan penuh kesedaran menerusi tulisan, mereka telah menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris untuk meluaskan peluang mereka menimba pelajaran. Pemikiran terhadap kepentingan pendidikan oleh guru-guru lelaki dan perempuan ini selaras dan selari dengan kehendak agama bahawa menuntut ilmu itu wajib bagi lelaki dan perempuan yang masih agak kurang dihayati oleh masyarakat Islam ketika itu. Di samping itu pemahaman terhadap kepentingan pendidikan kepada perkembangan mental anak-anak perempuan belum meluas. Faktor lain seperti kedudukan sekolah yang jauh dati rumah, keselamatan anakanak, pelajar sekular dianggap akan mengkristriankan orang-orang Melayu menjadi hambatan kepada peluang anak-anak perempuan dihantar sekolah. Antara faktor menarik berkait dengan hal ini ialah usaha yang dilakukan oleh guru-guru perempuan yang merupakan golongan yang terpelajar ketika itu, Melalui penulisan, mereka telah meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan pelajaran kepada anak-anak perempuan yang merupakan kunci kepada kemajuan. Rosnah Baharudin (2003: 17) menyatakan bahawa antara tokoh perempuan yang paling menonjol di antara tabun 1903-1989 ialah Rajah Zainun Sulaiman atau dikenali dengan nama Ibu Zaino Beliau banyak menyuarakan pendapat

7 tentang perlunya anak perempuan tahu membaca, menjaga kesihatan, mengurus rumah tangga melalui tulisan-tulisannya dalam majalah Majalah Melayu, antaranya dengan menggunakan Guru atau Bulan nama samaran Zainah al-nadrah. Beliau merupakan tokoh perempuan awal menerima pendidikan Inggeris dan menjadi guru. Pada tahun 1927 beliau dilantik menjadi Penyelia Sekolah-Sekolah Perempuan Melayu Johor, Kedudukannya ini telah digunakan sebaiknya untuk menyeru ibu bapa menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Anmi Hidayatun Noor at el. (2002: 10) menyatakan bahawa kebangkitan Islam menyebabkan kedudukan perempuan didefinisikan secara redikal. Pertama, Islam melarang "pembunuhan bayi perempuan" dan mengembalikan hak-hak lahir bagi perempuan. Dengan demikian Islam telah mengangkat perempuan pada kedudukan sebagai manusia yang berharga dan bermartabat di mata lelaki. Baik lelaki mahupun perempuan dihargai sarna dari segi kemanusiaannya. Rasu11ullah S.A.W. bersabda, "semua manusia adalah sama seperti halnya gigi pada sikat rambut". Tidak ada yang boleh merasa lebih baik atas yang lain. Hanya ketakwaan sahajalah yang paling disukai oleh Allah. Untuk mengembalikan status perempuan dalam masyarakat Islam mencela mitos lama tentang Hawa dianggap sebagai penggoda dan sumber kejahatan sebagai penyebab dosa asal dan jatuhnya umat manusia. Menurut Al-Quran tidak bertanggungjawab atas kesalahan Adam yang pertama, kedua-duanya sama-sama

8 bersalah kerana tidak taat kepada Tuhan, Kedua-duanya telah memohon ampun dan kemudian diampuni. Islam juga telah mengubah mentaliti kaum lelaki dan perempuan dan kemudian mencipta sebuah bentuk hubungan yang barn di antara keduanya didasarkan pada rasa paling hormat dan saling pengertian disertai penekanan untuk menjaga dan menghormati kaum wanita. Kedudukan kaum perempuan diangkat oleh Islam dengan memberikan hak-hak untuk melakukan kontrak (perjanjian), menjalankan pemiagaan dan memiliki barang secara merdeka, tidak bergantung kepada suami ataupun keluarga lelaki mereka. Sejak awal, Islam telah menekankan bahawa kaum perempuan yang merupakan sebahagian dari masyarakat, haruslah diberi kesempatan yang memungkinkan terjadinya perkembangan kemampuan alamiah yang mereka miliki sehingga mereka boleh berpartisipasi secara efektif dalam penggabungan masyarakat. Islam juga menekankan bahawa kaum perempuan (hams) diizinkan untuk mencapai tingkat kemajuan tertinggi dalam hal material, intelektual dan spiritual. Dalam konteks ini, Islam telah memperluaskan hak-hak perempuan dalam berbagai bidang sosial, politik, ekonomi, pendidikan, keterampilan serta kesempatan bekerja, Untuk melindungi agar hak-hak itu tidak disalahgunakan oleh kaum lelaki, maka Islam memberikan perlindungan hukum yang kuat terhadap hak perempuan. Apabila memperkata tentang perjuangan perempuan, perkataan feminisme tidak akan ketinggalan. Perkara-perkara yang bersangkutan dengan feminisme

9 banyak diperkatakan oleh penulis-penulis perempuan dalam karya mereka. Perempuan masuk dalam kesusasteraan MeIayu lebih kebelakang dari lelaki kerana berbagai-bagai alasan, terutamanya kerana mereka hadir dalam sistem pendidikan sesudah lelaki, maka sekarang ini perempuan belum rarnai menceburkan diri dalam bidang penulisan. Perempuan tiba dalam dunia kesusasteraan sesudah lelaki dan dengan jumlah yang lebih rendah. Dengan demikian, kalau karya sastera lelaki yang pertama bertarikh 1920, cerpen "Kecelakaan Pemalas" karangan Nordin Ibrahim, karya sastera perempuan pertama ialah cerpen "Kesedihan Perkahwinan Paksa" karya Hafsah, iaitu pada tahun 1935, empat belas tahun kemudian, Novellelaki yang pertama bertarikh 1927 Kawan Benar karangan Ahmad Bin Haji Ahmad Rashid Talu. Novel perempuan pertama muncul pada tahun 1941 yang berjudul Cinta Budiman oleh Rafiah Yusof. Menurut Monique Zaini-Lojoubert (1990: 49) menyatakan bahawa dalam penulisan kaum perempuan lebih suka menulis karya mereka yang bertemakan perhubungan langsung dengan masalah mereka sendiri dan terutama sekali yang mengenai rumah tangga dan keluarga, yang hampir tidak disentuh oleh lelaki. Dengan demikian, berkat karya-karya perempuan tema bam atau yang jarang disentuh oleh lelaki dimasukkan dalam sastera. Misalnya, situasi ustazah Zahirah dalam Sayang Ustazah Sayang (1968) karangan Salmi Mania, jarang dilukiskan oleh pengarang-pengarang lelaki. Sebagai seorang perempuan dari segi kewangan

10 bergantung sepenuhnya pada suaminya, dia tidak dapat minta diceraikan. Dia tidak akan mempunyai pendapatan apa pun kalau dia hidup sendiri kerana itu, dia tidak mempunyai pilihan lagi daripada tinggal dengan suaminya, walaupun dia tidak memperlakukannya dengan baik (Rosnah Baharudin 1979: 120). Di lain pihak, karya-karya perempuan tersebut memungkinkan memperbaiki imej perempuan yang sering kali streotaip dan dangkal dalam karyakarya sasterawan lelaki dan dengan demikian memberikan lebih banyak otentisiti kepada watak-watak perempuan. Penulis lelaki juga kurang menonjolkan watak perempuan sebagai watak penting. Kebanyakan watak perempuan hanya memainkan peranan yang kecil dan ada juga yang menggambarkan watak perempuan yang terbatas serta melukiskan watak-watak ini, namun sering kali dicerminkan prasangka-prasangka negatif mereka terhadap perempuan. Kebanyakan daripada watak tersebut adalah perempuan yang tidak berpendidikan, yang mengabdikan diri pada rumah tangga mereka dan dari segi kewangan, bergantung sepenuhnya pada suami mereka. Anis Sabirin (1969: 128) menyatakan ada rasa berat sebelah, apabila pengarang lelaki menampilkan watak perempuan dalam karya sastera seperti dalam bidang novel. Seringnya, penulisan lelaki menonjolkan lelaki sebagai wira dan perempuan sebagai watak sampingan. Watak perempuan juga dibahagikan kepada dua, iaitu baik dan buruk. Pembahagian ini pula didasarkan kepada nilai budaya lelaki. Namun begitu, tidak semua penulis lelaki menggambarkan citra

11 perempuan begitu. Kemunculan penulis perempuan cuba memaparkan watak perempuan sebagaimana perspektif dan prasangka mereka sendiri dengan harapan pembaca perempuan akan berpuas hati, Zaharah Nawawi (1994: 1) merupakan seorang penulis perempuan yang prolifik dan produktif menyatakan dalam eseinya: "Unsur feminisme diketengahkan kerana mahu membuktikan bahawa perempuan tidak semestinya berlenangan air mata dan perempuan tidak semestinya menjadi mangsa sebagaimana yang digarnbarkan oleh sesetengah penulis lelaki." Menurut Siti Aishah Murad (1998: 14) apabila meninjau kehidupan realiti, sejak awal abad ke-20. perempuan berpeluang untuk mendapatkan pelajaran. Tetapi orang tua lebih mengutamakan anak lelaki kerana menurut mereka kerana perempuan terbatas pada hanya sebagai isteri.dan ibu. Kemudian berlaku perubahan dan ramai perempuan yang berpeluang ke universiti. Manakala Rosnah Baharudin (1995: 10) mendapati bahawa rarnai perempuan yang telah diberikan kesempatan bertindak menghasilkan sesuatu yang positif dan dalam hidup. Keadaan ini rupanya mempengaruhi para novelis dalarn karya mereka. Dengan muncullah watak Mazni dalam Badai Sernalam (1968) karya Khadijah Hashim, Sherin dalam Sebelurn Berhujungnya Musim Bunga (1972) karya Zaharah Nawawi dan Diana dalarn Seroja Masib Di Kolam (1968) karya Adibah Amin. Di sini jelas bahawa, dalam karya sastera, watak perempuan bukan hanya menjadi watak sampingan tetapi watak penting dalarn cereka seperti novel.

12 Novel dipilib untuk penelitian dalam kajian ini kerana novel dapat menggambarkan masyarakat keseluruhan dengan persoalan yang tersendiri. Novel-novel Malaysia yang dipilih ialah novel yang dihasilkan oleh penulis perempuan. Novel-novelnya ialah Trilogy Khadijah Hashim Jilid II (2000) yang ditulis oleh Khadijah Hashim, novel Shumul (2002) karya Azmah Nordin, novel Haruman Kencana (2004) basil buah tangan Zaharah Nawawi dan novel keempat ialah novel Salam Maria (2004) hasil nukilan Fatimah Busu. Manakala novelnovel Indonesia yang dipilih untuk membuat perbandingan ialab novel Nay/a (2005) karya Djener Maesa Ayu, Geni Jora (2004) nukilan Adibah El Khalieqi, Atap (2002) buah tangan Fira Basuki dan Larung (2001) basil tulisan Ayu Utami. Bahasa yang digunakan dalam novel-novel ini lebih jelas dan tidak banyak bahasa metafora seperti bahasa dalam puisi. Persoalanjuga lebih mudah dikemukakan kerana novel adalah satu-sanmya media sastera yang boleh membincangkan dan menganalisa rencamnya kehidupan dengan lebih luas dan lega, Ini ditambah pula dengan sifat novel itu sendiri yang lebih panjang, melibatkan banyak watak yang dikembangkan dengan lebih terperinci. Dalam keempat-empat buah novel ini, pengkaji akan melihat dan meneliti tentang perjuangan perempuan dari segi sosial, politik dan ekonomi. Melalui novel-novel yang dikaji dapat dilihat tema yang berbagai, mencakupi masalah peribadi, masalah sosial, masalah politik, masalah ekonomi, masalah negara, masalah perjuangan perempuan untuk menuntut kesamarataan hak dan sebagainya.

13 Adanya analisis perbandingan karya kreatif seperti novel ini akan menunjukkan kepada masa bahawa sastera (novel) adalah penting dan mempunyai peranan tersendiri dalam mendidik manusia. Justeru diharap kajian sastera bandingan ini akan dapat memperbanyakkan khazanah kritikan sastera untuk pembacaan para peminat dan pengkaji sastera. 1.2 Pernyataan Masalah Pengkajian ini dibuat setelah melihat kurangnya penyelidikan dan kajian terhadap sastera bandingan untuk menyampaikan mesej perjuangan perempuan yang ingin disampaikan oleh penulis perempuan dalam karya-karya mereka. Penulis-penulis ini sebenarnya cuba memperlihatkan perjuangan perempuan untuk menuntut hak kesamarataan dengan kaum Ielaki yang dibenarkan oleh Islam. Golongan perempuan ini cenderung untuk memaparkan kepada masyarakat kedudukan dan peranan perempuan dalam sesebuah institusi kekeluargaan amat penting dan memberikan impak yang mendalam terhadap keutuhan ummah. Justeru, pengkaji merasa terpanggii untuk meneroka dengan Iebih mendalam tentang permasalahan perjuangan perempuan Malaysia-Indonesia yang berlaku dalam realiti kehidupan perempuan melalui pencetusan idea yang diungkapkan oleh empat orang penulis perempuan Malaysia, iaitu Khadijah Hashim, Azmah Nordin, Fatimah Busu dan Zaharah Nawawi manakala penulis

14 Indonesia pula terdiri daripada Djenr Maesa Ayu, Adibah El Khalieqi, Fira Basuki dan Ayu Utami. Mereka terkenal sebagai penulis yang begitu peka tentang hal-hal yang menyentuh aspek keperempuanan melalui karya mereka. Temyata kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.t. ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk menanamkan rasa kesedaran bahawa manusia sebagai hamba Allah tidak dapat Iari dati ujian dan dugaan bagi menguji tahap keimanan seseorang terhadap Allah s.w.t, Selain itu, pengkaji merasakan perlunya satu kajian yang agak komprehensif tentang perjuangan perempuan Melayu. Idea ini tercetus setelah meneliti satu perbandingan antara realiti kehidupan perempuan dengan gambaran yang dipaparkan dalam sesebuah karya yang meletakkan perempuan sebagai pendukung utama karya tersebut amat diperlukan. Menurut pendapat Mohamad Daud Mohamad (1992: 6) sukar bagi kita untuk menentukan gambaran perjuangan perempuan (emansipasi) yang patut diwujudkan dalam sesebuah karya sastera. Masalah itu berterusan dan usaha untuk mencari penyelesaiannya dalam Seminar Citra Wanita 1930-1990 pada 22 Januari 1992 juga menemui jalan buntu, Pengkaji juga melihat kepada perkembangan aliran feminisme dalam arus perkembangan kesusasteraan Melayu moden khususnya dalam penghasilan novel. Aliran ini semakin hebat diperkatakan oleh pengarang perempuan dan pengarang