MATA PELAJARAN UMUM (MPU) PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN HOLISTIK. Universiti Selangor (UNISEL)

Similar documents
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Jurnal Hadhari 6 (2) (2013) ABDUL KARIM ALI RAHIMIN AFFANDI ABD. RAHIM SYED MOHD JEFFRI SYED JAAFAR 1 ABSTRAK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 7) LAPORAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Pengaruh Komponen Kurikulum Ilmu Siasah Syar iyyah dalam Kursus Teras Universiti

LAPORAN JAWATANKUASA MAJLIS DEKAN-DEKAN PENGAJIAN ISLAM MENGKAJI PROFIL PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN ISLAM:

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA (3) IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (INSANIAH)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

MATA PELAJARAN UMUM (MPU) PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN HOLISTIK Ng Ming Yip 1, Iswandi Harahap Bin Burhanuddin 2 Universiti Selangor (UNISEL) mingyip@unisel.edu.my, iswandi@unisel.edu.my ABSTRAK Mata Pelajaran Umum (MPU) telah diperkenalkan dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti modal insan sejajar dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Dengan itu, MPU diharapkan mampu melahirkan graduan yang holistik dan mempunyai nilai-nilai murni serta jati diri beracuan Malaysia. Di Universiti Selangor (UNISEL), beberapa subjek MPU yang mendedahkan pelajar kepada elemen kemasyarakatan telahpun diperkenalkan seperti Khidmat Masyarakat, Kemahiran Kepimpinan dan Kemahiran Kerja Sosial. Subjek-subjek tersebut bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bukan hanya dalam pelajaran tetapi juga mampu berinteraksi secara positif dengan masyarakat. Hal ini kerana setiap pelajar pada akhirnya akan kembali ke pangkuan masyarakat selepas tamat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pelbagai aktiviti masyarakat yang melibatkan pelajar telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus MPU seperti menyantuni fakir miskin, mendekati golongan yang istimewa termasuk warga emas, OKU, anak yatim dan lainlain. Melalui adanya aktiviti-aktiviti seperti itu, mereka dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang mereka timba di dalam bilik kuliah ke dalam masyarakat. Kelebihan MPU telah menjadikan para pelajar ini lebih prihatin dan menyelami kehidupan masyarakat, sehingga masyarakat merasai kewujudan IPT dan memperoleh manfaat daripada kebersamaan ini. Keyword: MPU, UNISEL,Pelajar, Matlamat MPU Pendahuluan Malaysia merupakan salah satu negara yang sedang membangun menuju sebuah negara maju yang berpendapatn tinggi, seiring dengan itu pembinaan jati diri bangsa, dan insan yang dapat membentuk insan yang berilmu, berkepribadian tinggi, berakhlak mulia, berkemahiran berdaya saing dan berdaya tahan merupakan fokus utama dalam merealisasikan tujuan ini, kerjasama semua pihak dalam merealisasikan hasrat melahirkan warganegara yang tinggi patriotisme, berdaya saing, dan maju amat diperlukan. Untuk mencapai matlamat tersebut maka penawaran matapelajaran wajib (MPW) disemua IPT dalam Negara mesti dilakukan, sehubungan itu Kementrian Pendidikan Tinggi Malaysia telah menyemak kembali kurikulum MPW disemua IPT di 149

Malaysia. Maka Mata Pelajaran Umum yang berteraskan cabang falsafah ilmu yang melibatkan bidang keilmuan kajian kemanusiaan, sains tulen dan sains social telah diperkenalkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejarah Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) merupakan mata pelajaran untuk kelayakan pra university di institusi pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Ianya merupakan mata pelajaran yang dahulunya dikenali sebagai Mata Pelajaran Wajib (MPW). Kementerian Pendidikan Malaysia secara rasmi telah mengumumkan sistem modular baru MPU mulai 1 September 2013 ke atas pelajar pengambilan kohort baru di semua IPT, manakala penawaran MPU menggunakan garis panduan MPU Edisi Kedua berkuat kuasa pada September 2017. MPU merupakan mata pelajaran umum yang ditetapkan dan dikendalikan oleh Majlis Pemeriksaan Malaysia, dan diperiksa oleh badan Peperiksaan Malaysia, yang kedua-duanya berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. MPU bukan hanya mata pelajaran yang wajib diambil oleh university awam malah ianya merupakan mata pelajaran yang diwajibkan untuk university swasta. Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) memperuntukkan bahawa setiap institusi pengajian tinggi swasta hendaklah mengajar MPU sebagai mata pelajaran wajib. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menghendaki semua pelajar pendidikan tinggi di Malaysia sama ada pelajar tempatan ataupun antara bangsa mesti melengkapkan Pengajian umum sebagai prasyarat bagi penganugerahan sijil, diploma atau ijazah sarjana muda. Konsep Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) Perancangan akademik masa kini mengusulkan supaya pengajian umum diperluaskan meliputi aspek-aspek penataran ilmu seperti kemahiran berkomunikasi, keterampilan penghayatan nilai-nilai murni dan sejarah serta pendedahan kepada bidang-bidang pengetahuan umum yang melampaui batas-batas disiplin ilmu tradisional, termasuk bidang baharu seperti seni falsafah dan bahasa asing supaya dapat melahirkan siswazah yang berfikiran luas, seimbang dan holistik yang dapat berdaya saing seiring dengan kemajuan dan teknologi yang moden. Dengan mengetengahkan MPU kepada para pelajar diharapkan dapat menguasai ilmu-ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada agama bangsa dan negara. Justeru, pengajian umum bermaksud program pendidikan prasiswazah yang bertujuan membekalkan pelajar dengan ilmu persediaan untuk hidup dalam masyarakat moden. Ilmu tersebut meliputi kefahaman tentang nilai-nilai mulia, sejarah dan tanggungjawab dalam masyarakat, penguasaan kemahiran insaniah, perluasan ilmu berteraskan Malaysia dan berupaya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. 150

Tujuan Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) Terdapat beberapa matlamat penubuhan MPU sebagai subjek umum yang wajib diambil oleh setiap pelajar antara matlamat MPU yang telah ditetapkan oleh kementrian pendidikan Malaysia ialah: i. Penyelarasan Mata pelajaran Wajib kepada MPU di IPT ii. Pembinaan Negara Bangsa; iii. Penguasaan dan Peluasan Kemahiran Insaniah iv. Pengukuhan dan Peluasan Pengetahuan di Malaysia v. Pengaplikasian Kemahiran Insaniah berdasarkan tujuan di atas, maka Mata Pelajaran Umum (MPU) dibahagikan kepada empat kategori yang perlu disiapkan oleh semua pelajar (pelajar Malaysia dan antarabangsa) yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia iatu: U1,U2,U3 dan U4. MPU U1 U2 U3 U4 MATLAMAT Penghayatan falsafah, nilai dan sejarah Penguasaan Kemahiran insaniah Perluasan ilmu penegetahuan tentang Malaysia Kemahiran pengurusan masyarakat yang bersifat praktikal seperti khidmat masyarakat dan kokurikulum Struktur Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) Struktur MPU melibatkan pelaksanaan di peringkat sarjana Muda, Diploma dan Sijil. Pelajar diwajibkan lulus dan melengkapkan kelompok U1,U2,U3 dan U4 sebagai syarat untuk menamatkan pengajian. Perincian struktur pelaksanaan MPU seperti rajah 1.1 dibawah Rajah 1 Struktur Pelaksanaan MPU Tahap Pengajian Sarjana Muda, Sijil Siswazah dan Diploma Siswazah Tahap 6 2 atau 3 kredit setiap kursus dalam kelompok U1 2 atau 3 kredti setiap kursus dalam kelompok U2 dan U3 2 kredit bagi setiap kursus dalam kelompok U4 U1 U2 U3 U4 Jumlah Kredit 2 kursus (4-6 kredit) (2 kredit) 10-14 151

KKM Diploma Lanjutan Tahap 5 KKM Diploma Tahap 4 KKM Sijil Tahap 3 National Pre University Seminar 2017 (NpreUS2017) (2 kredit) 8-11 - 6-9 KKM Penawaran MPU bagi program Diploma Lanjutan, Sijil Siswazah dan Diploma Siswazah adalah diwajibkan kepada pelajar yang belum pernah mengambil MPU pada peringkat pengajian sebeleumnya. Jumlah kredit yang perlu diambil adalah seperti di tahap 3 iaitu 6-9 jam kredit Pelaksanaan MPU DIKECUALIKAN kepada program-program berikut: i. Program akademik diperingkat sarjana dan kedoktoran; ii. Kursus jangka pendek iii. Program bukan penamat (non-terminal) seperti matrikulasi; iv. Program asasi (foundation) dan pelajar pra-universiti dikecualikan mengambil MPU kecuali bagi pelajar Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian ijazah sepenuhnya di luar negara mereka dikehendaki untuk melengkapkan Pengajian Umum di peringkat Sijil. v. Kursus professional dan ikhtisas (contoh: ACCA), bagi pelajar yang telah mengambil kursus di peringkat pengajian terdahulu; dan vi. Kursus professional dan ikhtisas (contoh: ACCA), bagi pelajar yang telah mengambil kursus MPU di peringkat pengajian terdahulu; dan vii. pemberian pengecualian MPU adalah tertakluk kepada peruntukan di dalam Akta yang perlu dipatuhi oleh IPT masing masing. SENARAI KURSUS Antara kursus-kursus yang telah ditawarkan dalam MPU ialah: i. Hubungan etnik ii. Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) iii. Pengajian Malaysia 1 iv. Pengajian Malaysia 2 v. Pengajian Malaysia 3 vi. Bahasa Melayu Komunikasi 1 vii. Bahasa Melayu Komunikasi 2 152

MPU bukan sahaja sebagai subjek akademik tetapi ia mempunyai peranan yang besar dalam membentuk pelajar yang holistik dan memiliki kemahiran insaniah (softskills) yang berguna. Melalui subjek-subjek yang ditawarkan dibawah MPU, pelajar-pelajar berpeluang mempelajari dan mengalami pelbagai kemahiran yang tidak dapat dipelajari di dalam bilik kuliah. Di samping itu, MPU membolehkan para pelajar berinteraksi dan berkomunikasi dengan komuniti luar kampus melalui penganjuran program-program yang bertemakan kemasyarakatan. Para pelajar berpeluang memupuk semangat tolongmenolong dan kesukarelawan bersama golongan-golongan masyarakat yang istimewa seperti fakir miskin, warga emas, OKU, anak yatim dan sebagainya. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa MPU berperanan untuk membentuk pelajar yang holistik dan cemerlang dari segi akademik dan kemahiran insaniah. Melahirkan pelajar dengan pelbagai kemahiran MPU membolehkan pelajar memgembangkan pelbagai kemahiran yang penting. Kebanyakan pengkhususan mengehadkan pelajar untuk mempelajari sains, teknologi maklumat, kejuruteraan atau bidang lain yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, MPU memberi kebebasan kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran-kemahiran dalam kesemua bidang tersebut. Pelajar yang mengambil MPU berpeluang mendedahkan diri kepada pelbagai program yang melibatkan pelbagai komuniti. Di Univeristi Selangor (UNISEL), subjek Khidmat Masyarakat/ Community Service memerlukan pelajar yang mengambil kursus ini untuk menjalankan satu program kemasyarakatan yang melibatkan komuniti luar kampus. Penganjuran program seperti ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi dengan komuniti luar dan memperolehi pelbagai pengalaman yang berguna. Melalui penganjuran program seperti itu, pelajar akan didedahkan dengan proses pembuatan keputusan, pentadbiran program, pengurusan kewangan dan sebagainya. Melalui proses tersebut, para pelajar dapat memupuk pelbagai nilai positif seperti kemahiran memimpin dalam kumpulan, kerja berpasukan, semangat kesukarelawan, saling membantu, sikap keprihatinan dan sebagainya. Ini membolehkan pelajar terus mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran insaniah semasa di universiti. Memupuk perpaduan pelajar MPU merupakan subjek wajib yang akan diambil oleh semua pelajar daripada pelbagai bidang pengajian dan latar belakang demografi yang berbeza. Mereka terdiri daripada pelajar yang berbeza dari segi program pengajian, kumpulan etnik, tempat asal, latar belakang keluarga dan sebagainya. Walau bagaimanapun, MPU telah berjaya menyatukan mereka ini di bawah satu bumbung yang sama. Walaupun mereka mempunyai latar belakang yang berbeza, mereka tetap dapat menjalinkan kerjasama dan saling tolong-menolong sepanjang kursus MPU dijalankan. Melalui kerja kursus subjek MPU yang diberikan kepada pelajar, mereka dapat berinteraksi dalam satu kumpulan yang sama dan bergading bahu menjalankan satu tugasan yang diberikan. Contohnya melalui subjek Hubungan Etnik (HE), nilai-nilai perpaduan dan semangat kenegaraan 153

berjaya diterapkan kepada setiap pelajar melalui kerjasama yang melibatkan pelajarpelajar daripada kumpulan etnik yang berbeza. Selain itu, pelajar yang mengambil HE juga berpeluang untuk memahami budaya masyarakat lain dan pada masa yang sama dapat memupuk nilai toleransi dan saling memahami. Mencungkil bakat pelajar MPU memberi peluang kepada pelajar untuk membangun dan mengembangkan kemahiran, minat dan bakat masing-masing. Pelajar-pelajar mungkin tidak mempunyai peluang untuk keluar dari bilik kuliah untuk menjalankan aktiviti lain seperti aktiviti gotong-royong bersama komuniti setempat. Keadaan tersebut menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk mengalami perkara-perkara lain yang tidak dapat dipelajari di bilik kuliah. Melalui penyertaan dalam program kemasyarakatan MPU, pelajar dapat mempelajari perkara-perkara baharu yang berguna untuk mereka. MPU juga menyediakan platform kepada semua pelajar untuk mencungkil bakat masing-masing melalui subjek-subjek yang ditawarkan. Contohnya, subjek Kemahiran Kepimpinan membolehkan pelajar mempelajari mengenai kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seorang pemimpin dan bakat kepimpinan pelajar dapat dipupuk melalui subjek ini. Selain itu, subjek sukan juga memberi peluang kepada IPT untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang mempunyai bakat dalam kesukanan dan boleh diketengahkan untuk menjadi atlet sukan yang profesional. Nilai tambah kepada graduan Menurut tinjauan yang dilakukan oleh JobStreet.com pada tahun 2013, semakin ramai majikan melihat lebih daripada keputusan akademik ketika ingin mengambil graduan baru. Faktor penentu pertma adalah kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik, diikuti dengan bahasa Inggeris yang baik dan gaji dijangka yang tepat. Setiap tahun kirakira 180,000 pelajar bergraduasi dari IPT. Selalunya terdapat jurang antara jangkaan majikan kepada graduan dan kualiti graduan yang dihasilkan. Rajah 1 menunjukkan keperibadian, sikap, personality merupakan antara sebab utama pengangguran graduan. Hampir 70 peratus daripada majikan berpendapat tahap kualiti dalam kalangan siswazah baharu hanya sederhana. Statistik tersebut menunjukkan para graduan mempunyai kekurangan dari segi kemahiran insaniah termasuk kemahiran interpersonal dan kemahiran berkomunikasi. Kemahiran insaniah yang dipelajari melalui MPU akan memberi nilai tambah kepada para pelajar selepas bergraduasi. Kelebihan tersebut berpotensi menjadikan mereka sebagai calon pekerjaan yang baik selepas bergraduasi, dimana kebolehan untuk mempelajari pelbagai kemahiran baharu yang dianggap bernilai bagi bakal majikan. Bagi graduan yang pernah mengambil MPU, pelbagai pengalaman yang diperolehi semasa penganjuran program kemasyarakatan boleh dimasukkan dalam resume, termasuk kemahiran tertentu yang telah diperolehi semasa berada di universiti. 154

Rajah 2: Sebab-sebab utama pengangguran graduan Sumber: Lim, J. Rujukan Assessment and Qualification Alliance. (2012). General studies. Manchester, United Kingdom: Penulis. Diambil dari http://filestore.aqa.org.uk/subjects/aqa-4760-w-sp- 14.PDF Fung Shi Yuk-Hang, Yvonne. (2011). General studies for primary schools curriculum guide. Hong Kong:Curriculum development council. Diambil dari http://www.edb.gov.hk /attachment/en/curriculum-development/kla/general-studies-forprimary/gs_p_guide eng_300dpi-final%20version.pdf Hamza, K. M., & Wickman, P. (2007). Describing and analyzing learning in action: An empirical study of the importance of misconceptions in learning science. Wiley InterScience. Diambil dari http://www3.interscience.wiley.com/cgi-bin/fulltext/1158068 96/PDFSTART Kementerian Pengajian Tinggi. (2016). Garis panduan Mata Pelajaran Umum (MPU). Putrajaya, Malaysia: Penulis. Kozowski, K. (2017). Is general studies the best or worst major you can pick? Diambil dari http://www.collegeconfidential.com/is-general-studies-the-best-or-worst-major-youcan-pick/ Lim, Junie. (2013). Employers rank soft skills above academics. Diambil dari https://www.jobstreet.com.my/career-resources/employers-rank-soft-skillsacademics/#.wuii0pkgpiu 155