MODEL PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

The Efficiency Model of Mosque Management for the Indigenous Community in Selangor

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

KECEKAPAN PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR DARI ASPEK KEWANGAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KOMUNIKASI MASJID: KAJIAN TERHADAP HEBAHAN AKTIVITI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DI NEGERI PAHANG: SATU ANALISIS

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Islam di Bintulu, Sarawak

KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Ibrahim Abu Alsondos Faizuniah Pangil Siti Zubaidah Othman. Zuraida Hassan Nurul Hayati Hanisah Mohd Sarif

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

BUTIRAN PERIBADI

BAB 1 PENDAHULUAN. Bab ini menjelaskan mengenai pentingnya menyusun draf pengkajian untuk

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Faktor-Faktor Mempengaruhi Sumbangan Wakaf Tunai di Kuis

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyui

BAB 1 PENGENALAN. Birokrasi warisan penjajah merupakan masalah yang seringkali disebut-sebut oleh para

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Kata Kunci: Remaja, Jati Diri, Aktiviti dakwah, Organisasi Islam.

Transcription:

MODEL PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR 1 Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, 2 Zulkefli Aini, 1 Mohd Hakim Arshad, 1 Ahmad A toa Mokhtar, 1 Ahmad Fauzi Shahar, & 1 Nur Fida iy Salahuddin yusufmarlon@kuis.edu.my,zulaini@ukm.edu.my, mohdhakim@kuis.edu.my, ahmadatoa@kuis.edu.my, ahmadfauzi@kuis.edu.my, & fidaiy13@yahoo.com 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS 2 Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM ABSTRAK Di Malaysia, pengurusan surau kebiasaannya akan diuruskan oleh ahli kariah kawasan terbabit. Begitu juga dengan surau-surau di perkampungan Orang Asli digerakkan dan dipimpin sepenuhnya oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) di beberapa kawasan terbabit. Walaupun terdapat banyak surau yang telah didirikan di perkampungan Orang Asli di Selangor, namun peranan masyarakat Orang Asli terhadap pengurusan dan pentadbiran surau dilihat masih lagi kurang memuaskan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan sebuah model pengurusan surau di Selangor sebagai panduan kepada masyarakat Orang Asli khususnya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui kaedah tinjauan dengan cara temubual dan pengedaran soal selidik serta pemerhatian. Hasil kajian ini akan mewujudkan satu model pengurusan surau Orang Asli di Selangor. Selain itu juga, kajian ini dapat mengetahui cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh pengurusan surau dalam menarik minat masyarakat Orang Asli dalam pengimarahan surau setempat. Kajian ini diharapkan dapat memberi pendedahan dan pemahaman kepada masyarakat Orang Asli dalam mengurus, mentadbir dan menyusun organisasi surau dengan lebih efisien dan terurus. Kata kunci: Model, Kecekapan, Pengurusan, Orang Asli, Surau, Selangor. 87

1.0 PENGENALAN 4 th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Kerja dakwah bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia melibatkan masalah mengubah pegangan dan kefahaman hidup manusia (Syed Abdurrahman, 2008). Menurut Mohd. Amin Abdul Rahim (2010), pula terdapat enam faktor yang menyumbang kepada penerimaan sasaran dakwah, iaitu pengurusan dan pentadbiran dakwah, sikap sasaran, imej pendakwah, naluri yang tidak mudah dipengaruhi, keadaan emosi yang tidak normal dan salah teknik penyampaian. Manakala punca terjadinya penolakan seruan yang disampaikan adalah disebabkan latar belakang sasaran dan sikap serta ciri peribadi sasaran terhadap dakwah. Syed Abdurrahman (2008), telah menyatakan bahawa terdapat tiga halangan utama yang menjadi penyebab kenapa Orang Asli lambat menerima dakwah yang disampaikan. iaitu halangan dari pihak pendakwah sendiri, halangan dari kelompok sasaran dan halangan yang datang dari luar. Oleh itu, untuk mengatasi masalah tersebut, pihak PMOA merupakan pihak yang bertanggungjawab menguruskan surau disamping menyampaikan dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Namun, peranan masyarakat Orang Asli terhadap pengurusan dan pentadbiran surau dilihat masih lagi kurang jelas. Walaupun terdapat banyak surau-surau dibina di perkampungan Orang Asli, ianya masih menjadi tanda tanya surau tersebut digunakan dengan baik atau sebaliknya. Kajian ini juga dapat melihat sama ada surau-surau tersebut menjadi pusat kepada perkembangan dakwah Islamiah atau hanya sekadar berfungsi jika ada acara seperti menyambut hari raya puasa dan sebagainya. 2.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian merupakan diantara unit yang penting di dalam kajian yang bakal dilakukan ini. Jikalau dilihat dari takrifannya, ia membawa maksud sebagai satu pendekatan yang digunakan di dalam penyelidikan pendidikan dengan tujuan pengumpulan data (Kamal Azli et al, 2015). Kajian ini terdiri daripada kajian kualitatif dan kuantitatif. Melalui kaedah kualitatif, metode dokumentasi bercetak dan temubual bersama PMOA telah digunakan. Manakala, kaedah kuantitatif pula menggunakan instrumen soal selidik. Hasil gabungan daripada kaedah mixed method ini, ianya dapat mengenal pasti pandangan dan persepsi cadangan Model Kecekapan Pengurusan Orang Asli di Selangor yang akan dibina. Kesemua data dianalisis dengan menggunakan transkripsi dan dihurai secara deskriptif. 88

2.1 Instrumen Kajian 4 th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Bentuk instrumen akan dibina dan digunakan untuk kajian ini: i. Soal selidik diedarkan kepada seramai 91 orang responden yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran surau di perkampungan Orang Asli di seluruh Selangor. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian soal selidik ialah kaedah persampelan rawak mudah (random simple sampling) iaitu responden soal selidik dipilih secara rawak dari kalangan masyarakat di penempatan Orang Asli yang terdapat di negeri Selangor. ii. Temu bual tidak berstruktur pula digunakan terhadap responden Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) bagi mendapatkan maklumat mengenai pengurusan dan pentadbiran surau masyarakat Orang Asli di Selangor. Metod temubual ini digunakan bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai bidang yang dikaji. 2.2 Kaedah Pengumpulan Data i. Penyelidik mengemukakan permohonan kepada MAIS, JAKOA, tok penghulu/batin, penggerak masyarakat JAKIM dan pihak-pihak yang terlibat. ii. Mengadakan perbincangan dengan pihak berwajib yang berkaitan untuk menerangkan tujuan dan kepentingan kajian. iii. Pengumpulan data melalui temu bual yang dilakukan oleh penyelidik dan dibantu oleh pembantu penyelidik. iv. Penyelidik menjalankan pemerhatian dan sesi temu bual dengan pihak-pihak yang terlibat. 3.0 HASIL KAJIAN Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa pengurusan surau Orang Asli boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pengurusan dan pentadbiran, pembangunan ekonomi, prasarana dan pengimarahan. Keempat-empat elemen ini merupakan tunggak utama dalam menghasilkan pengurusan surau terbaik dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Selangor. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan terdapatnya kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh pengurusan surau Orang Asli. 89

3.1 Pengimarahan Surau Orang Asli Di Selangor Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) merupakan satu unit di bawah Unit Dakwah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM). PMOA merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia. Peranan PMOA bukan sahaja menyampaikan dakwah, bahkan mereka juga turut berperanan dalam menjaga kebajikan Orang Asli seperti menghantar ke hospital, membuat pendaftaran bagi anak-anak Orang Asli yang ingin bersekolah dan lainlain lagi. Oleh itu, tugasan PMOA bukanlah terhad di dalam satu bidang sahaja dan tidak hairanlah ia dinamakan sebagai penggerak. Visi PMOA adalah Islam cara hidup masyarakat Orang Asli, manakala misinya adalah Memantapkan islamisasi masyarakat Orang Asli berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Berdasarkan visi dan misi ini, dapatlah diketahui bahawa PMOA merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Orang Asli, termasuklah pengimarahan surau-surau di setiap perkampungan Orang Asli. Secara tidak langsung, mereka juga bertanggungjawab dalam melaksanakan satu pengurusan yang berkesan di dalam dakwah bagi menarik minat masyarakat Orang Asli mendekati Islam dan pemantapan akidah Orang Asli itu sendiri. Surau Orang Asli merupakan institusi penting untuk membangunkan tamadun manusia, menjadi pusat pekembangan ilmu pengetahuan, pusat kemajuan ekonomi ummah, pusat penyebaran maklumat dan pusat kegiatan sosial kemasyarakatan setempat. Oleh itu, ia seharusnya diurus tadbir dengan baik dan efisien agar surau dapat diimarahkan dengan baik oleh masyarakat Orang Asli. Ia juga bukan sahaja berperanan sebagai tempat melaksanakan ibadat solat berjemaah, namun lebih dari itu. Surau seharusnya diimarahkan menerusi pelbagai program dan aktiviti berbentuk keilmuan yang bukan didasarkan pada kehendak tuntutan duniawi sahaja. 3.2 Model Kecekapan Pengurusan Surau Orang Asli Salah satu strategi yang harus diperkenalkan kepada masyarakat Orang Asli dalam urus tadbir surau ini adalah berdasarkan model kecekapan pengurusan surau Orang Asli seperti mana dalam rajah di bawah: 90

Model Kecekapan Pengurusan Surau Orang Asli di Selangor Pengurusan & Pentadbiran Pembangunan Ekonomi Prasarana Pengimarahan Pe nge rus i Tim b. Pen geru si Set iau sah a Be nd aha ri AJ K Koperasi Kebajikan Ru ang sol at Bili k Mes yuar at Bilik Peng urusa n Jenaz ah Kelas Pengajian Ceramah/ Kuliah Im am Bil al Sia k Bir o Wa nit a Sto r Ta nd as Gotong-royong Pusat kegiatan Belia Cabaran: Kurang kefahaman agama Kewangan Kekangan masa 91

Rajah di atas menunjukkan model kecekapan pengurusan surau Orang Asli di Selangor. Model ini dibangunkan berdasarkan kepada maklumat dan data yang diperolehi daripada tembual pakar dan instrument kaji selidik kuantitatif daripada responden yang terlibat. Model ini diperkenalkan dengan tujuan agar masyarakat Orang Asli didedahkan dengan sistem pengurusan dan pentadbiran surau dengan lebih berkesan agar fungsi dan matlamat surau tercapai Berdasarkan model di atas, terdapat empat bahagian asas dari sudut penyusunan organisasi iaitu pengurusan dan pentadbiran, pembangunan ekonomi, prasarana dan pengimarahan masjid. 3.2.1 Pengurusan dan Pentadbiran Surau Orang Asli seharusnya mempunyai strutur oragnisasi seperti mana masjid dan surau di seluruh Malaysia. Menurut Joni Tamkin et al (2011) bagi memastikan pengurusan masjid atau surau yang baik, organisasinya haruslah diketuai oleh pengerusi, setiausaha dan bendahari. Setiap jawatan yang diperkenalkan juga haruslah diterangkan perincian bidang tugas masing agar AJK surau dapat memahami dengan lebih mendalam. Perlantikan AJK surau juga haruslah diteliti dan menepati kelayakan atau kemahiran tertentu yang sepatutnya. Sebagai contoh bendahari perlu mempunyai latar belakang berkaitan dengan kewangan atau seseroang yang boleh dipercayai dalam struktur masyarakat Orang Asli. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menganjurkan pelbagai bentuk aktiviti yang terdiri daripada aktiviti keagamaan, sosial dan ekonomi seperti mewujudkan koperasi, menyediakan kedai, penginapan untuk disewa dan sebagainya. Sesebuah surau juga harus mempunyai AJK atau Biro yang komited, aktif dan sistematik serta mempunyai peancangan aktiviti tahunan yang akan dilaksanakan. 3.2.2 Pembangunan Ekonomi Sistem kewangan yang teratur amat penting dalam menjaga imej dan kredibiliti AJK surau. Sistem kewangan yang teratur hendaklah mempunyai penyata pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap, resit dan baucher bayaran yang tersimpan kemas dan imbangan kewangan yang seimbang. Perbelanjaan juga haruslah mengikut perancangan aktiviti yang telah dirancang. Melalui perancangan belanjawan tahunan yang disediakan ahli kariah akan mengetahui dengan jelas keperluan kewangan bagi surau tersebut. Ini akan memberikan semangat untuk mereka menyumbang bagi memastikan setiap aktiviti yang telah dirancang 92

akan dapat dilaksanakan. Selain sumbangan yang dikutip dari ahli kariah setiap kali aktiviti akan di jalankan maka sumbangan tetap juga boleh dijadikan sumber utama kewangan surau selain kutipan Jumaat. Bagi masjid yang mempunyai ahli kariah yang ramai maka sumber kewangan yang banyak dapat dikutip walaupun melalui sumbangan tetap RM 1.00 sebulan bagi setiap keluarga. 3.2.3 Prasarana Fasiliti surau Orang Asli termasuklah dalam perkara-perkara yang memudahkan aktiviti, pelaksanaan ibadah dan sebagainya kepada Jemaah yang mengunjungi surau. Surau juga haruslah mempunyai bilik pejabat dan bilik mesyuarat sebagai pusat kegiatan surau. Pejabat surau hendaklah lengkap dengan maklumat berkaitan kariah seperti senarai ahli kariah, senarai fakir miskin, senarai anak yatim, maklumat persempadanan dan daftar masyarakat Islam di dalam kariah. Melalui maklumat ini maka segala aktiviti kariah boleh diselaraskan dan diadakan dengan berkesan. Maklumat ini juga boleh membantu kita mengenalpasti kekuatan dan kelemahan ahli kariah. Oleh yang demikian adalah baik jika setiap surau mempunyai komputernya sendiri. Surau juga boleh menjadi tempat ahli kariah mengiklankan sesuatu yang baik seperti majlis keagamaan dan kenduri kendara. 3.2.4 Pengimarahan Kebanyakan masjid dan surau di Malaysia mempunyai aktiviti dan program bulanan yang hampir sama seperti masjlis tahlil, sambutan maulidur rasul, mesyuarat agung, gotongroyong, sambutan hari kebesaran Islam seperti Israk Mikraj, hari raya korban dan sebagainya (Hasan 2008). Mohd Noor et al. (2008) menjelaskan kepelbagaian program yang dilaksanakan akan dapat menghapuskan pemikiran skeptikal bahawa program yang dilaksakan di masjid atau surau bukanlah hanya lokasi untuk beribadat semata-mata. Aktiviti pengimarahan ini juga turut dicadangkan oleh Utaberta et al. (2010) untuk mengadakan aktiviti kegemaran remaja, kanak-kanak atau dewasa seperti bersukan dan sebagainya untuk menarik hati dan menyemai rasa cinta masyarakat Orang Asli terhadap surau. Percampuran antara golongan dewasa dan kanak-kanak juga dapat menambah rasa kasih sayang sesama insan. 93

3.3 KEPENTINGAN KECEKAPAN PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR Antara kepentingan kecekapan pengurusan surau Orang Asli ini adalah untuk: Mewujudkan sebuah organisasi pentadbiran yang mantap dan berkesan bagi melaksanakan fungsi dan matlamat penubuhan surau. Memperkemas dan memperluaskan bidang usaha dan kegiatan dakwah dan tarbiah (pendidikan) agama demi mempertingkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat. Memperkemas dan memperkembangkan aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi surau. Mewujudkan institusi kebajikan bagi meningkatkan kegiatan amal bagi mengatasi masalah kemasyarakatan umat Islam dalam kalangan fakir miskin, saudara baru (mualaf), ibu tunggal, anak yatim, dan warga emas. Menggalakkan dan mempergiat penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti bercorak keagamaan dan amal kebajikan. Mendekatkan masyarakat dengan pelbagai kemudahan dan prasarana yang ditawarkan seperti tapak ruang niaga serta penggunaan teknologi maklumat. Penglibatan dan penyertaan tenaga pengajar yang mahir dalam aspek pendidikan kerohanian dan pendidikan ilmiah. Menggunakan kemudahan teknologi untuk tujuan promosi dan publisiti surau. Menjalin hubungan dengan institusi-institusi pendidikan sebagai saluran mendapatkan khidmat tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi. 4.0 CABARAN Kebanyakkan Orang Asli masih lagi menganut agama animisme, iaitu agama yang dianuti oleh nenek moyang mereka. Hanya sebilangan kecil sahaja yang menerima dan menganut agama Islam. Situasi ini menggambarkan bahawa perkembangan dakwah terhadap masyarakat Orang Asli sangat tidak memberangsangkan. Selain itu, faktor kewangan juga mempengaruhi keaktifan sesebuah surau di perkampungan Orang Asli kerana ketiadaan dana untuk melaksanakan program dan sebagainya. Faktor kekangan masa masyarakat Orang Asli juga turut dilihat membantutkan usaha dakwah terutama program yang sudah tersedia seperti kelas mengaji dan sebagianya. 94

5.0 KESIMPULAN 4 th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) Masyarakat Orang Asli merupakan sebuah masyarakat yang telah lama mendiami Semenanjung Malaysia dari zaman berzaman. Secara tidak langsung, mereka juga merupakan sasaran dakwah bagi Unit Dakwah Orang Asli. Unit tersebut merupakan satu unit di bawah JAKIM yang bertanggungjawab bukan sahaja dalam pelaksanaan dakwah, akan tetapi mereka juga sebagai satu unit yang akan memandu dan membimbing masyarakat Orang Asli dalam kehidupan harian dan menjaga kebajikan Orang Asli. Model kecekapan pengurusan surau Orang Asli di Selangor perlu diketengahkan bagi memastikan koleborasi antara masyarakat Orang Asli dan PMOA di surau-surau perkampungan Orang Asli dapat diselesaikan serta di atasi. Model pengurusan dan pentadbiran surau ini mampu membentuk dan memberi kefahamana sedikit sebanyak kepada Orang Asli untuk mentadbir dan mengurus sendiri organisasi surau di penempatan masingmasing serta dipantau oleh pihak PMOA dan sebagainya. Diharapkan model ini menjadi satu garis panduan kepada masyarakat Orang Asli serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam proses memantapkan akidah masyarakat Orang Asli bukan sahaja di Selangor malah di seluruh Malaysia. 95

RUJUKAN Hasan Bahrom. 2008. Menjana sumber kewangan masjid pemangkin pembangunan ekonomi ummah. Dlm. Mohd Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi. Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, 82-99. Joni Tamkin Borhan, Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Mohd Fauzi Abu@Hussin. 2011. Membentuk Usahawan Muslim: Peranan Dana Masjid. Institutions 9(2): 27-64. Kamal Azmi Abd. Rahman, Muhammad Yusuf MarlonAbdullah, Ahmad Faqih Ibrahim, Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon & Sahlawati Abu Bakar, 2015. Metodologi Penyelidikan: Asas-asas Ilmu Penyelidikan Islam. Bangi: Minda Intelek Agency. Mohd Noor Azli Ali Khan, Mohd Zulrushdi, Norhayati Salleh. 2008. Pengurusan Masjid: Satu Tinjauan ke atas Masjid Cemerlang. Dlm. Mohd Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi. Pengurusan Berkualiti Memacau Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, 27-43. Mohd. Amin Abdul Rahim. 2010. Panduan Pendakwah Secara Praktikal. Cetakan ke-3. Kuala Lumpur: Darul Fikir Sdn. Bhd. Syed Abdurrahman, 2009. Dakwah Kepada Masyarakat Orang Asli Di Malaysia: Permasalahan dan Halangan. Jurnal Usuluddin, Edisi 30. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Utaberta, N., Othman, H. & Surat, M. 2010. Dokumentasi, analisis dan penggunaan Hadis: satu penilaian ke atas reka bentuk masjid moden di Malaysia. Journal of Building Performance, 1(1):29-56. 96