BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

Oleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

KAJIAN AWAL PENGGUNAAN TEKNIK FONIK DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI MOBIL FONIK: BACALAH SAYANG

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: x

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

LAPORAN TEKNIKAL RALAT PENDISPENSAN UBAT DI FARMASI HOSPITAL

Transcription:

1 BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan dapatan daripada analisi kajian. Pengkaji membuat rumusan dengan member ulasan tentang keputusan analisa bagi setiap instrument kajian yang digunakan. Segala hasil dapatan kajian juga dihubungkaitkan dengan kajian lepas yang letah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Selain itu pengkaji sendiri akan menyarankan beberapa cadangan yang dikemukakan kepada guru di bilik darjah, pihak ibu bapa di rumah dan beberapa cadangan laian bagi meningkatkan lagi kemahiran menggunting kanak-kanak. Di samping itu cadangan-cadangan penambah baikan untuk kajian masa hadapan dan kesimpulan bagi kajian yang dijalankan juga dikemukan oleh pengkaji dengan jelas.

2 5.2 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian Berdasarkan hasil analisa data yang diperolehi, pengkaji mendapati bahawa kajian tentang adakah kanak-kanak memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul telah pun terjawab. Tiga dari daripada 4 orang responden memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul. Namun untuk persoalan kedua pula, adakah kanakkanak mampu mengawal pergerakan tangan mereka ketika menggunting dengan baik, ini dapat dilihat menerusi ujian menggunting garisan luris di mana kanak-kanak yang lebih kecil iaitu 5 tahun mempunyai kawalan pergerakan tangan yang lemah ketika mengunting. Ini dapat dilihat dari carta palang yang ditunjukkan di bab 4 dalam dapatan kajian dalam skor perbezaan skor responden dalam ujian menggunting garisan dan juga bentuk. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hubungan antara kemahiran motor halus dan umur atau lebih tepat lagi kemtangan tubuh badan kanak-kanak saling mempengaruhi antara satu sama lain. Merujuk kepada data responden C dan D, umur mereka yang lebih tua setahun dan juga kematangan tubuh badan mereka menyebabkan wujudnya berubahan peningktan penguasaan kemahiran menggunting sama ada dalam memegang gunting dengan betul atau pun kawalan pergerakan tangan serta tubuh badan mereka ketika menggunting. Namun data bagi responden A langsung tidak menunjukkan kebolehannya dalam melakukan aktiviti menggunting. Bukan sahaja responden memiliki kawalan tangan ketika menggunting yang lemah bahkan responden turut tidak dapat untuk memegang gunting dengan cara yang betul. Ianya berbeza dengan responden B yang melakukan kurang kesalahan berbanding responden A, dan kemahirannya mengawal dan memegang gunting adalah lebih baik berbanding responden B. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakukanya masalah kemahiran motor halus seperti menggunting ini sama ada faktor dalaman atau luaran. Kaedah pengajaran dan bahan yang digunakan dalam kemahiran menulis dikategorikan sebagai faktor luaran (Carlson & Cunningham, 1990) dan faktor dalaman menurut Berninger & Rutberg, 1992 ianya lahir darioada dalam diri kanak-kanak itu sendiri seperti keupayaan dalam kemahiran motor halus dan pergerakan motor halusnya. ini kerana, kemahiran motor halus seperti menggunting merupakan kemahiran penting

3 dalam kehidupan fizikal dan ianya berkembang selaras dengan usia. Namun latihan yang berterusan dan konsisten juga mampu untuk meningkatkan kemahiran menggunting dengan lebih cepat. Kajian Stout 1998 pula mengutarakan bahawa kanak-kanak lelaki mengalami perkembangan motor halus yang lebih perlahan berbanding kanak-kanak perempuan. Responden A merupakan kanak-kanak lelaki. Inilah yang terjadi kepada responden A yang tidak dapat menguasai kemahiran mengguting dengan baik sesuai pada usia umurnya seperti responden B. Berdasarkan pemerhatian dan ujian yang dijalankan, Responden A sama sekali tidak mampu untuk menyelesaikan ujian yang diberikan dan mengikut arahan untuk menggunting mengikut garsan yang dicetak pada kertas. Responden A hanya menggunting bahagian tepi kertas sahaja. Situasi ini mengukuhkan lagi pendapat Woodward dan Swinth, 2002 yang menyatakan sesetengah kanak-kanak tidak mampu melakukan sesuatu aktiviti disebabkan faktor-faktor tertentu. Menurut Khatijah (1982), tingkat pencapaian kanakkanak adalah berbeza-beza kerana mereka berbeza daripada segi kemampuan mental, minat dan juga bakat. Berdasarkan pemerhatian, Responden A mengalami kesukaran dalam mengawal pergerakan tangannya semasa menggunting sehingga menyebabkan dia tidak dapat menjalankan aktiviti menggunting secara tetap. Jika dibiarkan berterusan masalah ini ia akan mempengaruhi aspek kemahiran lain seperti kemahiran menulis pula. Ini kerana kemahiran menulis dan kemahiran menggunting adalah saling berkaitan. Namun selain daripada faktor usia, terdapat juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi penguasaan kemahiran menggunting ini seperti persekitaran minat dan keadaan fizikal kanak-kanak itu sendiri sewaktu proses pengumpulan data dijalankan. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas guru dan juga kanak-kanak, menunjukkan kurangnya pendedahan terhadap penggunaan gunting sama ada di rumah dan tadika merupakan salah satu faktor penyumbang utama kepada ketidakbolehan kanak-kank untuk menguasai kemahiran menggunting dengan baik.

4 5.3 Cadangan dan Saranan Kepada Guru, Ibu Bapa dan Penyelidik Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, kemahiran kanak-kanak sama ada dalam memegang gunting atau pun dalam mengendalikan gunting masih berada dalam tahap yang kurang memuaskan terutama bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Disebabkan kerumitan cengkaman gunting betul, ia adalah perkara biasa untuk anakanak muda untuk memegang dan cuba untuk menggunakan gunting dengan tidak betul. Cadangan yang disenaraikan adalah untuk penambahbaikan bagi memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus dan kemahiran menulis mengikut tahap perkembangan mereka. Cadangan ini lebih menfokuskan kepada tanggungjawab guru sebagai medium pengajaran kepada kanak-kanak. Cadangancadangannya adalah seperti berikut : a) Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti bagi menarik minat kanak-kanak untuk melakukan aktiviti. Guru perlu berfikir secara kreatif dan kritis bagi meningkatkan penguasaan kedua-dua kemahiran ini. Aktiviti yang menarik akan mencuri perhatian, tumpuan, kesediaan melakukan aktiviti dan boleh juga mempengaruhi kemahiran motor halus seperti menggunting (Moore & Law, 1990). b) Guru perlu memperbanyakkan latihan dan memberi pengulangan dan pengukuhan bermula dari peringkat mudah kepada yang lebih kompleks. Latihan secara pengulangan akan meningkatkan lagi tahap penguasaan kemahiran motor halus kanak kanak. Aktiviti pengulangan akan meransang daya ingatan dan kemahiran kanak-kanak. Kanak- kanak belajar melalui pengalaman yang diulangi (Kohn, 1998). Latihan bermula daripada aktiviti mudah kepada sukar membolehkan kanak-kanak menadaptasikan kemahiran tersebut dalam dirinya secara berperingkat. c) Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk cara yang betul bagi mengurangkan kesalahan kanak-kanak sewaktu aktiviti. Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak bagi mengurangkan kesalahan dalam melakukan aktiviti. Guru yang

5 kurang prihatin menyebabkan berlakunya kesilapan-kesilapan yang berterusan dan menjadi satu kemahiran yang tidak baik kepada kanakkanak. Kanak-kanak akan selesa dengan keadaan tersebut dan enggan melakukan perubahan. Bimbingan dari segi menggunting dan membuat aktiviti dengan cara yang betul akan menghasilkan satu tindak balas positif dari kanak-kanak kerana kanak-kanak belajar melalui peniruan dan mengadaptasikannya dalam kehidupan mereka. d) Guru perlu peka kepada masalah pembelajaran kanak kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran perlu dikenalpasti dan tindakan selanjutnya perlu dijalankan segera. Guru boleh bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan kanak kanak mendapat intervensi awal di sekolah dan di rumah. Ibu bapa dapat mengetahui masalah yang dialami oleh si anak dan mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti ransangan yang disarankan oleh guru, hasil daripada perbincangan dan maklum balas yang positif dari kedua-dua pihak ( Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon & Mohd Sharani bin Ahmad : 2003 ). Kebanyakan kanak-kanak menjadi berminat dalam menggunting sekitar usia dua dan setengah atau tiga tahun. Apabila anak anda mula-mula menunjukkan minat dalam menggunakan gunting, pengkaji mempunyai beberapa tips yang pengkaji cadangkan untuk membantu dia cepat menguasai kemahiran menggunting yang betul. Antaranya adalah: a) Biarkan anak anda hanya berlatih memegang gunting tanpa tekanan yang dijangka untuk memotong apa-apa. Ini ada lah untuk kanaka-kanak untuk memegang gunting cara yang betul setiap kali dia memilih untuk menggunakan gunting, dan dengan sendirinya menggalakkan kanakkanak-kanak kemudian membuka dan menutup gunting seberapa banyak mana yang dia mahu. b) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana dia perlu untuk membuka jari telunjuk dan ibu jari seluas mungkin untuk membuka bilah gunting dan

6 kemudian bagaimana dia perlu menutup jari untuk menutup bilah gunting. Jelaskan bahawa yang lebih luas dia membuka jarinya, lagi luka beliau akan. c) Jangan pergi terlalu jauh. Pengkaji sedar bahawa kebanyakan ibu bapa mungkin tidak akan meninggalkan anak-anak mereka tanpa pengawasan dengan gunting kerana akan mendatangkan risiko kepada kanak-kanak itu sendiri atau mereka disekitarnya. Tetapi anda juga perlu duduk terlampau dekat supaya anda boleh terus memberi kanak-kanak petunjuk lisan seperti "Sekarang membuka jari anda benar-benar luas" atau "pusing kertas dengan tangan kiri anda supaya anda boleh memotong keluar bulatan itu." Tanpa komen-komen ini yang menyokongkanak-kanak hingga mereka selesa dengan cengkaman gunting betul, kanak-kanak mungkin boleh kembali untuk menggunakan cara cengkaman yang salah (atau untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membuka dan menutup bilah gunting dengan meletakkan satu tangan pada setiap tangkai). Ini pendekatan yang tidak betul walaupun akan menghasilkan karya guntingan, tetapi mereka tidak cekap dan tidak tepat. Jika anak anda masih belum lagi mempunyai cengkaman gunting betul, mempunyai dia meletakkan gunting dan berjabat tangan anda. Apabila anak anda mencapai untuk berjabat tangan anda, dia secara semulajadi akan memutarkan tangannya supaya ibu jarinya di atas dan jari jari kelingking beliau menunjuk ke arah lantai. Selepas anda berjabat tangan dengan anak anda sekali atau dua kali, minta dia untuk menggoncang masa ketiga. Masa ini, kerana beliau meluas tangannya kepada anda untuk berjabat, gunakan tangan anda untuk memilih sepasang gunting oleh bilah logam tertutup dan letakkan hujung gunting dengan lubang jari ke tapak dihulurkan beliau. Kemudian secara lisan mengarahkan beliau untuk meletakkan ibu jarinya di dalam gelung di atas gunting dan meletakkan jari telunjuknya (atau telunjuk jari dan jari tengah bersama-sama) dalam gelung di bahagian bawah. Apabila anak anda memegang gunting dengan betul, ambil sehelai kertas dan biarkan anak anda menguntingnya beberapa kali tanpa perlu bimbang tentang menggunakan tangan bukan dominan untuk menstabilkan kertas.

7 Oleh itu, pengkaji mencadangkan guru-guru untuk menjalankan aktiviti menggunting dengan lebih kerap dan dengan cara yang kreatif. Dalam mengajar kanak-kanak untuk menggunakan gunting atau memegang gunting sebagai contoh sekiranya kanak-kanak mempunyai kebencian dalam menggunakan gunting akibat daripada pengalaman sebelumnya seperti kesakitan yang dialami semasa memegang gunting dengan cara yang salah, guru-guru boleh menguli playdough berbentuk sosej atau cacing dan kemudian meminta kanak-kanak menggunting untuk membuat kacang, gula-gula dan sebagainya. Selain itu, guru juga boleh mengajar kanak-kanak menggunakan gunting dengan meminta mereka menggunting potongan jalur (1.5 cm) kertas berwarna warni untuk kanak-kanak gunting merentasi lebar kertas tersebut. Aktiviti ini agak mudah dilakukan ini adalah kerana gunting hanya perlu dibuka dan ditutup sekali sahaja untuk berjaya memotong jalur kertas warna tersebut. Hasil guntingan jalur kertas tadi boleh digunakan dalam membuat kolaj. Setelah kanak-kanak mampu mengenggunakan gunting dalam aktiviti ini barulah kanak-kanak ini diberikan kertas yang lebih lebar sedikit yang mana gunting perlu dibuka dan ditutup sebanyak dua kali untuk memotong jalur kertas kersebut. Dalam mengajar kanak-kanak menggunting atau mengendalikan gunting dalam menggunting bentuk-bentuk pula guru boleh memuakan dengan memotong pada garisan tebal yang lurus. Kertas yang digunakan itu boleh diwarnakan sebelum dipotong dan digunakan secara kreatif untuk membuta bunga, rantaian kertas dan sebagainya. Guru harus memastikan kanak-kanak untuk tidak bermula pada garisan yang paling dekat dengan tangan yang memegang kertas. Ini kerana ini akan memudahkan kanak-kanak untuk mengawal pergerakan gunting mereka. Setelah itu barulah beralih kepada menggunting bentuk bulatan. Dalam mengajar kanak-kanak menggunting bulatan guru mungkin perlu duduk di belakang kanak-kanak untuk membimbing tangan yang memegang kertas dalam menggerakkan kertas semasa menggunting. Selepas beberapa kali melakukannya bersama, kanakkanak akan dapat memahaminya dengan baik. Namun guru harus memastikan bahawa kanak-kanak tidak menggunting dalam arah yang salah di sekeliling bulatan. Seterusnya bolehlah beralih kepada bentuk-bentuk mudah seperti segi tiga dan segi empat.

8 Apabila kanak-kanak telah menguasai kemahiran menggunting dan mampu untuk menggunting pada sekitar sudut-sudut pada bentuk-betuk mudah, mereka akan mampu untuk beralih kepada bentuk-bentuk yang lebih kompleks. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dicadangkan beberapa cadangan bagi kajian-kajian akan datang dalam skop kajian yang sama. Memandangkan kajian yang dijalankan ini hanya terhad kepada 1 tadika sahaja dan melibatkan 4 orang kanak-kanak, pengkaji mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang untuk meningkatkan tahap kemahiran menggunting kanak-kanak. Di mana kajian dilakukan menggunakan sampel yang lebih besar supaya generalisasi dapat dibuat dengan lebih tepat. Selain itu satu kajian yang sama boleh dijalankan yang meliputi lebih banyak tadika ataupun membuat perbandingan antara tadika di Bandar dan luar Bandar. Kajian yang dilakukan ini merupakan sebuah kajian tinjauan yang hanya memfokuskan kepada sejauh mana tahap pengguasaan kemahiran menggunting kanak-kanak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, sekiranya kajian juga boleh dipanjangkan tempoh pemerhatiannya pada masa akan datang ia akan membolehkan penyelidik bagi mendapatkan data yang lebih terperinci berkenaan topik kajian. Ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menggunting dan perkaitannya dengan kemahiran-kemahiran kanak-kanak yang lain seperti kemahiran pra-tulis. 5.4 KESIMPULAN Dapatan kajian menunjuukan bahawa masalah kurang penguasaan kemahiran menggunting bukan sahaja berpunca daripada factor kamatangan kanak-kanak iaitu usia mereka, tetapi wujud juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran menggunting ini. Oleh itu, kajian ini diharapkan memberikan pendedahan dan pencerahan kepada guru, penyelidik mahupun ibu bapa untuk mengetahui secara mendalam kepentingan kedua-dua kemahiran ini dan implikasinya serta langkah-langkah yang

9 boleh diambil bagi mengatasi masalah dan meningkatkan penguasaan kemahiran kanak-kanak. Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti sama ada kanak-kank memiliki konsep atau asas memegang gunting dengan betul, mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kemahiran menggunting terbatas dalam kalangan kanak-kanak dan seterusnya mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran menggunting kanak-kanak.

10 RUJUKAN Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali. Kuala Lumpur: University of Malaya Publication. Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006-2010). Dokumen Standard Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bayrei Asrin,Rohaya Kamis,Roseidayu Elias & Jered Yutui. (2008). Menilai Perkembangan Psikomotor Halus Kanak-kanak Prasekolah.Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bosma, Anne; Domka, Amy; Peterson, Jill.(2000). Improving Motor Skills in Kindergartners.Saint Xavier University and Skylight Professional Development. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan Kaedah Penyelidikan Buku 1. Petaling Jaya: Prentice-Hall (M). Ernie Sulianan Md. Shariff (2008). Prestasi Kemahiran Motor Halus Dan Kasar Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran Menggunakan Instrument Movement Assesement Battery For Children (MABC). Universiti Teknologi Malaysia. Gallahue, David L. (2002). Understanding Motor Development Infants, Children, Adolescents, Adult. Boston : Mcgraw-Hill. Mas Atiqah Mashod & Anisah Harun, (2010). Keberkesanan Kaedah Tiru Dan Buat (TDB) Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menggunting Bagi Murid Di Sekolah Kebangsaan Teluk Menara Untuk Subjek Seni Visual. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2010.

11 Mohd Amin H. A. Shariff (1998). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Renee. (2011) Teaching Children the Proper Scissors Grip. Diperoleh Januari 3, 2013 daripada http://www.schoolsparks.com/blog/teaching-children-the-properscissors-grip Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio. Serdang : Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Scissor Cutting...How To Help Your Child! Diperoleh November 2,2012 daripada http://www.ot-mom-learning-activities.com/scissor-cutting.html Shafiyah Othman.(2009). Mempertingkat kemahiran motor halus bagi seorang murid bermasalah Sindrom Down.Sekolah Kebangsaan Rengit.

LAMPIRAN 12