ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

Similar documents
EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Penjenamaan Tempat (Place Banding) dan Faedah kepada Sektor Pelancongan

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur. Cetakan Pertama 2014 Hakcipta Akademi Pengajian Melayu

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

Perubahan Konsentrasi Ruangan Penduduk Semenanjung Malaysia

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Penyelidikan Arkeologi di Johor dari Sudut Pandangan Warisan vs Pembangunan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Transcription:

ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH SEJARAH & & BUDAYA BUDAYA Prosiding Prosiding Seminar Seminar Antarabangsa Antarabangsa Ke-4 Ke-4 Arkeologi, Arkeologi, Sejarah Sejarah dan dan Budaya Budaya di di Alam Alam Melayu Melayu Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Syah, Langkawi 25-26 November 2015 Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Syah, Langkawi 25-26 November 2015 Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli Kumpulan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Alam Melayu (ATMA) & Muzium Warisan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya (MPN) & Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM) & Universitas Hasanuddin, Makassar Langkawi 2015

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM 2015 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Cetakan Pertama, 2015 Dicetak di Malaysia oleh: S&T PHOTOCOPY CENTER Jalan Reko, Sungai Tangkas 43000 Kajang, Selangor. ISBN 978-983-2457-79-4 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu (Ke-4: 2015: Bangi, Selangor) ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA : Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu, Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi 25-26 November 2015 / Editor: Zuliskandar Ramli, Mohd Samsudin, Mulis Hadrawi, Akin Duli ISBN 978-983-2457-79-4 1. Archeology and History--Malaysia--Congresses. 2. Civilization, Malay--Malaysia--Congresses 3. Zuliskandar Ramli I. Mohd Samsudin II. Muhlis Hadrawi, III. Akin Duli.

v Kandungan Kandungan Prakata v x 1 Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Jilid Al-Quran Patani Abad Ke-19 Masihi: Warisan Kearifan Tempatan Islam Patani 1 2 Akin Duli Sistem Penguburan Akhir Jaman Prasejarah Di Sulawesi Selatan 11 3 Asriani Abbas Pengaruh Klitika Bahasa Makassar Terhadap Pemakaian Bahasa Indonesia 4 H. Muhammad Bahar Akkase Teng Islam Dan Peradaban Di Jazirah Gorontalo Dalam Perspektif Sejarah 5 Inriati Lewa, M.Hum Sastra Lisan Sinrilik Kappalak Tallumbatua: Latar Belakang Penciptaannya 6 Muhlis Hadrawi Peradaban Maritim Sulawesi Selatan Dan Kaitannya Dengan Kehadiran Orang Melayu:Kajian Berdasarkan Sumber Lontara 23 31 41 53 7 Tadjuddin Maknun Makassar, Bukan Bugis-Makassar 65 8 Abbas The Maritime Leadership Patterns Of Makassar Kingdom In 16 th 17 th Century 9 Adnan Jusoh, Khairi Ariffin, Nasir Nayan, Yunus Sauman @ Sabin, Farhana Abdullah & Zuliskandar Ramli Arkeopelancongan Di Lembah Bujang: Satu Tinjauan Ke Atas Prospek Dan Cabaran 10 Kamsinah Darwis, M.Hum & Faura, SS, M.Hum The Study Of Systemic Functional Linguistic Toward The Inaugural Address Text Of President Joko Widodo 75 81 99 11 Lukman - Kesantunan Berbahasa Dan Revolusi Mental Dalam Dunia Pendidikan 107 12 Rosmawati Wujud Akulturasi Budaya Melayu Dan Budaya Lokal Pada Awal Islamisasi Di Luwu, Studi Kasus Pada kompleks Makam Lokko e Di Palopo 13 Nurhayati S., M.Hum. Sapaan Persona Dan Sapaan Kekerabatan Suku Mamuju: Kajian Norma Sosial Budaya 14 Sitti Wahidah Masnani, M.Hum - Barazanji Dalam Tradisi Mappacci Pada Perkawinan Masyarakat Bugis 1 15 Hanita Yusof, Fawazul Khair Ibrahim, Raja Nafida Raja Shahminan & Norazila Kamarulzaman Motif Dan Perletakan Ukiran Kayu Bagi Rumah-Rumah 115 123 129 135

vi Tradisional Melayu Di Muar 16 Daeng Haliza Daeng Jamal, Zuliskandar Ramli & Mastor Surat Pemerhatian Awal: Kesedaran Komuniti Tempatan Terhadap Pemuliharaan Dan Penyesuaigunaan Semula Bangunan Warisan Di Perak 17 Shariful Bin Kamaruddin Sejarah Pendidikan Zaman Penjajah Dalam Pertumbuhan Dan Perkembangan Peradaban Melayu Masa Kini 18 Hamdzun Haron & Narimah Abd. Mutalib Kraf Tradisional Melayu: Makna Simbolik Motif Alam Semulajadi 19 Norlelawaty Haron, Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Evolusi Perkembangan Blok Batik Di Negeri Kelantan 20 Salina Abdul Manan, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Noor Hafiza Ismail, Mohd Syafiq Ali & Azni Hanim Hamzah Pengikat Tengkolok Kesultanan Perak Darul Ridzuan 21 Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Firdaus Hamdan & Shamsul Amri Baharuddin Pemeliharaan Digital Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Merealisasi Impian Menjadi Kenyataan 22 Anisah Bahyah Ahmad, Wan Kamal Mujani & Rosiah Othman Motif Dan Dekorasi Dalaman Masjid Tengkera, Melaka; Satu Tinjauan. 23 Bariyah Binti Hj. Basiran Masjid Zahir: Pentadbiran Dan Peranannya Di Era Kolonial 24 Emma Bazergan A Configuration Dynamic Language In Cell Ads (A Critical Discourse Analysis ) 25 Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli Peranan Persekitaran Dalam Arkeopelancongan Di Lembah Bujang 26 Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli Kajian Arkeologi Pelancongan Ke Atas Pelancong Tempatan Di Lembah Bujang 27 Fazlina Mohd Radzi, Shahariah Mohamed Roshdi, Nurkhazilah Idris, Shaliza Dasuki Kartunis Indie Facebook : Kritikan Politikal Dan Sosial Menggunakan Peribahasa Melayu Lama 28 Hashima Binti Sulaiman Latihan Perguruan Menengah Di Semenanjung Malaysia Selepas Merdeka Sehingga Tahun 1970 29 Ilinadia Binti Jamil Hajj Education Kiosk: A Supplementary Learning Aid For Hajj Course In Malaysia 30 Jamilah Omar, Maryam Syafiqha Mohd. Sayuti, Aminah Maimunah Rahmah Omar Penggunaan Permainan Tradisional Melayu: Dam Ular Dalam Pembinaan Interaksi Sosial, Komunikasi Interpersonal Dan Pemahaman Konsep Asas Pembelajaran Matematik Awal Kanak-Kanak 149 163 189 203 221 229 239 247 257 261 269 277 287 297 307

vii 31 Junaidi Bin Awang Besar, Mohd Faidz Bin Mohd Zain & Samsu Adabi Bin Mamat Analisis Pola Pengundian Parti Islam Semalaysia (Pas) Dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka, Kelantan 32 Khalid Jusoh, Teo Kok Seong & Mohd Samsudin Kepimpinan Penghulu Negeri Johor Tahun 1957 2012 33 Makmur Haji Harun, Mohd Kasturi Nor Bin Abd Aziz, Muhammad Bukhari Lubis & Hazman Hasan Aplikasi Tulisan Jawi Dalam Manuskrip Di Alam Melayu: Satu Kajian Awal 34 Mohd Shazwan Bin Mokhtar, Mohd Samsudin Kill German Trade : Penilaian Terhadap Usaha British Membendung Perdagangan Musuh Di Tanah Melayu Sewaktu Perang Dunia Pertama 35 Muhamad Shafiq Mohd Ali, Zuliskandar Ramli & Bambang Budi Utomo Analisis Komposisi Bata Purba Di Candi Blandongan (Seg V) 36 Muhammad Aslah Akmal Bin Azmi & Mohd Samsudin Keberkesanan Pentadbiran British Mengekang Singapore Mutiny 1915: Suatu Analisis 37 Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin Kegiatan Ekonomi Di Wilayah British Borneo Menjelang Abad Ke-19-38 Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Salina Abdul Manan, Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan, Azni Hanim Hamzah, Nani Hartina Ahmad & Norwani Md Nawawi Keindahan Rekabentuk Masjid Melayu 39 Nor Hashikin Binti Bardan, Sakinah Shahrul Ariffin & Yunus Sauman Sabin Analisis Fizikal Seramik Di Felda Inas Utara, Kulai, Johor Bahru 40 Nor Samihah Nordin, Aleeja Eban, Sherrlyn Kang & Yunus Sauman Sabin Prospek Dan Cabaran Pelancongan Warisan Pulau Langkawi: Satu Penelitian Awal 319 333 353 371 379 387 397 413 423 451 41 Nizamuddin Alias & Rabaah Abdullah Ligor Dan Alam Melayu : Satu Sorotan 465 42 Ridayani Simanjuntak & Mohd Bin Samsudin Penglibatan Adam Malik Atas Penubuhan Asean (1967-1977 43 Siti Aliaa Binti Hashim Norazian Binti Abdul Razak & Yunus Sauman Sabin Pembukaan Tanah Di Kalumpang Dari Tahun 1900 Hingga 1910 44 Yunus Sauman Sabin, Adnan Jusoh, Nor Samihah Nordin, Siti Aliaa Hashim, Norazian Abdul Razak, Norhashikin Bardan Dan Sakinah Shahrul Ariffin & Zuliskandar Ramli Taburan Pengebumian Keranda Kayu Balak Di Sabah 45 Zainab Binti Roslan Konseptualisasi Pelancongan Semiotik Dalam Pembangunan Pelancongan Warisan: Kajian Kes Di Jugra, Selangor 479 489 509 535 46 Al-Amril Bin Othman Politik Melayu Di Persimpangan?: Antara Demokrasi 543

viii Liberal Barat, Kelangsungan Etnik Dan Penghayatan Semula Islam 47 Mohd Izuan Bin Razali Reaksi Petani Melayu Di Negeri Johor Terhadap Sistem Ekonomi Kapitalisme Kolonial British 48 Noor Aisyah Binti Mokhtar, Kamarul Afizi Bin Kosman, Mokhtar Adnan Pemetaan Kasar Bandar Islam Melayu Melaka Menurut Catatan Sejarah Melayu Dan Negara Luar 49 Noor Aisyah Binti Mokhtar, Kamarul Afizi Bin Kosman, Mokhtar Adnan Gambaran Kasar Bandar Dan Kota Islam Melayu Melaka 551 573 599 50 Farid Mat Zain Kitab Hikayat Patani: Satu Analisis Sejarah 627 51 Mohamed Anwar Omar Din & Norazlinda Mohamed Rosdi - Gendang Pahang: Suatu Warisan 52 Zuliskandar Ramli, Mazlin Mokhtar, Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Muhammad Termiji Hasni & Ahmad Helmi Mohd Mukhtar - Pelestarian Warisan Kebudayaan Dan Warisan Semula Jadi Di Lembah Kinta: Satu Kajian Awal 53 Bambang Sulistyo - Mitos Kekuasaan Dunia Melayu : Suatu Kajian Historiografi Tradisional. 54 Muhammad Terimizi Hasni - Pemerhatian Semula Tapak Candi Permatang Pasir Kuala Sungai Muda 55 Nurtaqwa Amin - The Implications Of Neuro-Linguistic Programming (NLP) On The Process Of Forming Positive Characters Of Using Language 56 Zuraidah Hassan, Ahmad Helmi Mohd Mukhtar & Zuliskandar Ramli - Tembikar Tanah: Proses Penghasilan Labu Sayong Secara Tradisional 57 Ahmad Helmi Bin Mohd Mukhtar, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli - Nisan Kesultanan Perak: Analisis Saintifik Bahan 58 Naoko Sugiura & Mohd Samsudin - Perbandingan Dasar Warisan Di Malaysia Dan Jepun: Kajian Usaha Memelihara Khazanah Negara 59 Mohd Nasir Ismail, Noor Masliana Razlan, Zulkarnain Yusof & Mohd Faizal Ramli Penilaian Pemeliharaan Sumber Digital Warisan Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu Di Malaysia 60 Mohammad Anis Abdul Samad, Zuliskandar Ramli & Mohd Rohaizat Abdul Wahab Rehal Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia:Tinjauan Awal Tentang Motif Dan Corak 61 Mohamed Razeef Bin Abdul Razak, Azahar Bin Harun, Mumtaz Binti Mokhtar & D zul Haimi Bin Md. Zain - Wang Kertas Malaysia Siri Ketiga: Legasi Wawasan Tun Dr. Mahathir Mohamad 635 647 681 693 703 713 727 741 751 765 775 62 Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Nik Hassan Shuhaimi Nik Rahman, Zuliskandar 785

ix Ramli, Mohammad Anis Abdul Samad, Muhamad Syafiq Mohd Ali & Ahmad Helmi Mohd. Mokhtar - Simbol Maritim Kuno Pada Hiasan Perahu Tradisional Melayu Di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia 63 Tammasse & Jumraini T. - Gangguan Berbahasa Disleksia: Suatu Perkenalan Awal 64 Ahmad Jaffri Ahmad Zaini & Mohd Samsudin Penentangan Pegawai-pegawai Melayu Terhadap Pemerintahan Jepun Semasa Perang Dunia Kedua 65 Muhammad Reduan Isahak, Fawazul Khair Ibrahim & Raja Nafida Raja Shahminan - Kajian Kadar Ketahanan Di Udara Wau Melalui Struktur Rangka 66 Muhammad Afiq Omar, Zuliskandar Ramli, Muhammad Termizi Hasni, Ahmad Helmi Muhd Mukhtar, Muhd Shafiq Mohd Ali, Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Anis Samad & Mohd Rohaizat Abd Wahab Analisis Tampak Jumpaan Permukaan Tembikar Tanah Di Gua Tok Sik, Gunung Baling 67 Muhammad Nur Latif, M. Hum - Rekonstruksi Vokal dan Diftong Bahasa Sulawesi Selatan Purba (BSSP) 68 Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan, Zuliskandar Ramli, Hamzun Haron & Noor Hafiza Ismail Manik Dalam Masyarakat Peribumi Sarawak 69 Noor Alina Syahida Binti Sorkawi & Yunus Sauman @ Sabin Sosioekonomi Masyarakat Melayu Mukim Sepang, 1957-1990. 70 Norazian Binti Abdul Razak, Siti Aliaa Binti Hashim & Yunus Sauman Sabin Kemudahan Dan Perkhidmatan Kesihatan Di Kulim, Kedah Pada Tahun 1945-1956 795 807 825 833 849 861 873 897

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu 25 PERANAN PERSEKITARAN DALAM ARKEOPELANCONGAN DI LEMBAH BUJANG FARHANA BT ABDULLAH 1, ADNAN JUSOH 1, NASIR NAYAN 1 & ZULISKANDAR RAMLI 2 1 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak 2 Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ABSTRAK Kertas kerja ini memberi fokus kepada peranan persekitaran di Lembah Bujang dalam aktiviti arkeopelancongan. Kajian ini melibatkan responden sebanyak 150 orang yang terdiri daripada pelancong tempatan. Faktor persekitaran di lihat sebagai penyumbang terbesar kepada daya penarik aktiviti arkeopelancongan di Lembah Bujang. Kajian arkeopelancongan memerlukan sumber alam sebagai agen utama untuk melakukan penyelidikan holistik yang lebih mendalam. Malahan tapak arkeologi di Lembah Bujang menjadi nadi kepada pengaruh persekitaran melalui aktiviti arkeologi yang terdapat di Lembah Bujang. Bentuk muka bumi hasil tinggalan proses persekitaran masa lampau mewujudkan persekitaran yang unik di Lembah Bujang. Kajian ini menggunakan kaedah survei dengan menggunakan borang soalselidik sebagai instrument kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaruh persekitaran turut memainkan peranan utama dalam menyumbang kepada nilai penarik arkeopelancongan di Lembah Bujang. Kata kunci : Persekitaran, arkeopelancongan, sumber alam, bentuk muka bumi, Lembah Bujang. PENGENALAN Industri pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi penting bagi sesebuah negara termasuk Malaysia. Kerajaan Malaysia mula memberi perhatian terhadap perkembangan dan potensi sektor pelancongan bermula dari tahun 1980-an iaitu sejak Rancangan Malaysia Kedua. Selain daripada menjadi sumber pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing, sektor pelancongan juga membuka banyak peluang pekerjaan dan pembangunan produk-produk tempatan berasaskan pelancongan. Industri pelancongan Malaysia telah berkembang baik dengan mencatatkan sebanyak 2,447,39 pelancong pada tahun 2014. Pendapatan perolehan negara bagi sektor pelancongan pula menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak RM 72 billion pada tahun 2014 berbanding RM65.4 billion pada tahun 2013 (Tourism Malaysia, 2015) Sejajar dengan perkembangan yang memberangsangkan dalam sektor ekonomi, sewaktu pembentangan Belanjawan Malaysia 2015 kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM 31 juta bagi pelbagai program di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Kementerian Kewangan Malaysia, 2015).

262 / Farhana Abdullah et al. Kategori produk pelancongan negara boleh di kelaskan kepada beberapa kumpulan iaitu penginapan, pengangkutan, penyajian makanan, membeli belah, lawatan ke tempat bersejarah, alam semulajadi dan kebudayaan, hiburan dan pelancongan kesihatan. Di Malaysia terdapat beberapa tempat pelancongan bersejarah yang mendapat perhatian pelancong dari dalam dan luar negara seperti Melaka dan Pulau Pinang dan Kedah. Kawasan pelancongan sejarah di Lembah Bujang juga menunjukkan jumlah kedatangan pelancong yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Secara ringkasnya, di Lembah Bujang, tarikan yang penting ialah tapak sejarah yang mempunyai daya tarikan yang tinggi di samping faktor alam sekitar atau persekitaran yang terdapat di Lembah Bujang. Hal ini kerana Lembah Bujang dan kawasan sekitarnya merupakan sebuah kawasan yang bukan hanya kaya dengan tinggalan artifak yang ditemui di beberapa buah tapak arkeologi, tetapi juga kaya dengan beberapa jenis bentuk muka bumi hasil tinggalan proses persekitaran masa lampau. Bentuk muka bumi tersebut adalah merupakan salah satu faktor penentu sesuatu tapak untuk pembinaan bangunan dan petempatan dipilih dalam rangka pembinaan petempatan manusia. Oleh itu, kertas kerja ini secara ringkasnya cuba untuk menghuraikan secara umum mengenai kepentingan persekitaran dalam hubungkaitnya dengan arkeologi pelancongan yang terdapat di Lembah Bujang. FAKTOR PERSEKITARAN PENCETUS REVOLUSI SEJARAH LEMBAH BUJANG Kedatangan para pedagang ke Lembah Bujang menjadi faktor utama Lembah Bujang terkenal di seluruh pelusuk dunia satu ketika dahalu. Di Lembah Bujang telah ditemui manik dengan banyaknya dan barang dagangan lain seperti seramik sama ada hasil tempatan ataupun dari luar kepualauan (Mohd Arof). Bukti- bukti arkeologi dan cacatan-cacatan awal China dan India menunjukkan bahawa semenanjung Tanah Melayu sejak abad pertama Masihi merupakan suatu kawasan di Asia Tenggara yang penting dalam kegiatan perdagangan antarabangsa (Wheatley 1961). Hubungan perdagangan bermula dengan kawasan-kawasan di sekitar Asia Tenggara, kemudian kemasukan pedagang-pedagang dari India pada awal abad Masihi di ikuti pedagang - pedagang dari China dan kemudian pedagang- pedagang dari Timur Tengah dan seterusnya pedagang-pedagang dari Eropah (zuliskandar 2008). Faktor utama kedatangan pedagang ini ialah peranan persekitaran dari segi kedudukan geografinya yang strategik, tiupan angin monsun timur barat, dan kekayaan hasil buminya. Kedudukan geografi rantau ini di tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat menjadikan rantau ini sebagai tempat persingahan yang penting untuk mendapatkan dan memasarkan barang dagangan (Wang 1958). Antara pelabuhan yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu termasuklah kawasan di Lembah Bujang Kedah iaitu Sungai Mas dan Pengkalan Bujang (Nik Hassan Shuhaimi 2002). Seterusnya, alam semulajadi menjadi nadi kepada arkeopelancongan di Lembah Bujang melalui beberapa jenis bentuk muka bumi hasil tinggalan proses persekitaran masa lampau. Bentuk muka bumi tersebut merupakan salah satu faktor wujudnya aktiviti arkeologi di Lembah Bujang. Hal ini kerana faktor persekitaran merangkumi sumber air, sumber makanan, perhubungan dan keselamatan (Jamaluddin jahi & Ismail Ahmad 1988). Kebanyakkan tapaktapak arkeologi yang dijumpai di Lembah Bujang dan kawasan sekitarnya amat jelas menunjukkan bahawa alam semulajadi memainkan peranan yang penting dalam merancakkan lagi terjadinya tamadun Lembah Bujang sejak berabad lamanya. Kewujudan gunung ganang dan bukit bukau di kepulauan Melayu telah menjadi tarikan kepada pedagang-pedagang India yang beagama Hindu di mana amalan Hinduisma menanggap gunung adalah tempat mistikal yang ada kaitannya dengan tempat persemayaman Dewa Shiva dan isterinya Parvati. Selain itu, bentuk muka bumi tersebut merupakan faktor penentu kepada sesuatu tapak untuk pembinaan bangunan dan petempatan yang di bina. Hal ini terdapat di Lembah Bujang apabila jumpaan candi dengan binaan yang pelbagai menunjukkan bahawa Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Farhana Abdullah / 263 peranan alam semulajadi memainkan peranan yang penting. Kedaaan ini menjurus kepada pembinaan yang melibatkan kawasan yang mempunyai hubungan dan sumber air yang berdekatan seperti sungai dan kawasan tadahan air. Malahan kawasan ini juga di pilih berdekatan sumber makanan, perhubungan dan pengankutan. Bentuk muka bumi di Lembah Bujang menunjukan bahawa fungsi alam semulajadi adalah faktor penting untuk meningkatkan arkeopelancongan di kawasan tersebut. Penduduk awal yang menduduki kawasan Lembah Bujang seperti juga penduduk masa kini apabila penduduknya menggunakan kelebihan persekitaran atau alam semulajadi untuk menjadikan tempat-tempat tertentu sebagai kawasan penempatan mereka. Perkara tersebut terbukti dengan penemuan tapak-tapak arkeologi di tempat- tempat di mana bentuk muka buminya amat strategik untuk pembinaan penempatan (Jamaluddin Jahi 2009). Tinggalan arkeologi dan sejarah menunjukkan bahawa terdapat beberapa perkara yang telah mendorong atau mempengaruhi pemilihan sesebuah tapak untuk dijadikan tempat kediaman. Kawasan permatang pasir hasil tinggalan pemendapan semasa aras laut terdapat lebih tinggi pada zaman lampau banyak yang telah digunakan pada masa ini untuk pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan juga dijadikan tapak kawasan petempatan. Keadaan ini masih terdapat di Lembah Bujang di mana kawasan sekitarnya masih kaya dengan permatang pasir dengan sungai dan paya bakau yang menjadi faktor terpenting wujudnya petempatan sehingga kini. Lembah Bujang juga di anggap sebagai satu kompleks sejarah yang luas dengan kawasan sekitar seluas 224 km persegi. Ianya terletak di antar Gunung Jerai di sebelah utara dan Sungai Muda di sebelah Selatan dan dikatakan sebagai kawasan arkeologi terkaya di Malaysia. Malahan Lembah Bujang di saliri oleh dua batang sungai utama iaitu Sungai Merbok dan Sungai Muda. Sebahagian besar lembah ini terdiri daripada tanah pamah pinggir pantai yang dipenuhi oleh paya bakau. Gunung Jerai yang mempunyai ketinggian lebih sedikit daripada 1000 meter dari aras laut terletak ke utara Lembah Bujang dan dua batang sungai kecil iaitu sungai Bujang dan Sungai Merbok Kecil berpunca dari kawasan tanah tinggi di sekitar Gunung Jerai. Sebahagian besar tanah pamah terdapat kurang daripada 30 meter tingginya dari aras laut. Kesemua ciri-ciri di atas membuktikan bahawa Lembah Bujang dan alam semuajadi saling berhubung kait. FAKTOR PERSEKITARAN MENYUMBANG KEPADA DAYA TARIKAN ARKEOPELANCONGAN LEMBAH BUJANG Rupabentuk geografi Lembah Bujang merupakan antara faktor utama yang menjadi daya tarikan sehingga terbentuknya satu penempatan awal di Lembah Bujang. Gunung Jerai serta bukit-bukit dan lembah-lembah di sekitar Lembah Bujang menjadi tarikan utama kepada arkeopelancongan. Beberapa sungai dan anak sungai yang terdapat di sepanjang Lembah Bujang menjadikan aktiviti arkeopelancongan di Lembah Bujang dapat di tingkatkan. Keadaan ini menjadi daya penarik kepada masyarakat tempatan mahupun masyarakat luar untuk terus mengunjungi Lembah Bujang. Sungai-sungai yang terdapat di Lembah Bujang merupakan sungai yang saling menghubungkan di antara satu sama lain. Di antaranya adalah sungai Merbok, sungai Bujang, sungai Dedap, sungai Terus, Sungai Mas dan Sungai Muda. Manakala sungai Terus adalah sebatang anak sungai yang menjadi peyambung kepada sungai Merbok di utara dan sungai Muda di selatan. Keadaan sungai ini dikatakan unik kerana mempunyai dua muara. Malahan, sungai ini juga menjadi laluan penting yang menjadi penghubung antara Pekan Kota Kuala Muda dengan Bandar Sungai Petani di hulu Sungai Merbok. Selain itu, di Lembah Bujang juga terdapat aktiviti atau kegiatan arkeologi yang sedang dijalankan di Sungai Batu di sepanjang kiri dan kanan jalan. Projek carigali ini sedang giat dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (PPAG). Secara tidak langsung kegiatan arkeologi ini menyumbang kepada peningkatan kedatangan Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

264 / Farhana Abdullah et al. pelancong ke Lembah Bujang di mana pelawat dapat melihat sendiri kegiatan arkeologi secara dekat. ARKEOLOGI SEBAGAI BUKTI WUJUDNYA UNSUR PERSEKITARAN Dalam konteks hubungan antara arkeologi dan persekitaran, kajian dalam penyelidikan arkeologi yang berlaku sejak tahun 1840an di Lembah Bujang dapat memberi gambaran yang jelas mengenai hubungkait antara arkeologi dan persekitaran. Penemuan arkeologi juga membuktikan bahawa kawasan petempatan awal yang teratur telah wujud sejak abad ke-4 dan ke-5 lagi di Kedah. Penerokaan awal negeri Kedah ketika itu disebabkan berpunca daripada kedudukannya yang menarik di muara Selat Melaka di muara Selat Melaka, di tengah-tengah laluan perdagangan antara Asia Timur dan Asia Barat. Dengan keistimewaan tersebut secara tidak langsung menyebabkan negeri ini sangat terkenal sebagai pelabuhan terpenting dan maju di Asia Tenggara suatu ketika dahulu. Ini kerana pantai negeri Kedah mudah disinggahi para pedagang dan pengembara yang berlayar berulang-alik di antara India dan China (Nik Hassan Shuhaimi 2011). Keadaan ini mendorong berlakunya tinggalan arkeologi di Lembah Bujang di mana memerlukan alam sekitar yang sesuai untuk mewujudkan penempatan sesebuah kawasan. Hal ini kerana, kewujudan bukti arkeologi berlaku melibatkan pengaruh daripada aktiviti atau kegiatan manusia itu sendiri. Sebagai contoh, manusia memerlukan sumber alam atau persekitaran untuk membuka petempatan seperti kemudahan laluan, perlindungan daripada bencana alam dan berdekatan dengan sumber makanan dan minuman. Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka wujudlah bukti atau kesan arkeologi di sesebuah kawasan seperti Lembah Bujang. Tapak arkeologi yang terdapat di Lembah Bujang dapat dikelompokkan kepada tiga komponen utama iaitu taburan tapak arkeologi di sepanjang garis pantai lama dan permatang pantai, taburan tapak arkeologi di sepanjang tetambak semulajadi lama dan taburan tapak arkeologi di tebing sepanjang sungai. (Jamaluddin Md jahi 2009) Oleh hal yang demikian, faktor- faktor mengenai arkeologi yang saling berhubungkait dengan kegiatan manusia jelas menunjukan bahawa penentuan tapak sesuatu petempatan akan menjurus kepada bentuk-bentuk muka bumi tertentu. Keadaan ini jelas kelihatan melalui tapaktapak petempatan semasa dan tapak-tapak tinggalan arkeologi yang terdapat di Lembah Bujang. Keluasan kawasan Lembah Bujang dengan wujudnya banyak tapak arkeologi dengan artifak yang pelbagai menjadi bukti dan gambaran jelas mengambarkan suatu jangka masa dahulu bahawa wujud suatu petempatan yang besar yang mengambarkan Lembah Bujang mempunyai suatu tamadun yang tersendiri di mana unsur persekitaran memainkan peranan yang penting dalam menjadikan Lembah Bujang sebagai suatu kawasan yang mempunyai nilai arkeologi pelancongan yang harus di utamakan. Kesinambungan ini dapat di lihat sehingga kini apabila tapak-tapak petempatan manusia masa kini di dapati berhampiran dengan tapak aktiviti pertanian, perikanan, perlombongan serta berhampiran sumber makanan dan minuman. Di sini jelas menunjukan hampir keseluruhan petempatan dan tapak arkeologi di Lembah Bujang dipengaruhi oleh persekitaran fizikalnya. DATA PENGLIBATAN RESPONDEN TERHADAP PENGARUH PERSEKITARAN DALAM ARKEOPELANCONGAN DI LEMBAH BUJANG Metodologi Pemilihan metod kajian adalah berdasarkan kepada objektif kajian ini bagi memastikan setiap persoalan dalam kajian ini terjawab. Bagi kajian ini, tujuan utama adalah bagi mendapatkan maklumat tentang potensi setiap kawasan arkeopelancongan dan kaedah yang sesuai bagi meningkatkan potensi pelancongan arkeologi di Lembah Bujang. Pandangan pelancong dan Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Farhana Abdullah / 265 penduduk tempatan sangat penting bagi menjawab persoalan ini. Oleh itu, bagi kajian ini pendekatan secara kuantitatif digunakan. Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian merujuk kepada satu bentuk struktur/prosedur penelitian yang sistematik yang melibatkan sumber data, jenis data, cara analisis, sampel/responden dan juga tempoh masa bertujuan memastikan kajian yang dilaksana memperoleh hasil yang dijangka dan menjawab segala permasalahan yang dibangkitkan (Gay 1996). Berdasarkan kepada objektif kajian ini, pendekatan yang sesuai digunakan ialah menggunakan kaedah survei di lapangan Survei (Tinjauan) Kaedah tinjuan digunakan untuk mengambil data pada satu-satu masa tertentu sahaja dan kebiasaannya menggunakan set soal selidik (Mohamad Najib, 1999). Cohen & Orbuch (1990) pula menyatakan kaedah survey melibatkan penggunaan intrumen soal selidik yang di rangka secara deduktif di mana soalan-soalan yang dibina adalah berdasarkan kepada permasalahan kajian. Soalan-soalan ini akan ditanyakan kepada responden (sampel) bagi kajian tersebut. Populasi Dan Pensampelan Responden yang digunakan dalam penyelidikan ini iaitu kategori pelancong dan dipilih secara rawak mudah. Rawak mudah merupakan proses mengambil sampel di mana setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk dilipih (Mohd Majid Konting, 2005). Rasional pemilihan responden ini adalah adalah kerana kategori responden berkait secara langsung dengan potensi arkeopelancongan di kawasan Lembah Bujang. Pemilihan responden ini terdiri kepada lokasi tumpuan pelancong iaitu di kawasan sekitar Lembah Bujang Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini berjumlah 150 responden. Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini akan memberikan data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Pembentukan borang soal selidik ini berdasarkan kajian literatur dan telah melalui proses keesahan kandungan oleh pakar yang berkaitan. Ini bagi memastikan konsistensi item-item dan memperoleh aras kebolehpercayaan sebelum di berikan kepada responden. Soalan yang diajukan dalam borang soal selidik ini terdiri daripada soalan yang berbentuk tertutup (closed ended) dan terbuka (open ended). Soalan berbentuk tertutup merupakan soalan yang disertakan dengan pilihan jawapan dan boleh dijawab oleh responden sesuai dengan diri mereka. Bagi soalan berbentuk terbuka pula, responden mempunyai kebebasan untuk menjawab soalan tersebut berdasarkan perspektif masing-masing. Kaedah statistik deskiptif digunakan untuk menganalisis data yang berbentuk skala Likert. Skala likert ini telah dikategorikan semula bagi memudahkan proses analisis data. 6. Dapatan Dan Perbincangan Kriteria pemilihan pelancong Frekuansi Peratus i) Keindahan persekitaran. 126 84.0 ii) Kepelbagaian tarikan. 99 66.0 iii) Capaian yang baik (acessibility). 60 40.0 Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

266 / Farhana Abdullah et al. iv) Keselamatan. 57 38.0 v) Prasarana yang lengkap. 56 37.3 vi) Termasuk dalam pakej pelancongan. 36 24.0 vii) Kemudahan membeli belah. 29 19.3 Jadual 1: Kriteria pemilihan untuk melancong Sumber:Kerja lapangan, 2015. Jadual 1: menunjukkan kriteria yang dipilih oleh responden untuk melancong. Majoriti responden memilih keindahan persekitaran sebagai aspek yang diberi perhatian utama untuk melancong dengan 126 responden (84%). Seterusnya ialah aspek kepelbagaian tarikan dengan 99 responden (66%) dan capaian yang baik dengan 60 responden (40%). Ini diikuti oleh aspek keselamatan dengan 57 responden (38%), prasarana yang lengkap dengan 56 responden (37.3%), termasuk dalam pakej pelancongan dengan 36 responden (24%) dan kemudahan membeli belah dengan 29 responden (19,3%). Hal ini menunjukkan bahawa pengaruh persekitaran menjadi daya tarikan utama di Lembah Bujang. KESIMPULAN Aktiviti pembangunan pelancongan sememangnya telah lama wujud di Lembah Bujang. Persekitaran fizikal Lembah Bujang yang kaya dengan pelbagai keindahan semulajadi mampu menarik perhatian pelancong setempat mahupun antarabangsa. Selain itu, Lembah Bujang turut menjadi perhatian pelancong dengan peninggalan monumen dan senibina sejarah serta kisahkisah sejarah yang menarik. Kajian yang telah dijalankan ini dapat merumuskan bahawa lokasilokasi pelancongan di Lembah Bujang mempunyai potensi yang tinggi untuk di ketengahkan. Pihak-pihak yang berkepentingan perlu saling bergandingan bagi memastikan usahausaha bagi menarik lebih ramai pelancong ke Lembah Bujang membuahkan hasil. Pihak-pihak yang berkepentingan perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara yang menjadi faktor peningkatan pelancong seperti capaian pengangkutan, meningkatkan promosi, meningkatkan kemudahan infrasruktur untuk pelancong serta memperbanyakan aktiviti yang menarik di sini. Perhatian dari pihak-pihak berkepentingan dalam sektor ini diharapkan dapat menaikkan lagi nama Lembah Bujang sebagai pusat pelancongan khususnya arkeopelancongan di Malaysia. Sektor pelancongan berasaskan sejarah mampu menjadi sumber ekonomi yang penting bagi penduduk di kawasan Lembah Bujang. Sektor ini mampu bersaing dengan sektor-sektor lain di dalam Malaysia dan perlu mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders). Kajian ini adalah penting bagi meningkatkan lagi sumber ekonomi penduduk dan merangka pelan pembangunan pelancongan di sini. RUJUKAN Affifuddin Omar. 2009. Pembangunan warisan kerajaan Melayu Lembah Bujang.. Prosiding Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang, 31 March- 1 April, Kedah. Braddell Roland. 1949. Notes on ancient times in Malaya: Takola and Kataha. JMBRAS XXII (1): 1-24. Jamaluddin Md. Jahi. 2009. Pengaruh Persekitaran Fizikal Terhadap Penempatan dan Tapak Arkeologi Lembah Bujang dan Sekitarnya. Prosiding Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang, 31 March- 1 April, Kedah. Jamaluddin Md. Jahi & Ismail Ahmad. 1988. Pengantar geografi fizikal. Kuala Lumpur: Tropical Press, 903 pp. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Farhana Abdullah / 267 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2009. Penemuan Arkeologi dan Cabaran untuk Memperkasakan Penyelidikan Warisan Lembah Bujang. Prosiding Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang, 31 March- 1 April, Kedah. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2011. Kerajaan awal dan lokasi di Malaysia. Arkib Negara. Kuala Lumpur. Wan Salleh Wan Ibrahim.2007.Bujang Valley: A Case for Development of an Archeology Park for Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Rupabandar Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi MARA, Perak, 28-29 November. Wang Gungwu. 1958. The University of Malaya of Malaya Archaeological Society s survey of Central Kedah, in May 1958. JMBRAS XXXI(1). Wheatley, P. 1961. The Golden Khersonese, Kuala Lumpur, Universiti of Malaya Press. Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2009. Pembangunan warisan kerajaan Melayu Lembah Bujang. Prosiding Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang, 31 March- 1 April, Kedah. Kementerian Pelancongan Malaysia. 2015. (atas talian) http://corporate.tourism.gov.my/mediacentre.asp?page=news_desk&news_id=1156 [ 17 Ogos 2015] Kementerian Pelancongan Malaysia. 2015. (atas talian) http://corporate.tourism.gov.my/research.asp?page=facts_figures [ 10 Ogos 2015] Kementerian Kewangan Malaysia. 2015 Pembentangan Bajet 2015. (atas talian) http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub15.pdf [15 Ogos 2015] Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu