ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PEMAHAMAN PELAKSANAAN KONTRAK AL-BAI BITHAMAN AJIL (BBA) DALAM INSTRUMEN PERBANKAN ISLAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Aplikasi Prinsip Wa d Dua Hala dan Cadangan Penerokaannya dalam Lindung Nilai

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

TABLE OF CONTENTS. Original Literary Work Declaration Form...ii. Abstract...iii. Abstrak...iv. Acknowledgements...v. Table of Contents...

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Takaful (Non Muslim Student s Perception on Takaful) IZZATI LIYANA AWANG & HENDON REDZUAN ABSTRAK

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Journal of Advanced Research in Business and Management Studies 9, Issue 1 (2017) 75-91

ABDUL MUSYRIF BIN MOHAMAD KHALIL (P54725) 1 MAT NOOR BIN MAT ZAIN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

PELABURAN DANA SEDEKAH MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Kesan Pengklasifikasian Patuh Syariah Terhadap Kemeruapan Pulangan Stok Axis-Reit

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnu

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

AMALAN PEMBELIAN PRODUK HALAL DALAM KALANGAN PENGGUNA ISLAM DI ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUKUK CREDIT RATING DI MALAYSIA: PERBANDINGAN DI ANTARA RAM DAN MARC. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pembiayaan Perumahan Berasaskan Komoditi Murabahah: Kajian Kes di CIMB Islamic Bank

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 3, Issue 3, (page ), Corrrespondence: Norita Kamaruddin

GARIS PANDUAN SEBAGAI RUJUKAN PELANGGAN DALAM MEMOHON PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM

UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational Studies

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Penerimaan Masyarakat Terhadap Perlindungan Takaful

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

Jurnal Teknologi. Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah.

Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak MusharakahMutanaqisah

Perbandingan Tawarruq dengan Bay Salam sebagai Instrumen Pembiayaan Peribadi Islam

KESEDARAN MASYARAKAT ISLAM DI SELANGOR BERKAITAN DERMA SUSU ABSTRAK

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

Transcription:

Jurnal Syariah, Jil. 22, Bil. 2 (2014) 289-294 Shariah Journal, Vol. 22, No. 2 (2014) 289-294 ULASAN BUKU Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues Asmak Ab Rahman, Wan Marhaini Wan Ahmad dan Shamsiah Mohamad (Eds.), Kuala Lumpur, Pearson, 2014. 169 halaman Ahmad Hidayat Buang 1 Buku ini mengandungi 10 artikel yang ditulis oleh sekumpulan pensyarah dan penyelidik dalam bidang muamalat Islam. Secara umumnya artikel-artikel di dalam buku ini membincangkan pelbagai isu semasa kewangan dan ekonomi Islam dari sudut pandangan Syariah. Sungguhpun demikian ia cuba untuk menggabungkan isi perbincangan Syariah dengan data-data empirikal dan teori-teori ekonomi dan sosial yang lain semasa melakukan analisis kepada isu-isu yang dibahaskan. Berasaskan kepada tajuk, artikel-artikel dalam buku ini boleh dikategorikan kepada empat iaitu (1) teori ekonomi moden dan aplikasinya dalam muamalat Islam, (2) aplikasi kontrak muamalat Islam dalam sistem kewangan moden, (3) analisis sistem kewangan Islam dari perspektif pengguna dan pengurusan bank dan (4) fatwa dan muamalat. Dalam kategori pertama, artikel yang ditulis oleh Mohd Fauzi Abu Hussin et.al. dan Norzuraida Hasan et.al. cuba melihat teori agihan kekayaan dan peranan sekuriti makanan dari perspektif Syariah. Sungguhpun demikian terdapat perbezaan antara kedua-dua artikel tersebut di mana perbincangan mengenai teori agihan kekayaan bersungguh-sungguh menyatakan perbezaan 1 Professor, Department of Shariah & Law, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur, ahidayat@um.edu.my. 289

Jurnal Syariah, Jil. 22, Bil. 2 (2014) 289-294 antara nilai-nilai Islam dan teori barat. Mohd Fauzi Abu Hussin et.al. sambil bersetuju dengan beberapa tujuan dan fungsi pembangunan dan agihan ekonomi barat kritikan diberikan secara intrinsic bahawa teori berkenaan tidak mempunyai penekanan kepada nilai spiritual dan keagamaan serta kebajikan manusia secara lebih holistik melalui mekanisme atau prinsip maqasid. Mengikut penulis terdapat tiga nilai yang tidak diberi perhatian oleh barat iaitu keimanan, keadilan dan ihsan. Namun begitu nampaknya penulis hanya membincangkan konsep keimanan dan keadilan, tetapi menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ihsan. Sungguhpun demikian penulis berpendapat bahawa terdapat persamaan di antara prinsip maqasid dengan konsep hierarki keperluan Abraham Maslow dari aspek kebajikan manusia dan peredaran masa yang memberi kesan kepada pengembangan kedua-dua teori ini. Sebagai contoh teori Maslow yang diutarakan pada tahun 1943 mengalami perkembangan pada tahun 1970 dan dalam konteks maqasid berlaku penambahan penting oleh Qaradawi iaitu maqasid kehormatan manusia. Menurut penulis mekanisme Islam dalam agihan kekayaan ialah melalui tiga cara utama iaitu Zakat, Wakaf dan sedekah. Cara-cara ini diistilahkan sebagai agihan secara voluntari dan oleh itu penulis telah mengabaikan cara-cara bukan voluntari seperti percukaian dan kontrak di mana cara-cara ini di dalam konteks masa kini adalah lebih efektif dan berkesan. Artikel mengenai sekuriti atau bank makanan oleh Norzuraida Hasan et.al. tidak banyak menonjolkan perbezaan antara barat dan Islam, namun sebaliknya banyak menyokong inisiatif barat baik dari segi konsep mahupun mekanisme yang terlibat. Tambahan Islamis kepada konsep ini ialah makanan di dalam Islam itu perlu halal dan bersih/baik atau halalan tayyiban. Begitu juga pengoperasian bank makanan tersebut berasaskan kepada prinsip-prinsip yang sedia ada di dalam Syariah seperti wakaf, sedekah, fidyah, qurban dan lain-lain. Penulis mencadangkan cara agihan bahan makanan ini boleh dibuat melalui wakalah iaitu mengagihkan makanan berkenaan kepada pihak yang memerlukan oleh seorang agen bagi mewakili pihak yang mendermakan barangan berkenaan. Terdapat tiga artikel yang membincangkan aplikasi kontrak muamalat Islam dalam sistem kewangan moden. Tumpuan perbincangan artikel-artikel ini ialah isu-isu pelaksanaan atau pemakaian kontrak Islam di dalam produk kewangan dan perbankan yang menumpukan kepada Takaful dan pasaran modal Islam. Dalam konteks Takaful terdapat dua artikel yang membincangkan secara khusus pemakaian prinsip tabarru serta ta awun. Kedua-dua artikel mempersoalkan apakah yang dimaksudkan dengan istilah tabarru kerana tiada penghuraian terperinci diberikan mengenainya. Penulis-penulis kedua-dua artikel ini bersetuju bahawa prinsip tabarru adalah penting bagi membolehkan operasi 290

Ulasan Buku: Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues Takaful dilaksanakan tanpa menjejaskan prinsip Syariah. Namun begitu yang dipersoalkan apakah prinsip kontrak Islam yang boleh dijadikan asas kepada konsep tabarru ini. Artikel oleh Shamsiah Mohamed et.al. berpandangan bahawa prinsip sedekah adalah paling sesuai dijadikan asas di dalam kontrak Takaful memandangkan seseorang bebas memasukkan apa-apa syarat di dalam sedekah. Di samping itu asas hibah bi syart seperti yang diamalkan sekarang tidak sesuai kerana ia boleh menyebabkan berlakunya riba, memandangkan ia melibatkan bayaran wang dengan wang. Manakala artikel oleh Kamaruzaman Nordin tidak bersetuju sedekah dijadikan asas kepada akad kontrak dengan alasan bahawa tujuan sedekah adalah untuk mendapatkan pahala semata-mata dan bukan untuk tujuan keuntungan (halaman 97). Beliau mencadangkan bahawa prinsip yang paling sesuai ialah hibah bersyarat atau al-nahd (iaitu suatu amalan tolong menolong bangsa Arab pada masa dahulu). Artikel yang menyentuh pasaran modal Islam ditulis oleh Shamsiah Mohamad dan Fahimah Mohd Razif menjelaskan beberapa isu semasa yang berkaitan dengan hukum-hakam yang menyentuh tentang perjalanan atau pelaksanaan tiga produk utama pasaran modal Islam iaitu jual beli saham atau sekuriti di pasaran saham, sukuk dan Islamic REITs atau Amanah Pelaburan Hartanah Islam. Antara isu-isu utama yang diutarakan ialah status kepatuhan Syariah sekuriti yang mempunyai perniagaan atau pendapatan yang bercampur antara halal dan haram. Secara umumnya penentuan status berkenaan dibuat dengan menggunakan proses pemantauan yang berasaskan kepada kaedah kuantitatif iaitu dengan melihat kepada bentuk perniagaan sekuriti berkenaan dan kualitatif iaitu dengan melihat kepada reputasi dan kepentingan sesebuah syarikat sungguhpun terdapat elemen-elemen yang haram di dalam aktivitinya. Ini adalah berasaskan kepada realiti semasa yang tidak dapat dielakkan atau apa yang diistilahkan di dalam teori fiqh sebagai umum balwa. Bagi mengukur reputasi yang bercampur ini satu tanda aras peratusan haram telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Bagi memperkemaskan pemakaian tanda aras ini tanda aras nisbah kewangan atau financial ratio benchmark diperkenalkan pada 2012. Tanda aras yang baru ini bertujuan untuk mengukur elemen riba di dalam kunci kira-kira (balance sheet) sesebuah syarikat yang melihat kepada jumlah tunai berbanding aset dan jumlah hutang berbanding aset. Tanda aras aktiviti perniagaan juga turut diperkemaskan dengan hanya memperkenalkan dua kategori sahaja berbanding empat kategori sebelum ini. Mengikut penulis pengenalan tanda aras yang baru ini akan menyebabkan banyak syarikat yang pada asalnya patuh Syariah akan menjadi sebaliknya. Oleh yang demikian pengenalan kategori dan tanda aras baru ini adalah bagi memperkukuhkan lagi kepatuhan Syariah sekuriti-sekuriti syarikat terbabit bagi kepentingan pelaburpelabur Islam. 291

Jurnal Syariah, Jil. 22, Bil. 2 (2014) 289-294 Isu yang ditimbulkan secara spesifik oleh penulis dalam perkara sekuriti atau saham ini ialah persoalan apabila saham yang pada asalnya patuh Syariah namun kemudiannya tidak patuh Syariah. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenalan garis panduan tanda aras baru yang lebih ketat seperti di atas. Persoalannya apakah perlu pelabur melupuskan pegangan saham berkenaan? Bagi mengelakkan kemudaratan kepada pelabur pihak Suruhanjaya membenarkan pelabur terus memegang saham berkenaan sekiranya harga semasa saham berkenaan di bawah harga pelaburan asal. Sekiranya harga semasa melebihi harga pelaburan asal, maka pelabur dinasihatkan agar melupuskan saham berkenaan dan lebihan dari harga pelaburan asal didermakan kepada badan kebajikan atau baitulmal. Manakala dalam perbincangan mengenai sukuk terdapat lima isu yang dianalisis iaitu (1) kesahihan Bay al-dayn di dalam jual beli sukuk, (2) percampuran asset pembawah, (3) penjualan hutang dengan diskaun, (4) akujanji untuk membeli semula aset sukuk oleh penerbit sukuk dan (5) kemudahan likuiditi dalam sukuk musyarakah dan mudarabah. Isu-isu ini timbulkan kerana terdapat perbezaan antara fatwa-fatwa yang dikeluarkan di Malaysia dan di Timur Tengah. Penulis didapati cuba untuk menjelaskan mengapa berlaku perbezaan dan alasan-alasan ianya dibenarkan. Sebagai contoh di dalam persoalan penggunaan Bay al-dayn di dalam sukuk yang melibatkan jual beli secara BBA dan murabahah, kontroversi dielakkan dengan menganggap sukuk berkenaan sebagai satu bentuk harta dan bukannya wang. Di dalam perbincangan mengenai Amanah Pelaburan Hartanah Islam atau REITs kesemua isu yang dibangkitkan ialah mengenai penggunaan instrumen tidak patuh Syariah seperti insurans dan jualan hadapan serta pelaburan bangunan yang menjalankan operasi secara tidak patuh Syariah. Penyelesaian yang diberikan oleh penulis adalah sama sahaja seperti yang lain-lain produk di mana kepentingan menjalankan perniagaan secara Islam adalah mengatasi kemudaratan penggunaan instrumen ini berasaskan kepada kaedah darurah. Terdapat empat artikel yang membincangkan analisis sistem kewangan Islam dari perspektif ekonomi modern. Ianya menyentuh pengurusan risiko Syariah dalam pembiayaan tawarruq oleh Nasrun Mohamad dan Asmak Ab Rahman, hutang di kalangan pengguna kad kredit oleh Shamsiah Mohamad et.al., pengurusan likuiditi perbankan Islam oleh Ahmad Azam et.al. dan faktor yang mempengaruhi tujuan menyertai skim Takaful Keluarga oleh Maizatulaidawati Md Husin dan Asmak Ab Rahman. Terdapat beberapa dapatan yang menarik di dalam artikel-artikel ini. Dalam artikel mengenai pengurusan risiko Syariah penulis berpendapat bahawa terdapat risiko yang tinggi dalam pembiayaan secara tawarruq, terutama yang melibatkan pelaksanaannya. Ini adalah kerana tawarruq diperkenalkan untuk menganti inah, yang mana banyak ciri-ciri inah dikekalkan di dalam tawarruq bagi mencapai maksud 292

Ulasan Buku: Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues memberi pembiayaan kepada pelanggan pada masa yang sama Bank membuat keuntungan. Manakala dalam artikel hutang di kalangan pengguna kad kredit, hasil soal selidik yang diedarkan kepada 250 orang responden mendapati pengguna terbanyak kad kredit adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana (71%). Namun penjelasan mengenai bentuk penggunaan kad kredit itu tidak dijelaskan dengan baik dan mempunyai sedikit kekeliruan. Sebagai contoh jadual 4.1 hanya menyenarai peratusan tujuan penggunaan kad kredit namun tidak membuat penjelasan secara tuntas apakah tujuan penggunaan yang terbanyak. Begitu juga terdapat beberapa item di dalam jadual tersebut yang kurang jelas dari segi pembahagian perbelanjaan iaitu keagamaan, daruriyyat dan tahsiniyyat. Manakala baki dua artikel mengenai likuiditi perbankan Islam dan faktor tujuan yang menyumbang kepada skim Takaful Keluarga bukanlah suatu isu yang baru ditimbulkan. Kedua-dua artikel ini hanya memperkukuhkan dapatan-dapatan yang sudah dibincangkan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. Sungguhpun artikel oleh Maizatulaidawati cuba untuk mencadangkan penggunaan Decomposed Theory of Planned Behaviour yang diperkenalkan oleh Taylor dan Todd di dalam industri Takaful yang dikatakan masih terkebelakang berbanding dengan industri insurans konvensional. Buku ini diakhiri dengan artikel berkenaan fatwa dalam perkara muamalat dan peranannya dalam masyarakat oleh Japar Mat Dain et.al. Artikel ini cuba untuk menganalisis fatwa-fatwa yang diterbitkan di Brunei Darussalam dari tahun 1962 2010 dalam perkara muamalat. Daripada kumpulan fatwa tersebut yang berjumlah sebanyak 2,241 hanya sebanyak 237 fatwa menyentuh muamalat atau sebanyak 10.6%. Perkara ini tidaklah sukar untuk dilakukan kerana kesemua fatwa-fatwa berkenaan sudah dibukukan/direkodkan. Bahagian kedua artikel berkenaan yang menyentuh peranannya dalam masyarakat. Apa yang dibentangkan ialah peranan umum fatwa, sungguhpun penulis nampaknya cuba membawa contoh-contoh dari fatwa muamalat. Pun begitu penulis tidak memberi rujukan atau alasan mengapa empat peranan itu dipilih. Peranan tersebut ialah (1) menyebarkan pengetahuan Islam kepada masyarakat, (2) memberi alternatif dalam hukum, (3) bagi membetulkan kefahaman yang salah dan (4) mengutamakan mazhab Shafi i. Dalam konteks muamalat peranan yang keempat mungkin tidak relevan dalam suasana perkembangan sistem perbankan dan kewangan Islam yang semakin bersifat global. 293

Jurnal Syariah, Jil. 22, Bil. 2 (2014) 289-294 294