KERTAS KERJA DEBAT KESIHATAN PIALA TUN SYED NASIR PROGRAM INTERVARSITI UKM KAMPUS KUALA LUMPUR TARIKH 3-4 MEI 2014 TEMPAT

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KERTAS KERJA MALAYSIAN STREET FOOD TOUR FIESTA SINERGI INTELEK KOLEJ TUN SYED NASIR TARIKH 3 MEI 2014

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN DAN TERBUKA AKMA A.C 2018

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017


NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

KREATIF DAN INNOVATIF HHHC9801. NORAIN BINTI MOHD MOKHTAR A Set 40

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

CURRICULUM VITAE. Akmar Hayati Ahmad Ghazali. Name of School / Institution obtained

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

KERTAS KERJA PROGRAM SEE NATURE TARIKH 3 13 April 2014 (11 hari) TEMPAT Kuala Gula Bird Sanctuary, Kerian, Perak

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

PERATURAN PERMAINAN. Tarikh Kemaskini : 31 Oktober 2017

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

KERTAS KERJA Light Of Everyone (LOVE)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 7) LAPORAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

JABATAN PENGAJIAN AM. Laporan Jabatan Pengajian Am

PENILAIAN PENGETAHUAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KERTAS KERJA EKSPLORASI PALESTINA (EP) 2013 TARIKH DISEMBER 2013 TEMPAT SEKITAR KAWASAN LINGKUNGAN I, UKM KAMPUS BANGI ANJURAN:

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P005

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Transcription:

KERTAS KERJA DEBAT KESIHATAN PIALA TUN SYED NASIR PROGRAM INTERVARSITI UKM KAMPUS KUALA LUMPUR TARIKH 3-4 MEI 2014 TEMPAT Kolej Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur ANJURAN Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun Syed Nasir Sesi 2013/2014 TEMA Menggilap Kredibiliti Mencermin Profesionalisme

KERTAS KERJA PROGRAM INTERVARSITI UKM KAMPUS KUALA LUMPUR DEBAT PIALA KESIHATAN TUN SYED NASIR 1.0 TUJUAN Program ini merupakan aktiviti julung kali diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan dan mewujudkan jaringan komunikasi antara mahasiswa jurusan kesihatan daripada IPTA DAN IPTS terlibat di samping memupuk minat mahasiswa/i untuk berdebat dalam bahasa melayu. Malah program ini juga bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang celik terhadap isu semasa dan isu-isu yang berkaitan kesihatan. Program ini turut dibuka kepada universiti luar, khususnya jurusan sains kesihatan di sekitar Kuala Lumpur. 2.0 MISI Mengasah kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir secara kritikal serta berupaya menyampaikan maklumat secara professional dalam kalangan mahasiswa/i jurusan kesihatan. 3.0 MATLAMAT 3.1 Mengasah kemahiran pengucapan awam dan seni orator dalam kalangan mahasiswa sains kesihatan. 3.2 Memperkembangkan seni pengucapan awam supaya ianya menjadi satu langkah yang progresif dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 3.3 Membentuk generasi terpelajar yang berkepimpinan dan berdaya saing. 3.4 Melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkeyakinan tinggi dan berbudi mulia.

3.5 Merapatkan hubungan silaturrahim di antara para pendebat Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia 3.6 Mewujudkan jaringan intervarsiti dalam kalangan mahasiswa sains kesihatan. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Memartabatkan perdebatan sebagai wadah berdiskusi secara professional. 4.2 Memartabatkan tahap penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia. 4.3 Mendedahkan mahasiswa/i melibatkan diri dalam arena perdebatan. 4.4 Memupuk sifat-sifat kepimpinan, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan dalam diri mahasiswa/i. 4.5 Memperluaskan perkongsian intelektual antara semua mahasiswa daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di mana aktiviti debat ini boleh menjadi platform kepada pendebat muda dalam mengasah bakat di arena perdebatan. 5.0 TEMA Menggilap Kredibiliti Mencermin Profesionalisme. 6.0 ANJURAN Majlis Perwakilan Pelajar Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun Syed Nasir

7.0 TARIKH DAN MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : Tarikh : 3-4 MEI 2014 Masa : 8.00 a.m. 11.00 p.m. 8.0 TEMPAT PROGRAM Tempat program yang dicadangkan: 1. Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur : 1.0 DK1 2.0 DK 2 3.0 DK 3 4.0 DK 4 5.0 BSJ 1 6.0 BSJ 2 7.0 DEWAN PEPERIKSAAN T1BE 8.0 PERPUSTAKAAN TUN ABDUL LATIFF 2. Bilik Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Tun Syed Nasir, UKM Kampus Kuala Lumpur 3. Dewan Serbaguna, Kolej Tun Syed Nasir, UKM Kampus Kuala Lumpur 4. Pusat Kembangan Pendidikan, Kolej Tun Syed Nasir UKM Kampus Kuala Lumpur

9.0 PUBLISITI 1. Strategi publisiti: Melalui media cetak- posters, flyers, banners. Melalui elektronik- facebook rasmi Piala Debat `Kesihatan Tun Syed Nasir Jemputan IPTA/ IPTS tertentu. 2. Kawasan liputan: (posters dan flyers ) UKM Kampus Kuala Lumpur, dan PPUKM. KTSN 1, 4, 5 dan Plaza Rah. IPTA/ IPTS di sekitar Kuala Lumpur. 10.0 CADANGAN PERASMI PENUTUP 1) Datuk S Subramaniam Menteri Kesihatan Malaysia 2) YB Datuk Johari Abdul Ghani Ahli Parlimen Titiwangsa 3) Datuk Dr. Awang bin Sariyan Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka 4) Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor UKM 5) Prof. Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UKM 6) Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib Pengetua Kolej Tun Syed Nasir

7) Dr. Mohd Sham Othman Timbalan Pengetua I Kolej Tun Syed Nasir 11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Jumlah Anggaran Peserta >70 VIP Juri/ Hakim Debat Bahasa Melayu >10 Speaker >3 Penjaga Masa >3 Urusetia >50 Pengiring o Pengiring bagi Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah >10 Kuala Lumpur (sekiranya hadir) o Pengiring bagi IPTA/IPTS jemputan >20 Pengunjung >150 12.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran A 13.0 PERINCIAN PROGRAM Rujuk Lampiran B 14.0 CADANGAN JEMPUTAN HAKIM/UNIVERSITI Rujuk Lampiran C

15.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran D 16.0 ORGANISASI Rujuk Lampiran E 17.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi: Urusetia Debat Piala Kesihatan Tun Syed Nasir Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur. u/p : Nurul Amira Binti Zainudin E-mel : Iera.live4peace@yahoo.com No. Telefon : 013-6418609 18.0 SYOR / PENUTUP Debat Piala Kesihatan Tun Syed Nasir ini diharap dapat melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai budaya perdebatan dan pengucapan awam yang sihat di kalangan para mahasiswa IPTA/IPTS. Ia juga diharapkan dapat membina keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal dalam kalangan mahasiswa/i tentang isu-isu semasa berasaskan tradisi argumentasi, perbincangan perbahasaan, kajian dan penganalisaan fakta yang boleh dipertanggungjawabkan. Di samping itu, semoga dengan berlangsungnya program Debat Piala Kesihatan Tun Syed Nasir ini, ia dapat merapatkan

ikatan kerjasama di kalangan pendebat di Universiti-Universiti tempatan dan menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan pelajar agar lebih berpengetahuan tentang perkembangan semasa di Malaysia dan antarabangsa. Amat diharapkan bahawa kertas kerja ini akan mendapat kelulusan serta mendapat bantuan kewangan dari pihak JPPel. Akhir kata, semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini kami mendahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Disediakan oleh... NURUL AMIRA BINTI ZAINUDIN Pengarah Debat Piala Kesihatan Tun Syed Nasir Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Disemak oleh... Mohamad Farmi Hisham Bin Jamal MEP Pemantau Subprogram Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir Fiesta Sinergi Intelek Universiti Kebangsaan Malaysia

... En. Mohd Wafi Bin Mohamad Felo Pemantau Subprogram Debat Kesihatan Piala Tun Syed Nasir Fiesta Sinergi Intelek Universiti Kebangsaan Malaysia Disokong oleh... Dr. Mohd Sham Othman Timbalan Pengetua I Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Diluluskan oleh. Prof. Dr. Ruzita Abd Talib Pengetua Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia.

LAMPIRAN A TENTATIF PROGRAM 1.1 Hari Pertama Tarikh Tempat : 3.05.2014 (Sabtu) : UKM, KL Masa Aturcara 8.00 a.m. - 9.00 a.m. Ketibaan para peserta, sesi pendaftaran, & sarapan 9.00 a.m. - 9.40 a.m. Taklimat oleh urusetia & penyerahan usul (DK2) 9.40 a.m. - 10.00 a.m. Kuarantin 10.00 a.m. - 11.30 a.m. Debat & maklum balas (Pusingan 1) 11.30 a.m. - 11.40 a.m. Pengumuman keputusan & penyerahan usul (DK2) 11.40 a.m. - 12.00 p.m. Kuarantin 12.00 p.m. - 1.30 p.m. Debat & maklum balas (Pusingan 2) 1.30 p.m. - 2.30 p.m. Makan tengahari & solat Zohor 2.30 p.m. - 2.40 p.m. Pengumuman keputusan & penyerahan usul (DK2) 2.40 p.m. - 3.00 p.m. Kuarantin 3.00 p.m. -4.30 p.m. Debat (Pusingan 3) 4.30 p.m. - 5.00 p.m. Taklimat penutup (DK2) & bersurai

1.2 Hari Kedua Tarikh Tempat : 4.05.2014 (Ahad) : DSG KTSN & UKM, KL Masa Aturcara 8.00 a.m. - 9.00 a.m. Ketibaan para peserta & sarapan 9.00 a.m. 9.40 a.m. Taklimat oleh urusetia & penyerahan usul 9.40 a.m. - 10.00a.m. Kuarantin 10.00 a.m. - 11.00 p.m. Debat (Pusingan 4) pusingan senyap 11.00 p.m. - 12.00 p.m. Berkumpul di DK2 untuk keputusan dan penyerahan usul 12.00 p.m. 12.20 p.m. Kuarantin 12.20 p.m. - 1.20 p.m. Debat Separuh Akhir 1.20 p.m 2.30 p.m Solat zuhur dan makan tengahari 2.30 p.m 3.00 p.m Pengumuman keputusan separuh akhir, penyerahan usul akhir, taklimat akhir & bersurai 3.00 p.m 5.00 p.m Finalis berehat dan bersedia di kolej 5.00 p.m. 8.00p.m. Raptai, bersedia untuk kuarantin 8.00 p.m. - 8.15 p.m. Ketibaan VIP, nyanyian lagu Negaraku 8.15 p.m. - 8.30 p.m. Ucapan perasmian oleh VIP 8.30 p.m. - 9.30 p.m. Debat (Akhir) 9.30 p.m. - 10.00 p.m. Persembahan penutup, penyampaian cenderamata kepada juri dan VIP 10.00 p.m. - 10.30 p.m. Penyampaian hadiah kepada pemenang & bersurai

LAMPIRAN B PERINCIAN PROGRAM STRUKTUR PERDEBATAN DEBAT ALA-PARLIMEN MALAYSIA 1. Usul perdebatan akan dimaklumkan 20 minit sebelum perdebatan. Semua pasukan diharapkan dapat menepati waktu. 2. Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala- Parlimen Malaysia. 3. Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan Kerajaan (pencadang) dan Pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang pendebat dan seorang pendebat simpanan. 4. Pasukan Kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan 2 anggota kerajaan manakala pasukan Pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang dan dua anggota pembangkang. 5. Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak Kerajaan dan Pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua daripada pihak masing-masing. 6. Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti yang berikut: i. Ucapan Substantif Perdana Menteri/pencadang pertama - 7 minit Ketua Pembangkang/pembangkang pertama - 7 minit Anggota Pertama Kerajaan/pembangkang kedua - 7 minit Anggota Pertama Pembangkang/pembangkang kedua - 7 minit Anggota Kedua Kerajaan/pencadang ketiga - 7 minit Anggota Kedua Pembangkang/pembangkang ketiga - 7 minit ii. Ucapan Gulungan Gulungan/rumusan Pembangkang - 4 minit Gulungan/rumusan Kerajaan - 4 minit

7. Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan / meminta penjelasan, dan sekali lagi pada satu minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa tamat. 8. Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit yang ketiga dan dua kali apabila tamat masa empat minit. 9. Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran dan akan diminta menamatkan ucapan oleh Yang Di-Pertua Dewan (Speaker). PERANAN SETIAP PASUKAN 1. Peranan pihak Kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak Pembangkang terhadap hujahan usul mereka. 2. Peranan pihak Pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi Kerajaan dan jika perlu membina hujahan/kes bangkangan terhadap usul dan membidas hujahan yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan. FAKTA BARU Tiada sebarang fakta baru dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan (Kerajaan atau Pembangkang). Contoh baru ialah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta dikira baru kecuali :- i. Yang telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu ii. Yang merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan

DEFINISI 1. Tugas memberikan definisi usul perdebatan yang wajar dan boleh dibahaskan ialah hak dan tanggungjawab pihak Kerajaan. 2. Pihak Pembangkang boleh :- i. Menerima definisi Kerajaan secara keseluruhan/mutlak; atau ii. Menerima dengan membuat pindaan tertentu (hanya untuk kategori Bahasa Melayu); atau iii. Menolak secara keseluruhan/mutlak dan mengemukakan definisi alternatif. 3. Pihak Pembangkang boleh menolak definisi pihak Kerajaan secara keseluruhannya hanya jika :- i. Definisi pihak Kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul. ii. Definisi pihak Kerajaan ialah truistik, iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional. iii. Definisi pihak Kerajaan berdasarkan kepada pendefinisian yang terlalu spesifik ataupun yang melibatkan masa dan tempat yang tidak masuk akal. PENJELASAN/CELAHAN 1. Penjelasan/celahan dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Penjelasan/celahan hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. 2. Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk menerima atau menolak penjelasan/celahan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan/celahan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius. 3. Dengan ini disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walau bagaimanapun, program perdebatan ini tidak mengenakan had maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan/celahan.

4. Penjelasan/celahan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika penjelasan/celahan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan/celahan hendaklah duduk serta-merta. 5. Penjelasan/celahan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali bagi menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan. Penjelasan/celahan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan. 6. Hanya ahli daripada pihak lawan boleh meminta penjelasan/. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah dengan cara berdiri, mengangkat tangan, membuat permohonan dan sebagainya yang menggunakan cara yang sesuai. 7. Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak, pendebat yang ingin meminta penjelasan/celahan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain. 8. Apabila penjelasan/celahan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahulu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan/celahan yang diminta oleh pasukan lawan apabila telah menerimanya. BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG 1. Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap perlanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti :- i. Penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan; atau ii. Pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan/atau ucapan gulungan; atau iii. Mana-mana pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat.

2. Menjadi tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang pelanggaran peraturan. Keputusan Yang Di-Pertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad. 3. Jika bantahan diterima, Yang Di-Pertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira dari masa pendebat yang sedang berucap. Sebaliknya, jika bantahan ditolak pendebat terbabit akan diberikan masa tambahan bagi menggantikan masa yang telah digunakan semasa bantahan tersebut. TAJUK PERDEBATAN 1. Rujuk Maklumat Spesifik Pertandingan Perkara 1.3 (Sistem dan Maklumat Perlawanan). 2. Tajuk-tajuk perdebatan merangkumi isu-isu berkenaan kesihatan. 3. Tajuk-tajuk perdebatan akan disediakan oleh pihak penganjur MAKLUMAT SPESIFIK PERTANDINGAN 1.1 Kaedah Penghakiman Setiap bilik akan diadili oleh tiga orang hakim, terdiri daripada dua orang hakim pelatih yang dibawa oleh universiti yang bertanding dan seorang hakim dari universiti yang tidak bertanding dalam pertandingan ini. Hakim-hakim pelatih tidak dibenarkan untuk mengadili perlawanan universiti mereka sendiri. Khidmat hakim pelatih akan digunakan sehingga pusingan keempat sahaja. Pusingan separuh akhir dan akhir akan menggunakan khidmat 3 orang hakim dari universiti tidak bertanding bagi setiap pertandingan. Penilaian pembahas adalah berdasarkan tiga aspek, iaitu Isi (40 markah), Cara (40 markah) dan Gaya (20 markah). Markah pembahas akan direkodkan bagi tujuan

penentuan pembahas terbaik pusingan awal. Pasukan yang mempunyai markah kumulatif pasukan tertinggi akan memenangi perlawanan. 1.2 Cara Pemilihan Pendebat Terbaik Pendebat terbaik pusingan awal akan dinilai berdasarkan markah purata kumulatif 4 pusingan awal, manakala pendebat terbaik pusingan akhir akan dipilih oleh para juri berdasarkan tiga aspek yang telah disebut diatas iaitu Isi, Cara dan Gaya mereka. 1.3 Sistem dan Maklumat Perlawanan Format masa pembahasan ialah 7 minit bagi setiap pembahas diikuti 4 minit bagi sesi pergulungan setiap pasukan. Prosedur atau sistem perlawanan akan menggunakan sistem power match bagi menentukan perlawanan bagi pusingan pertama. Pusingan seterusnya akan diteruskan dengan mempertemukan setiap pasukan yang mempunyai markah kemenangan yang sama sehinggalah ke pusingan keempat. Keputusan perlawanan, maklumat perlawanan yang bakal berlangsung, serta tajuk perdebatan akan dipamerkan di dewan berkumpul (Dewan Kuliah 2). Setiap pasukan wajib mengharungi empat pusingan awal bagi mengumpul mata kemenangan. Empat pasukan yang memperoleh mata tertinggi dari segi kemenangan dan juga markah pembahas akan mara ke pusingan separuh akhir. Lapan tajuk yang diberikan sebelum pertandingan kepada setiap pasukan akan digunakan bagi pusingan pertama sehingga ke pusingan separuh akhir secara rawak. Manakala bagi pusingan akhir, tajuk spontan akan diberikan kepada pasukan yang mara ke peringkat akhir. Pusingan keempat sehingga peringkat akhir akan diadakan pada hari kedua pertandingan. Pusingan keempat sehingga pusingan separuh akhir akan diadakan di Fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur manakala pusingan

akhir akan berlangsung di Dewan Serbaguna Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (Kolej kediaman pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia), Kuala Lumpur. Justeru, setiap pasukan diminta menyediakan peralatan mandi, peralatan elektronik seperti komputer riba dan pakaian mencukupi termasuk pakaian formal pada hari kedua sebagai persediaan sekiranya mara ke pusingan akhir. Tempat untuk bermalam akan disediakan oleh pihak pengurusan. Pusingan ketiga (yang bakal berlangsung pada hari pertama) dan pusingan keempat (Pada hari kedua) adalah pusingan senyap, keputusan tidak akan didedahkan selepas perlawanan berlangsung. Keputusan pusingan ketiga hanya akan diumumkan pada hari kedua dan keputusan pusingan ke hanya akan diumumkan selepas berkumpul semula daripada solat Zuhur dan rehat. USUL PERDEBATAN 1) Malaysia wajar membenarkan penjualan organ 2) Rawatan alternatif di hospital perlu disediakan 3) Pengiklanan makanan segera penyumbang masalah obesiti dalam kalangan kanakkanak 4) Setiap individu mempunyai hak menggugurkan bayi. 5) Waktu bekerja kakitangan hospital perlu distruktur semula 6) Fat tax meningkatkan taraf kesihatan 7) Malaysia perlu menyediakan rumah pelacuran terkawal 8) Subsidi perubatan tidak mampu menanggung keperluan rakyat berpendapatan rendah 9) Euthanasia harus dibenarkan di Malaysia 10) Kesihatan sebagai elemen keselamatan di Malaysia 11) Ops Gempur Aedes Tidak Berkesan

LAMPIRAN C CADANGAN JEMPUTAN HAKIM/UNIVERSITI 1. PANEL HAKIM DEBAT DARIPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 2. PANEL HAKIM DEBAT DARIPADA PERTUBUHAN ALUMNI DEBAT MALAYSIA 3. PANEL HAKIM DEBAT DARIPADA UNIT PENGUCAPAN UMUM UKM BANGI CADANGAN UNIVERSITI JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA 1. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2. UNIVERSITI MALAYA 3. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) 4. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 5. MAHSA UNIVERSITY 6. INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY 7. CYBERJAYA UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES 8. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA 9. UNIKL MESTECH 10. MSU 11. TAYLORS UNIVERSTY 12. SUNWAY UNIVERSITY 13. MONASH UNIVERSITY 14. LINCOLN UNIVERSITY 15. UTAR 16. UNITAR 17. INTI COLLEGE

SENARAI SEKOLAH MENENGAH JEMPUTAN SEBAGAI PENONTON 1. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (SAS) 2. SEKOLAH SERI PUTERI (SSP) 3. SEKOLAH MENENGAH SAINS ALAM SHAH (ASIS) 4. SEKOLAH MENENGAH SAINS SELANGOR (SMSS) 5. SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK (INTERGOMB) 6. SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR (SEMASHUR) 7. SEKOLAH MENENGAH SAINS KUALA SELANGOR (KUSES) 8. SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA LUMPUR (TIKL) 9. SEKOLAH MENENGAH SAINS SERI PUTERI (SESERI) 10. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI 11. VICTORIA INSTITUTION (VI) 12. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BINTANG SELATAN (SMKSBS) 13. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BINTANG UTARA (SMKSBU) 14. ST. JOHN INSTITUTION 15. SEKOLAH MENENGAH CONVENT BUKIT NANAS (CBN) 16. SEKOLAH MENENGAH DATO LOKMAN 17. MAKTAB TENTERA DIRAJA MALAYSIA (MTD) 18. METHODIST BOYS SCHOOL (MBC)

LAMPIRAN D Anggaran Pembelanjaan Kesuluruhan BELANJAWAN Anggaran Pendapatan BIL PERKARA RM 1. Aktiviti Pemasaran -Jualan T shirt Debat 500.00 - Jualan DVD Debat. 2. Yuran peserta (RM 150 X 16) 2400.00 4. 5. Tajaan daripada setiap fakulti: i) Fakulti Pergigian ii) Fakulti Perubatan iii) Fakulti Farmasi iv) Fakulti Sains Kesihatan Sumbangan penaja: i) Sumbangan individu ii) PNB iii) Penaja-penaja luar -Yayasan Pendidiksn Cheras - SapuraKencama Petroleum -HSBC -DBP 100.00 100.00 100.00 100.00 400.00 700.00 1000.00 1000.00 2800.00 JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 6000.00

ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA RM 1. Sekreteriat Publisiti dan Multimedia a) Banner (RM60.00 X 3) b) Poster (RM 2 X 80) c) Buku program (RM 5 X 7) d)flyers e)kertas A4 (RM 10 X 4 bungkus) f) Bunting (30x10) 180.00 160.00 35.00 20.00 40.00 300.00 735.00 2. Sekreteriat Protokol a) I-talk (RM 10 x 5) b) Surat jemputan (A4) 50.00 10.00 60.00 3. Sekreteriat Tugas-tugas Khas (TTK) a) Hadiah : Tempat pertama Tempat kedua Pendebat terbaik b) Sijil (RM 1 x150 keping) c) Dakwat cetakan d) Piala pusingan e) Piala iringan f) Saguhati juri DBP g) Cenderahati VIP h) Sampul surat (1 paket) i) Replika cek j) Hiasan pentas 500.00 300.00 150.00 950.00 150.00 40.00 200.00 225.00 300.00 100.00 10.00 200.00 300.00 2475.00

4. Sekretariat jamuan a) Makanan (1 kepala x 1 hari= RM 11.50) - Pagi : RM2.50 - Tengahari : RM 6.00 - Petang : RM 2.50 - Minuman (mineral) : RM 0.50 x2 = RM 1.00 Peserta 64 orang (16 kumpulan ) Juri jemputan 11 orang DEBAT PIALA KESIHATAN TUN SYED NASIR 5. 6. (RM 11.50 per head X 75 X 2 hari) b) Jamuan penutupan program (RM 4 X 26) Sekretariat teknikal a) PA sistem Sekretariat pemasaran a) Fotostate b) I Talk ( RM10x 5) 1725.00 104.00 1829.00 700.00 50.00 50.00 RENCAM 101.00 JUMLAH 6000.00

LAMPIRAN E ORGANISASI DEBAT PIALA KESIHATAN TUN SYED NASIR 2014 Penaung Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM Pengerusi Y.Bhg. Prof.Datin Noor Aziah Hj MohdAwal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni ), UKM Penyelaras En. Musa Zainal Abidin Othman Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), UKM Penasihat I Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, UKM Penasihat II Dr. Mohd Sham Othman Timbalan Pengetua I Kolej Tun Syed Nasir, UKM Penasihat III Dr. Qodriyah Haji Mohd Saad Timbalan Pengetua II Kolej Tun Syed Nasir, UKM Felo Penasihat En. Mohd. Wafi Mohammad Felo Pemantau Dr. Noor Akmal Shareela Binti Ismail MEP Penasihat Muhammad Ridzuan Bin Ishak Mohamad Farmi Hisyam Bin Jamal Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Tun Syed Nasir, UKM

PENGARAH NURUL AMIRA BINTI ZAINUDIN A131948 FGG/4 TIMBALAN PENGARAH 1 AMIRAH SYAHIRAH BT AMIRUDDIN A143059 FGG/1 TIMBALAN PENGARAH 2 MOHAMAD AFLAH BIN LOKEMAN A143051 FGG/1 SETIAUSAHA SITI AISYAH AL-HUMAIRA' BT KAMARULZAMAN A146966 FSK /1 NAIB SETIAUSAHA NOR JANNA BINTI YAHYA A144507 FSK/1 BENDAHARI AZZA SYAFIQAH BT IZAM A143058 FGG/1 EXCO PROGRAM AMY AMIRA TEE BINTI RAIMY TEE A144691 FGG/1 AHMAD WAZIR AIMAN BIN MOHD. ABD. WAHAB A144702 FPER/1 EXCO PROTOKOL ABDUL HAFIZ ZAKARIA A144377 FFAR/1 NOR EMI BINTI MOHAMED RESALI A144616 FSK /1

EXCO TEKNIKAL DAN LOGISTIK LUQMAN HAKIMI BIN NAYAN A144408 FFAR/1 MUHAMAMMAD HANIFF BIN RAMLI A139748 FFAR/2 EXCO TUGAS TUGAS KHAS DAN CENDERAMATA NABILAH BINTI ISMAIL A144628 FSK/1 NUR FATIN AMIRA BINTI ZULKIFLI A144637 FSK/1 BELEN SHARON FRED SATIMIN A146689 FGG/1 WAN NUR FARAH ZAWANI BINTI WAN MUDA A144615 FSK/1 EXCO PERHUBUNGAN LUAR DAN KEBAJIKAN PESERTA MUHAMMAD RAZWAN RUSLAN A132041 FGG/4 NURSYAFIQAH MOIDEEN A144420 FFAR/1 AMY NG MAY KAY A146731 FGG/1

EXCO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI NURUL HAZIMAH BT RATUAH A143086 FGG/1 AFIQAH BT AZHAR A143079 FGG/1 NUR KHALIS BINTI SUKIMAN A144617 FSK/PDR/1 EXCO DANA DAN TAJAAN (PEMASARAN) WAN NUR ADILAH BINTI WAN RUSDI A143592 FPER /1 NUR AMELIA NADHIRA BT ZAMRI A144412 FFAR/1 FAZILAT NURUL BT SAWAL HAMID A144029 FSK/1 DEVESHINI A/P UTHANDI A146976 FSK/PDR/1 EXCO JAMUAN NORAIN BINTI MANSOR A143056 FGG/1 FATIN ATHIRAH BT MASAWI A139726 FGG/1