MUZAKARAH PAKAR IKIM MALAYSIA: KEMELUT NEGARA ISLAM NEGARA SEKULAR 19 Februari 2013

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

dalam kes Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad v Emcee Corporation Sdn (2003) 2 AMR 177 saya berkata:

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA Halaqah Bicara Intelek 2 April MELAYU DAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN DAN POLITIK MALAYSIA Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Perlembagaan: Isu Perlaksanaan Undang-undang Islam

PUSAT UNDANG-UNDANG KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Apakah isu-isu yang dibangkitkan mengenai Islam?

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN 1

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

Petisyen pilihanraya ini difail oleh seorang pengundi berdaftar di kawasan N5, Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu, Trengganu.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia.

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat: Dinding Pemisah Antara Ugama dan Negara?

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Transcription:

1 MUZAKARAH PAKAR IKIM MALAYSIA: KEMELUT NEGARA ISLAM NEGARA SEKULAR 19 Februari 2013 ISLAM DAN TAFSIRAN KEPERLEMBAGAAN OLEH MAHKAMAH DI MALAYSIA Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad (Mantan Ketua Hakim Negara) Tafsiran Perlembagaan Persekutuan terletak dalam bidangkuasa mahkamah sivil. i Tugas ini dilakukan apabila persoalan keperlembagaan timbul dalam sesuatu kes di hadapan mahkamah itu. Jika keperluan itu berlaku, tugas hakim adalah mentafsir dan menggunapakainya (interprert and apply) kepada fakta kes berkenaan dan membuat keputusan. Kuasa mahkamah adalah untuk mentafsir peruntukan-peruntukan Perlembagaan itu, bukan memindanya atau menulis semula (rewrite) peruntukan-peruntukan itu sambil berselindung di sebalik perkataan mentafsir. Mahkamah bukan Parlimen. Masalahnya, kerap kali, orang memandang kepada mahkamah untuk menyelesaikan masalah Badan Perundangan ii. Dalam kertas ini saya beri tumpuan khas kepada tema muzakarah ini ia itu Kemelot Negara Islam Nergara Sekular. Perkara 3 Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: 3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan... iii Sebagai perbandingan, Perlembagaan Pakistan, selain daripada mempunyai preamble (muqaddimah) yang panjang mengenai Islam, menyatakan bahawa nama negara Pakistan ialah Islamic Republic of Pakistan dan mengisytiharkan Islam sebagai Agama Negara ( State Religion ) Pakistan. Perlembagaan Iran menyataakan bahawa nama rasmi Iran ialah Islamic Republic of Iran dan bentuk kerajaannya ialah Islamic Republic (Perkara 2). Sebaliknya Perlembagaan India mempunyai preamble yang menyatakan bahawa India adalah sebuah negara secular dan, dalam Perlembagaan India, tidak terdapat peruntukan mengenaai agama negara itu. Perlembagaan Turki memperuntukkan bahawa Turki adalah sebuah negara secular (Perkara 2). Tetapi, bendaranya, walaupun berwarna merah, mempunyai simbol bulan dan bintang yang selalunya dikaitkan dengan Islam. Perkara 29(1) Perlembagaan Indonesia mengisytiharkan: Negara berdasar atas Ketuhanan Yang Maha Esa. Tidak disebut sama ada negara Indonesia sekular atau tidak dan agamanya. Sebelum penyatuan semula Jerman, nama rasmi Jerman Timur ialah The German Democratic Republic sedangkan nama Jerman Barat ialah The Federal Republic of Germany. Nama rasmi Korea Utara pula ialah The Democratic People s Republic of Korea manakala nama rasmi Korea Selatan

2 hanya Republic of Korea. Saya percaya India tidak dikenali dan tidak pernah dirujuk sebagai sebuah negara Islam. Tetapi, Turki, walau pun ia bersungguh-sungguh mengatakan ia sebuah negara sekular, mungkin oleh sebab ramai penduduknya yang bragama Islam dan sejarahnya yang berkait rapat dengan perkembangan Islam ke Eropah, kerap pula dirujuk sebagai sebuah negara Islam, terutama sekali oleh orang-orang Islam dari negara-negara lain. Pakistan dan Iran memanglah dikenali sebagai negara Islam, tidak kiralah apa maknanya. Di mata dunia, Malaysia bukan sahaja dilihat sebagai sebuah negara Islam, malah negara Islam contoh di abad ini. Tetapi, rakyat Malaysia sendiri, tertakluk kepada kepentingan politik semasa masing-masing, berbelah bagi mengenainya. Indonesia pula kerap disebuat sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam yang terbanyak di dunia. Bagaimana jika Jerman Timur (dahulu) dan Korea Utara cuba ditonjolkan sebagai negara demokratik seperti nama masing-masing? Besar kemungkinan orang akan kewata. Saya serahkan kepada para peserta muzakarah ini untuk membuat kesimpulan sendiri daripada fakta-fakta yang saya sebut itu, jika boleh dibuat apa-apa kesimplan. Kes yang paling kerap dirujuk dalam hal Islam atau sekular itu ialah penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Bin Che Soh v. Public Prosecutor (1988) 2 MLJ 55. Kes ini didengar oleh lima orang hakim dan penghakimannya ditulis oleh Tun Salleh Abas. Kerapkali ia dirujuk sebagai otoriti bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Mari kita lihat dengan lebih dekat kes itu mengenai apa, apa keputusannya dan apa kesannya. Persoalan dalam kes itu ialah sama ada hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah dan bagi kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 bercanggah dengan ajaran Islam dan, oleh itu tak keperlembagaan dan tak sah (unconstitutional and void). Peguam menghujahkan, oleh sebab Islam adalah agama bagi Persekutuan (Perkara 3(1)), dan oleh sebab Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Persekutuan (Perkara 4(1), maka hukuman mati bagi kesalahankesalahan itu, yang bukan kesalahan hudud dan qisas, adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan oleh itu tak keperlembagaan (unconstitutional). Mahkamah tidak menjawab soalan sama ada hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan-kesalahaan itu bercanggah dengan ajaran Islam atau tidak. Mahkamah menimbang apa yang dimaksudkan dengan perkataan Islam dalam Perkara 3(1) oleh penggubal Perlembagaan. Untuk menjawab soalan itu, Mahkamah merujuk kepada sejarah semenjak campur tangan British dalam Negeri-Negeri Melayu dan memutuskan, secara rengkasnya, bahawa semasa penjajahan British, undang-undang Islam hanya terhad kepada undang-undang mengenai perkahwinan, perceraian dan pesaka sahaja. Pada pandangan mahkamah, demikianlah fahaman penggubal perlembagaan mengenai perkataan Islam dalam konteks Perkara 3(1) itu. Jika sebaliknya, kata penghakiman itu, tentu sekali ada satu peruntukan lagi dalam Perlembagaan yang memberi kesan bahawa mana-mana undang-undang

3 yang bercanggah dengan ajaran Islam menjadi taksah. Bukan sahaja itu tidak dilakukan, kata penghakiman itu seterusnya, sebaliknya Perkara 162 mengekalkan kesenambungan undang-undang sekular sebelum Perlembagaan (preserves the continuity of secular law prior to the Constitution ). iv Kesimpulannya, mahkamah menolak hujah peguam-peguam itu. Kesannya ialah kesalahan-kesalahn itu yang membawa hukuman mati adalah sah di sisi Perlembagaan. Adakah mahkamah mengatakan bahawa Malaysia sebuah negara sekular atau negara Islam? Jawabnya tidak dan bukan itu persoalan yang perlu diputuskan oleh mahkamah. Dalam penghakiman itu perkataan secular di sebut sebanyak tiga kali. Kali pertama dalam rangkai kata secular institutions semasa memetik daripada buku karangan M.B. Hooker. Dua kali lagi dalam rangkai kata secular law semasa merujuk kepada undang-undang yang berkuatkuasa pada hari Kemerdekaan. Sebenarnya, penggunaan perkataan secular untuk meggambarkan institusiinstitusi itu pun tidak asing daripada menimbulkan masalah. Apakah ukuran sesuatu institusi itu sekular atau Islamic. Jika kita kata institusi baitul mal itu Islamic bagaimana dengan Perbendaharaan? Jika Majlis Syura itu Islamic, bagaimana dengan Parlimen? Perlembagaan Pakistan menggunakan perkataan Majlis Es-Syura (Parliament). Perlembagaan Malaysia menggunakan perkataan Parliament. Adakah Perlimen Pakistan Islamic dan Parlimen Malaysia sekular? Adakah Kabinet, Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Hospital, sekolah, jalanraya, lapangan terbang, pelabuhan, Tenaga Nasional, Felda dan lain-lain semuanya sekular dan atas asas apa? Adakah sebuah negara Islam tidak patut ada semua itu kerana ianya sekular? Penggunaan perkataan secular bagi undang-undang pun tidak sunyi daripada masalah. Adakah akta-akta yang dibuat oleh Parlimen dan Enakmen yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri semuanya sekular? Lihat Enakmen Acara Jenayah Syariah dan Enakmen Acara Mal Syariah, misalnya. Kebanyakn peruntukan-peruntukan itu diambil daripada Criminal Procedure Code dan Subordinate Courts Rules. Adakah peruntukan-peruntukan itu sekular apabila dipakai di mahkamah sivil dan menjadi Syari ah apabila dipakai di Makhamah Syari ah dan diberi nama Syari ah? Adakah undangundang jalan raya sekular sebab ia baru diwujudkan dalam abad dua puluhan. Jika di zaman Khalifah Umar Ibn Khattab r.a. ada kereta dan beliau membuat peratauran mengenai penggunaannya, mungkin hari ini peraturan itu akan dikenali sebagai undang-undang jalanraya Syari ah dan jika had laju ditetapkan, mungkin ia akan dikenali sebagai had laju Syari ah atau had laju Islam (mengikut penggunaan perkataan itu di Malaysia)! Apakah intipati keputusan kes Che Omar Bin Che Soh? Jawabnya: hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah dan bagi kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan sah.

4 Jika saya ditanya apakah pandangan saya mengenai kes Che Man Bin Che Soh, jawapan saya ialah saya bersetuju dengan keputusan itu. Hakikat bahawa Perkara 3 (1) mengatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan tidak dengan sendirinya menjadikan semua undang-undang yang bercanggah dengan Syari ah tak sah dan batal. Seperti yang dikatakan dalam penghakiman kes itu, jika itulah yang dikehendaki maka perlulah ada satu peruntukan lagi yang mengatakan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Hukum Syara adalah tak sah dan batal. Untuk mewujudkan sesuatu undang-undang, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri perlulah membuat undang-undang itu, tertakluk kepada bidangkuasa masing-masing. Itulah system berparlimen yang kita pakai? Adakah system demokrasi berparlimen yang kita pakai juga unislamic? Ini bukan suatu perkara yang anih. Sebagai perbadingan, mari kita lihat Perlembagaan Pakistan secara sepintas lalu. Perlembagaan Pakistan mempunyai preamble yang panjang. (Saya akan baca terjemahan dalam Bahasa Melayu yang saya buat sendiri): Bahawa kedaulan ke atas seluruh alam (universe) hanyalah milik Allah Yang Maha Kuasa, dan kuasa yang akan dilaksanakan oleh rakyat Pakistan setakat had yang ditetapkan olehnya adalah satu amanah yang sacret v. Di mana prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kesamataraan, toleransi dan keadilan sosial, seperti yang dinyatakan oleh Islam, hendaklah dipatuhi sepenuhnya; vi Di mana orang-orang Islam akan dibolehkan mengatur kehidupan mereka sebagai individu dan kumpulan mengikut ajaran dan kehendak Islam seperti yang ditetapkan dalam Al-Qur an dan Sunnah.. vii Perkara 1(1) memperutukkan: 1.(1) Pakistan hendaklah menjadi Republik Persekutuan yang akan dikenali sebagai Republik Islam Pakistan, selepas ini dirujukkan sebagai Pakistan. viii 2. Islam hendaklah menjadi agama Negara Pakistan. ( 2. Islam shall be the State religion of Pakistan. 31(1) Langkah-langkah hendaklah diambil untuk membolehkan orangorang Islam di Pakistan, secara perseorangan atau berkumpulan, untuk mengatur kehidupan mereka mengikut prinsip dan konsep asas Islam dan mengadakan kemudahan yang akan membolehkan mereka memahami erti kehidupan mengikut Al-Qur an dan Sunnah. (2) Negara hendaklah berusaha, mengenai orang-orang Islam Pakistan,- (a) menjadikan pembelajaran Al-Qur an dan ilmu-ilmu mengenai Islam wajib, menggalakkan dan memberi kemudahan pembelajaran Bahasa Arab dan memastikan percetakan dan pengeluaran Al-Qur an yang betul dan tepat; (b) menggalakkan perpaduan dan pematuhan standard moral keislaman;

5 dan (c) mengadakan organisati zakat, waqaf dan masjid. ix 203C. (1) Hendaklah tertubuh bagi tujuan Chapter ini sebuah Mahkamah yang akan dikenali sebagai Mahkamah Syari ah Persekutuan... 203D. (1) Mahkamah boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau di atas petisyen seorang warganegara Pakistan atau Kerajaan Perekutuan atau Kerajaan Daerah, meneliti dan memutuskan persoalan sama ada sesuatu undang-undang itu atau peruntukan sesuatu undang-undang itu bertentangan dengan ajaran Islam, sebagaimana yang ditetapkan dalam Al-Qur an dan Sunnah Rasul Allah, selepas ini dirujuk sebagai Ajaran Islam. x Walau pun terdapat peruntukan-peruntukan seperti itu, selama beberapa dekad, Pakistan terus memakai Macaulay s Penal Code yang serupa dengan Penal Code India dan Malaysia. Hanya semasa pemerintahan Presiden Muhammad Zia-Ul-Haq, barulah Penal Code dipinda dan dimasukkan hukuman Qisas, Diyat, Arsh, Daman and Ta zir (Section 53). Pindaan juga dibuat kepada Chapter XVI Of Offences Affecting The Human Body. (Kesalahan mengenai badan manusia). Ordinan Hudood (Pakistan) dibuat dalam tahun 1979 juga semasa pemerintahan Presiden Presiden Muhammad Zia-ul-Haq. Tetapi, disebabkan oleh bantahan orang ramai kerana ketidakadilan yang berlaku dalam pelaksanaannya bagi kes rogol, pada 1 Disember 2006, semasa pemerintahan Presiden Pervez Musharraf, ia dipinda oleh Women's Protection Bill. Di bawah undang-undang baru itu, kesalahan merogol dituduh di bawah undang-undang sivil. Apa yang saya hendak tunjukkkan ialah bahawa wujudnya peruntukanperutukan sedemikian sekalipun, tidak dengan sendirinya mengubah undangundang. Undang-undang perlu diuat oleh Badan Perundangan sebelum ia wujud dan boleh dilaksanakan. Itulah sistem berparlimen. Maka kita lihat undang-undang hudud tidak diwujudkan selama beberapa dekat, selepas itu diwujudkan dan kemudiannya sebahagiannya dijadikan semula kesalahan di bawah undang-undang sivil, sedangkan peruntukan Perlembagaan tidak berubah. Satu soalan yang timbul difikiran saya ialah: Apakah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah Persekutuan itu? (Mungkin kita tidak mengetahui secukupnya). Kembali kepada kes Che Omar bin Che Soh. Malangnya, penghakiman itu menggunakan perkataan secular, itu pun bukan untuk menggambarkan negara, tetapi institusi-institusi dan undang-undang. Itu pun penggunaannya tidak tepat dan perkataan itu tidak perlu digunakan. Disebabkan oleh kepentingan politik dan kumpulan, ia kerap dipetik di luar konteks bagi mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular, sedangkan Perlembagaan Persekutuan sendiri tidak sekali pun memakai perkataan secular. Perhatian tidak diberi kepada perisytiharan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan sedangkan agama-agama lain sekali pun tidak

6 disebut. Perhatian tidak diberi bahawa adanya peruntukan-peruntukan mengenai Ketua Agama Islam yang tidak ada bagi agama-agama lain. Perhatian tidak diberi bahawa terdapat peruntukan yang melarang pengembangan agama-agama lain di kalangan orang-orang Islam; bahawa terdapat peruntukan mengenai pemberian bidangkuasa kepada Badan Perundangan Negeri mengenai undang-undang Islam termasuk penubuhan mahkamah Syariah, pengwujudan kesalah-kesalahan mengenai precept of Islam, penubuhan dan pengurusan institusi-institusi Islam seperti Baitul Mal dan wakaf, yang semuanya tidak diperuntukkan bagi agama-agama lain. Adakah ini semua peruntukan sekular? Adakah Perkara 3(1) itu satu peruntukan yang sesia? Saya kata tidak. Sekurang-kurangnya, dengan adanya peruntukan itu kita dikenali dunia sebagai sebuah negara Islam. Hari ini pun, di peringkat antarabangsa, Malaysia dikenali sebuah sebuah negara Islam dan mengaitkan Islam dengan Malaysia, sama ada mengenai perkara yang baik atau tidak baik. Malaysia dianggapkan sebagai contoh sebuah negara Islam maju di zaman ini. Kerajaan mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan dan perkembangan perbankan Islam, kewangan Islam dan takaful sehingga kita berada di hadapan dalam bidang itu. Dalam negera, kita boleh melakukan aktiviti-aktiviti keislaman dengan menggunakan dana awam, termasuklah membina Universiti-Universiti dan Kolej Islam, menubuh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, mengadakan tilawah Al-Qur an, Majlis Agama Islam, Masjidmasjid, sekolah-sekolah agama Islam, rancangan agama dalam radio dan tevelisyen milik kerajaan, hinggalah kepada majlis-majlis tahlil dan ceremah agama dalam waktu pejabat, di bangunan pejabat. Muzakarah ini pun dibuat dengan dana awam. Semua itu dilakukan atas dasar bahawa Islam adalah agama bagi Malaysia. Dan orang bukan Islam pun tidak berani membantahnya. Jika mereka membantah, bantahan mereka boleh ditolak dengan mudah. Bayangkanlah jika tidak ada perisytiharan itu. Bolehkah semua itu dilakukan dengan mamakai dana awam, waktu pejabat, bangunan pejabat dan kakitangan kerajaan tanpa menimbulkan masalah? Bagaimana jika penganut agama-agama lain juga mahukan perkara yang serupa? Kita bina masjid, surau dan bilik solat dalam kapus universiti dan asrama pelajar. Bagaimana jika mereka menuntut dibina tokong, gereja dan gurdwara di kampus-kampus university awam kerana mereka juga mempunyai hak mengamalkan agama mereka mengikut cara mereka? Katakanlah Perlembagaan kita menyebut bahawa agama bagi Malaysia adalah Kristian, Hindu atau Budha atau tidak menyebutnya langsung, bagaimana landscape Malaysia hari ini? Saya minta tuan-tuan dan puanpuan berfikir dan menjawab sendiri. Satu perkara yang orang silap faham ialah, oleh sebab Perlembagaan Persekutuan memberi bidangkuasa perundangan (saya ulangi, bidangkuasa membuat undang-undang) dalam hal-hal yang ternyata dalam Senarai II (Senarai Negaeri) Jadual Kesembilan dan ia adalah terhad, maka mereka menganggap bahawa Perlembagaan kita menghalang Hukum Syarak dalam

7 hal-hal lain dijadikan undang-undang. Itu tidak betul. Dewan Undangan Negeri tidak boleh melakukannya. Itu betul. Tetapi, tidak ada apa yang menghalang Parlimen Persekutuan melakukannya, jika hendak dilakukan. Malah ia telah pun dilakukan dalam perbankan Islam, kewangan Islam dan takaful dan Malaysia diiktiraf berada di kedudukan nombor satu di dunia, pada masa ini. Selain daripada itu, kerapkali peguam-peguam sivil tidak tahu bahawa sesuatu undang-undang yang sedia ada itu adalah patuh Syari ah, malah serupa dengan Syari ah manakala ahli-ahli Syari ah pula tidak tahu bahawa prinsiprinsip Syari ah telah pun dijadikan undang-undang. (Sila layari laman web saya untuk mengetahui denga lebih lanjut.) Saya percaya jika hari ini disiytiharkan Malaysia akan melaksanakan Undang- Undang Islam sepenuhnya, lebih daripada 90% undang-undang yang sedia tidak akan berubah. Saya berpendapat bahawa kita tidak sepatutnya melihat Kerajaan Rasul Allah s.a.w. di Madinah itu sebagai mercu pembangunan dan tamaddun Islam, bahawa semua institusi dan undang-undang yang ada pada masa itu sudah lengkap untuk sepanjang zaman dan tidak ada perubahan, pembaharuan, perbezaan dan pembaikan yang boleh dilakukan lagi, hingga ke akhir zaman. Sebaliknya, kita lihat Khalifah Umar Ibn Khattab r.a., misalnya, membuat beberapa pembaharuan. Demikian juga di zaman pemerintahan Bani Ummayyah, Abassaih, Adalusa hinggalah kepada Empayar Othmaniah dan ke hari ini. Memanglah ada perkara-perkara yang di larang oleh Islam yang diwujudkan, seperti institusi harem dan kelab lumba kuda. Yang pentingnya, bukan semua yang berlainan itu unislamic kerana ia tidak ada atau tidak serupa dengan apa yang ada di zaman pemerintahan Madinah. Ukuran yang kita patut guna ialah: Adakah ia bercanggah dengan prinsip-prinsip Syariah? Bukan, Adakah ia berlainan atau sesuatu yang baru? Apa yang saya katakan ini terpakai juga kepada undang-undang. (Sila layari laman web saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.) Mengenai undang-undang, mungkin banyak orang tidak tahu. Bank Negara Malaysia telah pun mengambil inisiatif untuk mencadangkan pindaan kepada mana-mana undang-undang yang dipakai dalam perbankan Islam, kewangan Islam, takaful, malah mu amalat yang bercanggah dengan Syari ah untuk menjadikannya patuh Syari ah dan juga untuk menyerap prinsip-prinsip Syari ah ke dalam undang-undang kita. Ini dilakukan dengan penubuhan Jawatankuasa Penyesuaian Undang-undang yang saya menjadi Pengerusinya. Setakat ini, kami telah dan sedang mengkaji 17 undang-undang, termasuklah Kanun Tanah Negara. Satu peruntukan telah pun dimasukkan ke dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2012. (Sila layari laman web saya). Maka, hari ini, saya memohon kerjasama para peserta muzakarah ini. Sesiapa yang telah mengenal pasti peruntukan mana dalam undang-undang mana yang bercanggah dengan Syari ah dan patut dipinda supaya ia selaras

8 dengan Syari ah, silalah kemukakan penemuan dan cadangan itu kepada saya atau kepada Jawatankuasa Penyesuaian Undang-Undang, Bank Negara Malaysia. Nyatakan kedudukan Syari ahnya dan alasannya. Pada masa ini kita tumpukan kepada bidang muamalat dahulu. Marilah sama-sama kita mengisi keislaman Malaysia sebagai ganti kepada berbahas sama ada Malaysia sebuah negara Islam atau negara sekular. Terima kasih tunabdulhamid@gmail.com http://www.tunabdulhamid.my

9 i NOTA Kamariah bt Ali lwn Kerajaan Negeri Kelantan, Malaysia & Yg Ln (dan 3 Rayuan Yg Ln) [2002] 3 AMR 3512; Latifah bte Mat Zin v Rosmawati bte Sharibun & Anor (2007) 5 MLJ 101; Abdul Kahar Bin Ahmad v Kerjaan Negeri Selangor Daru Ehsan(dam 2 Yg Ln) (2009) 4 677. ii The problem is, everyone looks to the court to solve the problem of the Legislature.- per Abdul Hamid Mohamad FCJ in Latifah Bte Mat Zin v Rosmawati Bte Sharibun & Anor (2007) 4 AMR 621 F.C. iii 3. (1) Islam is the religion of the Federation. ; iv Thus, it can be seen that during the British colonial period, through their system of indirect rule and establishment of secular institutions, Islamic law was rendered isolated in a narrow confinement of the law of marriage, divorce, and inheritance only. (See M.B. Hooker, Islamic Law in South-east Asia, 1984.) In our view, it is in this sense of dichotomy that the framers of the Constitution understood the meaning of the word "Islam" in the context of Article 3. If it had been otherwise, there would have been another provision in the Constitution which would have the effect that any law contrary to the injunction of Islam will be void. Far from making such provision, Article 162, on the other hand, purposely preserves the continuity of secular law prior to the Constitution, unless such law is contrary to the latter. It would thus appear that not much reliance can be placed on the wording of Article 3 to sustain the submission that punishment of death for the offence of drug trafficking, or any other offence, will be void as being unconstitutional. v Whereas sovereignty over the entire Universe belongs to Almighty Allah alone, and the authority to be exercised by the people of Pakistan within the limits prescribed by Him is a sacred trust; vi Wherein the principles of democracy, freedom, equality, tolerance and social justice, as enunciated by Islam, shall be fully observed; vii Wherein the Muslims shall be enabled to order their lives in the individual and collective spheres in accordance with the teachings and requirements of Islam as set out in the Holy Quran and Sunnah;.. viii 1.(1) Pakistan shall be Federal Republic to be known as the Islamic Republic of Pakistan, hereinafter referred to as Pakistan. ix 31.(1) Steps shall be taken to enable the Muslims of Pakistan, individually and collectively, to order their lives in accordance with the fundamental principles and basic concepts of Islam and to provide facilities whereby they may be enabled to understand the meaning of life according to the Holy Quran and Sunnah. (2) The State shall endeavour, as respects the Muslims of Pakistan, (a) to make the teaching of the Holy Quran and Islamiat compulsory, to encourage and facilitate the learning of Arabic language and to secure correct and exact printing and publishing of the Holy Quran; (b) to promote unity and the observance of the Islamic moral standards; and (c) to secure the proper organisation of zakat 1 [ushr,] auqaf and mosques. x 203C.(1) There shall be constituted for the purposes of this Chapter a Court to be called the Federal Shariat Court.. 203D.(1) The Court may, either of its own motion or on the petition of a citizen of Pakistan or the Federal Government or a Provincial Government, examine and decide the question whether or not any law or provision of law is repugnant to the Injunctions of Islam, as laid down in the Holy Quran and the Sunnah of the Holy Prophet, hereinafter referred to as the Injunctions of Islam.