Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Similar documents
KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Khairun Nisaa bt Mohd Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

Pembangunan Laman Sesawang Kemahiran Mendengar Bahasa Arab (Maharat al-istima wa al-fahm): Mendokong Dasar e-pembelajaran di UKM

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

FORECASTING REVENUE PASSENGER ENPLANEMENTS USING WAVELET-SUPPORT VECTOR MACHINE MOHAMAD AIMAN ZAINUDDIN

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Tahap Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Berbantukan Mufradat dan Uslub Al-Quran

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

THE RELEVANCE OF ARABIC LANGUAGE IN ISLAMIC STUDIES PROGRAM: A CASE STUDY OF OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM).

Transcription:

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan Mohd Sollah Mohamed * sollah@kelantan.uitm.edu.my Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Seman ** masman@um.edu.my *Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara, Kelantan. **Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Abstrak Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan gambaran terhadap keberkesanan dan kesesuaian modul bahasa Arab yang dibina untuk tujuan Haji dan Umrah. Pengkaji telah mengunakan Modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah sebagai modul rintis dan alat percubaan dalam kajian tinjauan ini. Modul yang disediakan telah memberi penekanan dari sudut kandungan nahu Arab dan kosa kata Arab. Selain itu juga, kaedah pembelajaran yang diaplikasikan ialah kaedah hafalan, latih tubi dan praktikal untuk membantu penguasaan bahasa Arab. Pengkaji telah menjalankan tinjauan keberkesanan modul terhadap 30 orang responden melalui soal selidik. Responden telah mengikuti proses pembelajaran menerusi modul percubaan sebanyak empat sesi pembelajaran selama sebulan sebelum menunaikan Umrah. Responden telah menggunakan modul tersebut selama 13 hari di Mekah dan Madinah iaitu bermula pada 31 Oktober hingga 12 November 2015. Soal selidik telah diedarkan apabila responden selesai mengerjakan Umrah. Hasil daripada kajian ini mendapati maklumbalas responden terhadap modul yang telah digunakan amat memberangsangkan. Majoriti responden amat bersetuju dengan isi kandungan yang disediakan. Walaupun begitu, terdapat juga penambahbaikan yang perlu dibuat berdasarkan respon yang diperolehi. Hal ini amat penting agar kelemahan dan kekurangan modul ini dapat diatasi dan dibaiki. Kata kunci : modul, bahasa Arab, Haji, Umrah dan keberkesanan Abstract This research is conducted to study the effectiveness and suitability of an Arabic language module prepared for the purpose of Islamic pilgrimage to Mecca (Hajj) and the non-mandatory lesser pilgrimage made by Muslims to Mecca (Umrah). The researcher has utilised or Arabic Language Module for the Purpose of Hajj and Umrah as a pilot module and experimental instrument in this survey study. The module prepared emphasises on the Arabic grammar and vocabulary. The approach to learning this module is memorisation, drills and practical work to master the Arabic language. The researcher has conducted a survey on the effectiveness of the module on 30 respondents through the use of questionnaire. The respondents have gone through the process of learning the experimental module in four sessions in a month before performing Umrah. The respondents used the module for 13 days in Mecca and Medina, starting on October 31 to November 12, 2015. The questionnaire was distributed right after the respondents had performed their Umrah. The result of this study found that respondents' responses to the modules used were very encouraging. The majority of the respondents strongly concur with the content of the module. Nonetheless, there are still improvements that need to be considered in enhancing the module based on the responses obtained. This aspect is critically important as to address the weaknesses and lacking in the module so that they can be rectified and improved. Keywords: module, Arabic language, Hajj, Umrah and effectiveness.

1. Pengenalan Bahasa Arab merupakan bahasa ibadah untuk orang Islam. Setiap individu perlu memahami setiap bacaan ketika menunaikan ibadah agar dapat menambahkan lagi tahap kesempurnaan ibadah. Menurut Syeikh al-islam Ibn Taymiah (w. 728H/ 1328M) bahasa Arab adalah sebahagian daripada agama dan (hukum) mempelajarinya wajib kerana memahami Al-Qur an dan Al-Sunnah hukumnya wajib. (Kedua-dua sumber itu) tidak boleh difahami kecuali dengan memahami bahasa Arab kerana sesuatu yang wajib itu tidak sempurna melainkan dengan sesuatu perkara, maka perkara tersebut menjadi wajib. Imam Syafie (rahimahullahu) menekankan bahawa setiap individu muslim tidak terlepas dari kewajipan mempelajari bahasa Arab. (Al- Syafie: 1/45) Beliau menyatakan: ف ع ل ى ك ل م س ل م أ ن ي ت ع ل م م ن ل س ان ال ع رب ما ب لغ ه ج هد ه.. (wajib ke atas setiap orang muslim mempelajari bahasa Arab sedaya yang mungkin) Menurut Mohd Zulhisyam dan Zairul (2012), mempelajari bahasa Arab merupakan satu ibadah yang dapat memperkasakan diri ke arah memantapkan lagi kefahaman kepada ajaran al-quran. Oleh itu pelbagai kajian modul telah dijalankan untuk memperkasakan bahasa Arab dengan pelbagai pendekatan modul yang telah digunakan. Antaranya kajian Drs. Rosihon Anwar M Ag (2002), H. Salimudin A. Rahman (2007), Zainuddin Ismail et al. (2010), Mohd Puzhi Usop et al. (2010), Saini Ag. Damit (2010) dan Ghazilah Mohd Isa (2012). Modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah merupakan modul yang dibina khas untuk memenuhi keperluan jemaah Haji dan Umrah. Konsep yang diterapkan dalam modul ini ialah memberi penekanan dari sudut kandungan kosa kata Arab dan nahu Arab. Selain itu kaedah pembelajaran berbentuk hafalan, latih tubi dan praktikal juga telah diaplikasikan untuk membantu penguasaan bahasa Arab dari segi makna dan nahu Arab. Modul ini juga telah melalui proses semak pakar sebelum ianya digunakan oleh responden. Namun untuk memastikan ia betul-betul berkesan, satu kajian telah dibuat untuk meninjau sejauh manakah keberkesanan modul untuk tujuan Haji dan Umrah. Data kajian ini telah diperolehi melalui instrumen kajian soal selidik. Pengkaji telah membahagikan proses penilaian keberkesanan modul kepada empat peringkat. Peringkat pertama merupakan peringkat perancangan kajian yang melibatkan pemilihan tempat kajian, pemilihan responden dan merangka soalan soal selidik. Pengkaji telah memilih Mekah dan Madinah sebagai tempat kajian dan seramai 30 orang jemaah untuk dijadikan responden kajian. Peringkat kedua pula merupakan peringkat perlaksanaan kajian iaitu pengkaji memberi taklimat kajian, membuat kelas pemahaman modul dan penggunaan modul di lapangan. Peringkat ketiga adalah peringkat analisis data-data yang diperolehi daripada soal selidik. Manakala peringkat terakhir merupakan peringkat membuat rumusan kepada analisis data-data yang telah dibuat. 2. Latar Belakang Responden Seramai 30 orang responden dipilih dalam kajian ini. Antara jemaah yang dipilih, terdapat jemaah yang pernah dan ada juga jemaah tidak pernah menunaikan Umrah sebelum ini iaitu seramai seramai 20 orang. Kesemua jemaah yang dipilih telah memenuhi kesemua kretria yang ditentukan oleh pengkaji dan berasal daripada negeri Kelantan yang tinggal berlainan daerah. Manakala jantina dan linkungan umur jemaah dipilih adalah seramai 14 orang lelaki dan 16 orang perempuan yang mana mereka kesemuanya dalam lingkungan 25-60 tahun. 3. Isi Kandungan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji dan Umrah. 2

Peratus Isi kandungan modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah terdiri daripada kaedah tulisan transliterasi Arab-Rumi, objektif modul, nahu ringkas, bahasa Arab untuk ibadah Haji dan Umrah, bahasa Arab Komunikasi untuk tujuan Haji dan Umrah, glosari dan diakhiri dengan latihan. 4. Penilaian Responden Terhadap Isi Kandungan Nahu Modul Dalam kajian tinjauan ini, responden perlu menilai isi kandungan nahu Arab dalam modul bahasa untuk tujuan Haji dan Umrah. Dapatan yang diperolehi adalah seperti berikut: Carta 1: Penilaian Isi Kandungan Nahu 50 40 46.7 36.7 43.3 43.3 30 20 10 0 16.7 Bantu bacaan lafaz yang betul 13.3 Bantu berkomunikasi dengan betul setuju sangat setuju amat setuju Carta 1 telah menunjukkan bahawa majoriti responden (46.7%) berpendapat isi kandungan nahu modul sangat membantu dalam membantu untuk membaca lafaz dengan betul. Di masa yang sama, responden juga berpendapat isi kandungan nahu Arab yang terdapat di dalam modul boleh membantu mereka untuk berkomunikasi dengan betul (sangat setuju = 43.3% dan amat setuju = 43.3%). Reponden juga berpendapat bahawa tajuk nahu Arab yang disediakan amat sesuai (setuju = 23.3%, sangat setuju = 30%, amat setuju = 46.7%). Ramai di kalangan responden iaitu 70% berpendapat huraian nahu Arab ringkas dan mudah difahami serta contoh-contoh yang diberikan pula jelas dan amat membantu dalam memahami nahu Arab. Carta 2: Penilaian Responden terhadap Contoh di dalam Modul Secara keseluruhannya, responden telah memberikan penilaian positif terhadap isi kandungan modul dari segi kandungan nahu dalam aspek membantu mereka untuk membaca lafaz dengan betul dan berkomunikasi dengan 3

lebih baik. Penyampaian isi kandungan nahu dari segi pemilihan tajuk dan contoh yang disertakan di dalam modul juga telah mendapat respon yang positif dari responden. 5. Penilaian Responden Terhadap Pilihan Niat, Doa, Zikir Dan Terjemahan Secara umumnya, responden mendapati pilihan niat, doa dan zikir yang disertakan di dalam modul adalah memuaskan dan bertepatan dengan keperluan untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah. Hal ini terbukti apabila hasil dapatan soal selidik menunjukkan responden berpendapat bahawa pilihan niat yang disediakan dalam modul adalah sangat sesuai iaitu 43.3% diikuti dengan 40% berpendapat bahawa pilihan niatnya adalah amat sesuai. Manakala sebanyak 46.7% responden berpendapat bahawa pilihan doa yang disertakan dalam modul adalah sangat sesuai dan 40% pula berpendapat bahawa pilihan doanya adalah amat sesuai. Dari segi pilihan zikir pula, 40% responden amat bersetuju bahawa pilihan zikir yang disertakan dalam modul adalah sesuai dan 33.3% sangat bersetuju bahawa pilihan zikirnya adalah sesuai. Responden juga telah memberi pendapat yang positif terhadap terjemahan lafaz-lafaz bacaan yang disertakan dalam modul dari segi membantu mereka untuk memahami makna lafaz bacaan yang disertakan. Ini terbukti apabila terdapat 43.3% responden amat setuju, 23.3% sangat setuju dan 33.3% setuju bahawa terjemahan lafaz-lafaz banyak membantu dalam memahami makna lafaz tersebut. Lafaz-lafaz yang disertakan dalam modul juga jelas dan mudah difahami. Hal ini disokong oleh dapatan soal selidik yang dibuat iaitu sebanyak 43.3% responden sangat setuju, 40% responden sangat setuju, 13.3% responden setuju dan hanya 3.3% responden sahaja sederhana setuju. Berikut merupakan carta penilaian responden terhadap pilihan teks niat, doa, zikir dan terjemahan :- Carta 3: Penilaian terhadap Pilihan Niat, Doa, Zikir dan Terjemahan di dalam Modul 50 40 43.3 46.7 40 40 40 33.3 30 26.7 Sesuai 20 10 16.7 13.3 Sangat sesuai Amat sesuai 0 Pilihan niat Pilihan doa Pilihan zikir 6. Penilaian Responden Terhadap Bahasa Arab Untuk Tujuan Komunikasi Berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi menunjukan secara keseluruhannya adalah positif terhadap aspek komunikasi yang disediakan dalam modul. Responden telah menyatakan bahawa ayat-ayat perbualan yang disediakan majoritinya amat setuju (50%) diikuti dengan sangat setuju (30%) dan setuju (20%) dapat membantu untuk berkomunikasi semasa mengerjakan Haji dan Umrah. Dari segi kekerapan menggunakan ayat-ayat perbualan yang disediakan, pengkaji mendapati bahawa kesemua responden telah menggunakan modul sebagai rujukan semasa berkomunikasi. Responden telah menyatakan bahawa amat setuju (46.7%), sangat setuju (33.3%) dan setuju (20%) menggunakan ayat-ayat perbualan yang disediakan dalam modul ketika berkomunikasi. 4

Dari segi situasi perbualan, pengkaji mendapati bahawa secara keseluruhannya responden telah bersetuju dengan kesemua situasi yang ditentukan oleh pengkaji. Namun begitu terdapat perbezaan nilai peratusan antara situasi-situasi yang ditentukan. Hal ini dapat dilihat dalam carta 6 mengikut tahap peratusan yang telah ditentukan oleh responden. Mengikut hasil dapatan penialaian, pengkaji dapati bahawa penggunaan ayat-ayat perbualan mengikut situasi semasa ziarah memperolehi hasil yang sangat positif iaitu 73.3% amat setuju, 23.3% sangat setuju dan 3.3% setuju serta diikuti pula dengan situasi di Masjid iaitu 60% amat setuju, 13.3% sangat setuju dan 26.7% setuju. Ini kerana ziarah merupakan salah satu aktiviti utama semasa menunaikan Haji dan Umrah. Begitu juga dengan keberadaan responden di Masjid, kebanyakan responden telah menghabiskan kebanyakan masa yang ada untuk melakukan ibadah di Masjid. Manakala situasi-situasi lain juga boleh dikatakan memperolehi hasil dapatan yang positif kerana majoritinya bersetuju dengan situasi-situasi yang ditentukan seperti situasi di Hotel (50% amat setuju, 23.3% sangat setuju dan 26.7% setuju), di Lapangan Kapal Terbang (43.3% amat setuju, 36.7% sangat setuju dan 20% setuju), di Pasar Raya (43.3% amat setuju, 30% sangat setuju, 20% setuju dan 6.7% sederhana setuju), di Hospital (43.3% amat setuju, 36.7% sangat setuju dan 20% setuju) dan di Restoran (33.3% amat setuju, 36.7% sangat setuju, 30% setuju). Carta 4 : Penilaian Terhadap Ayat-Ayat Perbualan Mengikut Situasi Di Dalam Modul 7. Analisis Keseluruhan Sebelum Dan Selepas Menggunakan Modul Pengkaji telah membuat satu perbandingan tentang tahap kemahiran dan pengetahuan responden terhadap modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah. Perbandingan ini dibuat untuk menilai tahap penguasaan dari segi kemahiran dan pengetahuan responden diantara sebelum dan selepas menggunakan modul. Hal ini perlu dinilai untuk memastikan objektif modul tercapai dan menepati keperluan. Hasil dapatan yang diperolehi adalah seperti berikut: Carta 7 : Penilaian Tahap Kemahiran dan Pengetahuan Responden 5

Carta 7 menunjukkan perbandingan tahap kemahiran dan pengetahuan responden sebelum dan selepas menggunakan modul. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, menunjukkan bahawa tahap kemahiran dan pengetahuan responden sebelum dan selepas telah berlaku perubahan yang amat ketara. Hal ini dibuktikan oleh hasil dapatan yang diperolehi iaitu tahap kemahiran dan pengetahuan sebelum telah dinilai sebanyak 3% tinggi, 20% sederhana tinggi, 30% rendah, 34% sangat rendah dan 13% amat rendah. Manakala tahap kemahiran dan pengetahuan selepas telah dinilai sebanyak 73% amat tinggi dan 27% sangat tinggi. 8. Penialaian Keseluruhan Modul Berdasarkan penilaian keseluruh modul yang dibuat, responden telah memberikan maklumbalas yang amat positif (100%) tentang modul yang disediakan. Antara aspek-aspek yang telah dinilai oleh responden tentang modul ialah: 1. Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi dapat melancarkan ibadah Haji dan Umrah. 2. Secara keseluruhannya modul ini amat membantu dan berkesan 3. Latihan amali yang disertakan dengan modul dapat membantu untuk mempelajari isi kandungan modul. 4. Modul ini mudah untuk dibawa dan digunakan. 5. Reka bentuk dan susunan isi kandungan modul ini menepati keperluan ibadah Haji dan Umrah.. Responden yakin bahawa dengan adanya modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah dapat melancarkan dan membantu perjalanan ibadah Haji dan Umrah mereka. Tambahan pula modul yang dibina, mengandungi latihanlatihan amali untuk membantu mempermudahkan dalam mempelajari isi kandungan modul. Malahan pula modul yang dibina mudah untuk dibawa dan digunakan. Selain itu juga, responden berpendapat bahawa reka bentuk dan susunan isi kandungan modul yang disediakan menepati keperluan ibadah Haji dan Umrah. Responden juga menyatakan bahawa mereka berminat jika modul ini dihasilkan dalam bentuk perisian atau digital. 9. Rumusan Dan Penutup Pengkaji telah selesai membuat analisis tinjauan keberkesanan modul yang telah menggunakan instrumen soal selidik. Daripada hasil dapatan yang diperolehi, pengkaji telah membuat beberapa rumusan terhadap Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji dan Umrah. Antara rumusan-rumusan yang telah dibuat ialah modul ini sesuai untuk digunakan oleh semua jemaah Haji dan Umrah samada mempunyai asas bahasa Arab ataupun tidak. Kandungan nahu Arab juga amat sesuai dan sangat membantu jemaah dalam memahami lafaz-lafaz bacaan dan berkomunikasi dalam bahasa Arab. Kandungan lafaz-lafaz bacaan yang disediakan dalam modul juga sesuai digunakan untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Selain itu situasi-situasi dan ayat-ayat perbualan yang 6

disediakan juga amat membantu jemaah semasa menunaikan Haji dan Umrah. Masa yang diperuntukan oleh pengkaji tidak mencukupi untuk mempelajari dan memahami modul. Berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi, jelaslah menunjukkan bahawa modul bahasa Arab untuk tujuan Haji dan Umrah amat diperlukan. Responden telah memberikan sokongan terhadap proses pembinaan modul ini. Hal ini dibuktikan melalui maklumbalas yang diberikan oleh responden melalui kajian tinjauan keberkesanan modul. Dengan ini, pengkaji menganggap bahawa hasil dapatan daripada kajian ini telah memberikan gambaran awal tentang keberkesanan dan kesesuai modul untuk digunakan ketika menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Pengkaji berharap kajian ini akan menjadi pencetus semangat dan dorongan untuk meneruskan proses memperkasakan lagi Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji dan Umrah. Rujukan Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah Dan Teknik. Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Abdul Halim Salleh. (2005). Tasmim Wahdat Dirasiyyat Li Al-Hujjaj Wa Al-Mu tamirin Al-Maliziyin Fi T alim Al-Lughat Al- Arabiyyat Li Aghrad Khassat. Tesis MA. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ahmad Jalaluddin Al-Islami. (2013). Penilaian Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Pelancongan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Anindita, iche. (2012). Model Pembelajaran ADDIE. Tersedia pada http://icheanindita.blogspot.com/2012/08/model-pembelajaran-addie.html. Online 30-08-2012 Anzaruddin Ahmad. (2004). Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama: Kajian Terhadap Sikap Dan Motivasi Golongan Profesional. Tesis MA. Universiti Malaya. Ghazilah Mohd Isa. (2012). Pembinaan Dan Penilaian Modul Pengajaran Pola Ayat Bahasa Arab. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Jannah, Rohmatul. (2009). Model Assure dan ADDIE. Tersedia pada http://rohmatul-jannah.blogspot.com/2011/11/model-assure-dan- ADDIE.html. Online 30-08-2012 Mohammad Najib Jaffar. (2007). Pengajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama. Kuala Lumpur : Seminar Serantau Islam Hadhari. Mohammad Seman & Mohd Zuhir Abd Rahman. (2006). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Mohd Puzhi Usop, Mohammad Seman. (2010). Bahasa Arab Untuk Ibadah. Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Mohd Rosdi Ismail, M. T. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Mohd Sukki Othman, Muhd Zulkifli Ismail & Wan Nordin Wan Abdullah. Penggunaan ICT dalam Pengajaran Bahasa Arab. Jurnal Linguistik Vol. 17(2) Disember. 2013 (120-127). Mok soon Sang. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester1: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Mokhtar, Maʻsūm. (2004). Pendekatan Baru Memahami Bahasa Arab. Jakarta: Markaz Humairā. Muhammad bin Idris, Al-Syafie. (tt). Al- Risalah, Suntingan Ahmad Syakir. Dar al-kutub al-ilmiah. Beirut. Muhammad al-tantāwiy. (1995). Nasy att al-nahwi: Wa Tarikh Asyhari al-nuhat, Kaherah: Dār al-ma arif. Muhammad Sabri Sahrir. (2009). Panduan Belajar Bahasa Arab Untuk Jemaah Haji Dan Umrah. Vivar Printing Sdn. Bhd. : Selangor, Malaysia. Pabiyah Toklubok@Hajimaming & Che Radiah Mezah. Penggunaan Kata Pinjaman Arab Dalam Bahasa Melayu Dan Implikasinya Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Linguistik. Jilid 13, 2011. Pribadi, B.A. (2009). Model Desain Sistem Pembelajaran. Jakarta: PT. Dian Rakyat. Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain. (1979/1980). Kaedah dan Teknik Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu. Saini Ag. Damit. (2010). Penyediaan Dan Penilaian Modul Asas Bahasa Arab Untuk Pelajar Universiti. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Sanjaya, Wina. (2011). Perencanaan dan Desain Sistem Pembelajaran. Jakarta: Kencana Prenada Media Group. Sohair Abdel Moneim Sery. (2010). Pengajaran bahasa Arab menerusi Al-Quran. Pustaka Haji Abdul Majis. Zainuddin Ismail, Ibrahim Yaacob & Salamiah Ab. Ghani. (2010). Asas bahasa Arab melalui Al-Quran. Bangi: Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. 7